Pembangunan dan Penulis Melayu Baru Dala

1
Paper4

Pembangunan dan Penulis Melayu Baru
Dalam Sastera Melayu Tentang Hubungan Kaum
Ding Choo Ming
Dalam perbincangan dalam makalah “Penulis sebagai
Intelek Awam Dalam Karya Sastera Melayu Tentang Hubungan
Kaum”, “Peranan Akhbar & Majalah Dalam Sastera Melayu
Tentang Hubungan Kaum” dan “Beberapa Masalah Dalam
Sastera Melayu Tentang Hubungan Kaum”, kita dapati kuasakuasa sastera, akhbar dan majalah telah digunakan oleh
penulis Melayu untuk memainkan peranan penting dan yang
menentukan dalam menyatukan orang Melayu daripada latar
belakang sosial dan tempat yang berlainan di seluruh negara
untuk
sama-sama
membincangkan
masalah
dan
penyelesaiannya. Mempergunakan peluang baru dalam
peningkatan pesat industri percetakan telah membuka peluang

yang baru kepada Ishak Haji Muhammad, Harun Aminurashid,
Ibrahimn Yaakob, Ahmad Boestaman dan Abdul Rahim Kajai
yang didapati bersikap anti-penjajah British, selain risau
dengan pengembangan kuasa ekonomi orang Cina, India dan
Arab, dan juga Syed Syekh al-Hadi pula didapati telah
menjelaskan dalam edisi perayaan ulang tahun pertama
Saudara (Sep 1928) bahawa Saudara adalah untuk menjalin tali
persaudaraan atau persahabatan dalam masyarakat. Ini
bermakna bahawa dia ingin membentuk persaudaraan
(gabungan atau kolektiviti) atas perasaan persaudaraan dan
bukanlah atas dasar perkauman. Gabungan yang berasaskan
persahabatan itu boleh difahami untuk membawa semua orang
untuk bersama-sama melalui bon persaudaraan yang dia
bayangkan. Mengenai perkara ini, Virginia (2000: 91)
menjelaskan Saudara bukan sahaja mempunyai konotasi
kesaksamaan dan amanah, tetapi juga meliputi konsep
persaudaraan yang terdiri daripada orang yang bukan ahli
keluarga, seperti adik-beradik.
Sekiranya pendapat itu difahami dalam kontek latar
belakang sosio-politik dan ekonomi orang Melayu dalam tahun

1920an, 1930-an dan 1940-an, kita dapat merasakan dengan
segera sudah ada
dua jenis karya sastera Melayu yang
berbeza tentang hubungan antara kaum daripada dua
golongan penulis Melayu yang berlainan itu. Antara yang

2

dimaksudkan itu ialah jika terdapat satu golongan penulis
Melayu itu anti-orang bukan Melayu, maka yang satu golongan
yang lain itu adalah yang sebaliknya.
Golongan penulis Melayu yang kedua ini percaya semua
orang, tanpa mengira kaum, turut menderita dalam
peperangan (termasuk Perang Dunia I dan II dan masa dharurat
kerana melawan pengaruh komunis), selain kemelesetan
ekonomi dunia (Great Depression), lebih-lebih lagi kemiskinan
memang dialami semua orang, tidak kira kaumnya, warna
kulitnya, kebudayaannya dan ugamanya.
Perkembangan itu boleh difahami dengan lebih baik lagi
dalam kontek sudah adanya perdebatan tentang hubungan

antara sastera dengan masyarakat seperti yang sudah
ditunjukkan penulis-penulis daripada kumpulan ASAS 50
tentang sama ada Seni Untuk Masyarakat atau Seni Untuk Seni.
Salah seorang penulis yang terkenal masa itu yang berpegang
kepada slogan Seni untuk Masyarakat adalah Keris Mas. Beliau
telah memberi hujah bahawa sastera yang lahir daripada
penderitaan dan perjuangan rakyat dalam masyarakat itu boleh
menjadi alat yang penting untuk membimbing pemikiran dan
semangat rakyatnya ke arah kemerdekaan negara yang akan
membawa kemakmuran, keselamatan dan keamanan. Ini
bermakna dia dan rakan seperjuangnya yang sealiran fikiran
mereka telah memikirkan dengan mendalam tentang kuasa
sastera sebagai alat untuk mengubah kehidupan rakyat.
Sehubungan itu, mereka juga berhujah bahawa karya sastera
mesti memberi penerangan kepada pembaca daripada rakyat
biasa, yang bukan sahaja adalah majoriti dalam masyarakat,
tetapi juga mereka itu amat mengharapkan petunjuk tentang
bagaimana untuk memperbaiki hidup mereka. (Virginia 200:
184-5)
Lanjutan daripada pandangan itu banyak soalan yang

