Kepentingan Pengurusan Pengetahuan Knowl Knowl

Kepentingan Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Managament) Sebagai
Pemacu Ke Arah Pencetusan Inovasi Bagi Meningkatkan Tahap Pencapaian
Dalam Pembangunan Bangsa Dan Ekonomi Malaysia

Abstrak

Pengurusan pengetahuan KM semakin diiktiraf keberkesanannya di dalam mencapai
kedudukan yang kompetitif serta tahap pencapaian yang unggul terhadap ekonomi
pengetahuan. Artikel ini akan membincangkan sejauh mana kepentingan pengurusan
pengetahuan KM mampu menjadi pemacu ke arah pencetusan inovasi yang bertujuan
meningkatkan tahap pencapaian dalam pembangunan bangsa dan ekonomi Malaysia.

Kata kunci: Pengurusan Pengetahuan KM, Ekonomi Pengetahuan KE, Inovasi

1.0

Pengenalan

Di era globalisasi yang mencabar ini, pengetahuan ibarat nadi penggerak terhadap
kemajuan sesebuah Negara. Kepentingan pengetahuan di dalam meningkatkan daya saing
terhadap dunia luar tidak dapat disangkal lagi. (Drucker, 1992) telah melihat kepentingan

terhadap pengetahuan yang boleh membentuk faedah terhadap ekonomi, organisasi serta
terhadap masyarakat amnya.

Pelbagai cetusan idea dan pengetahuan baru, hasil daripada pengetahuan yang dimiliki oleh
setiap individu mahupun organisasi menjadi aset yang tidak ternilai pada masa kini.
Pengurusan pengetahuan KM semakin diiktiraf di atas kemampuannya di dalam
merealisasikan misi dan visi sesebuah organisasi yang mengaplikasikannya. Ini kerana,
organisasi kini terdedah terhadap cabaran persekitaran kompetitif yang tidak menentu dan

kompleks (Jelenic, D.; 2011). Justeru itu, kepentingan pengurusan pengetahuan KM telah
menjadi perhatian utama oleh organisasi-organisasi samada organisasi tersebut berasaskan
keuntungan mahupun bukan berasaskan keuntungan. Apakah punca utama pengurusan
pengetahuan KM menjadi tumpuan?. Persoalan ini telah dijawab oleh kenyataan yang
diberikan oleh Tisen et. al, 2006, p.47 di mana beliau telah menyatakan bahawa proses
pengurusan pengetahuan KM dapat meningkatkan nilai dan daya saing secara keseluruhan
serta dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hubungan di antara semua sumber
dan inovasi.

Selari dengan usaha kerajaan Malaysia yang menekankan cetusan idea di mana, ekonomi
berdasarkan pengetahuan merupakan asas utama terhadap pertumbuhan ekonomi yang

pantas dan meningkatkan daya saing antarabangsa untuk mencapai Wawasan 2020 (Unit
Perancang Ekonomi, 2011). Ini menyebabkan pengurusan pengetahuan KM memainkan
peranan utama membawa Malaysia ke arah mercu kejayaan serta dapat memacu ke arah
pencetusan inovasi bagi meningkatkan tahap pencapaian dalam pembangunan bangsa dan
ekonomi Malaysia.

2.0

Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management)

Pengurusan pengetahuan KM telah terbukti manfaatnya dan telah diguna pakai lebih lapan
puluh peratus 80% oleh organisasi-organisasi terbesar di dunia (KPMG Consulting, 2000).
Ini kerana, pengurusan pengetahuan KM adalah satu proses yang di mana ia bertindak
sebagai asas pengumpulan pengetahuan yang membawa kepada pencetusan inovasi di
dalam organisasi (Akram et. al, 2011).

Pelbagai cetusan idea baru yang menghasilkan pengetahuan baru pada setiap saat, waktu
dan ketika, menyebabkan pengurusan pengetahuan KM amat diperlukan. Kenyataan ini di
sokong oleh Di Mattia dan Order (1997) di mana pengurusan pengetahuan KM adalah suatu


percubaan untuk menghadapi ledakan maklumat dan pengetahuan yang semakin
berkembang ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Secara umumnya, pengurusan
pengetahuan KM adalah proses yang menjana nilai daripada modal intelektual yang
berasaskan pengetahuan (Santosus et. al, 2008) sebagai aset terhadap sesebuah
organisasi, kerana apa yang paling penting terhadap sesebuah organisasi adalah untuk
memahami “apa yang mereka tahu” (Jelenic, D.; 2011) serta bertujuan untuk menyokong
inovasi dan menggalakkan aliran bebas idea-idea bernas melalui organisasi (Tisen et.al,
2006).

