Isu dan Cabaran Ibu Tunggal dalam Mengha

ISU DAN CABARAN IBU TUNGGAL

Isu dan Cabaran Ibu Tunggal dalam Menghadapi Perubahan Globalisasi
Nur Syahirah Binti Ahmad Bastari
SSW 352

ISU DAN CABARAN IBU TUNGGAL
Isu dan Cabaran Ibu Tunggal dalam Menghadapi Perubahan Globalisasi
Penyelidikan ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu dan cabaran yang
dihadapi oleh ibu tunggal dalam mendepani arus perubahan persekitaran global seterusnya
ingin menganalisis kesannya terhadap kelangsungan hidup ibu tunggal serta mengkaji
penyesuaian diri ibu tunggal terhadap perubahan peranan. Hal ini demikian kerana
keterbatasan maklumat dan akses kepada sumber sedikit sebanyak telah menyebabkan
terdapat golongan ibu tunggal yang sering kali dilihat agak ketinggalan dan terpaksa
berdepan dengan masalah-masalah yang sekali gus membantutkan kualiti hidup mereka.
Penyelidik akan membuat pemilihan sampel secara rawak iaitu 25 sampel ibu tunggal di
Pulau Pinang. Isu dan cabaran yang menjadi fokus penyelidik adalah mengenai keadaan ibu
tunggal dari aspek status sosioekonomi (kemiskinan), masalah sosial dan disiplin anak-anak
serta pengurusan tekanan emosi dan adaptasi terhadap institusi keluarga yang terubah.
Latar Belakang
Berdasarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, istilah

ibu tunggal didefinisikan sebagai wanita yang masih menanggung anak tetapi telah
diceraikan secara hidup atau mati, seorang isteri yang mempunyai anak dalam tanggungan
dan menjadi ketua mencari nafkah dan menanggung suami yang tidak berupaya untuk bekerja
disebabkan sakit atau wanita yang mengambil anak angkat. Ibu tunggal juga adalah individu
yang terpaksa menanggung peranan dan tanggungjawab keibubapaan tanpa bantuan daripada
seorang suami di sisi malah terdiri daripada salah satu kategori penduduk yang semakin
bertambah jumlahnya saban tahun. Oleh itu, penceraian dan fenomena ibu tunggal tidak lagi
dianggap sebagai masalah bersifat individu semata-mata tetapi wajar dianggap sebagai satu
masalah yang semakin sukar diatasi (Ismail & Wan Ahmad, 2010).
Pada zaman era 1960-an dan 1970-an jarang sekali isu ibu tunggal menjadi isu besar
dalam masyarakat tetapi masalah ibu tunggal kini menjadi semakin serius lantaran ia

1

ISU DAN CABARAN IBU TUNGGAL
membawa kepada isu-isu lain seperti anak-anak terbiar, terlibat dalam gejala sosial dan
sebagainya (Ab Rahman & Ab Kadir, 2004). Hal ini juga berkait rapat dengan beberapa
faktor. Pertama, jangka hayat wanita pada hari ini lebih panjang berbanding lelaki iaitu di
Malaysia jangka hayat wanita ialah 77.2 tahun manakala jangka hayat lelaki ialah 72.6 tahun.
Malah kenyataan ini dapat diperkukuhkan lagi menurut Tan dan Mohd Yatim (1997) yang

