IMPAK PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MEDIA KE AT

PENGENALAN
Media adalah sebagai salah satu cabang sumber utama yang wujud dalam konteks komunikasi
massa. Ejen komunikasi seperti media cetak dan media elektronik serta media baru seperti
telefon bimbit dan internet memainkan peranan penting kepada sesebuah masyarakat dan
tamadun umat manusia. Dahulu media hanyalah sebagai suatu alat penghubung tetapi kini
media dilihat sebagai salah suatu kuasa yang sangat signifikan sehingga penguasaan media
dapat dianggap sebagai satu kuasa utama dalam pemerintahan sesebuah negara. Secara teori,
informasi yang tersebar secara tepat dan boleh dipercayai melalui media massa adalah
merupakan satu nadi dalam proses demokrasi. Kebebasan dan ketelusan media adalah amat
berperanan kepada masyarakat kini dalam sebuah sistem pemerintahan.
Selain itu, peranan media massa juga ditentukan melalui perkembangan tanggungjawab sosial
ke atas masyarakat melalui penyampai informasi yang tepat dan jitu. Maka dengan itu, peranan
media amatlah penting kerana ia dapat membantu membentuk sebuat Negara yang kukuh dari
segi ekonomi, politik dan sosial. Ini adalah kerana, segala maklumat yang dapat disalurkan
dengan mudah akan dapat membantu proses pembangunan dalam setiap industri sesebuah
negara.
Media kini sering dikaitkan dengan teknologi komukasi kerana ia adalah satu faktor penting
dalam sesebuah pembentukan media dan tanpanya, proses media akan menjadi lembab dan
tidak efisyen. Maka dengan itu, teknologi media sentiasa berkembang dan semakin berkualiti.
Suatu tika dulu, hanya majalah, surat khabar dan radio sebagai medan utama media tetapi kini
terdapat pelbagai jenis teknologi yang lahir hasil dari perkembangan pesat teknologi seperti

komputer, telefon digital, dan media sosial dan teknologi ini semakin dinamik sehingga muncul
satu fenomena dalam industri media komunikasi yang dikenali sebagai “New Media” ataupun
“Media Baharu”.
Garrison (1996) dalam Ramli Mohamed & Aini Hayati Khalib (2006) mengatakan kedatangan
Teknologi Komunikasi Baharu (NCT) telah mewujudkan satu set peluang dan cabaran untuk
kerjaya media tradisional seperti kewartawanan kerana kebanyakan maklumat di dunia kini
boleh didapati melalui teknologi komputer.
Shankar Chelluri & Kiranjit Kaur (2012) berpendapat adalah penting untuk mengetahui
bagaimana media baru akan memberi kesan kepada industri komunikasi dan bagaimana untuk
1

menangani cabaran dan menyesuaikan diri dengan keperluan industri ini. Dalam konteks ini,
penulis berpendapat adalah penting untuk memahami bagaimana industri komunikasi yang
didorong oleh teknologi seperti media baru memberi impak ke atas penerbitan media cetak di
Malaysia.

2

IMPAK PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MEDIA KE ATAS PENERBITAN MEDIA
CETAK DI MALAYSIA

1.0

Media Baharu Dalam Industri Penerbitan Media Cetak

Preston (2001) dalam Shahrul Nazmi Sannusi & Normah Mustaffa (2015) mengatakan bahawa
perkembangan teknologi media telah memberikan impak yang sangat besar keatas industri
penerbitan media cetak di negara ini. Teknologi yang telah berkembangan dari semasa ke
semasa sejak dekad 1980-an dan 1990-an telah berjaya menghubungkan sifat-sifat
telekomunikasi konvensional massive kepada teknologi komputer yang bersifat interaktif serta
melalui penggabungan teknologi ini telah mengakibatkan suatu fenomena yang dipanggil
konvergensi yang telah menyebabkan terhasilnya perubahan radikal dalam aspek penanganan,
penyediaan, pemprosesan serta pengedaran seluruh bentuk informasi, sama ada audio, visual,
dan sebagainya.
Dengan wujudnya pelbagai saluran yang bersifat lebih interaktif melalui teknologi internet
mendorang berlakunya migrasi dalam kalangan khalayak, khasnya dalam konteks akses kepada
maklumat. Maka dengan itu, peranan media konvensional sebagai medium penyampaian
maklumat kepada khalayak sejak dahulu kini berhadapan dengan situasi persaingan daripada
media baharu.
New York Times (2009) dalam Shahrul Nazmi Sannusi & Normah Mustaffa (2015)
melaporkan bahawa kajian yang dilakukan oleh Rich Edmund iaitu penganalisis media dari

