modul inkuiri sains tahun 5 - Sumber Pendidikan

 

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

MODUL

PENDEKATAN INKUIRI
MELALUI
KEMAHIRAN PROSES
SAINS
TAHUN 5

2014

Cetakan Pertama 2014
© Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan
cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara

lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

KANDUNGAN
Muka Surat
Rukun Negara

v

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

vi

Falsafah Pendidikan Sains Negara

vii

Prakata


viii

Latar Belakang

1

Matlamat

2

Objektif

2

Kemahiran Proses Sains

Memerhati

7


Mengelas

23

Mengukur dan Menggunakan Nombor

29

Meramal

35

Membuat Inferens

43

Berkomunikasi

53


Menggunakan Perhubungan Ruang
dan masa

65

Mentafsir data

75

Mendefinisi secara operasi

85

Mengawal pemboleh ubah

95

Membuat hipotesis

103


Mengeksperimen

111

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung
cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih
erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara
yang akan dapat dinikmati bersama secara adil
dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dan berbagai-bagai
corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk

mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsipprinsip yang berikut:







KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

ŝ

Selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan,
pendidikan sains di Malaysia
memupuk budaya Sains dan
Teknologi dengan memberi
tumpuan kepada perkembangan
individu yang kompetitif, dinamik,

tangkas dan berdaya tahan serta
dapat menguasai ilmu sains dan
keterampilan teknologi.

ŝ

PRAKATA
3HODNVDQDDQ.665GDODPWUDQVIRUPDVLNXULNXOXPPHPEHULSHQHNDQDQNHSDGDSHQJHWDKXDQ
GDQNH PDKLUDQ6 HODLQGDU LL WXVW UDWHJLSH QJDMDUDQGD QSH PEHODMDUDQ\ DQJEHU NHVDQGDQ 
VHVXDLGH QJDQNHK HQGDNSH QGLGLNDQP DVD NLQL GDQP DVDGH SDQM XJDWXU XWGL EHULSHU KDWLDQ
GDODPPHQJKDVLONDQ LQVDQ\DQJEHUSHPLNLUDQNULWLVDQDOLWLVNUHDWLIGDQLQRYDWLIVHVXDLGHQJDQ
KDVUDW.665
.XULNXOXP6DL QV.6 65PH PEHULSHQ HNDQDQNH SDGDS HQJXDVDDQNH PDKLUDQVDL QWLILNL DLWX
NHPDKLUDQPDQLSXODWLIGDQ NHPDKLUDQSURVHVVDLQV3HQHUDSDQNHWLJDWLJDNRPSRQHQLQLWLGDN
GLMDODQNDQVHFDU DEHU DVLQJDQWH WDSLL DQ\DKDU XVODK GLMDODQNDQV HFDUDE HULULQJDQ6H EDJDL
XVDKDG DODPP HPEDQWXJ XUX PHPDKDPLG DQP HQHUDSNDQNH PDKLUDQSU RVHVVDL QVVH PDVD
SHQJDMDUDQGDQSHPEHODMDUDQ%DKDJLDQ3HPEDQJXQDQ.XULNXOXPWHODKPHQJKDVLONDQPRGXO
LQLGDODPPHQGHGDKNDQJXUXVWUDWHJL\DQJEROHKGLJXQDNDQ
0RGXOL QL EROHK PHPEDQWXJ XUX GDODP PHPSHOEDJDLNDQND HGDKSH QJDMDUDQGD Q
SHPEHODMDUDQ\ DQJEHU NHVDQG DQP HQ\HURQRNNDQGDO DP PHQHUDSNDQNH PDKLUDQSU RVHV

VDLQVNHSDGDPXULGPHUHND
%DKDJLDQ3 HPEDQJXQDQ. XULNXOXP PHUDNDPNDQVHWL QJJLWLQJJLSHQJ KDUJDDQ GDQW HULPD
NDVLKNHSDGDVHPXD\DQJWHUOLEDWGHQJDQSHQ\HGLDDQPRGXOGDQMXJDPHUHND\DQJPHQJXML
ULQWLVPRGXOLQL6HPRJDPRGXO\DQJGLKDVLONDQLQLGDSDWGLPDQIDDWNDQROHKVHPXDSLKDN\DQJ
EHUNHSHQWLQJDQ

3HQJDUDK
%DKDJLDQ3HPEDQJXQDQ.XULNXOXP
.HPHQWHULDQ3HODMDUDQ0DOD\VLD

YLLL

  

             LATAR
     

BELAKANG

Matlamat kurikulum Sains sekolah rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan ilmu

pengetahuan sains, kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Adalah
diharapkan murid
ini akan menjadi individu yang akan menyumbang ke arah
pwembentukan masyarakat berbudaya sains dan teknologi, bersifat ikram, dinamik,
progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi penciptaan alam.
Sains di peringkat sekolah rendah menekankan pendekatan inkuiri melalui pelbagai aktiviti
bagi membolehkan murid memperoleh pengetahuan tentang sesuatu konsep. Sekiranya
murid dilibatkan dalam aktiviti ini secara aktif, ia akan menimbulkan minat dan
keseronokan dalam mempelajari sains. Ia juga menjuruskan murid ke arah pemikiran yang
kritis, analitis, kreatif dan inovatif sesuai dengan hasrat KSSR.
Guru yang mengamalkan pendekatan yang berorientasikan “memberitahu” akan
menghasilkan murid yang hanya berkemahiran mengikut arahan tanpa memahami apa
yang mereka lakukan. Jika keadaan ini berlaku, hasrat kurikulum yang menghasilkan
murid yang menguasai kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir akan gagal, kerana
murid yang dihasilkan hanya murid hanya tahu mengikut arahan tanpa boleh berfikir
secara kritis, kreatif dan inovatif.
Cabaran utama yang perlu ditangani dalam merealisasikan hasrat untuk meningkatkan
penguasaan kemahiran saintifik adalah kefahaman guru itu sendiri tentang kemahiran
proses sains serta keupayaan mereka mengaplikasikannya dalam pengajaran dan
pembelajaran. Guru-guru sains yang terlatih faham dan tahu tentang kemahiran proses

sains tetapi mereka menghadapi masalah dalam menerapkan kemahiran ini kepada murid
mereka.
Penguasaan murid dalam kemahiran proses sains boleh diterapkan melalui pelbagai
pendekatan mengikut kesesuaian dan dirancang dengan teliti oleh guru. Salah satu
pendekatan yang baik dalam menerapkan kemahiran proses sains ini adalah pendekatan
berorientasikan proses yang mana murid itu sendiri mendapatkan pengetahuan sains
melalui proses yang mereka lalui. Murid seharusnya sedar apa yang mereka lakukan
(metakognisi) supaya mereka berupaya menggunakan kemahiran ini dalam situasi yang
lain juga.
Dokumen Standard Kurikulum Sains Tahap 2 KSSR dalam transformasi kurikulum,
mengandungi tema Pengenalan kepada Sains dalam kurikulum sains yang menjadikan
setiap kemahiran proses sains sebagai standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh
murid secara eksplisit. Modul ini merupakan satu usaha Bahagian Pembangunan
Kurikulum dalam merealisasikan hasrat yang tersurat dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tahun 5. Modul ini memberi penjelasan tentang
kemahiran proses sains untuk dijadikan panduan kepada guru dalam merangka dan
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains yang berorientasikan penguasaan
kemahiran proses sains dan lembaran kerja untuk murid.


