LEBUHRAYA KE NERAKA OLEH MAMAT KHALID TA
LEBUHRAYA KE NERAKA OLEH MAMAT KHALID:
TALKIN UNTUK HEDONIS DAN JUGA YANG TAQWA
oleh Hassan Abd Muthalib
Orang sakit saya tolong. Orang yang tak sakit pun saya tolong.
-- Dialog Khir Rahman sebagai Setan dalam Lebuhraya ke Neraka
Hedonis: yang menganggap kesenangan dan kenikmatan material
sebagai tujuan utama dalam hidup (Kamus Besar Indonesia)
Semerah Padi (1956), adalah karya yang sangat berbeza dibanding dengan filem-filem P. Ramlee yang
lain. Buat pertama kali, P. Ramlee mengarah sebuah filem berunsur dakwah secara terang-terangan.
Aimi Jarr (seorang wartawan yang pernah berkerja dengan P. Ramlee) memberitahu penulis bahawa
idea untuk Semerah Padi tercetus apabila P. Ramlee melihat beberapa rakan seperjuangannya hidup
di luar batasan di kota raya Singapura, milieu yang jauh berbeza dari kampung tradisional. Tapi itu
kisah yang tersurat. Apakah nawaitu sebenar P. Ramlee dalam menyampaikan sebuah cerita sebegini
rupa? Apakah persoalan atau falsafah yang mahu dilontarkannya?
Terdapat dua pasangan yang berzina. Pasangan Galak (Normadiah) dan Jejaka (A. Rahim) yang keras
mempertahankan kelakuan mereka yang bernafsu gila. Pasangan Dara (Saadiah) dan Aduka (P.
Ramlee) pula berzina kerana saling mencintai. Mereka rela dihukum di atas ketelanjuran mereka. Itu
cerita yang tersurat.
Petanda untuk memahami cerita yang tersirat (atau nawaitu sebenar P. Ramlee) berada pada watak
Taruna (Nordin Ahmad). Dia adalah tunang kepada Dara. Sebagai manusia biasa, dia sepatutnya
berang di atas kejadian dan berhak membunuh Aduka. Sebaliknya dia bersedia lepaskan Dara kepada
Aduka jika dia tahu mereka saling mencintai. Kerana dia menyayangi Aduka lebih daripada Dara,
malah memohon belas kasihan daripada ketua kampong yang menjalankan hukuman ke atas Aduka.
Ternyata, Taruna ialah seorang manusia yang bersifat spiritual, yang mengambil sifat Tuhan sebagai
Yang Maha Penyayang (sebgaimana dilafaz di awal filem melalui bacaan Bismillah, yang juga menjadi
petanda). Hukum hudud tetap tidak boleh dipertikai. Tetapi bagaimana pula dengan naluri manusia
yang semulajadi? Bukankah Adam dan Hawa sendiri melanggar apa yang sudah dilarang oleh Tuhan?
Maka bagaimanakah diadili manusia-manusia sebegini? Pelbagai soalan dibangkitkan oleh P. Ramlee
agar menjadi renungan oleh para jauhari.
Seperti P. Ramlee, Mamat Khalid juga mengutarakan soalan dalam Lebuhraya ke Neraka, yang juga
sebuah filem yang amat berbeza daripada filem-filemnya yang lain. Jika sebelum ini, Mamat
memasukkan elemen akhlak dan moraliti secara tersirat dalam filem-filemnya, kini unsur dakwah
bersifat spiritual dibawa secara terang-terangan. Kesinambungannya dapat dilihat dalam filem
Apokalips X (2015, yang sebenarnya dibuat selepas Lebuhraya Ke Neraka). Watak Pendeta
(Pyanhabib), yang bertindak seakan Nabi Musa, a.s. membawa sekumpulan manusia menuju
kehidupan yang baru. Ianya juga dapat dilihat dalam Rock Bro! (2016) di mana beberapa rockers
mencari diri melalui agama. Mereka tidak menyedari bahawa elemen spiritual sudah memang
terdapat di dalam diri mereka dalam misi memperjuangkan muzik rock.