berkaitan boleh diajukan di sini. Antaranya: bolehkah sastera
berbohong? Adakah sastera direka untuk membuat pembaca
melihat apa yang penulis sendiri mahu mereka lihat? Jika ya,
tidakkah benar bahawa penulislah yang sudah mengawal,
malahan menguasai, apa yang pembaca mereka boleh atau
tidak boleh ikuti dalam karya sastera yang berkenaan itu?
Soalan-soalan tadi melibatkan perkara yang sangat rumit.
Antara sebab-sebabnya ialah ianya mempunyai kaitan dengan
hakikat bahawa jika ada karya sastera yang cuba untuk
menegakkan kebenaran, maka sudahlah tentu ada juga karya

3

sastera yang lain tidaklah sedemikian, kerana karya-karya itu
mungkin berdasarkan gabungan imaginasi dan kreativiti, dan
juga pasti adanya karya
yang lain yang berasaskan
penggabungan imaginasi, realiti dan fakta sejarah. Dan
gugusan karya sastera yang terakhir itu adalah sebahagian
besar karya sastera yang telah dikaji dalam projek penyelidikan

ini.
Selain itu, walaupun ada unsur-unsur kerujukan
(referentiality) kepada realiti sosial, hakikatnya adalah teksyang-dibina-berasaskan-realiti
dan
realiti-yang-berasaskanrealiti sosial adalah dua perkara yang tidak sama. Ini
disebabkan bukan sahaja pantulan sastera pada kehidupan
yang sebenar bukanlah perkara yang sama, tetapi juga caracara kita melihat diri kita yang tercermin dalam karya sastera
itu mungkin bukanlah
yang kita mahu dan ingin lihat,
walaupun terdapat bibit-bibit persamaan dan hubungan antara
kedua-duanya di sana sini. Ini juga adalah disebabkan
penulisan kreatif sastera lebih cenderung untuk menceritakan
realiti sosial ke tahap yang tertentu sahaja. Untuk
membuktikannya, akan diberi contoh yang sesuai yang dapat
menunjukkan perwakilan sastera bukan sahaja tentang aspekaspek hubungan antara kaum antara orang Melayu dengan
orang bukan Melayu, tetapi juga bagaimana penulis Melayu
generasi yang baru selepas kemerdekaan negara pada 1957 itu
mimpikan dan khayalkan hubungan antara kaum itu untuk
menunjukkan kuasa sastera dalam tangan penulis mereka
untuk kepentingan mereka dalam rangka perbincangan kita

tentang hal-hal itu dalam makalah yang lain nanti.
Sekiranya watak-watak Cina dalam cerpen-cerpen seperti
Cerita Awang Putat (Abdul Rahim Kajai, 1941), Anak Dibuat
Denak, Dolly (Ishak Haji Muhammad, 1934), Bidadari dari
Shanghai (Ishak Haji Muhammad, 1940), Istana Berembun
(Ishak Haji Muhammad, 1938) dan Kerana Mata Dacing, Hati
Saya Terpancing (Harun Aminurrashid, 1946) didapati tidak
jujur kerana mereka telah menipu, menggunakan rasuah dan
helah kotor yang lain untuk mendapat apa yang mereka mahu
daripada orang Melayu, maka secara paradoknya ada penulis
Melayu yang lain suka dan dapat menerima orang Cina yang
lain.
Contohnya sudah ditunjukkan dalam cerpen-cerpen
seperti Nyonya ke Rumah Pasung (1938) daripada Abu Bakar
Ali, Sengsara Membawa Perjodohan (1939) karya Mahmud
Ahmad, Satu Malam di Kota Betawai (1936) hasil pena

4

Muhammad Ali Yaacub dan Dari Taiping ke Syonanto (1943)

Yang lebih menarik lagi ialah Muhammad Yusuf Ahmad dalam
cerpenya Mencari lsteri (1929) menggesa orang Melayu untuk
belajar daripada orang Cina untuk menjadi rajin, berjimat
cermat dan tidak membazirkan wang ke atas perkara yang
remeh temeh, seperti meminjam wang untuk mengadakan
majlis perkahwinan secara besar-besaran untuk anak-anak
mereka.
Selain itu, ada banyak karya sastera Melayu mengenai
perkahwinan campur antara orang Cina dengan orang Melayu,
sebelum dan selepas Perang Dunia II. Antaranya ialah Melissa
(1992) karya Abdullah Hussain, Syonan to 2604 (1964)
daripada Arena Wati, Bibit Cinta (1975) karya Azizi Hj. Abdullah
dan Perempuan Anggerik (1997) daripada Faisal Tehrani.
Sehubungan itu, A. M Thani (1990: 52-53) mengatakan seolaholah ada keinginan daripada ramainya orang Melayu untuk
membina masyarakat yang baru dengan membina jambatan
antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu, termasuklah
perkahwinan antara kaum dan keluarga Melayu menganakbangkat bayi orang Cina.
Sehubungan itu, A. M. Thani (1990: 39-40) juga
mendapati hubungan antara kaum di negara ini mula berubah
selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957