 

Modul Pendekatan Inkuiri melalui Penguasaan Kemahiran Proses Sains bagi Tahun 5 ini
merangkumi semua kemahiran proses sains seperti yang tersurat di dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tahun 5 iaitu memerhati, mengelas, mengukur
menggunakan nombor, membuat inferens, meramal, berkomunikasi, menggunakan
perhubungan ruang dan masa, mentafsir maklumat, mendefinisi secara operasi,
mengawal pembolehubah, membuat hipotesis dan mengeksperimen.

MATLAMAT
Modul ini digubal dengan tujuan untuk memberi penjelasan tentang kemahiran proses
sains bagi membantu guru dalam menerapkan kemahiran proses sains dengan lebih
berkesan supaya murid boleh menguasainya.

OBJEKTIF
Selepas menggunakan modul ini:
Guru dapat:
x Memahami pengertian setiap kemahiran proses sains.
x Mengetahui ciri-ciri bagi setiap kemahiran proses sains
x Merangka strategi pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan penguasaan
kemahiran proses sains supaya murid sedar kemahiran yang sedang dipelajari.
Selepas menjalankan aktiviti yang terdapat dalam modul ini:
Murid dapat
x Menguasai kemahiran proses sains.
x Meyedari proses yang berlaku semasa mereka menjalankan kemahiran proses
sains.
x Membuat penilaian kendiri tentang pemahaman mereka kemahiran proses sains
yang mereka jalankan.
  

             PENERANGAN
     

MODUL

Kandungan modul ini telah direkabentuk mengikut setiap kemahiran proses sains. Di
dalam setiap kemahiran proses sains, penulisan modul ini disusun mengikut format
berikut: 
PETUNJUK:
Dalam
bahagian
ini,
dinyatakan
ciri-ciri
yang
merupakan petunjuk kepada
kemahiran proses sains yang
sedang dikuasai oleh murid.
Ia juga menjadi panduan
kepada guru untuk melihat
sama
ada
mereka
menerapkan
kemahiran
proses
sains
yang
dihasratkan dengan betul.
Petunjuk ini jugak boleh
digunakan oleh murid untuk
membuat penilaian kendiri
tentang penguasaan mereka.


 

CADANGAN PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN:
Dalam bahagian ini, dikemukakan
contoh rancangan pengajaran
sebagai panduan untuk guru
melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran
bagi
mencapai
sesuatu kemahiran proses sains.
Rancangan pengajaran harian ini
ditulis dalam format seperti mana
yang telah dicadangkan dalam
KSSR. Penggunaan format ini
akan memudahkan guru menulis
rancangan pengajaran harian
mereka di dalam buku rekod
mengajar.
Ia
juga
sebagai
panduan untuk guru merangka
starategi
pengajaran
dan
pembelajaran yang lain yang
berorientasikan
penguasaan
kemahiran proses sains.
tentang penguasaan mereka.

Kandungan modul ini telah direkabentuk mengikut setiap kemahiran proses sains. Di
dalam 
LEMBARAN:
Dalam bahagian ini, disediakan Lembaran Penyiasatan dan Lembaran Kerja.
Lembaran Penyiasatan digunakan oleh murid dalam menjalankan
eksperimen atau aktiviti. Manakala Lembaran Kerja disediakan untuk murid
menguji tahap kefahaman mereka sendiri terhadap kemahiran proses sains.
Kedua-dua jenis lembaran ini boleh digunakan sebagai instrumen untuk
menjalankan pentaksiran berasaskan sekolah kerana ianya dibina
berdasarkan standard pembelajaran yang terdapat di dalam dokumen
standard kurikulum.

PENILAIAN KENDIRI:
Dalam bahagian ini, satu pernyataan dikemukakan bagi membuat rumusan tentang apa yang
telah murid pelajari. Ia juga merupakan refleksi kepada murid berkaitan kefahaman mereka
tentang kemahiran proses sains yang mereka jalankan pada hari itu. Di akhir aktiviti yang
dijalankan, murid boleh membuat penilaian kendiri tentang pembelajaran mereka pada hari itu.

PENILAIAN KERJA AMALI:
Dalam bahagian ini, konstruk penilaian PEKA disediakan untuk tujuan penilaian PEKA secara
serentak selepas satu-satu kemahiran proses sains itu diajar. Ini dapat membantu guru dalam
menjalankan PEKA.


 





























%$%
0(0(5+$7,




KEMAHIRAN PROSES
SAINS

MEMERHATI

Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk
mengumpulkan maklumat tentang objek atau fenomena.
PETUNJUK

x Menggunakan deria dengan berkesan.

x Mengenal pasti ciri umum sekumpulan item.

x mengenal ciri yang ganjil atau yang mempunyai kelainan

x Memperihal perbezaan dan persamaan yang dikesan.
x Memperihal perubahan yang berlaku.

x Mengenal pasti pola atau tertiban fenomena yang berlaku.

x Menggunakan alat bagi membantu deria untuk membuat kajian terperinci.
CADANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CONTOH 1
Tema/Tajuk

:

Proses hidup haiwan

Masa

:

60 minit

Standard Kandungan
3.3 Kemandirian spesies
haiwan.

Standard
Pembelajaran :

3.3.1 dan 3.3.2

Objektif
Pembelajaran :

Di akhir pembelajaran murid dapat:
1. Menggunakan deria dengan berkesan
cara haiwan memastikan kemandirian
spesiesnya.
2. Mengenal pasti ciri umum sekumpulan

item bagi memastikan kemandirian
spesiesnya.
Aktiviti :
1. Guru mengemukakan dua keping gambar.
a) Gambar 1 penyu sedang menimbus telurnya.
b) Gambar 2 ayam sedang mengeram telurnya.
2. Murid menjana idea tentang gambar yang mereka
lihat.
7

Standard Pembelajaran
3.3.1 Menyatakan
kemandirian spesies ialah
keupayaan haiwan untuk
mengekalkan spesiesnya
bagi mengelakkan
kepupusan.
3.3.2 Mengenal pasti cara
haiwan yang bertelur
memastikan kemandirian
spesiesnya melalui
pemerhatian menerusi
pelbagai media. Cara
kemandirian seperti:
x menyembunyikan telur
contoh penyu;
x bertelur banyak contoh
ikan, nyamuk, penyu;
x telur diselaputi lendir
contoh katak;
x mengeram telur contoh
ayam, penguin,burung;
x menjaga telur contoh ular,
burung, buaya.

3. Guru bersoal jawab bersama murid tentang keperluan haiwan memastikan
kemandirian spesiesnya.
i) Mengapakah penyu menimbuskan telurnya?
ii) Mengapakah ayam mengeramkan telurnya?
iii) Apakah yang akan berlaku jika penyu tidak menimbuskan telurnya?
4. Murid dibimbing untuk menjelaskan keperluan haiwan memastikan kemandirian
spesiesnya.
5. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan, setiap kumpulan akan menjalankan
aktiviti berdasarkan arahan yang diberikan oleh guru.
6. Setiap kumpulan diberikan 3 jenis haiwan. Selepas itu murid diarahkan untuk
mengakses cara haiwan tersebut memastikan kemandirian spesiesnya melalui
internet.
7. Selepas itu setiap kumpulan dikehendaki membentangkan cara-cara haiwan
tersebut memastikan kemandirian spesiesnya.
Contoh haiwan memyembunyikan telur ialah seperti penyu, buaya dan belalang.
8. Murid dibimbing untuk membuat kesimpulan terhadap keupayaan haiwan untuk
mengekalkan spesiesnya supaya sentiasa terus hidup.
9. Guru bersoal jawab dengan murid bagaimana cara mereka mengumpulkan
maklumat.
i) Apakah deria yang dugnakan untuk mengumpul maklumat tadi?
ii) Bagaimana kamu gunakan deria tersebut?
10. Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan.

