Isu dan Cabaran Penjagaan Tidak Formal

73

Fatimah Abdullah

ISU DAN CABARAN PENJAGAAN TIDAK FORMAL

Fatimah Abdullah
Profesor Madya
Program Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract
Most societies perceive caregiving as a woman’s social duty, an informal
caregivers are mostly women. Informal caregiving is seen as an odd
domestic chore which is conventionally delivered in care recipient’s and/or
caregiver’s home environment and is assumed as free labour. Those
perceptions have impacted ways in which informal caregiving and informal
caregivers are defined, placed, and treated in our social care system. This
article discusses basic notions of informal care and informal caregiving from
a sociological perspectives. It also highlights important social issues
pertaining to informal care and of being a caregiver.


PENGENALAN
Perubahan
pesat yang berlaku dalam masyarakat, khususnya yang
menyentuh tentang kesihatan, kesejahteraan ahli keluarga dan masyarakat
menyebabkan isu berkaitan dengan penjagaan tak-formal, baik dalam
keluarga, komuniti mahupun di peringkat institusi, kini menjadi satu bentuk
perkhidmatan sosial yang semakin penting. Di samping itu, perubahan yang
berlaku kepada struktur dan organisasi keluarga masa kini turut
menimbulkan tekanan kepada ahli keluarga untuk menyediakan khidmat
penjagaan dalam keluarga masing-masing. Akan tetapi perbincangan
mengenainya terutama sekali dalam konteks akademik dan dasar sosial
masih terbatas. Ini mungkin kerana penjagaan selalu dilihat sebagai urusan
peribadi.
Kertas ini menyentuh konsep-konsep penjaga, penjagaan serta isu dan
cabaran-cabaran penting yang membebani penjaga tak-formal. Bahagian
pertama kertas ini akan menyentuh maksud penjaga dan penjagaan serta
proses sosialisasi sebagai penjaga. Bahagian kedua pula menyentuh hal-hal
berkaitan dengan penjagaan khususnya penjagaan tak-formal, dan mengapa


Malaysian Journal of Social Administration
Volume 6, 2009: 73-86

74

Fatimah Abdullah

isu itu semakin penting. Bahagian ketiga adalah mengenai cabaran yang
dihadapi oleh penjaga. Bahagian akhir adalah saranan bagi meningkatkan
lagi pengupayaan penjaga dan keberkesanannya dalam melaksanakan
peranan penjagaan.
KONSEP PENJAGAAN, MENJAGA DAN PENJAGA
“Penjagaan” adalah hasil perbuatan yang berkait dengan peranan “menjaga”
yang dilakukan oleh penjaga (Sulaiman Masri 1997: 73). Penjaga pula ialah
orang yang menjalankan tugas menjaga dan boleh disamakan dengan
“pengawal, pengawas, pengasuh, pemelihara, penunggu, jaga” (Dewan
Bahasa dan Pustaka dan Universiti Sains Malaysia 1990: 103) yakni orang
yang “mengawal, mengawas, mengasuh, memelihara dan menunggu” orang
lain. “Menjaga” pula adalah daripada perkataan “jaga” yang bermakna
“sedar, bangun, bangkit, kawal, awasi, iringi, teman, pelihara, bela, kendali,

selenggara, amati, gembala, lihat-lihat, rawat, selamatkan” (Dewan Bahasa
dan Pustaka dan Universiti Sains Malaysia 1990: 103). Oleh itu menjaga
bererti melakukan perbuatan atau membuat kerja seperti “mengajar,
mengawal, mengawas, berikhtiar, berusaha, mengasuh, membela,
memelihara, mendidik, mengelola dan membimbing” (Sulaiman Masri 1997:
58). Dalam konteks makalah ini maksud “jaga” yang bersamaan dengan
“kawal, awasi, iringi, temani, pelihara, kendali, selenggara, amati, lihat-lihat,
rawat dan selamatkan” didapati lebih sesuai digunakan kepada manusia.
Oleh itu kerja-kerja “mengajar, mengawal, mengawas (termasuk melihatlihat, memerhati dan menyelamatkan), merawat, mengasuh, memelihara,
mendidik, mengelola dan membimbing” adalah berkaitan dengan konsep
“jaga” yang dilakukan oleh orang yang menjadi “penjaga, pengawas,
pengasuh dan pemelihara” yang akan disentuh dalam makalah ini.
Sebagaimana yang dinyatakan di perenggan sebelum ini, penjaga
adalah orang yang menjalankan kerja menjaga. Secara umumnya kerja
menjaga mencakupi tugas mengasuh anak dan ahli keluarga yang kurang
upaya (sakit atau cacat) serta lain-lain urusan domestik. Malah menjaga
rumah dan harta benda keluarga juga termasuk ke dalam kategori ini. Walau
bagaimanapun dalam dalam konteks yang lebih khusus menjaga (care)
adalah kerja yang berkaitan dengan memberi sokongan kepada orang yang
mempunyai kecacatan fizikal, sakit kronik atau tidak berkemampuan dan

kurang upaya untuk meneruskan kehidupan sendiri secara bebas (Jary dan
Jary 2005: 57).
Keperluan terhadap penjaga lazimnya beroperasi dalam ruang
hubungan sosial yang sangat luas. Ia wujud di mana-mana tanpa mengira
kelas sosial, tempat tinggal dan jenis kediaman, umur, gender, keturunan,
agama dan budaya. Sehubungan itu penjaga boleh terdiri daripada orang