dengan keharmonian antara kaum menjadi agenda utama
dalam pentadbiran kerajaan baru dalam membangunkan Tanah
Melayu sebagai sebuah negara yang baru. Salah satu cara
untuk melakukannya adalah kerajaan Malaya ketika itu selalu
menyeru kepada rakyatnya daripada semua kaum
untuk
meningkatkan usaha untuk memupuk keharmonian antara
kaum yang akan membawa kepada perpaduan antara kaum.
Berlatar belakangkan perkembangan baru itu, maka
kerangka dan semangat nasionalisma orang Melayu yang
pernah popular sebelum ini telah diperluaskan untuk meliputi
semua rakyat di negara ini. Sehubungan itu, keharmonian
antara kaum dan perpaduan sosial turut melonjak menjadi
topik panas yang banyak ditulis dalam karya sastera Melayu.
Hal ini dapat juga dilihat dengan peningkatan dengan
mendadak watak-watak bukan Melayu dalam banyak karya
sastera Melayu yang diterbitkan pada 1950-an dan 1960-an
kerana penekanan sudah diberi kepada interaksi dan
keharmonian antara kaum. Antaranya ialah
watak-watak

seperti Keria, Ah Man, Ah Seng dan Nadan dalam novel Embun

5

dan Tanah (1965) daripada Ibrahim Omar; Giap Hong, Soosy
dan Kuldip Singh dalam novel Sungai Mengalir Lesu (1967)
karya A Samad Said; Leong, Helen atau Nona Lazaru dan De
Souza dalam Kail Panjang Sejengkal (1986) hasil pena A Samad
Ismail; Tuan Hess, Arumugam dan Foo Seng Kow dalam
Lingkaran (1965 & 1977) nukilan Arena Wati dan Yew Seng, Yow
Hock, Cing Huat dan Poh Kheng yang datang daripada sebuah
keluarga bersama-sama Kim Lock, Kim Sui dnd Kok Leng dan
juga Maniam, Ambika, Pilay, Perumal, Suppiah, Ramalkrishnan
dan Malini dalam novel Interlok (1971) rekaan Abdullah
Hussain.
Pendek kata, sudah ada perubahan yang drastik dalam
dalam karya sastera Melayu dalam hubungan antara kaum
dengan interaksi sesama mereka dengan banyak cara yang
lain, termasuk kahwin campur, tolong-menolong di kalangan
jiran tetangga dan orang bukan Melayu masuk Islam. Kesemua

itu telah menggantikan rasa benci, marah, mengasingkan diri,
syak wasangka, takut, permusuhan dan sikap anti orang bukan
Melayu yang banyak terdapat dalam karya sastera Melayu
dalam tahun 1920-an, 1930-an dan 1940-an.
Yang lebih menarik lagi ialah watak-watak orang Cina
dalam karya yang tersebut tadi tidaklah seperti Cing Huat
dalam Interlok, atau Ah Kau dalam Warna Biru, atau Taukeh
Song Sampah dalam Anak Dibuat Denak atau Sho Ha dalam
Isteri Leong Beranak atau Dolly dalam Dolly - Bidadari dari
Shanghai. Sebaliknya, kesemua watak orang Cina itu adalah
seperti Ling Seng Thong yang telah berjaya mengelakkan
berlakunya pergaduhan malah konfrontasi antara
orang
Melayu dengn orang Cina dalam novel Bangsal (1991) daripada
Wan Ahmad Ismail, dan Encik Tan yang mewakili pihak kelasi
kapal untuk berunding dengan pihak pengurusan bagi
mendapatkan ganti rugi yang mereka deritai dalam novel Sisa
Laut (1964) oleh Wijaya Mala dan juga seorang wanita Cina
rela menyerahkan bayi yang baru dilahirkan kepada seorang
wanita muda Melayu yang baru sahaja kehilangan anaknya

dalam cerpen Harapan dan Pengorbanan (1969) karya
Darussalam.
Mereka disanjung, dihormati dan disayangi orang Melayu
kerana sumbangan mereka. Daripada merekalah telah lahir
banyak karya sastera Melayu tentang pengadaptasian orang
Cina kepada cara hidup orang Melayu setelah tinggal di
kampung Melayu, selain karya sastera yang menceritakan