menunjukkan bahawa peningkatan golongan wanita kematian suami meningkat mengikut
umur. Kedua, apabila berlaku penceraian hidup, anak-anak kebiasaannya diletakkan di bawah
jagaan ibu. Maka, ibu tunggal terpaksa memikul peranan menjaga dan mendidik anak-anak
sekali gus membawa keluarga ibu tunggal berada dalam tahap kemiskinan kesan daripada
perubahan peranan yang sedia ada sebelumnya.
Keluarga ibu tunggal dianggap sebagai keluarga yang tidak sempurna kerana keluarga
tersebut diketuai oleh ibu sahaja tanpa ada sokongan atau peranan dari pihak bapa. Yahaya
(2008) menyatakan bahawa keluarga binuclear terbentuk akibat penceraian yang
mengakibatkan keluarga asal terbahagi kepada dua iaitu keluarga nuklear sebelah ibu dan
keluarga nuklear sebelah bapa. Kebanyakan isteri yang ditinggalkan atau kematian suami
tetapi mempunyai anak memilih untuk anak-anak tinggal bersamanya kerana yakin anak-anak
akan dijaga dengan selamat (Utusan Malaysia, 2000). Namun begitu, pelbagai cabaran yang
terpaksa ditempuhi oleh ibu tunggal cukup mencabar ketahanan mental dan fizikal. Cabaran
yang menjadi fokus utama penyelidik ialah kemiskinan, perubahan global yang
mempengaruhi status sosioekonomi kemurungan dan masalah disiplin anak-anak terpaksa
dihadapi oleh golongan ibu tunggal.
Pernyataan Masalah
Berdasarkan laporan bancian pada tahun 2000, didapati seramai 620,389 orang ibu
tunggal di Malaysia (Abu Bakar et al, 2004). Manakala laporan akhbar menyatakan bahawa
seramai 529,701 orang ibu tunggal adalah balu dan 90,688 pula merupakan mereka yang


2

ISU DAN CABARAN IBU TUNGGAL
bercerai atau hidup bercerai (Berita Harian,2003). Kekurangan pungutan data oleh pihak
bertanggungjawab terhadap bilangan ibu tunggal di Malaysia menyukarkan penyelidik untuk
mendapatkan angka yang sebenar mengenai jumlah ibu tunggal yang terkini di Malaysia.
Namun, kepastian yang dapat dibuat ialah jumlah ibu tunggal di Malaysia semakin meningkat
mendadak saban tahun ( Ab Rahman & Ab Kadir, 2004; Husin ,2005; Isahak, Idris &
Selvaratnam, 2009; Ismail & Wan Ahmad, 2010). Keadaan ini cukup merisaukan kerana ia
memberi kesan terhadap rantaian yang tinggi kepada pembentukan jiwa kanak-kanak malah
institusi kekeluargaan turut terancam. Pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh ibu
tunggal cukup mencabar ketahanan mental dan fizikal. Cabaran yang menjadi fokus utama
penyelidik ialah kemiskinan, perubahan global yang mempengaruhi status sosioekonomi
kemurungan dan masalah disiplin anak-anak terpaksa dihadapi oleh golongan ibu tunggal.
Cabaran pertama yang menjadi fokus adalah berkaitan dengan status sosioekonomi
keluarga tunggal. Rentetan daripada krisis ekonomi baru-baru ini, terdapat banyak syarikat
yang terpaksa mengurangkan jumlah pekerja yang banyak malah terdapat juga yang telah
gulung tikar. Sekiranya golongan ibu tunggal dibuang kerja, sumber pencarian mereka akan
terputus seterusnya menjejaskan tahap sosioekonomi keluarga tunggal memandangkan hanya

ibu tunggal sahaja yang berperanan dalam mencari pendapatan keluarga yang majoritinya
berpendapatan kecil. Hal ini demikian kerana, kehilangan punca mata pencarian keluarga
adalah faktor utama keluarga ibu tunggal terjebak dalam arus kemiskinan (Husin, 2005).
Lebih menakutkan sekiranya ibu tunggal mempunyai anak-anak yang masih kecil,
memandangkan kos penjagaan anak-anak kecil yang lebih tinggi. Terdapat juga ibu tunggal
yang terpaksa meninggalkan anak-anak kecil mereka bersendirian untuk dijaga oleh anaknya
yang lebih besar atas desakan hidup. Jadi tidak hairanlah sekiranya terdapat ibu tunggal yang
terus terhimpit dalam kancah kemiskinan serta tidak mampu menyediakan keperluan yang
cukup untuk keluarga.