Poynter Institute mengatakan petunjuk jualan media cetak sejak kebelakangan ini
menunjukkan tanda-tanda yang lebih teruk daripada yang dijangka. Data yang diperolehi
menunjukkan bahawa berlaku penghijrahan yang besar di kalangan pembaca daripada media
konvensional kepada media berteknologi. Malah, beliau telah menjangkakan pengedaran lebih
daripada 1,200 akhbar dan majalah di Amerika Syarikat keseluruhannya akan terus mengalami
kemerosotan secara purata 5.5 peratus serta semakin banyak syarikat penerbitan akan mula
berpindah kepada media berteknologi atau menghentikan terus operasi pada masa hadapan.

3

Jadual 1: Penggunaan Internet di Malaysia Mengikut Kategori Umur 2013

Umur

Peratus %

Bawah 15 tahun

2.3


15 -19

14.2

20 – 24

21.4

25 – 29

20.3

30 – 34

13.9

35 – 39

9.2


40 – 44

7.0

45 – 49

5.2

50 keatas

6.6

(Sumber: Buku Maklumat Statistik 2014, SKMM)
Shahrul Nazmi Sannusi & Normah Mustaffa (2015) melaporkan berdasarkan data statistik yang
diperolehi daripada Buku Maklumat Statistik 2014 terbitan Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia (SKMM) seperti Jadual 1 berkaitan penggunaan internet di kalangan generasi
muda menunjukkan sejumlah 21.4 peratus pengguna internet terbesar dalam negara ini adalah
di kalangan mereka yang berumur antara 20 hingga 24 tahun, diikuti dengan kumpulan berumur
daripada 25 hingga 29 tahun iaitu sebanyak 20.3 peratus. Manakala kumpulan yang berumur
daripada 30 hingga 34 tahun pula sebanyak 13.9 peratus dan kumpulan umur di antara 15

hingga 19 tahun sekitar sebanyak 14.2 peratus. Bagi golongan umur bawah 15 tahun adalah
kumpulan yang paling kecil sekali yang menggunakan internet. Dengan ini, jelas menunjukkan
bahawa gaya penggunaan internet di Malaysia dan menunjukkan bahawa mereka yang berumur
di kalangan 20 hingga 40 tahun mewakili sebanyak 65 peratus daripada jumlah keseluruhan
penggunaan internet di Malaysia pada tahun 2014.
Media berteknologi yang bersifat lebih interaktif dalam pelbagai bentuk gajet komunikasi serta
kos yang ditawarkan adalah lebih rendah dan mudah kepada pengguna akan menyebabkan
penguasaan media cetak dalam jangkamasa panjang akan terancam. Seperti yang berlaku di
negara barat, perkembangan Internet yang semakin meningkat telah memberi impak kepada
industri penerbitan di Malaysia. Laman-laman web, blog, dan jaringan sosial dalam talian,
khususnya yang berkaitan berita dan hiburan semakin menjadi tumpuan pengguna Internet.
Malah laman web seperti Malaysiakini, YouTube, The Star, Facebook dan Google menjadi
4

pilihan utama pengguna Internet di Malaysia sepanjang tahun 2008 seperti yang dilaporkan
oleh laman audit web Alexa.com. (Shahrul Nazmi Sannusi & Normah Mustaffa 2015)
2.0

Perkembangan Teknologi Internet di Malaysia


2.1

Teknologi Internet

Teknologi internet bermula daripada jaringan yang dibentuk oleh Pertahanan Amerika Syarikat
pada tahun 1969 melalui projek ARPA yang dikenali sebagai ARPHANET (Advanced
Research Project Agency Network) untuk proses komunikasi. Menurut Shankar Chelurri &
Kiranjit Kaur (2012) kemunculan media sosial yang telah berlaku sejak beberapa tahun dahulu
bermula dengan segelintir (web 2.0) yang direka khas untuk pengguna dan penggunaannya
menjadi semakin meluas dan seterusnya menarik pelbagai jenis teknologi. Namun, menurutnya
lagi tidak semua teknologi dalam talian diklasifikasikan sebagai “Media Sosial” dan amatlah
penting untuk membezakan antara media sosial dan lain-lain jenis media digital.
“Sosial” mentakrifkan hubungan “dua hala” di antara beberapa orang dan destinasi terbaik
untuk interaksi sosial adalah laman web “rangkaian sosial” yang dibina untuk membolehkan
interaksi sosial melalui pelbagai media. Media sosial adalah berbeza daripada konvensional
media seperti surat khabar atau televisyen dan ianya agak murah untuk diakses serta
membolehkan sesiapa sahaja untuk menerbitkan serta mengakses maklumat, berbanding media
perindustrian yang secara amnya memerlukan sumber yang besar untuk menerbitkan
maklumat.
2.2


