Tren penggunaan dan penyediaan taman rek

TREN PENGGUNAAN DAN PENYEDIAAN TAMAN REKREASI
AW AM DI NEGERI PERAK

INSTITUT PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN
PENGKOMERSILAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM, SELANGOR
MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH:

WAN RABIAH WAN OMAR
SUHARTO TERIMAN

DISEMBER 2007

COPYRIGHT @ UiTM

Tarikh
No. Fail Projek


: 30 Disember 2007
: 600-IRDC/SSP.5/3/1803

Penolong Naib Canselor (Penyelidikan)
Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan (IRDC)
UiTM, Shah Alam

Ybhg. Prof.,

LAPORAN AKHIR PENYELIDIKAN
'TREN PENGGUNAAN
PENYEDIAAN TAMAN REKRASI AWAM DI NEGERI P E R A K '

DAN

Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini disertakan 3 (tiga) naskah
Laporan Akhir Penyelidikan bertajuk 'Tren Penggunaan dan Penyediaan Taman
Rekreasi Awam di Negeri Perak' oleh kumpulan Penyelidik dari Fakulti Senibina,
Perancangan dan Ukur.


Sekian, terima kasih.

Yang benar,

WAF

AH WAN OMAR

Ketua
Projek Penyelidikan

COPYRIGHT @ UiTM

KUMPULAN PENYELIDIK

WAN RABIAH WAN OMAR
KETUA PROJEK

SUHARTO TERIMAN


Tandatangan

COPYRIGHT @ UiTM

PENGHARGAAN zywvutsrqponmlkjihgfedcbaZYWUTSRPONMLKJIHG

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya laporan ini dapat
disiapkan seperti yang dirancangkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima
kasih diucapkan kepada Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan
(IRDC), Universiti Teknologi MARA yang telah membiayai penyelidikan ini.
Penghargaan ini juga dipanjangkan kepada:

Prof. Dr. Azni Zain Ahmed yvutsrponmlkihgfedcbaUTRPNMLKHGEDCA
(Penolong Naib Cancelor Penyelidikan)

Prof. Dr. Abdullah Mohamad Said
(Pengarah Kampus UiTM Perak)

Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Harun
(Koordinator URDC UiTM Perak)


Semua rakan pensyarah di Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti
Teknologi MARA Perak di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan serta semua
pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa penyelidikan
dijalankan.

COPYRIGHT @ UiTM

SENARAI ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

MUKASURAT

SENARAI ISI KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH

i
iv

vi

BAB 1.0 PENDAHULUAN
1.1 Senario Penyediaan Taman Rekreasi Awam
1.2 Senario Penggunaan Taman Rekreasi Awam
1.3 Kenyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Kepentingan Kajian
1.6 Skop Kajian
1.7 Implikasi Harta Intelek

1
1
4
6
8
8
9
9


2.0

3.0

KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
2.2 Rekreasi
2.1.1 Konsep dan Definasi Rekreasi
2.2.2 Permintaan Rekreasi
2.2.3 Penyertaan Rekreasi
2.2.4 Hikmah Aktiviti Rekreasi
2.2.5 Sejarah Taman Rekreasi
2.3 Penyediaan Taman Rekreasi
2.3.1 Model Penyediaan Taman Mengikut Model Austin
2.3.2 Penyediaan Taman di Malaysia Mengikut Piawaian
Perancangan
2.4 Penggunaan Taman Rekreasi Awam
2.4.1 Definasi Optima
2.4.2 Definasi Keupayaan Tampungan
2.4.3 Keupayaan Tampungan Taman Rekreasi

2.5 Pengurusan Taman Rekreasi
2.5.1 Pengurusan Secara Umum
2.5.2 Pengurusan Rekreasi
2.6 Ringkasan

24
27
27
27
29
30
30
31
34

LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Taman Bandar Teluk Intan
3.3 Taman Marina Wing Lumut
3.4 Laman Budaya Kuala Kangsar

3.5 Taman Tasik Taiping

36
36
38
44
50
55

COPYRIGHT @ UiTM

11
11
11
12
13
15
19
20
22

22

4.0

KAEDAH PENYELIDIKAN
61
4.1 Pengenalan
61
4.2 Rekabentuk Kajian
61
4.3 Persampelan dan Pemilihan Sampel
62
4.3.1 Pemilihan Taman Rekreasi Awam Dalam Bandar di
Negeri Perak
62
4.3.2 Pemilihan Sampel Dikalangan Pengunjung Taman Rekreasi
Awam
64
4.4 Teknik Pengumpulan Data
65

