FESYEN and PAKAIAN SERTA PERTUMBUHAN EKO
FESYEN & PAKAIAN SERTA PERTUMBUHAN EKONOMI: CABARAN UNTUK MALAYSIA
ABSTRAK
Perkembangan fesyen dan pakaian telah membuka ruang kepada perkembangan mobiliti sosial
di samping mempertaruhkan daya kreativiti yang disulam bersama kemahiran mencipta dan
daya inovasi yang akhirnya memberikan kekayaan ekonomi dalam peningkatan angka
keluaran dalam negara kasar sesebuah negara. Walaupun fesyen dilabel sebagai pemangkin
budaya hedonisme, namun, sumbangan industri ini tidak boleh dipertikaikan. Industri fesyen
dan tekstil memainkan peranan yang besar dalam perkembangan eksport bagi negara-negara
membangun di rantau asia. Pada tahun 2010, Malaysia telah disenaraikan sebagai 10 negara
paling kompetetif di dunia, ia terkandung di dalam laporan 2010 World Competitiveness
Yearbook. Industri Fesyen & Pakaian mampu untuk dijana dengan lebih baik bagi kepentingan
survival negara. Dengan segala dasar dan polisi yang dimainkan oleh Kementerian
Perdagangan & Perindustrian Antarabangsa, Kementerian Pengajian Tinggi (kini dikenali
sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan lain-lain agensi dan jabatan serta sokongan
padu daripada pihak swasta serta bakat-bakat muda dan profesional yang perlu di
ketengahkan, tidak mustahil Malaysia menjadi rakan dagang paling utama di rantau ini.
Cabaran Malaysia merupakan untuk menjadikan Modal Insanya Kelas Pertama perlu
diutamakan supaya nilai dan etika rakyat Malaysia yang mempunyai tertib ketimuran yang
disanjung itu mampu digembleng bersama-sama kemudahan infrastruktur bertaraf dunia yang
telah dan akan disediakan oleh pembuat dasar negara
MOHD FAIZAL ABD RAHMAN | KK BENTONG
i

SENARAI KANDUNGAN
PERKARA
MUKASURAT
Abstrak
i
Senarai Kandungan
ii
Senarai Rajah
iii
1.0
Pendahuluan
1
2.0
Hub Fesyen Dunia
2
2.1
Penerokaan Pasaran Fesyen & Pakaian Baru
3
2.2
Perkembangan Industri Fesyen & Pakaian Di Asia
4
3.0
Malaysia : Bekerjasama Untuk Menempuhi Cabaran
7
4.0
Kesimpulan
13
Bibliografi

SENARAI RAJAH & JADUAL
RAJAH
Rajah 1
MUKA SURAT
: Permintaan bagi Pasaran Pakaian bagi Asia,
5
Amerika Utara dan juga Timur Eropah
JADUAL
Jadual 1
: Pencapaian dan Jangkaan pelaburan serta
8
eksport bagi Malaysia bagi tahun 1996-2020.
Jadual 2
: Program Pengajian Yang Di Cadangkan Untuk dilaksanakan
MOHD FAIZAL ABD RAHMAN | KK BENTONG
12

FESYEN & PAKAIAN SERTA PERTUMBUHAN EKONOMI: CABARAN UNTUK MALAYSIA.
MOHD FAIZAL ABD RAHMAN
Kolej Komuniti Bentong
1.0
PENDAHULUAN
Industri ini sering dikaitkan dengan kecantikan, kemewahan dan juga populariti. Namun
tidak ramai yang tahu disebalik populariti, kecantikan dan kemewahan yang dimaksudkan,
industri ini telah memainkan peranan yang penting dan signifikan dalam pertumbuhan ekonomi
di sesebuah negara. Walaupun ramai pengkritik lebih suka melabelkan fesyen sebagai
penggalak hedonisme, ironinya, industri ini juga menyumbang kepada pertumbuhan dalam
negara kasar (KDNK). Industri fesyen dan pakaian merupakan antara sub jaringan ekonomi
yang saling bergantung antara satu sama lain termasuklah logistik, perkilangan, peruncitan dan
lain-lain lagi. Di Malaysia, dari tahun 2006-2010, industri ini telah menyumbang kepada RM 9.9
billion daripada keseluruhan eksport produk pembuatan (MITI : 2011). Namun Malaysia juga
tidak terkecuali daripada menghadapi cabaran dalam mengekalkan dan menambahbaik industri
ini untuk terus bersaing di pasaran global.