Demi mencapai matlamat wawasan 2020, pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh kerajaan
Malaysia ke arah merealisasikan impian dengan mempersiap siaga jentera kerajaan bagi
membantu usaha, antaranya Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia mempunyai peranan
mereka sendiri di dalam menyokong wawasan 2020 dengan menghasilkan tenaga kerja
yang berpengetahuan di Negara ini (Ministry of Finance, 2002). Ini telah membuktikan
bahawa, pengetahuan menjadi perkara utama yang dapat memacu Malaysia ke arah yang
lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

3.0

Ekonomi Pengetahuan (Knowledge Economy)


Pertumbuhan serta kerancakan aktiviti ekonomi yang semakin berkembang kini,
menyebabkan ekonomi pengetahuan KE menjadi tumpuan, kerana ciri-ciri ekonomi
pengetahuan KE dapat menjadi pemacu utama terhadap ekonomi yang terdiri daripada
revolusi maklumat, pengetahuan, kemahiran dan pembelajaran, inovasi dan rangkaian
pengetahuan, pembelajaran organisasi dan sistem inovasi serta persaingan dan
penghasilan (Houghton et. al, 2000). Menurut Zainuddin (2000), kita mesti menerima realiti
ekonomi pengetahuan KE kerana kita semua akan menjadi warga K-ekonomi yang hidup
dalam ekonomi global tanpa sempadan berdasarkan pengetahuan yang memerlukan untuk

semua orang melengkapi diri dengan kemahiran baru serta dapat mengasimilasikan budaya
teknologi tinggi yang dinamik.

4.0

Inovasi

Bagi meningkatkan tahap pencapaian terhadap pembangunan bangsa dan ekonomi
Malaysia, inovasi menjadi kunci utama yang memainkan peranan penting. Kaitan di antara
pengurusan pengetahuan KM dan inovasi telah di bincangkan secara meluas oleh

penyelidik terdahulu (Darroch, 2005; Takeuchi dan Nonaka, 2004; Darroch dan
McNaunghton, 2002; Carneiro, 2000; Brand, 1998). Apakah erti inovasi dimata penyelidik
terdahulu?, ayuh kita kupas dengan lebih lanjut erti dan pengertian sebenar inovasi.

Menurut (Gloet dan Terziouski, 2004), inovasi adalah satu amalan dan proses yang
menguasai, memperoleh, mengurus dan menyebarkan pengetahuan dengan tujuan untuk
mewujudkan pengetahuan baru yang akan dapat menghasilkan sesuatu yang unik serta
tersendiri yang menjadi kekuatan dan tulang belakang ke arah mencapai kejayaan.

Harkama (2003) menyatakan bahawa tujuan utama dan asas inovasi adalah untuk
menghasilkan pengetahuan baru yang boleh membangunkan dan mencari penyelesaian
terhadap permasalahan yang boleh menyumbang kebaikan terhadap masyarakat.

Manakala Plessis (2007) menandakan inovasi sebagai pembentukan pegetahuan baru yang
bertujuan untuk memperkukuh struktur dalaman sesebuah organisasi menghasilkan sesuatu
yang lebih canggih. Jelas di sini, ledakan pengetahuan yang pelbagai akan menghasilkan
idea serta pengetahuan baru yang akan mencetuskan inovasi dan evolusi baru terhadap
pengetahuan secara global. Kenyataan ini disokong oleh Parlby dan Taylor (2000) yang
menegaskan bahawa tujuan utama pengurusan pengetahuan adalah untuk membawa
inovasi.


Maka seharusnya, organisasi perlu membangunkan reseptor yang boleh mendapatkan serta
menyerap pengetahuan di mana ianya berkait rapat dengan keupayaan inovasi (Messa dan
Testa, 2004) serta membangunkan kerjasama seluruh sempadan organisasi untuk
membawa inovasi dan juga mendapatkan kelebihan daya saing yang mampan (Plessis,
2007). Inovasi terhadap pengetahuan adalah cahaya kepada kecemerlangan perjalanan
sesebuah Negara terutamanya Malaysia.

Pembangunan sesebuah Negara, adalah berkait rapat dengan pembangunan bangsa serta
ekonomi yang menuntut ke arah pencapaian pengetahuan bernilai yang sekaligus menjadi
nilai tambah terhadap bangsa dan ekonomi sesebuah Negara di mana sekiranya
pengetahuan itu dapat di dalami maka ia dapat memupuk inovasi dengan lebih pantas lagi
(Cavusgil et. al, 2003).

