131 Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidi

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

DASAR DAN PELAKSANAAN
SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN1
oleh
Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Universiti Tun Abdul Razak
(UNIT AR)
dan
Hasnan Hakim
Penolong Pengurus
Hal Ehwal Koporat
Universiti Tun Abdul Razak
(UNIT AR)

PENDAHULUAN
Antara perkara yang paling penting perlu wujud bagi mana-mana sistem
pendidikan

kebangsaan ialah dasar pendidikan itu sendiri. Ia bukan


sahaja menjadi asas pembentukan sistem pendidikan bahkan menjadi
panduan yang amat penting dalam melaksanakan sistem tadi. Tanpa
dasar yang jelas, sudah tentulah sistem dan pelaksanaannya tidak akan
tersusun rapi, terumbang ambing dan tidak tentu arah. Kemungkinan
juga pelaksanaan sistem akan mengikut suatu arah pada satu ketika
dan kemudiannya mungkin juga bertukar haluan pada lain masa.
Kadangkala perubahan haluan atau arah ini boleh berlaku kerana faktor
kepimpinan, kewangan, pengaruh politik dan lain-lain.

Dasar bagi sesuatu sistem pendidikan haruslah berpaksikan kepada
falsafah yang jelas. Biasanya falsafah inilah menjadi teras pendidikan

1

Kertas kerja yang dibentangkan di Kongres Pendidikan Melayu di Dewan Merdeka,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada 1 – 2 September 2001

kita. Ia mengandungi matlamat, corak dan kaedah pendidikan secara
kasar, ciri-ciri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang hendak

menerima pendidikan tadi serta skop yang dirangkumi oleh proses
pendidikan itu sendiri. Sebagai perbandingan, negara Amerika Syarikat
misalnya tidak memiliki satu falsafah pendidikan yang digubal di
peringkat negara walau pun sistem pendidikannya adalah antara yang
terbaik di dunia.

Howard D. Mehlinger (1995) dalam bukunya School

Reform in the Information Age mengenalpasti masalah ketiadaan falsafah

dan dasar memberi dua bentuk kesukaran. Pertama, pendidikan guru
dan kedua, pembaharuan pendidikan. Kesukaran yang kedua iaitu
pembaharuan pendidikan adalah antara isu yang amat menyeluruh
kerana ianya meliputi isu-isu

kurikulum, sistem pendidikan dan

kemajuannya daripada satu tahap kepada tahap yang lain.

PENGGUBALAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA SERTA STRATEGI

PELAKSANAANNYA
Dari sudut sejarah, falsafah pendidikan negara lahir daripada proses
yang agak panjang iaitu satu proses pembinaan bangsa dan negara
Malaysia semenjak merdeka lagi.

Umum mengetahui bahawa falsafah

pendidikan negara yang dirumuskan pada tahun 1988 dan disebut
dalam Akta Pendidikan 1996 berbunyi:

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke
arah

memperkembangkan

potensi

individu

secara


menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara

Malaysia

yang

berilmu

pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab


dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

2

sumbangan

terhadap

keharmonian

dan

kemakmuran

keluarga masyarakat dan negara.

Ingin saya ulangi di sini bahawa falsafah pendidikan negara ini
mengambil inspirasi daripada proses pembangunan bangsa dan negara

yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga amat
berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan pembangunan
negara Malaysia.

Perbandingan falsafah ini dengan resolusi atau konsensus sedunia
Persidangan

Dunia

mengenai

Pendidikan

Muslim

Pertama

yang

diadakan di Jeddah, dari 31 Mac hingga 8 April 1977 tidak jauh berbeza.

Saya berikan di sini petikan ulasan Mohd Kamal Hassan (1988) dalam
bukunya Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu.
Menurut beliau, pengisytiharan Makkah mengenai matlamat pendidikan
adalah meliputi “perkembangan yang seimbang dalam keseluruhan
peribadi insan melalui latihan rohaniahnya, intelek, rasional, perasaan
dan indera.”
wahyu

Sumber kepada pendidikan berkenaan adalah sumber

dan akal sebagaimana yang diutarakan dalam konsensus

Persidangan tersebut.

Faktor keseimbangan dan kesepaduan dalam

resolusi ini dapat dimanifestasikan dalam falsafah pendidikan negara
yang dirumuskan 11 tahun kemudian.

Sejarah pendidikan kita juga memainkan peranan dalam membentuk

falsafah berkenaan.

