Sejarah dan maksud Rukun Negara Malaysia

Sejarah dan maksud Rukun Negara
Malaysia
Tahukah anda, bilakah Prinsip Rukun Negara mula diwujudkan dan kenapa
ianya dibentuk? Dewasa ini, makin ramai yang sudah melupakannya,
hinggakan ada yang tidak tahu apa itu Rukun Negara. Kita perlu membaca
sejarah supaya kita faham tentang kewujudannya dan mengunapakai
prinsip-prinsip tersebut didalam kehidupan seharian kita di Malaysia.
Rukun Negara
Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dan berbagai corak; dan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden.
Maka Kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsipprinsip berikut:



Kepercayaan Kepada Tuhan



Kesetiaan Kepada Raja dan Negara



Keluhuran Perlembagaan



Kedaulatan Undang-undang



Kesopanan dan Kesusilaan

1


Bilakah Rukun Negara mula digunapakai


Prinsip Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan
AgongSeri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni
Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 31 Ogos 1970, iaitu sempena
ulang tahun ke-13 kemerdekaan Malaysia.

Kenapa Rukun Negara dibentuk


Selepas Malaysia Merdeka dan negara mula dibangunkan, sedikit
demi sedikit terdapat jurang antara kemewahan bandar dan
kemiskinan

desa,

kemewahan

orang


bukan

Melayu

dengan

kesempitan hidup orang Melayu yang menyebabkan rasa tidak
puashati di antara rakyat. Ini menyebabkan beberapa kekacauan serta
perbalahan yang melibatkan kaum berlainan berlaku di beberapa
kawasan di Tanah Melayu. Apabila berlakunya peristiwa berdarah 13
Mei 1969, kerajaan melihat perlunya satu formula untuk mengatasi
masalah ini.


Di antara Objektif Rukun Negara adalah untuk mencapai perpaduan
yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat, mencipta satu
masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama.




Majlis Perundangan Negara yang dipengerusikan oleh Allahyarham
Tun Abdul Razak bin Hussein (merangkap Pengarah MAGERAN)
telah ditubuhkan di bawah Undang-undang Darurat yang diwartakan
pada 29 Januari 1970, hasil daripada mesyuarat MAGERAN yang
mentadbir negara ketika itu. Ianya di anggotai oleh Pengerusi, tiga
orang menteri (Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman,
2

mendiang Tun Tan Siew Sin dan mendiang Tun V.T Sambanthan ),
wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada parti politik.



Majlis Perundingan Negara bertanggungjawab menjadi pemikir dalam
merangka perpaduan negara dan mencari satu cara yang mampu
untuk mengatasi garis pemisah antara kaum. Dengan itu, maka
lahirnya satu ideologi kebangsaan yang baru iaitu Rukun Negara yang
digubal sebagai falsafah negara dan pendekatan baru ke arah

mewujudkan sebuah negara bangsa yang stabil. Selain itu, Majlis
Perundangan

Negara

juga

mula

menggunakan

tema

untuk

menyambut kemerdekaan pada setiap tahun sebagai langkah
mengekalkan semangat cintakan negara dan memupuk keharmonian
kaum.
Penjelasan Maksud 5 Prinsip Rukun Negara
a) Kepercayaan kepada Tuhan



Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang
kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan
menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara
yang berdaulat.



Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah
agama

rasmi

Persekutuan,

tetapi

agama


dan

kepercayaan-

kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di
mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membezabezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah
dilarang sama sekali.

3



Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya
agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia.
Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan
juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya
keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama
masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam
Rukun Negara.


b) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara


Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang diPertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja
juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi
negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan
Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.



Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap
warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan
ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di
peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia
kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin
tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

c) Keluhuran Perlembagaan



Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankankeluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi.
Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara
ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap
4

warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta
memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah
pembentukan Perlembagaan Negara.


Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua
kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan
satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu
gugat

oleh


mana-mana

individu

atau

mana-mana

pihak.

Perlembagaan



Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi
rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang
berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan
hak sosio-ekonomi rakyat.
d) Kedaulatan Undang-Undang



Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap
rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi
terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara
berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu
diterima

dan

dipertahankan.

Tanpa

undang-undang,

hidup

bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undangundang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan
berwibawa.

Setiap

negara

memerlukan

undang-undang

untuk

mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan
makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan
anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa
sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan
merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan
bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara
5

sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari
kebebasan yang ijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak
menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan
cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
e) Kesopanan dan Kesusilaan


Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah
laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga
negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen



Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu
yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan
amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain
dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.



Sikap

bersopan

santun

dan

bersusila

patut

diamalkan

bagi

membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta
bermoral

tinggi

yang

akan

membantu

mewujudkan

sebuah

masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk
tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung
perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga
mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua
kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi
panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan
berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
Kesimpulan


Sebagai rakyat Malaysia sewajarnya lebih bersatu-padu. Namun,
hakikatnya, pada ketika ini kebanyakkan dari kita mempunyai sifat

6

perkauman yang tinggi. Sifat toleransi di antara kaum dan agama juga
sudah semakin luntur.


Ramai rakyat yang tidak lagi melihat kepentingan Rukun Negara pada
masa ini. Di dalam keadaan kita menuju kemajuan, ianya dilupakan
sebagai salah satu alat yang membantu rakyat Malaysia bersatu-padu
suatu ketika dahulu. Ia sepatutnya bukan setakat dibaca sahaja tetapi
juga di amalkan didalam kehidupan seharian kita.

7