Perubahan sosial dan perubahan sosial

PENDAHULUAN
Jika kita lihat dalam bidang sejarah, kajian tentang perubahan yang berlaku dalam sesebuah
negara mahupun masyarakat sememangnya menjadi hal yang tidak asing lagi. Namun begitu,
tidak dapat dinafikan bahawa kajian yang sering diketengahkan adalah lebih kepada kajian
mengenai perubahan politik mahupun perkembangan ekonomi. Fokus terhadap perubahan
dari sudut sosial sering diabaikan walhal ianya boleh dikatakan satu sudut yang paling dekat
dengan kehidupan manusia kerana sifatnya yang membincangkan tentang masyarakat
(society) itu secara keseluruhannya. Apabila menyentuh aspek sosial, sudah pasti hubungan
masyarakat dalam hal ekonomi dan politik juga tidak terlepas daripada turut dibincangkan. 1
Malah, aspek sosial ini juga boleh digunakan dalam konteks perkhidmatan dan kemudahan
yang turut berkembang serta sering kali mencakupi hal-hal kebajikan.2
Jika kita membincangkan tentang perubahan-perubahan sosial yang berlaku di Tanah Melayu,
kita akan menemui banyak perkembangan yang terjadi. Perkembangan ini lazimnya tidak
berlaku sendiri tetapi banyak didorong oleh keadaan semasa yang berputar dalam kitaran
perubahan Tanah Melayu itu sendiri. Antaranya ialah pengaruh luar yang terjadi sejak sekian
lama. Bagi menjawab soalan yang diberikan, saya akan mengecilkan skop perbincangan
kepada pengarauh dari India dan China. Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada
longgokan Benua Asia. Kedudukannya terletak di tengah-tengah jalan perdagangan
antarabangsa antara China dan India, dua buah pusat tamadun kuno yang terletak di sebelah
Timur dan Barat. Berdasarkan kedudukan geografinya yang sangat strategik ini, tidak
hairanlah jika Tanah Melayu mudah mendapat pengaruh-pengaruh daripada kedua-dua

tempat tadi.

1http://spectrum.um.edu.my/pluginfile.php/81513/mod_resource/content/1/khoo%20kay%20kim%20AEEA
%203306.pdf [diakses pada 14 Mei 2013]
2 ibd

Pendudukan British di Tanah Melayu bermula dari pergelokan politik dan perebutan takhta
yang berlaku di Perak dan Johor sehingga beberapa negeri di Tanah Melayu telah menjadi
milik British. Selepas perjanjian British-Belanda 1824, kedudukan British di Tanah Melayu
semakin kuat. Ekoran dari permintaan bahan mentah untuk industri Barat, mencari pasaran
baru untuk barangan siap dan mancari peluang baru untuk pelaburan di Barat, British telah
mengeksploitasi semua kelebihan yang terdapat di Tanah Melayu. British bertindak
membawa masuk imigran Cina dan India ke Tanah Melayu untuk menampung kekurangan
jumlah tenaga kerja bagi keperluan penjanaan ekonomi yang ingin dimanipulasi dan
dimanopoli. Jumlah kedatangan kedua-dua imigran ini telah meningkat secara mendadak di
Tanah Melayu selepas itu.
Tindakan British membawa masuk imigran-imigran ini adalah kerana terdapat pelbagai
kelebihan

pada


mereka

contohnya

berkemahiran

dalam

mengendalikan

aktiviti

perlombongandan pertanian yang mampu meningkatkan hasil pengeluaran terhadap hasil
bumi yang terdapat di Tanah Melayu kepada pihak British. Kesannya kedua-dua imigran ini
menguasai dua sumber ekonomi yang berbeza sehingga terbentuk pola-pola ekonomi
terhadap masyarakat. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi secara tidak
langsung telah mendorong pertumbuhan bandar, jalan-jalan raya, landasan kereta api dan
pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Selain itu juga, kedatangan imigran
ini telah memberi kesan yang besar ke atas Tanah Melayu kerana telah mengubah pola

kependudukan dan juga membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk.