3

ISU DAN CABARAN IBU TUNGGAL
Cabaran kedua ialah tekanan emosi yang dihadapi oleh keluarga tunggal khususnya
ibu tunggal. Bagi sesetengah ibu tunggal yang kehilangan suami akibat kematian, mereka
terpaksa menyesuaikan diri dengan situasi baru atau merasai kehilangan tempat bergantung
dan teman susah senang dalam membesarkan keluarga terutamanya ibu tunggal yang
dahulunya sebagai suri rumah semasa suami masih ada di sisi. Manakala bagi yang bercerai
pula, mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan penceraian malah kadangkala terpaksa
berdepan dengan prosedur yang merumitkan semasa membuat tuntutan nafkah atau harta

sepencarian malah melibatkan masa yang panjang dan kos yang besar. Di sini penyelidik
ingin mengkaji dengan lebih mendalam tentang cabaran dan kekuatan yang terdapat dalam
diri ibu tunggal dan bagaimana kekuatan yang ada dapat ‘coping’ cabaran tersebut untuk
lebih maju ke hadapan. Hal ini demikian kerana, ibu tunggal perlu disediakan untuk
membentuk pengurusan sistem dan emosi yang kukuh supaya setiap permasalahan yang
mendatang tidak melemahkan mereka kembali.
Cabaran yang ketiga ialah masalah disiplin yang ditimbulkan oleh anak-anak. Remaja
dari keluarga tunggal didapati lebih banyak terlibat dalam masalah tingkah laku, emosi dan
akademik berbanding dibesarkan dalam keluarga asas (Astone & McLanahan, 1991;
Bronstein, Caluson, Stoll & Abrams, 1993; Dawson, 1991; Karuppaya, 2008). Kajian oleh
Polaraasi dan Aro (1994) turut mendapati bahawa penceraian menyumbang kepada
kemurungan, tekanan emosi dan masalah tingkah laku anak. Hal ini demikian kerana
perpisahan atau kematian bapa menimbulkan konflik dalam jiwa anak-anak di mana jika
tidak dibentuk dengan baik maka berkemungkinan menyebabkan anak-anak kerap
memberontak iaitu salah satu medium untuk mereka meluahkan perasaan. Malah ia turut
menyebabkan anak menjadi murung seterusnya menjadi mudah marah, bengis, tidak mahu
bekerjasama dan merenung nasib diri (Isahak, Idris & Selvaratnam, 2009). Isu sebegini perlu
dititikberatkan dari awal agar masalah tidak menjadi semakin buruk dan mengelakkan

4


ISU DAN CABARAN IBU TUNGGAL
masalah sosial yang lain turut muncul rentetan daripada isu yang timbul dalam keluarga
tersebut. Kekurangan perhubungan kasih sayang menjadi punca kecelaruan personaliti yang
melibatkan tingkah laku agresif dan antisosial seseorang. Justeru, masalah disiplin anak-anak
perlu dibanteras sebaiknya oleh ibu tunggal dengan pendekatan yang penuh hikmah.
Cabaran yang terpaksa dihadapi oleh ibu tunggal dilihat lebih ketara di bandar kesan
daripada proses globalisasi dan modenisasi yang semakin pesat. Perubahan kehidupan yang
mempengaruhi pelbagai pemboleh ubah keluarga mempunyai kebarangkalian tinggi
menggugat kestabilan sesuatu perkahwinan malah terdapat keluarga yang telah kehilangan
fungsi yang akhirnya berakhir dengan penceraian. Lazimnya, pelbagai cabaran terpaksa
dilalui oleh ibu tunggal dalam meneruskan kehidupan setelah ketiadaan suami di sisi apatah
lagi bagi mereka yang terpaksa menanggung anak-anak yang masih kecil dan remaja yang
bermasalah. Malah situasi menyukarkan apabila ibu tunggal tidak mempunyai pekerjaan tetap
atau ketiadaan pekerjaan. Oleh itu, ibu tunggal sememangnya memerlukan sokongan
daripada masyarakat. Namun begitu, masyarakat sering melontarkan pandangan negatif
terhadap golongan ibu tunggal (Jamaludin, 1997).
Dari sudut polisi pula, penyelidikan ini bertujuan membantu kerajaan untuk melobi
polisi atau pelan tindakan yang memberi kepentingan dan faedah terhadap penyelesaian isu
ibu tunggal di Malaysia. Melalui kajian ini, maklumat dan data berkaitan permasalahan,