4.4.1 Inventori Fizikal Kawasan Kajian
65
4.4.2 Pengamatan Pengunjung Kawasan Kajian
67
4.4.3 Soalselidik Pengunjung Kawasan Kajian
67
4.5 Teknik Analisis
68
4.6 Menggariskan Cadangan Terhadap Garispanduan Penyediaan Taman
Rekreasi Awam dalam Bandar di Negeri Perak.
69

5.0

ANALISIS DAN PENEMUAN
5.1 Pengenalan
5.2 Latar Belakang Responden Pengunjung Taman Rekreasi Awam
5.3 Tren Penggunaan Taman Bandar
5.3.1 Kekerapan Kunj ungan
5.3.2 Hari Pilihan Berkunjung ke Taman Rekreasi Awam

5.3.3 Masa Pilihan Berkunjung ke Taman Rekreasi Awam
5.3.5 Aktiviti Rekreasi di Taman Rekreasi Awam
5.3.6 Kemudahan Taman Rekreasi Awam Yang Rosak
5.3.7 Tindakan Terhadap Kemudahan Taman Rekreasi Awam
Yang Rosak
5.3.8 Penambahan Kemudahan Taman Rekreasi Awam
5.3.9 Kemudahan Taman Rekreasi Yang Paling Digemari
5.3.10 Tarikan Taman Rekeasi Awam
5.3.11 Teman Semasa Berkunjung ke Taman Rekreasi Awam
5.3.12 Pendapatan Pengunjung Taman Rekreasi Awam
5.3.13 Jantina Pengunjung Taman Rekreasi Awam
5.3.14 Bangsa Pengunjung Taman Rekreasi Awam
5.3.15 Cuaca dan KedatanganPengunjung Taman Rekreasi Awam
5.4 Tren Penyediaan Taman Rekreasi Awam
5.4.1 Keperluan Taman Rekreasi Awam di Kawasan Kajian
Mengikut Status Hierarki
5.4.2 Keperluan Penjenamaan Taman Rekreasi Awam Mengikut
Hierarki
5.4.3 Keperluan Saiz Taman Rekreasi Awam di Bandar
Berbanding Penduduk
5.4.6 Kemudahan Taman Rekreasi Awam
5.4.6.1 Kemudahan di Taman Bandar Teluk Intan

70
70
71
72
73
76
78
81
85
86
87
89
91
93
94
94
95
96
97
98
100
102
104
104

5.4.6.2 Kemudahan di Marina Wing Lumut

106

5.4.6.3 Kemudahan Laman Budaya Kuala Kangsar

107

5.4.6.4 Kemudahan di Taman Tasik Taiping

110

ii

COPYRIGHT @ UiTM

5.5

5.6

Korelasi Penggunaan dan Penyediaan Taman Rekreasi Awam
112
5.5.1 Korelasi diantara Saiz Taman Rekreasi Awam dan Jumlah
Pengunjung
112
5.5.2 Korelasi diantara Saiz Tadahan Penduduk dan Jumlah Pengunjung
113
5.5.3 Korelasi diantara Kemudahan Tempat Makan dan Jumlah
Pengunjung
114
Rumusan dan Ringkasan Penemuan
115

6.0 PENUTUP
6.1 Cadangan Pembaikan
6.2 Kajian Lanjutan

118
118
120

SENARAI RUJUKAN
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
LAMPIRAN C
LAMPIRAN D

