Nota SPM Reka Cipta - Sumber Pendidikan Nota Reka Cipta

NOTA REKA CIPTA
0
PENGHASILAN IDEA
Proses penghasilan idea bukanlah proses yang mudah kerana ia memerlukan daya kretiviti pencipta
disamping keinginan yang tinggi untuk menghasilkan reka ciptaan yang terbaik. Walaubagaimanpun,
sekiranya kita tidak dianugerahkan daya kretiviti tersebut, senarai semak (checklist) di bawah ini
diharap dapat membimbing kita menjana idea yang terbaik bagi menyelesaikan masalah yang
dihadapi.
Satu senarai (Check List) telah dimajukan oleh Alex F. Osborn (Dalam “Applied Imagination” Charles
Scribner 1953) sebagai prosedur untuk menggalakkan perkembangan imaginasi. Senarai tersebut
sebenarnya ialah satu senarai bagaimana berbagai idea boleh diperkembangkan.
1. DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN LAIN?


Boleh atau tidak prosedur atau bahan yang ada sekarang digunakan untuk tujuan lain – sama
ada dalam bentuk yang sedia ada atau selepas di modifikasi?



Apa kegunaan lain jika idea itu dimodifikasi?




Bolehkah ianya membuat fungsi lain selain dari fungsi yang asalnya?



(Cth: tayar spare mudah simpan mula sekali digunakan pada kapal terbang)

1. DISESUAIKAN (ADAPT)?


Adkah produk lain, sama ada buatan manusia atau dari alam semulajadi, yang lebih kurang
sama yang dijangka akan berjaya digunakan untuk penyelesaian masalah tersebut?



Bolehkah ia dipersamakan dengan produk lain?




Adakah apa-apa dalam stok atau simpanan, lebihan yang boleh digunakan?



Contoh: – Dengan cara menggam serpihan-serpihan kayu – yang dahulu biasanya hasil
buangan dari kilang papan, kini banyak syarikat telah berjaya mengeluarkan papan chipboard
yang mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan plywood biasa.

1. MODIFIKASI?


Boleh atau tidak ditukar bentuk, warna, pergerakan, bau, bunyi dan disamping memahami
juga apakah kesannya sekiranya modifikasi tersebut dibuat?



Pengolahan baru hiasan renda,pertukaran bentuk, teknologi – deskripsi, berat, bunyi, bentuk
atau kontur?




Contoh:- Pertukaran bentuk otomobil setiap tahun berdasarkan kepada kriteria yang
ditentukan oleh citarasa pengguna yang sentiasa bertukar-tukar

1. DIPERBESARKAN?


Apa kata jika dibuat lebih kukuh, tinggi, laju, frekuensi yang lebih tinggi, mempunyai nilai
tambah, dibuat dengan kuantiti yang lebih banyak, diperbesar-besarkan?



Dibuat lebih besar, lebih panjang, lebar, berat dan lebih tahan.



Contoh:- Stratergi pemasaran menggunakan slogan saiz ekonomi raksaksa.

1. DIKECILKAN?



Bertentangan dengan cara pembesaran, diperkecilkan sehinggakan sampai ketahap
membuangnya sama sekali?



Buatkan supaya ianya lebih kecil, pendek, tipis, ringan, buang sesuatu, ‘miniturise’.



Contoh:- Pengenalan suis-mikro berjaya menghasilkan satu industri pembuatan yang besar.

1. DIGANTIKAN?


Gantikan orang dan barang – kemahiran, bahan mentah, proses pembuatan, sumber kuasa,
lokasi atau kaedah perlaksanaan.




Apakah yang boleh menggantikannya dengan:
o

plastic menggantikan besi,

o

logam menggantikan plastic,

o

cerah menggantikan yang gelap,

o

berpenjuru lebih bebulat menggantikan bucu yang bersegi.



Apakah proses, prinsip, teori atau kaedah lain yang boleh digunakan?




Contoh:- Penggunaan panel instrument kereta yang diperbuat dari plastic berjaya
mengurangkan kos pembuatan serta menyelesaikan berbagai-bagai masalah yang berkaitan
dengan penggunaan logam yang disadur.

1. DITUKAR SUSUNAN?


Komponen ditukar ganti, ditukar urutan, dicampur aduk antara kesan dan punca.



Cuba tukar rentetan, pertukaran antara kompenen, dicantum cara berlainan, bertukar
tempat.



Contoh:- Kereta yang mempunyai enjin belakang – walkswagon. Kereta pemacu tayar depan

yang mempunyai enjin melintang.