keperluan dan kualiti hidup ibu tunggal dapat dikumpulkan yang dilihat amat berguna kepada
pihak kerajaan kerana tanpa adanya maklumat sebegini, maka polisi yang digubal adalah
kurang berguna untuk membantu dalam mengurangkan isu yang timbul. Malah, dengan
adanya penyelidikan sebegini mampu menambahkan maklumat penting berkaitan ibu tunggal
yang dilihat masih kurang dalam literatur di Malaysia. Sedangkan isu sebegini amat penting
untuk digali berikutan penambahan jumlah ibu tunggal yang semakin mendadak. Kurangnya

5

ISU DAN CABARAN IBU TUNGGAL
penyelidikan yang dilakukan sebelum ini mengenai isu ibu tunggal turut mempengaruhi
keberkesanan bantuan yang diberikan terhadap ibu tunggal.
Persoalan kajian
Melalui latar belakang permasalahan yang telah dinyatakan pada bahagian
sebelumnya, penyelidik ingin mengenal pasti permasalahan yang menjurus seperti berikut:
1. Apakah isu dan cabaran ketara yang dihadapi oleh ibu tunggal?
2. Adakah perubahan konteks globalisasi mempengaruhi kualiti keluarga ibu tunggal?
3. Bagaimanakah ibu tunggal mengimbangkan peranan mereka dalam menguruskan
kehidupan anak-anak?
Objektif Kajian

Objektif kajian dapat merangka tujuan kukuh bagi sesuatu penyelidikan yang
dijalankan. Justeru, penyelidik mempunyai beberapa objektif kajian iaitu:
1. Ingin mengkaji isu dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh ibu tunggal.
2. Ingin mengkaji sama ada perubahan konteks globalisasi mempengaruhi kualiti
kehidupan keluarga ibu tunggal secara keseluruhan ataupun tidak.
3. Ingin mengetahui kaedah atau cara ibu tunggal mengimbangkan peranan mereka
dalam menguruskan kehidupan anak-anak sama ada sesuai ataupun tidak untuk
diaplikasikan dalam mendidik anak-anak.
4. Ingin menganalisis dan mencadangkan penyelesaian masalah yang dihadapi ibu
tunggal dalam mengurangkan beban mereka menguruskan keluarga tunggal secara
lebih efektif.
Sorotan Karya
Kajian lepas tentang ibu tunggal telah disentuh oleh Isahak, Selvaratnam dan Idris
(2009) membincangkan isu-isu dan cabaran golongan ibu tunggal dalam menghadapi
persekitaran global yang mencabar dan menganalisis kesannya terhadap kelangsungan hidup

6

ISU DAN CABARAN IBU TUNGGAL
ibu tunggal. Menurut kajian, permasalahan ibu tunggal yang utama sering dikaitkan dengan