Teknologi Penjanaan Kandungan Digital Melalui Media Sosial dan Blog

Legard (2000) dalam Faridah Ibrahim (2011) menunjukkan kemunculan internet di Malaysia
mempunyai beberapa kesan yang mendalam kepada landskap media di negara in dan juga
profesion kewartawanan pendidikan. Perkhidmatan Internet yang pertama di Malaysia (ISP),
JARING (Joint Advance Integrated Network) telah dilancarkan pada awal tahun 1990 oleh
MIMOS. Kemudian muncul pula ISP kedua iaitu TMNet yang telah dilancarkan pada Julai
1996. Menjelang November 2000 terdapat tiga ISP lain di Malaysia iaitu Maxis, Digi dan Time
Telecommunication Sdn Bhd (Time Telekom). Hanya terdapat 90 penggunaan internet pada
pelancarannya di tahun 1992 namun pada akhir tahun 2000 dianggarkan jumlah bilangan
pelanggan bertambah sehingga 1.4 juta dengan 6 hingga 7 juta pengguna.

5

Khalid Mohamad (2000) iaitu bekas Ketua Editor Utusan dalam Faridah Ibrahim (2011)
mengatakan telah meramalkan bahawa hanya menunggu waktu dan ketika sebelum organisasi
berita di negara ini sepenuhnya menggunakan teknologi komunikasi ICT kerana buat masa
sekarang ICT adalah sebahagian daripada budaya bilik berita dan teknologi membawa kita
lebih jauh ke dalam ruang siber dan kita pasti menuju ke arah bilik berita maya “virtual” dalam

masa yang terdekat. Ketika itu, bekas Ketua Editor Utusan itu berbicara mengenai akhbar
tabloid dan kapsul hari ini yang boleh didapati pada setiap telefon mudah alih dan iPad yang
dibawa oleh teknologi Internet.
2.3

Teknologi Telefon Pintar

Jo-Ann Ding, Lay Chin Koh & Jacqueline Ann Surin (2013) mengatakan wartawan dan editor
terpaksa menukar proses kerja mereka dengan mengikuti perkembangan digital. Sebelum ini
pengamal media tradisional hanya bergantung kepada arkib mereka, buku dan temubual secara
langsung untuk menulis berita tetapi kini wartawan lebih banyak mendapatkan maklumat
daripada pelbagai platform internet dan media sosial serta bekerja dengan lebih cepat dan
pantas. Media tradisioanl terpaksa membuat banyak perubahan disebabkan oleh persaingan
daripada media dalam talian, rangkaian sosial dan wartawan tempatan. Walau bagaimanapun,
pertumbuhan ini juga bermakna untuk peningkatan trafik pembaca dan wartawan di Malaysia
memainkan peranan yang penting untuk menyampaikan berita dengan lebih berfakta.
Pendigitan dan media baru telah mengubah amalan bilik berita di Malaysia dan wartawan
tempatan harus menghadapi pelbagai cabaran baru. Wartawan dan editor dalam akhbar arus
perdana terutamanya telah melihat perubahan proses kerja mereka berubah mengikut kitaran
berita 24 jam dan juga persaingan dari media dalam talian dan juga media sosial.

Sebelum ini, wartawan mempunyai 8 hingga 12 jam untuk menghasilkan cerita mereka untuk
akhbar hari berikutnya tetapi kini tidak lagi kerana pembaca mengharapakan berita yang lebih
cepat dan pantas. Wartawan juga harus memberi tumpuan kepada pelbagai peranan selepas
lima tahun bertugas terutamanya wartawan media cetak tradisional yang terpaksa memikul
tanggungjawab lain yang bukan dalam skop kerja yang biasa. Antara lain mereka harus
menyelaras komponen multimedia untuk cerita mereka seperti menyediakan video atau grafik
serta cerita pendek atau petikan untuk isyarat teks, twitter atau laman berita dalam talian.