6

interaksi, tolong-menolong dan hidup bergantungan antara
satu dengan yang lain yang seterusnya telah melahirkan
suasana kasih sayang yang didapati jauh lebih berkesan
daripada cakap mulut dalam mempromosikan hubungan antara
orang Melayu dan bukan Melayu. Sebahagian cerita itu boleh
dibaca dalam cerpen Anak Sulung Terbang Jauh (1973)
daripada Fahmi Kassim, Orang Baru (1973) oleh Ghazali M.A.,
Gantung (1973) nukilan M. Farda dan Bidan Tarik (1969) rekaan
Othman Rasul, antara yang lain. Dalam cerpen Anak Sulung
Terbang Jauh, dikisahkan pengaruh corak kehidupan Melayu di
kampung Melayu ke atas
keluarga Cina yang tinggal di
kampung Melayu itu. Dalam cerpen Orang Baru diceritakan
seorang guru Cina yang mengajar di sekolah di kampung
Melayu sudah memeluk agama Islam dan dalam Bidan Tarik
dikisahkan pertolongan yang dihulur daripada jiran orang
Melayu kepada seorang wanita Cina sehingga selamat
melahirkan bayi dalam saat yang paling kritikal.
Antara yang cuba ditunjukkan ialah hubungan kaum antara
orang Melayu dengan orang bukan Melayu telah berubah di
sekitar 1950-an,
lebih-lebih lagi selepas 1957 dan 1969.
Perubahan-perubahan
yang
dimaksudkan
tadi
adalah
berdasarkan karya satera Melayu semata-mata.
Memikirkannya, terdapat beberapa kemungkinan
berlakunya sedemikian. Pertama, sudah ada perubahan dalam
suasana politik pada tahun 1957 bila Tanah Melayu diberi
kemerdekaannya. Dengan itu, para pemimpin yang wewakili
kumpulan etnik yang berlainan, terutamnya orang Melayu, Cina
dan India yang turut memperjuangkan kemerdekaan negara
secara bersama-sama itu telah berusaha bersama-sama
dengan sedaya upaya mereka untuk menjadi tuan baru Malaya
yang baru merdeka. Dengan kuasa dan kewibawaan baru di
tangan, mereka telah menggantikan tuan penjajah British yang
sudah memerintah negara ini kira-kira 500 ratus tahun
lamanya. Mereka terpanggil untuk menjadi pemimpin politik
baru dengan bekerjasama untuk melindungi semua rakyat di
negara ini dengan menghapuskan dasar ‘Pecah dan Perintah’
yang
diamalkan
penjajah
British
sepanjang
tempoh
penjajahanya dahulu.
Kedua, bersatu di bawah panji kemerdekaan, mereka
telah merancang bersama-sama untuk pembangunan baru,
termasuk pendekatan yang baru untuk mengurus hubungan
antara kaum dengan menolak rasa takut dan marah orang

7

Melayu kepada orang Cina, sebagai resipi baru pentadbiran
yang diharap bukan sahaja dapat menggantikan mimpi igau
orang Melayu terhadap orang Cina seperti yang diceritakan
dalam karya sastera penulis nasionalis Melayu dalam tahun
1920-an, 1930-an dan 1940-an, selain diharap akan membawa
banyak perkembangan yang baru yang dapat merentasi
perbezaan kaum.
Sehubungan itu, pada 1958 Peraduan Mengarang yang
pertama kali telah diadakan untuk membuka ruang bagi penulis
Melayu untuk berkongsikan kisah-kisah mereka, sekaligus
menyatakan pandangan mereka seperti yang digalakkan
kerajaan baru. Berdiri teguh di belakang kerajaan, penulispenulis muda itu mahu kisah-kisah mereka dikongsi dan suarasuara daripada batin mereka kedengaran. Seperti yang
dijangka, generasi muda penulis Melayu masa itu telah tampil
ke depan untuk menyatakan pandangan dan fikiran mereka
yang positif mengenai banyak perkara yang ada kaitan dengan
pembangunan sebuah negara yang baru merdeka. Antara
penulis itu tidak lain daripada yang terkemuka daripada ASAS
50 yang kebetulan juga memang menduduki jawatan editor
yang tinggi dan yang berpengaruh dalam pelbagai syarikat
akhbar, majalah dan penerbit. Pandangan mereka diminta
pihak pemerintah, maka dihargai.
Ketiga, karya sastera daripada penulis generasi baru
selepas kemerdekaan dan yang terdiri daripada wartawan,
buruh, polis, guru, ulama dan lain-lain yang lahir di tengahtengah masyarakat itu cenderung untuk memberi perhatian
mereka lebih kepada aspek kemanusiaan yang tidak mengenal
perbezaan warna kulit, dan kumpulan etnik, seperti yang
ditunjukkan dalam cerpen Isteri Leong Beranak (1966) daripada
A. Wabah Ali, lahirnya generasi baru seperti watak Yew Seng
dalam novel Interlok (1971) karya Abdullah Hussain dan juga
watak Basir dan Lucy yang suka cabaran dan orang muda yang
berjaya mengatasi masalah mereka dalam novel Subuh
daripada Atan Long.
Keempat, tahun-tahun di pinggir 1950an itu bukan
sahaja masa kemelesetan ekonomi sedunia, tetapi juga zaman
dharurat di Malaya, maka kehidupan semua rakyat negara ini
pada masa itu terjejas dan bukanlah ‘zaman mewah’
disebabkan ledakan kuasa ekonomi yang menguntungkan
segelintir orang yang bernasib baik, maka didapati secara
langong dan tidak langsong sudah mewujudkan perbezaan

