Pengurusan Masa dan Tekanan dal

PENGURUSAN MASA
DAN TEKANAN
SAFARUDDIN LAKALLA

PENGENALAN

• “Masa itu emas” – lebih bernilai daripada
harta benda kerana sekali masa berlalu, ia
tidak boleh berulang kembali.
• Isu masa yang sering diperkatakan dalam
bidang perguruan ialah pengurusan masa dan
pengurusan tekanan dalam tugas seorang
guru.

• Guru perlu merancang masa dengan berkesan
supaya dapat memupuk kesepaduan disiplin
tanpa tekanan.
• Guru diakui sentiasa mengejar waktu kerana
terlalu banyak perkara yang mesti diselesaikan
dalam waktu jadual persekolahan.
• Guru perlu melaksanakan tugas yang

diamanahkan dengan efisien dan selesa.

• Situasi terlalu mengejar masa, boleh
membawa tekanan kepada guru-guru.
• Ini boleh mengakibatkan kemalangan dan
pelbagai penyakit yang seperti serangan sakit
jantung, darah tinggi dan penyakit lain yang
kronik.

• Persekitaran juga menyumbang kepada
bertambahnya tekanan seperti rakan sejawat,
arahan yang kurang jelas, masa dan tempoh
yang singkat untuk menyiapkan kerja, corak
kepimpinan pengetua dan kesesakan jalan
raya.

• Oleh itu, guru perlu bijak menguruskan
tekanan, mengawal rasa marah dan rasa
kekecewaan yang mungkin timbul.
• Sebenarnya, fenomena ini turut boleh

membawa kesan kepada kesihatan dan
melunturkan semangat kerja.

1.1 PENGURUSAN MASA

• “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam
kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman
dan beramal soleh, dan mereka pula
berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan kesabaran” (103: 1-3)

• Konsep pengurusan masa merujuk kepada
guru menggunakan masa dengan sebaikbaiknya untuk menghasilkan kerja yang terbaik
demi prestasi pelajar dari segi akademik,
kemahiran dan sikap.
• Guru yang gagal dalam aspek pengurusan
masa akan membazir dan lalai dalam
pengurusan masa.

• Nelson Ian (1995) menjelaskan bahawa

kebanyakan guru mengadu bahawa masa 24
jam sehari tidak cukup untuk melaksanakan
tugas mereka dengan sempurna.
• Guru harus efektif dan pandai mengatur masa
dan kerja supaya pelajar mendapat pendidikan
yang terbaik.

• Konsep pengurusan masa yang berkesan bagi guru adalah
seperti yang berikut (tugasan harian yang dijalankan):
a) Mengajar lima jam sehari.
b) Persediaan mengajar untuk mata pelajaran yang diajar.
c) Dokumentasikan hasil kerja.
d) Merekodkan prestasi pelajar.
e) Menghadiri mesyuarat staf akademik dan perjumpaan
dengan ibu bapa.
f) Menghadiri kursus dan bengkel.
g) Membuat kerja pentadbiran dan kurikulum.

• Berikut diberikan contoh senarai semak diri dalam
pengurusan masa seorang guru:

a) Merancang pengajaran
b) Merancang untuk satu hari
c) Merancang untuk satu minggu
d) Menyediakan senarai apa yang patut diutamakan
e) Memeriksa kerja pelajar dan kerja rumah
f) Membaca buku
g) Membuat laporan kemajuan pelajar
h) Membuat panggilan telefon berkenaan pelajar

• Sebagai perbandingan, apabila anda bijak
dalam pengurusan masa, anda akan merasa
selesa dan profesional dalam menguruskan
masa anda.
• Jadual 1.2 berikut adalah contoh senarai
semak untuk memastikan anda mengurus
masa dengan baik. Anda perlu menjawab
dengan jujur penyataan berikut.

• Kalau kebanyakan jawapan anda adalah “Ya”,
maka anda tidak bijak menguruskan masa.

• Mulai sekarang, anda perlu mengubah sikap
anda dalam kemahiran mengurus masa.