Malaysian Journal of Social Administration
Volume 6, 2009: 73-86

75

Fatimah Abdullah

kaya atau miskin, yang tinggal di bandar atau desa, serta daripada agama,
budaya dan keturunan yang berbeza. Malah, penjaga juga boleh terdiri
daripada lelaki mahupun perempuan; tua, muda ataupun kanak-kanak.
Justeru, sesiapa sahaja yang menjaga orang yang sakit atau tidak
upaya mempunyai peluang yang sama untuk membantu memberikan
sokongan malah memberi maklumat dan perkhidmatan yang berkaitan

kepada orang yang dijaga. Sementara itu, penjaga mungkin akan menjaga
siapa sahaja, tua atau muda, lelaki atau perempuan, yang datang daripada
latar belakang sosio-ekonomi serta kemampuan yang berbeza daripada
penjaga. Tegasnya penjaga mungkin berbeza-beza mengikut budaya,
ras/etnik, kelas sosial, umur dan orientasi seksual, nilai dan perspektif yang
membentuk perhubungan antara mereka.
Davies (2000: 42) menyebut bahawa penjaga adalah seseorang yang
menjaga atau membantu menjaga saudara mara, tetangga atau sahabat yang
memerlukan sokongan daripada orang lain disebabkan ketidakupayaan, sakit
atau lanjut usia. Jagaan yang diberikan itu bersifat informal dalam erti kata
perbuatan itu tidak terikat dalam bentuk kontrak yang perlu dibayar gaji atau
upah. Sebaliknya, perbuatan itu dilakukan atas rasa tanggung-jawab terhadap
orang yang dijaga disebabkan kasih sayang, tugas dan keprihatinan.
Penjaga atau menjadi penjaga adalah satu fenomena baru. Di
England kemunculannya sebagai satu kelompok atau kategori sosial yang
khusus semakin jelas terutamanya dalam konteks dasar sosial berikutan
lulusnya Carers Act 1995 (Davies 2000: 42). Sebelum penjaga diiktiraf
sebagai satu kategori sosial, mereka sebenarnya telah pun memberi bantuan
kepada tetangga, sanak saudara dan rakan-rakan. Berdasarkan General
Household Survey (United Kingdom) Davies menganggarkan bagi setiap

lapan orang terdapat seorang dewasa yang menjadi penjaga. Justeru, beliau
menganggarkan terdapat 5.7 juta orang dewasa yang boleh dikategorikan
sebagai penjaga.
Memandangkan kebanyakan penjaga adalah orang yang menjaga
pasangan, suami atau isteri, anak-anak, ibu bapa, saudara mara atau rakanrakan yang kurang upaya atau sakit maka lazimnya penjaga tinggal bersamasama dengan orang yang dijaga. Akan tetapi seseorang mungkin juga
menjaga orang yang tinggal berasingan di sesuatu tempat kediaman, di
hospital, rumah kediaman atau institusi penjagaan (http://www.carers.org/).
Penjaga boleh dibahagikan kepada yang formal dan tidak formal.
Walau bagaimanapun kebanyakan penjaga adalah dalam kategori penjaga
tidak formal. Mereka (yakni penjaga tidak formal) tidak dilihat dengan jelas
kerana fungsi yang dilaksanakan mereka dilakukan dalam konteks peranan
tradisi mereka sama ada sebagai pasangan (suami atau isteri) dan ibu bapa.
Mereka menjadi penjaga kepada ahli keluarga atau rakan-rakan tanpa
bayaran atau ganjaran kewangan. Menurut Parker dan Lawton (1994) kerja-

Malaysian Journal of Social Administration
Volume 6, 2009: 73-86

76


Fatimah Abdullah

kerja yang dilakukan oleh penjaga adalah seperti: (1) memberikan khidmat
peribadi seperti membersihkan diri atau memandikan seseorang dan
membawanya ke bilik air; (2) melakukan kerja-kerja yang memerlukan
tenaga seperti menukar cadar, mencuci pakaian, membantu seseorang
bergerak dari satu tempat ke satu tempat (bagi mereka yang tidak dapat
bergerak); (3) menguruskan hal-hal berkaitan dengan surat-menyurat seperti
membayar bil dan menulis surat; (4) memberi bantuan praktikal seperti
membeli belah dan mengambil ubat dari doktor; (5) menemani seseorang; (6)
membawa seseorang keluar bersiar-siar; (7) memberi ubat; dan (8) mengisi
masa lapang seseorang.
Dalam konteks keluarga, penjaga mungkin merupakan kanak-kanak
yang berusia seawal tujuh atau lapan tahun yang dipertanggung jawab
menjaga ibu bapa yang sakit atau tidak berupaya atau menjaga adik-adik
yang masih kecil. Dalam masyarakat di mana ibu bapa sakit atau mati
kerana HIV/AIDS, kanak-kanak yang masih muda terpaksa menjaga ibu
bapa mereka yang sakit di samping menjaga diri sendiri. Jika mereka masih
ada datuk atau nenek, maka datuk dan neneklah yang mengganti ibu bapa
menjadi penjaga kepada kanak-kanak berkenaan

