Sejarah Perkembangan Tasawuf dan Tarekat
Sejarah Perkembangan Tasawuf dan Tarekat di Malaysia
Kamarulnizam Sani
Pengenalan
Ilmu pengajian Tasawuf adalah salah satu dari cabang pengajian Islam yang mempunyai
falsafah-falsafah yang abstrak, mendalam dan berhikmah. Qadhi Syaikhul Islam Zakaria
Al-Anshari rahi berkata: “Tasawuf ilmu yang menyucikan hati dan akhlak untuk
kebahagiaan yang abadi. (Abdul Qadir Isa 2008). Konsep ilmu Tasawuf perlu di fahami
secara teori bagaimana asas-asas dan isi kandungan pengajaran dan ilmunya
bermatlamatkan kepada pembersihan hati, melahirkan akhlak yang terpuji dan seterusnya
menuju kepada “taqarrub” seseorang hamba kepada Sang Pencipta-Nya. Sudah tentu
ilmu ini asasnya bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Menjadikan Rasulullah S.A.W
“uswatun hasanah” yang merangkumi aspek kehidupan yang holistik. Peringkat demi
peringkat dan maqam demi maqam perlu ditempuhi oleh setiap “akhawan” di dalam
dunia Tasawuf ini.
Oleh itu, objektif tugasan ini akan membincangkan konsep Tasawuf dengan lebih
mendalam, menurut pendapat ulamak yang terdahulu seperti Imam Al-Ghazali dan juga
pendapat ulamak kontemporari seperti Hamka. Tugasan ini juga akan membincangkan
peringkat pengajian Tasawuf yang dipelajari sehingga membentuk akhlak yang terpuji.
Sejarah perkembangan ilmu Tasawuf juga dikaji bermula sejak zaman yang paling baik
iaitu zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah ke zaman tabi’ tabi’in.
Tugasan ini juga menyentuh tentang bentuk-bentuk serta faktor-faktor yang
menyebabkan penyelewengan berlaku didalam pengamalan ilmu Tasawuf. Contohcontoh amalan dan juga kumpulan Tarekat yang telah difatwakan sesat oleh Jabatan
Agama setiap negeri juga akan dinyatakan. Seterusnya, beberapa kaedah dan langkahlangkah untuk membendung dan mengawal penyelewengan kumpulan Tarekat
oleh
pihak berkuasa Jabatan Agama Islam juga akan dibincangkan bagi memelihara khazanah
ilmu Islam ini tidak disalahgunakan.
1
Konsep Ilmu Tasawuf
Pelbagai istilah dan makna yang digunakan didalam memberi makna perkataan tasawuf.
Diantaranya berasal dari perkataan “Shuf” yang bermaksud bulu binatang, apabila
kebiasaannya ahli tasawuf mengenakan pakaian yang diperbuat dari bulu binatang kerana
bencinya mereka kepada pakaian yang indah-indah. Ada juga yang mendefinasikan ianya
dari perkataan “Shuffah” disandarkan kepada sahabat nabi yang mengambil keputusan
memencilkan diri ditempat yang terpencil berdekatan masjid Nabawi. Ada juga pendapat
yang menyatakan Tasawuf berasal dari perkataan “Shufanah” mengambil nama kayu
keras yang tumbuh di padang pasir tanah Arab. Lebih mendefinasikan Tasawuf ke
hadapan, ada pendapat menyatakan asal perkataan “Shufi” bukan berasal dari perkataan
Arab, tetapi dari perkataan Yunani lama yang telah diserapkan ke dalam bahasa Arab
maka berubah menjadi sebutan Tasawuf. (Hamka 2007).
Istilah ini juga ditambah oleh Syeikh Abdul Qadir Isa Rahimullah (2008), kalimah
Tasawuf itu berasal dari perkataan “as-Sifah” yang bermaksud sifat yang terpuji dan
meninggalkan sifat yang keji. Manakala asal dari perkataan “as-Sofah” pula adalah
bermaksud bersih dan jernih sesuai dan sejajar dengan matlamat ahli sufi membersih hati
dan jiwa mereka. Disamping itu ada pendapat yang menyatakan asal perkataan “asSofwah” yang hanya memilih hanya yang bersih dan suci dan akhirnya Tasawuf berasal
dari perkataan “as-Sof” bermaksud ketika dahulu para ahli sufi ini mempunyai barisan ke
hadapan didalam amalan ketaatan mereka.
