Prosedur penghasilan dan penyelenggaraan. docx

Prosedur penghasilan dan penyelenggaraan bahan berasaskan teknologi
maklumat dan komunikasi untuk Pengajian Sosial

1.0 Pengenalan
Dalam psikologi dan pendidikan, pembelajaran umumnya ditakrifkan sebagai suatu
proses yang menyatukan kognitif, emosional, persekitaran pengaruh dan pengalaman
untuk mendapatkan, meningkatkan atau membuat perubahan dalam pengetahuan,
kemahiran, nilai dan pandangan dunia seseorang individu (Illeris, 2000; Ormorod,
1995). Belajar sebagai suatu proses berfokus kepada apa yang terjadi ketika
pembelajaran berlangsung. Penjelasan tentang apa yang terjadi merupakan teori-teori
belajar. Sebuah teori belajar adalah usaha untuk menggambarkan bagaimana manusia
belajar, sehingga membantu kita memahami proses dasarnya kompleks belajar. Teori
pembelajaran mempunyai dua nilai utama menurut Hill (2002). Salah satunya adalah
dalam menyediakan kita dengan kosa kata dan rangka kerja konseptual untuk
menafsirkan contoh pembelajaran yang kita amati. Yang lain adalah dalam
mencadangkan kaedah bagi mencari penyelesaian untuk masalah-masalah praktikal.
Teori-teori tidak memberikan kita penyelesaian, tetapi mereka mengarahkan perhatian
kita kepada mencipta pembolehubah yang sangat penting dalam mencari penyelesaian.
Ada tiga kategori utama atau rangka falsafah teori-teori pembelajaran iaitu
behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Behaviorisme hanya tertumpu kepada
aspek peniruan, pemikiran dan perasaan dalam pembelajaran. Teori kognitif melihat

melampaui perilaku untuk menjelaskan pembelajaran berasaskan otak manakala
pandangan konstruktivisme belajar sebagai sebuah proses di mana pelajar aktif
membina atau membina idea-idea baru atau konsep.
Robert M Gagne, Jerome Seymour Bruner, Albert Bandura dan Lev Vygotsky
merupakan tokoh-tokoh penting yang telah mencetuskan pelbagai teori pembelajaran
dan memberi sumbangan yang besar dalam dunia pendidikan. Mereka juga
mengutarakan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
teori masing-masing.

2.0 Hubungkait teori-teori pembelajaran dengan kepentingan penggunaan
sumber-sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

i. Gagne: Bahan bercetak.
Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instruction (1975)
memperkenalkan sebuah teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat
dalam sesuatu proses pembelajaran.
Mengikut teori, semua rangsangan dari persekitaran luar akan diterima oleh
sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor
ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada
penggerak tindak balas melalui sistem saraf.

Gagne memilih bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran
yang paling sesuai berdasarkan kepada teori beliau. Bahan bercetak merupakan
sumber pelajaran yang paling mudah didapati dan disediakan. Penggunaan bahan
cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati objektif. Bahanbahan bercetak yang terdapat di sekolah boleh diklafikasikan kepada dua jenis iaitu
bahan bergambar dan bahan tidak bergambar.
Contoh bahan bergambar ialah surat khabar, poster, majalah dan gambar.
Bahan-bahan bergambar membantu murid meluaskan pengetahuan dan pemahaman.
Hal ini sesuai dengan teori beliau di mana rangsangan luaran seperti gambar mampu
membina set-set di dalam stor ingatan seseorang individu sama ada berbentuk ingatan
jangka masa panjang mahupun ingatan jangka masa pendek.

Contoh bahan tidak bergambar ialah seperti graf, peta dan tanda isyarat jalan
raya. Teori Gagne juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. Berdasarkan
kepada penggunaan bahan-bahan tidak bergambar, murid-murid akan didedahkan
dengan cabaran kerana mereka dikehendaki mentafsir maklumat yang diterima seperti
membuat graf atau melukis dan member peluang kepada murid untuk meluaskan
penggunaan bahasa seperti membuat ramalan dan membuat huraian lanjut tentang
sesuatu laporan.
ii. Bruner: Penggunaan Peta Minda dan Bahan Eksperimen
Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang

diketahui murid itu kepada satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip
konstruktivisme).
Dalam mempelajari manusia, Bruner menganggap manusia sebagai pemproses,
pemikir dan pencipta informasi. Beliau juga menyatakan bahawa pembelajaran itu
meliputi