Di sesetengah tempat (seperti Afrika), datuk nenek yang tua menjaga
cucu yang masih muda kerana ibu bapa meninggal dunia akibat HIV/AIDS,
kemalangan, peperangan atau bencana alam. Di Afrika dilaporkan bahawa
sekurang-kurangnya terdapat lima juta datuk dan nenek yang menjaga kirakira 12 juta kanak-kanak yang kematian ibu bapa akibat HIV/AIDS
(http://medilinkz.org). Ada juga penjaga yang tua misalnya yang berumur 70
atau 80 tahun menjaga pasangan, saudara mara atau rakan yang lebih kurang
sama usia dengan mereka. Keadaan sosial itu mempunyai kaitannya dengan
migrasi keluar golongan muda atau remaja. Warga tua yang tinggal tidak
mempunyai anak atau saudara mara yang lebih muda untuk melakukan
peranan menjaga. Akibatnya, peranan ini terpaksa diambil-alih oleh warga
tua lain yang berada berhampirannya.
Kebanyakan orang yang menjadi penjaga tidak sedar pun peranan
tersebut. Ini kerana apa yang mereka buat yakni “perhati, lihat, awasi, urus
dan jaga” sama ada terhadap ibu bapa atau ahli lain dalam keluarga
merupakan urusan seharian yang selalunya terkandung dalam budaya
masyarakat dan oleh itu memang dikehendaki atau dijangkakan oleh
masyarakat. Malah setiap orang di sosialisasi agar dapat melaksanakan
peranan tersebut.
Ringkasnya penjaga tidak formal bolehlah di tafsirkan sebagai
seseorang yang melakukan sesuatu aktiviti yang tidak dibayar upah, bersifat

peribadi dan kebanyakannya berlaku dalam ruang domestik (Ungerson
1995).
Aktiviti menjaga yang lahir atas rasa kasih sayang dan
tanggungjawab itu berakar umbi daripada proses sosialisasi yang

Malaysian Journal of Social Administration
Volume 6, 2009: 73-86

77

Fatimah Abdullah

menerapkan nilai, norma dan kepercayaan dalam masyarakat mengenai
saling bekerjasama, bertanggung-jawab dan membalas budi, cinta, obligasi
dan tugas kerana hubungan emosi yang telah lama berkembang dan
mendalam pula sifatnya.
Sebagaimana yang disebut lebih awal, panggilan penjaga tidak
formal adalah ditujukan kepada orang atau individu tertentu yang ada
hubungan sosial dengan orang yang dijaga. Mereka menerima bayaran atau
upah di atas kerja menjaga yang dilakukan itu. Ini kerana tugas itu dilakukan

dalam struktur atau organisasi formal yang mempunyai peraturan khusus.
SOSIALISASI PERANAN SEBAGAI PENJAGA
Seseorang individu menjadi penjaga di sepanjang hayatnya, sama ada secara
sedari atau tidak. Walau bagaimanapun, peranan itu berubah-ubah mengikut
umur, gender dan masa. Semasa bayi, seseorang itu dijaga oleh orang lain
khususnya ibu. Apabila anak meningkat usia, ibu melatih anak-anak kecil
menjaga diri sendiri, khususnya kebersihan diri, pakaian dan persekitaran
kediaman seperti tempat tidur, bilik tidur, dan rumah kediaman. Secara
beransur-ansur dia mungkin diharap untuk menjaga adik-adik yang lebih
kecil pula terutamanya jika ibu ada kerja lain yang lebih penting. Tugas
menjaga meningkat lagi apabila seseorang mencapai usia remaja. Individu
diberi tugas membantu ibu mengemas, masak, serta membersih. Tugas ini
bukan sahaja berkait rapat dengan peranan penjagaan tetapi mempersiapkan
dirinya untuk memikul peranan yang lebih penting pada masa akan datang
yakni apabila dia berkahwin dan mempunyai keluarganya sendiri. Pada
masa yang sama dia diajar agar menjaga tingkah laku, budi bicara, budi
bahasa, tutur kata, bersopan santun terutamanya apabila berhubung dengan
orang lain yang lebih tua sama ada ahli keluarganya atau orang lain di luar
keluarga seperti tetangga, rakan taulan dan guru.
Apabila mencapai usia dewasa dan berkahwin seseorang itu dijangka

dapat menjaga pasangannya pula. Seorang isteri dijangka menjaga hal ehwal
suami – makan minum dan lain-lain keperluannya. Peranan suami pula ialah
menjaga kebajikan dan keperluan isteri. Antaranya adalah menyediakan
tempat tinggal yang sesuai, makanan dan pakaian yang secukupnya. Selain
itu, pasangan suami isteri juga dijangka menjaga hubungan silaturahim
dengan keluarga kedua belah pihak. Malah pertolongan itu juga harus
disampaikan kepada sanak saudara yang jauh sekurang-kurangnya apabila
mereka dalam kesusahan dan sangat memerlukan pertolongan. Setelah
mempunyai anak-anak sendiri tugas pasangan suami isteri bertambah kerana
peranan baru mereka sebagai ibu dan bapa. Lazimnya seorang ibu dijangka
mengurus keperluan fizikal anak-anak sementara bapa keluar bekerja
mencari wang untuk menyara perbelanjaan keluarga. Pada masa ini peranan

