Quranist Antara Isu Fakta dan Isu Metode

3/6/2017

Quranist: Antara Isu Fakta dan Isu Metode – Saifulislam.Com

Quranist: Antara Isu Fakta dan Isu Metode

 saifulislam

 08/03/2014

 Anekdot Akademik

 4,351 Views

Ustaz Muhamad Rozaimi Ramle, seorang ilmuwan muda yang sedang menyempurnakan pengajian di
peringkat PhD beliau di University of Jordan, berkongsi pandangan tentang pendapat-pendapat yang

dikemukakan oleh Encik Farouk A Peru di dalam artikelnya baru-baru ini. Saya mengambil manfaat yang

banyak daripada perincian yang beliau kemukakan dalam artikel berkenaan. Membaca pandangan Ustaz


Rozaimi yang juga pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), ia menimbulkan persoalan pada
diri saya.

Sebegitu banyak fakta yang tidak konsisten dalam penghujahan Farouk A Peru, adakah masalah

sebenarnya adalah salah fakta, atau salah metode? Seandainya masalah sebenar adalah pada metode,
maka mungkin selepas keterangan demi keterangan dikemukakan seperti yang diusahakan oleh Ustaz
Rozaimi ini, masih banyak lagi kesalahan fakta Quranist yang menyusul.

Jawapan balas Ustaz Muhamad Rozaimi berkenaan hujah Encik Farouk bahawa Abu Bakr al-Siddiq

radhiyallahu ‘anhu membakar koleksi hadith beliau, mengingatkan saya kepada herotan (distortion) hujah

Ignaz Goldziher tentang Ghiyath bin Ibrahim bin Talq bin Muawiyah al-Nakha’i.



Check Also

Ilmuwan Islam mengemukakan kisah Ghiyath bin Ibrahim mencipta hadith palsu tentang ‘sunnah’ berlaga

burung merpati untuk mengambil hati Khalifah Muhammad bin Mansur al-Mahdi (meninggal 785M),
sebagai contoh bagaimana ada manusia yang berani mencipta hadith palsu. Tetapi Goldziher telah
menggunakan kisah ini sebagai hujahnya untuk membuktikan bahawa para ulama Islamlah yang

Pendidikan Uthmaniyyah, ‘Finland’

memalsukan hadith! (Goldziher, Muslim Studies, pp 74-75)

dan Impian Masa Hadapan

“Saya masih lagi kehairanan,
walaupun saya tahu ia tidak
mustahil. Bagaimana kamu
boleh bertemu dengan …


http://saifulislam.com/2014/03/quranist­antara­isu­fakta­dan­isu­metode/

1/9


3/6/2017

Quranist: Antara Isu Fakta dan Isu Metode – Saifulislam.Com

kredit foto: www.utusan.com.my
Seumpama, kita mengemukakan setandan pisang kepada Ignaz Goldziher, kemudian kita tunjukkan pada
setandan pisang itu sebiji pisang yang busuk sebagai contoh bagaimana rupa pisang yang busuk. Tetapi
Goldziher telah membuat kesimpulan bahawa pisang adalah buah yang busuk!

Oleh kerana itulah, di peringkat pemahaman ini, saya berpendapat perbahasan dengan golongan ‘anti
hadith’ atau Quranist ini, mestilah banyak memberi perhatian kepada menganalisa dan mengkritik

metode, berbanding fakta. Metode yang tidak konsisten boleh menjadikan satu idea itu ‘pseudo’, tidak
boleh berdiri sebagai satu sains yang empirikal.

Berikut adalah komentar penuh Ustaz Rozaimi tentang hujah-hujah Encik Farouk A Peru:

Jawapan  Kepada  Kekeliruan  Sebahagian  Quranism 
Jawapan  Kepada  Pandangan  Farouk  A  Peru


Saya telah membaca artikel balas yang ditulis oleh Farouk A Peru sebagai menjawab ustaz Hasrizal dalam
artikelnya. Tetapi saya beranggapan bahawa artikel yang ditulis oleh Farouk A Peru ini perlu dinilai
semula. Berikut adalah kritikan saya kepada Farouk A Peru dalam artikel beliau:

Check Also

Kata Farouk A Peru:
Khalifah-khalifah Ar-Rashideen sendiri, Abu Bakr dan Umar Al-Khattab membakar koleksi hadis. Umar
menyuarakan pendapat yang hadis-hadis dapat melekakan umat Islam dari mengkaji kitab Allah. Dia
menyatakan prinsip “hasbuna kitab Allah” (cukup bagi kami kitab Allah).