• Apa yang perlu anda lakukan?
a) Tidur awal
b) Bangun awal
c) Masuk kelas awal
d) Datang mesyuarat awal
e) Sampai sekolah awal
f) Elakkan bawa balik rumah kerja sekolah

g) Kemaskan meja kerja dan bilik tempat kerja
h) Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
i) Ambil sedikit masa untuk makan tengahari dan
elakkan berbual kosong
j) Tahu di mana anda meletakkan barang-barang
anda supaya tidak membuang masa untuk
mencarinya semula

Kepentingan Masa


• Kita jarang memikirkan apa yang kita buat setiap hari.
• Kita tidak mencatatkannya kerana itu rutin hidup kita.
• Menyebabkan siang dan malam berlalu dalam
keadaan tidak cukup masa.
• Kita tidak dapat meminjam masa. Sekali masa berlalu,
kita tidak dapat menggantikannya.
• Dengan itu, untuk peringkat pertama dalam
mengurus masa dengan lebih berkesan, anda kena
memahami dengan jelas bagaimana anda
menggunakan masa anda.

• Anda perlu mencuba dengan latihan yang
mudah untuk melihat dengan jelas bagaimana
anda menggunakan masa anda.
• Anda boleh melihat melalui aktiviti anda
seharian. Sila rujuk contoh aktiviti berikut:

BIL


AKTIVITI

1

Masa tidur

2

Masa bekerja

3

Masa dalam perjalanan

4

Masa makan

5


Masa menonton televisyen

6

Masa bersenam

7

Masa mengemas bilik di rumah

8

Masa untuk membersihkan diri

9

Masa melancong atau menziarahi ibu bapa

MASA


• Jumlah yang sepatutnya digunakan untuk
keseluruhan masa dalam seminggu adalah 168
jam.
• Sekiranya anda serius untuk memperbaiki
pengurusan masa anda, maka anda harus
sentiasa mematuhi masa bekerja dan masa
yang lain dengan seimbang.

• Isi log masa (time-log) supaya anda
menggunakan masa dengan baik dan berkesan
dan tidak berbual kosong tanpa tujuan.
• Anda perlu mengelakkan daripada berbual
tentang hal orang lain yang tidak ada kena
mengena dengan anda.

• Sebagai seorang guru, anda perlu membina
potensi pelajar.
• Arcaro (1995) menjelaskan “Teachers are the
mediators who provide or fail to provide the
essential experiences that permit students to

release their awesome potential”.

• Guru yang bertekad untuk mengurus masa
dengan berkesan perlu merubah beberapa
aspek berikut:
a) Perubahan peribadi. Contohnya, cara anda
berjalan adalah satu perubahan yang perlu
dilakukan dengan segera. Elakkan berjalan
lambat. Berjalanlah dengan cepat tetapi
berhati-hati menuju ke kelas dengan yakin
dan bergaya.
b) Mematuhi log masa yang ditetapkan.

c) Membuat keputusan berdasarkan satu
mesyuarat dan mengutamakan kebajikan
dan keselamatan pelajar.
d) Mematuhi arahan pekeliling dan taklimat.
e) Bekerjasama dalam melaksanakan tugasan
dalam pasukan dan selalu mengamalkan
integrasi, sinergi dan kawalan masa.


1.2 MENGAMALKAN KETEPATAN
WAKTU

• Konsep mengamalkan ketepatan waktu ialah
tidak berlengah-lengah dalam melakukan
perkara yang ditetapkan.
• Contohnya, anda wajib sampai ke sekolah dan
wajib masuk kelas pada masa yang ditetapkan.
Anda tidak dibenarkan keluar kelas sebelum
masanya.

• Perkara dan situasi yang menghalang anda
daripada menepati waktu adalah seperti
berikut:
a) Mencari bahan-bahan yang salah letak
b) Tiada atau tidak cukup bahan komputer
c) Mengambil masa yang lama untuk
menyiapkan sesuatu perkara
d) Pengurusan stok dan bahan dalam kabinet
yang tidak teratur

e) Menyimpan bahan stok yang tidak
berguna
f) Menghadiri mesyuarat yang panjang
berjela dan bercakap tanpa objektif
g) Pengerusi mesyuarat suka berleter
h) Menghadiri mesyuarat yang diadakan
semata-mata
untuk
mengadakan
mesyuarat

• Halangan-halangan yang menyebabkan anda
tidak dapat menepati waktu dan perlu ditangani
dengan berhati-hati adalah seperti berikut:
a) Rakan sejawat hendak berbual
b) Pelajar hendak mengadu masalah
c) Ibu bapa hendak membincangkan masalah
anak mereka
d) Tetamu hendak membincangkan program
sekolah
e) Pegawai-pegawai datang melawat sekolah

• Bagi membantu anda dalam menepati masa,
anda boleh mengatur masa dengan
berdasarkan Jadual 1.3.