EMK

: kreativiti dan inovasi

Bahan Bantu Belajar

: gambar, media elektronik

Penilaian PdP

: lembaran kerja

8

LEMBARAN KERJA
Tajuk

: Memahami kemandirian spesies haiwan

Arahan 1

: Nyatakan contoh haiwan berdasarkan cara
haiwan memastikan kemandirian spesies.

Cara haiwan memastikan
kemandirian

Haiwan

1. Menyembunyikan telur

menggunakan
pelbagai deria dengan
berkesan.

2. Bertelur banyak
3. Telur berselaputi lendir

mengenal pasti ciri
umum sekumpulan item.

4. Mengeram telur

mengenal ciri yang
ganjil atau yang
mempunyai kelainan.

5. Menjaga telur

Arahan 2

Saya dapat membuat
pemerhatian dengan:
WDQGDNDQ¥ pada yang
bahagian yang
berkenaan)

:Lakarkan cara haiwan bertelur memastikan
kemandirian spesiesnya.

memperihalkan
perbezaan dan
persamaan yang dikesan.
memperihalkan
perubahan yang berlaku
secara kuantitatif dan
kualitatif
mengenal pasti
pola atau tertiban
fenomena yang berlaku
menggunakan alat
bagi membantu deria
untuk membuat kajian
terperinci.

9

LAMPIRAN

Gambar 1

Gambar 2

10

Gambar 3

Gambar 4

11

Gambar 5

Gambar 6

12

Gambar 7

Gambar 8

13

CADANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CONTOH 2
Standard Kandungan
3.3 Kemandirian spesies
haiwan.
Standard Pembelajaran
3.3.3 Mengenal pasti cara
haiwan menjaga anak untuk
memastikan kemandirian
spesiesnya melalui
pemerhatian menerusi
pelbagai media. Cara
kemandirian seperti:
x menyusukan anak contoh
kucing, harimau, lembu;

Tema/Tajuk

:

Proses hidup haiwan

Masa

:

60 minit

Standard
Pembelajaran :

3.3.3, 3.3.4 dan 3.3.5

Objektif
Pembelajaran :

Di akhir pembelajaran murid dapat:
1. Menamakan haiwan dan cara haiwan
menjaga anaknya.
2. Mengitlak kepentingan kemandirian

x memberi naka makan
contoh burung, singa;
x membawa anak dalam
kantung contoh kanggaru;

x bergerak dalam kumpulan
contoh gajah, burng
layang-layang;

x membawa anak dalam
mulut contoh buaya, ikan
talapia;

x menyerang apabila
anaknya diganggu contoh
ayam, kucing.
3.3.4 Mengitlak
kepentingan kemandirian
spesies haiwan.
3.3.5 Menjelaskan
pemerhatian melalui
lakaran, TMK, penulisan
atau lisan

spesies haiwan.
Aktiviti :
1. Guru menunjukkan tayangan video ibu kucing
menyelamatkan anaknya
( guru boleh menggunakan video lain yang berkaitan)
2. Murid menjana idea tentang gambar yang mereka lihat.
3. Guru bersoal jawab bersama murid tentang situasi
dalam video.

i)

Namakan haiwan yang dapat kamu perhatikan.

ii) Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh anak
kucing tersebut?
iii) Siapakah yang membantu anak kucing tersebut?
iv) Apakah tujuan ibu kucing mengangkat anaknya?
4. Guru menyatakan terdapat pelbagai cara haiwan
memastikan kemandirian spesiesnya.
5. Murid dibahagikan kepada lima atau enam kumpulan,
setiap kumpulan akan diberikan beberapa keping
gambar haiwan dengan anaknya.
6. Murid dikehendaki membuat pemerhatian dan
membincangkan bagaimana cara haiwan tersebut
menjaga anaknya.
7. Murid menampal gambar haiwan tersebut pada kad
manila dan menuliskan cara haiwan tersebut menjaga
anaknya.
8. Wakil setiap kumpulan dikehendaki melaporkan hasil
perbincangan mereka dan menampal kad manila di papan
hitam.

14

9. Guru bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti yang telah dijalankan.
i) Namakan haiwan yang terdapat dalam gambar.
ii) Apakah yang sedang dilakukan oleh ibu pada anaknya
ii) Apakah yang akan berlaku jika haiwan tidak menjaga anaknya?
iii) Apakah yang akan terjadi apabila semua anak kucing mati?
10.Guru membimbing murid untuk membuat kesimpulan bahawa
setiap haiwan mempunyai cara menjaga anaknya untuk
memastikan kemandirian spesis.
11. Guru bersoal jawab dengan murid bagaimana cara mereka mengumpulkan
maklumat.
i) Apakah deria yang dugnakan untuk mengumpul maklumat tadi?
ii) Bagaimana kamu gunakan deria tersebut?
120XULGPHQ\DQ\LNDQODJXµLEXD\DPGLNHMDUPXVDQJ¶GDQ
melengkapkan lembaran kerja.
EMK

: TMK, kreativiti dan inovasi

Bahan Bantu Belajar

: gambar, muzik, video, kad manila dan radio

Penilaian PdP

: lembaran kerja

15

LEMBARAN KERJA

Saya dapat membuat
pemerhatian dengan:
WDQGDNDQ¥ pada yang
bahagian yang
berkenaan)

Tajuk

: Mengenal pasti cara haiwan menjaga
anak untuk memastikan kemandirian
spesiesnya.

Arahan

: Suaikan haiwan dengan cara menjaga
anak.

menggunakan
pelbagai deria dengan
berkesan.

meletakkan anak di
dalam mulut

mengenal pasti ciri
umum sekumpulan item.
mengenal ciri yang
ganjil atau yang
mempunyai kelainan.

bergerak dalam
kumpulan

memperihalkan
perbezaan dan
persamaan yang dikesan.
memperihalkan
perubahan yang berlaku
secara kuantitatif dan
kualitatif
mengenal pasti pola
atau tertiban fenomena
yang berlaku

membawa anak dalam
kantung

menggunakan alat
bagi membantu deria
untuk membuat kajian
terperinci.

memberi anaknya
makan

16

LAMPIRAN

Gambar 1

Gambar 2

17

Gambar 3

Gambar 4

18

Gambar 5

Gambar 6

19

PENILAIAN KERJA AMALI

KONSTRUK

MARKAH

KRITERIA
K1- Menyatakan ciri±ciri objek
dan situasi dengan tepat
menggunakan kelima ± lima
deria.
K2- Menyatakan ciri ± ciri objek
dan situasi dengan tepat

Memerhati

4

menggunakan alat yang betul
untuk membantu deria.
K3- Menyatakan ciri ± ciri objek
dan situasi dengan jujur.

3

K4- Menyatakan ciri ± ciri objek
dan situasi berdasarkan urutan
yang betul.
K1, K2 dan K3

2

K1 dan K2

1

K1 dengan bimbingan
SKOR

20

PENCAPAIAN
(/) atau (x)



























%$%
0(1*(/$6




KEMAHIRAN PROSES
SAINS

MENGELAS

Menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau
fenomena berdasarkan ciri yang sama.
PETUNJUK

x Mengumpul berdasarkan ciri sepunya.

x Menerangkan ciri sepunya yang digunakan untuk pengelasan.
x Menggunakan ciri lain untuk mengumpul objek.

x Mengumpulkan objek-objek dalam pelbagai cara sehingga peringkat terakhir.
CADANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Tema/Tajuk
Masa

:
:

Standard Kandungan
5.2 Tenaga boleh dibaharui
dan tidak boleh dibaharui.