Pendidikan Uthmaniyyah, ‘Finland’

dan Impian Masa Hadapan

“Saya masih lagi kehairanan,
walaupun saya tahu ia tidak
mustahil. Bagaimana kamu
boleh
bertemu

dengan
1. Saya tidak berjumpa riwayat Umar membakar kitab hadis. Jika ada saya minta jasa
baik
saudara
Farouk…
Saya jawab:

untuk nyatakan sumbernya.

http://saifulislam.com/2014/03/quranist­antara­isu­fakta­dan­isu­metode/


2/9

3/6/2017

Quranist: Antara Isu Fakta dan Isu Metode – Saifulislam.Com

2. Berkaitan isu Abu Bakar membakar kitab hadisnya saya jawab seperti berikut:


1. Jika saudara Farouk menyatakan riwayat ini untuk berhujah bahawa hadis bukan sumber rujukan

dalam perundangan Islam maka saya menjadi keliru. Bukankah anda sendiri tidak mengiktiraf riwayat
hadis, bagaimana mungkin anda mengiktiraf kisah yang diriwayatkan oleh ulama hadis dengan
salasilah perawi-perawi hadis?

2. Jika beliau nyatakan riwayat ini semata-mata mahu membuktikan hadis bukan hujah menggunakan

dalil yang diterima oleh pihak yang menerima hadis, ia juga tersasar jauh. Ini kerana riwayat ini tidak
sahih dari segi sanadnya. Saya bawakan riwayatnya supaya kita sama-sama semak:
‫ﻧ ﻣ ﺳ ﺑﻥ ﺑﺩ ﷲ ﺑﻥ‬

‫ﺑﻥ ﺻ‬

‫ﻧ ﻣ ﺿﻝ ﺑﻥ ﺳ ﻥ ﻧ‬

– ‫ﺳ‬

‫ﷲ‬


‫ﺩ ﺙ ﻥ ﺭﺳ ﻝ ﷲ – ﺻ‬

‫ﻧﺩ‬

‫ﻷ ﺩﺙ ﺗ‬

‫ﻣ‬

‫ﺑﻧ‬

‫ﺩﺛﻧ‬

‫ﻛﻥ ﻛﻣ‬

‫ﺛ‬

‫ﺩ ﺙ ﻥ ﺭﺟﻝ ﺩ ﺋﺗﻣﻧﺗ‬

:‫ﻝ‬


‫ﺑﺭﺑﺭ‬

‫ “ﺟﻣ ﺑ‬: ‫ﺋﺷ‬

‫ﻣ ﺻﺑ‬

‫ﺑﻣﺭ ﻧ ﻣ ﻣﺩ ﺑﻥ ﻣ ﺳ‬

‫ﺳ ﺑﻥ ﻣ ﻣﺩ‬

‫ﺷ ءﺑ‬

‫ﺷﻛ‬

‫ﻛ ﻥ‬

‫ﻧﺩ‬
‫ﺫ‬

‫ ﺗﺗ‬:


‫ﻥ ﻣ‬

‫» ﻛ ﻥ ﺩ ﻧ‬.

‫ﺩﺛﻧ‬

، ‫ ﻣﻧ‬:

‫ﻝ ﺩﺛﻧ ﺑﻛﺭ ﺑﻥ ﻣ ﻣﺩ ﺻ ﺭ‬

‫ﺑﻥ ﻣﺭ ﺑﻥ ﺑ ﺩ ﷲ ﺗ ﻣ‬
، ‫ﻛﺛ ﺭ‬

‫ﺗ ﺗ‬

‫ ﺧﺷ‬:‫ ﻝ‬،‫ﺭ ﺗ ؟‬

:


