Globalisasi Dalam Islam dan (2)

1

OBJEKTIF







Memahami konsep dan pengertian globalisasi
Mengetahui strategi dan cabaran menghadapi globalisasi.
Mengetahui sistem globalisasi dari segi politik, budaya dan ekonomi.
Mempelajari lebih mendalam lagi tentang globalisasi.
Mengetahui pengubahsuaian dan respon dunia Islam terhadap globalisasi.

PENGENALAN

Kebanyakan diskusi tentang globalisasi tertumpu kepada isu-isu ekonomi
seolah-olah dimensi globalisasi yang lain seperti globalisasi kebudayaan dan globalisasi
ilmu dan maklumat tidak penting.


2

Tajuk ini boleh menonjolkan konsep globalisasi yang komprehensif yang lebih
menepati hakikat globalisasi yang sebenarnya. Di samping itu ia boleh menegaskan
bahawa semua dimensi globalisasi, bukan sekadar dimensi ekonomi adalah penting
kepada masa depan masyarakat dan negara ini.

3

GLOBALISASI
DAN
AGAMA ISLAM

1.0 : Maksud Globalisasi

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu
unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi
sesebuah negara.


Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai

sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas

4

untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai
perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi
siber.

Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah

negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat
dilakukan dalam tempoh yang singkat.
Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang
menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan
kepantasan perkembangan teknologi maklumat.

Manakala cediakawan barat


mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan
infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi
yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Hal ini bermakna
segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.
Globalisasi atau Globalization dalam bahasa arab disebut dengan alKaulamah iaitu masdar daripada al-Kalam berdasarkan timbangan atau wazan
faucalah yang memiliki erti alam atau dunia yang dalam bahasa arab disebut
dengan al-Kalamiah.
Pendapat lain mengatakan bahawa globalisasi ialah suatu proses
membuka keadaan, yang pada umumnya dapat dipahami sebagai proses di
mana sempadan negara-negara semakin runtuh dan seluruh buana ini semakin
berubah menjadi satu unit.

Dalam makalahnya yang bertajuk Khithabuna al-islami fi kasri alkaulamah Dr. Yusuf al-Qardhawi mengatakan, bahawa seperti kelihatan ada
persamaan antara makna globalisasi (al-caulamah) yang dipahami dunia barat
pada hari ini dengan makna globalisasi (al-cālamiah) yang dimaksudkan oleh
Islam. Seperti dalam firman Allah swt :

5

Maksudnya: Dan Tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk

(menjadi) rahmat bagi semesta alam.[4]
Maksudnya: Maha suci Allah yang telah menurunkan Al Furqaan (Al
Quran) kepada hamba-Nya, agar Dia menjadi pemberi peringatan kepada
seluruh alam.[5]

Akan tetapi sebenarnya ada perbezaan yang besar antara keduanya. Erti
yang dipahami oleh Islam mengenai globalisasi atau al-cālamiah adalah sesuatu
yang berasaskan nilai-nilai penghormatan dan persamaan kepada seluruh
manusia (al-Isrā:70). Bahawa setiap manusia memiliki hak dan tanggung jawab
yang sama dihadapan Allah swt. Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah
saw ketika melaksanakan haji terakhir beliau :
“Wahai Manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kalian adalah satu dan nenek
moyang kalian adalah satu. Ketahuilah, tiada kelebihan seorang arab
kepada orang ajam juga sebaliknya. Dan tiada kelebihan orang yang
berkulit merah atas yang berkulit hitam juga sebaliknya, kecuali hanyalah
ketakwaan…” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya 5/411).
Berbeza dengan pemahaman Barat mengenai globalisasi (al-Kaulamah)
sekarang ini, yang mengertikannya sebagai keharusan untuk menguasai politik,
ekonomi, kebudayaan, sosial masyarakat ala Amerika di dunia. lebih lagi
terhadap dunia timur atau dunia ketiga atau yang lebih khas lagi adalah dunia

Islam.

Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara
berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang

6

lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat
dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi
diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang
yang melanda dunia.

2.0 : Globalisasi dan Sosial Masyarakat Islam
2.1 : Punca Gejala Sosial

Punca utama yang mendatangkan gejala sosial adalah globalisasi dan
modenasasi. Perubahan-perubahan pantas tahap nasional berlaku kerana
perubahan pada arus global yang digelar globalisasi. Globalisasi tidak saja
ditandai dengan dominasi ekonomi tetapi ia merentasi ke arah budaya dan
pemikiran. Pembudayaan kota (cityculture) menuruti landasan Barat berlaku

dengan lebih pantas dan agresif dengan adanya teknologi maklumat dan multi
media sebagai kenderaan yang amat berkesan untuk melakukan agenda
globalisasi. Lazimnya, kita sebagai manusia mempunyai sifat ingin tahu terhadap
perkara baru dan trend, yakni bukan dari budaya ketimuran. Tidak mustahil kita
akan jatuh terpengaruh dan mengikut arah aliran kebaratan, terutama sekali
golongan belia. Contohnya seperti mewarnakan rambut, memakai anting-anting
atau tattoo bahkan sampai kepada hal-hal yang sangat teruk seperti
pengambilan minuman keras dan pergaulan bebas yang boleh menjurus kepada
masalah – masalah gejala sosial yang lebih serius.
Globalisasi bergerak seiringan dengan modenasasi. Dalam dunia serba
moden ini, masyarakat mementingkan prestij dan kemewahan; oleh sebab itu,
mereka menjadi semakin individualistik dan materialistik. Bandingkan dengan
masyarakat tradisional, masyarakat moden mempunyai cita-cita tinggi, kompetitif

7

dan tidak lagi menganggap saudara-mara atau jiran-jiran sebagai kelompok
rujukan, bahkan adat tradisional seperti memuncang-muncang juga sudah
ditinggalkan. Bukan saja ini berpaling daripada budaya kita sebagai orang
Melayu tetapi juga daripada tuntutan agama Islam.Ukhuwah atau persaudaraan

adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam memandangkan ianya akan
dapat mengukuhkan perpaduan sesama manusia, khususnya sesama muslim.