Manusia terawal di dalam menggunakan perkataan “sufi” semasa zaman pra Tasawuf
adalah Abu Hasyim al-Kufi (w.150) manakala menurut ‘Abd al-Qasim ‘Abd al-Karim bin
Hawazin bin ‘Abd al-Malik bin Talha bin Muhammad al-Qusyairi. (Ismail Mamat 2011).
Ilmu tasawuf begitu bernilai didalam mutiara pengajian Islam dan tinggi martabatnya
kerana objektif dan matlamat ilmu ini berkaitan dengan pembersihan dan mensucikan
hati bagi mencapai makrifah kepada Allah S.W.T. Para pendukung ilmu ini yang digelar
sebagai ahli sufi memegang amanah dan tanggungjawab didalam memperkembangkan
2
tasawuf dengan berpandukan syariat yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W seterusnya
melahirkan ramai manusia yang benar-benar bertaqwa kepada Allah. (Abdul Aziz Ismail
2001).
Kesimpulan dari itu, Tasawuf bukanlah setakat istilah sahaja, tetapi ianya dilihat didalam
konteks yang lebih mendalam didalam memperbaiki akhlak, menyucikan hati dan sampai
ke martabat yang tertentu. Tunjang ilmu ini adalah berkaitan pembersihan hati atau
‘Qalb’ dari pelbagai perkara yang membahayakan terutamanya dari kebendaan duniawi
dan peraturan-peraturan diantara insan dan pencipta-Nya. Oleh itu Tasawuf sebagai
memperkenalkan ilmu kerohanian bukan ilmu lahiriah.
Peringkat Pengajian Ilmu Tasawuf.
Sebelum ini perbincangan definasi Tasawuf lebih banyak mempertikaikan permasalahan
dan memperbaiki hati dari kotoran serta menghiasi dengan kemulian. Akhlak juga
menjadi pokok utama didalam mentarbiah individu agar menjadi insan yang dipandang
tinggi. Ini kerana Tasawuf juga adalah suatu ilmu yang menjurus ke arah pembersihan
akhlak dan penyucian jiwa serta memastikan keadaan zahir dan batin mencapai
kebahagian yang abadi. (Abdul Qadir Isa 2008).
Peringkat pengajian ilmu Tasawuf bagi pembentukan akhlak adalah penting kerana
Tasawuf itu juga dibina dari akhlak yang sempurna. Pada peringkat pembentukan akhlak,
ahli Tasawuf perlu menempuh perjalanan maqam-maqam dan ahwal bagi menyucikan
(tazkiyah) hati. Hal ini diperjelaskan dengan amalan yang berterusan (istiqamah) maka
kaum sufi itu akan beralih kepada peringkat perjalanan Tasawuf terhadap yang lebih
tinggi. Para ulama sufi telah berpendapat al-Maqamat ditempuhi dengan usaha, sementara
ahwal diperoleh dengan kurnia. (al-maqāmat makāsib wal al-ahwāl mawāhib). (Yusri
Abd. Karim 1965).
Akhlak terpuji yang wajib diamalkan oleh setiap orang yang beriman dinamakan sifat
Mahmudah, manakala sifat yang keji dan tercela dinamakan sifat Mazmumah dan sifat ini
3
perlu dijauhi oleh setiap insan. Imam al-Ghazali telah menggariskan diantara sifat-sifat
Mahmudah adalah Taubat (membersihkan hati), Khauf (takut kepada Allah), Mahabbah
(kasih sayang sentiasa ingat kepada Allah), Zuhud (menggunakan nikmat dunia sekadar
yang perlu), sabar (menahan diri daripada keluh kesah pada suatu musibah), Syukur
(memuji setiap nikmat daripada Allah), Ikhlas (setiap perbuatan diniatkan untuk
keredhaan Allah ), Tawakal (menyerah diri sepenuhnya kepada Allah), Redha (tenang hati
terhadap apa yang datang daripada Allah) dan Zikr al-maut (sentiasa ingat mati dan
memperlengkapkan diri untuknya).
Manakala golongan sifat Mazmumah adalah banyak makan, banyak bercakap, marah,
hasad, bakhil, cintakan kemegahan, cinta dunia, bangga diri, ujub (hairan diri) dan riya'
(menunjuk-nunjuk).