:‫ﻛ‬

‫ﻝ‬

‫ﺳﻥ ﺑﻥ ﺳﻥ ﻥ ﺑﺭ‬
‫ﺩﺙ ﺑ‬

، ‫ﺭ‬

‫ﺑﻧ ﺭ‬

‫ﻛ ﻧ ﺧﻣﺳﻣ ﺋ‬
‫ﺩ‬

‫ﺟﺋﺗ ﺑ‬

 Maksudnya:
Kata Aisyah: Ayahku mengumpulkan hadis-hadis Nabi sallallah alaih wasallam. Bilangannya 500 hadis.
Suatu malam beliau berpusing-pusing di tempat tidurnya sehingga dia merisaukan saya. Tanya saya


kepadanya: Adakah ayah tidak lena kerana ada aduan (kes-kes mahkamah) atau sesuatu (pertanyaan
tentang hukum) yang sampai kepadamu? Apabila sampai waktu pagi beliau berkata: Wahai anakku,
bawakan hadis-hadis yang berada padamu. Lalu saya bawakan. Kemudian beliau minta api lantas
membakarnya seraya berkata: Saya bimbang saya mati sedangkan hadis-hadis ini ada di sisi saya

dalam keadaan hadis riwayat seorang lelaki yang saya percaya dan benarkan ia sedangkan hadis itu

sebenarnya bukan seperti mana yang lelaki itu ceritakan kepadaku (lelaki itu tersilap dalam riwayat)
dan aku terlibat dalam meriwayatkannya (hadis salah).



Check Also

 Ini komentar saya terhadap riwayat ini:
 Riwayat ini tidak sahih kerana wujud perawi bernama Musa bin Abdullah bin Hasan bin Hasan. Beliau
dikategorikan sebagai perawi daif. Begitu juga ada perawi yang bernama Ali bin Soleh. Beliau adalah

perawi yang tidak dikenali. Bagaimana saudara Farouk boleh menggunakan riwayat daif untuk menolak

Pendidikan Uthmaniyyah, ‘Finland’

riwayat sahih seperti sahih Bukhari? Ini amat pelik.

dan Impian Masa Hadapan

“Saya masih lagi kehairanan,
walaupun
saya tahu
ia tidak
Jika kita beranggapan bahawa riwayat ini sahih sekalipun ia tidak menyokong dakwaan
saudara
Farouk.
mustahil. Bagaimana kamu
boleh bertemu
Ini kerana dalam riwayat itu jelas menunjukkan bahawa sebab Abu Bakar membakar
kitabnya dengan
adalah …


http://saifulislam.com/2014/03/quranist­antara­isu­fakta­dan­isu­metode/

3/9

3/6/2017

Quranist: Antara Isu Fakta dan Isu Metode – Saifulislam.Com

kerana beliau bimbang hadisnya itu daif disebabkan hafalan perawinya yang lemah. Ini secara tidak
langsung membuktikan bahawa jika hadis itu sahih Abu Bakar sendiri akan berhujah dengannya.

Bahkan dalam riwayat itu sendiri menunjukkan Abu Bakar bukan Quranism iaitu beliau mengumpulkan
hadis-hadis Nabi. Untuk apa mengumpulkan hadis-hadis jika tidak mahu berhujah dengannya?

Saya perhatikan saudara Farouk agak bersikap selektif apabila membawakan dalil. Beliau seolah-olah

membawakan riwayat yang zahirnya menyokong dakwaannya. Metodologi yang betul dalam kajian ialah
kita mengumpulkan semua dalil yang ada dalam satu-satu bab kemudian membuat rumusan. Adalah

tidak adil untuk menilai pendirian Abu Bakar dan Umar terhadap hadis dengan melihat satu atau dua
riwayat dan melupakan riwayat yang lain. Tidakkah beliau tahu bahawa Abu Bakar menerima pakai

hadis Nabi tentang kadar pusaka nenek? Tidakkah beliau tahu bahawa Umar menerima pakai hadis Nabi
tentang hukuman qisas? Umar juga menerima hadis riwayat Abdul Rahman bin Auf dalam isu taun.
Bagaimana mungkin beliau terlepas pandang perkara ini?

Umar memang pernah berkata: “Cukuplah bagi kita kitab Allah”. Tetapi ini bukan bermakna kita perlu

meninggalkan hadis. Bahkan saya telah jelaskan dalam poin sebelum ini bahawa Umar menerima pakai
hadis-hadis Nabi. Sebenarnya pegangan dengan al-Quran lah menyebabkan kita menerima hadis.
Buktinya:

