3.1. Keilmuan dan pendidikan - Bab3keilmuandanpendidikan(2)
TAJUK 3 - PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM
3.1.
Keilmuan dan pendidikan
Keilmuan Islam
Menurut S.M Naquib Al Attas dalam bukunya Islam And Secularisme, ilmu ialah makna yang
benar yang sampai ke dalam qalbu seseorang. Ini bermaksud ilmu mempunyai asal iaitu
datangnya dari Allah dan diberikan kepada manusia melalui perantaraan Malaikat. Ilmu dapat
membawa manusia mendekatkan diri dengan Allah. Sekiranya seseorang itu memperolehi
maklumat dan pengetahuan tetapi tidak membawanya tunduk (mematuhi suruhan dan menjauhi
larangan) kepada Allah, maka itu tidak dinamakan sebagai ilmu bahkan sekadar pengetahuan
dan maklumat.
Maka tidak hairanlah guru imam syafiee menyatakan bahawa ilmu adalah cahaya dan tidak
boleh bercampur dengan maksiat. Syair imam Syafiee yang mashyur
* شكوت إلى وكيع سوء حفظي
فأرشدني إلى ترك المعاصي
* وقال بأن العلم نور
يهدى لعاصي
ونور ل
Maksudnya : “Aku mengadu kepada guruku Waki’ tentang buruknya hafalanku, Maka beliau
menunjukkan
aku
agar
meninggalkan
maksiat,
Katanya ilmu itu adalah cahaya, dan Cahaya Allah tidak akan diberikan kepada orang yang buat
maksiat”.
Oleh itu, Islam memandang tinggi Ilmu dan meletakkan kedudukan orang berilmu dengan
beberapa darjat. Dalam proses pemindahan ilmu pengetahuan dalam sesebuah majlis, kuliah
atau bilik darjah, maka adab-adabnya perlu dijaga supaya maklumat tersebut bertukar menjadi
ilmu. Bermaksud, apa yang dipelajari membolehkan seseorang itu dekat jiwanya kepada Allah
atau menggunakan pengetahuan tersebut kerana Allah dan Islam. Oleh kerana itulah Islam
MSAR/naj.. Silibus MSAR.doc
1
mengajar manusia berdoa mengharapkan keredhoan Allah sebelum menuntut ilmu, menjaga
adab dengan guru, memastikan tempat menuntut ilmu bersih dari unsur-unsur maksiat dan
kelalaian dan berdoa diakhir kelas supaya Allah menjadikan apa yang dipelajari sebagai ilmu
yang bermanfaat kepada dirinya dan Islam. Orang-orang yang mengetahui dan mengamalkan
pengetahuan mereka kerana Allah maka inilah ciri-ciri seorang ulama (orang yang berilmu).
Semakin banyak ilmu yang diperolehi semakin takut (taqwa) mereka kepada Allah. Firman Allah
SWT dalam surah Faathir 35 : 28 yang bermaksud ;
Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hambahambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.
Maka dengan sebab itulah darjat orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu adalah
tidak sama
Firman Allah S.W.T dalam surah Az Zumar 39 : 9 yang bermaksud:
"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orangorang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran
dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
Dalam konteks Barat, bagi mereka ilmu (knowledge) ialah apa yang mereka perolehi
berdasarkan akal dan pancaindera. Merka tidak mengiktiraf pengetahuan yag tidak empirik dan
saintifik. Mereka juga tidak mengaitkan sebarang penemuan atau pengetahuan yang diperolehi
dengan kekuasaan Allah SWT. Bahkan dengan pengetahuan yang diperolehi kadang-kadang
menyebabkan mereka mencabar kekuasaan Allah SWT
Pendidikan islam
Dari sudut prinsip Islam, penjelasan mengenai pendidikan Islam dapat dilihat dari ayat
pertama yang diturunkan. Ia merupakan petanda bangkitnya satu peradaban berteraskan Allah
SWT. dalam setiap sudut. Firmān Allah S.W.T.
Bacalah (wahai Muhamma) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) .