Seterusnya ilmu Tasawuf ini berkembang kepada pengajian yang menyentuh tentang
apakah yang dinamakan Ihsan. Ihsan itu ialah menyembah Allah seolah-olah kamu
melihat-Nya, dan jika kamu tidak (dapat) melihat-Nya, maka kamu merasa sentiasa
diperhatikan oleh-Nya. Kesimpulannya ihsan ini adalah al-Murāqabah iaitu kesedaran
seseorang akan kehadiran Allah yang sentiasa dirasai dari segi amalan yang dilakukan
seperti amalan lahir mahu pun batin. Jadi peringkatan penghayatan Islam dalam maqam
Ihsan adalah peringkat yang paling tinggi dan paling istimewa.
Sejarah Perkembangan Dan Kepentingan Ilmu Tasawuf
Zuhud – Awal perkembangan Tasawuf
Peredaran masakini telah menyaksikan perkembangan aktiviti dakwah secara
kontemporari menarik minat individu seterusnya memperkenalkan Islam ke serata dunia.
Pada peringkat awal perkembangan ilmu Tasawuf, dakwah bukanlah satu visi dan misi
yang utama bagi ahli sufi. Mereka hanya menjalankan ibadah secara individual, terasing
serta mengamalkan perkara apa yang menambahkan ketaqwaan dan wara’ mereka.(Abdul
Qadir Isa 2008). Hal ini ditegaskan oleh Mustafa Hilmi di dalam bukunya al-hāyah alruhiyyah fi al-islām kerohanian dimulakan dengan kehidupan secara ‘takhashsuf’, wara’,
zuhud, taqwa dalam aspek kehidupan yang menjauhi kepentingan dunia. Amalan ini
4
menjadi contoh kepada orang-orang Islam generasi awal yang menjadikan Rasulullah
S.A.W dan para sahabat sebagai ikutan yang utama.
Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya pada diri Rasul Allah itu contoh teladan yang baik bagi orang-orang
yang mengharap kepada Allah dan mengharapkan balasan yang baik di akhirat.”
(al-Ahzab:21)
Fenomena zuhud di zaman Rasulullah S.A.W telah memberikan inspirasi kepada para
sahabat yang dapat menyaksikan akhlak baginda secara ‘role model’. Rasulullah S.A.W
telah mendidik para sahabat tentang erti zuhud dalam kehidupan dunia dan
bermatlamatkan akhirat. Sehinggakan gambaran sifat-sifat zuhud sahabat telah di
nyatakan oleh Abu ‘Utbah al-Hiwani seperti perasaan para sahabat untuk menemui Allah
S.W.T lebih kasih kepada mereka daripada hidup. Selain itu para sahabat tidak pernah
merasa gentar menghadapi musuh yang banyak dan para sahabat tidak pernah merasa
bimbang akan terlepas kesenangan dunia kerana mereka yakin dengan rezeki Allah
S.W.T. Bukti ini dapat dilihat dengan para sahabat itu sendiri seperti kehidupan Sayyidina
Umar al-Khattab yang paling zahid sehinggakan pernah memakai pakaian yang
mempunyai dua belas tampalan sedangkan beliau ketika itu adalah seorang Khalifah.
Saidina Uthman pula membelanjakan hartanya untuk keperluan jihad disamping
menghabiskan banyak waktu laparnya daripada kenyang, manakala saidina Ali pula
diriwayatkan menampal bajunya sendiri dan apabila ditanya beliau menjelaskan dengan
tenang iaitu, “untuk mengkhusyukkan hati dan diikuti oleh orang-orang mukmin.”
Akhlak – Perkembangan Ilmu Tasawuf Abad Ketiga Dan Keempat Hijrah
Pada abad ini, perkembangan ilmu Tasawuf telah berubah kondisinya beralih dari sifat
zuhud kepada penekanan akhlak. Ini dinamakan peringkat al-akhlaqiyah sepertimana
yang telah dinyatakan oleh Ibn
Qayyim al-Jawziyah (w.76) dengan katanya; “orang-orang yang mengkaji tentang ilmu
ini bersepakat mengumpulkan bahawa Tasawuf ialah akhlak.” Antara tokoh-tokoh yang
muncul di abad ini adalah Abu al-Harith al-Muhasibi (w.243), Abu Yazid Tayfur alBistami (w.261H) dan Hamdun al-Qassar (m.271H). Juga pada abad ini telah muncul
5
pelbagai kumpulan Tarekat yang menyebarkan jalan atau pun cara mereka didalam
mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Kesimpulannya Tasawuf di zaman Rasulullah S.A, para sahabat, para tabien serta tabi’
tabien merupakan zaman yang paling baik dari segala aspek kerohanian. Rasulullah
S.A.W tengah mengakui didalam sabdanya yang bermaksud:
“Sebaik-baik umatku ialah yang hidup pada kurunku, kemudian yang mengikuti zaman
mereka dan kemudian yang mengikuti zaman mereka. Imran berkata: Saya tidak ingat
sama ada (Nabi shallallahu `alaihi wasallam) menyebut 2 atau 3 kurun selepasnya.”