122
124
127
129
134

iii

COPYRIGHT @ UiTM

SENARAI JADUAL
JADUAL

MUKASURAT

Jadual 2.1: Faktor Mempengaruhi Penyertaan Rekreasi
16
Jadual 2.2: Jenis Rekreasi Mengikut Kategori Gaya Hidup
16
Jadual 2.3: Hierarki Taman Rekreasi
25
Jadual 2.4: Fungsi dan Kemudahan Taman
26
Jadual 4.1: Kategori Kemudahan Taman Rekreasi Awam di Bandar
66
Jadual 5.1 :Taburan Responden Bagi Setiap Kawasan Kajian (Taman Bandar Teluk
Intan, Laman Budaya Kuala Kangsar, Marina Wing Lumut dan
Taman Tasik Taiping
71
Jadual 5.2:Kekerapan Kunjungan ke Taman Rekreasi Awam
73
Jadual 5.3: Kekerapan Kunjungan ke Taman Rekreasi Awam Mengikut Kawasan
Kajian
74
Jadual 5.4: Hari Kunjungan ke Taman Rekreasi Awam Mengikut Soalselidik
Pengunjung
76
Jadual 5.5: Hari Kunjungan ke Taman Rekreasi Awam Mengikut Soalselidik
Bagi Setiap Kawasan Kajian
77
Jadual 5.6: Hari Kunjungan ke Taman Rekreasi Awam Mengikut Pengamatan
Pengunjung
77
Jadual 5.7: Pilihan Waktu Kunjungan ke Taman Rekreasi Mengikut Soalselidik
Pengunjung
78
Jadual 5.8: Waktu Kunjungan ke Taman Rekreasi Awam Mengikut Kawasan
Kajian Berdasarkan Soalselidik Pengunjung
79
Jadual 5.9: Hari dan Waktu Kunjungan ke Taman Rekreasi Mengikut
Pengamatan Pengunjung
80
Jadual 5.10: Taman Rekreasi Lain Yang Dikunjungi
80
Jadual 5.11: Aktiviti Rekreasi di Taman Rekreasi Mengikut Soalselidik
Pengunjung
81
Jadual 5.12: Aktiviti Rekreasi di Taman Rekreasi Mengikut Umur
84
Jadual 5.13: Penggunaan Kemudahan Taman Rekreasi Yang Rosak
85
Jadual 5.14: Penggunaan Kemudahan Taman Yang Rosak Mengikut Jantina
86
Jadual 5.15: Penggunaan Kemudahan Taman Yang Rosak Mengikut Umur
86
Jadual 5.16: Tindakan Terhadap Kemudahan Taman Yang Rosak
87
Jadual 5.17: Cadangan Kemudahan Tambahan Taman Rekreasi
88
Jadual 5.18: Cadangan Kemudahan Tambahan Taman Rekreasi Mengikut
Kawasan Kajian
89
Jadual 5.19: Kemudahan Taman Rekreasi Yang Paling Digemari Pengunjung
90
Jadual 5.20: Kemudahan Taman Rekreasi Paling Digemari Mengikut Kawasan
Kajian
91
Jadual 5.21: Tarikan Taman Rekreasi Awam Yang Mendorong Kunjungan
Orang Ramai
92
Jadual 5.22: Tarikan Taman Rekreasi Awam Yang Mendorong Kunjungan
Orang Ramai Mengikut Kawasan Kajian
93
Jadual 5.23: Teman Semasa Berkunjung Ke Taman Rekreasi Awam
94
Jadual 5.24: Pengunjung Taman Rekreasi Awam Mengikut Jantina
95
Jadual 5.25: Pengunjung Taman Rekreasi Awam Mengikut Bangsa
95
Jadual 5.26: Pengunjung Taman Rekreasi Mengikut Bangsa di Empat
Kawasan Kajian
96
iv

COPYRIGHT @ UiTM

Jadual 5.27: Peruntukan Hierarki Taman Awam di Kawasan Pembangunan
Mengikut Saiz Tadahan Penduduk
Jadual 5.28: Kelayakan Hierarki Taman Rekreasi Mengikut Penduduk
Jadual 5.29: Penjenamaan Taman Rekreasi Awam di Bandar Mengikut Piawaian
Jadual 5.30: Penduduk Bandar dan Peruntukan Keluasan Taman Rekreasi
Jadual 5.31: Senarai Kemudahan Taman Bandar Teluk Intan
Jadual 5.32: Senarai Kemudahan di Marina Wing
Jadual 5.33: Senarai Kemudahan di Laman Budaya Kuala Kangsar
Jadual 5.34: Senarai Kemudahan di Taman Tasik Taiping
Jadual 5.35: Hubungan diantara Luas dan Pengunjung
Jadual 5.36: Hubungan diantara Saiz Tadahan Penduduk dan Pengunjung
Jadual 5. 37: Kemudahan Tempat Makan dan Jumlah Pengunjung