Firman Allah SWT :
” Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan
kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu
berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan.
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang
paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.” Surah Al Hujuraat : Ayat
13

Semua orang mukmin adalah bersaudara, dan oleh yang demikian, ishlah
(atau

perhubungan

baik)

perlukan


diwujudkan.

Sekiranya

terjadi

ketidaksefahaman antara dua kelompok orang Islam, maka al-Quran telah
memberikan contoh penyebab yang menyebabkan keretakan hubungan,
sekaligus melarang setiap Muslim dari melakukannya.

3.0 : Bentuk - Bentuk Manifestasi Globalisasi & Modenasasi Yang

8

Membawa Kepada Gejala Sosial Dalam Masyarakat

3.1 : Media Massa

Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan

bantuan berbagai alat media-massa yang serba canggih. Media massa
merupakan sumber maklumat yang cukup berkesan dalam penyebaran berbagai
informasi. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, golongan belia mudah
terdedah kepada banyak maklumat, namun tidaksemua maklumat- maklumat itu
sesuai untuk kesemua peringkat umur.Ini menjadi masalah kerana lazimnya
golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat disekeliling mereka.
Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan ingin
tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton.

3.2 : Internet
Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada
pemaparan gejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu penting bagi
kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui internet umpamanya,
masyarakat yang berfikiran kurang sihat dengan mudahnya boleh akses kepada
maklumat-maklumat yang boleh menjurus ke arah pemikiran negatif.

3.3 : Institusi Kekeluargaan Yang Goyah
Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala
sosial. Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil.
Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidi kan agama anak-


9

anak mereka, ini akan menjadi satu faktor punca gejala sosial.Dan lagi, dengan
bertambahnya komitmen ibu bapa terhadap kerjaya mereka, masa diluangkan
untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuat anak - anak kurang mendapat kasih
sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi
kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang bermasalah
juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remaja untuk
terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

3.4 : Cara Berpakaian
Kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda di masa ini cukup
memalukan. Cara berpakaian mereka bertentangan dengan cara pakaian
budaya melayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan
Islam, agama rasmi negara kita. Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya
asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk
dikatakan ketinggalan zaman, kuno, dan berfikiran sempit.
Firman Allah s.w.t:
"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu

serta

perempuan-perempuan

yang

beriman,supaya

mereka

melabuhkan

pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar),cara itu
lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik),dengan
itu mereka tidak diganggu, dan ingatlah Allah amat pengampun lagi amat
mengasihani". Al-Ahzab : Ayat 59

3.0

GLOBALISASI DAN KEBUDAYAAN ISLAM

10

Istilah ‘kebudayaan’ itu sendiri, Kamus Dewan memberikan definisi “cara
hidup sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi)” iaitu
merujuk kepada keseluruhan cara hidup manusa dalam semua bidang yang
melibatkan akal budi dan daya usaha mereka. Mungkin boleh menyatakan
bahawa dalam zaman klasik, istilah kebudayaan itu tidak digunakan, dan
ditempatnya digunakan istilah ‘adat’, sebagaimana yang disyaratkan oleh Dr
Zainal Kling.
Dalam bahasa Inggeris disebut culture, yang merangkumi seluruh cara
hidup manusia, lahir batin, termasuk institusi-institusi yang diwujudkan dan juga
nilai-nilai, serta pengetahuan yang dihasilkan, termasuk alat-alat yang direkakan.
Sudah tentu alam tabii sebagai sesuatu yang bukan buatan manusia tidak boleh
dikatakan kebudayaan.
Dalam Islam, apabila dibicarakan masalah kebudayaan, nampaknya
perlulah terlebih dahulu dilibatkan ‘semantic content’

ataupun kandungan

maksud-maksud yang ada dalam istilah-istilah yang digunakan dalam sejarah
Islam bagi menyebut hidup kolektif Muslimin, antaranya ialah millah, ummah,
thaqafah, tamaddun, hadarah dan akhirnya adab.
Kalimat millah, jamaknya milal digunakan dalam al-Quran dlam hubungan
dengan Nabi Ibrahim a.s., seperti dalam Surah al-Baqarah, 130, 135; ali ‘Imran,
95; an-Nisa’, 124, an’ Am, 162; an-Nahl, 123; al-Haji, 78; dan dalam hubungan
dengan ahlil-Kitab, al-Baqarah, 120.
Perkataan ini berasal daripada malla, yamullu, mallan dengan pengertian
menjahit (pakaian); kalau imtalla, dengan pengertian meletak (seperti roti dan
daging) dalam bara untuk dimasak; malladiperbetulkan (seperti busur panah)
dalam api; amalla’ala merencanakan sesuatu (pengajaran) kepada seseorang;
tamallala dan

intalla bermakna memeluk sesuatu agama; millah pl. Milal

bermakna agama, syariat, hukum, cara beribadat.
Antara pengertian yang menarik hati kita dalam memahami kedudukan
kebudayaan dalam Islam ialah pengertian millah sebagai agama, cara beribadat;

