dsp pjk ting 2 6 feb 2013

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2
Februari 2013

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DOKUMEN STANDARD PRESTASI
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
TINGKATAN 2

1

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2
Februari 2013

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.”


DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2
Februari 2013

PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai
panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan
Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan
boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan
oleh kurikulum ini.
Adalah diharap dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada
pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2
Februari 2013

TAFSIRAN
o


Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi
tujuan pelaporan individu.

o

Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik
memberi gambaran holistik tentang individu.

o

Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan
menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam
standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band).
Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul
menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

o

Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti

boleh ditaksir dan dicapai.

o

Evidens

o

bagi

Murid

:

Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh
buat berdasarkan deskriptor.

Instrumen

:


Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan
dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian
bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2
Februari 2013

KERANGKA STANDARD PRESTASI
BAND

STANDARD

1

TAHU

2


TAHU, FAHAM

3

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

4

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

5

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

6

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2

Februari 2013

TAFSIRAN BAND
BAND

1

PERNYATAAN BAND

TAHU

TAFSIRAN

Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau
memberi respons terhadap perkara yang asas.
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

2


TAHU, FAHAM

3

TAHU, FAHAM DAN BOLEH Murid menggunakan pengetahuan
BUAT
kemahiran pada suatu situasi.

4

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu
TAHU, FAHAM DAN BOLEH
mengikut prosedur atau secara sistematik.
BUAT DENGAN BERADAB

5

TAHU, FAHAM DAN BOLEH Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan
BUAT DENGAN BERADAB mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap
TERPUJI

positif.

6

untuk

melaksanakan

sesuatu

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai
keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta
TAHU, FAHAM DAN BOLEH
cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk
BUAT DENGAN BERADAB
mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang
MITHALI
sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2

Februari 2013

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 2, murid dapat :
1.

Mengetahui maksud komponen-komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan,
kelenturan, kuasa, dan kelajuan;

2.

Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal;

3.

Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik artistik, gimnastik irama, gimnastik pendidikan, dan
pergerakan kreatif dengan betul dan selamat;


4.

Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan;

5.

Melibatkan diri dalam mengamalkan etika sukan yang baik;

6.

Mengurus stor alatan sukan serta dapat mengklasifikasi jenis-jenis alatan sukan; dan

7.

Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan menggembirakan.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2
Februari 2013


MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN
Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap
kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 2, murid dapat :
1.

Memahami amalan pemakanan yang tidak sihat;

2.

Memahami peranan dan tanggungjawab ahli keluarga berdasarkan gender;

3.

Menjelaskan fungsi nutrien dan kesan kekurangannya;

4.

Memahami cara mengurus stres;

5.

Menjelaskan kesan pengambilan dadah;

6.

Memahami akta dan undang-undang penderaan kanak-kanak; dan

7.

Mengaplikasi prinsip dan prosedur Talk, Observe, Touch, Active, Passive dan Skills (T.O.T.A.P.S.).

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2
Februari 2013

BAND
1

PERNYATAAN STANDARD
Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan
kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran.

2

Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan
dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan
persekitaran.

3

Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi,
pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat,
dan kebersihan dan keselamatan persekitaran.

4

5

6

Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi,
pendidikan pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikap
positif terhadap kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran
berasaskan pengetahuan dan pengalaman.
Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat,
berkemahiran merancang, berkomunikasi, empati dengan orang lain, dan berupaya mengendalikan emosi
dalam mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat.
Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan, menjana kreativiti minda
menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera, dan berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupan secara
keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2
Februari 2013

BAND
1
Tahu

PERNYATAAN
STANDARD
B1
Tahu tentang komponen
kecergasan fizikal,
kemahiran sukan dan
rekreasi, pendidikan
pergerakan dan kesukanan
serta kesihatan diri dan
keluarga, gaya hidup sihat,
dan kebersihan dan
keselamatan persekitaran.