1.3 MERANCANG DENGAN
BERKESAN

• Konsep merancang dengan berkesan ialah
membuat sesuatu perkara atau program yang
mendahului masa yang sepatutnya, sekurangkurangnya sebulan dari tarikh program.
• Anda akan dapat memantau tindakan di
sepanjang masa sehingga objektif program
tercapai.
• Banyak perkara yang diambil kira untuk
memastikan program berjalan lancar.

• Anda sentiasa perlu mengingati tarikh akhir
persiapan sesuatu program.
• Sekiranya program tersebut melibatkan ramai
guru lain, maka semua perlu peka kepada
tarikh tersebut.

berikut
mempamerkan
• Jadual 1.4
perancangan berkesan untuk program
persembahan drama sekolah (projek).
• Anda perlu menyediakan senarai semak untuk
setiap langkah dalam tugasan supaya tidak
ada yang tertinggal dalam perancangan
tersebut.
• Terdapat beberapa tugasan yang perlu
disiapkan sebelum masa yang sebenarnya
tiba.

• Semasa merancang untuk jangka masa
panjang, ramai orang yang terlibat.
• Maka, dari masa ke semasa perlu diadakan
perjumpaan untuk memastikan semua
berjalan dengan lancar.

• Bagi merancang dalam jangka masa pendek
pula, anda hanya perlu mencatatkan dalam
diari berkenaan mesyuarat yang perlu dihadiri,
tindakan yang perlu diambil supaya pelajar
yang terlibat dapat dihubungi segera dan pada
masa yang sama, tidak membazir masa untuk
mengurus pelajar yang tinggal jauh dari
sekolah.

1.4 MELAKSANAKAN TUGAS
DENGAN EFISYEN DAN SELAMAT

• Anda perlu melaksanakan tugas dengan
efisien dan selamat.
• Utamakan keselamatan para pelajar dan diri
sendiri supaya dapat mengelakkan diri dari
segala bentuk kemalangan dan kecederaan.
• Menurut Nelson (1995), “Buat satu kerja pada
satu masa. Ambil keputusan kerja mana yang
hendak dilakukan dan siapkanlah sebaik
mungkin.”

• Berikut adalah keberkesanan melaksanakan tugas
dengan efisien dan selamat:
a) Pelajar dapat menyiapkan kerja dengan
sempurna
b) Mereka dapat mencapai objektif pembelajaran
c) Mereka dapat memahami arahan dengan jelas
d) Mereka mengemaskan barang-barang sebelum
meninggalkan kelas
e) Mereka dapat memastikan semua barangbarang tersimpan dengan kemas dan selamat.

• Dalam menyempurnakan tugas dengan segera, tentu
anda berhadapan dengan kekangan masa.
• Anda perlu mempunyai sistem fail yang mudah
diperoleh seperti berikut:
a) Sebelum menyimpan sebarang kertas dalam fail,
fikirkan mengapa anda perlu menyimpannya
(Nelson, 1995) dan berapa lama untuk
menyimpannya. Apabila anda memutuskan untuk
menyimpannya, maka anda akan menyimpannya
dengan sistematik. Ini dapat menjimatkan masa
anda dalam mencari kertas itu bila diperlukan.
Segala kertas yang tidak diperlukan perlu dibuang
segera

b) Mula dan tamatkan mesyuarat mengikut
masa yang ditetapkan
c) Jangan berbalah dengan rakan sejawat
tentang perkara remeh-temeh kerana ini
membazir masa.

• Mesyuarat yang berkesan dapat mengelakkan
pembaziran masa.
• Kajian menunjukkan 70% daripada masa
terbuang disebabkan mesyuarat (Nelson,
1995).
• Ini berlaku kerana guru tidak mahir
mengendalikan mesyuarat.

• Berikut adalah cara-cara mengendalikan mesyuarat
dengan berkesan:
a) Anda perlu mengetahui apakah objektif mesyuarat
tersebut. Jika mesyuarat itu tidak penting, ia tidak
perlu diadakan dan kalau diteruskan juga
bermakna membuang masa. Kegagalan mengenal
pasti objektif mesyuarat menjadikan kehadiran
guru dalam mesyuarat tersebut membuang masa.
b) Kenal pasti siapa yang patut menghadiri mesyuarat
tersebut. Adalah membazir masa jika semua guru
dipanggil sedangkan idea dan pendapat mereka
tidak diperlukan. Lebih baik mereka masuk ke kelas
untuk mengajar.