{ ‫ﺧ ﺭ ﻣﻥ ﻣﺭ‬

‫ﻣﺭ ً ﻥ ﻛ ﻥ‬

‫ ﺭﺳ‬䁽
‫ﻣ ﻣﻧ ﺫ ﺿ ﱠ‬

‫} ﻣ ﻛ ﻥ ﻣ ﻣﻥ‬

Maksudnya: Tidak sepatutnya bagi seorang mukmin lelaki dan wanita apabila Allah dan Rasul-Nya

memutuskan sesuatu (hukuman) lalu mereka ada pilihan lain lagi dalam urusan mereka. [al-Ahzab: 36]
Saya memahami hukuman Allah di dalam al-Quran. Justeru, di mana pula hukuman Nabi jika bukan di
dalam hadis? Jika anda kata hukuman Nabi juga di dalam al-Quran bukan hadis, saya berhak untuk

bertanya jika ia sama mengapa Allah dan rasul diulang dalam satu ayat dalam bentuk al-‘Atf ( ‫ ) ﻁ‬dan


kaedah menyatakan al-‘Atf menunjukkan perbezaan? Ayat ini menunjukkan kehujahan
hadis.
Check Also

Al-Quran juga menyatakan:
{ ‫ﺭﺟ ً ﻣ ﱠﻣ‬

‫ﻧﺳ‬

‫ﺟﺩ‬

‫ﻣ ﺷﺟﺭ ﺑ ﻧ ﺛ ﱠ‬
ً ‫ﺳ ﻣ ﺗﺳ ﻣ‬

‫ﻛﻣ‬
‫}ﺿ‬

‫ﻣﻧ ﻥ ﺗ ﱠ‬

‫ﺭﺑ‬
Pendidikan Uthmaniyyah, ‘Finland’

Maksudnya: Demi Tuhanmu, mereka tidak akan beriman sehingga mereka menjadikanmu pemutus
“Saya masih lagi kehairanan,
walaupun
saya tahudan
ia tidak
dalam perselisihan mereka kemudian mereka tidak merasa bebanan terhadap
keputusanmu
mustahil. Bagaimana kamu
mereka benar-benar menerimanya. [al-Nisa’: 65] boleh bertemu dengan …
dan Impian Masa Hadapan


http://saifulislam.com/2014/03/quranist­antara­isu­fakta­dan­isu­metode/

4/9

3/6/2017

Quranist: Antara Isu Fakta dan Isu Metode – Saifulislam.Com

 Ayat di atas mewajibkan kita menerima hukuman Nabi. Saya katakan tidak ada cara lain untuk

mengetahui hukuman Nabi kecuali jalan riwayat. Inila hadis. Justeru, saya benar-benar ragu adakah
benar saudara Farouk mengikut petunjuk al-Quran.
Kata Farouk A Peru:
Bukan saja itu, tapi monarki pertama Islam iaitu Khalifah Umayyah juga tidak merasmikan sebarang kitab
hadis yang menjadi sumber perundangan mereka. Alangkah anehnya yang pada masa umat Islam telah
mempunyai empayar yang luas, hadis belum lagi dirasmikan sebagai kitab?
Saya jawab:
1. Jika yang dimaksudkan saudara Farouk dengan terma “merasmikan sebarang kitab hadis” sebagai tiada
langsung penulisan hadis maka beliau tersilap. Ini kerana di zaman sahabat lagi, penulisan hadis telah
dimulakan. Abdullah bin Amr bin al-As dan Ali bin Abi Talib telah menulis hadis.

2. Jika terma ini dimaksudkan dengan pengumpulan rasmi sebuah Negara saya jawab seperti berikut:
Saya tidak pernah melihat dalil dalam agama ini bahawa setiap yang tidak bertulis tidak menjadi hujah.

Sebaliknya yang menjadi asas ialah sifat benar perawi dan kekuatan ingatannya yang sepatutnya dilihat
untuk memastikan kandungan riwayat terpelihara. Apa guna bahan bertulis jika yang menulis itu kaki
bohong? Akhirnya kita akan kembali melihat kredibiliti orang yang menulis juga.

Kerajaan Bani Umayyah mengarahkan hadis-hadis dikumpulkan secara rasmi apabila ramai manusia

sudah mula pandai menulis dan kurang menggunakan hafalan. Ini berbeza dengan zaman sebelumnya

di mana ramai rakyat yang buta huruf dan bahan penulisan juga sukar untuk diperolehi. Sudah menjadi
tabiat manusia apabila mereka tiada kemudahan mereka akan menggunakana keupayaan mereka
semaksima mungkin. Bayangkan dahulu kita mampu hafal nombor-nombor telefon jiran sebelum


wujudnya telefon bimbit walaupun nombor itu hampir sama. Tapi selepas wujudnya
teknologi “phone

book” dalam telefon bimbit nombor telefon sendiri pun kadang-kadang kita belum tentu hafal. Begitulah
Check Also

juga dengan hadis, ia diriwayatkan secara mulut ke mulut kerana ingatan perawi yang hebat.