Tenaga
60 minit

Standard
Pembelajaran : 5.2.3 dan 5.2.4
Objektif
Di akhir pembelajaran murid dapat:
Pembelajaran : 1. Menyenaraikan sumber tenaga yang
boleh diperbaharui.
2. Menyenaraikan sumber tenaga yang
tidak boleh diperbaharui.
3. Mengumpul sumber tenaga
berdasarkan ciri sepunya.
4. Menyatakan ciri sepunya bagi sumber
tenaga.
Aktiviti :
1. Guru menayangkan video perlumbaan kereta yang
menggunakan petrol dan sel solar .
2. Berdasarkan pemerhatian, kereta yang
menggunakan petrol berhenti manakala kereta yang
menggunakan sel solar masih bergerak.

23

Standard Pembelajaran
5.2.3 Menyenaraikan
sumber tenaga boleh
dibaharui seperti angin,
cahaya matahari, hujan,
biojisim dan ombak.
5.2.4 Menyenaraikan
sumber tenaga tidak boleh
dibaharui seperti
petroleum, arang batu dan
bahan nuklear.

3.Guru bersoal jawab dengan murid.
i)

Mengapakah kereta yang menggunakan petroleum berhenti bergerak?

ii)

Mengapakah kereta yang menggunakan sel solar masih bergerak?

4.Murid dibimbing untuk menyatakan ada tenaga yang boleh habis apabila
digunakan dan ada yang tidak akan habis.
5.Guru membuat penjelasan terdapat tenaga yang boleh dibaharui dan tenaga yang
tidak boleh dibaharui.
6.Murid dibahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki
menyenaraikan sumber tenaga yang telah dipelajari.
7.Berdasarkan hasil aktiviti yang dijalankan, murid dikehendaki mengumpulkannya
sumber tenaga berdasarkan ciri sepunya.
8.Murid membentangkan hasil aktiviti yang dijalankan.
9.Guru bersoal jawab dengan murid tentang pengelasan yang mereka lakukan.
i) Bagaimanakah kamu mengumpulkan sumber tenaga?
ii) Mengapakah kamu kumpulkan sumber-sumber tenaga dalam kumpulan
tersebut?
iii) Nyatakan ciri sepunya yang kamu gunakan?
10. Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan.

EMK

: kreativiti dan inovasi, TMK

Bahan Bantu Belajar

: video

Penilaian PdP

: lembaran kerja

24

LEMBARAN KERJA
Tajuk

: Sumber tenaga

Arahan

: Lengkapkan carta pengelasan di bawah.

 

SUMBER
TENAGA

Saya dapat membuat
pengelasan dengan:
WDQGDNDQ¥ pada yang
bahagian yang
berkenaan)

 

menyatakan ciri
sepunya.

 

mengumpul
berdasarkan sifat sepunya.

Petroleum

Matahari
menggunakan ciri
lain untuk megumpul
objek.
mengumpulkan
objek­objek dalam
pelbagai cara sehingga
peringkat terakhir.

25

PENILAIAN KERJA AMALI

KONSTRUK

MARKAH

KRITERIA
K1- mengasingkan objek atau
peristiwa berdasarkan sifat atau
ciri sepunya pada satu peringkat.
K2- Menyatakan persamaan dan
perbezaan sifat fizikal objek yang
dikelaskan. .

Mengelas

4

K3- Menyatakan sifat atau ciri
sepunya yang digunakan dalam
setiap peringkat.

3

K4-Mengasingkan objek atau
peristiwa berdasarkan sifat atau
ciri sepunya sehingga peringkat
akhir.
K1, K2 dan K3

2

K1 dan K2

1

K1 dengan bimbingan
SKOR

26

PENCAPAIAN
(/) atau (x)



























%$%
0(1*8.85'$1
0(1**81$.$1120%25




KEMAHIRAN PROSES
SAINS

MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR

Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor serta alat
berunit piawai atau yang diseragamkan sebagai unit rujukan.
PETUNJUK
x Mengira dengan mudah.

x Mengira dan membandingkan bilangan item di dalam kumpulan yang berlainan.
x Mengenali pola di dalam jadual-jadual nombor.

x Menggunakan nombor untuk merekod fenomena.

x Membandingkan objek-objek menggunakan nombor.
x Mencatat bacaan dengan tepat.

x Menggunakan alat dengan betul.
x Mencatat unik dengan betul

x Memilih dan menggunakan unit piawai

x Membanding masa, jarak, luas dan isipadu menggunakan unit yang berkaitan.
x Menentukan kejituan ukuran tertentu.

x Menggunakan skala dan menerangkan nisbah.
CADANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Tema/Tajuk
Masa

Standard Kandungan
7.2 Litar elektrik lengkap .

: Elektrik
:

60 minit

Standard Pembelajaran
7.2.4 Melakarkan
gambarajah litar elektrik
menggunakan simbol.

Standard
Pembelajaran : 7.2.4 dan 7.2.5
Objektif
Di akhir pembelajaran murid dapat:
Pembelajaran : 1. Melakar gambarajah litar elektrik
menggunakan symbol.
2. Menghubungkait bilangan sel kering
dan mentol dengan kecerahan mentol
dalam litar lengkap.

29

3.3.2 Mengeksperimen
untuk membezakan
kecerahan mentol dalam
litar lengkap dengan
mengubah bilangan mentol
atau bilangan sel kering.

Aktiviti :
1.

Guru menyediakan peralatan seperti wayar, sebiji mentol, 3 biji sel kering, suis,
pemegang mentol, pemegang bateri

2.

Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan dan diminta membina litar lengkap
menggunakan peralatan yang telah disediakan.

3.

Guru mengarahkan murid merancang eksperimen untuk menguji kecerahan
mentol.
i)

4.

Apa yang perlu kamu lakukan untuk mengubah kecerahan mentol?

Guru membantu murid membina hipótesis berdasarkan jawapan yang diberikan
oleh murid.

5.

Murid menjalankan penyiasatan untuk menguji hipotesis yang dibina.

6.

Murid merekod hasil penyiasatan dalam jadual seperti di lembaran penyiasatan

7.

Murid mendemonstrasi hasil dapatan mereka di hadapan kelas.

8.

Murid membuat lembaran kerja secara individu.

EMK

: kreatif dan kritis

Bahan Bantu Belajar

: mentol, wayar, sel kering, pemegang bateri, pemegang
mentol

Penilaian P&P

: lembaran penyiasatan

30

LEMBARAN PENYIASATAN 1
Tajuk

:Siapa lebih terang

Arahan
:
1. Bina satu litar lengkap.
2. Gunakan satu sel kering. Perhatikan kecerahan mentol.
Catakan pemerhatian.
3. Ulang langkah 2 menggunakan 2 sel kering.
4. Ulang langkah 2 menggunakan 3 sel kering
5. Rekodkan hasil penyiasatan di dalam jadual di bawah.
Bilangan sel kering

Saya telah boleh:
WDQGDNDQ¥ pada yang
bahagian yang
berkenaan)
mengenali pola di
dalam jadual.

Kecerahan mentol

menggunakan
nombor untuk merekod
keputusan penyiasatan.
mengira dan
membandingkan bilangan
item di dalam kumpulan
yang berlainan.
mencatat bacaan
dengan tepat.