Dalam zaman pascamoden, agak sukar untuk membezakan alam realiti dari alam fantasi. Pelbagai
peristiwa yang berlaku di dunia sekarang begitu sukar untuk diterima kebenarannya. Apakah
Lebuhraya ke Neraka sebuah road movie atau cerita seram? Apakah ia sebuah fantasi atau filem
dakwah? Ada juga aspek psikologi, elemen surealisme dan teknik eksperimental di dalamnya.
Pendekatan hampir sama pernah dibawa dengan baik oleh Syafiq Yusof melalui filemnya Desolasi
(2016). Pendekatan yang dipilih Mamat kali ini agak kompleks. Form (bentuk) filem ini sebenarnya
menuntut garapan yang pelbagai. Ternyata Mamat memahami dan mengikuti aliran seni masakini
dan memasukkannya ke dalam medium filem secara sinematik.
Di antara petanda-petanda (untuk memahami nawaitu Mamat) dalam Lebuhraya ke Neraka ialah dua
adegan arkib tentang kekejaman manusia. Yang satu, rakaman Adolph Hitler pada zaman
pemerintahannya, seorang diktator yang telah membunuh jutaan Yahudi. Visual kedua ialah serangan
di New York pada tahun 2001, di mana kelihatan ramai manusia terjun dari bangunan Twin Towers.
Kedua-dua peristiwa ini adalah di antara yang paling dahsyat dalam sejarah tamadun manusia.
Perbezaan dengan yang sebelumnya ialah, terdapat rakaman visual hari ini yang diulang tayang
berkali-kali untuk tontonan umum. Sukar untuk dipercaya yang ianya sudah benar-benar berlaku.
Visual dua pesawat yang melanggar Twin Towers seakan satu petikan dari filem blockbuster
Hollywood. Pelbagai kontroversi telah menyeliputi peristiwa ini, yang mengundang persoalan samada
ia dilakukan oleh pengganas atau pun ianya satu konspirasi untuk mewujudkan Islamophobia. Tangan
Setan jelas kelihatan dalam peristiwa-peristiwa ini.
Setan sudah berjanji kepada Tuhan bahawa dia akan berusaha menghancurkan anak Adam dengan
apa cara pun. Apabila manusia melakukan kekufuran di dunia, maka pada hakikatnya, itu adalah kerja
Setan. Ada kala tangannya dilihat secara terang-terangan, misalnya dalam sesuatu pembunuhan. Ada
kalanya secara halus, di antaranya apabila manusia menjadi Machiavellian, yang ‘menghalakan’
sesuatu kerja jahat kerana mahu matlamat dicapai.
Dalam Apokalips X, Mamat memulakan filem dengan matahari muncul di ufuk Barat dan bintangbintang jatuh dari langit. Kedua-duanya adalah petanda tentang qiamatnya dunia. Qiamat juga
bermaksud saat kematian seseorang manusia. Dalam Lebuhraya ke Neraka, Mamat menampakkan
qiamat sudah hampir tiba pada Bob (Awie) dan empat rakan superbikers mewah. Di antara alam
hidup dan mati ini, pelbagai kekeliruan berlaku di mana mereka sukar untuk membezakan yang mana
realiti dan yang mana fantasi. Inilah renungan Mamat Khalid tentang pelbagai peristiwa yang
melanda negara kita di mana ramai manusia sudah lupa mereka akan mengadap Tuhan mereka satu
hari nanti.
Jika sudah mati dan berada di dalam kubur, jenazah akan didatangi oleh malaikat-malaikat Mungkar
dan Nakir dengan beberapa soalan mereka. Bagaimana pula jika seseorang itu berada dalam alam di
antara hidup dan mati? Dan kemudian Setan pula muncul dengan beberapa soalan untuk dia? Di
tangan Mamat, Setan (diperankan oleh Khir Rahman) tidak bertanduk, berekor atau pun berwajah
bengis. Sebaliknya ia memberikan salam dan sangat bersopan menghulurkan bantuan. Katanya:
“Orang sakit saya tolong. Orang yang tak sakit pun saya tolong.”