• Terdapat banyak cara di mana maklumat dapat
disampaikan kepada guru tanpa melalui
mesyuarat, sebab kita tahu mesyuarat banyak
membuang masa guru.

• Langkah yang boleh diambil untuk memastikan semua guru
memperoleh maklumat segera tanpa menghadiri mesyuarat
adalah seperti berikut:
a) Menghantar memo dan menandatangani penerimaan
memo
b) Menelefon guru yang berkenaan
c) Berjumpa individu yang berkenaan
d) Mengedarkan nota yang berkaitan kepada guru
e) Menampal arahan di papan kenyataan guru
f) Guru Panitia memberi taklimat ringkas dan mengambil
kehadiran guru

1.5 PENGURUSAN TEKANAN

• Kerja guru di sekolah mempengaruhi kesihatan
dan prestasi kerja mereka. Adakah anda setuju
dengan kenyataan ini? Apakah pendapat
anda?

• Seorang guru mungkin menghadapi tekanan dan berasa
tertekan, kecewa, bimbang, marah dan murung akibat
kerjanya.
• Terdapat banyak sebab guru mengalami tekanan. Contohnya
adalah seperti berikut:
a) Disiplin pelajar yang rendah, kes buli, kes bunuh dan
sebagainya.
b) Polisi sekolah contohnya mewajibkan guru datang ke
sekolah pada hari Sabtu.
c) Iklim sekolah di mana hubungan dengan pengetua kurang
harmoni.
d) Permintaan ke atas guru seperti kelas tambahan.

e) Terlalu banyak beban seperti mengajar kelas
sehingga 30 waktu seminggu.
f) Tidak cukup masa untuk menyiapkan kerja,
terlalu banyak program di sekolah termasuk
mengecat dinding sekolah dan menyusun
buku di pusat sumber, membuat laporan
pelajar yang salah laku dan sebagainya.
g) Tidak cukup tenaga untuk melaksanakan
tugas seharian.

h) Tiada ganjaran dan terlalu sedikit
pengiktirafan dari sekolah.
i) Guru tidak dihargai setelah penat
melaksanakan
tugasan
yang
dipertanggungjawabkan.
j) Konflik dengan rakan sejawat, pengetua
dan ibu bapa.

• Pengurusan tekanan adalah perkara subjektif
dan bagaimana seseorang mengatasi tekanan
juga subjektif.
• Sesuatu yang berkesan untuk seorang guru
mungkin tidak berkesan untuk guru lain.
• Namun, ia boleh menjadi sumber tambahan
dalam mengurus tekanan.

• Berikut adalah cadangan cara-cara mengurus tekanan:
a) Menarik nafas dalam dan panjang supaya oksigen dapat masuk dan
memudahkan aliran darah beroksigen;
b) Memperbaiki kemahiran interpersonal melalui latihan perubahan
sikap yang positif, menerima sesuatu dengan pemikiran yang
terbuka;
c) Memupuk minat seperti menanam pokok bunga, memasak, berjalan,
berbasikal, memandu dan solat;
d) Bercakap mengenai apa yang dirasakan dengan rakan sejawat,
suami/isteri;
e) Memikirkan perkara lain bagi mengganti perkara yang
merungsingkan contohnya, kalau pangkat anda ditarik balik oleh
pihak pentadbir anda boleh menulis sebuah buku untuk
menenangkan pemikiran anda;

f) Berbincang berkenaan hobi dengan rakan sejawat;
g) Duduk berehat untuk minum kopi bersama rakan
sejawat;
h) Balik awal tetapi menepati masa;
i) Berjenaka dan ketawa;
j) Berhubung dengan rakan yang rapat;
k) Tidak membuat kerja sekolah pada hari Sabtu dan
Ahad;
l) Berkongsi kesusahan dengan kawan-kawan rapat;
m) Melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam;

n)
o)
p)
q)
r)
s)
t)

Mulakan hidup yang lebih teratur;
Sentiasa tersenyum walaupun ada masalah;
Bangun awal bagi memulakan aktiviti harian;
Ambil cuti sambilan apabila keadaan memaksa;
Mengikuti kursus dan berjumpa kawan baru;
Cuba berbincang dengan rakan yang bukan guru;
Berehat sebelum penat;

u) Cuba berkata “tidak” kepada orang yang
menjual barang kepada kita;
v) Menonton wayang gambar;
w) Apabila sampai di rumah, berehat dan
tidak memikirkan perihal sekolah;
x) Menerima masalah sebagai takdir dengan
perasaan terbuka; dan
y) Tidak mengendahkan (switching off).