11

ertinya manusia disebut serentak dengan organisasi serta hukum dan tujuan
keagaman dengan ibadatnya. Dalam struktur yang suci demikian manusia diikat
dengan teguhnya; hayat mereka diperbetulkan mengikut norma-norma tradisi;
mereka dimatangkan; pengajaran diturunkan untuk mereka melalui tanzil atau
melalui rasul yang diutuskan yang mengajar mereka dan menyucikan diri mereka
dan hayat mereka. Millahsebagaimana yang disebutkan dalan al-Quran untuk
umat seperti umat Islam memaksudkan umat atau golongan manusia yang suci,
yang berpegang kepada agama serta mengamalkan sistem syariat serta mereka
menjalankan tugas rohaniah mereka dalam hidup dan peradaban mereka. Di
sinilah kelihatan timbulnya kebudayaan yang bersifat tradisional dan keagamaan
dalam erti yang setepatnya.
Sebagai tambahan boleh diingatkan huraian Raghib al-Isfahani (rh) dalam
Mufradat al-Faz al-Quran (edisi Nadim Mar’asyili. 491-492) yang menyebutkan
bahawa millah adalah seperti din, agama, iaitu yang disyariatkan oleh Allah ke
atas para hamba-Nya melalui lidah para rasul-Nya supaya dengan itu mereka
mencapai kehidupan menghampirkan diri mereka dengan-Nya. Perbezaannya
dengan din ialah bahawa millah tidak dihubungkan dengan yang lain selain
daripada nabi atau rasul; kerana itu, didapati dalam al Quran ayat yang
bermaksud: “Ikutlah millah Ibrahim “ dan ayat yang bermaksud “Aku mengikuti
millah datuk nenekku”. Ianya tidak dihubungkan dengan Allah, dan tidak pula
dengan seseorang daripada umat Nabi Muhammad s.a.w. Ada juga dikatakan
bahawamillah itu ialah dengan mengambil kira maksudnya sebagai sistem yang
disyariatkan oleh Allah, dan din itu adalah dengan mengambil kira pihak yang
mendirikannya, kerana maknanya ialah ketaatan.
Suatu lagi kalimat yang biasa sangat digunakan dalam hubungan dengan
Muslimin sebagai entiti bersifat kolektif ialah kalimat umat. Kalimat ini yang
pluralnya ialah umam digunakan dalam al-Quran hampir 40 kali (misalnya lihat
Fathu’r-Rahman, 31-32). Kalimat ini memaksudkan golongan besar manusia
yang dihubungkan dengan pimpinan nabi atau rasul. Ianya adalah dari kata
kerjaamma, ya’ummu, amman, serta ammama dan ta’ammama, serta i’tamma,

12

yang bermaksud: mengarahkan perjalanan seseorang ke arah sesuatu arah
yang tertentu;atau merancangkan sesuatu. Adapun amma, ya’ummu, imamatan
bermakna: berjalan di hadapan; berada di hadapan sekali (tentera); kalau
i’tamma bi bermakna meniru atau mengikut contoh seseorang; i’tamma bidan
ista’amma bermakna: mengikut seseorang menjadikannya sebagai pemimpin;
adapun kalimat iman dengan pluralnya a’immah bermakna imam, pemimpin,
ketua; jalan besar; imamah: kedudukan sebagai imam dan pimpinan, sebagai
imam; ummah pl. umam: bangsa manusia, syariat, agama; keadaan hidup yang
makmur dan baik;keadaan pimpinan sebagai imam; ataupun seseorang yang
menghimpunkan ke dalam dirinya kebaikan; atau imam; atau golongan manusia
yang dihantar kepada mereka rasul a.s.s., baik mereka itu beriman kepadanya,
atau kufur terhadapnya (na’udhubillahi min dhalik).
Umat Islam dipanggil umat yang terbaik dalam alQuran (ali’Imran: 110);
pengertian di dalamnya ialah bahawa umat Islam itu ialah golongan manusia
yang suci, mukaddas, bukan yang secular, atau profane, tanpa tujuan-tujuan
atau sifat-sifat sebagai pelaksana ajaran dan syariat dari Tuhan.
Umat itu dengan sendirinya mempunyai sifat-sifat ma’mum, iaitu
terpimpin, oleh imam tertinggi, iaitu Rasul Allah s.a.w.; perjalanan hidup umat itu
adalah bersyariat, mempunyai arah kehidupan yang ditentukan dalam tanzil,
dalam wahyu yang diturunkan, bukan berdasarkan semata-mata kepada
pemikiran sendiri serta hasil percubaan sendiri; hidup mereka meniru rasul
s.a.w.; dan umat itu menjadi contoh kepada manusia; mereka berjalan di
hadapan (dari segi hakiki dan keagamaan) di kalangan bangsa-bangsa di dunia.
Ringkasnya umat memberi pengertian: kumpulan manusia yang berdasarkan
kepada syariat Illahi, dengan pimpinan suci, dan itu menjadikan umat itu
kumpulan manusia yang mempunyai kedudukan yang suci, dan bukan sekular
atau profane, tanpa hubungan dengan ajaran Illahi, bukan sebagai kumpulankumpulan semut di pangkal-pangkal pokok, atau di tepi-tepi semak, tanpa
maksud apa-apa; tanpa dimensi yang transenden sebagaimana yang dikatakan
oleh Roger Garaudy dalam bukunya Mencari Agama di Abad ke-XX. Dalam