HUB FESYEN DUNIA
Perancis, Itali, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Jepun merupakan hub fesyen
dunia yang memberikan pengaruh yang sangat mendalam kepada perkembangan fesyen di
seluruh dunia (Grail Research : 2009). Nama –nama besar minggu fesyen seperti Milan
Fashion Week, London Fashion Week dan Paris Fashion Week sememangnya menjadi impian
pereka-pereka dan penggemar fesyen di seluruh dunia untuk berada dalam acara tersebut.
Selain glamour dan penuh pesona, medium pentas fesyen itu juga turut menjadi saksi dalam
memuktamadkan kontrak fesyen yang bernilai jutaan ringgit. Kuatnya pengaruh industri fesyen
ini membuatkan kerajaan itali pada 2009 menerusi pengumuman yang dibuat oleh Menteri
Pembangunan Ekonomi Cloudio Scajola, bercadang untuk menyuntik dana ketika mengalami
krisis kewangan serantau (AFP; 2009).
Hakikatnya, pertumbuhan dan perkembangan fesyen membawa kepada angka yang
cukup mengujakan kepada perkembangan ekonomi sesebuah negara, Jepun kini menjadi trend
kepada pengikut fesyen berumur dibawah 30-an untuk gaya yang comel tidak ubah seperti
gambaran dan imaginasi si pereka berdasarkan kepada komik-komik popular Jepun. Kini
fesyen jalanan Harajuku yang mempersembahkan rekaan-rekaan Gothic, Lolita, Cosway dan
lain-lain lagi menjadi rujukan terkemuka bagi fesyen tersebut. Sementara itu, nilai urusniaga
bagi keseluruhan London Fashion Week pula telah berjaya memberi pulangan kepada ekonomi
Braitain sebanyak US 32.72 billion menurut British Fashion Council. Perunding Ekonomi,
Oxford Economic Research melaporkan, sub sektor bagi fesyen telah menyumbang kepada
816000 peluang pekerjaan dalam bidang itu. (Thomson Reuters: 2011).

PENEROKAAN PASARAN FESYEN & PAKAIAN BARU
Melihat kepada perkembangan semasa dan kestabilan ekonomi serantau, tidak
hairanlah kini semakin banyak negara telah memberikan peluang dan justifikasi yang sangat
signifikan kepada industri fesyen & pakaian negara masing-masing. Sehingga tahun 2008,
Afrika Selatan, Emeriah Arab Bersatu, India, Singapura, Rusia dan Brazil menjadi pasaran baru
yang semakin berkembang bagi industri fesyen serantau. Afrika Selatan, melalui Unit
Pembangunan Ekonomi Johanesburg, memberikan sokongan kepada insdustri fesyen di
negara itu untuk turut sama-sama berpeluang di dalam program pembangunan Afrika Selatan.
Matlamat program tersebut ialah untuk menjadikan Afrika Selatan sebagai sebuah bandar
industri kreatif dan inovasi (G.G Nyasha : 2006). Pada tahun 1998 menyaksikan industri fesyen
di Afrika Selatan bernilai lebih USD 4.3 billion dan sudah tentu memberikan peratus yang baik di
dalam kadar pertumbuhan ekonomi Afrika Selatan selain pasaran berlian yang sangat terkenal
(B.Milisuthando :2009) .
Jangkaan kepada pertumbuhan pasaran fesyen serantau menunjukkan peningkatan
yang baik. Bagi India, jangkaan pertumbuhan industri ini ialah 178% bagi 2008-2012, Rusia
pula menunjukkan perkembangan terpantas bagi pasaran fesyen dunia pada 2008 iaitu
sebanyak 25%, sementara itu, 7% peningkatan direkodkan bagi pasaran fesyen di Brazil pada
2008. Kebanyakan negara tersebut memberi ruang dan platform kepada pereka-pereka muda
dan professional mereka untuk sama-sama meneroka idea baru dan berusaha untuk
menempatkan industri mereka untuk diberi pengiktifaran oleh masyarakat antarabangsa.
Sebagai contohnya, India School of business (IBS) memperkenalkan program Business of