v

COPYRIGHT @ UiTM

98
99
101
103
105
107
109
111
113
114
114

SENARAI RAJAH

RAJAH

MUKASURAT

Rajah 2.1: Model Austin
Rajah 2.2: Jarak di antara Taman Rekreasi dan Tadahan Penduduk
Rajah 3.1: Pelan Taburan Kawasan Kajian
Rajah 3.2: Pelan Lokasi Taman Bandar Teluk Intan
Rajah 3.3: Pelan Taburan Kemudahan Taman Rekreasi Awam Taman Bandar
Teluk IntanyxwvutsrqponmlkjihgfedcbaYUTSRQPNMLKJHEDCBA
Rajah 3.4: Gambar Foto Kemudahan Taman Bandar Teluk Intan
Rajah 3.5: Pelan Lokasi Marina Wing Lumut
Rajah 3.6: Pelan Taburan Kemudahan Taman Rekreasi Awam
Taman Bandar Lumut
Rajah 3.7: Gambar Foto Kemudahan di Marina Wing Lumut
Rajah 3.8: Pelan Lokasi Laman Budaya Kuala Kangsar
Rajah 3.9: Pelan Taburan Kemudahan Taman Rekreasi Awam Laman Budaya
Kuala Kangsar
Rajah 3.10: Gambar Foto Kemudahan di Laman Budaya Kuala Kangsar
Rajah 3.11: Pelan Lokasi Taman Tasik Taiping
Rajah 3.12: Pelan Taburan Kemdahan Taman Rekreasi Awam Taman
Tasik Taiping
Rajah 3.13: Gambar Foto Kemudahan di Taman Tasik Taiping
Rajah 5.1: Aktiviti Rekreasi di Taman Rekreasi Mengikut Kawasan Kajian
Berdasarkan Soalselidik Pengunjung
Rajah 5.2: Aktiviti Rekreasi di Taman Rekreasi Pengunjung Dikalangan
Dewasa dan Remaja Mengikut Pengamatan
Rajah 5.3: Aktiviti Rekreasi di Taman Rekreasi Mengikut Jantina (Pengamatan)
Rajah 5.4 : Peratusan Kunjungan Mengikut Cuaca

vi

COPYRIGHT @ UiTM

2
2
3
3
4
4
4
4
4
5
5
5
5
5
5
8
8
8
9

BAB 1.0
PENDAHULUAN

COPYRIGHT @ UiTM

1.0

1.1

PENDAHULUAN

zyxwvutsrqponmlkjihgfedcbaZYXWVUTSR

Senario P e n y e d i a a n T a m a n Rekreasi A w a m

Taman rekreasi awam merupakan salah satu elemen penting di dalam sesebuah
bandar atau pekan kerana ia menyediakan tempat khas kepada orang awam untuk
berekreasi dan beriadah secara percuma. Penyediaan taman rekreasi awam menurut
Jubenville (1976) adalah sebagai salah satu elemen di dalam sistem sosial yang
membantu menggalakkan pertumbuhan semangat kekitaan (integrity). Selain dari itu,
taman rekreasi dalam bandar juga berfungsi sebagai penyejuk udara, penapis
kekotoran udara, imej bandar, menyediakan habitat kepada unggas dan burung,
tempat rehat serta dapat membantu mengurangkan banjir.

Taman rekreasi awam merupakan sebahagian dari tanah lapang yang termaktub
dalam Akta Malayisa iaitu Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan), Akta
A933 tahun 1995 (Malaysia 1995). Tanah lapang adalah suatu kawasan yang
direzabkan untuk kegunaan awam samada berbentuk taman bunga atau rekreasi,
padang sukan dan rekreasi, tempat makan angin, atau tempat siar kaki. Dari aspek
penyediaan dan pengurusan tanah lapang atau taman rekreasi awam, ia tertakluk
kepada

Akta

Kerajaan Tempatan,

Akta

171 dibawah

seksyen

63 telah

mempertanggungjawabkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing
(Malaysia 1974). Lanjutan daripada Akta A933, pihak Jabatan Perancangan Bandar

dan Desa telah mengeluarkan piawaian perancangan untuk tanah lapang dan rekreasi utsrpnmlkihe

1

COPYRIGHT @ UiTM

pada tahun 1997 dan 2000 (JPBD 1997, 2000). Merujuk kepada piawaian ini,
terdapat tujuh hierarki taman rekreasi awam iaitu Taman Negara, Taman Wilayah,
Taman Bandaran, Taman Tempatan, Taman Kejiranan, Padang Permainan dan Lot
Permainan. Setiap hierarki taman mempunyai fungsi tersendiri untuk menyediakan
tempat rekreasi dan riadah kepada orang awam.

Bagi memastikan penyediaan taman rekreasi awam ini, pihak JPBD telah memberi
penekanan yang didalam penyediaan rancangan tempatan dimana sebahagian
kawasan perlu diperuntukan untuk kegunaan tanah lapang sebagai taman rekeasi
awam terutamanya tanah lapang kategori Taman Negara, Taman Wilayah, Taman
Bandar dan Taman Tempatan. Bagi Taman Kejiranan. Padang Permainan dan Lot
Permainan biasanya ditetapkan semasa proses kebenaran merancang kerana ia lebih
dipengaruhui oleh jumlah penduduk yang dijana dan luas suatu pembangunan yang
diluluskan. Keluasan tanah lapang yang perlu disediakan oleh suatu pemajuan adalah
sekurang-kurangnya 10% dari jumlah keluasan kawasan. Seterusnya dari jumlah
keluasan tanah lapang yang perlu disediakan ini akan bangunkan taman rekreasi
mengikut kategori di mana seperti Taman Kejiranan, Padang Permainan atau Lot
Permainan. Penetuan kategori taman rekreasi bergantung kepada jumlah penduduk
yang dijana.