GELOMBANG MIGRASI PERTENGAHAN ABAD KE 19
Para ahli akademik, sama ada seorang sejarawan, ahli sosiologi dan sebagainya seakan
sependapat bahawa proses migrasi jelas terlihat pada abad ke-19 apabila British berusaha
membawa masuk golongan imigran untuk berkerja di dalam beberapa sektor yang tidak
mendapat sambutan penduduk tempatan. Bahkan bukan sedikit yang berpendapat,
masyarakat majmuk di Malaysia pada hari ini ialah kerana pembinaan pihak British. Hal ini
boleh dilihat melalui kadar pertambahan penduduk di Semenanjung di Tanah Melayu pesat
berlaku bermula padatahun 1911 dan seterusnya bertambah dari semasa ke semasa.
Pertambahan penduduk yang pesat ini merupakan kesan daripada kemasukan imigran Cina
dan India. Penduduk Cina di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang bertambah dua
kali ganda antara tahun 1891 sehingga tahun 1901.3 Bilangan kemasukan masyarakat India ke
Tanah Melayu telah bertambah di antara tahun 1911–1921 iaitu semasa harga getah semakin
meningkat. Ini amat jelas memandangkan pertambahan bilangan masyarakat India antara
tahun 1911 – 1921 di mana bilangan mereka bertambah dari 270 000 orang kepada 470 181
orang. Mengikut bancian penduduk pada tahun 1891, Negeri- negeri Melayu Bersekutu
dianggarkan mempunyai 418, 527 orang penduduk, meningkat tiga kali ganda sejak campur
tangan British di Tanah Melayu. 4 Ianya memperlihatkan bagaimana masyarakat di Tanah
Melayu mula mengalami proses perkembangan yang sangat ketara.


3 Institut Tadbiran Awan Negara. Malaysia Kita. 1999. Hal 423
4 ibid

Kemasukan Imigran Cina
Kaum Cina merupakan kaum yang tidak dapat dipisahkan dengan sejarah kemasukan imigran
dari luar ke Tanah Melayu. Hal ini demikian memandangkan kedatangan mereka telah pun
lama berlaku. Seperti lazimnya kedatangan sesuatu bangsa ke sesebuah kawasan, orang Cina
juga pada awalnya masuk ke Tanah Melayu sebagai pedagang dan sebilangan kecil pernah
menetap di sini khasnya pada zaman Kesultanan Melaka.5
Perkembangan penempatan Cina di Tanah Melayu berkaitan perhubungannya dengan
penjajahan British. Ia diibaratkan seperti “di mana sahaja bendera Inggeris berkibar, di sana
ramai orangCina bernaung”. Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya, masyarakat Cina
daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan
penderitaan.6 Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Semasa
British memerintah pula, orang British menggalakkan kedatangan imigran Cina ke Tanah
Melayu kerana berpendapat orang Cina mempunyai semangat kerja yang kuat, berdaya usaha
dan bersifat keusahawanan.7
Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti
diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem

tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe, bilangan buruh Cina yang berhijrah memang
ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.8 Namun angka yang tepat sukar
ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah
Melayu. Pada peringkat awal kemasukan warga Cina ke Tanah Melayu adalah dengan
5 Khoo Kay Kim. Latar Belakang Sejarah Masharakat India dan China di Tanah Melayu. Jebat, Bil. 1. 1971/72.
Jabatan Sejarah. Universiti Malaya. 1971.
6 Barbara Watson Andaya, Leonard Y. Andaya. A History of Malaysia. London : Macmillan, 1987. Hal 159
7 Chan Hon Chai. 1967. The Development Of British Malaya 1896-1909. Kuala Lumpur. Hal 102
8 W.L. Blythe. Historical Sketch of Chinese Labour in Malaya. Journal of the Malaysian Branch of the Royal
Asiatic Society. 1953. hal3.

pembiayaan sendiri. Selepas ekonomi Tanah Melayu menunjukkan peningkatan yang
memberangsangkan menyebabkan banyak galakan diberi untuk menarik lebih ramai
kemasukan buruh-buruh luar. Para pembesar juga berperanan dalam membawa masuk buruhburuh luar untuk mengusahakan perlombongan bijih timah. Terdapat kapitan yang dilantik
untuk mengendalikan buruh-buruh Cina tersebut. Kapitan ini juga merupakan ketua kongsi
gelap. Selain itu terdapat juga Sistem Kangcu, melalui sistem ini Sultan Johor bertindak
mengeluarkan surat sungai kepada pemodal- pemodal Cina untuk mengusahakan tanaman
seperti tanaman lada dan gambir. Terdapat juga Sistem Tiket Kredit yang diperkenalkan,
berdasarkan sistem ini, para imigran diberi hutang pelayaran. Namun, sistem ini dilihat
membebankan imigran kerana mereka terpaksa menanggung hutang dan kesannya mereka

mendapat upah yang sangat murah.