6. Lukis menggunakan simbol litar lengkap yang anda bina.

7. Jawab soalan di bawah.
a. Nyatakan corak perubahan kecerahan mentol apabila
bilangan sel kering ditambah. .........................
b. Mentol paling cerah apabila ............ sel kering digunakan.
c. Tuliskan kesimpulan kamu berdasarkan penyiasatan yang
telah kamu buat.
Kesimpulan:
i)

Semakin

..........................

bilangan

sel

kering,semakin ....................... kecerahan mentol.
ii)

Jika sel kering ........................
mentol juga bertambah.
31

maka kecerahan

PENILAIAN KERJA AMALI

KONSTRUK

MARKAH

KRITERIA
K1- Menggunakan radas yang
betul untuk mengukur kuantiti.
Contoh: panjang, isipadu, jisim,
masa, suhu dan kelajuan.

Mengukur dan
menggunakan

K2- Catat bacaan
4

nombor

menggunakan nombor dan unit
piawai yang betul.
K3- Catat bacaan secara tepat

3

K4- Menyatakan kenaikan dan
penurunan dalam bacaan.
K1, K2 dan K3

2

K1 dan K2

1

K1 dengan bimbingan
SKOR

32

PENCAPAIAN
(/) atau (x)



























%$%
0(0%8$7,1)(5(16




KEMAHIRAN PROSES
SAINS

MEMBUAT INFERENS

Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar
untuk menerangkan sesuatu perisitwa atau pemerhatian.
PETUNJUK

x

Menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat kesimpulan
awal yang munasabah.

x

Membuat pelbagai tafsiran yang mungkin daripada satu pemerhatian.

CADANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Tema/Tajuk

:

Proses hidup haiwan

Masa

:

60 minit

Standard Kandungan
3.4 Hubungan makanan
antara hidupan

Standard
Pembelajaran :

3.4.6

Objektif
Pembelajaran :

Di akhir pembelajaran murid dapat:
1. Membina rantai makanan di sawah

padi
2. Mengenal pasti pengeluar dalam
siratan makanan.
Aktiviti :
1. Guru menunjukkan gambar pemandangan sawah padi.
Soalan guru
i) Apakah yang kamu perhatikan dalam gambar ini?
Jawapan murid
Kawasan sawah padi
Burung berterbangan
Pokok
ii) Senaraikan hidupan yang terdapat di kawasan
sawah padi.
x

tikus, burung pipit, padi, ular, belalang,
sesumpah, ulat beluncas, helang

35

Standard Pembelajaran
3.4.6 Membina siratan
makanan di pelbagai
habitat seperti kolam,
hutan, padang rumput,
sawah padi dan ladang.

2. Murid membina siratan makanan berdasarkan hidupan yang telah dikenalpasti di
kawasan sawah padi pada kertas mahjong yang disediakan.
3. Guru bersoal jawab dengan murid.
i) Berikan inferens kenapa pengeluar terdiri daripada tumbuhan?
ii)Berikan inferens lain yang boleh menyokong inferens kamu tadi?
iii)Adakah setiap siratan makanan mesti bermula dengan tumbuhan?
iv) Apakah kesimpulan awal yang dapat kamu katakan berdasarkan inferens
yang telah dinyatakan?
v) Apakah maklumat yang kamu gunakan sebelum membuat inferens?
4. Murid menyelesaikan persoalan di lembaran kerja1.
5. Murid menyelesaikan lembaran kerja 2 dan lembaran kerja 3.

EMK

: kreativiti dan inovasi

Bahan Bantu Belajar

: kertas mahjong, gambar

Penilaian PdP

: lembaran kerja

36

LEMBARAN KERJA 1
Tajuk

:Hubungan makanan antara hidupan

Arahan 1
:
1. Bina siratan makanan berdasarkan senarai hidupan di
sawah padi.
2. Jawab soalan di bawah berdasarkan siratan makanan
yang dibina.

Saya dapat membuat
inferens:
WDQGDNDQ¥ pada yang
bahagian yang
berkenaan)
berdasarkan
maklumat daripada
pemerhatian untuk
membuat kesimpulan awal
yang munasabah.
dengan membuat
pelbagai tafsiran yang
mungkin daripada satu
pemerhatian.
memberi penjelasan
yang munasabah dari
pemerhatian saya.

a) Nyatakan pengeluar dalam siratan makanan yang di bina.
____________
b) Berikan inferens tentang kepentingan ular dalam siratan
makanan yang dibina.
_______________________________________________________
_______________________________________________________

37

LEMBARAN KERJA 2
Tajuk

Saya dapat membuat
inferens:
WDQGDNDQ¥ pada yang
bahagian yang
berkenaan)

:Membina Siratan makanan

Arahan 1
:
1. Bina siratan makanan berdasarkan gambar
3. Jawab soalan di bawah berdasarkan siratan
makanan yang dibina.

berdasarkan
maklumat daripada
pemerhatian untuk
membuat kesimpulan awal
yang munasabah.
dengan membuat
pelbagai tafsiran yang
mungkin daripada satu
pemerhatian.
memberi penjelasan
yang munasabah dari
pemerhatian saya.

a) Nyatakan pengeluar dalam siratan makanan yang
telah dibina.
____________________
b) Apakah pemerhatian kamu sekiranya kolam
tersebut dipenuhi dengan sampah sarap?
______________________________
c) Berikan inferens berdasarkan soalan (b)
_________________________________________________

38

LEMBARAN KERJA 3

Tajuk
:Membuat inferens
Arahan 1
:
1. Perhatikan jadual di bawah dan jawab soalan yang
diberikan.
Minggu
Bilangan
ular
Bilangan
tikus

1

2

3

4

5

6

7

8

2

2

2

2

2

2

1

1

40

36

32

28

24

20

18

16

a) Apakah corak perubahan bilangan tikus?
__________________________________________

Saya dapat membuat
inferens:
WDQGDNDQ¥ pada yang
bahagian yang
berkenaan)
berdasarkan
maklumat daripada
pemerhatian untuk
membuat kesimpulan awal
yang munasabah.

b) Berikan inferens bagi perubahan bilangan tikus pada
minggu ke­8.
__________________________________________

dengan membuat
pelbagai tafsiran yang
mungkin daripada satu
pemerhatian.

c) Berikan inferens tentang bilangan ular pada minggu 7.
__________________________________________

memberi penjelasan
yang munasabah dari
pemerhatian saya.

2. Graf di bawah menunjukkan keputusan penyiasatan
yang dijalankan di sebuah padang rumput.

a) Nyatakan pemerhatian penyiasatan ini.
_____________________________________________
b) Berikan inferens perubahan bilangan beluncas
berdasarkan graf di atas.
_____________________________________________
c) Apakah kesan perubahan bilangan beluncas pada
minggu pertama hingga minggu ke­6 terhadap
populasi lain?
_____________________________________________
39

PENILAIAN KERJA AMALI

KONSTRUK

MARKAH

KRITERIA
K1- Menyatakan penjelasan
tentang pemerhatian.
K2- Menyatakan penjelasan lain

Membuat

4

inferens

tentang pemerhatian.
K3- Mencadangkan satu
pemerhatian lain berdasarkan
inferens.

3

K1 dan K2

2

K1

1

K1 dengan bimbingan
SKOR

40

PENCAPAIAN
(/) atau (x)



























%$%
0(5$0$/




KEMAHIRAN PROSES
SAINS

MERAMAL

Membuat jangkaan awal tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan
pengalaman lalu atau berdasarkan data
PETUNJUK

x Menggunakan maklumat yang lalu atau ketika itu untuk menyatakan apa yang
mungkin akan berlaku.

x Menentukan hasil yang mungkin diperolehi daripada sesuatu tindakan.

x Menggunakan pola sebagai bukti bagi membuat unjuran secara eksplicit.

x Mengesahkan satu kenyataan mengenai apa yang akan berlaku atau ditemui
berdasarkan data atau pengalaman yang lalu.

x Mengekstrapolasi atau menyisipkan data untuk membuat ramalan.
CADANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CONTOH 1
Tema/Tajuk

:

Tenaga

Masa

:

60 minit

Standard Kandungan
5.2 Sumber tenaga boleh
dibaharui dan sumber
tenaga tidak boleh
dibaharui.