tiga

proses

kognitif,

iaitu

memperoleh

informasi

baru,


transformasi

pengetahuan, dan menguji relevansi dan ketepatan pengetahuan.
Penggunaan peta minda dan bahan eksperimen dikenalpasti sebagai sumber
utama pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada teori beliau. Melalui sumbersumber tersebut, murid akan memperoleh keberkesanan dalam proses pembelajaran
kerana aktviti seperti eksperimen melibatkan penglibatan langsung murid-murid dan
akan mendedahkan mereka kepada pengalaman-pengalaman yang baru. Murid-murid
belajar melalui pengalaman. Dengan itu guru perlu menyediakan peluang untuk muridmurid meneroka, memegang, mencium dan merasa. Pengalaman seperti ini
mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna.
Bruner amat menekankan pembelajaran konsep atau kategori. Oleh yang
demikian, penggunaan peta minda diterapkan di dalam teori beliau. Pengetahuan perlu
disusun dan diperingkatkan agar pembentukan konsep bermula daripada peringkat
yang mudah kepada peringkat yang rumit.
iii. Bandura: Relia dan Model

Mengikut teori peniruan dan permodelan yang diperkenalkan oleh Bandura,
pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku
manusia.Melalui pemerhatian terhadap proses dan hasil perubahan tingkah laku orang
lain, individu secara tidak langsung, mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut.
Penggunaan relia dan model sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran

menepati teori yang dikemukakan oleh Bandura. Hal ini kerana, Bandura menyatakan
bahawa proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan
dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai dan diakhiri dengan peneguhan
positif.
Model seperti bahan tiga dimensi yang baik seperti kraftangan, replika bangunan
boleh ditunjukkan kepada murid-murid sebagai contoh dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan pengetahuan murid-murid melalui pemerhatian dan
pemikiran.
Guru dan murid juga merupakan model semulajadi di dalam sesebuah kelas.
Implikasinya, penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik supaya menjadi role
model yang boleh dicontohi oelh murid. Guru juga boleh menjadikan rakan sebaya yang
cemerlang menjadi role model untuk membuat demonstrasi di dalam bilik darjah.

iv. Vygotsky: Rakan Sebaya dan Penggunaan Bahan Sumber / Alat
Vygotsky menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda murid.
Kebanyakan daripada kemahiran kognitif murid terhasil daripada interaksi sosial
dengan rakan sebaya. Perkembangan mental murid terhad disebabkan oleh sistem
biologi yang belum berkembang dan matang. Walaupun begitu persekitaran dan sistem
lingkungan budaya murid membantu mereka mengadaptasi perkembangan kognitif.
Setiap budaya menerapkan cara hidup dan cara berfikir kepada murid-murid.

Vygotsky turut menekankan penggunaan bahan sumber dan alat. Bahan boleh
membantu guru menjelaskan apa yang hendak diajar, membantu murid memahami apa
yang diajar. Bahan pengajaran penting sebagai media komunikasi, rangsangan,

penjelas makna, penggerak pelbagai deira, sumber pengalaman, unsur yang
mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta pendorong pengajaran
terancang.
3.0 Kepentingan dan tujuan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam
Pengajian Sosial.
Sumber ialah segala bahan dan alat yang terdapat di alam ini. Dalam bidang
pendidikan, sumber ialah segala bahan dan alat yang dapat membantu guru mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Dalam program Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru
dilaksanakan, pembelajaran Pengajian Sosial yang berkesan dikaitkan dengan
penggunaan alat dan bahan yang sesuai, terutamanya yang boleh dilihat, didengar,
dirasa, dihidu dan disentuh oleh murid. Mereka boleh mengalami sendiri apa yang
disampaikan oleh guru. Ini membuatkan mereka lebih memahami dan apa yang
difahami itu pula akan lebih kekal dalam stor ingatan mereka.
Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran
termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai. Dari segi teknologi pendidikan, apa yang

diguna

untuk

menyampaikan

pengajaran

dan

menjadi

rangsangan

pelajaran

digolongkan sebagai media pendidikan.
Kesemua sumber, jika digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran
yang


sesuai akan

bertindak sebagai

rangsangan untuk mewujudkan situasi

pembelajaran yang lebih bermakna. Dengan cara ini, murid akan dapat belajar dalam
situasi yang berkesan.
Penggunaan sumber penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian
Sosial. Hal ini kerana sumber boleh membantu guru menjelaskan isi pelajaran kepada
murid dan membantu murid memahami apa yang diajar oleh guru. Sumber pengajaran
dan pembelajaran bertindak sebagai media komunikasi, rangsangan, penjelas makna,
penggerak pelbagai deria, sumber pengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah
dan teknik pengajaran serta pendorong kepada pengajaran terancang.

i. Kepentingan sumber sebagai media komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran
Pengajian Sosial.
Komunikasi melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Proses
pengajaran dan pembelajaran juga merupakan satu aspek komunikasi kerana
pembelajaran berlaku melalui penyampaian dan penerimaan maklumat. Maklumatmaklumat itu disalurkan melalui media tertentu seperti media cetak dan tayangan video.