DESKRIPTOR

EVIDENS

B1 DJ1
Mengetahui maksud komponen
kecergasan fizikal berlandaskan
kesihatan.

B1 DJ1 E1
Menyatakan maksud komposisi badan.

B1 DJ2
Mengetahui tentang konsep
kekhususan dan tambah beban
dalam prinsip latihan.

B1 DJ2 E1
Menyatakan maksud kekhususan dan
tambah beban dalam prinsip latihan.

B1 DJ3
Mengetahui kemahiran asas
olahraga.

B1 DJ3 E1
Menyatakan fasa-fasa lakuan dalam
merejam lembing

B1 DJ4
Mengetahui aktiviti rekreasi.

B1 DJ4 E1
Menyatakan maksud orienteering.

B1 DJ5
Mengetahui isu-isu dan etika
dalam sukan dan permainan.

B1 DJ5 E1
Menyatakan jenis insentif dalam sukan.
B1 DJ5 E2
Menyatakan maksud etika dan amalan
permainan bersih.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2
Februari 2013

B1 DK1
Mengetahui penyakit akibat
amalan pemakanan yang tidak
sihat .

B1 DK1 E1
Menyatakan maksud anoreksia nervosa
dan bulimia nervosa.

B1 DK2
Mengetahui jenis-jenis nutrien.

B1 DK2 E1
Menyatakan lima jenis nutrien.

B1 DK3 E1
B1 DK3
Menyatakan fungsi akta perlindungan
Mengetahui akta dan undangundang perlindungan kanak-kanak kanak-kanak 2001.
serta jenis penderaan.
B1 DK3 E2
Menyatakan jenis penderaan kanak- kanak

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2
Februari 2013

BAND
2
Tahu dan Faham

PERNYATAAN
STANDARD
B2
Tahu dan faham tentang
komponen kecergasan
fizikal, kemahiran sukan
dan rekreasi, pendidikan
pergerakan dan kesukanan
serta kesihatan diri dan
keluarga, gaya hidup sihat,
dan kebersihan dan
keselamatan persekitaran.

DESKRIPTOR

EVIDENS

B2 DJ1
Menyatakan faedah latihan
komponen kecergasan fizikal.

B2 DJ1 E1
Menyatakan dua faedah latihan daya tahan
kardiovaskular (Par course dan Fartlek).

B2 DJ2
Menjelaskan konsep tambah
beban dalam program latihan.

B2 DJ2 E1
Menjelaskan pembolehubah latihan dalam
konsep tambah beban.

B2 DJ3
Memahami undang-undang dan
peraturan olahraga.

B2 DJ3 E1
Menyatakan ciri-ciri lembing dan
pembatalan rejaman dalam acara merejam
lembing.

B2 DJ4
Memahami pergerakan asas
gimnastik.

B2 DJ4 E1
Menyatakan ansur maju kemahiran dalam
gimnastik artistik dan gimnastik irama.

B2 DJ5
Memahami faedah yang diperoleh
dalam aktiviti orienteering.

B2 DJ5 E1
Menyatakan sekurang-kurangnya tiga
faedah yang diperoleh dalam aktiviti
orienteering.

B2 DJ6
Memahami isu-isu dalam sukan.

B2 DJ6 E1
Menerangkan sekurang-kurangnya tiga
kesan insentif dalam sukan.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2
Februari 2013

B2 DK1
Mempunyai kefahaman tentang
penyakit akibat amalan
pemakanan yang tidak sihat.

B2 DK1 E1
Menyenaraikan kesan amalan pemakanan
yang tidak sihat.
B2 DK1 E2
Menyenaraikan faktor yang mempengaruhi
berlakunya anoreksia nervosa dan bulimia
nervosa.

B2 DK2
Memahami peranan serta
tanggungjawab setiap ahli
keluarga.

B2 DK2 E1
Menyenaraikan peranan dan
tanggungjawab setiap ahli dalam keluarga
asas.