Kata beliau: Hanya selepas zaman Ash-Shafiee (imam ulung mazhab Shafiee) yang hadis menjadi “mata

wang” perundangan (legal currency) .

Apa yang saya fahami dari teks Farouk A Peru ialah beliau cuba untuk nyatakan bahawa hadis menjadi
hujah selepas zaman Imam Syafie. Saya katakan:

Pendidikan Uthmaniyyah, ‘Finland’

dan Impian Masa Hadapan

“Saya masih lagi kehairanan,
walaupun saya tahu ia tidak
Adakah Farouk A Peru tidak mengetahui bahawa sebelum zaman Imam Syafiemustahil.
ramai ulama
hadis telah
Bagaimana
kamu
boleh bertemu dengan …
menulis kitab-kitab hadis untuk menjadikan hadis sebagai rujukan hukum? Ma’mar bin Rasyid telah
menulis kitab Jami’nya, Abdul Razak al-Son’ani telah menulis al-Musannafnya, Malik bin Anas telah

http://saifulislam.com/2014/03/quranist­antara­isu­fakta­dan­isu­metode/


5/9

3/6/2017

Quranist: Antara Isu Fakta dan Isu Metode – Saifulislam.Com

menulis Muwatta’nya. Adakah Farouk A Peru tidak tahu bahawa semua kitab-kitab ini mengumpulkan
hadis-hadis dalam bab hukum?

Saya tidak pasti samada Farouk A Peru pernah membaca kitab al-Risalah Imam Syafie atau tidak. Ini
kerana jika beliau membacanya dengan teliti sudah pasti beliau tidak mendakwa seperti apa yang

beliau dakwa sekarang. Imam Syafie di beberapa tempat dalam al-Risalah menukilkan pandangan

ulama hadis sebelum beliau. Ini bermakna beliau bukanlah orang pertama yang mereka-cipta sains

hadis. Beliau hanya menyusun semula ilmu hadis yang sebelum zaman beliau tersimpan dalam dada
ilmuwan hadis. Lihat perbahasan al-Syafie dalam bab khabar al-Ahad. Beliau menukilkan pandangan
ulama hadis sebelum beliau.
 Kata Farouk A Peru lagi:
Umpamanya Ibn Kathir dan At-Tabari, mereka mempunyai latar belakang yang berlainan. Ibn Kathir

dibesarkan oleh kaum wanita walhal Tabari tidak berjumpa sangat dengan wanita. Ini telah menjadi faktor
pembezaan dalam tafsir mereka.

Ibn Kathir lebih menekankan perhubungan yang memberi persamaan antara lelaki dan waniya (mengikut
AQ 30/21) tapi Tabari lebih menekankan pengawalan ke atas pakaian dan tindak-tanduk wanita
(fahamannya daripada AQ 24/31).

Ibn Taimiyah lagi radikal pula – beliau menekankan pengurungan wanita (fahamannya terhadap AQ 33/33)
kerana pada zamannya berlaku penaklukan kuasa oleh pihak Mongol dan keselamatan wanita diancam.

Begitulah lumrahnya – tiap-tiap pentafsir akan mencerminkan situasi mereka masing-masing jadi kenapa
kita perlu terikat kepada tafsir mereka sahaja sedangkan Allah memberi akal kepada semua orang?
Saya jawab seperti berikut:



1. Saya begitu gusar dengan kenyataan di atas. Ini kerana saudara Farouk A Peru seolah-olah tidak boleh
Check Also

membezakan antara perkara ijtihad dan nas. Adakah perlu ditonjolkan perbezaan ijtihad untuk menolak
hadis-hadis sedangkan hadis (pada kepercayaan kaum Muslimin) adalah nas? Jika benar perbezaan ini

menyebabkan penolakan sesuatu, adakah perlu ditolak juga al-Quran kerana wujudnya versi tafsir yang
berbeza-beza mengikut zaman?