Malaysian Journal of Social Administration
Volume 6, 2009: 73-86

78

Fatimah Abdullah

isteri bertambah kerana status barunya sebagai ibu. Oleh itu dia harus
melaksanakan peranan mengasuh anak-anak dan mengurus hal suami yakni
antara tugas-tugas yang berkaitan dengan peranan “menjaga”.
Walaupun tanggung-jawab ibu menjadi ringan apabila anak telah
besar dan meningkat usia, wanita dewasa perlu pula menjaga ahli keluarga
yang tua dan tidak berupaya, khususnya ibu bapa dan ibu bapa mertua.
Kebanyakan wanita yang berada pada usia dewasa pertengahan atau dewasa
akhir dihimpit oleh dua peranan yang berat iaitu menjaga anak-anak yang
sedang membesar dan cucu di samping menjaga ibu bapa yang tua dan uzur.
Tanggung-jawab itu tentunya lebih berat lagi jika mereka mempunyai
pekerjaan tetap di luar rumah. Tidak hairanlah jika golongan ini disebut
sebagai “sandwich generation”.
Huraian di atas memperlihatkan bahawa sepanjang hayat seseorang
dia menghabiskan masa dan tenaganya untuk menjaga orang lain di samping
menjaga dirinya sendiri. Jika diteliti, tugas menjaga melibatkan penjagaan
fizikal, sosial dan emosional sekali gus. Ini mendesak agar penjaga mesti
mempunyai kedudukan ekonomi yang stabil, tubuh badan yang sihat,
mempunyai cukup maklumat dan pengetahuan serta mempunyai kekuatan
daripada segi emosional dan spiritual. Justeru, keupayaannya melaksanakan
peranan tersebut sangat bergantung kepada keberkesanan proses sosialisasi
awalnya dalam keluarga. Malah penjaga juga harus ada jaringan hubungan
sosial yang kukuh yang boleh memberi sokongan bila-bila masa yang dia
perlukan.
Hakikat sebenarnya ialah proses sosialisasi dalam keluarga secara
tradisinya berbeza mengikut gender. Anak perempuan akan menjadi
“perantis” kepada ibu sementara anak lelaki menjadi “perantis” kepada bapa.
Secara sedar atau tidak anak perempuan di sosialisasi untuk mempersiapkan
diri bagi melaksanakan peranan sebagai isteri, ibu dan pengurus rumah
tangga. Kesemua peranan itu mempunyai kaitan dengan tugas “menjaga”.
Oleh itu kanak-kanak perempuan mestilah lemah lembut, bersopan santun,
berbudi bahasa, rajin, kemas, menarik, prihatin dan sanggup berkorban untuk
orang lain. Sifat-sifat tersebut penting kerana dia bakal berurusan dengan
bayi dan kanak-kanak, ibu bapa yang tua dan uzur atau ahli keluarga yang
tidak upaya. Kesemua mereka itu memerlukan perhatian, kasih sayang,
layanan dan kemesraan. Sebaliknya anak lelaki diharapkan mencontohi bapa
dengan melibatkan diri dalam pekerjaan di luar rumah, sekali gus
menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal
untuk ahli keluarganya. Oleh itu mereka tidak perlu “halus” dan “teliti’
seperti kanak-kanak perempuan. Proses sosialisasi sedemikian secara tidak
langsung menyerahkan peranan yang berkaitan dengan menjaga kepada
wanita sementara peranan menyara kepada lelaki. Tidak hairanlah jika
Parsons and Bales (1956 dicetak semula 2002) melihat bahawa di dalam

Malaysian Journal of Social Administration
Volume 6, 2009: 73-86

79

Fatimah Abdullah

keluarga, peranan wanita adalah bersifat ekspresif sementara peranan lelaki
bersifat instrumental. Malah pembahagian peranan sedemikian adalah
penting kepada ke fungsian keluarga.
MENGAPA ISU BERKAITAN PENJAGAAN MENJADI PENTING?
Apabila ahli-ahli keluarga tidak lagi melaksanakan fungsi penjagaan,
semakin ramai warga tua diabaikan atau ditempatkan di institusi penjagaan;
kanak-kanak dihantar ke pusat jagaan semasa ibu bapa keluar bekerja, atau
terdampar, dan ahli keluarga yang sakit atau memerlukan bantuan khas pula
di hantar ke hospital atau lain-lain institusi penjagaan. Di negara-negara
Kesatuan Eropah pada tahun 2005 anggarkan 19 juta orang berusia 25
tahun ke atas menyediakan khidmat penjagaan sekurang-kurangnya 20 jam
seminggu menjaga warga tua, mereka yang kurang upaya atau sakit kronik di
seluruh. Kira-kira 9.6 juta daripada mereka menyumbangkan sekurangkurangnya 35 jam seminggu sebagai penjaga. Sebahagian besar daripada
penjaga dan menerima jagaan adalah wanita (Glendinning et. al 2009).
Dua faktor utama yang mempengaruhi kefungsian keluarga dan
komuniti dalam melaksanakan peranan penjagaan kedudukan sosioekonomi
sesebuah keluarga dan kedudukan keluarga dalam struktur sosial. Hidup
dalam keluarga yang berada memungkinkan seseorang akses kepada
pelbagai kelebihan seperti makanan yang cukup, pembelajaran dan tahap
pendidikan yang baik, pendapatan atau sumber kewangan yang stabil,
mampu mendapatkan rawatan dan penjagaan yang baik (Merton 1995;
Swedberg 2005). Di negara ini, satu kajian (Fatimah et. al. 2009) terhadap
penjagaan pesakit mental dalam keluarga dan komuniti sebagai, mendapati
bahawa sebahagian besar daripada penjaga adalah berumur lebih 50 tahun
dan 82 peratus berpendapatan sehingga RM1000 sebulan. Hanya tujuh
peratus yang tidak ada pendapatan langsung (melainkan bantuan Jabatan
Kebajikan Masyarakat). Hal ini tidaklah menghairankan kerana 59 peratus
daripada penjaga hanya bersekolah hingga peringkat rendah sahaja. Justeru
tentulah dapat dibayangkan bagaimana penjaga berhadapan dengan tekanan
untuk menyediakan penjagaan yang mencukupi untuk ahli keluarganya.
Perubahan sosio-ekonomi dalam masyarakat akibat proses
pembangunan yang pesat turut meninggalkan kesan penting kepada struktur
dan organisasi keluarga.
Banyak fungsi tradisi keluarga tidak lagi
dilaksanakan sepenuhnya oleh keluarga apabila pembahagian peranan
mengikut gender telah berubah berikutan penglibatan wanita dalam
pekerjaan formal di luar rumah. Sebagai contoh, fungsi keluarga dalam
mendidik anak-anak telah lama berpindah daripada lingkungan keluarga dan
rumah tangga ke sekolah dan pusat asuhan kanak-kanak. Hal ini sekali gus
mengurangkan peranan ibu dalam mengasuh dan mendidik anak-anak.

