Nota Saya Reka Bentuk Pengajaran

  EDU 3053 REKA BENTUK PENGAJARAN

   Konsep Reka Bentuk Pengajaran Model Reka Bentuk Pengajaran AssureModel Reka Bentuk Pengajaran AddieAplikasi Model Addie Kesimpulan

   Menurut (Dick & Reiser, 1989), reka bentuk pengajaran ialah satu proses yang bersistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran.

   Menurut (Richey, 1986) pula reka bentuk pengajaran ialah mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran.

   Menurut (Gustafson, 1991) pula, reka bentuk pengajaran ialah Reka bentuk pengajaran ialah satu pendekatan sistematik bagi seluruh proses pengajaran yang melibatkan: i. Mereka bentuk (deisgn) ii. Membina iii. Menilai dan iv. Menggunakannya

   Terdapat 6 elemen asas reka bentuk pengajaran mengikut (Richey, 1986) iaitu : i. Menentukan keperluan pelajar ii. Menentukan matlamat dan objektif iii. Membina prosedur penilaian iv. Mereka bentuk & memilih strategi penyampaian v. Mencuba sistem pengajaran vi. Menilai keseluruhan system i. Selain mewujudkan pengajar yang kompeten, tumpuan utama RP ialah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. ii. Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan. iii. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif.

  Model Reka Bentuk Pengajaran Assure

  Model yang dibangunkan oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Model Assure mengandungi 6 langkah: i. A : Analyse learner (analisis pelajar) ii. S : State objective (nyatakan objektif) iii. S : Select method, media & materials (pilih kaedah, media dan bahan) iv. U : Utilise media & materials ( gunakan media dan bahan) v. R : Require learner participation (dorong penglibatan pelajar) vi. E : Evaluate and revise (nilai dan semak)

  Analisis Pelajar

  Penggunaan bahan atau media perlulah bersesuaian dengan ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran itu sendiri. 3 perkara penting perlu dilakukan untuk menganalisis: i. Ciri-ciri umum ii. Kompetensi khusus peringkat masuk iii. Stail pembelajaran a. Deskripsi tentang umur, tahap/tingkatan, latar belakang sosio ekonomi

  b. Ini menjadi asas untuk pemilihan media Kompetensi khusus peringkat masuk:

  a. Pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk Stail pembelajaran:

  a. Berkaitan stail – verbal, logikal, visual, muzik, kinestatik, interpersonal, intrapersonal

  Nyatakan Objektif

  i. Objektif isi pelajaran perlu disentuh secara ringkas untuk memaklumkan apakah yang sepatutnya dipelajari. ii. Pelajar bersedia untuk mengalami perubahan pengetahuan , sikap dan kemahiran

  Pilih Kaedah, Bahan, dan Media

  i. Terdapat 3 langkah dalam pemilihan:

  • Menentukan kaedah yang sesuai dengan topik pembelajaran
  • Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih
  • Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan ii. Memilih kaedah:
  • Kepelbagaian kaedah pengajaran (simulasi, demonstrasi, latihan) Perlu berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajaran dan sasaran pelajar iii. Memilih media perlulah bedasarkan aspek:
  • Sepadan dengan kurikulum
  • Maklumat yang jelas dan tepat
  • Menarik minat dan mencetuskan motivasi
  • Menggalakkan penglibatan pelajar
  • Kualiti yang baik
  • Tidak bias
  • Mempunyai panduan penggunaan

  • Jika kita gagal untuk memilih media yang sesuai, adalah penting untuk mengubahsuai media yang sedia ada berdasarkan:

  a. Objektif

  b. Pelajar

  c. Kos

  d. Kepakaran teknikal

  e. Peralatan

  f. Fasiliti

  g. Masa

  Gunakan Media

  Terdapat lima langkah bagi penggunaan media secara baik: i. Pribiu (preview) bahan ii. Sediakan bahan iii. Sediakan persekitaran iv. Sediakan pelajar v. Sediakan pengalaman pembelajaran

  Libatkan Pelajar

  Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dsb. Kegiatan pengukuhan seperti pengukuhan serta merta, diberi selepas memberi tindak balas yang betul

  Nilai & Semak Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara.

  Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Berlaku sepanjang proses pengajaran, iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Penilaian melibatkan aspek: ii. Pembelajaran yang dihasilkan iii. Menilai media dan kaedah iv. Kualiti media v. Penggunaan guru dan vi. Penggunaan pelajar

  Secara umumnya, pencapaian pelajar dibahagikan kepada; i. Prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria ii. Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran iii. Sikap pelajar

  Menilai Kaedah Dan Media

  Ciri-ciri yang ditetapkan dalam aspek ini ialah: i. Adakah media berkesan? ii. Bolehkah dipertingkatkan? iii. Adakah ia berguna? iv. Adakah ia membantu pelajar mencapai objektif? v. Adakah ia mencetuskan minat pelajar? vi. Adakah ia melibatkan pelajar secara aktif?

  Selain daripada itu penggunaan senarai semak dan soal selidik boleh dilakukan melalui: i. Perbincangan dengan kelas ii. Temubual dengan setiap individu iii. Pemerhatian

  Semua penilaian di atas melibatkan 2 peringkat: i. Penilaian formatif ii. Penilaian sumatif

  Abstark

  Terdapat beberapa model yang digunakan dalam menghasilkan rekabentuk instruksional, antara model yang terawal ialah model ADDIE. Artikel ini akan memfokuskan model ADDIE kerana model ini boleh dikatakan menjadi sumber kepada kemunculan model-model lain seperti model Morrison, Ross dan Kemp, model Seels dan Glasgow, serta model Dick and Carey. Buktinya hampir semua model rekabentuk instruksional mempunyai lima prinsip utama ADDIE iaitu “Analyze”, “Design”, “Develop”, “Implement”, dan “Evaluate” (Kruse, 2004, p. 1).

  Kata kunci : rekabentuk instruksional, model rekabentuk instruksional, model ADDIE Pengenalan

  Terdapat banyak model-model rekabentuk instruksional yang dihasilkan dengan strategi tersendiri untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Model-model rekabentuk instruksional ini mestilah direkabentuk berpandukan teori-teori pembelajaran seperti teori pembelajaran behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Contoh model rekabentuk instruksional yang akan diperbincangkan dalam artikel ini ialah model ADDIE. Terdapat dua kajian yang pernah dilakukan menggunakan model ADDIE ini iaitu kajian yang dibuat oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan pada tahun 2006 dan kajian yang dibuat oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia juga pada tahun 2006. Pada bahagian analisis rekabentuk instruksional model ADDIE, kelebihan-kelebihan penggunaan model ini akan diperbincangkan.

  Sejarah dan Definisi Rekabentuk Instruksional

  Rekabentuk instruksional mula wujud semasa meletusnya perang dunia ke-2, apabila golongan psikologi membuat kajian dan penyelidikan kaedah yang akan digunakan bagi latihan perkhidmatan ketenteraan. Selepas tamat perang, program latihan ini diteruskan pendidikan seperti Institut American (Reiser, 2001, p. 58). Kegunaan rekabentuk instruksional terus berkembang di dalam bidang pendidikan sehingga kini. Dalam bidang pendidikan, rekabentuk instruksional boleh didefinisikan sebagai strategi, kaedah yang sistematik dan teknologi yang digunakan dengan tujuan untuk memudahkan pelajar menguasai objektif yang dikehendaki ( Molenda, Reigeluth, & Nelson, 2003; Yusup Hashim, 2006).

  Pengenalan Model ADDIE

  Terdapat beberapa model rekabentuk instruksional yang sering digunakan pakai bagi menghasilkan “courseware” seperti model ADDIE, model Dick & Carey, model Hanafin & Peck, model Knirk & Gustafson, model Robert Gagne, model Kemp, model ASSURE dan model pembelajaran. Dalam artikel ini, fokus utama lebih kepada model ADDIE kerana akan dikaitkan dengan kajian-kajian lepas tentang keberkesanan penggunaan model ADDIE ini. Model ADDIE mempunyai lima pembahagian utama iaitu (1) analisis, (2) rekabentuk, (3) pembangunan, (4) implimentasi, dan (5) penilaian.

  Analyze -

  Analisi atau “Analyze” bertujuan untuk mengenalpasti objektif sesuatu “courseware” diperkenalkan. Kenapa rekabentuk instruksional ini diperlukan? Apakah ilmu-ilmu yang perlu ada kepada pelajar sebelum “courseware” itu boleh digunakan? Juga melihat kesesuaian isi kandungan “courseware” kepada pelajar dan adakah ia sesuai untuk kegunaan individu atau kumpulan? Perlu difikirkan juga logistik sesuatu “courseware” yang dihasilkan, adakah ia boleh diakses di internet atau pun disebarkan melalui CD dan DVD.