Pendidikan Uthmaniyyah, ‘Finland’

2. Tiada siapa yang terikat dengan pandangan pentafsir-pentafsir silam dalam perkara ijtihad. Lihat Tafsir
“Saya masih lagi kehairanan,
walaupun
saya tahu
al-Manar karya Rasyid Ridha. Berapa banyak ijtihad baru beliau ketika mentafsir
ayat al-Quran.
Yangia tidak
mustahil. Bagaimana kamu
dengan …
diperjuangkan oleh kami bukanlah kewajipan berpegang dengan ijtihad ulama boleh
silam.bertemu
Tetapi disiplin
dan Impian Masa Hadapan


http://saifulislam.com/2014/03/quranist­antara­isu­fakta­dan­isu­metode/

6/9

3/6/2017

Quranist: Antara Isu Fakta dan Isu Metode – Saifulislam.Com

ketika mentafsir al-Quran seperti penguasaan bahasa arab dari sudut nahu, saraf, balaghah dan
sebagainya.

Kata Farouk A Peru:
Sama juga seperti Al-Bukhari, pengumpul hadis tersohor. Beliau merakamkan beberapa hadis yang yang
memperlekehkan iman dan akal wanita.

Wanita dikatakan adalah kebanyakan daripada penghuni neraka. Akal wanita cetek kerana dua saksi

wanita diperlukan walhal hanya satu lelaki mengikut tafsiran Al-Quran mereka (2/282) dan agama mereka
suntuk kerana tak dibolehkan sembahyang semasa datang haidh.
Saya jawab seperti berikut:
1. Kesilapan besar saudara Farouk A Peru apabila tidak memahami hadis dengan pemahaman yang benar
lalu menolak keseluruhan hadis. Jika benar hadis ini yang menjadi kemusykilan saudara Farouk kenapa
keseluruhan hadis perlu dibuang? Bukankah cukup hanya sekadar tidak menerima hadis ini sahaja?

2. Sebenarnya hadis yang menjadi kemusykilan saudara Farouk telah pun dijawab oleh ilmuwan hadis.
Hadis-hadis Nabi sallallah alaih wasallam perlu dibaca secara keseluruhan supaya kita mendapat

gambaran penuh sesuatu isu. Tidakkah saudara Farouk A Peru pernah dengar hadis yang menceritakan
bahawa di akhir zaman bilangan wanita akan bertambah terlalu ramai melebihi kaum lelaki? Jika
bilangan mereka ramai sudah pasti kita tidak akan pelik jika wanita lebih ramai di neraka kerana

bilangan keseluruhan mereka ramai. Bukankah seorang lelaki boleh menikah lebih dari seorang isteri?
Maka tidak hairan jika ramai isteri dalam neraka. Satu persoalan yang ingin saya tekankan ialah saya
tidak nampak pula dalam hadis tersebut yang mengatakan bilangan perempuan berkurang dalam
syurga. Jika ada sila nyatakan kepada saya. Saya gambarkan dalam sebuah kelas yang bilangan

wanitanya 50 orang manakala lelaki seorang (ikut nisbah bilangan di akhir zaman
 seperti dalam hadis

Bukhari). Apabila separuh daripada wanita gagal dalam peperiksaan (25 orang) dan satu-satunya pelajar
Check Also

lelaki lulus sudah pasti bilangan wanita yang gagal ramai tetapi tidak bermakna yang lulus berkurang
dari lelaki kerana bilangan mereka 25 orang dan lelaki seorang.

3. Berkaitan dengan bilangan saksi pula. Al-Quran sendiri menyatakan bahawa perlu 2 orang saksi wanita

berbanding seorang lelaki. Adakah Farouk A Peru ingin menolak al-Quran juga? Maka saya perlu menarik

Pendidikan Uthmaniyyah, ‘Finland’

gelaran Quranism daripada anda.

dan Impian Masa Hadapan

“Saya masih lagi kehairanan,
saya tahu ia tidak
4. Berkaitan dengan akal pula ia tidak bermakna wanita kurang cerdik dari lelaki. walaupun
Tetapi ia berkaitan
mustahil. Bagaimana kamu
boleh
bertemu dengan

penggunaan akal. Tidakkah Farouk A Peru perhatikan bahawa wanita lebih banyak
menggunakan
emosi
mendahului akal? Maka sifat simpati wanita melebihi lelaki secara umum. Oleh itu, seorang lagi saksi

http://saifulislam.com/2014/03/quranist­antara­isu­fakta­dan­isu­metode/


7/9

3/6/2017

Quranist: Antara Isu Fakta dan Isu Metode – Saifulislam.Com

wanita diperlukan supaya mengingatkannya dalam persaksian. Hadis ini tidak bercakap tentang tahap

kecerdikan tetapi ia bercakap tentang tahap penggunaan rasional antara lelaki dan wanita secara umum.
Tidakkah saudara Farouk membaca hadis itu secara keseluruhan? Bukankah ada lafaz “Imraah Jazlah”
dalam hadis berkenaan? Jazlah bermakna cerdik.