8

kekayaan antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu.
Daripada segi yang tertentu, perkembangan ekonomi yang
memberi manfaat lebih kepada orang bukan Melayu daripada
orang Melayu masa lalu telah juga menyemai benih tidakharmoni antara kaum yang berkenaan.
Kelima, ada perubahan sikap editor di akhbar dan
majalah Melayu. Sehubungan itu, Othman Puteh (1994: 21)
menyatakan bahawa Keris Mas, Tongkat Warrant, Asraf dan
lain-lain yang menjadi editor di pelbagai institusi masa itu
mempunyai pengaruh mereka yang besar dalam mengawal
penyiaran karya sastera dalam akhbar dan majalah yang paling
berpengaruh, dari segi pengedaran yang besar dan luas, ketika
itu, termasuk Utusan Zaman dan Mastika. Mereka juga telah
cuba menggunakan sastera bukan sahaja sebagai alat untuk
memperjuangkan kemerdekaan politik, tetapi juga sebagai
jambatan perpaduan nasional (AM Thani 1990: 55-56) 1.
Antara yang dimaksudkan itu tidaklah lain daripda penulis
Melayu masa itu telah memainkan peranan mereka yang
penting dalam menolong menyemai benih-benih perubahan
dalam hubungan antara kaum dalam karya sastera mereka.
Dengan adanya perubahan-perubahan tersebut, kita boleh lihat
Ini juga sudah ditunjukkan dalam cerpen Hamzah, Surat (Hiboran, 3
Januari 1953), yang menceritakan “ Pada seluruhnya kawan, saya katakan
bahawa 1952 merupakan zaman meleset, mulanya, harga getah meleset, kocek, juga jadi meleset, apabila wang meleset. Segala-galanya jadi meleset,
perniagaan runtuh, akhlak roboh, pekerti binasa, asrama murah, dan wanita
jual diri. Diserang oleh deman kemelesetan ini, timbul faham baru, fahamfaham yang meleset yang mahu melesetkan orang-orang lain. (hlm. 12).
Sehubungan itu, Hamzah dalam cerpennya Kalau Kau Kebulur (Hiboran, 27
Jani 1951) menambah “Sekarang kau telah mengerti betapa kekuasaan perut
ke atas perbuatan manusia. Isteriku sungguhpun tidak melepaskan tikar
sembahyang, setiap hari menadah ke langit, mengerti bahawa menjual diri
bukan saja satu perbuatan yang paling rendah dan tercelaka malah salah dan
berdosa di sisi hukum, tetapi isteriku terus menjual dirinya untuk menahan
perut sial yang sentiasa menjerit kelaparan.... (hlm. 8). Selain itu dalam
cerpen Keris Mas Kejadian Dalam Estet (Mastika, Apr 1950) diceritakan
penderitaan, penipuan dan by Keris Mas is aboudan perjuangan yang
ditanggung Badul yang susah mendapat kerja di Pulau Pinang, Kuala
Lumpur atau Singapore. Memang ada kerja, tetapi yuang sesuai dengan
kebolehan dan kepandaiannya susah dicari. Akhirnya, dia menjadi petani
di desa. Akhirnya, dia balik ke kamnpongnya menjadi polis. Cerita itu lebih
kurang sama dengan Hilmy dalam Salina, yang hidup di Kampung
Kambing. Dia dan orang orang lain tidak mempunyai kemudahan air paip
dan terpaksa mencari air dari pergi berama di sebelah malam.
1