(Riwayat Ahmad).
Bentuk Penyelewengan Dalam Pengamalan Ajaran Tasawuf
Ilmu tasawuf adalah ilmu cabang Islam yang dilahirkan dari kalangan ahli-ahli falsafah
yang sukar difahami oleh orang awam. (Siti Norbaya Binti Abd. Kadir 2002). Justeru,
ianya adalah ilmu yang suci dan murni tetapi apabila ianya diletakkan pada bukan
tempatnya, maka kepincangan ilmu ini akan timbul. Sedangkan ahli falsafah Tasawuf itu
sendiri mempunyai perbezaan kefahaman malahan ada yang digelar kufur, maka
permasalahan ini akan menjadi lebih rumit malah menjadi sesat apabila orang awam
melibatkan diri dalam permasalahan falsafah.
Bentuk Hakikat Membatalkan Syariat
Mohammad Nidzam Abdul Kadir telah menyatakan di dalam 40 Ciri Ajaran Sesat,
bentuk penyelewengan dalam pengajaran ajaran tasawuf boleh dilihat dari segi
pengamalan membatalkan hukum syariat yang mana ianya telah ditetapkan oleh Allah
S.W.T kepada hamba-hamba-Nya. Ini kerana hukum yang qath‘i ats-tsubut dan qath‘i
addilalah adalah wajib dilaksanakan tanpa pelbagai alasan. Sebagai contoh ada fahaman
Tasawuf yang membatalkan segala hukum syariat ke atas individu dengan alasan telah
mencapai maqam yang tinggi didalam hakikat dan makrifat. Ibadah seperti solat lima
waktu, puasa di bulan Ramadhan, haji di Makkah dan zakat adalah kefarduan yang tidak
boleh dipertikaikan. Ianya hukum yang pasti, jazam dan muktamad. Kesimpulannya
6
didalam ibadat wajib dituruti segala hukum-hukum yang telah ditetapkan. Hakikat dan
makrifat adalah suatu angerah oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya yang khusyuk dalam
ibadah serta ikhlas dalam beramal. Allah S.W.T telah berfirma yang bermaksud:
“Kemudian kami jadian kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan
(agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang
yang tidak mengetahui.”
Lafaz-lafaz Zikir yang pelik.
Islam menggalakkan umat-Nya memperbanyakkan berzikir kepada Allah S.W.T untuk
mendekatkan
diri
kepada-Nya,
disamping
dapat
membersihkan
hati
dan
memperingkatkan darjat seseorang. Tetapi, ada diantara amalan di dalam fahaman
Tasawuf atau kumpulan tarekat yang mengamalkan zikir secara pelik atau luarbiasa bagi
masyarakat di luar. Contohnya apabila zikir yang menterbalikkan ayat al-Quran. Amalan
membaca al-Quran adalah dituntut dan ganjaran pahala yang besar disamping menjadi
syafaat kepada si pembacanya. Ada ajaran tarekat yang mengamalkan surah al-Ikhlas
tetapi dimulakan dengan lafaz yang terakhir sebagai permulaan surah. Perkara ini jelas
telah menyalahi hukum al-Quran kerana al-Quran dibaca tidak menurut urutannya. Selain
itu ada amalan bacaan al-Quran yang telah ditambah dengan perkataan lain yang mana
hukum menambah atau mengurangi ayat-ayat al-Quran adalah perbuatan haram. Sebagai
contoh didalam surah al-Fatihah. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin telah ditambah
Alhamdulillahi Khaliqil ‘Alamin. (Mohammad Nidzam Abdul Kadir 2012).