Malaysian Journal of Social Administration
Volume 6, 2009: 73-86

80

Fatimah Abdullah

Walau bagaimanapun berbanding dengan anak-anak yang biasa,
menjaga anak-anak yang kurang upaya lebih mencabar. Sekolah-sekolah
khas untuk mereka masih terbatas. Ini menyebabkan masih ramai ibu bapa
yang terpaksa memikul sendiri tugas menjaga anak-anak berkenaan.
Adakalanya ibu terpaksa meninggalkan kerjanya kerana perlu membawa
anak yang cacat untuk mengikuti kelas atau program pemulihan.
Penyertaan wanita (khususnya ibu yang mempunyai anak kecil)
dalam pekerjaan tidak dapat dielakkan kerana desakan kewangan. Dalam
keluarga ibu tunggal, si ibu terpaksa keluar bekerja jika dia dan anakanaknya tidak mendapat sumber kewangan tetap atau nafkah daripada bekas
suami. Oleh itu siibu terpaksa membahagikan masa bekerja di luar rumah
dan masa menjaga anak-anak.
Migrasi ke bandar turut menyebabkan peranan penjagaan terbeban ke
atas bahu seorang atau beberapa orang ahli keluarga sahaja. Berdasarkan
kajian yang berkaitan, didapati anak-anak yang menetap di kampung sama
ada tinggal bersama, berdekatan atau agak jauh dari rumah ibu bapa kerap
kali memikul peranan penjagaan (Fatimah 2005, Fatimah et. al. 2009). Ada
juga di antara anak-anak yang telah bersara pulang menetap di kampung dan
tinggal berdekatan dengan ibu bapa yang sudah tua. Akan tetapi oleh kerana
mereka telah bersara maka mereka kerap dihimpit pula dengan masalah
kewangan kerana wang persaraan yang tidak mencukupi. Keadaan ini
semakin buruk sekiranya mereka juga perlu menanggung beban menyara
anak-anak sendiri yang masih belajar serta menjaga cucu.
Penjagaan untuk ahli keluarga yang tidak berupaya menjadi isu
penting baik di bandar mahupun desa. Tidak hairanlah jikalau ada keluarga
yang mengambil pembantu (warga asing) bagi mengurangkan bebanan
penjagaan yang terpaksa dipikul oleh ahli keluarga. Anak-anak yang dewasa
hanya menyumbang dari segi wang ringgit untuk bayaran kepada penjaga
dan rawatan perubatan. Dalam konteks bandar pula, kewujudan institusi
penjagaan memudahkan keluarga menghantar ibu bapa yang telah tua ke
institusi berkenaan (Fatimah 2005).
Beberapa perkara lain berkaitan dengan penjagaan tidak formal ini
ialah isu berhubung dengan kuasa (power relations) dan kesejahteraan
penjaga. Hal ini mempunyai kaitan dengan pandangan Wearness (1987:
211) tentang hubungan antara penjaga dan orang yang dijaga. Menurut
beliau penjaga boleh dibahagikan kepada tiga iaitu mereka yang menjaga
orang yang tidak berupaya dan bergantung sepenuhnya kepada penjaga,
individu yang menjaga orang yang lebih superior; dan penjaga yang
mempunyai hubungan yang symmetrical dengan orang yang dijaga. Dalam
institusi keluarga perhubungan ini boleh dilihat dalam konteks penjagaan
anak oleh ibu, menjaga warga tua oleh anak-anak dewasa dan menjaga

