Penggunaan dan Manfaat Tumbuhan dari Poh

Penggunaan dan Manfaat Tumbuhan dari Pohon Arak
Salvadora persica
Arak adalah pohon yang paling penting di jazirah Arab. Pohon ini sering
pula disebut dengan syajar al-Miswak karena ranting dan akarnya digunakan
untuk bersiwak (menyikat gigi). Arak juga terkenal sebagai pohon khardal,
karena buahnya yang dapat dimakan berbau khardal (biji sawi/mostar).
Kayu Arak atau yang juga sering dikenal dengan sebutan Siwaak,
deketahui baik dari sudut ilmiah dikenal sebagai spesies Persica Salvadora.
Alorakip adalah semak tahunan dengan ranting lezat biasanya menggantung
atau merambat, dia tumbuh tidak lebih dari empat meter. Pohon Arak ini
mempunyai daun yang berwarna hijau cerah dan tunggal, bunga warna putih
kecil dan buah dalam bentuk kelompok seperti bentuk blueberry, pada
awalnya berwarna hijau kemudian berubah warna merah cerah pada saat
jatuh tempo akan menjadi warna ungu menjadi hitam dan disebut buah Ebat
arak. Akar arak Tanaman panjang membentang di bawah permukaan tanah
dan akar adalah bagian yang digunakan dalam menyikat gigi, yang mana
para pedagang arak kemudian menggali bumi dan mengumpulkan akar
tersebut dalam ukuran yang berbeda dan kemudian dipotong menjadi
ukuran yang berbeda tergantung pada ketebalan, dimana tebal dan tipis,
dan dijual dalam bentuk paket-paket atau ikatan-ikatan, mereka menjualnya
di pasar dan di dekat pintu mesjid dan sekolah (Mimi,2011)

Menurut Ra’ed (1999) Siwak atau miswak berbentuk batang, diambil
dari akar dan ranting segar tanaman al-Arak (Salvadora persica) yang
kebanyakannya tumbuh di kawasan Timur Tengah, Asia dan Afrika. Ia
berdiameter dari 1 cm sehingga 5 cm. Pohon al-Arak adalah pohon yang kecil
seperti belukar dengan batang yang bercabang-cabang, diameternya lebih
dari satu kaki, jika kulitnya dikupas, warnanya agak keputihan dan memiliki
banyak juntaian serat. Akarnya pula berwarna coklat dan bahagian dalamnya
berwarna putih.
Siwak berfungsi mengikis dan membersihkan bahagian dalam mulut.
Batangnya memiliki serat batang yang elastik dan tidak merosakkan gigi
walaupun di bawah tekanan yang keras, bahkan batang siwak yang
berdiameter kecil mempunyai kemampuan yang tinggi untuk menerobos ke
dalam mulut bagi mengeluarkan sisa makanan dari celah-celah gigi dan
menghilangkan plak (Al bayan, 2014)
Kayu arak menjadikan gigi putih dan segar. Ia juga menguatkan gusi,
menambah kekuatan daya ingat, mengeringkan dahak, menajamkan
pandangan mata, meningkatkan nafsu makan, dan menghilangkan sembelit.
Buahnya selain berfungsi sebagai pendorong selera makan, juga digunakan

sebagai obat sakit wasir, limpa, dan demam. Dengan khamth, pohon ini

disebut dalam al-Qur’an (QS. Saba [34]: 16)
Sejak zaman dahulu, manusia telah mengenal beberapa variasi teknik
dalam membersihkan gigi. Antaranya mereka menggunakan bulu ayam, duri
landak, tulang hingga kepada kayu dan ranting-ranting sebagai alat
pembersih gigi. Siwak (Chewing Stick) telah digunakan oleh orang Babilonia
dalam Tamadun Mesopotamia semenjak 7000 tahun yang lalu. Ia kemudian
digunakan pula oleh masyarakat di Yunani dan Rom. Ia juga turut digunakan
oleh kaum Yahudi dan masyarakat dalam empayar Islam (Almas, 1993)
Siwak memiliki pelbagai nama di setiap komuniti manusia. Masyarakat
di Timur Tengah misalnya di Arab Saudi menyebutnya sebagai miswak, siwak
atau al-Arak di Pakistan dan India, ia disebut dengan datan atau miswak.
Manakala di Tanzania disebut miswaki (Almas, 2001)
Penggunaan siwak ini berasal dari tanaman yang berbeza pada setiap
kawasan. Di Timur Tengah, sumber utama yang sering dijadikan siwak ialah
dari pohon al-Arak atau nama saintifiknya Salvadora Persica, di Afrika Barat
ia diambil daripada pohon lemon (the lime tree) (Citrus aurantafolia) dan
pohon jeruk (Citrus sinesis). Akar tanaman Senna (Cassia vinea) digunakan
oleh orang Amerika berkulit hitam (American Negroes), Laburnum (Cassia
sieberianba) digunakan di Sierra Leone serta Neem (Azadiraachta indica)
digunakan secara meluas di benua India.

Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam telah menggunakan akar
dan ranting dari pohon al-Arak (Salvadora persica) yang hanya tumbuh di
kawasan Timur Tengah dan Afrika sebagai alat untuk membersihkan gigi.
Setelah kedatangan Islam, Rasulullah s.a.w. menerimapakai cara
membersihkan gigi ini dan Baginda menetapkan penggunaan siwak
(chewing stick) sebagai sunnah Baginda yang amat digalakkan.
Dr Khalid Almas, seorang Penolong Profesor dan perunding dari
Bahagian Peridontik, Universiti King Saud di Riyad, Arab Saudi banyak
melakukan kajian terhadap siwak ini. Antaranya ialah kajian perbandingan
terhadap tujuh jenis batang kayu sugi (siwak) yang diambil dari pelbagai
kawasan dan jenis seperti Pakistan Neem (Azadirechta indica), Zaitoon (Olea
europaea), Kikar (Accacia arabia), Peelu (Salvadora persica), Ban (Glycosmic
pentaphylla), Khiran (Capparis aphylla) dan Arak (Salvadora persica) yang
diperolehi menerusi pasar terbuka (open market). Enam daripada batang
siwak diambil dari kawasan Punjabi di Pakistan dan spesies Arak dari
kawasan Gizan di Arab Saudi (Almas, 2001)
Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan kayu siwak bagi spesies
al-Arak (Salvadora persica) dari Saudi Arabia dan Kikar (Acacia arabica) dari
Pakistan menunjukkan ia mempunyai fungsi antibakteria Streptococcus


faecalis iaitu sebanyak 50% berbanding dengan spesies lain yang diujikaji.
Menariknya dalam kajian ini, Peelu (Salvadora persica) dari Pakistan, didapati
tidak mempunyai sebarang fungsi antibakteria (Almas, 2001).
Berdasarkan kepada perbincangan yang dilakukan, dapat dirumuskan
bahawa menggosok gigi merupakan amalan yang dilakukan oleh manusia
sejak zaman berzaman lagi. Kedatangan Islam telah mengangkat amalan
murni ini dan menjadikannya sebahagian daripada Sunnah Nabi s.a.w.
Kepentingan dan manfaat dari penerusan amalan ini memang tidak dapat
disangkal lagi, malah menerusi kajian saintifik dan kajian klinikal oleh pakarpakar perubatan khususnya pakar-pakar dalam bidang pergigian
membuktikan bahawa amalan siwak yang menggunakan sumber dari pohon
al-Arak atau nama saintifiknya Salvadora persica terbukti cukup berkesan
untuk menjaga gigi dari sebarang kerosakan dan pereputan.
Jelasnya, siwak merupakan berus semula jadi yang Allah ciptakan
untuk manusia. Penggunaan siwak bukan saja baik untuk kesihatan, tetapi ia
juga ekonomik dan sesuai digunakan oleh seisi keluarga pada bila-bila masa.
Ia adalah berus gigi yang ideal anugerah Allah, yang berbeza dengan
sebarang jenis berus gigi ciptaan manusia.
DAFTAR PUSTAKA
Dr Khalid Almas (1993), “Chewing Stick and its Role in Oral Health”, Journal
Postgraduate Dentist, Vol. 3, 1993, h. 214-218.

Dr Khalid Almas (2001), “The Antimicrobial Effects of Seven Different Types
of Asia Chewing Sticks”, Odonto-Stomatologie Tropicale Journal,
2001, h. 17-20. www.santetropicale.com/resume/49604.pdf 11
Januari 2008.
http://bidan-ummi.blogspot.com/2011/02/kayu-arak-dan-manfaatbersiwak.html Diakses 19 Juni 2014 Jam 3.00
http://albayanjournal.com/view/articles/57/html Diakses 19 Juni 2014 Jam
3.00
Ra’ed I. Al-Sadhan & Dr Khalid Alma (1999), “Miswak (Chewing Stick): A
Cultural and Scientific Heritage”, The Saudi Dental Journal, Vol. 11,
No. 2, 1999, h. 80-87.