nilai tradisi dan nilai demokrasi

NAMA: NURFARAIAN MAHADZIR
NO MATRIK: AEE130048
NAMA PENSYARAH:
DR LILI YULYADI BIN ARNAKIM
SOALAN:
BANDINGKAN NILAI-NILAI TRADISI DI
ASIA TENGGARA
DAN NILAI DEMOKRASI

Tradisi dapat didefinisikan sebagai sebuah kebiasaan yang dilakukan oleh sesebuah
masyarakat dari satu generasi ke satu generasi yang lainnya sama ada yang tertulis atau tidak dan
menjadi sebahagian daripada hidup masyarakat tersebut. Tradisi berasal daripada perkataan Latin
iaitu “Traditio” yang bermaksud “diteruskan”. Sehubungan dengan itu, kita dapat mengetahui
bahawa tradisi adalah satu kebiasaan yang diteruskan dari satu generasi kepada generasi
seterusnya dan dilakukan oleh setiap individu dalam sesebuah masyarakat sama ada dalam
kebiasaan dalam sesuatu adat yang diamalkan, sebuah kepercayaan yang dianuti dan sebagainya.
Menurut kamus dewan edisi keempat trasidi dapat didefinisikan sebagai sesuatu kebiasaan iaitu
adat atau kepercayaan yang kekal turun temurun , sesuatu yang sudah menjadi amalan yang
sudah sebati dengan sesebuah masyarakat, golongan atau masyarakat.

Manakala menurut buku Dialog mengenai Demokrasi oleh Aliran menyatakan bahawa

demokrasi adalah suatu konsep yang sukar difahami dan tidak mempunyai definisi yang tepat
dan muktamad yang boleh diterimai oleh semua orang.Demokrasi secara langsung merupakan
dari perkataan yunani iaitu “demokratos”. Ia dapat dibahagikan kepada dua iaitu “demos” dan
“kratos”. Demos membawa maksud masyarakat manakala kratos pula adalah kerajaan.
Kesimpulannya, melalui perkataan yunani ini, ia dapat disimpulkan sebagai kerajaan yang dibina
oleh masyarakat.Menurut kamus dewan edisi keempat muka surat
didefinisikan sebagai pemerintahan oleh rakyat

331, demokrasi dapat

atau wakil yang dipilih oleh rakyat dalam

pilihanraya. Selain itu, Tun dr Mahathir Mohamad telah membuat kenyataan di Temerluh yang
menyatakan bahawa demokrasi adalah menghormati suara terbanyak dan mereka yang dari

kalangan minoriti mesti patuh kepada kehendak ramai. Hal ini kerana tidak semua keputusan
yang dibuat oleh masyarakat disesuatu negara, negeri, mahupun sesebuah kawasan

akan


mendapat keputusan sebulat suara maka sudah menjadi lumrah dalam sistem demokrasi bahawa
selepas sesuatu keputusan dijalankan masyarakat yang mewakili suara minoriti terpaksa
menerima keputusan yang telah dibuat.

Namun, ada juga golongan minoriti yang bangkit

dengan mengadakan demonstrasi tentang sesuatu perkara namun ia masih dalam keadaan yang
terkawal.

Nilai pula menurut kamus dewan edisi keempat dapat didefinisikan sebagai

sifat

ketinggian dari segi pemikiran , agama dan kemasyarakatan. Nilai tradisi pula dapat difahami
sebagai sifat tertinggi yang dibawa oleh masyarakat sama ada dalam bentuk lisan mahu pun
penulisan dan disampaikan secara tradisi.Nilai demokrasi pula dipercayai merupakan nilai yang
dibawa dan dicipta oleh masyarakat yang lebih membawa kepentingan kepada individu daripada
kepentingan bersama.Apabila kita meneliti kembali kedua-dua nilai ini iaitu nilai tradisi dan nilai
demokrasi, kedua-dua nilai ini mempunyai nilainya yang tersendiri dan berbeza antara satu sama
lain. Malahan, kedua-dua nilai ini bukan sahaja berasal daripada tempat yang berbeza malah

pada waktu dan ketika yang berbeza. Ideologi ini bukan sahaja diaplikasikan di Asia khususnya
Aisa tenggara malahan di benua Eropah. Pada hari ini hampir semua negara Asia Tenggara telah
mengamalkan sistem demokrasi bagi mencorakkan sistem pemerintahan serta ekonomi yang
dilaksanakan di negara mereka. Walaupon masyarakat Asia tenggara mengamalkan sistem
demokrasi tetapi mereka tidak mengambil kesemua nilai yang terdapat dalam dalam demokrasi