5.0

Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Managament) Sebagai Pemacu Ke Arah

Pencetusan Inovasi Dalam Kaca Mata Malaysia


Di Malaysia, kebelakangan ini, banyak pihak telah mula menunjukkan minat dalam topik
pengurusan pengetahuan KM sebagai persediaan terhadap K-Ekonomi, pengurusan alaf
baru dan teknologi (Nik Zafri, 2000). Banyak organisasi yang inovatif telah mula melihat
pengetahuan, kemahiran, pengalaman menjadi nilai utama. Ini terbukti menerusi; kesedaran
terhadap kepentingan agama, rohani dan kesamaan nilai-nilai budaya ketimuran untuk
semua kaum dalam membina Negara; kesedaran terhadap pentingnya kualiti, keselamatan
dan kesihatan pekerjaan, pengurusan alam sekitar, revolusi teknologi dan pengurusan alaf
baru dan lain – lain menerusi sistem seperti 6 sigma, ISO-Kaizen-Blitz, ISO-9000:1994, ISO14000, OHSAS 18000, Konsep Pemetaan Minda, TQM, 7+7 peralatan QCC, pengambil
alihan dan gabungan dua (2) atau lebih organisasi dan sebagainya; pengetahuan terhadap
pergerakan pasaran domestik dan antarabangsa serta persediaan menghadapi impak

globalisasi; mengambil contoh dari organisasi pesaing samada dalam atau luar negara dan
mempelajari rahsia kejayaan mereka; inovasi tertentu seperti teknologi maklumat yang
melibatkan e-dagang, internet, multimedia, teknologi digital dan komunikasi. Ini jelas dilihat
hasil daripada pembangunan Koridor Raya Multimedia; aspirasi kerajaan Malaysia menerusi
Wawasan 2020, K-Ekonomi, Daya Usaha Strategik Satu, Formula Malaysia dan
keseluruhan dasar/sub-sub dasar/misi, objektif, sasaran dan sebagainya; keadaan ekonomi
dan politik yang masih teguh walaupun berlaku kegawatan (Nik Zafri, 2000). Senario ini,
memberikan gambaran bahawasanya Malaysia adalah Negara yang sedang mencorak
langkah ke arah potensi yang lebih baik dalam menjadi Negara maju dimasa akan datang.


Kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa agenda transformasi Negara hendaklah
berpaksikan inovasi dan kreativiti. Pelbagai inisiatif telah dilakukan antaranya dengan
mewujudkan Pelan Tindakan Inovasi Organisasi, meningkatkan program kesedaran,
menyediakan saluran cadangan inovasi dari warga organisasi dan cadangan inovasi
daripada pelanggan, menubuhkan Kumpulan Inovatif dan Kreatif - (KIK) serta menganjurkan
organisasi pembelajaran, pengurusan ilmu, pengiktirafan dan promosi (Normah Md. Yusof,
2010).

Tidak hanya dengan itu, Malaysia terus melangkah lagi kehadapan dengan mewujudkan
beberapa strategi yang bertujuan dapat memberikan impak positif terhadap pengurusan
pengetahuan KM sebagai pemacu ke arah pencetusan inovasi. Kali ini, MAMPU, 2011 telah
diberi kepercayaan oleh Malaysia sebagai penggerak kepada inisiatif pengurusan
pengetahuan KM dalam agensi sektor awam. Di dalam usaha ini, MAMPU telah
menggunakan dua (2) strategi sebagai pendekatan iaitu strategi yang pertama adalah
memupuk budaya pengurusan pengetahuan KM dan strategi kedua adalah mengukuh dan
memperkuatkan inisiatif pengurusan pengetahuan KM dalam sektor awam. Bagi MAMPU
merealisasikan strateginya, pelbagai program telah diatur dan ditetapkan di bawah setiap
strategi yang telah dirangka. Di antara kandungan program yang terlibat di dalam strategi


pertama adalah program asas pengurusan pengetahuan, program pengamal pengetahuan
pembangunan, program ganjaran dan pengiktirafan. Manakala, strategi kedua pula
merangkumi program seperti pengenalpastian projek berimpak tinggi pengurusan
pengetahuan KM dan program rangkaian informasi.

Inovasi adalah kunci kepada kemakmuran dan ketamadunan sesebuah Negara (Datuk Seri
Dr. Maximus Ongkili, 2010). Kenyataan ini, telah menunjukkan bahawa kepentingan inovasi
dalam membangunkan Negara, bangsa dan ekonomi adalah dominan yang akan
menyumbang terhadap kemajuan Malaysia. Sekiranya kita, yakni Malaysia menggunakan
kekuatan dan keunikan yang kita ada, contohnya seperti kepelbagaian etnik dan budaya
yang sekiranya diamati, ia secara tidak langsung akan membentuk kepelbagaian jenis
keunikan samada dari segi makanan, agama, kepercayaan, seni reka bentuk rumah, nilai
budaya bangsa dan lain – lain lagi. Dengan ini, secara tidak langsung ia dapat
memperkuatkan lagi nilai Malaysia dimata dunia terutamanya dalam sektor perlancongan
yang dapat meningkatkan serta memperkembangkan taraf ekonomi Malaysia peringkat
antarabangsa.