Kemasukan Imigran India
Seperti juga imigran Cina, kemasukan orang India ke Tanah Melayu telah berlaku sejak
kegemilangan kesultanan Melayu lagi. Malah, berdasarkan kajian latar belakang sejarah
masyarakat India dan Cina di Tanah Melayu menyatakan bahawa ianya mungkin telah
berlaku di sekitar awal tahun-tahun Masihi yang mana pada ketika itu hubungan Kedah dan
India sungguh rapat.9 Pada awal kemasukan imigran India ini, mereka hanya bertindak
sebagai pedagang dan tukang yang mana tidaklah berniat untuk hidup secara tetap di Tanah
Melayu.
Namun seiring dengan peredaran masa, imigran India ini mula berubah matlamat menjelang
abad ke-19. Tindakan British berundur ke Sumatera setelah menandatangani Perjanjian
Inggeris-Belanda sebenarnya turut mendorong kemasukan orang India yang menjadi tawanan
9 Khoo Kay Kim. Latar Belakang Sejarah Masharakat India dan China di Tanah Melayu. Jebat, Bil. 1. 1971/72.
Jabatan Sejarah. Universiti Malaya. 1971.

ke Negeri-negeri Selat. Kaum India ini telah dijadikan buruh untuk membina bangunanbangunan dan jalan-jalan di kawasan Negeri-negeri Selat.10 Seiring peredaran masa, imigranimigran India ini juga telah diimport untuk tujuan perladangan tebu di Province Wellesly
Tambahan pula, pembukaan ladang-ladang kopi di Semenanjung Tanah Melayu menjadikan
bilangan imigran India ini terus meningkat. Sehinggalah menjelang pertengahan abad ke-19;
apabila pembukaan ladang- ladang getah di Tanah Melayu telah berlaku yang sememangnya

merupakan tanaman yang semakin popular pada ketika itu, telah merancakkan lagi
pertambahan jumlah imigran India di Tanah Melayu.11

10 Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia, 1800-1963. Hal 176
11 ibd

PERKEMBANGAN MASYARAKAT TANAH MELAYU PERTENGAHAN ABAD KE19
Menelusuri pertengahan abad ke-19, tidak dapat dinafikan lagi bagaimana kemasukan
imigran Cina dan India semakin menjadi-jadi. Orang-orang Cina dan India dibawa masuk
oleh orang Inggeris ke Tanah Melayu adalah demi memenuhi keperluan tenaga buruh dalam
usaha ekonomi secara besar-besaran.12
Pertambahan penduduk dari tahun ke tahun berlaku dengan cepat dan mengubah skala
kependudukan yang sedia ada di Tanah Melayu. Contohnya dapat dilihat pada tahun 1891
jumlah penduduk di Negeri-negeri Melayu adalah 418.5 ribu orang dan setelah sepuluh tahun
kemudian jumlah penduduk bertambah kepada 678.6 ribu orang. Pada abad ke 19, jumlah
komposisi kaum masyarakat asing mengatasi jumlah komposisi masyarakat tempatan.
Pada awal abad ke-19 lebih daripada 90 peratus penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada
penduduk bumiputera keturunan Melayu. Tetapi pada tahun 1911 peratus penduduk
bumiputera menurun kepada 54 peratus. Peratusan ini menurun lagi kepada 49 peratus pada
tahun 1921 dan pada tahun berikutnya menunjukkan peratusan yang semakin menurun.13

Kesan kemasukan imigran Cina dan India Ke Tanah Melayu telah merubah ekonomi, politik
dan sosial Tanah Melayu. Kedatangan imigran ini telah membentuk satu kumpulan
masyarakat yang baru yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan. Dengan ini telah
membentuk masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Wujudnya masyarakat majmuk ini telah
membawa identiti baru kepada masyarakat di Tanah Melayu. Selain itu, kedatangan imigran
ini telah membawa kepada pertambahan penduduk yang ramai dalam masa singkat. Dengan
kedatangan pertambahan penduduk yang ramai ini telah mengubah pola kependudukan dan
12 Dr. Wan Abdul Kadir bin Wan Yusof. Jurnal Persatuan Sejarah : Proses Perubahan dan Pembandaran Orang
Melayu Sebelum Perang Dunia II. (spectrum)
13 Institut Tadbiran Awan Negara. Malaysia Kita. 1999. Hal 422

sosio-politik di Tanah Melayu pada masa itu. Namun begitu, pola kependudukannya berbeza
dari satu tempat ketempat yang lain. Hal ini adalah kerana faktor tumpuan ekonomi dan
kependudukan British itu sendiri sebagai pencetus kepada ekonomi yang berkembang di
Tanah Melayu. Dengan ini terbentuk kependudukan yang berbeza dimana terdapat kawasan
yang menjadi tumpuan dan padat penduduknya di kawasan bandar terutamanya di pantai
Barat. Selain itu, kependudukan juga berbeza dari mengikut kaum masing-masing. Hal ini di
mana Melayu tinggal di kampung-kampung, India di estet-estet dan Cina pula tinggal
dikawasan perlombongan dan bandar-bandar.