3.0

Impak ke atas Penerbitan Media Cetak di Malaysia
6

Perkembangan Teknologi Media melalui Internet, Kandungan Digital dan Telefon Pintar telah
memberikan impak yang amat kuat terhadap media bercetak di Malaysia. Terdapat lima (5)
impak utama yang dapat dilihat, iaitu:
1. Pengurangan edaran/sirkulasi akhbar bercetak
2. Penjanaan pendapatan dari iklan terjejas
3. Cabaran merangka strategi pendapatan melalui media baharu
4. Blogger sebagai pesaing – “Citizen Journalist” versus “Professional Journalist”

5. Strategi menjana kandungan digital – “embrace or perish”
3.1

Pengurangan edaran/sirkulasi akhbar bercetak

Shahrul Nazmi Sannusi dan Normah Mustaffa (2015) telah melaporkan bahawa Tan Sri
Hashim Makaruddin, Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Berhad pernah mengakui realiti
ketika ini adalah penerbit media bercetak menghadapi saingan yang kuat daripada media
baharu dalam mendapatkan perhatian pembaca. Beliau juga mengakui bahawa pembaca lebih
menerima media baharu yang ditawarkan melalui internet dan telefon bimbit berbanding
majalah dan akhbar keluaran Kumpulan Utusan.
Rajah 1: Trend Sirkulasi Akhbar Bercetak 2012-2014

Kajian yang dijalankan oleh Shahrul Nazmi Sannusi dan Normah Mustaffa (2015) telah
merumuskan bahawa secara purata, terdapat penurunan dalam sirkulasi akhbar bercetak di
antara 10 hingga 33 peratus apabila dilihat dari data trend sirkulasi akhbar yang dikumpulkan
7

pada tahun 2013 dan 2014. Kajian itu juga mendapati bahawa akhbar Harian Metro mencatat
kejatuhan yang tinggi iaitu sebanyak 25 peratus menjadi 342,689 naskhah sehari.
3.2

Penjanaan pendapatan dari iklan terjejas

Tan Sri Hashim Makaruddin dalam Shahrul Nazmi Sannusi dan Normah Mustaffa (2015) juga
mendedahkan ketika pembentangan kertas kerja di seminar “Cabaran Media” di Universiti
Kebangsaan Malaysia yang berlangsung pada 15 Oktober 2009 bahawa Kumpulan Karangkraf
juga mengalami pengurangan jumlah jualan bagi majalah dan pendapatan iklan disebabkan
kemunculan dan peningkatan minat pembaca dan seterusnya pengiklan ke arah medium
Internet.
Secara logiknya, media bercetak tidak akan dapat bersaing secara berhadapan dengan cabaran
daripada media baharu kerana ia tidak mampu menandingi keupayaan media baharu yang
menawarkan pengalaman interaktif dan persembahan visual bersama audio.
Eric Schmidt, Ketua Pegawai Eksekutif Google dalam Jennifer Alejandro (2010) dilaporkan
berkata bahawa dalam jangkamasa lima (5) hingga sepuluh (10) tahun akan datang, berita akan
dilaporkan melalui sejenis peranti elektronik, mudah alih dan mempunyai skrin yang berwarnawarni. Aplikasi berita akan menunjukkan apa berita yang dibaca oleh kawan-kawan anda serta
apakah berita yang “hot”. Adalah nyata bahawa akan berlaku peralihan yang pantas dari segi
langganan dan pengiklanan daripada media bercetak kepada media baharu.

3.3

Cabaran merangka strategi pendapatan melalui media baharu

Meskipun pada dasarnya akses kepada akhbar versi digital di Malaysia adalah diberikan
percuma, pemain-pemain utama iaitu penerbit akhbar media arus perdana seperti Kumpulan
Utusan dan Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) telah lama bereksperimentasi terhadap
taktik dan strategi terbaik bagaimana untuk mengenakan bayaran kepada pelanggan atau
pembaca untuk mendapatkan akses kepada berita, salah satunya adalah melalui langganan
berbayar.