B2 DK3
Mempunyai kefahaman tentang
jenis nutrien.

B2 DK3 E1
Menyenaraikan sumber makro dan mikro
nutrien.

B2 DK4
Memahami peranan agensi yang
terlibat dalam akta dan undangundang perlindungan kanakkanak.

B2 DK4 E1
Menjelaskan peranan agensi yang
mengendalikan kes penderaan kanakkanak.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2
Februari 2013

BAND
3
Tahu, Faham
dan Boleh Buat

PERNYATAAN
STANDARD
B3
Tahu, faham dan boleh
melakukan aktiviti dalam
komponen kecergasan
fizikal, kemahiran sukan
dan rekreasi, pendidikan
pergerakan dan kesukanan
serta boleh mengurus
kesihatan diri dan
keluarga, gaya hidup sihat,
dan kebersihan dan
keselamatan persekitaran.

DESKRIPTOR
B3 DJ1
Melakukan aktiviti berdasarkan
komponen kecergasan fizikal dan
mengukur komposisi lemak
badan.

EVIDENS
B3 DJ1 E1
Melakukan aktiviti latihan Fartlek (daya tahan
kardiovaskular) dan latihan litar (daya tahan
otot, kekuatan otot, kuasa dan kelajuan)
dengan kaedah yang betul.
B3 DJ1 E2
Mengukur komposisi lemak badan dengan
kaliper di dua bahagian badan.

B3 DJ2
Melakukan kemahiran asas
permainan dan olahraga.

B3 DJ2 E1
Melakukan kemahiran-kemahiran asas dalam
permainan bola baling dan badminton dengan
teknik yang betul.
B3 DJ2 E2
Melakukan kemahiran lari berganti-ganti
dengan teknik yang betul.

B3 DJ3
Melakukan aktiviti pengurusan
sukan.

B3 DJ3 E1
Merekod pinjaman dan pemulangan alatan
sukan dan permainan.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2
Februari 2013

B3 DK1
Memahami fungsi nutrien.

B3 DK1 E1
Menyatakan kesan kekurangan karbohidrat,
protein dan lemak.

B3 DK2
Memahami kesan
penyalahgunaan dadah.

B3 DK2 E1
Menyatakan contoh kesan penyalahgunaan
dadah kepada individu dan institusi
kekeluargaan.

B3 DK3
Memahami pengetahuan
keselamatan dan pertolongan
cemas.

B3 DK3 E1
Menjelaskan prinsip T.O.T.A.P.S.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2
Februari 2013

BAND
4
Tahu, Faham
dan Boleh Buat
dengan Beradab

PERNYATAAN
STANDARD
B4
Tahu, faham dan boleh
mengaplikasikan
komponen kecergasan
fizikal, kemahiran sukan
dan rekreasi, pendidikan
pergerakan dan kesukanan
dalam aktiviti harian
dengan betul dan selamat
serta membentuk sikap
positif terhadap kesihatan
diri dan keluarga, gaya
hidup sihat, dan
kebersihan dan
keselamatan persekitaran
berasaskan pengetahuan
dan pengalaman.

DESKRIPTOR

EVIDENS

B4 DJ1
Mengaplikasikan langkah-langkah
keselamatan dalam melaksanakan
aktiviti berdasarkan komponen
kecergasan fizikal dan mengukur
komposisi lemak badan.

B4 DJ1 E1
Melakukan aktiviti berdasarkan komponen
kecergasan fizikal dengan betul dan selamat.
(aktiviti daya tahan kardiovaskular, daya tahan
otot, kekuatan otot, kuasa dan kelajuan)
B4 DJ1 E2
Merekod dan membuat pengiraan komposisi
lemak badan dengan merujuk kepada Jadual
Peratusan Lemak Badan.

B4 DJ2
Mengaplikasikan langkah-langkah
keselamatan dalam melaksanakan
kemahiran permainan dan
olahraga.