Keistimewaan dan Kelebihan Seseorang Guru
Guru adalah insan yang istimewa di atas ketinggian ilmu, pengalaman dan implikasinya
mendidik orang lain. Guru yang soleh dan tawaduk akan diberikan keistimewaan tertentu
dan ini tidak dapat dinafikan dalam Islam. Orang kaya mempunyai kelebihan di atas
hartanya dan ini dapat memberi bantuan ke atas orang miskin. Oleh itu, yang menjadi
penyelewengan disini adalah status guru yang benar-benar dianggap hampirnya kepada
Allah S.W.T (nuraqabah) adalah guru itu suci, qudus dan maksum terpelihara segala
dosa. Istilah maksum hanya disandarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W sahaja yang
dipandu oleh wahyu. Apabila seseorang guru tarekat dianggap maksum dan suci oleh
7
pengikutnya, maka guru tersebut sewenang-wenang melanggar syariat berdasarkan status
hukum yang telah dikecualikan terhadap beliau. Jelas disini perkara ini ternyata telah
terpesong dan tergelincirkan dari konsep Nabi Muhammad S.A.W adalah insan yang
paling maksum dan tiada setaraf dengan manusia lain. (Mohammad Nidzam Abdul Kadir
2012).
Kunci Syurga.
Syurga adalah milik Allah S.W.T dan Allah sahajalah yang berhak memasukkan ke dalam
syurga sesiapa yang dikehendaki-Nya. Syurga juga bukan tertakluk milik individu atau
pun mengikut pangkat atau darjat, tetapi Allah S.W.T menjelaskan dua syarat utama
ganjaran syurga didalam firman Allah yang bermaksud:
“Sesiapa yang beramal daripada amalan-amalan soleh sama ada lelaki atau wanita
dalam keadaan ia beriman, maka mereka akan masuk Syurga, dan mereka tidak akan
dizalimi walaupun sedikit.”
(Surah an-Nisa’ 4:124)
Oleh itu, jaminan syurga tidak dapat ditetapkan dengan individu yang mengikuti sesuatu
jemaah sudah di kira sebagai ahli syurga. Penghayatan dari segi amalan soleh dan ikhlas
adalah batu loncatan tetapi yang utama menuju ke syurga adalah keampunan dan rahmat
Allah S.W.T. (Mohammad Nidzam Abdul Kadir 2012).
Faktor Yang Menyumbang Berlakunya Penyelewengan Dalam Pengamalan Ajaran
Tasawuf.
Seseorang yang mengamalkan ilmu Tasawuf, tidak dapat lari dari pelbagai cabaran dan
dugaan yang melanda jika tanpa mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah S.W.T.
Malahan ia akan menjadi satu bentuk dan pengamalan yang menyeleweng jika tersasar
dari syariat Islam. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2007 telah menerangkan beberapa
faktor berlakunya penyelewengan ajaran sesat:
Penguatkuasaan dan Peruntukan Undang-Undang dan Enakmen yang Lemah
8
Apabila dilihat senario di Malaysia, penguatkuasaan undang-undang dan enakmen
tentang berlakukanya sebarang penyelewengan ajaran Tasawuf amat lemah. Buktinya
dapat dilihat dengan kuasa hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah kepada
pesalah penyelewengan ajaran Tasawuf dibataskan bidang kuasa oleh Perlembagaan
Malaysia. Sebagai contoh kesalahan jenayah akidah iaitu kes Ayah Pin yang dihadapkan
ke Mahkamah Syariah Besut atas tuduhan menghina Islam, sedangkan beliau bukan
sahaja mendakwa dirinya sebagai nabi, malah sebagai Tuhan. Akhirnya, beliau mengaku
bersalah dan hanya dijatuhi hukuman denda RM2,900 dan 11 bulan penjara di Penjara
Pengkalan Chepa, Kelantan.
Cabaran Sistem Pendidikan Islam
Pengajian pendidikan Islam adalah satu pengajian yang penting bagi mendidik individu
Islam meliputi bidang yang utama iaitu al-Quran, fardhu ain, hadis, feqah, akhlak dan
juga Bahasa Arab. Secara peringkat awal, pendidikan ini menjadi teras utama bagi
masyarakat Islam sehingga menjadi merosot dalam campur tangan pihak penjajah barat.
Maka situasi ini menjadikan sistem pendidikan liberal telah diagung-agungkan oleh
masyarakat dan akhirnya menjadi dua sistem yang berbesa seperti sistem pendidikan
agama dan sekular. Oleh itu pelajaran agama menjadi terhad dan guru agama pula tidak
mampu menghubungkan akidah tauhid dan teknologi. Natijah dari itu, falsafah ilmu
tauhid tidak berkembang secara menyeluruh dan tidak mampu menjadi benteng diri
kepada masyarakat.