13

rangka konsep umat inilah perlunya difahamkan kedudukan kebudayaan Islam
serta peranannya dan ciri-cirinya dalam hidup manusia, sebagaimana yang
dibentuk oleh Islam
Kebudayaan dalam bahasa Arab disebut antaranya dengan menggunakan
kalimat ath-tahaqafah; dan ath-thaqafah al-Islamiyah itu bermaksud keseluruhan
cara hidup dan berfikir serta nilai-nilai dan sikap, termasuk institusi-institusi serta
artifak-artifak yang membantu manusia dalam hidup, yang semuanya itu timbul
dan berkembang serta disuburkan dalam acuan syariat Islamiah dan sunnah
Nabi s.a.w.
Kalimat itu datangnya daripada kata dasar thaqifa, yathqafu, thaqafan,
atau thaqufayathqafu, thaqafan, atau thaqafatan, atau thuqufan. Dalam bahasa
Arab klasik bermaksud: menjadi tajam akal seseorang itu, ataupun menjadi
cerdas atau cerdik, ataupun mempunyai keahlian yang tinggi dalam bidangbidang tertentu; juga maksudnya mengatasi seseorang lain atau mengatasi
sesuatu. Thaqafah pula maksudnya: membetulkan sesuatu, atau mendidik
seseorang atau menjaganya. Tathaqqafa bermaksud: menjadi terdidik dengan
baik; menjadi lebih baik daripada keadaan yang dulunya tidak begitu baik,
ataupun menjadi berdisiplin. Ertinya dari segi bahasa, kalimat thaqafah itu
mengandungi maksud-maksud: ketajaman, kecerdasan dan kecerdikan akal, dan
keahlian yang tinggi hasil pendidikan yang dilalui; ataupun kedudukan yang
berdisiplin yang timbul daripada ushaha tarbiah yang dilaksanakan. Ianya lebih
menunjukkan pembentukan diri manusia sebagai insan dilihat dari segi akal dan
budi serta disiplin dirinya sebagai makhluk rohaniah dan akliah. Apabila aspekaspek ini terdiri dengan baiknya dalam diri seseorang itu maka dengan
sendirinya aspek-aspek lain dari hidupnya terbentuk sama, oleh kerana inilah
yang menjadi paksi bagi dirnya, sebagai makhluk yang theomorphic,
sebagaimana yang dinyatakan oleh F. Schuon.

14

Kalimat al-hadarah digunakan bagi menyebut kehidupan secara kolektif
dan peradaban yang tinggi (civilization). Dengan itu digunakan kalimat alhadarah al-Islamiah, terutama zaman moden ini. Kalimat itu datang daripada
kata dasar: hadara, yahduru, hadaratan, yang bermaksud: pergi menetap dalam
kawasan negeri tempat ramai manusia yang menetap padanya, berbeza
daripada kawasan yang dipanggil badiyah. Dengan ini maka kalimat hadar dan
hadarah dalam bahasa Arab klasik bermaksud: kawasan negeri yang didiami
oleh manusia dan dibangunkan kehidupan kekotaan atau kehidupan yang agak
maju berbanding dengan kehidupan mereka di kalangan orang-orang Badwi.
Kalimat hadir bermaksud: datang; suku yang besar; datang ke sebuah kota;
tempat kediaman yang berhampiran dengan kawasan air; wilayah yang
dibinakan kehidupan kekotaan di dalamnya; atau kawasan pendiaman.
Berdasarkan kalimat-kalimat tersebut, maka apabila membicarakan
kebudayaan Islam dibicarakan juga aspek-aspek kehidupan sosial dan nilai-nilai
yang berkenaan berdasarkan kepada ajaran Islam yang timbul dan diamalkan di
kalangan

mereka

bila

dibentuk

kehidupan

bernegara

dengan

kota

pertahanannya serta kehidupan kolektifnya yang tersusun.
Antara istilah yang elok diberikan perhatian adab. Prof. Ismail Faruqi
bersetuju dengan kalimat adab itu dimaksudkan sebagai culture atau
kebudayaan yang dikehendaki itu. Dalam hubungan ini kita boleh sebutkan hadis
Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Tuhan telah memberikan kepadaku pendidikan
adab – addabani – dan Ia telah memperbaik atau menyempurnakan pendidikan
adab itu terhadapku." Dan adab yang dimaksudkan ini adalah adab dalam
pengertian yang paling luas yang merangkumi kemampuan meletakkan sesuatu
itu pada tempatnya yang sewajarnya, iaitu sifat yang timbul daripada kedlaman
ilmu dan disiplin sesorang itu. Sifat yang sedemikian bila disebarkan ke dalam
masyarakat dan kehidupan budaya, akan menimbulkan kesan yang menyeluruh
di dalam kehidupan kolektif. Kesedaran tentang maksud adab yang menyeluruh
sedemikian itu terbayang dengan nyatanya walaupun dalam tajuk kitab, seperti
Adab ad-Dunya wa’d-Din karangan Abul-Hasan al-Mawardi rahimahullahi Taala:

15

dan huraian tentang kehidupan beradap itu didapati dalam karangan terbesar
Iman al-Ghazali rahimahullahu Taala, iaitu Ihya’ ‘Ulumi’d-Dinnya
Inilah antaranya istilah-istilah yang digunakan bagi menyebutkan identiti
kolektif umat Islam, dan yang kandungan semantiknya boleh membantu kita
dalam memahami beberapa ciri, baik dari segiideational, institutional, dan juga
axiological dalam kebudayaan Islam itu sendiri.
Tentang istilah-istilah yang berkenaan ini kita akhiri pebincangan kita
dengan membicarakan semantic content atau kandungan maknanya bagi istilah
din, iaitu istilah yang digunakan dalam al Quran bagi menyebut Islam itu sebagai
agama, antaranya dalam ayat yang bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang
diterima) di sisi Allah ialah al-Islam”. (ali-‘Imran 19). Kalimat al-din itu sendiri
terdapat lebih dari empat puluh kai digunakan dalam al-Quran. (Cf. Fathu’rRahman, 157).
Peradaban Islam dan kebudayaannya, sebagimana keadaannya dengan
kebudayaan dan peradaban tradisional yang lain adalah berdasarkan kepada
pandangan tertentu, atau point of view yang tertentu; iaitu wahyu yang
ditanzilkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah ‘murni’ dan sederhana yang
merupakan agama Nabi Adam a.s. dan Nabi Ibrahim a.s.; dan Islam yang datang
kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah merupakan pengembalikan kembali
kepada agama fitrah yang asal yang paling pokok.
Kalimat

‘Islam’

itu

sendiri

bermakna

‘tunduk

menyerah’

dan

‘kesejahteraan’, ataupun ‘menjadi sama dengan Kehendak Tuhan’. Kalimat
syahadat dalam Islam itu yang berbunyi la ilaha illa’Llah Muhammadu’rRasulu’Llah memberi maksud yang paling ringkas dan padat terhadap sikap dan
roh Islam itu sendiri.