Fashion : Strategic Management Brand kepada komuniti fesyen di negera tersebut untuk
memberikan ritma dan warna terbaik dalam menjenamakan industri fesyen India (Grail
Research : 2009).
2.2
PERKEMBANGAN INDUSTRI FESYEN & PAKAIAN DI ASIA.
Price Waterhouse Coopers dalam laporannya Strong & Steady : 2011 Outlook For The
Retail And Consumer Products Sector In Asia menjangkakan pertumbuhan sektor fesyen &
pakaian di Asia terus melonjak kepada lebih 5 % dalam tahun 2012 (PWC: 2011). Kini, dasar
pintu terbuka oleh China memberikan peluang yang lebih besar untuk industri ini terus
berkembang maju. Keputusan bijak yang diambil oleh China pada 2001 untuk menyertai WTO
dan kerja keras mereka telah melonjakkan China sebagai peneraju Fesyen & Pakaian di Asia.
Nilai industri tersebut pada tahun 2001-2004 sahaja berjumlah lebih dari USD 61.96 billion. Di
dalam laporan Glimmers Amid The Gloom: The Outlook For The Retail And Consumer Product
Sectors In Emerging Markets, nilai jualan bagi industri ini pada 2008 sahaja bernilai lebih USD
33 billion (PWC : 2009). Walaupun banyak pihak sebelum ini lebih selesa untuk menjangkakan
India akan menjadi peneraju di dalam industri ini, namun China nampaknya mempunyai lebih
banyak kelebihan berbanding India terutamanya daripada segi kos buruh dan juga peluang
yang lebih banyak dan pasaran yang lebih luas di sana. India dikatakan sebagai peneraju
pasaran ini kerana melihat kepada penarafan yang diberikan oleh laporan World Bank : Global
Competitive Report 2005 , India menduduki tempat pertama dalam The 2006 Retails
Development Index (GRDI). Kedudukan India di tempat pertama juga di kaitkan dengan polisi
negara tersebut pada tahun 2006 yang membenarkan pemilik asing untuk memiliki 51% saham
syarikat (A.T Kearney : 2006). Oleh itu, banyak jenama-jenama besar seperti GAP, ZARA, dan

Timex mula mengintai peluang yang diberikan oleh India dalam memperkukuhkan lagi kuasa
pasaran.
Kini, Korea juga boleh berbangga dengan industri fesyen & pakaian negara tersebut
kerana dapat turut sama-sama berdiri maju bersama generasi besar China. Vietnam dan juga
Indonesia yang dikatakan aktif di dalam pasaran ini kerana berupaya untuk menjadi pembekal
bahan mentah dalam penghasilan fabrik yang bermutu tinggi . Secara umumnya, jangkaan
permintaan nilai pasaran bagi industri ini adalah seperti berikut :
Sumber : Strong & Steady : 2011 Outlook For The Retail And Consumer Products Sector In
Asia
Rajah 1 : Permintaan bagi Pasaran Pakaian bagi Asia, Amerika Utara dan juga Timur Eropah