Dalam Akta Pelajaran 1961 yang dilaksanakan

berdasarkan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 ada
dinyatakan permulaan kepada falsafah pendidikan negara.

Walaupun

begitu, ianya tidak luas dan hanya sesuai dengan zaman pembangunan
negara kita pada tahun-tahun 1970an dan 80an.

Dasar Pelajaran

Kebangsaan lebih menjurus kepada usaha kerajaan menyatupadukan
semua kaum:

3

Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud

hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di
dalam negeri ini dengan menggunakan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini
tiada dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan
hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.

Penyata Razak 1956, Ordinan Pelajaran 1957, Laporan Rahman Talib
1960 dan Akta Pendidikan 1961 yang memungkinkan lahirnya Dasar
Pelajaran Kebangsaan ini boleh dirumuskan sebagai milestone kepada
zaman pengukuhan dan kemaskini dalam sistem pendidikan negara
kita.

Dasar Pelajaran Kebangsaan ini mula diolah kembali bagi menyesuaikan
negara kita dengan perkembangan zaman.

Laporan Kabinet 1979

adalah permulaan kepada pembentukan falsafah pendidikan negara
yang lebih jelas. Sebahagian ciri-ciri Laporan Kabinet 1979 lebih banyak
menumpukan kepada penegasan kepada pendidikan asas 3M (Membaca,

Menulis dan Mengira), pendidikan kerohanian dan kurikulum ala
Malaysia.

Zaman pensejagatan atau globalisasi merupakan satu cabaran baru bagi
sistem pendidikan kita.

Lahirnya Akta Pendidikan 1996 adalah satu

sahutan kepada cabaran berkenaan. Buat pertama kalinya, kita melihat
berbagai pengukuhan dan penegasan dilakukan oleh pihak kerajaan
termasuklah teras kepada sistem pendidikan iaitu falsafah pendidikan
negara.

Pendidikan bertaraf dunia atau Malaysia sebagai pusat

kecemerlangan

dijadikan

objektif


sistem

pendidikan

masa

sebagaimana maksud beberapa akta pendidikan yang lain.

kini
Buat

pertama kalinya, kita melihat bukan isu perpaduan sahaja sebagai isu
utama yang perlu diselesaikan akan tetapi isu yang lebih global seperti

4

keperluan guna tenaga dan keterampilan ilmu yang sesuai dalam
zaman. Apatah lagi, zaman ini dikenali sebagai permulaan gelombang
maklumat dan pengetahuan.

Buat

pertama

kalinya

juga,

pendidikan

swasta

sebagai

rakan

penyumbang dan ahli dalam sistem pendidikan kebangsaan diberikan
perhatian yang sewajarnya. Era pra-1996, institusi pendidikan swasta
boleh dianggap marginal dan tidak diiktiraf. Dalam zaman pengukuhan
dan kemaskini, sistem pendidikan kebangsaan hanya merangkumi
institusi pendidikan yang ditubuh dan diurus oleh pihak kerajaan
termasuk institusi pendidikan vernakular. Dalam zaman pensejagatan
ini,

sistem

pendidikan

kita

merangkumi

pendidikan

sehingga ke pendidikan tinggi awam dan swasta.

pra-sekolah

Barangkali, inilah

yang dikatakan pendekatan perpaduan yang lebih relevan iaitu dengan
merangkum semua bentuk

dan peringkat institusi pendidikan dalam

negara untuk dikawalselia secara lebih menyeluruh dan bersepadu.

Berikut disenaraikan beberapa perkara penting yang terlaksana dalam
Akta Pendidikan 1996:
a.

Landasan dan wawasan pendidikan adalah berlandaskan
kepada Falsafah Pendidikan Negara,

b.

Sistem Pendidikan Kebangsaan didefinisikan secara jelas
yang meliputi semua peringkat termasuk pra-sekolah,
sekolah rendah, sekolah menengah, pendidikan pascamenengah dan pendidikan tinggi,

c.

Pengukuhan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar dalam sistem pendidikan kebangsaan,

d.

Pendidikan swasta dikawalselia melalui akta lain,

e.

Kurikulum kebangsaan diperuntukan,

f.

Peruntukan peperiksaan awam yang perlu dipatuhi,

g.

Bahasa kebangsaan sebagai matapelajaran wajib,

5

h.

Peruntukan bahasa Cina, Tamil dan bahasa Orang Asli,

i.