Standard
Pembelajaran :

5.2.5

Objektif
Pembelajaran :

Di akhir pembelajaran murid dapat:
1. Mengenal pasti tenaga yang boleh
dibaharui dan tenaga yang tidak
boleh dibaharui.
2. Murid dapat meramal apa yang
akan berlaku jika tenaga

tidak

digunakan secara berhemah .
Aktiviti :
1. Murid ditunjukkan gambar/video tentang jenis-jenis
tenaga yang boleh diperbaharu dan jenis-jenis
tenaga yang tidak boleh diperbaharu

43

Standard Pembelajaran
5.2.5 Menaakul kepentingan
penggunaan secara
berhemah untuk sumber
tenaga tidak boleh
dibaharui

2. Murid dikehendaki mengenal pasti jenis-jenis tenaga yang boleh dibaharui
dan jenis-jenis tenaga yang tidak boleh dibaharui.
3. Guru bersoal jawab dengan murid.
i)

Apakah jenis-jenis tenaga yang ditunjukkan di dalam gambar/video
yang ditunjukkan?

ii)

Nyatakan maksud tenaga yang tidak boleh diperbaharu.(imbas
kembali)

iii)

Cadangkan satu langkah untuk mengawal penggunaan tenaga tidak
boleh diperbaharu daripada kehabisan sumber.

iv)

Ramalkan apakah yang akan berlaku jika tenaga yang tidak boleh
diperbaharu diguna tanpa kawalan?

4. Guru mengedarkan kad bergambar kepada murid mengikut kumpulan.Setiap
kumpulan diminta untuk mengelaskan gambar

kepada dua jenis tenaga.

(Lembaran Kerja 1).
5. Guru menerangkan satu contoh bagi setiap jenis berikut:
Jenis 1 : Minyak petroleum
Jenis 2 : Cahaya Matahari
6. Murid membaca pernyataan yang terdapat di dalam Lembaran Kerja 2
Soalan Guru :
i)

Apakah jenis Tenaga 1 dan Jenis tenaga 2.

ii)

Berikan contoh Tenaga 1 dan Tenaga 2 yang digunakan dalam
kehidupan seharian

7. Guru menjana idea murid daripada jawapan yang telah diberikan.
Soalan Guru :
i)

Berapa lamakah minyak petrol dalam kereta boleh digunakan?

ii)

Berapa lamakah bekalan elektrik boleh digunakan?

8. Guru membimbing murid mengumpul maklumat dari hasil perbincangan
dalam bentuk jadual.

Sumber

Masa Digunakan

1. Petroleum
2. Air

44

Baki Kuantiti

9. Rumusan: Cadangkan satu langkah untuk mengawal penggunaan tenaga
tidak boleh diperbaharu daripada kehabisan sumber.
10. Guru bersoal jawab dengan murid.
i)

Bagaimanakah cara kamu membuat ramalan?

ii)

Apakah ramalan lain yang boleh kamu nyatakan jika tenaga yang tidak
boleh diperbaharu digunakan tanpa kawalan?

iii)

Wajarkan ramalan yang telah kamu nyatakan.

EMK

: kreativiti dan inovasi

Bahan Bantu Belajar

: kad bergambar/ video

Penilaian PdP

: lembaran kerja

45

LEMBARAN KERJA 1

Panel solar

Tajuk

: Jenis Tenaga

Arahan 1

: Gunting kad gambar dan lekatkan
gambar mengikut jenis tenaga yang
telah dipelajari.

Tenaga boleh dibaharui

Kincir angin

Arang batu

Tenaga boleh dibaharui

Stesen janakuasa
hidro

Reaktor nuklear

Pelantar minyak
46

LEMBARAN KERJA 2
Tajuk

:Jenis tenaga

Arahan

:Baca pernyataan berikut kemudian
lengkapkan
jadual di bawah.
Saya telah membuat
ramalan berdasarkan:
WDQGDNDQ¥ pada yang
bahagian yang
berkenaan)

Penggunaan jenis tenaga dalam satu hari
Minyak petrol di dalam kereta boleh digunakan selama 10
jam
Tenaga elektrik yang digunakan di rumah boleh digunakan
secara berterusan.

maklumat yang lalu
atau ketika itu untuk
menyatakan apa yang
mungkin akan berlaku
pemerhatian

Sumber

Masa Digunakan

Baki Kuantiti

Petroleum
Air

1.

Cadangkan

satu

penggunaan tenaga

langkah

untuk

mengawal

yang tidak boleh diperbaharu

daripada kehabisan sumber.
_____________________________________________________

2. Ramalkan apakah akan berlaku jika tenaga yang tidak
dapat diperbaharu digunakan tanpa kawalan.
___________________________________________________

47

jangkaan apa yang
akan berlaku berdasarkan
pemerhatian.

CADANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CONTOH 2
Standard Kandungan
10.1 Sifat kimia bahan.
Standard Pembelajaran
10.1.1 Mendefinisi secara
operasi bahan berasid,
beralkali dan neutral dari
segi perubahan warna
kertas litmus.
10.1.2 Mengitlak sifat bahan
berasid, beralkali dan
neutral dari aspek
perubahan warna kertas
litmus, rasa, dan sentuhan
dengan menguji beberapa
contoh bahan.

Tema/Tajuk

:

Asid dan Alkali

Masa

:

60 minit

Standard
Pembelajaran :

10.1.1 dan 10.1.2

Objektif
Pembelajaran :

Di akhir pembelajaran murid dapat:
1. Mengenal pasti bahan berasid,
beralkali dan neutral.
2. Murid dapat meramal sifat kimia
bahan berdasarkan bukti yang
diperolehi daripada ujikaji.

Aktiviti :
1.

Guru menunjukkan 3 bahan yang berlainan sifat
kimianya seperti jus limau, shampoo dan air garam.

2.

Guru menerangkan sifat kimia bahan tersebut
dengan menggunakan kertas litmus biru dan merah,
rasa menggunakan lidah dan rasa menggunakan
sentuhan kepada murid.
x
x
x

asid : biru ke merah, masam
alkali : merah ke biru, pahit dan licin
neutral : tiada perubahan

3.

Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

4.

Setiap kumpulan diberikan 9 tabung uji yang
mengandungi pelbagai bahan yang berlainan sifat
kimianya
Contoh : Air kopi, serbuk penaik, ubat gigi, air asam
jawa, yogurt, jus nenas, minyak masak, air sirap, air
mineral

5.

Murid diminta untuk merasa dengan lidah dan
merasa dengan sentuhan setiap bahan yang
diberikan. Murid mencatatkan hasil penyiasatan yang
dijalankan dalam lembaran penyiasatan yang
disediakan.
48

6. Ketua kumpulan diminta mencatat hasil penyiasatan di kertas mah-jong yang
disediakan.
7. Guru meminta murid meramal sifat kimia bahan berdasarkan penyiasatan yang
dibuat dan mencatat dalam lembaran penyiasatan.
8. Murid diberikan kertas litmus merah dan biru untuk mengesahkan sifat kimia
bahan yang telah diramal. Murid mencatat dalam lembaran penyiasatan.
9. Guru bersoal jawab dengan murid.
i)

Bagaimanakah cara kamu membuat ramalan?

ii)

Apakah ramalan lain yang boleh kamu nyatakan jika tenaga yang tidak boleh
diperbaharu digunakan tanpa kawalan?

iii)

Wajarkan ramalan yang telah kamu nyatakan.