6.0 Kesimpulan

Pengurusan pengetahuan KM merupakan sesuatu adaptasi yang menjadi pemacu ke arah

pencetusan inovasi bagi meningkatkan tahap pencapaian dalam pembangunan bangsa dan
ekonomi Malaysia. Kita harus sedar bahawa pengetahuan adalah nadi utama yang menjadi
tunggak kejayaan anak bangsa serta Negara di mata dunia kerana pengetahuan dapat
menggoncang dunia. Oleh yang demikan, pengurusan pengetahuan KM semakin diiktiraf
sebagai pendekatan kritikal yang boleh dimanfaatkan untuk mencapai kedudukan yang
kompetitif dan tahap pencapaian yang unggul (Tasmin, R. Dan Woods, P.; 2007).

Rujukan:Akram et. al, 2011, Role of Knowledge Management to Bring Innovation: An Integrated Approach,
International Bulletin of Business Administration ISSN: 1451-243X Issue 11 (2011)
Carneiro, A. (2000). How does knowledge management influence innovation and competitiveness?
Journal of Knowledge Management, 4(2), 87-98.
Cavusgil, S.T, Calantone, R.J and Zhoa, Y. (2003), “Tacit Knowledge Transfer and Firm Innovation
Capability”, Journal of Business and Industrial Marketing, Vol.18 No.1, pp.6-21.
Darroch, J. & McNaughton, R. (2002). Examining the link between knowledge management practices
and types of innovation. Journal of Intellectual Capital, 3(3), 210-222.
Darroch, J. (2005). Knowledge management, innovation and firm performance. Journal of Knowledge
Management, 9(3), 101-115.
DiMattia, S. and Oder, N. (1997), ``Knowledge management: hope, hype, or harbinger?'', Library
Journal, Vol. 122 No. 15, pp. 33-5.
Drucker, P. (1992). The Age of Discontinuity: Guidelines to Our Changing Society. Harper & Row.

Drucker, P. (1994), “The Theory of Business”, Harvard Business Review, Sep, Oct, pp.95-104.
from www.cio.com/research/knowledge/edit/kmabc.html
Gloet, M. and Terziovski M. (2004), “Exploring the Relationship between Knowledge
Management Practices and Innovation Performances”, Journal of Manufacturing Technology
Management, Vol. 15 No. 5, pp.402-409.
Harkama, S. (2003), “A complex perspective on Learning within Innovation Projects”, The Learning
Organization, Vol. 10 No.6 pp. 340-346.
Houghton, J., & Sheehan, P. (2000). A Primer on the Knowledge Economy. CSES Working Paper No.
18, Centre for Strategic Economic Studies, Victoria University of Technology. Retrieved from
http://vuir.vu.edu.au/59/1/wp18_2000_houghton_sheehan.pdf, 15.2.2012.
Jelenic, D. (2011), The Importance Of Knowledge Management In Organizations – With Emphasis On
The Balanced Scorecard Learning And Growth Perspective, Management, Knowledge and Learning
International Conference 2011.
KPMG Consulting. (2000). Knowledge Management Research Report
MAMPU (2011), Inisiatif Pengurusan Pengetahuan Dalam Agensi Sektor Awam
Messa, S. and Testa, S. (2004), “Innovation or Imitation? Benchmarking: A Knowledge Management
Process to Innovate Services”, Benchmarking: An International Journal, Vol. 11 No. 6, pp 610-620.
Ministry of Finance. (2002) The Knowledge-Based Economy Master Plan. Kuala Lumpur: Malaysia
Plessis, M.D. (2007), “The Role Of Knowledge Management in Innovation”, Journal of Knowledge
Management, Vol. 11 No 4, pp (20-29).
Santosus, M., & Surmacz, J. (2012, January 4) ABC of Knowledge Management, retrieved
Shockley, W. (2000). Planning to Knowledge Management. Quality Progress.
Tan Thai Soon and Fakhrul Anwar Zainol, Knowledge Management Enablers, Process and
Organizational Performance: Evidence from Malaysian Enterprises, Asian Social Science Vol. 7, No.
8; August 2011.

Tasmin, R. & Woods, P. (2007). Relationship between corporate knowledge management and the
firm’s innovation capability. International Journal of Services Technology and Management, 8(1), 62 79.
Zainuddin, D., (2000). A New Malaysia - From Strategic Vision to Strategic Implementation, The 2001
Budget Speech, October 27, 2000, http://www.treasury.gov.my, accessed on 29 October 2000.
9 Malaysia Technology Expo 9 Invention & Innovation Awards, 4 – 6 February 2010, Putra World
Trade Centre, Kuala Lumpur.
th

th

Muka 8, Utusan Malaysia, Rabu 20 Mei 2010, Membudayakan Kreativiti dan Inovasi Pemacu
Transformasi Sektor Awam.