Negara yang mementingkan kebebasan dan h

Negara yang mementingkan kebebasan dan hak asasi manusia akan
memperuntukkan perkara-perkara berkenaan di dalam perlembagaannya.
Sebegitu juga jika negara yang mengutamakan nilai kerohanian dan
keagamaan akan memuatkan fasal berkenaan agama di dalam
perlembagaannya itu.

Terdapat 2 jenis perlembagaan:

Perlembagaan Bertulis; dan
Perlembagaan Tidak Bertulis.
Perlembagaan Bertulis
Perlembagan bertulis merupakan perlembagaan yang telah dikodifikasi
atau diluluskan badan bertanggungjawab dalam satu dokumen. Daripada
dokumen ini, undang-undang lain diluluskan atau amalan-amalan
berperlembagaan (constitutional practices and conventions) dilahirkan.
Berdasarkan perlembagaan inilah pihak kehakiman akan menguji
kesahihan tindakan kerajaan.

Antara negara-negara yang mengamalkan perlembagaan bertulis
termasuklah


Malaysia

(Perlembagaan

Persekutuan

atau

Federal

Constitution),

Amerika Syarikat

(U.S. Constitution)

dan India

(Constitution of India).


Perlembagaan

Amerika

Syarikat

boleh

dikategorikan

sebagai

perlembagaan “pendek” apabila dibandingkan dengan Perlembagaan
Persekutuan dan Perlembagaan India. Perlembagaan India mempunyai
Mukadimah (Preamble), 22 Bahagian yang mengandungi 448 perkara,
12 jadual, 5 lampiran dan 107 pindaan. Tahukah anda bagaimana
struktur Perlembagaan Persekutuan?

Setiap perlembagaan bertulis memperuntukan kaedah pindaannya.
Sungguhpun sesuatu perlembagaan merupakan undang-undang asas

(gurdnorm), namun ia tetap boleh dipinda dari masa ke semasa.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan 4 kaedah pindaan. Kaedahkaedah ini akan dibincangkan di dalam entry seterusnya.

Perlembagaan Tidak Bertulis
Perlembagaan tidak bertulis merupakan gabungan tradisi, undangundang biasa badan legislatif, keputusan-keputusan mahkamah serta
amalan-amalan yang dianggap teras oleh rakyat negara berkenaan.

United Kingdom, New Zealand, Israel dan San Marino merupakan
antara negara-negara masa kini yang tidak mempunyai perlembagaan
bertulis.

Secara teori, perlembagaan tidak bertulis boleh dipinda dengan undi
majoriti mudah badan legislatif negara berkenaan. Selain itu, skandal
atau penyalahgunaan kuasa oleh pihak kerajaan juga boleh menukar
penerimaan rakyat negara berkenaan, lebih-lebih lagi melalui proses
pilihanraya.

Mengapa perlembagaan dipertahankan
Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi dan
kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini.

Selain itu ia menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan
kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Perlembagaan

Persekutuan

dibentuk

dengan

mengambil

kira

perkembangan sejarah Negara sebelum dan selepas penjajahan. Hal ini
diambil kira bagi merealisasikan cita-cita mewujudkan sebuah Negara
yang demokrasi dan adil untuk semua pihak. Beberapa perkara telah
diletakkan sebagai peruntukan utama dalam perlembagaan seperti

kewarganegaraan, agama, bahasa, kedudukan istimewa orang Melayu

dan kebebasan asasi.

7.2.1 Hak-Hak Asasi

Kebebasan asasi seseorang individu adalah diperuntukan dalam
Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan asasi boleh
dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kebebasan mutlak dan kebebasan
terhad . Kebebasan asasi hanya boleh diubah dengan majorit dua pertiga
daripada jumlah kesemua ahli Dewan Perundangan. Perkara-perkara
kebebasan asasi adalah seperti berikut:

a.

Kebebasan diri

Perkara mengenai kebebasan diri telah diperuntukan dalam Fasal 1,
Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan tidak
seorang pun boleh diambil nyawanya dan dilucutkan kebebasan dirinya
kecuali menurut undang-undang.[1] Seseorang yang ditangkap perlu
diberitahu dengan seberapa segera sebab-sebab dia ditangkap dan dia

dibenarkan untuk membela diri oleh seorang peguam yang dipilih

olehnya sendiri. Selain itu, seseorang yang ditangkap dan tidak
dilepaskan hendaklah dibawa kehadapan seorang majistret dalam masa
24 jam.

b.

Keabdian dan kerja paksa

Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, memperuntukkan
bahawa tidak seorang pun boleh ditahan sebab abdi dan kerja paksa.[2]
Segala jenis kerja paksa adalah dilarang tetapi parlimen boleh dengan
undang-undang, membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan untuk
maksud-maksud Negara. Kerja yang berkaitan dengan menjalankan
hukuman penjara tidaklah dianggap sebagai kerja paksa.

c.

Kesamarataan di sisi undang-undang


Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa semua
orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat
perlindungan

yang

sama.