Tempoh pendidikan rendah antara 5 hingga 7 tahun,

j.

Pendidikan lepas menengah,

k.

Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan,

l.

Peruntukan pendidikan khas,

m.

Maktab-maktab pergururan,

n.

Pengajaran Agama Islam dan moral,

SEPINTAS LALU MENGENAI PELAKSANAAN SISTEM PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

Sistem pendidikan kebangsaan mengandungi beberapa unsur penting
yang antara lain, terdiri daripada:



peringkat pendidikan dari yang paling bawah ke tahap yang paling
tinggi;



jumlah tempoh pengajian bagi setiap peringkat;



kurikulum bagi setiap peringkat dan jurusan;



sistem penilaian dan jenis sijil atau kelulusan yang dikeluarkan;



sistem pentadbiran, kewangan, pemantauan dan pengawalan; dan



latihan dan skim perguruan

Sekiranya dilihat dari segi sistem yang telah disedia dan dilaksanakan
selama ini, terdapat usaha yang gigih untuk memperbaikinya dari
semasa ke masa. Sekiranya ditinjau secara halus dari segi hasil dasar
dan

sistem

pendidikan

kebangsaan,

seharusnya

ia

mampu

mengeluarkan pelajar yang berilmu, bermoral (akhlaq), beradab dan
bersopan, seorang individu yang boleh menjadi warga negara yang
cukup baik.

6

Namun terdapat berbagai masalah moral, disiplin dan kelemahan
akademik di kalangan sebilangan besar pelajar Melayu, terutamanya
dari luar bandar. Untuk menjelaskannya, biarlah saya perincikan satu
persatu.

Masalah Moral

Kita ketahui bahawa falsafah pendidikan negara terkini yang telah
digubal pada akhir tahun lapan puluhan mementingkan pembangunan
individu secara bersepadu yang merangkumi pembangunan mental,
rohani, fizikal dan psikologi. Namun kita masih lagi mendapati gejala
sosial semakin merebak terutama di kalangan remaja Melayu dalam
bentuk

penyalahgunaan

dadah,

seks

tanpa

perkahwinan,

rogol,

pembunuhan, lepak, bosia dll.

Antara faktor yang boleh membendung gejala sosial yang amat ngeri dan
negatif adalah memperkukuhkan akhlaq dan budi pekerti yang mulia,
seperti yang dituntut oleh Islam.

Akhlaq pula adalah sesuatu yang

bukan boleh ditunjuk ajar semata tetapi memerlukan contoh dan
teladan yang baik serta bimbingan yang berterusan dari rumah hingga
ke sekolah dan seterusnya ke masyarakat umum. Namun peranan
sekolah di sini ialah dalam melaksanakan pendidikan moral dan
pendidikan Islam.

Selain dari itu, peranan ibu bapa dan penjaga juga amat penting kerana
apa yang diajar di sekolah seharusnya sama seperti apa yang dilihat di
rumah.

Maka

peranan

ibu

bapa

juga

amat

penting

dalam

membangunkan sahsiah individu dalam masyarakat.

Satu lagi masalah yang agak besar ialah teladan yang didapati dari
masyarakat sama ada melalui media massa mahu pun melalui contoh

7

sebenar agak berlawanan juga dengan apa yang cuba diajar kepada
mereka.

Konflik seperti inilah amat merbahaya sekali kerana gejala

yang negatif itulah yang paling pantas ditiru, sedangkan contoh teladan
yang baik amat sukar dihayati.

Prestasi Akademik

Masalah prestasi akademik di kalangan pelajar Melayu terbahagi kepada
dua jenis. Pertama prestasi pelajar Melayu lelaki yang rata-rata lebih
rendah daripada prestasi pelajar Melayu perempuan.

Kedua, rata-rata prestasi pelajar Melayu lebih lemah dari prestasi pelajar
bukan Melayu.

Kedua-dua masalah ini sudah menjadi masalah kebangsaan yang akan
menjejaskan kedudukan dan kekuatan orang Melayu dalam bidang
politik, ekonomi, sosial dan budaya. Sekiranya dibiarkan juga, ia akan
merosot dan boleh menghancurkan apa juga yang telah kita bina selama
ini.