Perkembangan Sosial
Kesan dari segi sosial, kedatangan imigran Cina dan India turut memberi kesan terdapat
interaksisosial di Tanah Melayu. Dasar penjajah yang mengasingkan imigran dan masyarakat
tempatan telah membawa masalah kepada pergaulan antara satu kaum dengan kaum yang
lain. Pengasingan tempat tinggal dan kerja telah menyebabkan masing-masing mempunyai
pemahaman sendiri terhadap kaum lain. Wujud pelbagai tanggapan stereotaip antara mereka.
Selain itu, wujud juga jurang antara kaum yang luas apabila terdapat orang terlalu kaya dan
jugayang miskin. Kesannya, keseimbangan dari segi ekonomi tidak berlaku. Namun begitu,
kehidupan kaum imigran adalah semakin baik kesan daripada ekonomi yang terus
berkembang di Tanah Melayu. Dengan kedatangan kedua-dua imigran ini telah membentuk
kebudayaan yang unik dan baru di Tanah Melayu. Kebudayaan boleh diertikan sebagai
keseluruhan cara hidup yang mencakupi antara lain kepercayaan, resam agama, bahasa,
ekonomi dan sebagainya yang diwarisi oleh anggota masyarakat dari semasa ke semasa dan
dari satu generasi ke satu generasi.14 Terdapat pelbagai budaya dalam masyarakat majmuk15
14 Mohamad Idris Saleh et all. 1944.Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Hal 62
15 Menurut J.S Furnivall, masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan,
agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem

yang wujud dan merangkumi pelbagai aspek seperti upacara perkahwinan dan upacara
keagamaan.

Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses
pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin
bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem
sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu
ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan
Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan
masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar
Kemasukan imigran dari China dan India ini juga sebenarnya banyak memberi sumbangan
dalam perkembangan serta kemajuan sistem perhubungan di Tanah Melayu pada abad ke-19.
Penglibatan Inggeris dalam pentadbiran di Tanah Melayu turut menjadi tulang belakang
dalam perkembangan ini. Sebelum ini, sistem perhubungan di Tanah Melayu banyak
bergantung kepada sungai-sungai dan pelabuhan sahaja tetapi berubah setelah pembinaan
jalan-jalan raya dan jalan kereta api digiatkan. Walaupun pada peringkat awalnya pembinaan
sistem perhubungan ini lebih tertumpu kepada menghubungkan tempat di dalam negeri dan
bersifat pendek-pendek, namun ianya tetap membantu memudahkan pergerakan masyarakat
dari satu tempat ke satu tempat.
Setelah tertubuhnya Persekutuan 1896, usaha-usaha bagi membina jalan-jalan raya dan jalan
kereta api yang lebih panjang dan lebih luas, melewati dari satu negeri ke satu negeri telah
dijalankan.16 Pembinaan sistem perhubungan ini banyak disumbangkan oleh kaum India. Hal
ini demikian memandangkan rata-rata buruh yang digunakan adalah daripada golongan

politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat
berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan
dilakukan atas garis-garis ras.
16 Lofti Ismail. Sejarah Malaysia : 1400-1963. Utusan Publications & Distributor. Kuala Lumpur. 1983.

imigran ini. Menurut pihak berkuasa Inggeris, mereka terpaksa menggunakan tenaga buruh
India dalam usaha ini kerana anak-anak bumiputera tidak mahu, pada keseluruhannya,
menyesuaikan diri mereka dengan kerja-kerja ini.17
Perkembangan sistem perhubungan ini sebenarnya banyak didorong oleh perkembangan
pembukaan lombong bijih timah yang pada ketika itu dirancakkan oleh kedatangan imigran
China serta perladangan getah yang banyak diusahakan oleh kaum India. Kita lihat
bagaimana usaha untuk menghubungkan satu kawasan perlombongan ke satu lagi kawasan
pelabuhan melalui jalan kereta api Taiping ke Port Weld, Kuala Lumpur dengan Bukit Kuda
dan Seremban dengan Port Dickson.18
Apabila membincangkan tentang ciri baru dalam perkembangan masyarakat di Tanah
Melayu, kita tidak dapat lari daripada membincangkan soal kesihatan yang ternyata banyak
mengalami transformasi terutamanya sekitar abad ke-19. Penekanan terhadap kesihatan
banyak diberikan semasa pentadbiran British di Tanah Melayu. Namun begitu, tidak
bermakna bahawa masyarakat di Tanah Melayu tidak mengambil berat akan hal ini sebelum
kedatangan penjajah tersebut. Terdapat usaha yang telah dilakukan oleh masyarakat Melayu
dalam aspek kesihatan seperti yang dilakukan oleh Sultan Ahmad Tajuddin Mukarran Shah
yang membawa masuk seorang doktor India yang pakar dalam bidang perubatan serta
mengimport kepakaran daripada Madras pada tahun 1856 bagi memberi rawatan kepada
penduduk Kedah.
Kemasukan imigran Cina yang bertali arus pada abad ke-19 sebenarnya turut membawa
bersama sistem perubatan tradisional mereka ke Tanah Melayu. Kemasukan yang akhirnya
membawa kepada proses mastautin mereka di Tanah Melayu turut membawa kepada