masalah ekonomi impak daripada perubahan globalisasi yang semakin pesat sehingga
menimbulkan pembangunan yang tidak seimbang dan jurang ekonomi yang ketara. Dalam
kajian juga ada membincangkan mengenai kepentingan pendidikan dan kemahiran yang
dimiliki oleh kebanyakan ibu tunggal untuk mendepani perubahan arus kemodenan.
Seterusnya kajian turut peningkatan kos hidup dan perubahan ekonomi semasa, masalah
sosial dan disiplin anak-anak, pengurusan emosi dan program khusus untuk ibu tunggal.
Abdul Rahman dan Yaacob (1997) juga telah melakukan satu kajian terhadap
keluarga ibu tunggal. Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengkaji signifikan antara
depresi dan pencapaian akademik remaja dari keluarga normal dan keluarga ibu tunggal.
Kajian ini turut mengkaji sejauh mana kehidupan dalam keluarga induk tunggal memberi
kesan negatif kepada pelbagai aspek perkembangan remaja. Seramai 112 orang remaja
berusia antara 15 hingga 17 tahun dari sebuah sekolah di Rompin, Pahang di mana dari
jumlah tersebut, 44 orang responden adalah dari keluarga ibu tunggal dan 68 orang pula dari
keluarga dua induk. Hasil dapatan kajian mendapati, terdapat signifikan antara remaja dari
keluarga ibu tunggal dan tahap depresi yang tinggi.
Rudi Cahyono (2014) pula telah membuat kajian tentang adaptasi ibu yang
berperanan sebagai ibu tunggal atau kematian suami. Secara mendalam, penelitian ini
bertujuan untuk mengetahui bagaimana proses adaptasi ibu tunggal untuk mengatasi segala
persoalan yang mereka hadapi. Kajian ini dilakukan terhadap dua orang responden melalui
temu bual dengan menggunakan teknik analisis dan ‘thematic’. Hasil penelitian menunjukkan

bahawa kedua-dua responden mengalami kesukaran untuk mengadaptasi keadaan tersebut
iaitu kematian suami.
Ismail dan Wan Ahmad (2010) pula telah membuat kajian analisis mengenai kualiti
hidup dan harapan masa depan ibu tunggal Melayu Muslim di pantai timur Malaysia. Kajian

7

ISU DAN CABARAN IBU TUNGGAL
ini menggunakan teknik persampelan ‘convenience’ iaitu sebanyak 500 orang ibu tunggal
Melayu Muslim di Kelantan, Terengganu dan Pahang dipilih sebagai responden. Kajian ini
juga menggunakan kedua-dua teknik penyelidikan iaitu teknik kuantitatif (temu bual
bersemuka) dan teknik kualitatif. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa walaupun ibu
tunggal ini menghadapi pelbagai masalah harian tetapi masalah-masalah ini tidak
berpengaruh ke atas kualiti hidup mereka.
Kajian yang dibuat oleh Layliyah (2013) pula adalah mengenai perjuangan hidup ibu
atau bapa tunggal di Dusun Sekarwoyo Desa Sukomulyo Kecamatan Manyar Kabupaten
Gresik berkenaan perjuangan ibu atau bapa tunggal menguruskan keluarga dan cabaran ibu
bapa tunggal dalam menghadapi masalah serta langkah ibu bapa tunggal dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif
deskriptif dengan memilih 4 buah keluarga tunggal sebagai responden kajian. Hasil dapatan

kajian mendapati bahawa perjuangan yang dilakukan oleh ibu atau bapa tunggal adalah
bekerja, membuka perniagaan kecil-kecilan, mendidik dan membesarkan anak, berdoa dan
berusaha manakala dapatan kajian yang kedua mengenai cabaran yang dihadapi oleh ibu atau
bapa tunggal ialah berhadapan dengan masalah disiplin dan sosial anak, status janda
dipandang enteng dan masalah ekonomi keluarga tunggal.
Terdapat beberapa persamaan yang dapat dikaji berkenaan kelima-lima karya di atas.
Persamaan pertama adalah berkenaan isu dan cabaran ibu tunggal dalam isu sosioekonomi
keluarga ibu tunggal. Berdasarkan kajian, terdapat hubungan yang signifikan antara
peningkatan kos hidup akibat tekanan ekonomi dan inflasi yang tinggi dengan cabaran yang
dihadapi oleh ibu tunggal (Isahak, Selvaratnam & Idris ,2009; Ismail & Wan Ahmad, 2010;
Layliyah, 2013). Persamaan kedua adalah berkenaan isu tekanan emosi. Berdasarkan karya,
ibu tunggal sering menghadapi masalah tekanan perasaan terutamanya yang melibatkan
kematian suami dan terpaksa menyesuaikan diri dengan situasi dan peranan yang baru