Fasal

2

memperuntukkan

seseorang

warganegara itu tidak boleh dibezakan semata-mata atas sebab agama,
kaum, keturunan atau tempat lahir. Walaubagaimanapun pengecualian
terdapat dalam Perkara 153 yang memperuntukan layanan istimewa bagi

orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain di Sabah dan Sarawak
dalam beberapa lapangan seperti pemegangan jawatan-jawatan dalam
perkhidmatan awam, pemberian biasiswa-biasiswa dan pengeluaran
permit serta lesen.

d.

Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak

Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa
tidak seorang pun warganegara yang boleh dibuang negeri atau ditahan
daripada masuk ke dalam Persekutuan. Setiap warganegara berhak
bergerak dengan bebasnya dan bermastautin di mana-mana bahagian
Persekutuan. Walaubagaimanapun hal ini tertakluk kepada undangundang imegresen yang berkaitan dengan Sabah dan Sarawak. Keadaan
ini tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan denga keselamatan
Persekutuan seperti ketenteraman awam, kesihatan awam dan hukuman
yang dikenakan kepada pesalah.

e.


Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan

Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan
kebebasan kepada semua warganegara untuk bercakap, berhimpun dan
menubuhkan

persatuan[3].

mengenakan

sekatan

Namun

tertentu

bagi

demikian,


parlimen

kepentingan

boleh

keselamatan,

ketenteraman awam atau moral. Adalah menjadi satu kesalahan untuk
menyoal perkara-perkara sensitif seperti hak-hak keistimewaan orang
Melayu dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

f.

Kebebasan beragama

Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan
agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, tetapi

setiap


warganegara Malaysia berhak mengamalkan agama masing-masing.
Setiap Individu berhak untuk mengembangkan agamanya, tetapi
undang-undang negeri dan undang-undang persekutuan boleh mengawal
atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama

dikalangan orang yang menganut agama Islam. Walau bagaimanapun,
kebebasan diberikan kepada kerja-kerja mubaligh di kalangan orang
bukan Islam.[4]

Manakala di Sabah dan Sarawak pula, undang-undang negeri yang ingin
menyekat apa-apa agama, iktikad dan kepercayaan di kalangan orang
Islam berkehendakkan undi sebanyak 23 daripada jumlah bilangan
anggota Dewan Undangan Negeri. Tiap-tiap kumpulan agama berhak
untuk:

i.
ii.

Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.
Menubuh dan menyelenggara yayasan-yayasan bagi maksud

agama dan khairat.
iii.

Memperoleh dan mempunyai harta serta memegang dan

mentadbirkannya mengikut undang-undang.

g.

Kesamarataan dalam pelajaran

Perkara 12 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan
tentang hak mengenai pelajaran. Tidak terdapat sebarang perbezaan
terhadap mana-mana warganegara semata-mata kerana agama, kaum,
keturunan, tempat lahir untuk mendapatkan pendidikan, iaitu:

i.

Dalam pentadbiran mana-mana yayasan pelajaran yang

diselenggara oleh suatu pihak berkuasa awam tentang kemasukan muridmurid atau pelajar mengenai bayaran.
ii.

Tentang memperuntukkan kewangan dan bantuan kewangan

pihak berkuasa awam bagi menanggung atau membiayai murid-murid
atau pelajar-pelajar di mana-mana yayasan pelajar tertakluk kepada
Perkara 153.[5]

Tiap-tiap kumpulan agama diberi kebebasan untuk menubuh dan
menyelenggara yayasan-yayasan untuk pelajaran kanak-kanak atau
mengenai agama kumpulan itu. Selain itu, tidak terdapat perbezaan
semata-mata sebab agama dalam mana-mana undang-undang berkaitan
dengan yayasan itu, tetapi dalam undang-undang persekutuan dan
negeri, boleh mengadakan bantuan kewangan khas bagi menyelenggara
Yayasan Islam atau mengajar mengenai agama Islam kepada
penganutnya. Tidak seorang pun diwajibkan menerima apa-apa ajaran
mengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa

upacara atau sembahyang bagi sesuatu agama yang lain daripada
agamanya sendiri.

h.

Hak untuk berharta

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tidak
seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali menurut undang-undang.
Undang-undang juga tidak boleh membuat peruntukan untuk mengambil
atau menggunakan harta dengan paksa tanpa pampasan yang
mencukupi[6].

i.

Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat

kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang

Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa
kebelakangan dan perbicaraan berulang Perlembagaan Persekutuan
Malaysia. Melalui Perkara 7, memperuntukkan tidak seorang pun yang
boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan yang tidak menjadi kesalahan

di sisi undang-undang pada masa perbuatan itu dilakukan dan tidak
sesiapa juga boleh menanggung hukuman yang lebih berat bagi sesuatu
kesalahan daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada
masa kesalahan itu dilakukan.

Fasal 2 memperuntukkan bahawa seseorang yang telah dibebaskan
ataupun disabitkan dengan kesalahan tidak boleh dibicarakan sekali lagi
di atas kesalahan yang sama kecuali jika sabitan atau pembebasan itu
telah dibatalkan dan perbicaraan semula diperintahkan oleh mahkamah
atasan mengenai perkara yang dia telah dibebaskan ataupun disabitkan
kesalahan itu.