9

dengan jelas adanya perbezaan yang nyata antara watakwatak dalam cerita dan sikap serta pendekatan daripada
penulis Melayu pada tahun 1930an, dan 1940an dengan
penulis Melayu selepas 1957. Dengan itu, garis pemisahan
antara kedua-dua golongan penulis itu boleh dibuat
membandingkan perbezaan mesej da nisi kandungan karyakarya mereka. .
Sebahagian perbezaan yang dimaksudkan itu juga
mungkin disebabkan perbezaan latar belakang sosio-ekonomi
dan politik pada dua peringkat masa yang berbeza itu. Yang
menarik ialah sebahagian besar penulis Melayu generasi yang
baru itu tahu ramai orang Melayu dan juga orang bukan Melayu
adalah mangsa keadaan dan masa. Mereka sendiri telah
nampak ramai orang bukan Melayu juga adalah yang miskin,
lemah, mundur dan daif seperti orang Melayu. Seperti orang
Melayu, orang Cina juga telah didiskriminasi dan dipinggirkan,
dan telah menderita membisu (suffer in silent). Melihat
keadaan itu, penulis generasi yang baru itu telah mencuba
yang terbaik untuk menulis tentang mereka ini dengan cara
yang lebih positif: mendedahkan penderitaan dan nasib malang
golongan miskin, tentang ketidaksamaan dan juga peperangan
seperti yang terdapat dalam cerpen Kedai Sederet di Kampung
Kami (1956) oleh Keris Mas dan Tulang-Tulang Berselarakan
(1966) rekaan Usman Awang.
Keenam, sesetengah penulis daripada ASAS 50 telah
mengatakan bahawa mereka berbeza dengan penulis masa
dahulu. Dengan itu, mereka seperti Syed Syekh al-Hadi yang
percaya dia sudah mengarang hikayat baru untuk cuba
membawa pembaharuan dalam
kesusasteraan Melayu
(Virginia 2000: 221 -2). Bagi mereka, orang bukan Melayu
bukanlah musuh orang Melayu. Musuh orang Melayu yang
sebenar adalah kemiskinan dan ketidaksamaan yang tidak
mengira perbezaan kaum.
Tentang hubungan baik antara kaum, Keris Mas dalam
cerpennya Mereka Tidak Mengerti (1959) menceritakan watak
bukan Melayu Lim dan Ramasami telah memainkan peranan
mereka bersama-sama dengan orang Melayu untuk menyekat
niat Bill, seorang ekspatriat Inggeris, daripada cuba
menghentikan
rancangan
kerajaan
untuk
kepentingan
rakyatnya. Lima atau tujuh tahun kemudian, Keris Mas masih
terus menerus menulis tentang pergolakan politik dan sosial.
Penulis Melayu yang lain, termasuk Tongkat Warrant, seorang

10

lagi penulis dari ASAS 50, sudah menerbitkan tiga buah cerpen
sekitar tahun 1950-an: Mulanya Dia Menjadi Mata-Mata 1949),
Setelah 1948 (1955) dan Dari Johor Bahru ke Kota Tinggi (1956)
tentang kemiskinan dan ketidaksamaan.
Mengimbau sekali lagi ke belakang, kita dapati penulis
yang baru selepas kemerdekaan itu yakin terhadap diri tentang
pentingnya untuk berinteraksi dengan orang bukan Melayu.
Antaranya adalah Hasan Muhammad Ali, Keris Mas, Arena Wati.
Darussalam, Abdullah Hussain, Ibrahim Omar dan A. Wabab Ali.
Mereka betul-betul percaya tentang jalan penyelesaian yang
konstruktif dan bukannya permusuhan untuk menyelesaikan
masalah hubungan antara kaum yang boleh memecahbelahkan, malah menghancurkan negara. Mereka juga percaya
sudah sampai masanya untuk orang Melayu tidak lagi
mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan orang bukan
Melayu, lebih-lebih lagi jangan lagi menunjukkan rasa benci
dan marah mereka dengan memulaukan mereka.
Daripada segi politik, penulis Melayu generasi yang baru
itu mendapati orang Melayu sekarang sudah menjadi lebih
kuat selepas kemerdekaan Malaya, maka tidak perlu lagi
mengaku kalah atau takut dengan jarum taktik yang halus dan
sukar dinampak daripada orang Cina seperti dalam tahun 1930an dan 1940-an. Sebaliknya, orang Melayu kini sudah cukup
yakin dapat berfikir di luar kotak pemikiran politik yang lama.
Oleh sebab-sebab itu, mereka tidaklah lagi perlu menggunakan
taktik takut terhadap orang Cina atau merasa orang Melayu
sudah dikepung dan diancam. Selain itu, sindrom menyerah diri
dan 'jiwa hamba' mereka yang mereka warisi dari zaman feudal
masa lalu sudah ditinggalkan mereka.
Kepada golongan penulis ini, permusuhan dan kebencian
antara kaum mesti berakhir di negara yang berbilang kaum.
Mereka menolak ‘konfrontasi’ kerana tahu akibat buruk
daripada kepahitan dan pembahagiaan daripada ledakan
permusuhan itu hanya akan membawa lebih banyak kerosakan
daripada pihak yang lain itu. Memikirkan tidaklah baik untuk
membesar-besarkan masalah antara kaum, mereka
telah
menulis cerita tentang aspek perikemanusiaan, penderitaan
dan kesusahan yang dialami semua rakyat tanpa mengira
kaum, lebih-lebih kesemua penduduk di negara ini telah
terpaksa bergelut untuk hidup semasa pendudukan Jepun
(1941-1945) dan zaman dharurat (1948-1960). Mereka sendiri
telah lihat ramai orang Cina, seperti orang Melayu, adalah juga