Malaysian Journal of Social Administration
Volume 6, 2009: 73-86

81

Fatimah Abdullah

pasangan.
Berkait dengan huraian di atas, penjaga kebanyakannya adalah wanita
(Meyers 2000) yakni isteri, ibu, anak perempuan, adik-beradik perempuan
atau saudara mara perempuan yang lain. Termasuk dalam kategori ini juga
ialah menantu perempuan, ibu mertua dan ipar perempuan. Walaupun
dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam malah dalam konteks
masyarakat lain juga, anak lelaki sepatutnya bertanggung-jawab menjaga ibu
bapa mereka yang telah tua tetapi penjagaan fizikal selalunya menjadi tugas
anak perempuan. Peranan anak perempuan yang lebih utama itu mungkin
mempunyai kaitan dengan anggapan umum bahawa menantu perempuan
tidak dapat memberikan jagaan sebagaimana yang dilakukan oleh anak
perempuan sendiri.
Pandangan lain pula ialah anak lelaki enggan
menyediakan penjagaan kerana takut membebankan isterinya. Terdapat juga
anak perempuan yang enggan menjaga ibu bapa yang telah tua kerana tidak
mendapat persetujuan daripada suaminya.
Selain hal-hal yang dinyatakan di atas penjaga juga berhadapan
dengan masalah kewangan, kurangnya sokongan sosial daripada orang lain
terutamanya keluarga. Juga, penjaga yang bekerja secara formal berhadapan
dengan masalah mengimbangi peranan dalam pekerjaan dan peranan sebagai
penjaga.
Cree (2000) menyebut perhubungan antara penjagaan dan pekerjaan
sangat kompleks dan meninggalkan kesan kepada berbagai-bagai faktor
termasuk intensiti penjagaan, sifatnya pekerjaan yang diceburi, ciri-ciri
penjaga dan hubungannya dengan orang yang dijaga. Jika penjagaan tidak
“intense” dan bersifat sambilan, maka peranan menjaga tidak berkonflik
dengan kerja. Sebaliknya jika peranan menjaga bersifat “heavy duty” maka
tugas itu akan berkonflik dengan kerja. Malah beban penjagaan yang berat
memungkinkan penjaga yang bekerja bersara awal daripada pekerjaannya.
STRATEGI
MENINGKATKAN
TIDAK FORMAL

PENGUPAYAAN

PENJAGA

Berdasarkan kepada huraian di atas, kertas ini cuba mencadangkan beberapa
perkara yang perlu diberi perhatian khususnya dalam meningkatkan
pengupayaan penjaga tidak formal. Hal ini penting memandangkan
kebanyakan mereka memikul pelbagai peranan lain misalnya bekerja di luar
rumah dan menguruskan rumah tangga dan sering menghadapi masalah
kewangan dan kurangnya jalinan hubungan dengan komuniti (baik komuniti
perubatan, pekerja sosial, pentadbir mahupun penduduk setempat).
Dann (2003) melihat konsep pengupayaan dalam konteks proses dan
produk serta perkaitan antara keduanya. Pada beliau, pengupayaan adalah
satu pencapaian, iaitu satu komoditi yang boleh didapati atau dicapai.

Malaysian Journal of Social Administration
Volume 6, 2009: 73-86

82

Fatimah Abdullah

Definisi yang mengaitkan pengupayaan sebagai produk melihat bahawa
individu yang “diperkasakan” telah mencapai tahap penghujung dan ditandai
dengan pemerolehan produk. Umpanya klien mendapat maklumat yang
diperlukan dalam membuat sesuatu keputusan mengenai rawatan. Berkait
dengan hal ini klien memperoleh “self-worth, efficacy dan rasa berkuasa”.
Sebagai satu proses pula pengupayaan dilihat sebagai satu kontinum (lihat
Rajah 1).

Rajah 1: Pengupayaan sebagai satu proses
Dipetik daripada Dann (dalam Slevin 2003: 71)
Mengupayakan penjaga bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia
melibatkan pelbagai pihak. Ini kerana kebanyakan penjaga mempunyai set
peranan dalam hubungan mereka dengan pelbagai status sosial yang dia isi
atau duduki. Penjaga adalah pekerja, anak perempuan, kakak, isteri, ibu, ibu
mertua, nenek dan pelbagai lagi dalam satu entiti. Justeru, meningkatkan
pengupayaan penjaga bukanlah satu tugas yang mudah. Malah pengupayaan
penjaga harus berlaku dalam persekitaran komuniti juga. Jalinan hubungan
antara penjaga, ahli keluarga, klien (atau mereka yang dijaga), pegawai
perubatan dan yang berkaitan (yakni penjaga profesional) sangat penting

Malaysian Journal of Social Administration
Volume 6, 2009: 73-86

83

Fatimah Abdullah

(lihat Rajah 2).

Pesakit/Klien

Keluarga dan Rakan

Penjaga Professional

Penjaga Tak Formal

Pusat Komuniti

Rajah 2: Ahli-ahli yang perlu bagi pengupayaan komuniti
Sumber: Dann (dalam Slevin 2003: 77)

Memandangkan sebahagian besar daripada penjaga adalah juga
pekerja maka beberapa perkara bersangkutan dengan pekerjaan (khususnya
pekerjaan formal) perlu diberikan perhatian agar penjaga dapat meneruskan
peranan mereka sebagai penjaga dengan lebih efektif. Perkara-perkara
berkenaan termasuklah;
1.
memperkenalkan masa bekerja yang anjal bagi wanita yang
menjadi penjaga.
2.
cuti yang anjal untuk menjaga ahli keluarga. Cuti yang
diperuntukkan mungkin boleh diambil lebih awal. Cuti bergaji juga
penting untuk memastikan sumber kewangan untuk menyara hidup
keluarga mereka tidak terputus.
3.
menyediakan bantuan kewangan atau kemudahan rawatan
perubatan oleh pihak majikan bagi membolehkan pesakit mendapat
rawatan yang berterusan.
4.
menubuhkan kumpulan sokongan di tempat kerja yang boleh
membantu mengambil alih peranan penjaga yang terpaksa bercuti
kerana menjaga ahli keluarga.
5.
bekerja dari rumah adalah satu alternatif yang penting.