Masalah Keciciran Pelajar Melayu

Walau pun kita dapat berbangga dengan pencapaian anak Melayu dalam
pelbagai bidang pada masa sekarang, berbanding dengan katakana dua
dekad yang lampau, namun kita tidak patut lupa kepada pelajar yang
telah gagal mendapat kelulusan yang memungkinkan mereka mendapat
tempat

di

institusi

pengajian

tinggi

atau

pun

institusi

latihan

kemahiran/vokesyenal. Pada masa ini kita dapati tidak kurang daripada
100,000

pelajar

lepasan

SPM

yang

tidak

langsung

berpeluang

melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau dalam bidang
kemahiran supaya mereka boleh mendapat pekerjaan yang lebih baik

8

dari apa yang boleh mereka dapati dengan kelulusan begitu rendah di
peringkat SPM.

Masalah yang serupa juga berlaku di peringkat PMR.

Pencapai an Or ang Melayu Dalam Bidang Profesional (Iktisas)

Kita harus melihat masalah ini dengan serius kerana bilangan orang
Melayu dalam pelbagai bidang professional (iktisas) masih jauh kurang
dari bilangan orang keturunan lain. Tidakkah kita harus menambah
bilangan ini dengan menyediakan peluang latihan yang terperancang
dan mempunyai matlamat yang jelas supaya kita ketahui bila dan
bagaimana kita boleh memenuhi matlamat ini.

Pencapaian Orang Melayu Dalam Bidang Sains dan Teknologi

Adalah jelas bahawa bilangan pelajar Melayu di bangku sekolah, bahkan
juga lepasan SPM yang cemerlang dalam bidang sains dan teknologi
amat kurang sekali. Antara masalah yang telah pun dikenalpasti ialah
terlalu kurangnya guru siswazah dalam bidang sains dan matematik di
sekolah peringkat menengah. Guru siswazah yang ada lebih ramai yang
berkelayakan sastera (kira-kira 70 – 80 peratus). Sudah tentulah guru
siswazah berkelayakan sastera tidak mampu menghasilkan pelajar yang
mahir dalam bidang sians dan matematik. Sedangkan kerajaan ingin
menyediakan pelajar sains dan sastera dengan nisbah 60 : 40 antara
sains

:

sastera.

Sepatutnya

kita

menyediakan

guru

siswazah

berkelayakan sains sebanyak 60 peratus dan yang berkelayakan sastera
sebanyak 40 peratus.

Sedangkan

kerajaan

telah

memutuskan

pada

tahun

lalu

untuk

menambahkan bilangan pusat matrikulasi sebanyak 5 buah lagi

9

menjadikan jumlah 10 buah semuanya. Saya rasa, bukan mendirikan
lebih banyak pusat matrikulasi itu boleh menyelesaikan kekurangan
pelajar Melayu dalam bidang sains dan teknologi ini. Masalahnya
bermula di sekolah menengah lagi, iaitu kerana kekurangan guru sains
dan matematik.

Agama dan Pembangunan Ummah

Apa yang masih berlaku dalam pendidikan agama di sekolah, madrasah,
surau, masjid dan lain-lain ialah melihat agama sebagai hanya satu
ritual. Oleh itu apa yang diajar hanyalah segala yang berkaitan dengan
ibadat khusus, fardhu ‘ain dan juga fekah yang berkaitan dengan
hampir setiap aspek hidup. Satu lagi aspek agama yang harus diajar
ialah bagaimana

ianya

telah mampu

membangunkan masyarakat

jahiliah yang begitu kuno sehingga menjadi suatu masyarakat yang
begitu kuat dari segi ekonomi, budaya, politik, intelek dan lain-lain.
Sudah tentu Islam mempunyai kekuatan yang amat anih dan yunik.

Islam dalam pembangunan manusia harus lebih luas dan mampu
mempengaruhi manusia dalam serba serbi.

SYOR BAGI MENANGANI MASALAH DI ATAS

Masalah Moral

Saya yakin bahawa apa yang diajar di dalam mata pelajaran agama
Islam hari ini amat perlu diolah supaya mampu mempengaruhi manusia
ke arah yang amat progresif dan positif, bukan menjadikan mereka
seorang manusia yang hanya mampu mengerjakan fardhu ‘ain dengan
baik tetapi tidak bermaya dalam aspek hidup yang lain.

10

Adalah disyorkan supaya kedua-dua mata pelajaran ini dikaji semula
dari segi kandungan, bilangan jam pengajaran, kaedah mengajar dan
latihan pengajaran yang sempurna.

Adalah juga disyorkan supaya paduan antara ibu bapa dan guru di
sekolah dieratkan lagi supaya ibu bapa juga memainkan peranan yang
sama pentingnya dengan sekolah atau para guru.