Kesilapan Memilih Guru
Memilih guru amat penting dalam kehidupan ahli Tasawuf kerana tanpa guru kita tidak
dapat melihat amali-amali ilmu ini. Tetapi, ramai yang mengambil peluang ini sebagai
satu batu loncatan untuk memenuhi hawa nafsu kebendaan, tamakkan kedudukan dan
ingin dipandang mulia. Baginda Nabi S.A.W amat takuti dengan ancaman ini sehinggkan
baginda menjelaskan didalam sabdanya yang bermaksud:
“Aku lebih takut umatku (bertemu golongan) selain dajal daripada dajal yang sebenar.
9
Apabila aku khuatir Baginda akan masuk ke rumah (tanpa memberitahu siapakah
golongan itu) aku berkata, “Ya Rasulullah! Apakah yang engkau lebih takut ke atas
umatmu daripada Dajal? Sabda Baginda, “Para Imam yang menyesatkan”.
(Riwayat Ahmad)
Sebagai contoh, bagi pengikut Tariqat Samaniah (Ibrahim Bonjol) mempercayai
kononnya guru tariqat mereka mempunyai ‘mukjizat’ iaitu dengan mengeluarkan air
daripada tangannya.(Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2007).
Kepentingan Peribadi dan Seks
Penyelewengan Tasawuf Tariqat itu dapat di lihat dari segi kepentingan peribadi penyebar
atau seseorang guru. Kepentingan ini juga meliputi kedudukan yang tinggi, pangkat,
dipandang mulia, inginkan habuan wang tunai dan yang paling berat adalah seks bebas
dengan mengamalkan Nikah Batin. Nikah Batin ini adalah perkahwinan yang melanggar
syariat Islam dengan diamalkan secara rahsia diantara guru atas muridnya atau murid
dengan murid itu sendiri.
(http://naqsabandiah.blogspot.my, 21.2.2016)
Tariqat Tasawuf Yang Diisytiharkan Sesat Di Malaysia
Apabila penguatkuasaan undang-undang mendapati unsur-unsur penyelewengan didalam
sesebuah amalan tariqat dikenalpasti, maka penyiasatan akan dijalankan dan seterusnya
penghadapan ke muka pengadilan. Pihak Jabatan Agama seterusnya mewartakan
kumpulan terbabit untuk hebahan kepada masyarakat agar berhati-hati dan tidak tersebar
luas. Engku Ahmad Zaki Engku Awi (2007) telah menyenaraikan kumpulan yang telah
diwartakan sesat di Malaysia.
Tariqat Samaniah (Ibrahim Bonjol)
Kumpulan ini telah muncul di Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada tahun 1950-an
yang telah diasaskan oleh Syeikh Hj. Ibrahim bin Abdullah @ Ibrahim bin Bonjol berasal
dari Medan, Indonesia dan telah meninggal dunia. Diantara isi ajaran ini ialah
sembahyang boleh dilakukan dengan niat sahaja dan tidak perlu mengamalkan syariat.
Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Selangor telah menfatwakan ini ajaran sesat pada
10
12.1998. Warta : No:Sel.P.U.8. Tarikh Warta: 24.9.1998. Buku panduan yang bertajuk
Thabitul Qulub oleh ajaran ini juga telah diharamkan.
Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
Kumpulan ini telah berkembang Kampung Wakaf Stan, Kubang Kerian sehingga ke
negeri Selangor dan telah muncul pada tahun 1985 yang telah diasaskan oleh Haji Ahmad
Laksamana bin Omar, yang berasal dari Gual Periuk, Pasir Mas Kelantan. Guru ini telah
mengarang kitab Hakikat Insan, Rahsia Mengenal diri dan Tajalli. Di antara isi ajaran ini
ialah diri manusia itu sendiri adalah Tuhan. Matlamat mengaji ilmu Hakikat adalah bagi
menjadi Allah dan menggunakan hadis maudu’ atau palsu. Jawatankuasa Fatwa Kerajaan
Negeri Selangor telah menfatwakan ajaran ini sesat pada 30.9.1995. No. Warta :
23.11.1995. No. Warta:P.U.44.Orang-orang Islam yang belajar dan mengamalkan ajaran
Ilmu Tajalli atau ilmu Hakikat Insan ajaran Ahmad Laksamana hendaklah meninggalkan
ajaran itu dan segera bertaubat kepada Allah S.W.T.