17 ibd
18http://spectrum.um.edu.my/pluginfile.php/81513/mod_resource/content/1/khoo%20kay%20kim%20AEEA
%203306.pdf

kemasukan tabib-tabib19 Cina serta beratus-ratus ubatan dari tumbuhan dan organ haiwan.20
Hal ini sememangnya memberi suntikan baru kepada kepelbagaian sistem perubatan di Tanah
Melayu hingga hari ini. Apatah lagi pada tahun 1880, sebuah hospital kecil yang memuatkan
28 buah katil telah dibina di Kuala Lumpur oleh seorang hartawan Cina telah memberi
penanda aras awal bagaiman imigran Cina juga memberi perubahan kepada aspek kesihatan
di Tanah Melayu. Meskipun mungkin ianya dilihat hanya memberi manfaat kepada kaum
mereka sahaja tetapi hakikatnya kedatangan sistem perubatan Cina ini telah membuka mata
penduduk tempatan untuk lebih terbuka dalam mencuba sistem perubatan lain kerana pada
asalnya mereka lebih mengutamakan perubatan tradisional seperti pawang berbanding pergi
ke hospital untuk mendapatkan rawatan.21
Pada peringkat awal, rawatan kesihatan hanya diberikan kepada pegawai-pegawai dan tentera
British sahaja. Namun setelah kemasukan banyak imigran luar terutamanya kaum India dan
China yang datang akibat kerancakan ekonomi di Tanah Melayu, pihak British telah
memperluaskan rawatan kesihatan ini juga kepada tulang belakang ekonomi ini iaitu buruh
lading dan pelombong. Apabila penularan penyakit berjangkit mula merebak di Tanah
Melayu, Britih terpaksa berterusan memberikan sokongan kesihatan kepada penduduk Tanah
Melayu. Hal ini demikian kerana bimbang akan bahaya penularan penyakit yang mampu
menjejaskan tenaga buruh di Tanah Melayu itu sendiri.
Di samping membina klinik, hospital dan pusat kesihatan, British telah mengambil satu
langkah untuk mengawal wabak penyakit, iaitu melalui penyelidikan.Oleh itu, British talah
menubuhkan satu badan yang bertanggungjawab untuk mengkaji punca penyakit merebak
dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah penyakit tersebut. Untuk itu,
British telah menubuhkan Institut Penyelidikan Perubatan tahun 1900 di Kuala Lumpur.
19 Orang yg ahli dalam hal perubatan dan cara mengubati penyakit (doktor, dukun).
20 http://spectrum.um.edu.my/pluginfile.php/69530/mod_resource/content/1/medical_health.pdf
21 Choon Lee Chai, ‘Science and Modernity: Modern Medical Knowledge and Societal Rationalization in
Malaysia’, Tesis PhD, Department of Sociology University of Saskatchewan, 2008, hlm. 139.

Kita beralih pula pada perkembangan masyarakat di Tanah Melayu dari sudut pendidikan.
Seperti yang kita jelas ketahui, pendidikan di Tanah Melayu pada awalnya lebih kepada
pendidikan tidak formal dan banyak tertumpu kepada pendidikan agama. Sebelum
kedatangan British, kanak-kanak Melayu hanya mendapat pendidikan di surau, sekolah
pondok dan masjid. Sistem pendidikan Melayu yang paling tua dan berpengaruh adalah
persekolahan pondok. Pondok yang pertama didirikan ialah pada tahun 1820 oleh Tuan Haji
Abd. Samad bin Abdullah. Pendidikan masyarakat pada masa itu berfokuskan kepada aspekaspek seperti membaca dan memahami Al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hukum-hukum
agama serta penguasaan menulis, mengira dan membaca. Namun, kehadiran kolonialisme
British telah memperkenalkan sistem pendidikan vernacular yang sebenarnya turut
dipengaruhi oleh golongan imigran.
Perkembangan sistem pendidikan di Tanah Melayu berlaku semasa zaman penjajahan
Inggeris (1824-1957). Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola,
dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai
satu falsafah yang konkrit atau Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pentadbiran pendidikan di
Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu "pecah dan perintah " serta
dasar terbuka dan tiada campur tangan tentang pendidikan vernacular. Matlamat utama sistem
pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat
bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.
Perkembangan sekolah vernakular Cina peringkat awalnya adalah berkaitan dengan faktor
ekonomi di rantau ini. Kemasukan beramai-ramai orang Cina pada 1870an telah
mengasaskan sistem persekolahan dan penerapan budaya Cina di Tanah Melayu.Sekolah Cina
yang pertama di bina di Tanah Melayu didirikan oleh William Milne dari Persatuan Mubaligh
London pada 1815. Sekolah ini menggunakan dialek Hokien dan mengajar kurikulum
Confucius. Sekolah vernakular Cina kebanyakannya juga dibina oleh persatuan saudagar