  Design -

  Rekabentuk atau “Design” pula bermaksud menentukan dan mereka kaedah instruksional yang akan digunakan. Contohnya “courseware” tersebut mungkin akan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif, penerokaan, penyelesian masalah, permainan, simulasi, perbincangan, latihan dan praktikal, tutorial, demonstrasi atau menggunakan audio, video, komputer, internet dan sebagainya.

  Develop -

  Pembangunan atau “Develop” ialah proses menghasikan “courseware” yang telah direkabentuk. Seperti membina dahulu papan cerita, kemudian membentuk grafik yang diperlukan, menentukan pula bahasa pengaturcaraan, membuat ujian “courseware” yang dihasilkan dan menyebarkan bahan tersebut.

  Implement -

  Impliment atau “Implement” berperanan untuk membuat “pilot test” terhadap “courseware” yang telah dihasilkan. Misalnya beberapa sampel atau pelajar telah dipilih bagi menggunakan “courseware” tersebut.

  Evaluate -

Penilaian atau “Evaluate” pula mempunyai dua jenis penilaian utama iaitu penilaian formatif

dan penilaian sumatif. Penilaian formatif bertujuan untuk meningkatkan serta memperbaiki

tahap keberkesanan bahan instruksional yang telah direka. Contohnya meningkatkan mutu

“courseware” selepas ujian “pilot”. Manakala penilaian sumatif bermaksud penilaian

keseluruhan bahan instruksional yang telah dihasilkan. Misalnya satu kajian dibuat untuk

menilai berapa peratuskah objektif yang tercapai setelah proses penggunaan “courseware”

tersebut selesai digunakan.

  Kajian Berkaitan Penggunaan Model ADDIE

  Seperti yang dinyatakan di peringkat awal terdapat dua kajian yang pernah dilakukan bagi mengkaji keberkesanan penggunaan model ADDIE iaitu kajian yang dibuat oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan pada tahun 2006 dan kajian yang dibuat oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia juga pada tahun 2006. Kajian oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan

  Kajian oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan

  Selatan. Sekolah tersebut telah membelanjakan sebanyak $350,000 USD bagi melengkapkan kemudahan kelas multimedia. Guru di sekolah berkenaan juga telah memanfaatkan kemudahan kelas multmedia ini dengan mengajar pelajar berkenaan teori kejuruteraan mekanikal menggunakan program “PowerPoint”. Namun pelajar masih tidak menunjukkan minat untuk belajar dengan tidur di dalam kelas, melayari internet atau bersembang semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (Youngmin, 2006, pp. 1-11).

  Bagi mengatasi masalah ini pengkaji telah mempergunakan model ADDIE, di mana pengkaji akan menganalisis tentang keperluan dan minat pelajar. Kemudian pelajar akan mereka bahan multimedia berdasarkan minat pelajar. Seterusnya pelajar akan membangunkan bahan yang telah direka. Pengkaji juga akan bertindak sebagai fasilitator dan memberi motivasi bagi memastikan pelajar mengimplimentasikan aturan pembelajaran yang dirancang. Pengkaji dan pelajar akan bersama-sama membuat penilaian ke atas bahan multimedia yang telah dihasilkan. Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati pelajar bermotivasi untuk belajar serta dapat meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. Contohnya pelajar tidak lagi tidur di dalam kelas kerana dapat menghasilkan bahan pembelajaran mengikut cara pelajar dengan dibimbing oleh guru (Youngmin, 2006, pp. 12-17).

  

Kajian oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad

Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia.

  Kajian ini dilaksanakan ke atas pelajar Tingkatan 6 yang mengambil Matematik S. Pengkaji cuba membuat perbandingan antara dua kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pertama mempelajari Matematik S melalui “Goal Programming” menggunakan multimedia interaktif (IMM). Kaedah kedua pula mempelajari matematik s melalui “Goal Programming” melalui kaedah tradisional. Multimedia interaktif (IMM) pula akan dibina berasaskan model ADDIE serta dibina oleh mereka yang mahir dalam bidang ICT dan mahir dalam topik matematik. Dalam kajian ini instrumen yang digunakan tidak akan membezakan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan akan menggunakan kaedah multimedia interaktif (IMM) dan kaedah tradisional (kuliah).