Sūrah Al ‘Alaq (96) : 1
Hamka melalui Tafsīr al-Azhar menjelaskan bahawa, ayat yang pertama diturunkan ini,
memberikan penilaian tertinggi kepada kemahiran membaca dan menulis ilmu pengetahuan
MSAR/naj.. Silibus MSAR.doc
2
dalam segala cabang dan bahagiannya. Imām al-Ghazali berpendapat pendidikan Islam ialah
satu proses memberi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat dengan penglibatan dalam Fardu
‘Ain dan Fardu Kifayah yang berkemuncakkan hampirnya diri kepada Allah S.W.T
Apabila pendidikan dikaitkan dengan Islam ianya membawa maksud pendidikan manusia
seluruhnya termasuk akal dan hati, rohani, jasmani, akhlak dan tingkah laku. Ia menyiapkan
manusia untuk hidup baik dalam keadaan senang atau susah, damai atau perang dan
melengkapkan seseorang individu bagi membolehkannya menghadapi masyarakat dengan
segala kebaikan dan kejahatannya, kemanisan dan kepahitannya
Tujuan Pendidikan Islam adalah lebih luas dan syumul dalam menjadikan manusia
sebagai insan baik dan soleh ke arah menuju kepada Allah S.W.T. dan akhirat. Islam tidak
meletakkan matlamat pendidikan manusia untuk sesiapapun melainkan kerana Allah S.W.T..
Pendidikan Islam jelasnya mempunyai matlamat melahirkan insan yang baik dan sempurna,
iaitu insan yang mempunyai ciri-ciri atau sifat taqwa dalam dirinya. Ini bersesuaian dengan
firman Allah S.W.T.:
“ Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah S.W.T. di kalangan
kamu ialah yang lebih bertaqwa. ” .Sūrah al-Hujurāh (49): 13
Sebagai kesimpulan, Islam menterjemahkan tarbiyyah (pendidikan) sebagai suatu
persediaan untuk roh dan jiwa seseorang untuk menerima pelajaran, pengetahuan dan
kemahiran melalui cara yang telah dirancang. Maka ia mengambil faktor asas untuk memberi
kekuatan dan keupayaan menunaikan amanah yang agung dalam kehidupannya merangkumi
peranannya di atas dunia ini dan akhirat. Kemudiannya pendidikan Islam ini akan menuju
kepada perkembangan insan kearah kesempurnaan dari segenap aspek.. Bagi umat Islam,
matlamat ulung bagi pendidikan seorang Muslim terkandung dalam realisasi pengabdian yang
selengkapnya kepada Allah S.W.T..
MSAR/naj.. Silibus MSAR.doc
3
Pengkelasan Dan Penjenisan Ilmu
Islam meletakkan Allah adalah punca dan pemilik mutlak segala ilmu pengetahuan. Walau
sebanyak manapun ilmu manusia ianya tidak mampu menandingi kehebatan, kebijaksanaan,
kehalusan dan keagongan ilmu Allah.
Ulama terdahulu dan cendiakawan sekarang telah membincangkan bagaimana manusia
memperolehi ilmu. Epistemologi Islam membincangkan soal pembahagian dan sumber ilmu
pengetahuan. Ringkasnya, manusia secara amnya mempelajari dua jenis iaitu yang dinamakan
sebagai Ilmu Hudhuri dan Ilmu Hissi. Oleh itu, pengkelasan dan penjenisan ilmu boleh dibagai
kepada dua jenis ilmu iaitu ;
1)
Ilmu Hudhuri – bermaksud sesuatu ilmu yang datangnya dari Allah dan diberikan
kepada manusia sama ada secara terus atau melalui perantaraan rasul dan malaikat. Ilmu
ini berkaitan perkara-perkara ghaib yang diberitahu Allah kepada manusia. Ianya terbahagi
dua iaitu ilmu Naqli dan Ilmu Ladunni.
a) Ilmu naqli ialah merujuk kepada wahyu Allah SWT. Wahyu menjadi sumber inspirasi dan
perkembangan segala ilmu pengetahuan kerana ilmu ini datangnya dari Allah. Al Quran,
Hadis dan Hadis Qudsi ialah wahyu yang diperolehi oleh Nabi sama ada melalui malaikat
Jibril atau secara terus dari Allah. Ia merangkumi ilmu-ilmu berkaitan Aqidah dan ketuhanan,
hukum hakam (syariah), halal haram dan akhlak. Oleh kerana itu, manusia bukan sahaja
mengambil ilmu pengetahuan dari wahyu malah diperintahkan untuk mengikut ajaran dan
arahan yang ada di dalamnya.
b) Ilmu Ladunni ialah satu ilmu yang berkait rapat dengan perkara ghaib. Biasanya ilmu ini
diperolehi oleh orang-orang sufi yang zuhud yang sentiasa mengingati Allah seperti para
Sahabat Nabi dan wali-wali.