11

mangsa yang tidak bersalah dan tidak berdaya pada masamasa itu. Antara cerita yang sentiasa dikaitkan dengan
peristiwa pahit itu tidak lain daripada cerpen Kejadian dalam
Estet (1950) dan Kedai Sederet di Kampung Kami (1956)
daripada Keris Mas.
Antara contoh lain cerpen Melayu yang memperkatakan
pengalaman orang Melayu yang telah berinteraksi dengan
orang Cina ialah Surat Kepada Taukeh (1952) dan Cina Angkat
Najis Rumah Saya (1953) daripada Asmal, Ini Kisah Saya, Tuan!
(1954) karya Atma Jiwa, Tok Mat Menjadi Demang (1952) oleh
Hamzah, dan Ah Khaw Masuk Syurga (1960) rekaan A. Samad
Ismail.
Dalam Ah Khaw Masuk Syurga telah diceritakan kesusahan
hidup akibat pendudukan Jepun di Tanah Melayu (termasuk
Singapura) terutamanya ke atas Ah Khaw yang terpaksa
mencari
perlindungan
di
rumah
Hassan
untuk
menyelamatkannya daripada kekejaman askar Jepun. Untuk
mengabui mata askar
Jepun yang memburu dan cuba
menangkapnya, Ah Khaw, orang tua yang hidup dengan
menarik beca dan penagih candu, telah menyamar diri sebagai
orang Melayu dengan berpakaian Melayu, sementara emak
Hassan pula cuba untuk ‘memasukkan’nya ke dalam ugama
Islam. Kematian Ah Khaw pada malam Jumaat telah membuat
ahli keluarga Melayu yang melindunginya merasa lega.
Kematiannya membawa segala penderitaan dan rasa takutya
tammat di situ.
Selain itu, novel Musafir (1959) oleh Hasan Muhammad
Ali, Lingkaran (1965 & 1977) daripada Arena Wati, Embun dan
Tanah. (1965) karya Ibrahim Omar, Interlok (1971) rekaan
Abdullah Hussain, misalnya, telah juga menonjolkan hubungan
yang baik dan kebergantungan hidup antara kaum.
Tetapi itu tidak bermakna tidak ada karya sastera Melayu
tentang diskriminasi kaum. Antaranya ialah cerpen Bila Hidup
Macam Anjing (1973) karya Sidek Baba yang menceritakan
sikap buruk daripada majikan Cina yang tertentu kerana telah
menganiayai dan menganak-tirikan pekerja Melayu, sementara
Noorjaya dalam cerpen Tewas Dalam Dunianya (1972)
menceritakan Tauke Lim telah mendiskriminasikan pekerja
Melayu yang bukan sahaja mempunyai kelayakan yang
dikehendaki, tetapi juga taat dan setia kepada syarikat itu.
Dalam kontek ini, kelahiran karya-karya itu perlu dilihat
sebagai peringatan tentang bahayanya merosakkan hubungan