Malaysian Journal of Social Administration
Volume 6, 2009: 73-86

84

Fatimah Abdullah

Dalam konteks keluarga dan komuniti pula perkara-perkara berikut
mungkin boleh difikirkan;
1.
membentuk kumpulan sokongan keluarga pada peringkat
kejiranan/komuniti bagi membantu penjaga yang memerlukan
bantuan. Kumpulan ini boleh mengambil alih peranan penjagaan
agar penjaga dapat berehat atau menyelesaikan keperluan peribadi.
2. menyediakan pusat penjagaan dalam komuniti atau berkelompok di
mana penjagaan boleh dilakukan dalam kumpulan dan para penjaga
boleh bertugas secara bergilir-gilir.
3. mempertingkatkan pengetahuan dan maklumat kepada penjaga
berhubung dengan kaedah mutakhir dalam menyediakan penjagaan
yang efektif.
Seterusnya pada peringkat dasar, pelbagai perkara berkaitan dengan
penjagaan boleh di fikir dan dilaksanakan. Antara yang penting ialah
mewujudkan satu daftar banci isi rumah dan keluarga dengan tujuan
mengumpul maklumat mengenai bilangan ahli keluarga yang memerlukan
bantuan khas (kerana sakit, tua, sakit mental, cacat dan lain-lain), dan
bilangan orang yang boleh melaksanakan peranan penjagaan. Berdasarkan
data demografi itu satu pemetaan sosial (social mapping) boleh dihasilkan
dan boleh dijadikan panduan untuk mewujudkan pusat penjagaan ataupun
kumpulan penjaga. Berhubung dengan itu, bantuan-bantuan kewangan,
sokongan perawatan dan bantuan praktikal yang lain boleh dirancangkan
dengan lebih efektif. Usaha pemetaan sosial ini boleh dilakukan di setiap
kawasan perumahan, kampung, mukim atau daerah sama ada melalui Pejabat
Daerah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Kawasan Parlimen,
atau Agensi-agensi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Perawatan penjagaan di rumah (home care nursing) yang disediakan
untuk perawatan mereka yang sakit kronik di rumah adalah satu usaha yang
sangat baik. Program itu mengintegrasikan prinsip-prinsip perawatan
kesihatan komuniti dan memfokuskan kepada promosi kesihatan dalam
persekitaran, psikososial, ekonomi, budaya dan kesihatan peribadi. Ia
memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan status kesihatan
individu dan keluarga. Dari segi amalan, perkhidmatan ini disediakan oleh
Pusat Perubatan Universiti Malaya, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan
Malaysia bagi pesakit yang telah didiscaj. Sementara itu Hospital Sultanah
Aminah Johor menyediakan perawatan di rumah bagi pesakit mengalami
masalah sakit mental akut. Kumpulan perawatan psiaktrik komuniti dari
Hospital Permai juga menjejaki pesakit mental di rumah.

Malaysian Journal of Social Administration
Volume 6, 2009: 73-86

85

Fatimah Abdullah

PENUTUP
Dalley (1988) menyebut bahawa dalam kehidupan masa kini penjagaan oleh
komuniti bukanlah jawapan kepada isu berkaitan dengan penjagaan terhadap
mereka yang kurang upaya atau sakit. Ini kerana beliau melihat bahawa
penjagaan komuniti biasanya didasarkan kepada kerja yang dilakukan oleh
wanita untuk ahli keluarganya dan kerja itu dilakukan secara percuma.
Sosialisasi menjadi asas utama dalam melatih individu melaksanakan
peranan masing-masing sesuai dengan statusnya dalam keluarga. Oleh itu
setiap individu harus tahu apa yang dia patut lakukan, untuk siapa dia perlu
lakukan dan kenapa perlakuan itu penting. Sedar atau tidak, sebahagian
besar daripada peranan-peranan yang seseorang lakukan dalam hidupnya
adalah menjaga atau menjadi penjaga yang dipelajarinya secara langsung
atau tidak melalui proses sosialisasi.
Dalam kehidupan masa kini, isu penjagaan menjadi semakin penting.
Hal ini mempunyai hubungan dengan perubahan semasa yang berlaku
kepada struktur sosial amnya dan keluarga khasnya. Tekanan hidup akibat
daripada pelbagai proses sosial dan ekonomi pula menyebabkan stres kepada
individu sehingga boleh menyebabkan gangguan mental. Meningkatnya
penyakit berbahaya seperti HIV/AIDS dan pelbagai lagi menambahkan
bilangan golongan yang tidak berupaya dan memerlukan bantuan khas.
Berdasarkan kepada penemuan daripada kajian di Kg Simee didapati
keluarga khususnya wanita tidak lagi dapat menyediakan peranan penjagaan
sebagaimana yang diharapkan. Persoalannya ialah setakat mana pula
komuniti dapat membantu keluarga dalam menyediakan pekhidmatan itu.
Dalam kehidupan di bandar khususnya apabila pola perhubungan primer
yang diasaskan kepada hubungan semuka (face-to-face) yang erat dan
berkekalan semakin sukar ditemui maka fungsi penjagaan tidak lagi dapat
dilaksanakan sepenuhnya oleh komuniti. Di desa pula, penghijrahan ke
bandar, perpecahan atau pemisahan keluarga turut mempengaruhi peranan
dan kualiti penjagaan.
Sehingga kini pihak berkuasa telah mengiktiraf sumbangan penjaga
melalui Anugerah Mayang Seri Endon pada tahun 2006. Akan tetapi
pengiktirafan itu adalah kepada mereka yang bekerja di institusi di bawah
seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan badan-badan bukan kerajaan
serta pertubuhan sukarela “yang telah menunjukkan kepimpinan, pengurusan
dan pelaksanaan aktiviti yang berkualiti dan cemerlang”. Pada hakikatnya
masih ramai penjaga tidak formal yang tidak mendapat apa-apa
pengiktirafan. Mereka bukan sahaja terasing dalam komuniti, malah dalam
keluarga sendiri kerana menghabiskan masa dan tenaga menjaga ahli
keluarga yang tidak berupaya dan memerlukan penjagaan khas.