8

ISU DAN CABARAN IBU TUNGGAL

9

(Isahak, Selvaratnam & Idris ,2009; Rudi Cahyono, 2014; Layliyah, 2013). Persamaan ketiga
ialah berkenaan masalah disiplin dan sosial anak. Berdasarkan kajian, terdapat signifikan
antara penglibatan remaja terhadap remaja yang bermasalah dengan kehidupan keluarga
tunggal (Isahak, Selvaratnam & Idris ,2009; Yaacob & Abdul Rahman, 1997; Layliyah,
2013).
Terdapat perbezaan karya bagi persoalan kedua iaitu perubahan konteks globalisasi
dalam mempengaruhi kualiti kehidupan keluarga ibu tunggal. Berdasarkan kajian Isahak,
Selvaratnam dan Idris (2009) mendapati perubahan globalisasi memberi kesan terhadap aspek
kemiskinan yang dialami oleh ibu tunggal. Manakala, Ismail dan Wan Ahmad (2010) pula
menyatakan bahawa perubahan globalisasi terutamanya perubahan pembangunan
sosioekonomi mempengaruhi kestabilan perkahwinan. Kelompangan yang terdapat bagi
kelima-lima karya ini didapati bahawa kesemuanya membincangkan mengenai perubahan
peranan yang terpaksa dihadapi oleh ibu tunggal namun kajian tersebut tidak dinyatakan
mengenai bagaimana ibu tunggal mengadaptasi perubahan untuk mengimbangi peranan baru
sebagai ketua keluarga. Justeru, penyelidik ingin menganalisis perbezaan pandangan yang
terdapat dalam karya-karya tersebut bagi mendapatkan punca utama permasalahan tersebut
terjadi. Selain itu, penyelidik juga ingin mendapatkan maklumat berkaitan adaptasi ibu
tunggal terhadap peranan baru.
Metodologi
Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian yang diaplikasikan dalam penyelidikan ini adalah berbentuk
eksploratori dengan menggunakan kaedah kualitatif bagi memperoleh maklumat daripada
sampel yang dipilih secara rawak. Selain itu, penyelidik juga menggunakan kaedah Grounded
Theory. Grounded theory ialah penyelidikan berbentuk kualitatif di mana interaksi yang

dibentuk oleh responden (Maziyya, 2014). Menurut Maziyya (2014) lagi , Grounded theory

ISU DAN CABARAN IBU TUNGGAL
ialah panduan yang sistematik dan fleksibel dalam mengumpul dan menganalisis data
kualitatif yang bertujuan untuk membangunkan sesuatu maklumat berdasarkan data itu
sendiri serta mempelajari bagaimana responden menjelaskan mengenai pendapat dan tingkah
laku mereka terhadap sesuatu. Melalui kaedah tersebut, penyelidik dapat mengkaji situasi
yang terjadi dalam keluarga ibu tunggal dan turut ikut serta melihat situasi yang berlaku
dalam keluarga tersebut. Tujuan penyelidik memilih pendekatan ini agar penyelidik dapat
mengasingkan gambaran umum terhadap isu yang dihadapi ibu tunggal dan menghasilkan
suatu penemuan asli berhubung dengan situasi yang terdapat dalam kelompok ibu tunggal
tersebut. Di samping itu, penyelidik menggunakan kaedah temu bual secara bersemuka bagi
mendapatkan maklumat secara mendalam sesuai bagi mengetahui isu dan cabaran yang
dihadapi oleh ibu tunggal.
Populasi dan sampel
Populasi dalam kajian ini merupakan jumlah golongan ibu tunggal iaitu seramai 7079
orang ibu tunggal yang berdaftar di Pulau Pinang berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh
Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada Mac 2012 (statistik terakhir yang dikeluarkan oleh
kerajaan negeri). Bagi pemilihan sampel pula, kajian kualitatif yang menjadi pilihan tersebut
menggunakan kaedah sampel ‘non-probability’ yang berbentuk ‘convenience’ atau erti kata
lain sebagai ‘availability sampling’ yang majoritinya diaplikasikan oleh penyelidik kerja
sosial. Oleh hal demikian, penyelidik menggunakan kaedah sampel secara rawak bagi
memperoleh 25 orang responden di sekitar Pulau Pinang. Jumlah sampel yang dipilih adalah
berdasarkan formula Slovin iaitu
n =_____N___
1+ N (e )2