Tariqat Naqsyabandiah Kadirun Yahya
Kumpulan ini telah berkembang di Rawang, Selangor pada tahun 1970-an dan telah
diasaskan oleh Profesor Kadirun Yahya. Antara isi ajaran tariqat ini adalah kononnya ia
diwahyukan Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W sebelum baginda menjadi rasul. Allah
telah menurunkan nur (cahaya) ke dalam badan Nabi Muhammad seterusnya cahaya ini
diturunkan kepada salsilah-salsilah hingga ke Profesor Kadirun Yahya sendiri. Selain itu,
jika pengikut ajaran ini tidak mampu mengerjakan haji ke Mekah, cukuplah mereka
datang bersuluk di Pancabudi di Medan. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Islam Malaysia pada 15-16 November 1981 di Bilik Gerakan Terengganu
telah memutuskan bahawa tariqat ini adalah menyeleweng daripada ajaran Islam
sebenarnya dan mengamalkan ajaran ini adalah sesat maka hendaklah diharamkan.
Tariqat Mufarridiah
Kumpulan ini telah muncul di Tanjung Pura Langkat, Sumatera Utara pada tahun 1955
dan akhir tahun 1960-an masuk ke Malaysia. Penyebar atau guru ajaran ini dikenali
11
Syeikh Makmun bin Yahya. Antara isi ajaran tariqat ini adalah Syeikh Makmun mengaku
dirinya sebagai Imam Mahadi bagi Islam, sebagai Nabi Isa bagi orang Kristian dan bapa
segala manusi bagi orang tiada agama. Selain itu Syeikh Makmun tidak pernah
sembahyang Jumaat dan jemaah kerana belum sembahyang di Masjidil Haram. Mufti
kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan fatwa pada 15.9.1995. Tarikh warta: 23.11.1995.
No. Warta: P.U.49 ajaran ini bertentangan dengan ajaran Islam dan orang-orang yang
terlibat dengan ajaran ini hendaklah bertaubat.
Kesimpulannya, kebanyakan penyelewengan didalam ajaran tasawuf dan tariqat ini
menyentuh isu aqidah, keserabutan didalam pengamalan ilmu syariat dan menurut hawa
nafsu yang tidak dikawal oleh penyebar sesuatu ajaran tariqat.
Kaedah Untuk Membendung Perkembangan Tariqat Tasawuf Yang Sesat.
Kerajaan Malaysia khususnya Jabatan Agama Islam peringkat Kebangsaan mahu pun
peringkat negeri telah menyusun beberapa kaedah bagi membendung seterusnya
menghapus segala bentuk penyebaran Tasawuf dan Tariqat sesat. Engku Ahmad Zaki
Engku Alwi, 2007 telah memberi pandangan di dalam penulisan beliau diantaranya:
Peruntukan Undang-Undang Berkaitan Ajaran Sesat
Setiap pihak berkuasa tempatan agama di negeri masing-masing memandang penyebaran
tariqat tasawuf yang sesat adalah suatu ancaman yang merbahaya dan sebagai satu virus
penyakit akidah jika tidak dibendung. Walaupun tiada peruntukan khas bagi kesalahan
ajaran sesat, masih lagi ada aplikasinya seperti ‘Takzir’ dan akta hasutan. Sebagai contoh,
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 yang memperuntukan
kesalahan berhubung akidah, bahagian II fasal pemujaan salah dan fasal III berhubung
kesucian agama Islam. Selain itu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga telah
memperketatkan jenayah ini. Seksyen 8 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
menyatakan boleh menahan orang-orang tertentu yang boleh membahayakan keselamatan
negara Malaysia. Sebagai contoh penangkapan terhadap pemimpin al-Arqam, Syiah,
kumpulan al-Maunah dan Kumpulan Militan Malaysia (KMM).
12
Debat dan Hujah
Pemahaman pengamal tasawuf dan tariqat yang menyeleweng mudah dibendung dengan
kaedah berhikmah, nasihat yang baik dan perdebatan yang baik. (Mohammad Nidzam
Abdul Kadir, 2012). Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah, nasihat yang baik dan
berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah
yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya, dan Dia lah yang
lebih mengetahui orang-orang yang mendapat pentunjuk.
(Surah an-Nahli16:125)
Justeru itu, menjadi tugas dan kewajipan para ulamak dan pemimpin-pemimpin agar
membanteras kegiatan ajaran penyelewengan tasawuf tariqat di kalangan masyarakat
dengan cara berdiskusi dan berdebat dengan cara yang baik. Ini kerana, jika dilihat ada
dikalangan pengikut ajaran sesat ini begitu jahil dalam agama dan kefahaman mereka
yang dangkal menyebabkan mereka terjebak.