Rajah 1 menunjukkan jangkaan bagi permintaan pasaran ini bagi Asia, Amerika Utara dan juga
Timur Eropah. Pasaran asia dijangka akan terus melonjakkan nilai permintaan melebihi USD
220 juta pada tahun 2013. Permintaan ini diperkukuhkan dengan pasaran China yang sangat
besar dan juga pasaran-pasaran baru yang dijangka wujud di dalam industri ini. Asia kini boleh
menarik nafas lega dengan pasaran China yang pada hakikatnya memberikan sedikit ruang
untuk negara-negara di serantaunya untuk sama-sama merasai pertumbuhan pasaran di Asia.
Sekiranya amalan dan semangat bekerjasama diteruskan dan diperkukuhkan lagi sudah tentu
impak positif akan lebih memberi makna kepada pertumbuhan ekonomi di semua negara rantau
asia. Kepesatan pertumbuhan dan perkembangan industri ini telah pun membawa kemasukan
pelabuan-pelaburan asing ke dalam pasaran asia. Pembukaan gedung dan outlet terkemuka
seperti GAP, ZARA, H&M di Shaghai, Mumbai dan sebagainya memberi petunjuk bahawa
peruncit-peruncit gergasi pakaian ini yakin bahawa pasaran fesyen & pakaian Asia akan terus
berkembang maju dengan begitu signifikan.
MOHD FAIZAL ABD RAHMAN | KK BENTONG
6

MALAYSIA : BEKERJASAMA UNTUK MENEMPUHI CABARAN
Kepesatan perkembangan industri fesyen & pakaian serantau hakikatnya membawa
kepada perkembangan industri tersebut di Malaysia. Namun Malaysia membahagikan sub
sektor tekstail dan juga pakaian di dalam industri tersebut. Kesungguhan kerajaan dalam
membantu indsutri ini boleh dilihat didalam peruntukkan Bajet 2011 di mana kerajaan bersetuju
untuk menghapuskan duti import diantara 5% hingga 30% terhadap 328 jenis produk termasuk
259 produk berkaitan pakaian, kasut dan hiasan kepala. Walaupun pelaksanaan langkah ini
bertujuan untuk meningkatkan perbelanjaan pelancong disamping mempromosikan Malaysia
sebagai pusat membeli belah di Asia dalam mencapai sasaran NKEA, industri ini juga akan
menerima impak positif dalam bentuk promosi jenama dan produk tempatan.
Euromonitor.com melaporkan segmen pakaian di Malaysia masih didominasi oleh
jenama-jenama antarabangsa (Euromonitor : 2011). Jenama-jenama antarabangsa ini lebih
mapan jika dibandingkan dengan jenama-jenama tempatan dalam mengembalikan dan
memperkukuhkan perniagaan mereka selepas kemelesetan ekonomi serantau 1997. Industri
pakaian di Malaysia dijangka menunjukkan prestasi yang kukuh bagi tempoh akan datang.
Perkembangan positif seperti program-program pemulihan ekonomi, kesedaran tentang
penjagaan imej dan kesihatan rakyat Malaysia, ketersediaan jenama antarabangsa yang
semakin meningkat dan pengembangan kedai-kedai runcit moden merupakan antara faktor
penyumbang kearah persekitaran kondusif bagi pemain industri ini. Di samping itu, dengan
peningkatan penggunaan internet di kalangan pengguna tempatan dan pendedahan kepada
fesyen antarabangsa melalui media massa, juga boleh mempengaruhi fesyen tempatan dan
memberi peluang kepada banyak jenama antarabangsa yang masih belum menjejakkan kaki ke
Malaysia untuk memilih Malaysia sebagai my second Home.