Media inilah yang menjadi sumber pengajaran. Filem video ialah satu alat komunikasi
yang boleh digunakan dengan baik di dalam bilik darjah. Tayangan peristiwa dan
pemandangan yang sebenar akan membolehkan murid-murid tahu tentang peristiwaperistiwa tersebut dengan lebih dekat dan jelas.
Dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial di sekolah, guru bertindak
sebagai pengirim atau penyampai maklumat dan penerimanya ialah murid. Sementara
mesejnya ialah maklumat, fakta, konsep, kemahiran atau nilai yang disampaikan.
Sumber ialah saluran atau media yang digunakan untuk menyampaikan maklumat
tersebut.
ii. Kepentingan sumber sebagai rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran
Pengajian Sosial.
Murid akan lebih berminat belajar tentang sesuatu tajuk sekiranya dia dapat melihat,
mendengar atau menyentuh objek yang menjadi ii pelajaran. Dengan adanya bahan
rangsangan ini, murid akan dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam
lagi. Oleh itu mereka dapat mengeluarkan idea dengan lebih cepat dan bermakna.
Bahan merupakan satu faktor utama bagi mempelbagaikan rangsangan murid di
samping mengalihhalakan tumpuan mereka kepada perkara-perkara yang menarik,
bermakna dan penting dalam pembelajaran.
iii. Kepentingan sumber sebagai penjelasan makna dan konsep dalam pengajaran dan
pembelajaran Pengajian Sosial.
Dalam pengajaran sesuatu topik, terdapat perkataan dan frasa yang maknanya tidak

dapat dihurai dengan perkataan sahaja. Maknanya akan lebih jelas jika diterangkan

dengan contoh-contoh tertentu yang memerlukan bahan audio visual atau keduaduanya sekali. Bahan-bahan ini boleh digunakan di dalam atau di luar bilik darjah
seperti siaran langsung atau rakaman peristiwa-peristiwa sebenar melalui radio dan
televisyen.
Penerangan guru yang diiringi dengan bahan yang dipilih dengan rapi dan sesuai
dapat memperkembangkan corak pemikiran murid serta membantu mereka memahami
sesuatu dengan lebih jelas.
iv. Kepentingan sumber sebagai penggerak penggunaan pelbagai deria dalam
pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.
Secara semulajadi, kita belajar melalui berbagai-bagai deria iaitu rasa, dengar, lihat,
sentuh dan bau. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga, guru perlu
menggunakan berbagai-bagai bentuk dan jenis bahan supaya deria-deria ini boleh
digunakan.
Kajian telah menunjukkan bahawa manusia mengingati 10% daripada apa yang
mereka dengar sahaja, 20% daripada apa yang mereka lihat sahaja dan 65% daripada
apa yang mereka dengar dan lihat.
Kajian ini jelas membuktikan bahawa lebih banyak deria dilibatkan dalam aktiviti
pembelajaran, lebih teguh pula daya ingatannya. Untuk memastikan apa yang
disampaikan itu kekal lama dalam ingatan murid, guru patut mempelbagaikan bahan

pengajaran.
v. Kepentingan sumber sebagai sumber pengalaman dalam pengajaran dan
pembelajaran Pengajian Sosial.
Terdapat bahan yang memberikan pengalaman secara langsung dan tidak langsung
kepada murid. Alam sekitar boleh memberikan pengalaman langsung. Contohnya,
apabila murid membuat lawatan ke sesuatu tempat, dia akan memahami dan
mengetahui apakah bahan maujud yang ada di situ, di samping mengetahui proses
menghasilkan bahan-bahan tersebut. Misalnya semasa melawat ke ladang getah,
murid-murid dari bandar boleh melihat pokok getah, daunnya, buahnya dan bagaimana