8

Rajah 2: Trend Langganan Akhbar Digital 2012-2014

Shahrul Nazmi Sannusi dan Normah Mustaffa (2015) telah mendapati bahawa mengikut
laporan Audit Bureau of Circulation Malaysia 2014 (ABC Malaysia 2014), langganan akhbar
digital The Star meningkat kepada 81,367 dan edisi mingguannya Sunday Star versi digital
mempunyai langganan sebanyak 81,498, iaitu peningkatan sebanyak 64 peratus. Akhbar digital
Utusan Malaysia pula dilaporkan menerima peningkatan langganan sebanyak 60 peratus
kepada 201,302 naskhah.
Penjanaan pendapatan melalui iklan sering kali dilihat sebagai pendapatan tradisi penerbit
akhbar. Walau bagaimanapun, cabaran kini adalah untuk memanfaatkan teknologi bagi
membolehkan penerbit akhbar lebih proaktif dalam mensasarkan iklan yang paling sesuai
kepada pembacanya. Jennifer Alejandro (2010) menulis bahawa teknologi baharu akan
membantu penerbit akhbar untuk memahami khalayaknya dengan lebih berkesan melalui
penggunaan data mining, algoritma dan perisian analisis jangkaan serta mobile apps. Beliau
juga menyatakan bahawa model bisnes syarikat akhbar dan pengiklan mereka akan tertakluk
kepada kepergantungan terhadap pola dan trend tindakan dan penglibatan atas talian dan media
sosial pembaca berita pada masa akan datang.

3.4

Blogger sebagai pesaing – “Citizen Journalist” versus “Professional Journalist”

Chamil Wariah (2012) dalam Rani Ann Balaraman & Faridah Ibrahim (2013) menyatakan
bahawa “Citizen Journalist” atau Wartawan Warga dizahirkan melalui blog sebagai satu fakta
9

yang tidak dapat dinafikan lagi. Nazli Ismail @ Nawang (2012) merumuskan bahawa penulis
blog boleh dikategorikan sebagai Jurnalis Amatur kerana mereka menjalankan tugas-tugas
sepertimana Jurnalis Profesional.
Penggunaan meluas aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram yang
mempunyai fungsi “follow” atau “ikut” memberikan impak besar terhadap accessibility
pembaca kepada berita-berita yang ditonjolkan di blog-blog. Perkembangan terkini mendapati
bahawa blog-blog seperti Siakapkeli, Beautiful Nara dan Oh Bulan! diikuti oleh ribuan
pengguna merentasi peranti elektronik terutamanya melalui telefon pintar.
Meskipun ada kalanya blog-blog ini mengitar semula berita daripada media arus perdana, Ali
Salman & Mohd Safar Hashim (2011) dalam Rani Ann Balaraman & Faridah Ibrahim (2013)
mendapati bahawa pembaca melihat media arus perdana sebagai gagal untuk melaporkan berita
secara “adil dalam beberapa bidang” dan menyebabkan pembaca lebih “percaya” kepada blogblog untuk menonjolkan isu-isu tertentu.

3.5

Strategi menjana kandungan digital – “embrace or perish”

Setelah akhbar The Star mewujudkan kadungan digital melalui akhbar digitalnya pada
pertengahan tahun 1990an (Faridah Ibrahim 2011), semua media bercetak arus perdana kini
mempunyai edisi digital masing-masing. Istilah-istilah baharu seperti “trending” dan “viral”
kini menjadi sasaran penggiat media dengan penumpuan diberikan kepada sumber-sumber
berita melalui media sosial.
Shankar Chelluri & Kiranjit Kaur (2014) menulis bahawa berita kematian penyanyi terkenal
Whitney Houston mula-mula “viral” di Twitter, dan selepas itu barulah diambil oleh agensi
berita, stesen televisyen dan akhirnya oleh media bercetak. Jennifer Alejandro (2010) menulis
bahawa bermula tahun 2009, agensi berita antarabangsa seperti New York Times, Sky News
dan British Broadcasting Corporation (BBC) telah menumpukan sumber dengan lebih serius
kepada media sosial seperti Twitter sebagai satu saluran berita dan interaksi dengan pembaca
dan pelanggan mereka.