Walau bagaimanapun masih terdapat kelemahan dalam sistem penyediaan tanah
lapang yang kadang-kala menyebabkan pihak pemaju terlepas dari menyediakan
tanah lapang iaitu taman rekreasi awam yang sepatutnya. Contohnya apabila pemaju
membangunkan kawasan pembangunan secara fasa demi fasa yang kecil yang mana

mereka hanya diwajibkan menyediakan taman rekrasi jenis lot permainan dan zyxwvutsrqpo
2

COPYRIGHT @ UiTM

padang permainan sahaja. Akhirnya apabila semua fasa pembangunan telah selesai,
kawasan pembangunan tersebut tidak mempunyai Taman Tempatan dan Taman
Kejiranan sedangkan sekiranya jika dilihat secara keseluruhan pembangunan,
kawasan tersebut merujuk kepada piawaan perlu ada Taman Tempatan dan Taman
Kejiranan.

Sebagai contoh, perkara ini berlaku di kawasan perumahan Bandar Baru Seri
Manjung di mana kajian oleh (Rabiah 2005) terhadap tujuh taman perumahan dengan
anggaran jumlah penduduk seramai 11,580 orang tidak mempunyai Taman Kejiranan
seperti yang disarankan dalam piawaian perancangan. Kawasan perumahan ini hanya
disediakan dengan lima padang permainan dan dua lot permainan. Perkara ini
berlaku kerana kelemahan sistem penyediaan tanah lapang semasa proses kebenaran
merancang yang melihat permohonan pembangunan secara berasingan dan bukan
secara keseluruhan. Ketujuh-tujuh kawasan perumahan ini dibina mengikut fasa dan
setiap fasa pembangunan mendapat kebenaran merancang secara individu di mana
sudah mematuhi piawaian dengan disediakan taman rekreasi kategori Padang
Permainan atau Lot Permainan sahaja. Akhirnya penduduk tempatan tidak
berpeluang untuk mendapatkan taman rekreasi yang lebih besar seperti Taman
Kejiranan (5-20 ekar) atau Taman Tempatan (20-100 ekar) di persekitaran mereka
sebaliknya hanya disediakan dengan Padang Permainan (1.5-5 ekar) dan Lot
Permainan (0.5-1.5 ekar) sahaja. Dengan kelemahan sistem sediada, pihak pemaju
secara sistematik dapat dikecualikan daripada menyediakan taman rekreasi awam
yang lebih besar. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan selaku badan
bertanggungjawab perlu mencari jalan untuk memberi hak kepada penduduk

tempatan dari aspek penyediaan taman rekreasi yang selayaknya kepada mereka. zyxwvutsrqponmlkj
3

COPYRIGHT @ UiTM

Isu lain berkenaan penyediaan taman rekreasi awam menyentuh tentang setakat mana
menepati kehendak pengguna. Secara keseluruhannya, amalan sediada menujukkan
bahawa PBT menyerahkan sepenuhnya kepada pakar runding atau pemaju untuk
merekabentuk dan membangunkan taman rekreasi awam dengan dipantau oleh PBT.
Semasa proses merekabentuk, mereka tidak merujuk pendapat penduduk tempatan
dan akhirnya didapati hampir kesemua taman rekreasi awam di seluruh negeri Perak
sama antara satu sama lain dari aspek rekabentuk dan penyediaan peralatan
sedangkan latarbelakang penduduk adalah berbeza mengikut kawasan. Amalan ini
didapati bercanggah dengan pendapat Torkidsen (1992) yang menegaskan bahawa
pihak pengurusan taman perlu mengambilkira kehendak pengguna semasa
penyediaan taman rekreasi untuk mereka.