susu getah diperoleh dan kemudian diproses menjadi getah keping untuk dipasarkan.
Bahkan mereka juga mungkin dapat mengalami sendiri pekerjaan tersebut.
Pengalaman ini akan memberi kesan yang mendalam kepada proses
pembelajaran murid-murid tersebut. Kita lebih banyak belajar melalui pengalaman
sendiri daripada maklumat yang diberi oleh orang lain. Murid-murid juga akan lebih
memahami dan mengingati pelajaran yang diterima sekiranya mereka diberi peluang
untuk mencuba, mengkaji dan meneliti bahan-bahan yang digunakan.
Filem, video atau gambar boleh mengayakan pengalaman seseorang murid.
Misalnya, semasa menonton tayangan filem tentang kejadian dan perubahan musim di
negara beriklim sejuk dengan pemandangan yang berlainan, murid-murid akan berasa
seolah-olah mengalaminya sendiri. Ini akan meningkatkan dan mengukuhkan
pemahaman mereka tentang perubahan musim yang mereka tidak pernah mengalami
secara langsung.
vi. Kepentingan sumber mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran Pengajian Sosial.
Setiap bahan mempunyai cara penggunaannya yang tersendiri. Ini memberi kesan
terhadap kaedah dan teknik pengajaran. Dengan menggunakan berbagai-bagai bahan
yang ada, kaedah dan teknik pengajaran juga boleh dipelbagaikan. Kemahiran yang
sama boleh dikuasai mengikut cara dan teknik yang berlainan berdasarkan jenis alat
dan bahan yang digunakan. Misalnya pengetahuan tentang alam sekitar boleh
disampaikan melalui tanyang video, teks bacaan atau pengalaman langsung murid.
Kepentingan

sumber

sebagai

pendorong

pengajaran

terancang

dalam

pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Penggunaan sumber perlu dirancang
dari segi kesesuaian, tujuan, masa dan cara menggunakannya. Ini melibatkan
perancangan keseluruhan pengajaran dari awal hingga akhir. Dengan cara ini, guru
akan merancang sesuatu pelajaran dengan lebih sempurna.

4.0 Prosedur penghasilan dan penggunaan bahan teknologi pendidikan yang
sesuai dan tatacara penyelenggaraannya dalam pengajaran dan pembelajaran
Pengajian Sosial.
Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk menyampaikan pengajaran dan
menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan.
Bahan bercetak
Bahan-bahan cetak merupakan media pendidikan yang paling mudah didapati
dan disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad
asalkan ia menepati objektif. Contoh bahan bercetak adalah seperti buku teks, buku
kerja, buku fiksyen, buku rujukan, majalah, risalah, surat, berita, surat khabar dan notanota bercetak. Bahan bercetak seperti ini mengandungi maklumat dalam bentuk
perkataan, lukisan atau gambar.
Pemilihan dan penghasilan bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan
pembelajaran dalam Pengajian Sosial perlu menitikberatkan aspek-aspek yang berikut:
a. Anggaran kos
b. Kebolehgunaan
c. Mobiliti
d. Bahan mentah
e. Saiz dan warna
f. Tatahias dan kemasan
g. Simpanan dan penyelenggaraan

a. Anggaran kos

Bahan bercetak amat murah dan mudah untuk didapati. Pencetakan bahan yang
banyak akan mengurangkan kos jika dibandingkan dengan bahan pandang-dengar
yang lain. Bahan-bahan bercetak, cetakan tempatan atau cetakan sendiri berharga
murah dan boleh disediakan dengan cepat.
b. Kebolehgunaan
Teknologi pendidikan ini memudahkan guru untuk mengajar murid melalui bahan
bercetak yang maujud. Guru boleh menggunakan bahan bercetak sekerap mungkin
sehingga murid benar-benar dapat mengingati fakta atau perkara yang ingin diperlajari.
Murid-murid boleh menggunakannya mengikut kadar kecepatan mereka sendiri. Bahanbahan tercetak boleh dibaca dengan cepat dan maklumat penting boleh dipelajari tanpa
mengikut sesuatu masa pengajaran.
Bahan bercetak tidak mempunyai masalah dari segi penggunaannya kerana ia
tidak memerlukan sumber tenaga elektrik seperti komputer. Walaubagaimanapun, ia
perlu digunakan di tempat yang terang atau mempunyai cahaya kerana jika tidak bahan
yang dipaparkan tidak dapat dilihat.
c. Mobiliti
Bahan bercetak ini boleh digunakan di mana sahaja sama ada di dalam atau di luar
kelas. Jika bahan tersebut ingin digunakan di kawasan yang luas seperti dewan, bahan
tersebut hendaklah diperbanyakkan. Selain itu, murid-murid juga boleh menggunakan
pada bila bila masa bahan bercetak tersebut walaupun tanpa guru.
d. Bahan mentah
Hampir kesemua bahan bercetak menggunakan kertas sebagai bahan mentah.
Penggunaan kertas sangat popular kerana ia mudah didapati selain kos mencetak yang
rendah.
e. Saiz dan warna
Jika gambar atau poster digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran , guru
mestilah memastikan saiznya besar dan boleh dilihat oleh semua murid. Perkara ini