5. Manakala kurang agama pula bukanlah bermakna ia pengukur kepada kesolehan seseorang. Ini kerana

Nabi sallallah alaihi wasallam tidak bercerita tentang kesolehan tetapi tentang agama. Tidakkah Farouk A
Peru tahu bahawa wanita tidak perlu solat, puasa ketika haid dan nifas, tidak wajib solat Jumaat dan

tidak wajib berjihad? Dalam kata lain Nabi sallallah alaih wasallam bercakap tentang kuantiti amalan
bukannya kualiti amalan.
Kata Farouk A Peru:
Sebaliknya, kita perlu melihat kepada sesetengah hadis yang menjulang Nabi kepada status yang seakanakan rakan kongsi Tuhan dalam memyelamatkan manusia ke syurga. Hadis memberi Nabi kuasa syafaat
yang dapat mengatasi keputusan Tuhan sendiri.
Saya jawab:
1. Saya tidak pasti dari mana saudara Farouk dapat keputusan yang ekstrem begini. Bukankah al-Quran

sendiri menceritakan bahawa syafaat tidak dibenarkan melainkan kepada sesiapa yang diredhai Allah?
[Lihat Surah al-Anbiya’: 28] Ini bermakna syafaat sabit dengan redha Allah.

2. Hadis Nabi dalam bab syafaat tidak sekali-kali mengatasi keputusan Tuhan. Ini adalah suatu dakwaan
yang terburu-buru sama sekali. Bahkan hadis jelas menunjukkan bahawa syafaat Nabi diberikan oleh
Allah selepas Nabi meminta izin kepada-Nya. Lihat hadis berikut:
«‫ﻣ ﺗ ﺧﺭ‬

‫ﻣ ﺗ ﺩ ﻣﻥ ﺫﻧﺑ‬

‫ﺭ‬

‫ﺳ ﺟﺩ‬

‫ﺩ‬

‫ﺳ‬

‫ ﺫ ﺭ ﺗ‬، ‫ﺭﺑ‬

‫ﷲ‬

‫ ﺋﺗ ﻣ ﻣﺩ ﺻ‬، ‫ﻧ ﻛ‬
‫ﺳﺗ ﺫﻥ‬

‫»… ﺗ ﻧ‬

‫ “ ﺳ‬:‫ﻝ‬


”،
Check Also

Maksudnya: Nabi Isa berkata (ketika umat meminta syafaat daripadanya): Aku tidak berada ditempat

yang kamu minta (tidak layak), sebaliknya pergilah berjumpa Muhammad sallallah alaih wasallam yang
telah diampunkan dosanya yang telah lalu dan kemudian. Maka mereka pun mendatangiku dan aku

MEMINTA IZIN kepada Tuhanku. Apabila aku melihat-Nya aku jatuh dalam keadaan bersujud…(Hadis

Pendidikan Uthmaniyyah, ‘Finland’

riwayat Bukhari)

dan Impian Masa Hadapan

“Saya masih lagi kehairanan,
walaupun saya tahu ia tidak
Bagaimana
Justeru, saya merasakan bahawa dakwaan saudara Farouk A Peru sememangnyamustahil.
tersasar jauh.
Saya kamu
boleh bertemu dengan …
menyeru beliau kembalilah kepada jalan yang benar. Hadis adalah hujah dalam Islam.



http://saifulislam.com/2014/03/quranist­antara­isu­fakta­dan­isu­metode/

8/9

3/6/2017

Quranist: Antara Isu Fakta dan Isu Metode – Saifulislam.Com

 
Maklum  Balas

0 Maklum Balas
0  Comments

Sort  by 

Newest

Add  a  comment...

Facebook  Comments  Plugin

165
 

8
 

0
 

0
 

1796
 

193

Like



Check Also

Pendidikan Uthmaniyyah, ‘Finland’

dan Impian Masa Hadapan

“Saya masih lagi kehairanan,
walaupun saya tahu ia tidak
mustahil. Bagaimana kamu
boleh bertemu dengan …


http://saifulislam.com/2014/03/quranist­antara­isu­fakta­dan­isu­metode/

9/9