Cina, keluarga dan persatuan suku kaum Cina di Tanah Melayu. Pergolakan politik di Cina
mempengaruhi perkembangan sekolah vernakular Cina di Tanah Melayu.
Sekolah vernakular Tamil pertama merupakan sebahagian daripada sekolah Penang Free
School. Sekolah Tamil awal juga merupakan usahasama Mubaligh Kristian dan Mubaligh
Tamil. Banyak sekolah Tamil yang wujud seperti Singapore Free School (1834), St Francis
Xavier Malabar School di Melaka (1850). Namun begitu sekolah ini tidak kekal
lama.Kebanyakan sekolah vernakular Tamil juga berada di kawasan estet getah di mana
terdapat majoriti buruh India di sana. Selain sekolah vernakular Tamil di estet, terdapat juga
sekolah vernakular Tamil di kawasan bandar khusus untuk anak-anak kakitangan Jabatan
Kerja Raya yang kebanyakan buruh India. Kanak-kanak India berketuruna Serani menghadiri
sekolah vernakular Inggeris.
Tegasnya, pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenang-wenangnya tanpa satu
dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur kebangsaan di kalangan rakyat.
Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural educatin al
system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk.

Perkembangan Ekonomi
Kedudukan ekonomi masyarakat tempatan terancam kesan dari kedatangan imigran Cina dan
India. Dasar utama British dalam ekonomi telah merugikan masyarakat tempatan malahan
tidak memberi sebarang kemajuan kepada penduduk bumiputera. Dasar-dasar yang telah
dilaksanakan British dalam bidang pertanian, pemilikan tanah, dan pelajaran tidak

mengutamakan kepentingan kepada penduduk bumiputera. Bukan itu sahaja, ia juga dilihat
telah memberi kelebihan kepada imigran untuk menguasai punca-punca ekonomi.
Kesan daripada dasar British juga menyebabkan setiap kaum dibahagikan mengikut kegiatan
ekonomi. Orang Melayu terlibat dalam bidang pertanian dan kegiatan penangkapan ikan.
Orang Cina pula mendominasi kegiatan perlombongan dan perdagangan. Manakala orang
India mengusahakan ladang getah dan perusahaan lain.
Selain itu, kegiatan ekonomi juga ini terpisah mengikut petempatan. Orang Melayu tinggal di
kampung-kampung dan kawasan yang berdekatan pertanian dan juga pinggir laut. Orang
Cina pula tinggal di kawasan bandar yang berkembang, hasil daripada kegiatan
perlombongan. Kedatangan orang Cina telah menggalakkan kepada tahap perkembangan
perusahaan bijih timah di Tanah Melayu terutamanya di kawasan Larut, Kinta, Lembah
Klang dan Sungai Ujong. Orang Cina telah membuka lombong-lombong di Larut, Lembah
Kinta, Lembah Kelang dan Sungai Ujong. 22 Mereka juga memperkenalkan kaedah
perlombongan yang lebih efektif iaitu Lombong Dedah dan Lombong Pam. 23 Selain itu
mereka juga turut memperkenalkan penggunaan stim. Hasilnya, pengeluaran bijih timah telah
bertambah dari 6500 tan dalam tahun 1850 kepada 50000 tan dalam tahun 1904. dan terus
meningkat kepada 77 ribu tan pada tahun 1937. Lonjakan ekonomi dari eksport bijih timah
ini akhirnya melonjakkan nama Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih timah yang terbesar
dunia.24
Manakala orang India tinggal di estet-estet dan kawasan perusahaan kelapa sawit.
Kemasukan orang India telah menyebabkan pembukaan lebih banyak kawasan ladang getah.
Buktinya, pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar ladang getah di Tanah Melayu tetapi
22 Ruslan Zainuddin, 2003. Sejarah Malaysia, Edisi Kedua. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm 310.
23 Mardiana Nordin, Hasnah Hussiin. Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur : Fajar Bakti. 2000. Hlm 218.
24 Zainal Abidin Abdul Wahid. Malaysia : warisan dan perkembangan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka. 1996. Hlm 223