10

RUJUKAN
Ramli Mohamed & Aini Hayati Khalib (2006). Engaging and Applying New Communication
Technology: A Case Study of The Usage of Internet as a Search Practice among
BERNAMA Journalists. Kajian Malaysia, Vol. XXIV, (1 & 2)
Shankar Chelluri & Kiranjit Kaur (2014). Social Media, Journalists, Public Relations: Trust or
Distrust? Kertas Kerja dalam 21st AMIC Annual Conference on “Forty Years of Media
and Communication in Asia: Retrospect, Introspect and Prospects,” Hotel Concorde,
Shah Alam, 11-14 Julai 2012.
Shahrul Nazmi Sannusi & Normah Mustaffa (2015). Akhbar Versi Digital: Implikasi Terhadap
Trend Sirkulasi Akhbar Bercetak di Malaysia. Malaysian Journal of Communication,
Jilid 31 (2), 687-701
Faridah Ibrahim (2011). Cyber Journalism: Bridging the Gap between Professionalism and
Epistemology. Journal of Media and Information Warfare, Vol. 4, 47-58
Jo-Ann Ding, Lay Chin Koh & Jacqueline Ann Surin (2013). Mapping Digital Media:
Malaysia. Open Society Foundations: London.
Jennifer Alejandro (2010). Journalism in The Age of Social Media. Reuters Institute Fellowship
Paper, University of Oxford
Nazli Ismail @ Nawang (2012). Blogger sebagai Wartawan Amatur dan Kedudukan Mereka
di bawah Sistem Pengawalseliaan Akhbar di United Kingdom. Jurnal Undang-undang
& Masyarakat, 16, 69 - 78
Rani Ann Balaraman & Faridah Ibrahim (2013). Kewartawanan Dari Warga Kepada Warga:
Punca Kewujudan dan Perkembangannya Di Malaysia. Malaysian Journal of
Communication, Jilid 29 (2), 175-188

11

Dokumen yang terkait

PENGARUH DOSIS LIMBAH MEDIA JAMUR TIRAM DAN KONSENTRASI LARUTAN ZAT PENGATUR TUMBUH (ZPT) ABITONIK TERHADAP SEMAI KAYU MANIS [Cinnamomum camphora (l,) J. Presi]

12 141 2

KONSTRUKSI MEDIA TENTANG KETERLIBATAN POLITISI PARTAI DEMOKRAT ANAS URBANINGRUM PADA KASUS KORUPSI PROYEK PEMBANGUNAN KOMPLEK OLAHRAGA DI BUKIT HAMBALANG (Analisis Wacana Koran Harian Pagi Surya edisi 9-12, 16, 18 dan 23 Februari 2013 )

64 565 20

PENERAPAN MEDIA LITERASI DI KALANGAN JURNALIS KAMPUS (Studi pada Jurnalis Unit Aktivitas Pers Kampus Mahasiswa (UKPM) Kavling 10, Koran Bestari, dan Unit Kegitan Pers Mahasiswa (UKPM) Civitas)

105 442 24

PEMAKNAAN BERITA PERKEMBANGAN KOMODITI BERJANGKA PADA PROGRAM ACARA KABAR PASAR DI TV ONE (Analisis Resepsi Pada Karyawan PT Victory International Futures Malang)

18 209 45

DAMPAK INVESTASI ASET TEKNOLOGI INFORMASI TERHADAP INOVASI DENGAN LINGKUNGAN INDUSTRI SEBAGAI VARIABEL PEMODERASI (Studi Empiris pada perusahaan Manufaktur yang Terdaftar di Bursa Efek Indonesia (BEI) Tahun 2006-2012)

12 142 22

A DESCRIPTIVE STUDY ON THE TENTH YEAR STUDENTS’ RECOUNT TEXT WRITING ABILITY AT MAN 2 SITUBONDO IN THE 2012/2013 ACADEMIC YEAR

5 197 17

EFEKTIVITAS PENGAJARAN BAHASA INGGRIS MELALUI MEDIA LAGU BAGI SISWA PROGRAM EARLY LEARNERS DI EF ENGLISH FIRST NUSANTARA JEMBER

10 152 10

IMPROVING CLASS VIII C STUDENTS’ LISTENING COMPREHENSION ACHIEVEMENT BY USING STORYTELLING AT SMPN I MLANDINGAN SITUBONDO IN THE 2010/2011 ACADEMIC YEAR

8 135 12

PENGAJARAN MATERI FISIKA DASAR UNTUK MAHASISWA FAKULTAS TEKNOLOGI INDUSTRI

9 106 43

HUBUNGAN PEMANFAATAN MEDIA AUDIOVISUAL TERHADAP TINGKAT PEMAHAMAN DAN SIKAP SISWA KELAS VII SMP NEGERI 3 BATANGHARI NUBAN LAMPUNG TIMUR

25 130 93