EMK

: kreativiti dan inovasi

Bahan Bantu Belajar

: Air kopi, serbuk penaik, ubat gigi, air asam jawa,
yogurt, jus.

Penilaian PdP

: lembaran penyiasatan

49

LEMBARAN PENYIASATAN
Tajuk

Saya telah membuat
ramalan berdasarkan:
WDQGDNDQ¥ pada yang
bahagian yang
berkenaan)
maklumat yang lalu
atau ketika itu untuk
menyatakan apa yang
mungkin akan berlaku
pemerhatian

:Asid, alkali dan neutral

Arahan
:
1. Rasa dengan lidah atau dengan sentuhan
setiap bahan yang diberikan.
2. Catatkan hasil kajian di dalam jadual di
bawah.
3. Ramalkan sifat kimia setiap bahan dan
catatkan ramalan di dalam jadual.
4. Uji setiap bahan dengan menggunakan
kertas litmus merah dan biru untuk
mengesahkan ramalan anda.
5. Catakan sifat kimia sebenar dalam ruangan
keputusan di bawah.

jangkaan apa yang
akan berlaku berdasarkan
pemerhatian.

Bahan

Rasa

Sentuhan

Ramalan sifat

Perubahan

Sifat kimia

kimia bahan

warna kertas

bahan

litmus
Bahan A
Bahan B
Bahan C
Bahan D
Bahan E
Bahan F
Bahan G
Bahan H
Bahan I
Hasil dari aktiviti ini saya dapati :
(a) Bahan berasid menukarkan warna kertas litmus ___________ ke
_________.
(b) Bahan beralkali menukarkan warna kertas litmus ________________ ke
______________.
(c) Bahan neutral _________________________.

50



























%$%
%(5.2081,.$6,




KEMAHIRAN PROSES
SAINS

BERKOMUNIKASI

Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam
bentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model
PETUNJUK
x Bercakap, menulis, melukis, melakar atau menggunakan TMK untuk
x

menjelaskan idea.

x

Melukis, melabel dan membuat nota.

x

berkenaan.

x

maklumat.

x

x

x

Merekod maklumat daripada kajian.

Menggunakan simbol-simbol dan boleh menerangkan makna simbol-simbol

Menggunakan data daripada carta, graf dan jadual bagi menyampaikan

Mengemukakan soalan-soalan dengan jelas dan boleh memberi maklum
balas.
Menggunakan bahan rujukan daripada pelbagai sumber untuk mendapatkan
maklumat.

Menulis laporan eksperimen yang jelas, tepat dan lengkap supaya orang lain
boleh mengulangi eksperimen berkenaan.

CADANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CONTOH 1
Tema/Tajuk

:

Jirim

Standard Kandungan
9.1 Keadaan jirim

Masa

:

60 minit

Standard Pembelajaran
9.1.1 Menyatakan jirim wujud
dalam keadaal pepejal,
cecair dan gas.

Standard
Pembelajaran :

9.1.1, 9.1.3 dan 9.1.4

Objektif
Pembelajaran :

Di akhir pembelajaran murid dapat:
1. Menyatakan ciri-ciri sifat bahan secara
lisan.
2. Merekod maklumat daripada kajian ciriciri sifat bahan dari segi jisim,
memenuhi ruang, isipadu dan bentuk.
3. Menggunakan data bagi
menyampaikan maklumat.
53

9.1.3 Mencirikan sifat
pepejal, cecair dan gas
dengan menjalankan
aktiviti dari segi:
x
jisim
x
memenuhi ruang
x
isipadu
x
bentuk
9.1.4 Mengitlak bahawa air
boleh wujud dalam tiga
keadaan jirim dengan
menjalankan aktiviti.

1. Guru bersoal jawab bersama murid dengan menyatakan jirim wujud dalam
keadaan pepejal, cecair dan gas.
i) Apakah jirim?
ii) Apakah contoh bahan pepejal?
iii) Apakah contoh bahan cecair?
iv) Apakah contoh bahan gas?
2. Guru menunjukkan tiga jenis bahan iaitu pepejal, cecair dan gas dihadapan
kelas.
3. Guru meminta tiga orang murid tampil ke hadapan kelas untuk memilih kategori
bahan-bahan tersebut.
4. Guru meminta murid menjelaskan ciri-ciri bahan yang bersifat pepejal, cecair
dan gas.
5. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
6. Setiap kumpulan diarahkan merekod tentang ciri-ciri bahan pepejal,cecair dan
gas didalam jadual yang disediakan. (Lembaran penyiasatan 1)
i) Pada fikiran kamu adakah ketiga-tiga bahan tersebut mempunyai jisim?
ii) Antara tiga bahan tersebut yang manakah mempunyai isipadu tetap?
7. Murid membuat penyiasatan tentang perubahan keadaan air bermula daripada
ketulan ais. Murid melapor hasil penyiasatan. (Lembaran penyiasatan 2)
8. Guru membimbing murid membuat kesimpulan tentang ciri bahan dan
perubahan bahan.
9. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan penyiasatan yang telah
dijalankan.
i) Bagaimanakah cara kamu menyusun dan merekod maklumat yang telah
diperolehi?
ii) Apakah cara lain yang boleh digunakan untuk merekod maklumat yang
diperolehi?

EMK

: TMK, kreativiti dan inovasi

Bahan Bantu Belajar

: bikar, ais, penunu bunsen, tungku kaki tiga, kasa dawai

Penilaian PdP

: lembaran penyiasatan

54

LEMBARAN PENYIASATAN 1
Tajuk

:Jadual ciri sifat pepejal, cecair dan gas

Arahan 1
:Lengkapkan jadual ciri bahan berdasarkan
aktiviti yang dijalankan.

Ciri sifat bahan

Pepejal

Cecair

Jisim
Ada/tidak

Gas

Saya menerima dan
mempersembahkan
maklumat dalam bentuk:
WDQGDNDQ¥ pada yang
bahagian yang
berkenaan)
lisan dengan
bantuan bahan
bergambar, poster dan
media digital.

Memenuhi
ruang
Ya/tidak

tulisan
teknologi maklumat
dan komunikasi
menggunakan data
daripada carta, graf dan
jadual bagi
menyampaikan maklumat.

Isipadu
Tetap/ mengikut
bekas

merekod maklumat
daripada kajian.

Bentuk
Tetap/tidak
tetap

mengemukakan
soalan­soalan dengan jelas
dan boleh memberi
maklum balas.

55

LEMBARAN PENYIASATAN 2
Tajuk

:Memahami keadaan jirim

Arahan 1
:Lakarkan dan lengkapkan perubahan
ketulan ais berdasarkan daripada aktiviti yang telah
dijalankan.
Saya menerima dan
mempersembahkan
maklumat dalam bentuk:
WDQGDNDQ¥ pada yang
bahagian yang
berkenaan)
lisan dengan
bantuan bahan
bergambar, poster dan
media digital.
tulisan
teknologi maklumat
dan komunikasi
menggunakan data
daripada carta, graf dan
jadual bagi
menyampaikan maklumat.
merekod maklumat
daripada kajian.
mengemukakan
soalan­soalan dengan jelas
dan boleh memberi
maklum balas.