penting dalam menyampaikan maklumat dan mengekalkan perhatian serta minat murid.
Pemilihan warna juga perlu diberi perhatian oleh guru. Warna yang terlalu terang dan
terlalu gelap akan menjejaskan fokus murid terhadap penyampaian guru.
f. Tatahias dan kemasan
Sekiranya guru menggunakan lukisan sebagai bahan bantu mengajar, guru perlu
memastikan lukisan tersebut mudah difahami oleh murid. Guru juga perlu mengelakkan
penggunaan lukisan yang terlalu abstrak. Hal ini akan menyukarkan murid memahami
isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Jika guru mencetak bahan-bahan yang
mengandungi tulisan tangan, pastikan tulisan tersebut kemas dan mampu dibaca oleh
murid. Bahan bercetak yang terlalu banyak gambar dan warna juga tidak digalakkan
untuk diguna sebagai bahan bantu mengajar kerana boleh mengganggu tumpuan murid
dalammencapai objektif pembelajaran yang sebenar.
g. Simpanan dan penyelenggaraan
Bahan bercetak ini perlu disimpan dengan kemas dan teliti kerana bahan ini mudah
koyak atau rosak, seperti disimpan di dalam fail, folder, plastik menyimpan kertas dan
sebagainya. Gambar-gambar seperti foto dan rajah boleh dimasukkan dalam teks untuk
penerangan lebih lanjut mengenai konsep, hujah-hujah dan juga untuk menambahkan
minat murid. Bahan-bahan cetakan tambahan boleh dimuatkan di dalam buku teks atau
buku latihan sebagai lampiran atau bahan tambahan.
Penggunaan bahan dengan cermat serta disimpan di tempat yang selamat
memudahkan pengesanan semula dan menjamin ketahanan bahan tersebut.
5.0 Prosedur penghasilan dan penggunaan bahan teknologi maklumat dan
komunikasi yang sesuai dan tatacara penyelenggaraannya dalam pengajaran dan
pembelajaran Pengajian Sosial.
Penggunaan

teknologi

maklumat

dan

komunikasi

secara

terancang

boleh

mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah serta memberi
peluang kepada setiap murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang

lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran,
penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan
teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk
pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas.
Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi
ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem
satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama
teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan
dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh
merekod

bunyi,imej

dan

sebagai

pengesan

gerakkan.

Kedua, adalah

untuk

memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk
berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk
berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.
Penghasilan bahan teknologi maklumat: Persembahan Elektronik Multimedia
Terdapat beberapa perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan Persembahan
Elektronik Multimedia, sesuai digunakan dalam kelas. Antara perisian yang biasa
digunakan ialah Microsoft Office Powerpoint.
Sebelum membina persembahan elektronik multimedia Powerpoint, guru perlu
memastikan elemen grafik yang digunakan menepati keperluan murid-murid. Grafik
ialah

kombinasi

gambar-gambar,

lambang-lambang,

simbol-simbol,

huruf,

angka,perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep
dan idea dari pengirim (guru) kepada sasarannya (murid) dalam proses menyampaikan
maklumat. Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual).
Selain aspek grafik, reka letak visual juga mempengaruhi kualiti persembahan
elektronik multimedia Powerpoint yang dihasilkan. Terdapat beberapa perkara yang

perlu dikenalpasti oleh guru semasa menghasilkan sebuah persembahan elektronik
multimedia Powerpoint iaitu:

a. Simplisiti
b. Dominan
c. Pola
d. Seimbang
e. Warna
f. Huruf

a. Simplisiti
Visual yang ditayangkan hendaklah dihadkan kepada satu idea. Idea yang banyak
dalam satu visual akan mengelirukan dan seterusnya akan mengalih tumpuan murid
keluar daripada objektif pembelajaran.
b. Dominan
Dominan bererti pusat penumpuan atau minat. Di dalam slaid persembahan
Powerpoint, guru perlu mewujudkan sesuatu yang boleh menarik minat murid-murid.
Sebagai contoh, jika guru ingin mengajar tentang negeri Kedah, guru boleh
mempersembahkan gambar sawah padi bagi menimbulkan inkuiri murid. Dengan yang
demikian, murid dapat mengekalkan minat untuk mengikuti pembelajaran yang
seterusnya.
c. Pola
Pola merupakan susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Susunan item
perlulah mematuhi urutan yang rasional bagi memudahkan pemahaman murid. Sebagai