1.2

Senario Penggunaan Taman Rekreasi Awam

Taman rekreasi awam disediakan oleh PBT untuk kegunaan orang awam secara
percuma. Penyediaannya merupakan sesuatu yang pasti didalam pembangunan tetapi
tahap penggunaan oleh orang awam adalah sesuatu yang belum pasti. Maklumat
terkini

menunjukkan

bahawa

tiada

mana-mana

PBT

menjalankan kajian

mengenalpasti tahap penggunaan taman-taman rekreasi awam yang disediakan di
dalam kawasan masing-masing. Ini menunjukkan seolah-olah pihak PBT berada
dalam zon selesa selepas sahaja taman rekreasi disediakan dan tidak mengambil
kisah samada taman rekeasi tersebut berjaya atau tidak dari aspek sambutan
pengguna. Satu kajian telah dijalankan di taman rekreasi awam di Bandar Seri

COPYRIGHT @ UiTM

Manjung bagi mengetahui tahap kepenggunaannya (Rabiah 2005). Hasil kajian
mendapati bahawa tahap penggunaan adalah lebih tinggi pada hujung minggu dan
waktu paling polular adalah petang (2.00-7.00 pm) bagi hari bekerja dan hujung
minggu. Kadar pengunaan taman rekreasi di taman perumahan Seri Manjung
dirumuskan berada ditahap rendah memandangkan tahap tertinggi penggunaan hanya
mencapai 15.29% dari kadar tampungan (carrying capacity) sebenar taman rekreasi
tersebut. Ini membuktikan bahawa penyediaan taman rekreasi awam tidak mendapat
sambutan dari penduduk tempatan sedangkan taman rekreasi tersebut berada dalam
jarak berjalan kaki sahaja ( 5 - 1 5 minit). Di kalangan tujuh taman rekreasi awam
tersebut, ujian statisitik menunjukkan ada hubungan positif yang signifikan di antara
jumlah pengunjung dengan saiz taman rekreasi awam dengan nilai p=0.32. Ini
menjelaskan bahawa saiz taman rekeasi awam memberi kesan terhadap daya tarikan
suatu taman rekreasi.

Pada dasarnya, kunjungan pengguna ke taman rekreasi awam yang disediakan oleh
pihak PBT adalah penting kerana ia boleh dijadikan salah satu kayu ukur untuk
menentukan kejayaan sesebuah taman. Sesuatu taman rekreasi boleh dikatakan
berjaya sekiranya ia dapat menarik ramai penggunjung dan seterusnya menjanakan
kesan positif seperti pengurangan tekanan emosi, kesan kesihatan dan juga kesan
hubungan sosial. Oleh yang demikian pihak PBT selaku badan pengurus perlu
berbuat sesuatu untuk memastikan taman rekreasi awam yang disediakan benarbenar dapat memberi munafaat kepada orang awam seperti yang diharapkan dan

berbaloi dengan pelaburan yang telah dibuat. zyxwvutsrqponmlkjihgfedcbaZYXWVUTSRQPONMLKJIH

5

COPYRIGHT @ UiTM

1.3

Kenyataan Masalah

Taman rekreasi awam merupakan salah satu gunatanah utama di sesebuah kawasan
selain daripada gunatanah perumahan, perniagaan, perindustrian dan pentadbiran
kerana ia menyediakan tempat khusus untuk penduduk tempatan berekreasi secara
percuma.

Penyediaan

dan

pengurusan

taman

rekreasi

awam

merupakan

tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing sepertimana yang
telah termaktub di dalam Akta Kerajaan Tempatan, Akta 171 Kerajaan Malaysia
(Malaysia 1974).

Pengamatan awal di negeri Perak menunjukkan bahawa pihak PBT boleh dikatakan
telah berjaya menjalankan tanggungjawab dalam menyediakan taman rekreasi awam
bagi semua hierarki dari Taman Wilayah hingga ke Lot Permainan. Walau
bagaimanapun, dari aspek memenuhi kehendak rekreasi penduduk setempat, ia
adalah diragui kerana mengikut amalan biasa pihak berkuasa tempatan dalam
penyediaan tanah lapang untuk taman rekrasi awam, ia lebih kepada mematuhi
piawaian yang menyebabkan kebanyakkan elemen yang disediakan di taman-taman
rekrasi awam di seluruh Perak didapati lebih kurang sama. Ini tidak sepatutnya
berlaku kerana pengguna di kawasan yang berbeza mempunyai kehendak rekreasi
yang berbeza disebabkan perbezaan latar belakang. Seperti yang ditegaskan oleh
Lancaster (1983), kehendak rekreasi dipengaruhi oleh faktor seperti perangai,
komposisi penduduk, tempat kerja, ekonomi, pemilikan kenderaan, peralatan untuk
rekreasi, perkembangan permainan komputer dan suasana tempat tinggal. Oleh yang

demikian, penduduk di tempat yang berbeza yang mempunyai latarbelakang yang zyxwvutsrqpo

6

COPYRIGHT @ UiTM

berbeza akan mempunyai kehendak rekreasi yang berbeza. Maka, penyediaan taman
rekreasi awam sepatutunya juga berbeza mengikut tempat.