Prestasi Akademik

Adalah disyorkan supaya suatu kejutan dilakukan untuk memberi
semangat (motivasi) yang cukup kuat kepada anak-anak Melayu supaya
bersemangat tinggi untuk belajar dan menjadi ilmuan. Mereka harus
dilatih secara berterusan untuk terus tekun belajar sehingga menjadi
orang yang cintakan ilmu dan ilmuan.

Adalah juga penting untuk berusaha menghasilkan pelajar cemerlang
secara serius dan bukan secara ad hoc atau tidak sengaja. Jikalau
perlu, kita harus mengadakan sekolah khas untuk pelajar cemerlang
seperti ini untuk dijadikan contoh kepada yang lain.

Masalah Keciciran Pelajar Melayu

Adalah dirasakan perlu supaya kajian yang lebih mendalam tentang
nasib pelajar Melayu dalam gulungan ini dilaksanakan bagi mengetahui
nasib mereka sebenar. Dari maklumat yang didapati nanti, kita boleh
memahami lebih mendalam apa yang sepatutnya kita lakukan.

Langkah-langkah

harus

diambil

untuk

belajar/latihan bagi pelajar yang tercicir ini.

11

menambahkan

tempat

Sekiranya Kolej Komuniti dirasakan amat perlu diwujudkan, ia tidak
sepatutnya diperlambat-lambatkan.

Sekiranya ada IPTS yang mampu memberi latihan khusus kepada
pelajar ini, IPTS tersebut seharusnya diberi bantuan untuk menjalankan
latihan ini.

Pencapai an Or ang Melayu Dalam Bidang Profesional (Iktisas)

Adalah dirasakan amat perlu sekali bagi kita mengenalpasti bidang
iktisas atau professional yang kita perlu meramaikan orang Melayu.
Setelah mengenalpasti bidang ini, kita juga perlu menyediakan sasaran
yang setepat mungkin dari segi bilangan yang patut kita hasilkan setiap
tahun. Perancangan terperinci perlu dibuat dan kemudiannya diadakan
peruntukan yang mencukupi untuk melatih byang diperlukan ini.
Perkara ini amat penting dan mungkin di serahkan kepada MARA untuk
menyediakan perancangan dan pelaksanaannya.

Usaha ini mesti

diteruskan sehingga kita puas hati bahawa sebarang tambahan yang
diperlukan boleh dikeluarkan oleh pihak lain.

Pencapaian Orang Melayu Dalam Bidang Sains dan Teknologi

Adalah dirasakan amat perlu sekali bagi kerajaan mengkaji tentang
keperluan guru siswazah dalam bidang sains dan matematik di sekolah
menengah, khususnya di luar Bandar. Sekiranya perlu, kita harus
mengadakan tambahan pampasan dalam bentuk wang kepada guru ini
supaya mereka beriltizam yang tinggi untuk berusaha dengan dedikasi
bagi meningkatkan kemahiran pelajar Melayu dalam bidang sains dan
matematik ini.

12

Kedua, kita harus mengkasji sama ada menambahkan pusat matrikulasi
menjadikan sepuluh semuanya harus diteruskan atau tidak. Jika tidak,
lebih baik kita gunakan peruntukan itu untuk program yang lebih
bermanfaat kepada orang Melayu.

Agama dan Pembangunan Ummah

Saya yakin bahawa apa yang diajar di dalam mata pelajaran agama
Islam hari ini amat perlu diolah supaya mampu mempengaruhi manusia
ke arah yang amat progresif dan positif, bukan menjadikan mereka
seorang manusia yang hanya mampu mengerjakan fardhu ‘ain dengan
baik tetapi tidak bermaya dalam aspek hidup yang lain.

PENUTUP

Nasib orang Melayu masih lagi belum begitu baik dan masih memrlukan
perancangan yang rapi bagi memastikan mereka dapat meneruskan
peranan dalam negara yang akan menjadi serba moden tidak lama lagi.

Masalah meritokrasi, lambat laun akan kita hadapi secara berhadapan,
dan bukan boleh kita berselindung di belakang kota atau dasar lain.
Dari sekrang kita harus mengejutkan orang Melayu untuk bersedia
menangani masalah ini pada masa hadapan. Peranan ini harus
dimainkan oleh semua pihak dan bukan oleh kerajaan semata.

Wallahu ‘alam.

13