itu sebaliknya masih memilih untuk mengamalkan nilai ketimuran seperti nilai tradisi yang telah
berkurun lama diamalkan dan menjadi kepercayaan dalam kehidupan seharian mereka.
Nilai-nilai tradisi.
1) Berpegang teguh kepada agama dan kepercayaan.
Masyarakat pada zaman dahulu biasanya mengamalkan kepercayaan nenek moyang mereka
iaitu tradisi. Mereka percaya kepada perkara-perkara seperti kuasa alam. Terdapat masyarakat
pada hari ini yang tidak mempercayainya lagi. Namun, terdapat juga masyarakat yang masih
mempercayainya. Antara contoh mempercayai kuasa alam adalah menyembah pokok-pokok
besar kerana mempercayai semangat yang ada pada pokok tersebut. Malahan sesetengah individu
yang ingin melalui hutan juga kadang kala meminta izin daripada hutan atau semangat nenek
moyang yang ada di hutan tersebut. Ia dapat dilihat dalam filem I know what you did last night
raya lakonan senario yang telah menyatakan “tok, anak cucu tumpang lalu” apabila melalui
sebuah kawasan hutan. Sekiranya dilihat di Asia Tenggara, kepercayaan ini telah dating dan
merebak di Asia tenggara sejak berkurun lama dari satu generasi ke generasi seterusnya. Sifat

atau kepercayaan terhadap alam ini telah melahirkan pelbagai persoalan apabila sesuatu kejadian
berlaku. Fitrah semula jadi yang ingin tahu inilah yang menyebakan unsur kepercayaan tersebut
muncul
Selain itu, masyarakat Asia Tenggara juga berpegang teguh kepada agama. Hal ini demikian
kerana mereka tidak memisahkan agama dan masyarakat seperti yang diamalkan dalam sistem
demokrasi.Mereka lebih mempercayai sesuatu kejadian yang berlaku adalah disebabkan oleh
‘qada’ dan ‘qadar’ dan bukanlah secara kebetulan mahupun faktor sains. Ia dapat dilihat dalam
sejarah bahawa sebelum berlakunya sistem demokrasi di Asia Tenggara, masyarakat

mengamalkan agama seperti agama islam, hindu dan Buddha.Kedatangan agama Hindu di Asia
Tenggara adalah dari India yang dibawa masuk oleh pedagang dan mubaligh yang menganut
agama Hindu, seterusnya kedatangan agama Buddha yang mempengaruhi amalan dan
kepercayaan masyarakat. Tidak lupa juga dengan pengaruh yang dibawa oleh kepercayaan
Confusianisme dan seterusnya kedatangan agama Islam yang turut mempengaruhi kehidupan dan
corak pemikiran masyarakat disesetengah negara di Asia Tenggara. Agama dan kepercayaan ini
berbeza dengan sistem demokrasi yang lebih mempercayai sesuatu yang berlaku disebabkan
faktor sainstifik.

2) Sifat kekeluargaan.
Amalan tradisi mementingkan sifat kekeluargaan .Pernyataan bahawa masyarakat di Asia

Tenggara amat mementingkan sifat kekeluargaan berbanding dengan pendirian yang dibawa oleh
demokrasi tidak dapat disangkal lagi. Hal ini demikian kerana nilai yang dibawa oleh demokrasi
yang mengutamakan nilai individualistik sangat jelas bertentangan dengan amalan tradisi
masyarakat di Asia Tenggara yang sangat mementingkan hubungan kekeluargaan yang lebih
kepada nilai kolektif dalam setiap urusan yang mereka lakukan . Ia dapat dilihat apabila
masyarakat Asia Tenggara dididik dari kecil tentang adab-adab dengan ibu bapa dan sentiasa
menjadikan ibu bapa sebagai keutamaan.
Anak-anak kecil di Asia tenggara telah dididik supaya mereka menghormati golongan yang lebih
tua. Amalan yang disemai dari kecil ini telah menjadi sebahagian daripada dalam hidup mereka
dan sebati bagi mereka membolehkan ia menjadi gaya hidup. Gaya hidup yang mementingkan
kekeluargaan dalam masyarakat di Asia Tenggara. Isu ini dapat dibuktikan bahawa anak kecil

yang menghormati ibu bapa mereka sejak kecik lebih cenderung untuk menuruti segala perintah
yang ditetapkan oleh ibu bapa mereka.