Sistem Tauliah Mengajar
Sistem memberi tauliah kepada tenaga pengajar mahu pun penceramah disetiap negeri
adalah satu usaha yang baik bagi membanteras gejala penyebaran yang menyeleweng.
Jika pendakwah menjalankan dakwahnya tanpa tauliah dari jabatan agama, maka
tindakan undang-undang boleh diambil. Jabatan agama boleh memantau setiap
pendakwah yang mendapat tauliah berdakwah disamping mengawal fahaman yang boleh
memecah belahkan masyarakat.
Pendaftaran Kumpulan Tariqat
Memandang serius isu penyelewengan ajaran tasawuf tariqat ini, maka Jabatan Mufti
Negeri Sembilan telah menggubal satu enakmen yang dinamakan Enakmen Tarekat
Tasawuf Negeri Sembilan 2005 yang memantau kumpulan tariqat yang berdaftar dengan
enakmen ini. Di antar kumpulan tariqat yang diluluskan pendaftaran ini adalah Tarekat
13
Naqsyabandiyyah Al-Kholidiyyah, Tarekat Qodiriyyah Naqsyabandiyyah, Tarekat AlSyazuliyah Al-Darqawiyah, Tarekat Dusuqiyyah Muhammadiah dan Tarekat AlJa‘Fariyah Al-Ahmadiah Al-Muhammadiah. (http://www.muftins.gov.my. 21.2.2016).
Kesimpulan
Kesimpulan daripada topik yang telah diperbahaskan, ilmu Tasawuf amat penting bagi
diamalkan pada masyarakat Islam akhir zaman ini. Segala perhambaan kepada nafsu dan
hati yang keji telah banyak dilakukan oleh manusia yang jauh dari mengingati Allah.
Tasawuf ini mendidik hati agar sentiasa mengamalkan sikap ihsan untuk mencapai darjat
dan maqam yang tinggi. Ia juga perlu seiring dengan harmoni dengan syarikat. Jika
seseorang yang hanya memegang kepada syariat dan tidak mengamalkan Tasawuf, maka
jelas perbezaan tingkah laku dan sifat hati akan menuju ke arah sifat yang mazmumah.
Segala bentuk penyelewengan yang berlaku didalam kumpulan Tarekat adalah berpunca
dari kelemahan iman dan ilmu serta pengamalan dari sumber Al-Quran dan Sunnah.
Sebagai insan biasa, sebelum seseorang itu menceburkan diri didalam Tasawuf dan
Tarekat, perlulah mendalami dan mengkaji beberapa faktor terutama sekali didalam
pemilihan guru tasawuf agar akidah tidak terpesong.
Akhir sekali, ilmu Tasawuf ini masih lagi dapat di amalkan di negara Malaysia. Ini
kerana pihak pemerintah negara khususnya di setiap Jabatan Agama Negeri telah
mengambil pelbagai langkah dan peraturan bagi memantau dan mengawasi setiap
perjalanan amalan Tasawuf disamping ianya dapat menjaga kesucian dan keharmonian
seteruskanya menuju kepada keredaan Allah S.W.T.
14
RUJUKAN / REFERENSI
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2007, Ajaran Sesat Mengenali Jalan Yang Terpesong,
PTK Islamika: Selangor
Hilmi, Muhammad Mustafa. 1970. Al-Hayah al-Ruhiyyah fi al-Islam. Al-Hay‘an alMisriyyah: Mesir
Mohammad Nidzam Abdul Kadir. 2012. 40 Ciri Ajaran Sesat. Telaga Biru Sdn. Bhd:
Kuala Lumpur.
Hamka.2007.Tasawuf Moden.Pustaka Dini:Kuala Lumpur
Ismail Mamat. 2011. Kaedah Pengajian Usuluddin. Open University Malaysia: Kuala
Lumpur
Siti Norbaya Abd. Kadir. 2002. Ajaran Sesat Sejarah Kemunculan dan Ciri-cirinya. AlHidayah Publishers: Kuala Lumpur
Abdul Qadir Isa.2008. Haqaiq Tasawuf. Universiti Kebangsaan Malaysia
Yusri Abd. Karim. 1965. Indahnya Tasawuf dan hidup sufi. Yamani Angle:Selangor.
http://www.muftins.gov.my (21.2.2016)
http://naqsabandiah.blogspot.my (21.2.2016)
15