56

CADANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CONTOH 2
Tema/Tajuk

:

Proses hidup tumbuhan

Masa

:

60 minit

Standard
Pembelajaran :

4.2.1

Objektif
Pembelajaran :

Di akhir pembelajaran murid dapat:
1. Menyatakan tumbuhan memencarkan

biji benih atau buah.
2. Merekod maklumat menggunakan
jadual bagi menyampaikan maklumat.
Aktiviti :
1. Guru menunjukkan sebatang pokok keembong yang
berbuah.
2. Guru meminta seorang murid menyentuh buah
keembung tersebut dan guru bersoal jawab dengan
murid :
a. Nyatakan apakah yang dapat kamu perhatikan
apabila kawan kamu menyentuh buah keembung
tersebut.
(meletup dan biji benih tercampak)
3. Guru membimbing murid menyatakan tumbuhan
mempunyai cara untuk memancarkan biji benih atau
buah.
4. Murid dibahagikan kepada 5-6 kumpulan dan setiap
kumpulan diberikan biji benih dan buah tumbuhan
sebenar.
(Kelapa, lalang, kemuncup, buah saga, buah
mangga, angsana)
5. Setiap kumpulan diminta mengenal pasti biji benih
dan cara pencarannya.

57

Standard Kandungan
4.2 Kemandirian spesies
tumbuhan
Standard Pembelajaran
4.2.1 Menyatakan cara
tumbuhan memencarkan biji
benih atau buah melalui
pemerhatian tumbuhan
sebenar atau menerusi
pelbagai media iaitu:
x
melalui air contoh
teratai, kelapa;
x
melalui angin
contoh lalang,
angsana;
x
melalui manusia
dan haiwan contoh
kemuncup, betik;
x
mekanisma letupan
contoh buah getah,
buah saga,
keembung.

6. Guru menyediakan jadual bagi setiap kumpulan dan setiap kumpulan merekod
hasil dapatan mereka dalam jadual tersebut.
(Lembaran penyiasatan)
7. Murid membentangkan hasil penyiasatan di hadapan kelas.
8. Guru membimbing murid membuat kesimpulan bahawa tumbuhan mempunyai
cara tersendiri bagi memancarkan biji benih dan buahnya.
9. Murid melengkapkan lembaran kerja yang disediakan.
10. Guru menerangkan aktiviti projek mengenai cara tumbuhan memancarkan biji
benih dan tumbuhannya.
11. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan penyiasatan yang telah
dijalankan.
i)

Bagaimanakah cara kamu menyusun dan merekod maklumat yang telah
diperolehi?

ii)

Apakah cara lain yang boleh digunakan untuk merekod maklumat yang
diperolehi?

iii)

Kelas dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan menyiapkan projek
yang ditetapkan oleh guru mengikut cara yang telah ditetapkan.
i. Kumpulan 1 : Carta
ii. Kumpulan 2 : Poster
iii. Kumpulan 3 : Buku skrap
iv. Kumpulan 4 : Peta minda
v. Kumpulan 5 : Power point

EMK

: TMK, kreativiti dan inovasi

Bahan Bantu Belajar

: buah dan biji tumbuhan (seperti kelapa, kemuncup,
lalang, buah saga, manga, cempedak dan betik)

Penilaian PdP

: lembaran penyiasatan dan lembaran kerja.

58

LEMBARAN PENYIASATAN

Tajuk

:Cara tumbuhan memencarkan biji benih atau
buah

Arahan 1

:Lengkapkan jadual yang diberi berdasarkan
aktiviti yang dijalankan
Biji benih atau buah

Cara pencaran

Saya menerima dan
mempersembahkan
maklumat dalam bentuk:
WDQGDNDQ¥ pada yang
bahagian yang
berkenaan)
lisan dengan
bantuan bahan
bergambar, poster dan
media digital.
tulisan
teknologi maklumat
dan komunikasi
menggunakan data
daripada carta, graf dan
jadual bagi
menyampaikan maklumat.
merekod maklumat
daripada kajian.
mengemukakan
soalan­soalan dengan jelas
dan boleh memberi
maklum balas.

1. Namakan 1 buah atau biji benih lain yang dipencarkan
melalui air.
______________________________________________________
2. Namakan 1 buah atau biji benih lain yang dipencarkan
melalui angin.
______________________________________________________
3. Namakan 1 buah atau biji benih lain yang dipencarkan
melalui mekanisma letupan.
______________________________________________________
4. Namakan 1 buah atau biji benih lain yang dipencarkan
melalui haiwan.
______________________________________________________

59

LEMBARAN KERJA

Tajuk

:Cara tumbuhan memencarkan biji benih atau
buah

Arahan 1

:Kelaskan biji benih dan buah di bawah
berdasarkan cara pencaran.

Saya menerima dan
mempersembahkan
maklumat dalam bentuk:
WDQGDNDQ¥ pada yang
bahagian yang
berkenaan)
lisan dengan
bantuan bahan
bergambar, poster dan
media digital.
tulisan
teknologi maklumat
dan komunikasi
menggunakan data
daripada carta, graf dan
jadual bagi
menyampaikan maklumat.
merekod maklumat
daripada kajian.
mengemukakan
soalan­soalan dengan jelas
dan boleh memberi
maklum balas.

60

PENILAIAN KERJA AMALI

KONSTRUK

MARKAH

KRITERIA
K1- Merekod maklumat
daripada kajian.
K2- Mempersembahkan data
atau maklumat dalam bentuk
lukisan, jadual dan carta

Berkomunikasi

4

palang.
K3- Menulis laporan
eksperimen

3

K4- Menghuraikan idea dengan
sistematik.
K1, K2 dan K3

2

K1 dan K2

1

K1 dengan bimbingan
SKOR

61

PENCAPAIAN
(/) atau (x)





























%$%7
0(1*GUNAKAN
PERHUBUNGAN RUANG & MASA




KEMAHIRAN PROSES
SAINS

MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN RUANG DAN
MASA

Memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu,
berat dan jisim dengan masa.
PETUNJUK

x
x

Memperihalkan lokasi dengan masa.

x

Memperihalkan perubahan bentuk dengan masa

x

Memperihalkan perubahan isupadu dengan masa

x

Memperihalkan perubahan jisim dengan masa

x

Memperihalkan perubahan arah dengan masa

x

Memperihalkan perubahan saiz dengan masa

x

Memperihalkan perubahan berat dengan masa

x

Menyusun peristiwa kejadian mengikut kornologi

x

perubahan masa

x

ruang

Menentukan magnitud perubahan yang berlaku berdasarkan kadar

Menentukan kedudukan objek dan menghuraikan kedudukannya di dalam

Menghuraikan rupa bentuk objek apabila dilihat dari kedudukan yang
CADANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CONTOH 1
Tema/Tajuk

:

Bumi, Bulan dan Matahari

Masa

:

60 minit

Standard
Pembelajaran :

11.1.4

Objektif
Pembelajaran :

Di akhir pembelajaran murid dapat:
1. Memerihalkan putaran Bumi pada
paksinya menyebabkan kesan seperti:
x
x

Kejadian siang dan malam

x

seperti berubah-ubah.

Kedudukan Matahari kelihatan

Perubahan panjang dan arah
baying-bayang
65

Standard Kandungan
11.1 Pergerakan Bumi
Standard Pembelajaran
11.1.4 Memerihalkan putaran
Bumi pada paksinya
menyebabkan kesan
seperti:
x
kejadian siang dan
malam.
x
Kedudukan
Matahari kelihatan
seperti berubahubah.
Perubahan panjang
x
dan arah bayangbayang

Aktiviti :
1. Aktiviti dijalankan di luar bilik darjah
2. Murid dibahagikan kepada