3) Percakapan dan tindakan yang berlapik
Masyarakat di asia Tenggara sememangnya terkenal dengan sikap yang akan
menggunakan perkataan dan tindakan yang berlapik. Segala tindakan dan percakapan
masyarakat Aisa Tenggara amat berlapik dan secara tidak langsung atau terang-terangan
dalam menyatakan sesuatu perkara.Hal ini lebih-lebih lagi terhadap perkara yang bersifat

sensetif yang sememangnya tidak akan diluahkan atau dinyatakan secara langsung dalam
menyatakan maknanya. Malahan, ia juga digunakan untuk menyedapkan ayat. Hal ini kerana
bagi masyarakat Asia tenggara , amat penting bagi mereka untuk menjaga hati dan perasaan
masyarakat lain agar perasaan tidak puas hati tidak timbul disebabkan oleh percakapan atau
perbuatan yang dilakukan. Sebagai contoh, perkataan mati telah ditukar dengan penggunaan
meninggal dunia. Menurut konsep makna. Kedua-dua perkataan tersebut adalah untuk
membertahu bahawa seseorg itu terlah tidak bernyawa lagi tetapi penggunaan perkataan
meninggal dunia lebih diutamakan kerana ia lebih sopan. Malahan akan ada pihak yang
marah sekiranya perkataan mati digunakan.

Nilai nilai demokrasi.
1) Memisahkan agama dengan kehidupan (Sekularisme)
Seperti yang telah diketahui umum bahawa sistem demokrasi adalah bertunjangkan barat
maka ia sememangnya memisahkan agama dalam kehidupan. Keadaan ini dipanggil sebagai
sekularisme yang diamalkan dalam kehidupan rakyat. Sekularisme membawa maksud
mengasingkan usaha duniawi dengan ajaran gereja atau ajaran agama. Masyarakat tidak
mementingkan keagamaan dalam bidang keduniaan tetapi menggunakan cara sainstifik , objektif,
dan akan untuk menyelesaikan sesuatu hal. Nilai ini bukan sahaja diamalkan di negara barat
namun turut diamalkan di negara yang berada di Asia seperti Asia Tenggara. Hal ini kerana,
negara seperti Malaysia misalnya, walaupun mempunyai masyrakat yang majoritinya adalah

beragama islam namun corak pemerintahan dan perundangan adalah demokrasi yang mengikut
corak dan ciri-ciri sekularisme. Nilai sekularisme sememangnya memberi pengaruh yang kuat
dan menebal dalam pengamalan dan penggunaan yang dilakukan oleh kebanyakan negara di
serata dunia.Maka tidak hairanlah apabila acap kali kita mendengar khabar dan berita mengenai
kejadian yang berlaku seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi, kemarau dan sebagainya tidak
langsung dikaitkan dengan ketentuan yang sememangnya telah diatur dan ditetapkan oleh Tuhan.
Sebaliknya, ia hanya dinyatakan dan dibuktikan melalui kajian Sains terhadap perkara yang
berlaku tersebut sehingga tidak langsung dibincangkan dalam konteks agama dan kepercayaan.
Hal ini sememangnya bertentangan dengan amalan dan kepercayaan bagi masyarakat di Asia
Tenggara yang sememangnya amat mempercayai dan amat meyakini bahawa adanya perkara
seperti ‘spirit’ dan unsur-unsur ‘supernatural’ yang mengatur alam semesta ini dan setiap yang
berlaku juga dikaitkan dengan konsep ketuhanan. Sebagai contoh, kejadian yang berlaku di

Acheh, Indonesia dengan Malaysia pada tahun 2004 iaitu tsunami. Mengikut sistem demokrasi
yang diamalkan, pihak kerajaan telah mengulas isu ini menurut kaedah sainstifik dan ia
bertentangan dengan nilai tradisi yang mengulas isu ini dengan nilai keagamaan. Menurut system
demokrasi, mereka memandang kejadian tersebut dari sudut sainstifik iaitu Tsunami berlaku
disebabkan oleh pergerakan plat-plat bumi yang secara tiba-tiba dan drastik. Geseran itu
menyebabkan getaran dan air pada kawasan itu naik seterusnya air di kawasan lain berkurang
seperti disedut. Apabila air yang disedut tadi mahu kembali ke tempat asal, kelajuan air yang

bergerak tersebut semakin laju dan menghasilkan tsunami. Gambar rajah dibawah akan
memperjelaskan pergerakan plat bumi yang menghasilkan tsunami.