Dari tahun 1996 sehingga 2005, jumlah pelaburan yang perolehi oleh industri ini adalah
berjumlah RM 4.9 Billion iaitu RM 4.1 billion disumbangkan oleh sub sektor Tekstail dan RM
852.5 juta lagi disumbangkan oleh sub sektor pakaian. Semasa perlaksanaan Pelan Induk
Perindustrian II, dicatatkan jumlah bilangan pekerjaan dalam bidang ini adalah seramai 214800
orang pada tahun 2005. Eksport Malaysia dalam bidang ini meningkat 4.9 % dengan jumlah
dagangan eksport bernilai RM 10.3 billion. Dengan pertumbuhan industri ini yang semakin baik
Pelan Induk Perindustrian III (2006-2020) mengunjurkan jumlah perolehan pelaburan dalam
bidang ini berjumlah RM 13.7 biliion iaitu peningkatan sebanyak 3.1 %, sementara itu, jumlah
eksport juga akan meningkat kepada RM 24 Biliion pada tahun 2020, meningkat kepada 5.8%.
Ini dapat di gambarkan melalui jadual 1 di bawah :
PELABURAN
EKSPORT
RM (BILLION)
RM (BILLION)
4.9
10.3
13.7
24.0
PELAN INDUK PERINDUSTRIAN
PELAN INDUK PERINDUSTRIAN II 1996-2005
(PENCAPAIAN SEBENAR)
PELAN INDUK PERINDUSTRIAN III 2006-2020
(JANGKAAN)
Sumber
: Pelan Induk Perindustrian III
Jadual 1
: Pencapaian dan Jangkaan pelaburan serta eksport bagi Malaysia bagi tahun
1996-2020.

Dalam memastikan survival industri ini, persaingan di pasaran global akan memberikan
cabaran kepada Malaysia. Malaysia sudah tentu terpaksa bersaing dengan pengeluarpengeluar berasaskan tenaga buruh yang rendah berbanding Malaysia seperti China dan India.
Oleh itu, Malaysia perlu lebih aktif dalam meneroka pasaran-pasaran baru yang lebih dinamik.
Untuk itu, pengukuhan jaringan perniagaan bersama masyarakat global merupakan suatu
perkara yang perlu diberi perhatian. Umumnya mengetahui bahawa pada 1 Januari 2005, kouta
sekatan dalam Multi Fibre Aggrement (MFA) telah tamat, menyaksikan berakhirnya empat
dekad sekatan keatas perdagangan dalam industri tekstail dan pakaian di kalangan ahli-ahli
WTO (World Trade Organization). Kini perdagangan dalam industri ini ditadbir mengikut
peraturan normal WTO. Lantaran itu Malaysia kini perlu lebih bersedia untuk menerima
persaingan sengit di pasaran Amarika Syarikat sebagai contoh untuk terus kekal menjadi
pemain dalam indusri ini di peringkat global.
Penjenamaan produk buatan Malaysia adalah sangat penting di dalam mempromosikan
Malaysia di peringkat global. Pembuatan dan penjenamaan produk harus seiring dan berkadar
langsung untuk mamastikan Malaysia boleh berada di pasaran antarabangsa. Kepesatan
teknologi yang semakin canggih merupakan antara medium yang seharusnya digunakan sebaik
mungkin sebagai platform untuk meletakkan produk Malaysia di pasaran global. Kita mungkin
mendengar nama-nama seperti Jimmy Choo, Zhang Toi, YeohLee, yang sinonim dengan
fesyen Malaysia dan mempunyai koleksi pakaian di New York, Vancouver, Hong Kong dan lainlain lagi, namun, itu tidak cukup untuk membawa jenama Malaysia di pasaran global. Syarikatsyrikat Malaysia mungkin boleh mengambil peluang dan pengalaman dengan Zara, H&M,
Giordano Group, G2000 dan lain-lain tentang bagaimana mereka menguasai pasaran global
dan belajar daripadanya. Yasmin Abdullah (2004) dalam tulisannya Branding Malaysian Batik
MOHD FAIZAL ABD RAHMAN | KK BENTONG
9