pada tahun 1940, angka ini telah meningkat menjadi 3.5 juta ekar. Terdapat imigran-imigran
dari India yang berada di Tanah Melayu selepas kedatangan British dari golongan profesional
seperti peguam, polis dan doktor. Hal ini kerana British telah menggalakkan orang-orang
India yang berpelajaran untuk bekerja di Tanah Melayu.
Kegiatan ekonomi eksport yang menguntungkan penjajah ini turut menguntungkan golongan
imigran. Proses pembandaran wujud di pusat-pusat tumpuan ekonomi eksport menyebabkan
mereka boleh berperanan sebagai penggerak yang bertindak sebagai buruh dan usahawan di
kawasan bandar. Kedudukan ekonomi masyarakat tempatan terancam kesan dari kedatangan
imigran Cina dan India. Dasar utama British dalam ekonomi telah merugikan masyarakat
tempatan malahan tidak memberi sebarang kemajuan kepada penduduk bumiputera. Dasardasar yang telah dilaksanakan British dalam bidang pertanian, pemilikan tanah, dan pelajaran
tidak mengutamakan kepentingan kepada penduduk bumiputera.
British menggunakan tauke Cina untuk mengutip hasil cukai dengan memberi hak pengutipan
cukai candu. Hasilnya, tauke Cina mahukan pulangan yang banyak, mereka membawa masuk
buruh-buruh Cina ke lombong bijih timah. British memberikan hak pajakan tanah kepada
tauke-tauke Cina bagi memastikan kekayaan berterusan. Apabila pemilikan tanah
dimiliknegerikan, permintaan terhadap tanah semakin meningkat. Banyak tanah kepunyaan
Melayu menjadi tumpuan orang-orang bukan Melayu. Permohonan tanah oleh pemodalpemodal asing diluluskan kerana tanah-tanah tersebut digunakan untuk pertanian.

Perkembangan Politik dan Pentadbiran
Kedatangan imigran turut merubah sisitem politik Tanah Melayu. Golongan pendatang ini
telah menyuarakan pelbagai tuntutan sebagai penduduk tetap Negeri-negeri Melayu termasuk

hak-hak dalam politik. Masyarakat pendatang ini dengan secara terbuka menyatakan hasrat
untuk terus kekal di Tanah Melayu dan menjanjikan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi
pada negara.
Setelah British telah mengambil alih pemerintahan di Tanah Melayu, perubahan dari segi
komposisi kaum dalam pentadbiran telah diubah. Dalam Majlis Mesyuarat Negeri (MMN)
yang ditubuhkan pada tahun 1877 terdiri daripada Sultan sebagai Presiden, Residen British
sebagai penasihat Presiden, Penolong Residen, beberapa orang pembesar tempatan, dan ahliahli tidak rasmi yang terdiri daripada orang British dan Cina. Misalnya, kita lihat bagaiman
MMN yang ditubuhkan pada tahun 1877 di Perak termasuk 3 orang Melayu, 2 orang Inggeris
dan 2 orang Cina. Senario ini menunjukkan perubahan yang mana pada awalnya, Tanah
Melayu hanya ditadbir oleh orang Melayu sahaja. Kuasa pemerintahan mutlak diberikan
kepada orang Melayu yang bukan sahaja mengawal politik, tetapi juga ekonomi dan
seterusnya sosial masyarakat dahulu.
Tambahan pula, orang Cina & India turut dilibatkan dalam pentadbiran secara langsung.
Mereka semakin berani menyuarakan pendapat dan juga berani tampil bagi mewakili kaum
mereka. Apatah lagi apabila Britsh yang memerintah Tanah Melayu turut memastikan kaum
imigran ini berasa ingin kekal tinggal di Tanah Melayu, yang sudah pasti dapat menjamin
keuntungan ekonomi British. Kita lihat bagaimana undang-undang England yang digunakan
di Tanah Melayu telah diubahsuai mengikut undang-undang statut tempatan dan kod Dinasti
Ching.25 Kita juga boleh lihat bagaimana wujudnya Perkhidmatan Awam Negeri-negeri Selat
juga telah menjadi antara perubahan yang berlaku dengan kedatangan imigran Cina di Tanah
Melayu. Beberapa majistret dan pegawai-pegawai Cina dilantik. 26Selain itu, kaum India juga
tidak terkecuali. Setelah beberpaa tahun mengalami perubahan di Tanah Melayu, ramai orang
25 Nik Hasnaa Nik Mahmood (penterjemah), Orang-orang Cina di Tanah Melayu, Johor Bahru: Universiti
Teknologi Malaysia, 1997. Hal 155
26 ibid.