Pengulasan ini jelas bertentangan dengan tradisi yang akan menghuraikan kejadian
tersebut sama ada dari sudut agama atau kepercayaan. Menurut agama islam, mereka
menganggap bahawa kejadian tersebut merupakan peringatan daripada Allah SWT supaya
hambanya kembali akur kepada suruhan_Nya. Malah, dapat juga dikatakan sebagai balasan
terhadap hamba yang alpa di bumi ciptaan_Nya. Malahan, ada pihak yang berpendapat dari
sudut agama bahawa Allah itu berhak melakukan apa sahaja tanpa sebab kerana apabila Allah
menyebut kun fayakun yang bermaksud bila aku kata jadi maka jadilah. Melalui ayat ini, ia
bermaksud bahawa bila Ia mengutuskan sesuatu perkara berlaku bagi menunjukkan kekuasaanNya, maka tanpa sebab pon perkara tersebut boleh berlaku. Seterusnya pula adalah pengulasan
dari sudut kepercayaan, sesetengah golongan berpendapat bahawa ia berlaku disebabkan oleh
semangat yang ada pada laut tersebut.
Sekiranya diteliti dengan lebih mendalam, antara punca yang menyebabkan
mereka memisahkan agama dalam kehidupan mereka adalah disebabkan oleh, kongkongan yang
dilakukan oleh golongan agama seperti golongan gereja suatu ketika dahulu. Penentangan rakyat
iaitu penentangan terhadap kongkongan pihak gereja yang amat menindas kehidupan masyarakat
di Eropah ketika itu menyebabkan mereka memisahkan kehidupan mereka dengan agama
terutamanya dari aspek politik, ekonomi dan social. Malah bagi mereka, agama adalah hak dan
praktik yang hanya melibatkan individu justeru sekiranya seseorang itu mahu mengamalkan

agama mereka, maka hendaklah mengamalkannya secara peribadi. Selain itu, tindakan mereka
yang tidak menganggap segala bentuk rezeki dan nikmat yang diperoleh mempunyai kaitan
dengan ganjaran dan pemberian oleh Tuhan pula disebabkan oleh penentangan yang mereka
pernah lakukan suatu ketika dahulu terhadap ‘ascribeb status’ iaitu ketidakpuasan hati rakyat
apabila seseorang itu dinilai berdasarkan status keturunan semata-mata dan bukannya pencapaian

yang diperoleh oleh individu tersebut. Maka, melalui faktor sejarah juga menyebabkan golongan
ini memisahkan nilai agama dalam kehidupan mereka.
2) Bersikap individualistik
Nilai demokrasi dilihat mementingkan sifat individualistik berbanding dengan nilai asia
tenggara yang lebih kepada nilai yang mementingkan hubungan kekeluargaan. Melalui sistem
demokrasi, mereka amat menekankan mengenai kepentingan individu dalam kehidupan bagi
menjamin hak mereka. Nilai individualistik ini adalah disebabkan oleh pengaruh masyarakat
Eropah. Pada zaman gelap di Eropah, masyarakat Eropah lebih terikat dan terkongkong dengan
pemerintahan yang diamalkan oleh golongan raja atau tuan tanah serta pihak gereja. Ia telah
mewujudkan perasaan tidak puas hati lalu mereka berusaha untuk memperbaiki taraf hidup
mereka kepada yang lebih baik tanpa disekat mahu pun dikongkong oleh sesiapa. Bagi mereka
sifat individualistic ini melahirkan masyarakat yang berpotensi dan mencapai kegemilangan
dalam bidang yang diceburi seperti ciptaan sains, penulisan, lukisan seni ukir, seni bina dan
sebagainya. Demokrasi ini member nafas baharu terhadap golongan individu. Malah, ideology

ini juga memperlihatkan bahawa individu lebih berdaulat dan mempunyai kuasa. Dengan adanya
kuasa ini maka pemimpin tidak dapat mengambil kesempatan serta memandang enteng terhadap
kebolehan rakyat untuk melakukan apa sahaja terhadapnya sebagai ketua kerajaan yang
berkuasa. Rakyat berkuasa terhap negara dan rakyat berhak menentukan pemimpin yang bakal
menerajui kerajaan melalui sistem demokrasi.