n= ___7079______ = 24.91
1+ 7079 (0.2)2

n = sampel
N= populasi
e = peratus ralat dalam penyelidikan

10

ISU DAN CABARAN IBU TUNGGAL
Responden dari Pulau Pinang dipilih adalah disebabkan pusat kajian penyelidikan
terletak di Pulau Pinang. Kedua, perbezaan taraf hidup yang ketara antara penduduk yang
tinggal di bandar dan luar bandar. Ketiga, negeri Pulau Pinang adalah unik dan mempunyai
cara hidup yang tersendiri yang agak berbeza dengan komuniti lain di Malaysia. Rekod
berkenaan ibu tunggal yang berdaftar tersebut diperoleh daripada kerjasama antara Kerajaan
Negeri Pulau Pinang (KNPP) dan Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender USM (KANITA).
Pemilihan sampel juga dilakukan melalui sukarela responden untuk terlibat dalam kajian ini
tanpa sebarang diskriminasi dan syarat khas.
Alat Kajian
Alat kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah dalam bentuk temu bual
yang terdiri daripada beberapa soalan mengikut tema dan sub tema yang selari dengan
maklumat dan data yang ingin didapati daripada responden. Dalam kaedah temu bual,
pecahan soalan merangkumi faktor sosioekonomi, faktor perubahan globalisasi, faktor
institusi keluarga, diri sendiri dan persekitaran bagi menganalisis isu yang terdapat dalam
keluarga ibu tunggal. Pita rakaman juga memainkan peranan penting ketika temu bual
dijalankan bagi mengelakkan percanggahan maklumat. Selain itu, penyelidik
mengaplikasikan kaedah pemerhatian secara tidak langsung terhadap responden bagi
membantu penyelidik mendapatkan kesahihan data yang diperoleh.
Prosedur Pengutipan Data
Dalam penyelidikan ini, prosedur pengumpulan data bermula dengan perbincangan
bersama penyelia mengenai isu yang ingin dikupas iaitu melibatkan aspek mengenal pasti isu
yang relevan, mengenal pasti masalah dan objektif kajian ingin dilakukan. Selain itu,
perbincangan tersebut turut meliputi kaedah pengumpulan maklumat, kaedah untuk
menganalisis data dan pemilihan jurnal untuk dijadikan sorotan karya dalam penyelidikan.
Seterusnya, penyelidik mengambil langkah untuk bekerjasama dengan KNPP dan KANITA