• Di peringkat profesional, pihak atasan boleh melakukan perkara
berikut:
a) Memberikan kaunseling kepada staf;
b) Dapatkan sokongan daripada staf untuk mengurangkan
tekanan;
c) Memperbaiki keyakinan diri;
d) Memberi rasional untuk beban tugas yang banyak;
e) Elakkan membuat kerja secara bersendirian;
f) Membuat refleksi setiap hari; dan
g) Mencari kepuasan dan keyakinan diri sendiri contohnya
dengan menulis buku, mendaki gunung, berenang,
menunggang kuda dan lain-lain.

• Teknik “Two Minutes Relaxation” (Berehat Dua Minit) juga boleh
dipraktikkan untuk menggelakkan tekanan dengan cara berikut:
a) Bernafas secara dalam.
b) Fikirkan berkenaan badan yang relaks.
c) Fikirkan bahawa tekanan keluar dari kaki, badan, tangan,
leher dan bahu dan merasai tekanan keluar dari badan.
d) Berbaring atau duduk atas kerusi yang boleh menyokong
badan kita.
e) Tutup mata dan blok semua bunyi.
f) Rehatkan kepala dan dagu, biarkan lidah jatuh terjelir pada
mulut yang terbuka dan bernafas dengan mendalam.
g) Rehatkan bahu anda dan jatuhkan tangan anda.

h) Rehatkan leher anda dan gerakkan ia secara
perlahan.
i) Fikirkan berkenaan tangan kanan dan tangan kiri
sambil biarkan tekanan tangan jatuh pada jari-jari.
j) Angkat kaki kiri dan seterusnya kaki kanan supaya
tekanan turun ikut tumit.
k) Dengar bunyi nafas anda, bunyi jantung anda dan
bunyi perut anda.
l) Selepas empat hingga lima minit, buka mata secara
perlahan, terus bangun dan regangkan tangan dan
kaki anda

1.6 PENGURUSAN AMARAH

• Marah adalah emosi yang tidak stabil dan boleh
membawa padah kepada pelajar dan prestasi kerja
guru.
• Contohnya,
guru
yang
marah
mungkin
mengeluarkan kata-kata yang kesat kepada atau
mencederakan pelajar.
• Anda marah sebab rasa tertekan. Marah berlaku
apabila ada ketidakseimbangan ketara di antara
kehendak persekitaran dan keupayaan memenuhi
kehendak tersebut sama ada tugas atau keperluan.

• Guru yang marah kadang-kadang hilang kawalan diri
lalu menggunakan bahanbahan di sekeliling untuk
memukul pelajar, seperti berikut:
– Menggunakan pembaris panjang untuk memukul
pelajar ditapak tangan;
– Menyebat pelajar dengan bulu ayam;
– Menggunakan rotan;
– Memukul dengan pembaris pada punggung
pelajar hingga terdapat kesan lebam dan bengkak;
– Meludah pelajar;

– Membaling pemadam ke muka murid;
– Menendang dan menerajang murid;
– Mengurung murid dalam almari;
– Mengurung murid dalam tandas;
– Mengarahkan murid lari keliling padang;
– Membuli murid; dan
– Menghentak kepala murid dengan ketulan
cincin di jari.

Rajah 1

• Guru yang suka marah akan mudah mendapat
tekanan dan burnout. Sila lihat Rajah 1.
• Burnout bermaksud guru tidak puas hati
dengan
pekerjaannya
dan
ingin
meninggalkannya.
• Guru yang burnout bagaikan pokok mati, tidak
lagi menyumbang kepada kemajuan pelajar.
• Menurut Cole M. (1989), “burnout can have a
negatif impact on the teacher themselves and
on the pupils they teach”.