  Dapatan soal selidik yang menggunakan skala Likert mendapati kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan mendapat min yang tinggi dari segi minat untuk belajar Matematik S menggunakan multimedia interaktif dengan min 3.28 berbanding menggunakan buku teks dengan min 2.45. Pelajar juga menganggap belajar Matematik S menggunakan multimedia interaktif lebih berkesan dengan min 3.73 berbanding menggunakan buku teks dengan min 2.33 sahaja.

  Kesimpulan daripada kajian ini mendapati bahawa pelajar akan lebih bermotivasi dan berkesan menggunakan multimedia interaktif berbanding menggunakan buku teks. Namun begitu multimedia interaktif yang digunakan di dalam kelas akan lebih berkesan jika guru turut menjadi fasilitator di kelas (Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, 2006, pp. 85-94).

  Analisis Rekabentuk Instruksional Menggunakan Model ADDIE

  Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan dan kajian yang dibuat oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia saya dapat membuat dua kesimpulan utama.

  Penggunaan bahan multimedia perlu direkabentuk.

  Biasanya guru akan merancang penggunaan bahan media di kelas supaya maklumat yang dikehendaki sampai kepada pelajar. Tetapi masih menjadi persoalan, adakah sekadar merancang sudah cukup untuk memastikan maklumat sampai kepada pelajar? Buktinya terdapat guru yang mengajar menggunakan bahan media program “PowerPoint” masih tidak dapat menarik perhatian pelajar sekolah kejuruteraan mekanikal di Korea Selatan. Sebenarnya terdapat beberapa perbezaan ketara antara merancang dan mereka. Merancang bermaksud, mengatur terlebih dahulu, memasang (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, pp. 1280-1305).

  Terdapat perbezaan yang ketara antara merancang dan mereka. Mudahnya bahan pengajaran yang telah dirancang iaitu “Analyze” perlulah melalui proses mereka pula atau “Design” serta melalui pula proses yang lain seperti model ADDIE iaitu “Develop”, “Implement” dan “Evaluate”. Di Malaysia guru-guru secara keseluruhannya juga masih belum mengenali penggunaan rekabentuk instruksional dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sebaliknya mereka hanya mengenali kaedah-kaedah pengajaran dan teori-teori pembelajaran sahaja. Ertinya guru-guru berkemungkinan hanya mengajar berdasarkan “Analyze”, “Implement” dan “Evaluate” sahaja dan tertinggal dari aspek “Design” dan “Develop”. Faktor inilah yang menyebabkan pelajar menjadi bosan semasa sesi pembelajaran walaupun menggunakan sokongan bahan multimedia. Jika guru memahami kelebihan rekabentuk instruksional, guru-guru akan menggunakan model-model yang ada di dalam rekabentuk instruksional dalam menghasilkan bahan pengajaran. Hasil pembelajaran menggunakan rekabentuk instruksional mungkin akan lebih berkesan berbanding kaedah pengajaran tradisional. Buktinya keberkesanan hasil kajian yang telah dibuat oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan.

  

Penggunaan rekabentuk instruksional model ADDIE dapat meningkatkan minat

dan motivasi pelajar.

  Kajian oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia telah dapat membuktikan terdapat perbezaan dari segi minat dan motivasi pelajar apabila menggunakan multimedia interaktif yang direkabentuk menggunakan model ADDIE berbanding kaedah kuliah. Sebenarnya “Goal Programming” yang digunakan bagi mengajar Matematik S bagi pelajar Tingkatan 6 telah mempunyai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik (Baharuddin Aris, et al., p. 87). Tetapi hasil kajian tetap mendapati, pelajar yang mempelajari Matematik S menggunakan “Goal Programming” serta dibantu dengan multimedia interaktif yang direkabentuk menggunakan model menggunakan “Goal Programming” secara kaedah kuliah.

  Aplikasi Model Addie Fasa Tindakan Guru Analisis  Menyediakan kelas yang kondusif.

   Persekitaran pembelajaran

   Objektif  Objektif TMK: Murid dapat mengoperasikan internet, dan menggunakan Power Point.