meletakkan tiga elemen dalam menjadi kepentingan pengguna dalam memilih sesuatu jenama
di pasaran. Kualiti, Mitos & cerita di sebalik produk serta tanggungjawab sosial merupakan tiga
elemen yang menjadi keutamaan pengguna untuk memilih sesuatu jenama di pasaran. Selain
itu, didapati kualiti tambahan produk, tawaran jaminan jenama dan juga tanggungjawab dan
kejujuran pengeluar juga merupakan faktor tambahan yang dinilai oleh pengguna sebelum
memilih sesuatu jenama. Sementara itu, Rajagopal (2010) di dalam tulisannya memberitahu
perubahan nilai-nilai budaya, keutamaan pengguna dan juga niat pengguna kearah pembelian
barang yang berjenama boleh dikatakan antara isu kritikal kepada syarikat-syarikat pemasaran
tempatan dalam bersaing di dalam pasaran global. Malaysia juga perlu memperkukuhkan
aktiviti Pembangunan dan Penyelidikan Penjenamaan (R&D Penjenamaan) dan tidak hanya
tertumpu kepada kepada inovasi produk semata-mata. Aktiviti R&D Penjenamaan ini perlulah
dijalankan kepada produk-produk yang telah memasuki pasaran dan yang akan memasuki
pasaran. Penjenamaan yang kukuh juga adalah antara faktor sesuau produk itu dapat menarik
perhatian walaupun pada hakikatnya tidak jauh berbeza dengan produk yang berada pada
kelasnya yang sama di pasaran.
Cara bekerja juga perlu lebih bersifat dinamik dan tidak terlalu bergantung kepada
konsep tradisional semata-mata. Ketepatan maklumat dan kepantasan dalam menyampaikan
produk kini menjadi asas sesebuah perniagaan untuk menjadi lebih global dan luas. Teknologi
maklumat kini menjadi perntara yang sangat bernilai dalam menjalankan tugas. Teknologi
komunikasi dan maklumat (ICT) memainkan peranan penting dalam negara membangun untuk
ke satu era yang lebih maju. ICT secara umumnya dapat menambahbaik amalan perniagaan,
selain dapat meningkatkan kecekapan dan daya saing syarikat. ICT juga bertindak sebagai
pemacu utama yang berkuasa mengubah nilai di sepanjang rantaian syarikat-pengeluarMOHD FAIZAL ABD RAHMAN | KK BENTONG
10

pembekal -pengguna, mewujudkan model perniagaan baru dan mencipta peluang-peluang baru
di dalam rantaian pasaran global. Online Portal, Logistic E-Information, E-Commerce, Design &
Virtually prototyping, Electronic Data Interchange (EDI), Vendor Managed Inventory (VMI) dan
lain-lain lagi merupakan antara aplikasi dan program yang boleh digunakan oleh syarikat untuk
menambahbaik jaringan rantaian perniagaan global (K.McNamara : 2008).
Aktiviti pembangunan dan rekabentuk (Design & Development- D&D) akan
membolehkan secara berterusan rekaan dan pembangunan produk baru yang akan memenuhi
keperluan industri secara terperinci. Malaysia kini bergantung kepada aktiviti pembangunan dan
rekabentuk menggunakan pakar dari luar negara untuk kejuruteraan rekabentuk dan juga
pembuatan proses. Ini adalah berpunca daripada kekurangan pakar industri di dalam negara
kita. Selain itu, bilangan pereka dan juga house of design yang kecil di Malaysia juga
menyebabkan kurangnya aktiviti pembangunan dan juga rekabentuk. Indsutri fesyen & pakaian
di Malaysia boleh di perkukuhkan lagi dengan menubuhkan lebih banyak pusat fesyen serta
mengorganisasi lebih banyak pertunjukkan-pertunjukkan fesyen di Malaysia dan di luar negara.
Sokongan dan usaha yang berterusan tersebut boleh mempromosi jenama dan produk
Malaysia termasuk khazanah negara batik dan juga songket (MITI : 2006). Malaysia juga
seharusnya memberi peluang yang lebih besar kepada rekaan-rekaan tempatan seperti rekaan
muslimah untuk berada di pentas-pentas peragaan yang lebih ekslusif.
Kementerian Pengajian Tinggi perlu lebih aktif dalam melahirkan tenaga kerja
professional yang sangat mahir dalam bidang yang berkaitan dengan industri ini. Sistem
pendidikan negara kita juga perlu memberi penekanan kepada pemikiran kreatif dan kritis.
MOHD FAIZAL ABD RAHMAN | KK BENTONG
11