Melihat dari aspek tren penggunan taman rekrasi awam pula, sehingga kini didapati
sehingga kini pihak bertanggungjawab seperti PBT tidak membuat sebarang kajian
untuk mengenalpasti tahap penggunaan taman rekreasi awam mereka samada
menepati sasaran ataupun tidak. Malahan, Piawaian Perancangan Bandar yang
digunapakai ketika ini juga tidak menjelaskan tentang sasaran penggunaan suatu
taman rekeasi awam yang dibina. Tinjauan awal yang dibuat terhadap pihak
pengurusan beberapa Majlis Perbandaran seperti Manjung, Kuala Kangsar dan
Taiping menunjukkan tiada rekod yang dicatat tentang sambutan, permintaan atau
kunjungan ke taman rekrasi awam masing-masing. Apabila ditanya tentang sasaran
kunjungan bagi taman rekrasi awam, pihak Majlis Perbandaran juga tidak dapat
memberikan penjelasan seperti yang diminta. Senario ini jelas menunjukkan bahawa
penyediaan taman rekreasi awam setakat ini tidak mempunyai sistem pemantauan
untuk mengenalpasti tahap dan tren kepenggunaannya. Ketiadaan kajian seumpama
ini akan menyebabkan kesukaran untuk menilai penyediaan taman rekrasi awam
sediada samada menepati kehendak penduduk tempatan ataupun tidak. Oleh itu,
untuk mengetahui samada penyediaan taman rekreasi awam di Perak menepati

permintaan penduduk setempat, maka kajian yang sistematik dan saintifik dijalankan. zyxwvutsrqpo

7

COPYRIGHT @ UiTM

1.4

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tren penggunaan dan penyediaan taman
rekreasi awam

bagi membantu pihaj berkuasa tempatan (PBT) mendapatkan

gambaran sebenar tentang kehendak pengguna. Seterusnya kajian ini juga dapat
memberi idea kepada pihak PBT untuk merekabentuk taman rerkeasi awam yang
lebih sesuai dengan kehendak penduduk setempat yang mana diharapkan mampu
menarik lebih ramai pengunjung. Objektif spesifik kajian adalah seperti berikut:
i.

Mengenalpasti dan membuat inventori kemudahan taman rekreasi awam.

ii.

Membuat anggaran kunjungan ke taman-taman rekreasi awam.

iii.

Mengenalpasti

tren amalan rekreasi di kalangan pengunjung taman

rekreasi awam.
iv.

Mengkaji tren penyediaan taman rekreasi awam.

v.

Menggariskan cadangan untuk meningkatkan kadar kunjungan ke taman
rekreasi awam.

1.5

Kepentingan Kajian

Kajian ini dapat membantu pihak pengurusan taman rekreasi awam terutama PBT
untuk mengenalpasti tren permintaan rekreasi oleh penduduk setempat. Tren
kepenggunaan boleh dijadikan sebagai justifikasi yang kukuh untuk penambahbaikan
penyediaan taman rekreasi awam sesuai dengan kehendak semasa. Kajian ini juga
dapat memberi input untuk pemantapan garispanduan perancangan dan penyediaan

taman rekreasi awam supaya penyediaannya sesuai dengan kehendak dan tren zyxwvutsrqp
8

COPYRIGHT @ UiTM

kepenggunaan semasa masyarakat. Seterusnya kajian ini juga dijangka dapat
memberi kesedaran terhadap kepentingan perancangan dan penyediaan taman
rekreasi awam yang dapat memberi munafaat bukan sahaja dari aspek rekreasi
malahan dari aspek kesihatan, keindahan dan ekonomi kepada penduduk setempat
sepertimana tujuan asal ia diwujudkan.

1.6

Skop Kajian

Negeri Perak mempunyai limabelas pihak berkuasa tempatan yang terdiri dari satu
Dewan Bandaraya, lima Majlis Perbandaran dan sembilan Majlis Daerah. Kajian ini
dijalankan secara kajian kes di empat taman rekreasi awam di bandar utama di dalam
empat Majlis Perbandaran yang berbeza di Negeri Perak iaitu seperti berikut:
i.

Taman Tasik Taiping dalam kawasan Majlis Perbandaran Taiping

ii.

Laman Budaya Kuala Kangsar dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuala
Kangsar

iii.