4.0

GLOBALISASI DAN POLITIK ISLAM
4.1

Pengertian Politik Menurut Islam

16

Politik adalah 'ilmu pemerintahan' atau 'ilmu siyasah', iaitu 'ilmu tata negara'.
Pengertian dan konsep politik atau siasah dalam Islam sangat berbeza dengan
pengertian dan konsep yang digunakan oleh orangorang yang bukan Islam.
Politik dalam Islam menjuruskan kegiatan ummah kepada usaha untuk
mendukung dan melaksanakan syari'at Allah melalui sistem kenegaraan dan
pemerintahan.
la bertujuan untuk menyimpulkan segala sudut Islam yang syumul melalui satu
institusi yang mempunyai syahksiyyah untuk menerajui dan melaksanakan undangundang.
Pengertian

ini

bertepatan

dengan

firman

Allah

yang

mafhumnya:

"Dan katakanlah: Ya Tuhan ku, masukkanlah aku dengan cara yang baik dan
keluarkanlah aku dengan cara yang baik dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu kekuasaan yang menolong." (AL ISRA’: 80 )
Diatas landasan ini para ‘ulama’ menyatakan bahawa : "Allah menghapuskan
sesuatu perkara melalui kekuasaan negara apa yang tidak dihapuskan nya melalui Alquran.

4.2

Asas asas Sistem Politik Islam

Asas asas sistem politik Islam ialah:
4.2.1

Hakimiyyah Ilahiyyah

Hakimiyyah atau memberikan kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum tertinggi
dalam sistem politik Islam hanyalah hak mutlak Allah.
Tidak mungkin ianya menjadi milik sesiapa pun selain Allah dan tidak ada
sesiapa pun yang memiliki suatu bahagian daripadanya.

17

Firman Allah yang mafhumnya: "Dan tidak ada sekutu bagi Nya dalam
kekuasaan Nya." (Al Furqan: 2)
"Bagi Nya segaIa puji di dunia dan di akhirat dan bagi Nya segata penentuan
(hukum) dan kepada Nya kamu dikembalikan." (A1 Qasas: 70)
"Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah." (A1 An'am: 57)

4.2.2 Hakimiyyah Ilahiyyah membawa pengertian pengertian yang berikut:
-Bahawasanya Allah adalah Pemelihara alam semesta yang pada hakikatnya
adalah Tuhan yang menjadi Pemelihara manusia, dan tidak ada jalan lain bagi
manusia kecuali patuh dan tunduk kepada sifat Ilahiyyah Nya Yang Maha Esa
-Bahawasanya hak untuk menghakimi dan mengadili tidak dimiliki oleh sesiapa
kecuali Allah. Oleh kerana itu, manusia wajib ta'at kepada Nya dan ber'ibadat
kepada Nya
-Bahawasanya hanya Allah sahaja yang memiliki hak mengeluarkan hukum
sebab Dialah satu satu Nya Pencipta
-Bahawasanya hanya Allah sahaja yang memiliki hak mengeluarkan peraturan
peraturan, sebab Dialah satu satu Nya Pemilik
-Bahawasanya hukum Allah adalah sesuatu yang benar sebab hanya Dia sahaja
Yang Mengetahui hakikat segala sesuatu, dan di tangan Nyalah sahaja
penentuan

hidayah

dan

penentuan

jalan

yang

selamat

dan

lurus.

Hakimiyyah Ilahiyyah membawa erti bahawa teras utama kepada sistem politik
Islam ialah tauhid kepada Allah di segi rububiyyah dan uluhiyyah Nya.
4.3

Risalah

Jalan kehidupan para rasul diiktiraf oleh Islam sebagai sunan al huda atau jalan
jalan hidayah.

18

Jalan kehidupan mereka berlandaskan kepada segala wahyu yang diturunkan
daripada Allah untuk diri mereka dan juga untuk umat umat mereka.
Para rasul sendiri yang menyampaikan hukum hukum Allah dan syari'at syari'atNya kepada manusia.

5.0

GLOBALISASI DAN CABARAN KE ATAS UMAT ISLAM

Berdasarkan sejarah manusia, kita telah menyaksikan kebangkitan dan
kejatuhan pelbagai bangsa dan tamadunnya Kita telah menyaksikan kegemilangan dan
kejatuhan tamadun Mesir, Mesopotamia, Parsi, Yunani, Rom, Byzantin dan Islam.
Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 3:140 yang bermaksud :
“Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia
(agar mereka mendapat pelajaran)”.
Kemunculan Islam dengan kelahiran Ar-Rasul s.a.w. pada abad ke-6 Masihi
berkembang dengan meluas ke seluruh dunia dengan obornya dijulang oleh pemimpin
demi pemimpin sehinggalah kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah Turki pada tahun 1924.
Sepanjang abad ke-6 hinggalah abad ke-15, dunia berpaksikan umat Islam yang
menjadi pemimpin terhadap halatuju sosio-ekonomi-politik dunia. Kemudian, akibat
peperangan sesama sendiri, kerana perebutan wilayah, kerana peribadi kepimpinan
maka muncul pula Tamadun Barat Kristian yang mendominasi dunia dan menjadi paksi
pada perkembangan manusia.
Dominasi Tamadun Barat sampai ke kemuncaknya, apabila Gerakan Zionis
dengan kekuatan ekonomi, media dan politik di Amerika Syarikat dan Eropah
mengambil alih hegemoni tersebut dan digantikan dengan Tamadun Yahudi-Zionis yang
mencengkam dunia sehingga saat ini.