Menurut MIcheal Ng (2008), sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan kurang
memberi penekanan kepada pemikiran kreatif dan kritis yang mana ia merupakan prasyarat
utama kepada pembentukan dan pembangunan bakat kreatif telah dikenalpasti sebagai antara
faktor penyumbang kepada kegagalan jenama-jenama fesyen di Asia gagal di peringkat global.
Pusat-pusat latihan kemahiran juga perlu lebih mengkaji kurikulum pengajian mereka agar
selari dengan keperluan industri. Individu yang sangat mahir dalam bidang pemasaran sangat
diperlukan untuk memasarkan produk dan jenama di peringkat antarabangsa, selain itu, pereka
fesyen, pereka grafik, juruteknik jentera tektail bagi tujuan kalibrasi dan pengoperasian juga
merupakan sangat penting untuk industri terus kukuh di peringkat global. Menurut laporan yang
dikeluarkan oleh Pelan Induk Perindustrian III seperti di Jadual 2, berkenaan industri ini, di
dapati institusi pengajian yang menawarkan program atau kursus berkaitan industri ini masih
kecil, selain itu, di dapati hanya sedikit bilangan institusi yang menawarkan program latihan
untuk tenaga kerja berkemahiran khusus bagi keperluan industri. Pelan ini juga mencadangkan
program dan latihan berikut dijalankan di pusat pengajian dan juga pusat-pusat latihan dalam
memenuhi keperluan industri.
PROGRAM PENGAJIAN YANG DICADANGKAN UNTUK DILAKSANAKAN
•
Teknologi gentian
•
“spinning technology”
•
Teknologi tetunan dan mengait
•
“dyeing, pre-treatment and finishing chemistry”
•
Pengurusan kos dan ekonomi tekstail
•
Teknologi rawatan dan juga kawalan persekitaran rawatan
•
Pengurusan kawalan proses dan jaminan kualiti.

KESIMPULAN
Malaysia telah membuktikan kepada dunia bahawa ia merupakan sebuah negara yang
penuh dengan peluang, ruang dan kompetensi untuk dibangunkan sebagai sebuah negara
maju berpendapatan tinggi. Pada tahun 2010, Malaysia telah disenaraikan sebagai 10 negara

Yearbook. Namun rakyat Malaysia tidak seharusnya alpa dengan pelbagai pencapaian yang
dimiliki oleh Malaysia dan sentiasa berusaha mencari peluang untuk memajukan Malaysia.
Industri Fesyen & Pakaian mampu untuk dijana dengan lebih baik bagi kepentingan survival
negara. Dengan segala dasar dan polisi yang dimainkan oleh Kementerian Perdagangan &
Perindustrian Antarabangsa, Kementerian Pengajian Tinggi dan lain-lain agensi dan jabatan
serta sokongan padu daripada pihak swasta serta bakat-bakat muda dan professional yang
perlu di ketengahkan, tidak mustahil Malaysia menjadi rakan dagang paling utama di rantau ini.