1. DITERBALIKKAN?



Boleh atau tidak mesin tersebut bergerak ke belakang, diterbalikkan dari atas ke bawah,
berhentikan bahagian yang bergerak, dan menggerakkan bahagian yang terlekat.



Cuba putaran yang baru: berlawan, diterbalikkan, datang dari arah putaran keliling,
penyusunan semula, corak yang berlawanan, rentetan yang berlawanan.



Contoh klasik ialah pancing kail ‘spinning reel’ adalah disebalik rekaan kail ‘bait-casting reel’.

1. MENCANTUM?



Bagaimanakah cara bagi produk atau bahan dapat dicantumkan bersama?



Mengambil ciri-ciri yang terbaik dari produk-produk tersebut dan mencantumkannya
menjadi satu produk baru.



Mencantum idea, prinsip, kaedah, kumpulan, komponen, alat dan isu.

1. APAKAH YANG TIDAK BETUL DENGANNYA?


Buat satu senarai mengenai apa yang anda rasakan tidak betul dengan rekaan produk yang
ada, idea atau tugasan.




Contoh:- penutup botol jenis pusingan menggantikan penutup jenis tuas.

1. BAGAIMANAKAH IA BOLEH DIPERBAIKI?


Dengan tidak menghiraukan kiraan fisibiliti, senaraikan semua cara bagaimana anda akan
cuba memperbaiki pencapaian produk, idea atau tugasan yang ada.



Contoh:- Dengan meletakkan ketulan ‘steel studs’ pada tayar, ia telah mampu menambahkan
cengkaman tayar dilapisan ais yang licin pada permukaan jalan dimusim salji.

1. BENTUK RUPA BARU?


Pertukaran warna, bentuk atau stail, garisan, penggunaan pembungkusan baru atau
selongsong baru.




Contoh:- Telefon princess bukan sahaja mengemukakan pembungkusan yang unik malah
berjaya menarik perhatian pengguna awam.

1. BENTUK RUPA LAMA?


Dengan meniru corak bentuk sezaman, bentuk antik, menyerupai bentuk sesuatu produk
yang pernah berjaya, memberi satu reputasi yang bermartabat tinggi dan menggunakan
slogan pemasaran “mereka tidak membuatnya sebaik dahulu lagi”.



Contoh:- Kebanyakan rekabentuk lampu mengikuti trend ini.

1. KESELESAAN?



Membuatkannya supaya lebih senang, kurang menggunakan tenaga, senang dicapai, mudah

dihapuskan, lebih mudah untuk menggunakanya, lebih cepat, automatic.



Contoh:- Mesin pengisar elektrik, pisau, mesin pengisar sampah, mesin pembasuh dan
berbagai-bagai lagi alat telah membuatkan kerja-kerja dapur lebih menyeronokkan bagi suri
rumah tangga dan telah menjadi satu bahagian industry pembuatan yang begitu
menguntungkan.

1. KESELAMATAN?


Apakah peralatan, sifat2 bahan, suis kawalan, sensor yang boleh ditambah untuk
mengelakkan kecederaan, kemalangan atau letupan?



Jadikannya supaya ia tidak toksik, tidak beracun, tidak mudah terbakar, tahan luntur, tahan
pecah.



Adakah ianya lebih selamat dari produk yang dihasilkan oleh pesaing, tidak merbahaya atau
tidak mudah koyak atau mencederakan?



Contoh:- Industri pencukur jenis elektrik dan pembuat botol plastik bagi sabun pelarut,
barang-barang mandian serta pembuat bekas minyak cecair yang merbahaya menggunakan
ciri-ciri keselamatan untuk mengiklankan produk mereka.

Antara contoh soalan-soalan yang boleh kita tanyakan untuk menghasilkan idea adalah seperti
berikut:1. Bagaimana pula dengan BENTUK dan SAIZ?
2. Bagaimana pula jika DITERBALIKKAN, DARI DALAM KE LUAR atau DARI ATAS KE BAWAH?
3. Apa lainnya yang IA BOLEH BUAT?
4. Apakah yang boleh DIHAPUSKAN SAMA SEKALI?
5. Bagaimana jika di bawa ke tahap yang paling EXTREME?
6. Bagaimana jika SIMETRI? Atau TIDAK SAMA UKUR?
7. Boleh atau tidak dibuat supaya lebih SELAMAT?
8. Boleh atau tidak dibuat supaya lebih MURAH?
9. MELUNCUR selain dari BERPUTAR?
10. Boleh atau tidak ia BERGERAK? Boleh atau tidak ianya berkeadaan TETAP?