contoh, guru menggunakan gambar anak panah bagi menunjukkan proses untuk
membuat kain batik yang menjadi warisan tradisi di negeri Terengganu.
d. Seimbang
Guru perlu bijak untuk menggunakan ruang di dalam slaid persembahan. Keadaan
kesamaan dari segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu
susunan slaid akan menjadikan persembahan lebih kemas dan teratur.
e. Warna
Warna merupakan satu elemen reka letak visual yang penting. Pemilihan warna yang
tepat membantu keberkesanan persembahan. Warna mempunyai beberapa fungsi iaitu
pertama, warna membantu membuat penegasan dan mewujudkan tumpuan. Kedua,
warna memudahkan sesuatu item dilihat. Ketiga,warna mewujudkan perasaan harmoni
dan melahirkan kesan tertentu seperti panas, sejuk, bergetar, kesan psikologi dan
sebagainya kepada murid-murid.
f. Huruf
Pemilihan huruf juga penting dalam menghasilkan persembahan elektronik multimedia.
Saiz dan jenis huruf mempengaruhi penerimaan murid-murid terhadapa apa yang
disampaikan oleh guru. Guru perlu memilih jenis huruf yang senang dibaca.
Penggunaan huruf besar hanya sesuai untuk tajuk yang pendek manakala untuk tajuk
yang panjang, huruf bersaiz kecil digunakan mengikut kesesuaian. Guru juga perlu
memastikan bahawa jarak di antara dua perkataan ialah 1atau 1 ½ lebar huruf. Biarkan
ruang di antara huruf kelihatan sama walaupun jaraknya berbeza. Hurufan terang yang
diletakkan di atas latar belakang gelap di dapati lebih jelas daripada sebaliknya.
g. Tatahias dan kemasan
Guru perlu memilih warna yang mempunyai kontras antara latar dengan imej atau teks.
Selain itu, guru juga perlu memilih warna yang lembut dan selesa dipandang oleh
penerima iaitu murid. Bagi memastikan slaid yang dihasilakn tersebut kemas dan
teratur, gunakan empat warna sahaja dalam satu skrin/slaid. Tatahias warna juga dapat

menjelaskan

konsep

atau

menunjukkan

penegasan.

Contohnya

slaid

berlatarbelakangkan warna merah menunjukkan penegasan dan perhatian.
Penyelenggaraan bahan teknologi maklumat: Persembahan Elektronik Multimedia.
Setiap

bahan

bantu

mengajar

perlu

diselenggara

dengan

baik

termasuklah

persembahan elektronik multimedia. Persembahan yang telah siap dihasilkan perlu
disimpan dalam beberapa bentuk iaitu dalam bentuk dokumentasi (hard copy) dan
dalam bentuk perisian (soft copy).
Persembahan elektronik yang dicetak dan didokumenkan boleh dijadikan rujukan
pada bila-bila masa manakala persembahan yang disimpan dalam bentuk perisian
mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah, isi kandungan di dalam persembahan
elektronik tersebut boleh disunting pada bila-bila masa mengikut keperluan murid dan
keperluan semasa. Selain itu, persembahan elektronik yang disimpan dalam bentuk
perisian juga dapat disalin ke dalam alat-alat teknologi maklumat yang lain seperti
cakera padat, thumb-drive dan lain-lain.
6.0 Rumusan
Sumber pengajaran ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk
membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar
bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja,
tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan
semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa
sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.
Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan
program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk
mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik.
Bahan bantu mengajar bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada
proses pengajaran dan pembelajaran. Alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu
bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran

perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta
membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka.
Teknologi pendidikan pula merupakan satu sistem yang meliputi alat dan bahan
media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan
dalam

pengajaran

dan

keberkesanan

dalam

pembelajaran.

Kecekapan

guru

menggunakan pelbagai sumber dalam pengajaran dan pembelajaran mampu
merangsang pemahaman murid ke tahap yang cemerlang.
Sumber : http://pgsrkajiansosial.blogspot.com/p/pss3109_20.html