disanjung itu mampu digembleng bersama-sama kemudahan infrastuktur bertaraf dunia yang
telah dan akan disediakan oleh pembuat dasar negara. Melihat kepada cabaran-cabaran yang
perlu diharungi Malaysia, masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan. Pemain industri ini
juga perlu memikirkan untuk menjadikan produk dan jenama Malaysia lebih bersifat jati diri yang
kuat di pasaran global supaya kita lebih di hormati di pasaran antarabangsa dan tidak terlalu
mengikut kepada acuan barat. Jika industri ini tidak di dokong dengan semangat setiakawan
dan jaringan industri yang tanpa batasan, maka tidak mustahil industri ini akan mengalami
kejatuhan dan produk seperti batik, songket, rekaan muslimah serta pemain-pemain industri ini
di Malaysia tidak dapat bersaing di pentas dunia. Kita semua tidak mahu industri ini hanya nanti
akan dilambakkan oleh produk daripada pasaran global yang tidak bermutu dan berkualiti.

BIBLOGRAFI
A.T. Kearney (1996). “Emerging Market Priorities For Global Retailers.” A.T Kearney
Management Consultants Inc. www.atkearney.com
AFP (2009). “Italy Moves To Aid Ailing Fashion Industry”. AFP Global Edition.
www.thefreelibrary.com
B.Milisuthando (2009). “South Africa : Searching For Structures, Systems & Policies”
http://www.businessoffashion.com/2009/05/south-africa-searching-for-structuressystems-and-policies.html
G.G Nyasya (2006). “The Emerging Role Of Fashion Industry in Johannesburg’s Tourism
Development Strategy.” Research Report. Johannesburg : Postgraduate School of
Humanities, University of the Witwatersrand
Global Competitive Department (2010). “Malaysia in the IMD World Competitiveness Yearbook”.
Malaysia Productivity Corporation. Petaling Jaya : Malaysia Productivity Corporation.
Grail Research (2009). “The Global Fashion Industry : Growth In Emerging Market”. Grail
Research LLC. www.grailresearch.com
K. McNamara (2008). “The Global Textile and Gourment Industry : The Role of Information
And Communication Technologies (ICT’s) In Exploiting The Value Chain.” The
International Bank for Reconstruction and Development / The World Bank. Washington :
InfoDev Publication and Communication Department. Ms 19-29.
Micheal Ng (2008). “Building A Global Asian Fashion Brand.” Thesis. New York : Leonard N.
Stern School Of Business, New York University.
MOHD FAIZAL ABD RAHMAN | KK BENTONG
14

MITI (2006). “Pelan Induk Perindustrian III”. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri Malaysia. Kuala Lumpur ; Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
MITI (2011). “Laporan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia”. Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Selangor : Sasyaz Holding Sdn Bhd.
PricewaterhouseCoopers (PWC) (2006). “Malaysia”. 2004/2005 Global Retails & Consumer
Study From Beijing to Budapest. PricewaterhouseCoopers International Limited Ms 94106.
PricewaterhouseCoopers (PWC) (2000). “Glimmers Amid The Gloom : The Outlook for Retail
and Consumer Products Sector in Emerging Markets.” PricewaterhouseCoopers
International Limited. Ms12-40
PricewaterhouseCoopers (PWC) (2010). “Strong & Steady : 2011 Outlook for Retails and
Consumer Product Sectors in Asia.” PricewaterhouseCoopers International Limited Ms
1-37
Rajagopal (2010). “Consumer Culture and Purchase Intentions Towards Fashion Apparel.”
Working Paper #MKT-01-2010. Mexico : EGADE Business School, Monterrey Institute of
Technology and Higher Education.
Thomson Reuters (2011). “Fashion Worth £ 21 Billion to UK Economy”.
http://uk.fashionmag.com/news-124305-Fashion-worth-21-billion-to-UK-economy
Yasmin Abdullah (2004). “Branding Malaysia Batik- A Perspective On The Need For A Common
Brand Definition And Value Chain Delivery.” Batik Guild Magazine. Kuala Lumpur:
December 2004.
MOHD FAIZAL ABD RAHMAN | KK BENTONG
15