12

kaum antara orang Melayu dengan orang Cina. Benih
kemarahan, kebencian dan syak wasangka yang tersemai
dalam karya-karya seperti itu bermungkinan akan tumbuh
menjadi pohon besar kemarahan, kebencian dan syak wangka
yang susah dikawal nanti dan ini akan secara tidak langsung
mencetuskan konflik perkauman secara terbuka seperti yang
pernah berlaku di Bahat Pahat pada 1945 and 1946, Penang
pada 1958 and Kuala Lumpur pada 1969, misalnya. Kami tidak
menjumpai mana-mana karya sastera yang sudah kami kaji itu
dikaitkan dengan peristiwa–peristiwa yang menumpahkan
darah.
Rujukan
A M Thani. Integrasi sosial dalam kesusasteraan Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1990.
A Samad Ismail. Kail Panjang Sejengkal. Kuala Lumpur: Teks
Publishing, 1986.
A Samad Ismail. Ah Khaw Masuk Syurga. Berita Harian, 19 Mei
1960.
A Samad Said. Sungai Mengalir Lesu. Kuala Lumpur: Pustaka
Gunung Tahan, 1967.
A Wahab Ali. Isteri Leong Beranak. Dewan Bahasa, Ogo 1966.
Abdul Rahim Kajai. Cerita Awang Putat. Utusan Zaman, 1- 8
Nov 1941.
Abdullah Hussain. Interlok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1971 & 2003.
Abdullah Hussain. Melissa. Dari kota Cahaya (Edisi Khas
Sasterawan Negara). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1992.
Abu Bakar Ali. Nyonya Ke Rumah Pasung. Warta Malaya 13 - 16
Jun 1938.
Arena Wati. Syonan to 2604. Berita Minggu, 20 Dis1964.
Arena. Wati. Lingkaran. Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1965;
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1977.
Asmal. Surat Kepada Tauke. Utusan Zaman, 4-11 Mei 1952.
Asmal. Cina Angkat Najis Rumah Saya. Mastika, Okt 1953.
Atan Long. Subuh. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara,
1964.
Atma. Jiwa. Ini Kisah Saya, Tuan! Utusan Zaman, 29.8. 1954.
Azizi Haji Abdullah. Bibit Cinta. Utusan Zaman. 3.8.1975.
Darussalam. Harapan dan Pengorbanan. Utusan Zaman,
7.9.1969.

13

Fahmi Kassim. Anak Sulung Terbang Jauh. Mingguan Malaysia 22.4.1973.
Faisal Tehrani. Perempuan Anggerik. Utusan Melayu, 1997.
Ghazali M.A. Orang Baru. Berita Minggu, 18.3.1973.
Hamzah. Tuk Mat Jadi Demang. Mutiara, Jun 1952.
Harun Aminurrashid. Kerana Mata Dacing, Hati Saya Terpancing
Hiburan, Nov 1946.
Hasan Muhammad Ali. Musafir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka 1959 & 1989.
Ibrahim Omar. Embun dan Tanah. Kuala Lumpur: Pustaka
Melayu Baru, 1965.
Ishak Haji Muhammad. Anak Dibuat Denak. Utusan Zaman, 12
– 19.6.1938.
Ishak Haji Muhammad. Istana Berembun. Warta Ahad, 3 - 10
Apr 1938.
Ishak Haji Muhammad. Dolly - Bidadari dari Shanghai. Utusan
Zaman, 24 Ogo - 21 Sep 1940.
Keris Mas. Kedai Sederet di Kampung Kami. Mastika, Jan 1956.
Keris Mas. Mereka Tidak Mengerti. Dewan Bahasa, Oct 1959.
Keris Mas. Kejadian dalam Estet. Mastika, Apr 1950.
M Farda. Gantung. Mingguan Malaysia, 2.12.1973.
Mahmud Ahmad. Sengsara Membawa Perjodohan. Majalah
Centa, Jan-Nov 1939.
Muhammad Ali Yaacub. Satu Malam di Kota Betawi. Warna
Ahad, 27 Dis 1936.
Muhammad Yusof Ahmad. Mencari Isteri. Majalah Guru, 1 Ogo
1928 - 1 Mei 1929).
Noorjaya. Tewas Dalam Dunianya. Berita Minggu, 26.11.1972.
Othman Puteh. Cerpen Melayu Selepas Perang Dunia Kedua:
satu Analisa Tentang Pemikiran dan Struktur, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994.
Othman Rasul. Bidan Tarik. Mingguan Malaysia, 24.8.1969.
Sidek Baba. Bila Hidup Macam Anjing. Mingguan Malaysia,
21.1. 1973.
Tongkat Warrant.
Mulanya Dia Menjadi Mata-Mata. Utusan
Zaman, 19 April 1949.
Tongkat Warrant. Setelah 1948. Mastika, Dis 1955.
Tongkat Warrant. Dari Johor Bahru ke Kota Tinggi. Utusan
Zaman, 1 Jul 1956.
Usman Awang. Tulang-Tulang Berselarakan. Kuala Lumpur:
Pustaka Melayu Baru, 1966.

14

Virginia Matheson Hooker. Writing a New Society: Social
Change Through the Novel in Malay. Honolulu: Allen &
Unwin and University of Hawaii Press, 2000.
Wan Ahmad Ismail. Bangsal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1991.
Wijaya Mala. Sisa Laut. Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1964.