11

ISU DAN CABARAN IBU TUNGGAL
untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang sukarela untuk menyertai kajian ini
memandangkan institusi tersebut mempunyai rekod ibu tunggal yang berdaftar sekitar Pulau
Pinang. Seterusnya, penyelidik dan beberapa orang pegawai KNPP dan KANITA
menjalankan temu bual di Pejabat Kebajikan Daerah setiap daerah Pulau Pinang bagi
mendapatkan maklumat.
Prosedur Analisis Data
Bagi menganalisis maklumat yang diperoleh, penyelidik menggunakan kerangka
teoritikal untuk rujukan terhadap dapatan kajian yang diperoleh. Pemprosesan data yang
dilakukan disusun berdasarkan tema dan sub yang telah ditetapkan. Berdasarkan data mentah
yang didapati daripada proses temu bual yang direkodkan, data mentah tersebut
diperdengarkan semula dalam bentuk verbatim seterusnya ditulis dalam bentuk transkrip
kemudian disusun dalam tema dan sub tema yang telah diaturkan sebelum ini.
Kerahsiaan dan Surat Persetujuan
Semua responden yang terlibat dalam penyelidikan ini diberikan keterangan mengenai
peranan responden serta memberi jaminan bahawa segala maklumat yang diperoleh dalam
penyelidikan ini adalah rahsia serta tidak akan digunakan untuk mendakwa atau mengambil
tindakan oleh mana-mana pihak. Responden juga telah sedia dimaklumkan terlebih dahulu
bahawa setiap bahagian maklumat dan data yang diberikan oleh responden hanya akan
digunakan untuk tujuan kajian ini sahaja dan tidak akan didedahkan kepada pihak yang tidak
berkenaan.

12

ISU DAN CABARAN IBU TUNGGAL

13
Rujukan

Abu Bakar, T. et al. (2004).Aktiviti Keusahawanan di Kalangan Ibu Tunggal di Negeri Johor .
Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Ab Rahman,H. & Ab Kadir, H. (2004). Masalah Keluarga Melayu Bandar: Isu dan Cabaran.
Universti Pendidikan Sultan Idris.
Abdul Rahman, A. & Yaacob, S.N. (1997).Depresi dan pencapaian akademik remaja dari
keluarga berbeza struktur. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Vol.15, 89-98.
Astone, N.M. & Mclanahan, S.S. (1991). Family structure, parental practices, and high
school completion. American Sociological Review. 56, 309-320.
Berita Harian (2003). Usaha Lindungi, Tingkatkan Status Ibu Tunggal.
Brostein, P., Clauson, J., Stoll, M.F., & Abrams, C.L. (1993). Parenting behavior and
children’s social, psychological, and academic adjustment in diverse family
structures. Family Relations, Vol.42, No.3,268-276.
Dawson, D.A. (1991). Family structure and children’s health and well-being: Data from the
1988 Natioanal Health Interview Survey on child health. Journal of Marriage and the
Family, Vol.52, 925-940

Husin, A. (2005). Cabaran Ibu Tunggal dalam Institusi Keluarga yang Berubah. In A. Omar,
R. & Pandian, S (Eds) Isu-isu Sosial Semasa (160-169).Institut Sosial Malaysia.
Isahak, D., Idris, N.A. &Selvaratnam, D.P. (2009). Isu dan cabaran ibu tunggal dalam
menghadapi perubahan persekitaran global. Prosiding PERKEM IV, Vol.1, 324-336.
Ismail, Z. & Wan Ahmad, W.I. (2010).Kualiti hidup dan harapan masa depan ibu tunggal
Melayu Muslim di pantai timur Malaysia. ISLAMIYYAT, Vol. 32,173-202.
Jamaludin, N. (1997). Hak-hak janda dalam Islam. Majalah al-Islam. Ogos,6-7.
Karuppaya, K.S (2008) Faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan
pelajar Sekolah Menengah di Johor . Kertas projek Universiti Teknologi Malaysia.

ISU DAN CABARAN IBU TUNGGAL
Skudai.
Layliyah, Z. (2013). Perjuangan hidup single parent. Jurnal Sosiologi Islam, Vol.3, No.1, 88102.
Rudi Cahyono, A.T.P. (2014). Coping pada ibu yang berperan sebagai orang tua tunggal
pasca kematian suami. Jurnal Psikologi Pendidikan dan Perkembangan, Vol.3, No.1,
37-41.
Tan, P.C. & Mohd Yatim, M. (1997). Old Age Financial Security for Women in Malaysia. In
Mehta, K. (Eds) Untapped Resouce: Women in Ageing Societies Across Asia.
Singapura: Times Academic Press.
Utusan Malaysia. (2000). Ibu Tunggal Kekuatan Diri Penentu Keputusan. 7 Ogos.

14