B4 DJ2 E1
Melakukan aktiviti kemahiran bola baling dan
badminton dengan betul dan selamat.
B4 DJ2 E2
Melaksanakan langkah-langkah keselamatan
dalam melakukan aktiviti lari berganti-ganti.

B4 DJ3
Mengaplikasikan langkah-langkah
keselamatan dalam melaksanakan
kemahiran pendidikan pergerakan.

B4 DJ3 E1
Melaksanakan langkah-langkah keselamatan
dalam melakukan aktiviti kemahiran gerak
edar, meringkuk, melunjur dalam pergerakan
kreatif dengan teknik yang betul dan selamat.

1

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2
Februari 2013

B4 DJ4
Mengaplikasikan aspek
keselamatan dalam aktiviti
orienteering.

B4 DJ4 E1
Melaksanakan langkah-langkah keselamatan
dalam aktiviti orienteering.

B4 DK1
Mengaplikasi pengetahuan
keselamatan dan pertolongan
cemas.

B4 DK1 E1
Menunjukcara pelaksanaan prosedur
T.O.T.A.P.S.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2
Februari 2013

BAND
5
Tahu, Faham
dan Boleh Buat
dengan Beradab
Terpuji

PERNYATAAN
STANDARD
B5
Menguasai dan
mengaplikasi pengetahuan
dan kebolehan semasa
beraktiviti dalam gaya
hidup sihat, berkemahiran
merancang,
berkomunikasi, empati
dengan orang lain, dan
berupaya mengendalikan
emosi dalam mengurus
hidup secara positif, sihat
dan selamat.

DESKRIPTOR

EVIDENS

B5 DJ1
Menguasai tatacara
melaksanakan latihan fizikal.

B5 DJ1 E1
Menghubungkait antara beban dengan
ulangan dalam latihan daya tahan otot (DTO)
dan kekuatan otot (KO).


*
*

DTO : Ulangan Tinggi, Beban Rendah
KO : Ulangan Rendah, Beban Tinggi

B5 DJ2
Menguasai kemahiran, undangundang dan peraturan dalam
situasi permainan.

B5 DJ2 E1
Mengaplikasi undang-undang dan peraturan
asas dalam permainan bola baling dan
badminton.

B5 DJ3
Mengaplikasi pengetahuan
orienteering.

B5 DJ3 E1
Merancang aktiviti orienteering.

B5 DJ4
Memerihal isu-isu dalam sukan.

(senarai semak keperluan aktiviti orienteering)

B5 DJ4 E1
Membincang isu dalam sukan dan permainan
daripada pelbagai sumber.
(penekanan : perancangan, kandungan, nilai positif /
negatif, komunikasi)

B5 DK1
Menilai kesan stres.

B5 DK1 E1
Membincangkan kesan stres terhadap diri
sendiri.
(eustres, distres)

1

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2
Februari 2013

BAND
6
Tahu, Faham
dan Boleh Buat
dengan Beradab
Mithali

PERNYATAAN
STANDARD
B6
Memperkembangkan
pengetahuan dan
kemahiran secara
sistematik dan berterusan,
menjana kreativiti minda
menjurus kepada gaya
hidup sihat serta sejahtera,
dan berkeupayaan
meningkatkan kualiti
kehidupan secara
keseluruhan bagi
membentuk gaya hidup
sihat.

DESKRIPTOR

EVIDENS

B6 DJ1
Mengamalkan aktiviti kecergasan
dan amalan pemakanan sihat.

B6 DJ1 E1
Merancang dan melaksanakan aktiviti secara
sistematik dan berterusan berdasarkan jadual
program kecergasan diri yang telah disediakan
dan mengamalkan gaya hidup sihat.
(penekanan : amalan aktiviti dan pemakanan seimbang,
penerapan nilai dan sahsiah diri, kepimpinan,
pengurusan diri)

1