3) Bertoleransi.

Nilai-nilai yang diamalkan di asia tenggara dalam system demokrasi ini amat mementingkan
nilai toleransi dalam pemerintahan dan amalan kehidupan.Hal ini kerana, pemerintahan
secara demokratik ini memerlukan kesedaran yang penting bagi masyarakat dalam menerima
setiap keputusan yang dilakukan sama ada oleh kerajaan yang memerintah mahupun agensiagensi yang lainnya. Sehubungan dengan itu, kesedaran dan tahap intelektual rakyat dalam
menerima dan mengadaptasikan nilai sistem pemerintahan ini amat penting. Hal ini kerana,
hanya melalui kesedaran yang tinggi sahaja membolehkan rakyat untuk berfikir secara
matang dan bertindak dengan bijak serta mampu untuk menerima segala keputusan dengan
hati yang terbuka.Contohnya, dalam sistem demokrasi ini, pemerintahannya dipilih melalui
pilihanraya yang diadakan pada waktu yang tertentu sama ada empat tahun sekali mahupun
lima tahun sekali dalam proses pemilihan pucuk kepimpinan negara yang baharu.
Sehubungan dengan itu, sekiranya rakyat memiliki kefahaman dan kesedaran yang tinggi
dalam pemilihan yang dilakukan, maka keadaan ini akan membolehkan rakyat menerima

segala keputusan yang ditetapkan walaupun parti yang mereka pilih dan sokong dalam
pilihanraya tersebut tewas ketika pilihanraya yang dijalankan. Bukan itu sahaja, keadaan ini
juga akan dapat mengelakkan daripada wujudnya tindakan rakyat yang bergerak dan
bertindak secara radikal akibat daripada ketidakpuasan hati akibat daripada kekalahan dalam
pilihanraya tersebut. Sehubungan dengan itu, nilai bertoleransi ini amat penting bagi
menjamin dan mengekalkan keharmonian negara. Hal ini kerana, dalam pemerintahan yang
bercorak demokrasi, antara aspek penting yang perlu diterapkan dan diamalkan oleh rakyat
adalah dengan sanggup menerima kemenangan dan kekalahan dengan cara yang baik dalam
pilihanraya yang dijalankan.

Toleransi dalam demokrasi bukan hanya pada aspek politik malah turut juga melibatkan
aspek persekitaran, alam sekitar, penjagaan haiwan dan sebagainya. Sehubungan dengan itu,
tidak hairanlah apabila adanya pertubuhan-pertubuhan yang amat menitikberatkan mengenai
aspek-aspek ini sering mengaitkan ia dengan sikap toleransi yang perlu diamalkan oleh
manusia sejagat. Sebagai contoh, melalui badan bukan kerajaan seperti World Wildlife Fund,
Greenpeace, kemoen Earth Hour dan sebagainya. Keadaan ini adalah untuk mematikan agar
alam sekitar dan makhluk lain di dunia ini berada dalam keadaan baik dan tidak pupus untuk
terus dinikmati dan diketahui oleh generasi yang akan datang. Banyak NGO yang
memainkan peranan mereka dalam menjayakan program dan perkara ini mengaitkan
pertubuhan mereka dengan demokrasi bagi mendapatkan sokongan dan memperkembangkan
lagi mengenai hak asasi yang terdapat dalam ideology demokrasi.
Kesimpulan
Sememangnya terdapat perbezaan antara kedua-dua nilai yang diamalkan yang terdapat
dalam nilai tradisi di Asia Tenggara dan juga nilai demokrasi. Hal ini demikian kerana, keduadua buah nilai ini mempunyai cirri-ciri yang berbeza dan peranan yang tersendiri. Sungguhpun
begitu, kebanyakan negara di Asia Tenggara kini telahpun mengambil dan melaksanakan sistem
yang dibawa oleh demokrasi sebagai sistem dan corak dalam pemerintahan yang dilakukan oleh
pemerintah negara tersebut. Namun begitu, pengaplikasian ini tidaklah menghapuskan nilai-nilai
tradisi di negara-negara Asia Tenggara. Sebaliknya, negara-negara di Asia Tenggara itu masih
lagi mengamalkan nilai-nilai tradisi disamping cuba untuk mengamalkan corak pemerintahan
yang berasaskan ideologi demokrasi. Konklusinya, kedua-dua nilai ini memberi seribu satu
kebaikkan dan pengajaran yang tersendiri kepada pengamalnya.