India dijadikan kerani dalam pentadbiran kerajaan. Apatah lagi apabila British memastikan
golongan bijak pandai India ini turut memberi sumbangan kepada Tanah Melayu.

KESIMPULAN
Tempoh pertengahan abad ke-19 sehingga ke ambang tercetusnya Perang Dunia Kedua
merupakan antara tempoh terpenting dalam sejarah di Tanah Melayu. Perkembangan ini
didorong oleh pelbagai faktor serta tenaga yang mana akhirnya membawa kepada perubahan
yang besar pada struktur dan sistem sosial masyarakat tempatan. Perubahan ini juga dilihat
berlaku kerana penjajahanBritish di Tanah Melayu. Perkembangan pesat yang berlaku akibat
revolusi perindustrian di Eropah dan keinginan British membolot kesemua hasil kekayaan
bumidi Tanah Melayu mendorong pihak terbabit membawa masuk pekerja dari luar iaitu

terdiri daripada masyarakat Cina dan India. Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh pihak
British telah menggalakkan lagi kemasukan imigran ke Tanah Melayu terutamanya jaminan
perlindungan terhadap keselamatan para imigran yang berada di bawah British. Justeru,
berlakulah kebanjiran imigran di Tanah Melayu
Pihak penjajah telah membawa masuk imigran yang hidup berdampingan tetapi berasingan.
Kenyataan ini berdasarkan dasar pecah perintah yang diamalkan oleh pihak British dalam
sistem pentadbiran yang diamalkan mereka. Interaksi antara imigran dan penduduk tempatan
sengaja dibiarkan tanpa haluan agar tidak wujud semangat perpaduan antara mereka. Berlaku
pemisahan tempat tinggal yang ketara apabila masyarakat tempatan terutamanya Melayu
dibiarkan tinggal di kawasan desa atau kampong-kampung, masyarakat Cina ditempatkan
dikawasan bandar dan kawasan-kawasan perlombongan, manakala masyarakat India dihantar
kekawasan pertanian seperti ladang dan estet-estet.
Kedatangan imigran ini telah memberi banyak perubahan yang memberi kesan yang hebat ke
atas Tanah Melayu. Hal ini dapat dilihat apabila pada awal abad ke-19 kemasukan imigran
secara besar-besaran ini telah membentuk masyarakat baru di Tanah Melayu iaitu masyarakat
majmuk. Kesan kependudukan mereka ini telah mewujudkan sosio-budaya yang baru,
merubah ekonami Tanah Melayu serta politik di Tanah Melayu

BIBLIOGRAFI
Sumber Sekunder
Buku
1. Khoo Kay Kim. Latar Belakang Sejarah Masharakat India dan China di Tanah
Melayu. Jebat, Bil. 1. 1971/72. Jabatan Sejarah. Universiti Malaya. 1971.
2. Ruslan Zainuddin. Sejarah Malaysia, Edisi Kedua. Fajar Bakti Sdn. Bhd. 2003.

3. Choon Lee Chai, ‘Science and Modernity: Modern Medical Knowledge and Societal
Rationalization in Malaysia’, Tesis PhD, Department of Sociology University of
Saskatchewan, 2008,
4. Lofti Ismail. Sejarah Malaysia : 1400-1963. Utusan Publications & Distributor. Kuala
Lumpur. 1983.
5. Nik Hasnaa Nik Mahmood (penterjemah), Orang-orang Cina di Tanah Melayu, Johor
Bahru: Universiti Teknologi Malaysia, 1997.
6. Institut Tadbiran Awan Negara. Malaysia Kita. 1999.
7. Zainal Abidin Abdul Wahid. Malaysia : warisan dan perkembangan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka. 1996
8. Mardiana Nordin, Hasnah Hussiin. Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
2000.
9. Barbara Watson Andaya, Leonard Y. Andaya. A History of Malaysia. London :
Macmillan, 1987.

Internet
1. http://spectrum.um.edu.my/pluginfile.php/81513/mod_resource/content/1/khoo
%20kay%20kim%20AEEA%203306.pdf
Jumlah Muka Surat 1-21 hlm (New Times Roman, 12)
Nota Kaki (Bukan Nota Hujung) Times New Roman, 10, Single Spacing, APA Style.