Imam Al Ghazali menyebut Ilmu Laduni adalah ilmu yang
diberikan Allah terus ke hati manusia tanpa proses belajar terlebih dahulu atau melalui
proses ilmiah. Proses ini disebut sebagai mendapat ilham atau kasyaf. Kashaf ialah apabila
seseorang itu dapat melihat perkara-perkara yang berlaku di alam ghaib dan dapat melihat
apa yang tidak dapat dilihat oleh manusia biasa. Orang yang mendapat ilmu ini dianggap
karamah. Karamah ialah sesuatu yang luar biasa yang berlaku kepada seseorang manusia
dan perkara ini berlaku tanpa dipelajarinya. Ianya ialah pemberian dari Allah SWT.
MSAR/naj.. Silibus MSAR.doc
4
2)
Ilmu Husuli – bermaksud sesuatu ilmu yang diperolehi oleh manusia dengan
menggunakan pemikiran dan pancaindera yang dikurniakan Allah. Ianya sama ada
berbentuk rasional atau empirikal (fakta). Ilmu ini terbahagi dua iaitu ilmu Aqli dan ilmu Hissi.
a) Ilmu aqli ialah segala ilmu yang diperolehi melalui pemikiran dan otak atau akal manusia.
Ilmu-ilmu ini boleh diperolehi oleh sesiapa sahaja selagi manusia itu berfikir dengan
menggunakan akal. Contohnya ilmu matematik, kejuruteraan dan sebagainya
b) Ilmu Hissi ialah ilmu yang berkaitan pancaindera manusia yang lima iaitu mata, telinga,
hidung, lidah dan kulit. Dengan pancaindera ini manusia menggunakannya untuk
mendapatkan segala ilmu pengetahuan yang berkaitan dengannya. Contohnya ilmu
berkaitan warna hitam, putih, masam, pahit, keras, kenyal dan sebagainya adalah ilmu
berasaskan hissi.
Dari sudut hukum Islam, ilmu terbahagi kepada dua bahagian iaitu ilmu fardu ain dan ilmu fardu
kifayah. Ilmu fardu ain ialah ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap manusia dalam memenuhi
kehendak ajaran Islam yang mewajibkan ibadah-ibadah tertentu atau disebut ilmu-ilmu
keagamaan.. Ilmu-ilmu ini dikaitkan dengan ilmu naqli seperti ilmu aqidah, syariah (ibadah,
muamalat, munakahat, dll) dan akhlak. Ilmu fardu ain wajib dipelajari oleh setiap muslim. Ilmu
fardu kifayah ialah ilmu-ilmu yang berasaskan pemikiran atau disebut ilmu-ilmu keduniaan. Ilmu
fardu kifayah dianggap pelengkap kepada ilmu fardu ain atau ilmu yang diperlukan untuk
memenuhi tuntutan kehidupan manusia. Ilmu fardu kifayah wajib dipelajari oleh sebahagian
orang muslim sahaja.
Sumber-Sumber Ilmu Pengetahuan
Sumber ilmu dikaitkan dengan tiga sumber yang utama iaitu berasaskan assam’u, al basar dan
dan alfuad mewakili sumber ilmu berasaskan pengkhabaran,pancaindera dan rasio (akal).
Bermaksud manusia memperolehi ilmu sama ada melalui pengkhabaran wahyu berkaitan beritaberita ghaib seperti syurga, neraka, dosa, malaikat dan lain-lain persoalan ghaib. Melalui
pancaindera (lihat ilmu hissi) dan melalui akal logik (lihat ilmu aqli)
1) Wahyu (Al Quran, Hadis/Sunnah dan Hadis Qudsi)
MSAR/naj.. Silibus MSAR.doc
5
Al Quran ialah kalam Allah yang lafaz dan maknanya adalah dari Allah SWT. Ianya diturunkan
kepada Nabi SAW secara beransur-ansur selama 23 tahun melalui malaikat Jibril Alaihissalam.