• Berikut adalah tanda-tanda guru yang burnout:
– Guru sudah tiada tenaga untuk memberi motivasi kepada
pelajar jadi motivasi yang diberikannya adalah kurang;
– Guru mempamerkan tingkah laku yang membimbangkan
dan mengasari pelajar seperti menengking dan
sebagainya, menyebabkan pelajar menjadi tidak
berdisiplin;
– Pelajar bersikap negatif, tidak berminat kepada pelajaran,
ponteng kelas, melawan cakap guru dan biadab;
– Keadaan kerja yang kelam-kabut, ketiadaan kemudahan
telefon, ketiadaan pendingin udara, keadaan panas dan
tiada kipas;

– Tekanan dan kekangan masa untuk memenuhi tuntutan kerja
mengikut tarikh akhir. Ini merupakan aspek stres yang
menimbulkan kemarahan sekiranya tarikh akhir terlalu dekat dan
kerja diminta siapkan dalam masa terdekat;
– Status rendah Gaji yang murah dan pandangan masyarakat yang
memperlekehkan profesion keguruan seperti pelajar tidak
menghormati guru dan ibu bapa datang ke sekolah memarahi
guru di hadapan anak mereka dan pelajar lain;
– Konflik dengan rakan-rakan sejawat yang menjatuhkan maruah
guru di hadapan pelajar, ibu bapa dan guru-guru lain atau
termasuk pengetua; dan
– Pihak guru besar atau pengetua yang tidak menghargai
pengorbanan guru dan tidak mengucapkan terima kasih
terhadap penat-lelah guru mengajar dan membimbing pelajar.
Terdapat juga guru besar yang memarahi guru di hadapan ibu
bapa dan pelajar lain.

• Punca guru marah adalah seperti berikut:
– Persekitaran Organisasi. Tiada autonomi,
kerja yang rencam dan pelbagai serta beban
kerja yang banyak.
– Emosi Terganggu. Kesempurnaan kendiri
terganggu.
– Fizikal. Kemudahan tidak cukup, lampu tidak
cukup terang dan ketiadaan talian telefon.
– Sosial. Hubungan dengan pelajar tidak
harmoni, kurang sokongan dari staf sokongan
dan pihak pentadbir.

– Budaya Kerja. Terlalu birokrasi, peraturan
pentadbiran melampau, konflik, pengaruh
individu dan beban kerja yang ad-hoc.
– Iklim dan Persekitaran yang Negatif. Kawasan
sekolah di pedalaman, kawasan setinggan,
kawasan hulu kampung, kawasan orang asli dan
kawasan pergunungan jauh dari pengangkutan,
pengangkutan sungai sahaja pergi dan balik,
kawasan Felda, bangunan sekolah yang hampir
roboh, bangunan lama, sekolah di tepi jalan
raya dan bunyi bising kenderaan (guru terpaksa
menjerit-jerit ketika mengajar).

• Tindakan positif perlu diambil untuk menangani
masalah marah.
• Dalam Islam apabila seseorang itu marah maka
disarankan kepadanya berwuduk.
• Seorang guru yang mengalami situasi kemarahan
mesti mengawal diri dengan kekuatan semangat
diri dan peribadi yang baik serta tidak
mencederakan pelajar atau orang lain di
sekelilingnya dengan cara lisan atau fizikal.
• Sebenarnya, anda tidak perlu menunjukkan
kemarahan kepada pelajar, guru lain atau
pengetua.

• Siapa anda sebenarnya? Apa hak anda untuk
memarahi orang lain? Berikut adalah jenis
pengurusan amarah:
– Cepat marah, lambat baik;
– Cepat marah, cepat baik;
– Lambat marah, lambat baik;
– Lambat marah, cepat baik; dan
– Tidak pernah marah/tidak marah.

• Cara mana yang anda amalkan?
– Cepat Marah, Lambat Baik.

• Anda mempunyai pengurusan amarah yang sangat buruk.
Anda tidak layak menjadi guru. Anda mempunyai peribadi
dan akhlak yang lemah dan mempamerkan tingkah laku
yang buruk. Anda memalukan diri, profesion dan keluarga
anda. Anda sepatutnya berhenti menjadi seorang guru
dan memilih profesion lain.

– Cepat Marah, Cepat Baik.

• Peribadi anda seperti kanak-kanak, anda tidak mempunyai
peribadi yang teguh dan tidak boleh dicontohi sebagai
guru yang profesional. Anda menghina profesion keguruan
dan membawa padah kepada pelajar dan masyarakat.
Anda tidak bijak dalam kemahiran interpersonal.