Rakan-rakan Bob bersifat hedonis, yang hidup untuk menikmati dunia semata-mata. Kata Setan
kepada Bob: “Ini di antara aku dengan kau, Bob. Bukan dengan kawan-kawan kau.” Mengikut hukum
syaraq, mereka ini tentnya isi neraka. Maka Setan tak ada isu dengan manusia sebegitu. Setan
menghadapi masalah dengan Bob. Kerana daripada seorang manusia hedonis, dia sudah ‘berpaling
tadah’ dan berubah. Tidak ada sesuatu yang lebih merunsingkan Setan, yang menaikkan tekanan
darahnya! Maruahnya sudah tercabar…
Bob dilihat di awal filem semasa kecil, terpegun melihat ibunya dibunuh oleh ayah sendiri dan
ayahnya kemudian mati menggantung diri. Dalam mindanya yang masih mentah, Bob berikrar,
sekiranya ayahnya mati, dia akan menjadi seorang yang jahat. Malangnya bagi Setan, apabila Bob
sudah dewasa, dia berubah menjadi seorang manusia yang taat pada hukum agama. Kerana itulah
Setan berdepan dengan Bob, mencabar dan cuba mengelirukannya dengan satu lagi soalan: “Bob,
kau ingat aku dan semua ini betul-betul wujud atau semuanya dalam imaginasi kau?”
Talkin di kawasan perkuburan bukanlah kepada yang sudah mati tetapi ditujukan kepada hadirin
sebagai satu peringatan bahawa mereka juga akan sampai ke situ sebagai mayat satu hari nanti.
Naskah Lebuhraya ke Neraka adalah seakan satu talkin bagi mereka yang khayal dengan kehidupan
mereka di dunia, yang melakukan pelbagai penyelewengan dan kezaliman tanpa memikir mereka
akan menemui Yang Maha Hakim nanti. ‘Talkin’ ini juga ditujukan kepada mereka yang taat pada
ajaran agama. Mereka juga dalam bahaya dan boleh disesatkan oleh Setan pada bila-bila masa. Kata
Setan kepada rakan-rakan Bob: “Jangan nak tipu seorang yang menipu.” Setan itu adalah yang maha
penipu yang tiada tandingannya.
Salah satu watak yang sering berulang dalam filem-filem Mamat ialah watak pembantu hospital. Ini
dapat dilihat dalam Zombi Kampung Pisang (2007, diperankan oleh Sofi Jikan); dalam Hantu Kak
Limah Balik ke Rumah (2013, Zainuri Misfar) dan kini dalam Lebuhraya ke Neraka (Pekin Ibrahim).
Melalui pengalamannya melihat kerja-kerja seorang doktor, seorang pembantu hospital sikit
sebanyak memahami apakah ubat yang sepatutnya diberi kepada pesakit. Kemudian ia juga mampu
melakukan yang sama bagi masalah kesihatan yang ringan. Namun, ia tidak mempunyai ilmu
kedoktoran dan hanya bergantung kepada pengalamannya.
Inilah yang terjadi kepada beberapa penglibat dalam industri perfileman dan bidang-bidang
berkaitan, di mana mereka tidak ada ilmu yang sebenar dan hanya bergantung kepada pengalaman
mereka semata-mata. Dan hari ini, ramai yang menjadi penceramah agama tetapi tidak
menyampaikan hal-hal spiritual kepada ummah agar mereka dapat mengenal diri dan Tuhan.
Sebaliknya ummah asyik ditakut-takutkan dengan perkara-perkara haram dan azab di neraka nanti.