19

5.1 Tamadun Zionis-Yahudi

Abad 21 menderitai krisis kemanusiaan yang parah akibat daripada hegemoni
Zionis-Yahudi yang menunggangi Amerika Syarikat untuk meneruskan agenda
Zionis mencengkam dunia. Sebagaimana kaum Aus dan Khazraj diadu domba
oleh masyarakat Yahudi di Madinah sebelum kedatangan Islam, begitulah yang
sedang berlaku pada masa kini. Mereka kini mengadu domba umat Islam dan
Kristian Barat dengan pelbagai cara melalui kekuatan yang ada. Dengan
penguasaan

media

cetak

dan

elektronik,

mereka

memastikan

agenda

pemusuhan diteruskan di samping melemahkan generasi muda dengan budaya
hedonistik dan satanik.
Allah berfirman :
“Sesungguhnya engkau dapati yang paling keras memusuhi orang-orang
yang

beriman

ialah

orang-orang

Yahudi

dan

orang-orang

yang

mempersekutukan Tuhan”. (Al-Maidah 5:82)
“Dan telah Kami buat keputusan untuk Bani Israel di dalam kitab:
Sesungguhnya kamu akan membuat bencana di muka bumi dua kali, dan
kamu menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar”
(Al-Isra’ 17:4)

5.2 STRATEGI MENGHADAPI CABARAN
Persoalan yang selalu dibincangkan di kalangan aktivis Islam ialah bagaimana
untuk menghadapi ancaman Zionis-Yahudi yang sedang mencengkam dunia Islam.
Lazimnya, dari siri perbincangan yang dibuat di dalam dan di luar negara, terdapat dua
jenis reaksi yang berbeza.
Pertama, dari kalangan generasi yang dijajah seperti Palestin, Kashmir,
Afghanistan, Iraq, Chechnya dan seumpamanya, mereka pada umumnya memilih jalan

20

perang kerana tidak diberi pilihan untuk hidup bermaruah, terhormat, bebas dan
merdeka.
Kedua, dari kalangan yang bermastautin di Barat dan di negara yang tidak
terlibat dalam peperangan, majoriti memilih jalan dakwah dan memperhebat gerakan
penerangan mengenai Islam dengan menggunakan teknologi media yang terkini.
Mereka seboleh-bolehnya mengelakkan sebarang konfrontasi dengan mana-mana
pihak, apatah lagi dengan pihak pemerintah. Memang sukar untuk menentukan jalan
mana yang terbaik untuk umat ketika ini kerana setiap tindakan bergantung pada situasi
dan kondisi. Namun, pada masa yang sama, tamadun Barat sedang menghadapi krisis
moral dan sosial yang amat tenat. Kadar kelahiran anak luar nikah di AS dan UK adalah
yang tertinggi di kalangan negara maju. Setiap seorang dari tiga orang kulit hitam di
Amerika Syarikat kemungkinan akan dipenjarakan kerana kesalahan jenayah. Setiap
minggu, purata 88 orang kanak-kanak dibuang sekolah di Amerika Syarikat kerana
membawa senjata. Setiap tahun rakyat Amerika Syarikat membelanjakan AS$10 billion
untuk bahan pornografi manakala pada tahun 2003, negara itu membelanjakan AS$396
bilion untuk melengkapkan pasukan tenteranya. (Lihat 50 facts that should change the
world, Jessica Williams (2004).
Allah Ta`ala berfirman:
‫ر‬
‫س‬
‫ظ رهررر ال ل ر‬
‫ت أي ل ف‬
‫ساد د ففي ال لب ررر روال لب ر ل‬
‫ما ك ر ر‬
‫ف ر‬
‫سب ر ل‬
‫حرف ب ف ر‬
‫دي الننا ف‬
‫ن‬
‫ذي ر‬
‫ذي ع ر ف‬
‫ض ال ن ف‬
‫ل في د ف‬
‫جدعو ر‬
‫م ي رلر ف‬
‫مدلوا ل رعرل نهد ل‬
‫قدهم ب رعل ر‬
Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan
tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat)
perbuatan mereka; agar mereka kembali (ke jalan yang benar) (Ar Rum 30:41)
‫عاقب د ر‬
‫ذاقرت وبا ر ر‬
‫ها ور ر‬
‫فر ر‬
‫سررا‬
‫ها د‬
‫مرف ر‬
‫مرف ر‬
‫ن ر ف ر‬
‫كا ر‬
‫ل رر‬
‫خ ل‬
‫ةأ ل‬
‫لأ ل‬
“Sehingga mereka merasakan akibat yang buruk dari perbuatannya, dan akibat
perbuatan mereka itu adalah kerugian yang besar”(At Talaq 65:9)
5.2.1 Menggunakan Peluang
Di sebalik cabaran dan masalah yang dihadapi, umat Islam mempunyai peluang
dan kekuatan berdasarkan perkembangan dan situasi yang ada. Peluang ini ini mesti