  Reka Bentuk  Struktur Rangkaian

  dan pendekatan  Struktur  Pendekatan eklektif pengajaran

  Pembangunan

   Disediakan dalam bentuk alamat  Memuatkan alamat tapak ke

   internet dalam folder

  Pelaksanaan

   Murid melakukan aktiviti dengan  Pengajaran  menggunakan perisian power point

   dan enjin pencarian: Yahoo, Google

   Keseronokan belajar  Pelajar seronok belajar

  Penilaian

   Visual-ruang, interpersonal,  KP

   intrapersonal, muzik, natural

   KBT  Kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar

   Objektif  Objektif pengajaran dicapai dan

  Kesimpulan

  Guru-guru di Malaysia telah mengenali kaedah-kaedah pengajaran serta teori-teori pembelajaran, tetapi yang menjadi persoalan di sini adakah guru-guru di Malaysia telah mengenali rekabentuk instruksional? Telah dibincangkan diperingkat awal, sememangnya terdapat perbezaan antara kaedah pengajaran dan rekabentuk instruksional. Melalui rekabentuk instruksional guru-guru dapat membuat asimilasi beberapa kaedah-kaedah pengajaran yang telah dianalisis mengikut kehendak pelajar. Seterusnya guru-guru akan membuat rekabentuk kaedah pengajaran yang telah diasimilasi dan membangunkannya menjadi kaedah yang khusus, misalnya untuk topik tertentu. Kaedah baru yang telah direkabentuk dan dibangunkan itu kemudian akan melalui proses implimentasi dan penilaian supaya menjadi lebih berkesan untuk mencapai objektif yang dikehendaki.

  Penggunaan model ADDIE dalam rekabentuk instruksional sebenarnya dapat membantu guru mencipta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik berbanding kaedah pengajaran tradisional. Model ADDIE bukan sahaja mudah untuk difahami, malahan mudah untuk diamalkan oleh guru dan pelajar. Cadangan saya, rekabentuk instruksional dan penggunaan model ADDIE ini amat wajar diperkenalkan kepada guru-guru di Malaysia sebagai asas kepada guru-guru mengenali dunia rekabentuk instruksional.

Dokumen yang terkait

PENGARUH SARI BUAH STROBERI (Fragaria ananassa) DAN PENAMBAHAN SUSU SKIM TERHADAP MUTU YOGHURT SUSU SAPI (Dikembangkan Sebagai Media Pembelajaran Biologi Dalam Bentuk Leaflet Pada Materi Bioteknologi)

8 71 30

Diversifikasi Pangan: Bentuk Pembangunan Inkusif Untuk Pemerataan Kesejahteraan dan Kedaulatan Pangan Nasional

0 21 1

Pengaruh Pengajaran Pendidikan Agama Islam terhadap Peningkatan Ahklak Siswa

0 8 14

Perbandingan Stabilitas Antioksidan antara Ekstrak Etanol 50% Kulit Buah Manggis (Garcinia mangostana L.) dengan Bentuk Mikropartikelnya Menggunakan Meode DPPH

5 70 79

Uji Stabilitas Fisik dan Komponen Kimia Pada Minyak Biji Jinten Hitam (Nigella sativa L.) Dalam Bentuk Emulsi Tipe Minyak Dalam Air Menggunakan GCMS

13 130 104

Kualitas Pengajaran Guru Agama Dan Kolerasinya Dengan Prestasi Belajar Di SMK Nusantara Ciputat

4 48 114

Pengenalan Bentuk Objek Geometri 2 Dimensi Sederhana Pada Approximate String Marching

1 23 1

Kegiatan Pengajaran Bahasa Jepang Di SMA Plus Al-Ghifari Bandung

1 86 20

Metode Kooperatif Terpadu Membaca dan Menulis (CIRC ) Sebagai Metode Peningkatan Efektifitas Pengajaran Membaca (Reading ) (201 - 213) Lydia Ersta Kusumasningtyas Nasib dan Prospek Guru Wiyata bhakti di Era Otonomi Daerah

0 0 13

7.1 Sejarah perkembangan fotografi 7.2 Bahagian-bahagian asas dan fungsi kamera 7.3 Jenis-jenis dan aksesori kamera 7.4 Jenis-jenis filem 7.5 Teknik penggambaran 7.6 Komposisi 7.7 Fotografi digital 7.1 Sejarah Perkembangan Fotografi - Nota Asas Fotografi

0 0 22