Itulah maksud disebalik imej Pekin Ibrahim sebagai seorang ahli agama. Dalam khayalan Bob dan
rakan-rakannya, mereka melihat stetoskop yang dipakai Pekin hidup menjadi beberapa ekor naga
yang menakutkan.
Filem adalah renungan tentang diri, manusia, alam dan ketuhanan. Ia adalah satu seni yang amat
luar biasa, yang menggabungkan pelbagai seni yang lain, yang kemudian hasilnya menjadi cerminan
tamadun sesuatu bangsa. Untuk menepati filem sebagai satu bentuk seni serta mengekalkan aspek
sinematiknya, Mamat tidak menggunakan imej-imej cliche atau pun artificial. Tidak ada ustaz yang
berserban dan berjubah, yang melaungkan takbir atau menjerit-jerit membaca ayat untuk
menghalau Setan.
Setiap cerita mempunyai point-of-view (sudut pandangan). Ternyata cerita dalam Lebuhraya ke
Neraka adalah dari sudut pandangan Bob, yang sudah menjadi manusia ‘terpilih’ (untuk melihat
alam yang bakal kita semua temui). Bob seringkali dilihat melalui dua ‘flash frame’: wajahnya yang
merenung kamera dan sebuah lubang yang seakan sebuah portal. Apabila disunting dengan cepat,
melalui prinsip ‘persistence of vision’, Bob seakan merenung audiens. Siapakah yang memandang
dan siapa pula yang dipandang?
Dalam hal ini, sinema seringkali menjadi reflexive. Gaya reflexive ialah di mana ‘tembok keempat’
diruntuhkan sehingga proses pembikinan filem itu sendiri menjadi dominan atau diperlihatkan. Di
antara teknik-teknik yang digunakan ialah merenung terus kepada kamera, menggunakan kaedah
suntingan seperti ‘flash frame’ dan muzik yang membayangkan emosi dalaman protagonis dengan
ketara. Gaya ini membawa maksud bahawa sebahagian daripada naratif filem terkandung di dalam
narration (teknik). Ia juga menjadi petanda bahawa sesebuah kisah ada kaitan dengan penglibatan
diri karyawan itu di dalam bidang sinema sebagai ‘a tormented artist’.
Pendekatan ini boleh dilihat dalam beberapa filem Mamat seperti Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit,
Kala Malam Bulan Mengambang dan Apokalips X. Juga di dalam filem-filem beberapa karyawan yang
lain seperti Mansor Puteh (Seman, 1986), Nasir Jani (Kembara Seniman Jalanan, 1986), Anuar Nor
Arai (Johnny Bikin Filem, 1995), Shuhaimi Baba (Layar Lara, 1998) dan U–Wei Hajisaari (Hanyut,
2012). Ia juga boleh dilihat dalam filem-filem, di antaranya: Federico Fellini (8 ½, 1963), Woody Allen
(Purple Rose of Cairo, 1985), Giuseppe Tornatore (Cinema Paradiso, 1988), David Lynch (Mulholland
Drive, 2001), Ang Lee (Life of Pi, 2012), Tsai-ming Liang (Stray Dogs, 2013) dan Damien Chazelle (La
La Land, 2016).
Kerja seorang karyawan filem bukanlah untuk menyogok sesuatu. Mamat tidak mahu mengajar atau
memberi nasihat. Niatnya hanya untuk menyampaikan sebuah cerita yang menghiburkan. Terpulang
kepada audiens untuk merenung subjek, isu dan teknik yang dibawanya sebagaimana Bob merenungi
audiens seakan menyoal mereka. Seperti kata pengarah tersohor Indonesia, Teguh Karya kepada
penulis: “Aku letakkan engkau pada watak-watak di layar. Sekiranya kau nampak diri sendiri pada
watak-watak itu, maka aku sudah berjaya dalam kerja aku.”
Ternyata Mamat Khalid sudah melakukan kerjanya dengan cemerlang. Itulah cara dan gaya untuk
menyampaikan sesuatu yang spiritual.
6 Mei 2017