21

direbut dan digunakan untuk memartabatkan dirinya. Misalnya, kesedaran beragama di
kalangan semua penganut agama di dunia semakin meningkat akibat dasar
pembangunan yang berasaskan faham sekularisme dan materialisme yang semakin
global. Kesedaran agama ini adalah ruang terbaik untuk Islam berkembang.
Umat Islam sendiri semakin ramai yang cuba dan berusaha untuk menghayati Islam
secara menyeluruh akibat kegagalan sistem pemerintahan warisan penjajah yang
dipaksakan ke atas mereka. Perang ke atas pengganas telah mengakibatkan
masyarakat Barat yang berbudaya ‘ingin tahu’ semakin mendalami ajaran Islam
sehinggakan semakin ramai yang menganut Islam. Teknologi media yang semakin
canggih memungkinkan ajaran Islam dapat dicapai melalui internet dengan berkesan,
cepat dan global.
5.2.2 Mengelakkan Konfrontasi
Umat Islam mestilah mengelakkan diri daripada terus berkonfrontasi dengan
Barat. Pada masa yang sama kita mesti memperhebat usaha-usaha dakwah bil hal dan
dialog antara agama. Islam terbukti berkembang dengan positif selepas Perjanjian
Hudaibiyyah berbanding ketika perang sedang memuncak dan ini merupakan bukti
bahawa suasana aman adalah prasyarat terhadap perkembangan dakwah yang pesat.
Hanya setelah dua tahun Perjanjian Hudaibiyyah ditandatangani, puluhan ribu umat
Islam baik yang telah lama menganut mahupun yang baru telah berbondong-bondong
memasuki Makkah dengan aman setelah bandar suci itu diserahkan kepada Ar-Rasul
s.a.w. tanpa perang.
5.2.3 Memperhebat Dialog Antara Agama
Umat Islam mestilah melahirkan pakar-pakar dalam bidang perbandingan agama
ketika semua agama sedang mengalami kebangkitan masing-masing di seluruh dunia.
Ulama-Ulama abad 21 harus mempunyai ilmu perbandingan agama sebagai manhaj
dakwah abad baru. Namun, dalam keghairahan berdialog, kita perlu mengingati
panduan al-Quran yang jelas menegaskan “lakum di nukum wali ya din” di dalam
pengertian

kita

menghormati

perbezaan

aqidah

masing-masing.

22

5.2.4 Memperkasa Martabat Ulama dan Sarjana
Umat Islam mesti memperkasa martabat ulama dan sarjana dengan memberi
kebebasan dan hak membuat kajian, menulis dan menyampaikan ilmu dengan bebas
dan bertanggung jawab. Sebagaimana pihak pemerintah mempunyai pelbagai
keistimewaan dan kemudahan untuk memerintah, begitu juga status ulama dan
intelektual harus menyamainya kerana ilmu adalah panduan hidup dan panduan
beragama.
Namun demikian, nasib ulama dan intelektual di dunia Islam amatlah memilukan
sehinggakan ramai yang menjadi buruan pemerintah kerana lantang memperjuangkan
kebenaran dan keadilan. Akibatnya maka ramailah ulama dan intelektual yang bisu,
pekak dan tuli dalam pengertian tidak lagi berani menegur pemerintah kerana serba
ketakutan atau ditakut-takutkan.
Dr Abdul Hamid Abu Sulayman, Mantan Rektor Universiti Islam Antarabangsa,
Malaysia menggambarkan nasib para intelektual di dunia Islam seperti berikut:
The Muslim scholar is either caught between the ignorant Mullahs threatening him with
Jahannam or the corrupt rulers threatening with jail. (lihat Islam under siege, hal. 91-92)
5.2.5 Mengeratkan Hubungan Ulama-Umarak-Ummah
Sejarah perkembangan Islam telah membuktikan bahawa apabila hubungan
kesalingan antara ulama dan umarak menjadi erat dan kental, maka kerajaan akan
bertambah kuat, ummah akan terbela, negara menjadi menjadi aman dan damai.
Di Alam Melayu, sejarah kerajaan Islam Samudera Pasai, Melaka dan Aceh
membuktikan bahawa wujudnya kesalingan ini telah menjadikan kerajaan tersebut
menjadi pusat perkembangan Islam yang paling penting dan berpengaruh pada abad
14 sehingga ke-17. Sebaliknya pula, sebaik sahaja ulama dan umarak bermusuhan,
maka pemerintahan akan lemah, ummah tidak terbela, negara akan hancur sama ada
kerana perpecahan dalaman akibat serangan luar atau ditimpa bala bencana.

23

5.2.6 Menyemarakkan Semangat Kekitaan
Ibn Khaldun (1332-1406) dalam kitab agungnya Mukadimah menekankan
kepentingan semangat kekitaan sebagai prasyarat untuk bangun sebagai suatu bangsa
yang kuat dan berpengaruh. Katanya: “ Kuasa raja dan kekuasaan sesebuah dinasti
secara meluas hanya boleh ditegakkan melalui usaha sesuatu kumpulan dan perasaan
kekitaan (Mukadimah, hal. 138).
Akibat badai globalisasi yang melanda dunia pada hari ini, dunia Islam
menderitai

perpecahan

yang

parah.

Semangat

kekitaan

yang

berdasarkan

persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiyyah) semakin lumpuh. Pertubuhan NegaraNegara Islam (OIC) yang antara tujuannya untuk menyatukan umat, telah merosot
peranannya sekadar tempat meluahkan perasaan, melepaskan geram dan marah tanpa
berkemampuan untuk bertindak membela nasib umat yang menderita.
Akhbar S. Ahmad menyatakan 10 sebab mengapa semangat kekitaan hampir lumpuh di
batang tubuh umat Islam:
1. Proses urbanisasi atau perbandaran yang terlalu cepat dan tidak terancang
2. Perubahan demografi yang dramatik akibat ledakan pertambahan penduduk.
3. Pemerintah yang lemah, zalim dan autokratik.
4. Kadar penghijrahan yang besar ke dunia Barat.
5. Jurang miskin-kaya semakin melebar
6. Jenayah rasuah tak terbendung
7. Budaya materialisme menggantikan agama dan adat resam
8. Kualiti pendidikan semakin merosot.
9. Krisis identiti yang parah antara elit dan massa
10. Budaya hedonistik yang subur akibat penyiaran media yang tidak terkawal

24

Sebagai langkah awal untuk menggembalikan semula semangat kekitaan ini, kita
menyeru semua pemimpin dunia Islam yang berpegang kepada apa yang diseru oleh
baginda Ar-Rasul s.a.w. dalam Khutbah Wada’ yang merupakan formula illahi untuk
umatnya meneruskan peranan kekhalifahannya; “Maka perhatikanlah perkataanku itu,
wahai manusia, sesungguhnya telah aku sampaikan. Aku tinggalkan sesuatu kepada
kamu, yang jika kamu pegang teguh, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, iaitu;
Kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya.” (Sirah Nabawiyyah, al-Buti, ms 435).