Malaysian Journal of Social Administration
Volume 6, 2009: 73-86

86

Fatimah Abdullah

RUJUKAN
Basford, L. Slevin, O. 2003. Theory and Practice of Nursing: An Integrated
Approach to Caring Practice, Glasgow: Nelson Thrones.
Björnberg, U. & Kollind, Anna-Karin. 2005. Individualism and families.
London: Routledge.
Bornat, J., et. al. 1997. Community care: A reader, London: McMillan.
Canavan, J. ; Dolan, Pat & Pinkerton, J. (ed.). 2000. Family support:
Direction from diversity. London: Jessica Kingsley Publishers.
Cree, V. E. 2000. Sociology for social workers & probation officers,
London: Routledge.
Dalley, G. 1988. Ideology of caring: Rethinking community and collectivism.
London: McMillan.
Davies, M. (ed.). 2000. The Blackwell encyclopedia of social work, Oxford:
Blackwell.
Davies, M. (ed.). 2002. The Blackwell companion to social work. Oxford:
Blackwell.
Dewan Bahasa dan Pustaka & Universiti Sains Malaysia. 1990. Tesaurus
Umum Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Fatimah Abdullah, Nor jana Saim, Nur Saadah Mohamad Aun & Mohd.
Suhaimi Mohamad. 2009. Fungsi keluarga dalam penjagaan: Kes
penjagaan pesakit mental dalam keluarga dan komuniti. Laporan
penyelidikan UKM-SG-05-FRGS0012-2006. Tidak diterbitkan.
Fatimah Abdullah. 2006. Fungsi keluarga alam penjagaan, Prosiding
Seminar Psikologi dan Masyarakat ISM-UKM: Pendekatan
Psikososial dalam Pengupayaan Pembangunan Komuniti. Bangi:
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, UKM.
Fatimah Abdullah 2005. Urbanisasi dan transformasi keluarga. Laporan
Penyelidikan Biaya FSSK, UKM.
Glendinning, C., Arksey, H. , Tjadens, F. Moree, M. Moran, N & Nies, Ś
2009. “Care provision within families and its socio-economic impact
on care providers across the European Union”, Research Works No.
2009-05 July. Social Policy research Unit, The University of York.
http://medilinkz.org /journal/default2.asp?Journal_ID=172).
Jary, D. & Jary, J. 2005. Collins web-link dictionary: Sociology. Glasgow:
Harper Collins.
Lloyd-Sherlock, P. (ed.). 2004. Living longer: Ageing, development and
social protection. London: Zed Books.
Meyer, M. H. (ed.) 2000. Care work: Gender, labor and the welfare state.
London: Routledge.
Parker, G. 1993. ‘The Care Relationship’, Part 2 of Workbook 1, Open

Malaysian Journal of Social Administration
Volume 6, 2009: 73-86

87

Fatimah Abdullah

University course, Community Care, pp 62-93, Milton Keynes: Open
University.
Parker, G. & Lawton, D. 1994. Different types of care, different types of
carer: Evidence from the General Household Survey. HMSO:
London.
Parsons, T. & Bales, R. F. (1956 reprinted 2002). Family, Socialization and
interacting process. London: Routledge.
Sulaiman Masri. 1997. Tatabahasa Melayu. Shah Alam: Penerbitan Fajar
Bakti.
Swedberg, R. 2005. The Max Weber Dictionary: Key words and central
concepts. Stanford: Stanford University Press.
Ungerson, C. 1995. “Gender, cash and informal care: European Perspectives
and dilemmas” Journal of Social Policy 25, 1: 31-53.
Wearness, K 1987. “on the rationality of caring” dalam A. S. Sassoon (ed).
Women and the State. London: Hutchinson: 207-234.
Weiss, L. & Lonnquist, L. E. 2003. The sociology of health, healing and
illness 4th. ed. Upper Saddle River, N. Jersey: Pentice Hall.

Malaysian Journal of Social Administration
Volume 6, 2009: 73-86