AL Quran dijamin oleh Allah dipelihara dari sebarang pindaan dan tokok tambah dan ianya
merupakan mukjizat Nabi SAW dan manusia sentiasa disuruh berfikir untuk mencari ilmu
menerusi Al Quran.
Al-Hadis/Sunnah Nabi iaitu segala perkataan atau ucapan (Qawliyyah), perbuatan-perbuatan
(Fi’liyyah) dan perakuan (Taqririyyah) Nabi SAW terhadap sesuatu perkara dalam pelbagai
persoalan. Hadis-Hadis ini kemudiannya dihafal dan dikumpulkan oleh para sahabat dan tabi’in
dan kemudiannya dijadikan rujukan kepada seluruh orang Islam dalam pelbagai bidang ilmu.
Hadis Qudsi kalam Allah yang maknanya datang dari Allah dan lafaznya dibuat oleh Nabi SAW
sendiri. Bermaksud apabila Nabi mendapat sesuatu ilham dari Allah maka Nabi akan
menggunakan perkataannya untuk menyampaikan maksud ilham tersebut .
Ilmu-ilmu yang dikaitkan bersumberkan wahyu ialah ialah ilmu-ilmu fardu Ain yang diwajibkan
Allah kepada setiap muslim. Ilmu berasaskan wahyu perlu Selain itu, Al Quran dan al Hadis
menjadi sumber ilmu utama kepada ilmu-ilmu lain yang memerlukan kekuatan akal dan fikiran.
Al Quran memberikan petunjuk, klu, idea dan menjadi pedoman dan inspirasi kepada manusia
sepanjang kehidupan sehinggalah ke hari kiamat. Oleh itu, ilmu-ilmu yang terdapat dalam Al
Quran sehingga kini terus tersingkap sedikit demi sedikit bersesuaian dengan masa dan tahap
pemikiran manusia. Dalam masa yang sama, Al Quran sentiasa bersedia mencurahkan ilmu
kepada sesiapa sahaja yang mahu berfikir dan mencari gali pelbagai jenis pengetahuan yang
banyak lagi tersimpan di dalamnya
2) Jiwa dan Hati
Hati yang bersih membolehkan banyak ilmu-ilmu yang positif diterima. Sumber ini dikaitkan
dengan naluri dan ilham/intuisi. Melalui naluri, seseorang bayi diberikan Allah ilmu menghisap
susu apabila menyusu, menangis bila tidak selesa dan sakit. Ilham dan intuisi dikaitkan dengan
hati yang suci bersih dari maksiat yang memboleh hati memperolehi ilmu yang tidak mungkin
dapat diperolehi oleh orang biasa.
3) Akal dan Pancaindera/Deria Yang Lima
MSAR/naj.. Silibus MSAR.doc
6
Dari akal dan pancaindera manusia memperolehi pelbagai ilmu. Ilmu-ilmu yang diperolehi akal
dikaitkan dengan ilmu fardu kifayah dalam Islam. Iaitu setiap bidang ilmu yang bersumberkan
akal dan pancaindera mestilah ada orang Islam yang menjuarai atau mewakilinya. Misalnya ilmu
sastera, matematik, perakaunan dan sebagainya. Dengan berfikir dan menggunakan
pancaindera manusia manusia kemudiaanya memperolehi perlbagai ilmu
4) Alam Semesta
Kebijaksanaan Allah seterusnya dapat dilihat melalui penciptaanNya yang halus dan teratur.
Allah menjadikan alam semula jadi ini sebagai kitab terbuka dan sumber untuk ilmu
pengetahuan. Dengan bantuan wahyu dan akal fikiran, manusia memperolehi pelbagai ilmu.
Ilmu-ilmu ini diperolehi sama ada melalui pengkajian terhadap hukum sebab dan musabbab
alam, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Manusia kemudiaannya mengadaptasikan penemuan
hasil pengkajian terhadap alam ke dalam kehidupan manusia. Misalnya ilmu berkaitan sains
tulen dan teknologi seperti teknologi membina bangunan tinggi daripada pengkajian terhadap
pokok buluh.
MSAR/naj.. Silibus MSAR.doc
7