6.0

PENGUBAHSUAIAN DAN RESPON ISLAM
Dalam menghadapi arus globalisasi ini menjadikan kita harus bersikap positif

dan penuh hati-hati. Menurut Qodri Azizy masyarakat Islam dalam menilai globalisasi
tersebut terbahagi kepada tiga kelompok besar:
Sikap dari golongan kaum Muslimin yang anti barat dan anti modernisme.


Kelompok yang terpengaruh oleh modenisasi dan sekulerisasi, kelompok
tersebut menjadikan pemisahan antara agama dan politik atau masalah
keduniaan lainnya. Kelompok ini menjadikan barat sebagai kiblat dan role mode
masa depan atau bahkan menjadikan barat menjadi way of life.



Kelompok yang bersikap positif

dan secara automatik tidak bersikap anti

terhadap barat dan modenisasi. Kelompok tersebut menerima dari barat dengan
menggunakan penyaranan dan melakukan pembunuhan apabila tidak sesuai
dengan prinsip mereka.


Kelompok ketiga ini melakukan kerjasama dengan barat dan menunjukan
identitasnya. (Qodri Azizy: 2003).
Akibat yang ditimbulkan oleh globalisasi tersebut menyebabkan kemiskinan dan

bentuk humanisasi yang meluas. Maka respon umat Islam terhadap kemiskinan
sesuai dengan perkembangan kapitalisme global terbagi menjadi empat paradigma
umat Islam:

25



Paradigma tradisionalisme tentang kapitalisme global.
Pemikiran tradisionalisme ini tentang kapitalisme global yang menyebabkan
kemiskinan adalah merupakan hakikat dan rencana Tuhan. Manusia tidak
mengetahui senario besar dari Tuhan dari perjalanan umat manusia. Masalah
kemiskinan dan marginalisasi tidak ada kaitannya dengan globalisasi dan
neolibralisme.



Paradigma modenisme terhadap kapaitalisme libral.
Paradigma kaum modernis menilai tentang kemiskinan berakar pada persoalan
karena ada sikap mental atau budaya ataupun teologi mereka. Kemiskinan tidak ada
sangkut pautnya dengan globalisasi dan kapitalisme. Jika kita perlu maka kita perlu
menyiapkan umat Islam untuk bersaing dalam globalisasi.



Paradigma revivalis terhadap kapitalisme global.
Mereka melihat kenapa umat Islam mundur merupakan akibat dari kebanyakan umat
Islam memakai ideologi lain sebagai pijakan dasar dari pada al Quran. Sedangkan
dalam al Quran sebagai petunjuk yang benar sebagai fungsi bermasyarakat dan
Negara. Globalisasi dan kapitalisme bagi mereka salah satu agenda barat dan
konsep non Islami yang di paksakan untuk masyarat muslim.



Paradigma Tranformatif terhadap Kapitalisme global.
Mereka percaya bahawa yang menyebabkan kemiskinan rakyat, disebabkan oleh
ketidakadilan sistem, ekonomi dan politik yang tidak adil. Sedangkan globalisasi
adalah merupakan projek kapitalisme yang lain bagi golongan ini menjadikan sebab
kemiskinan, marginalisasi, dan mengalineasi masyarakat. Bagai mereka globalisasi
dan kapitalisme merupakan ancaman bagi orang-orang miskin. Kerana globalisasi
untuk kepentingan dan akumulasi berbagai kapital besar untuk menghancurkan
lingkungan hidup, segenap budaya sosial yang mana kehidupan masyarakat
bergantung. (Mansuor Fakih: 2002).

26

Sebagaimana dalam ajaran Islam lebih menekankan keseimbangan antara dunia dan
akhirat. Dari ajaran tersebut menjadikan kita mampu mendialogkan antara
kepentingan dunia dan akherat. Nilai Islam menjadikan landasan, dasar motifasi dan
inspirasi kebaikan dan kemajuan dunia. (Qodri Azizy: 2003).

RUMUSAN


Gelombang globalisasi kontemporari adalah yang terbesar dan terkuat pernah
melanda dunia. Pengaruhnya sungguh besar dan luas sehingga ia meliputi

27

semua bidang peradaban. Demi menjamin proses pembinaan peradaban di
negara ini di atas landasan kerohanian dan moral yang dituntut oleh Islam dan
agama-agama lain berterusan tanpa banyak terjejas, kita dipanggil untuk menilai


buruk baik fenomena globalisasi ini dengan lebih teliti lagi.
Kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh rakyat negara ini.



Keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin.
Kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada kita,
terutamanya kekayaan dalaman (inner riches) yang terdapat dalam agama dan
tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahu pun yang berupa intelektual atau
keilmuan.

LAMPIRAN
Peranan Wanita Islam dalam Menghadapi Cabaran Globalisasi
Oleh: .

28

Khalijah Mohd Salleh

%~
Pengenalan

Globalisasi adalah ungkapan yang begitu popular sekarang lni. lstilah ini digunakan untuk
hampir semua perkara yang berkaitan dengan el