Marina Wing Lumut dalam kawasan Majlis Perbandaran Manjung

iv.

Taman Bandar Teluk Intan dalam kawasan Majlis Perbandaran Teluk Intan

Pengumpulan maklumat adalah berdasarkan pengamatan kawasan kajian dan
soalselidik pengunjung di empat taman rekreasi awam terpilih tersebut. Pengamatan
dibuat bagi mendapatkan maklumat seperti kadar kunjungan dan kemudahan yang
disediakan di kawasan kajian manakala soalselidik adalah untuk mengenalpasti
kehendak rekeasi pengunjung. zyxwvutsrqponmlkjihgfedcbaZYXWVUTSRQPONMLKJIHGFEDCBA

9

COPYRIGHT @ UiTM

1.7

Implikasi H a r t a Intelek zywvutsrqponmlkjihgfedcbaZYWUTSRPONMLKJIHGFEDCBA

Kajian ini dapat membantu pihak yang berkaitan terutama Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa, dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk mmbuat penambahbaikan
terhadap garispanduan penyediaan taman bandaran sediada. Ini akan membantu
perancangan penyediaan taman bandaran yang lebih peka dengan keperluan rekreasi
pengguna. Kajian ini juga dijangka dapat memberi idea kepada pemaju didalam
penyediaan kemudahan rekreasi untuk pengguna.

10

COPYRIGHT @ UiTM

BAB 2 .0
KAJIAN LITERATUR

COPYRIGHT @ UiTM

2.0

2.1

Pengenalan

KAJIAN LITERATUR

zywvutsrqponmlkjihgfedcbaZYWUTSRPONMLKJIHGFEDCBA

Kajian literatur ini membincangkan tiga elemen utama yang berkait secara langsung
dengan topik kajian iaitu pemahaman tentang rekreasi secara keseluruhan,
penyediaan kemudahan rekreasi dan pengurusan taman rekreasi. Secara spesifik,
perbincangan ini akan bertumpu kepada konsep taman dan rekreasi, teori-teori
berkaitan dengan permintaan, penyediaan dan pengurusan rekreasi, piawaian
perancangan dan konsep keupayaan tampungan (carrying capacity).

2.2

Rekreasi

Perkataan rekreasi telah menjadi satu ungkapan yang semakin sinonim dengan
kehidupan khususnya warga kota, tanpa mengira bangsa atau jantina. Rekreasi atau
aktiviti rekreasi, tidak kira apapun bentuk atau modus operandinya, akan dikaitkan
dengan kegiatan yang dapat memberi keserokonan ataupun menyihatkan tubuh badan
atau fikiran pelakunya.

11
COPYRIGHT @ UiTM

2.1.1

Konsep dan Definasi Rekreasi zywvutsrqponmlkjihgfedcbaZYWUTSRPONMLKJIHGFEDCBA

Butcher dan Butcher(1974), menterjemah rekreasi sebagai aktiviti yang mempunyai
tiga aspek utama di mana ia dikaitkan dengan aktiviti yang dapat mendatangkan
keseronokan dan kepuasan. Rekreasi juga merupakan aktiviti yang dijalankan oleh
manusia secara sukarela. Aktiviti rekreasi adalah pelbagai di mana aktiviti itu sendiri
merupakan habuannya terhadap seseorang yang melibatkan diri.

Manakala Brockman(1979), berpendapat bahawa rekreasi hanya sebagai satu bentuk
keseronokan yang lain daripada rutin kehidupan harian mereka. Ia melibatkan apaapa aktiviti yang dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja, yang diceburi
hanya untuk keseronokan yang diberikan olehnya. Beliau seterusnya menjelaskan
bahawa keperluan rekreasi oleh individu secara spesifiknya adalah berbeza mengikut
peredaran masa dan bergantung kepada keperluan individu itu sendiri, keutamaan
dan pilihan yang ada.

Satu lagi definasi rekreasi yang diberikan oleh Neumeyer dalam Kraus dan Kurtis
(1982) ialah apa-apa aktiviti yang diceburi pada waktu lapang, samada secara
individu atau kolektif, yang percuma dan mengasyikkan, yang mempunyai
tarikannya tersendiri dengan habuan yang segera dan tiada prasyarat. Secara
ringkasnya ketiga-tiga penulis bersetuju bahawa rekreasi adalah aktiviti yang mana
tujuannya adalah untuk mendatangkan rasa keseronokan dan kepuasan dan biasanya
dilakukan oleh seseorang pada waktu lapang mereka.

12
COPYRIGHT @ UiTM