– Lambat Marah, Lambat Baik

• Anda seorang pendendam dan dengki hati. Anda ibarat api dalam
sekam. Anda tidak sesuai berada dalam profesion keguruan,
kerana guru berhubung setiap hari dengan pelajar, rakan sejawat
dan pengetua. Tingkah laku anda membawa implikasi yang
merosakkan pelajar, bangsa dan negara. Ini kerana jiwa anda
tidak ikhlas dalam membimbing pelajar supaya menjadi orang
yang berguna kerana anda sendiri gagal mengurus amarah anda.

– Lambat Marah, Cepat Baik

• Anda menyimpan kemarahan yang meluap sehingga masa yang
tidak terhad. Sedangkan dalam Islam, hubungan manusia boleh
terputus hanya tiga hari sahaja. Selepas tiga hari, anda perlu
memberi salam, bermaafmaafan, melupakan peristiwa lalu dan
memulakan hubungan yang baik, selesa dan ikhlas. Anda patut
menamatkan kemarahan bukannya menyimpan kemarahan yang
berlarutan dan memutuskan hubungan.

– Tidak Marah

• Anda mempunyai pengurusan amarah yang hampir
baik sebab yang terbaik ialah tidak pernah marah atau
marah yang bertempat iaitu menegur kesalahan
dengan kata-kata nasihat kepada pelajar yang salah
laku dan tidak mematuhi arahan sekolah. Guru mencari
sebab kenapa pelajar berkelakuan yang tidak
menyenangkan guru, ibu bapa dan pihak sekolah. Guru
tidak layak memarahi pelajar kerana ini bukan jalan
penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi.
Guru
perlu
menguasai
rasa
marah
dan
menggantikannya dengan rasa empati dan prihatin
kepada pelajar yang salah laku.

• Berikut adalah contoh pengurusan amarah
yang baik dan yang boleh dipraktikkan oleh
guru:
– Mempunyai keyakinan diri;
– Prihatin kepada perbezaan individu, iaitu
menyedari bahawa pelajar yang berbezabeza terdapat dalam satu kelas;
– Mempamerkan kualiti kerja yang konsisten;
– Sentiasa bersedia dalam segala hal;
– Menyukai semua pelajar dalam kelas;

– Mengajar budaya dengan mendirikan
kumpulan budaya dan meraikan hari
perayaan, hari merdeka, hari guru, hari
kanak-kanak, hari buruh, hari ibu, hari bapa,
hari sukan, hari kantin dan gotong-royong;
– Bertindak sebagai tutor yang memahami
kehendak pelajar.
– Mengucap selamat dan tahniah kepada
pelajar.
– Berbincang secara terus dan telus dengan
pengetua.

– Peluang kenaikan pangkat atau kedudukan set
keutamaan diberikan kepada guru yang lebih
lama berkhidmat agar tidak menimbulkan
konflik dan iklim tidak harmoni.
– Pengetua perlu elakkan pilih kasih (ini boleh
mempengaruhi polisi dan operasi sekolah).
– Mempunyai penampilan diri yang baik
Mengekalkan imej sebagai guru yang
bertanggungjawab
dan
mempunyai
kemahiran interpersonal dan intrapersonal
yang mantap.

1.7 PENGURUSAN KEKECEWAAN

• Guru mungkin kecewa jika pelajar tidak
menunjukkan prestasi yang baik dari segi
akademik, kemahiran, sikap dan tingkah laku.
• Segala tohmahan dari pelajar, ibu bapa dan
pengetua terpaksa dihadapi.
• Guru perlu memperolehi kepuasan supaya
dapat mengurangkan kecewa dan perasaan
tertekan.

• Terdapat juga beberapa masalah lain yang
menyebabkan guru kecewa. Di antaranya
ialah:
– Pelajar tidak dapat menjawab soalan
latihan;
– Pelajar tidak menyiapkan tugasan yang
diberikan;
– Pelajar tidak memberi tumpuan kepada
pelajaran;
– Pelajar tidak bersedia menerima pendapat;

– Pelajar mengambil peluang untuk membuli
guru;
– Pelajar terlalu mengikut emosi;
– Ibu bapa mempertikai kredibiliti pengajaran
guru terhadap anak-anak mereka; dan
– Serangan daripada ibu bapa yang membela
kesalahan anak mereka.

• Konsep pengurusan kekecewaan adalah
tindakan guru dalam menangani perasaan
kecewa dengan menggunakan pelbagai
strategi dari segi mental dan perubahan sikap.
• Mengajar adalah sebahagian daripada proses
mensosialisasikan pelajar.
• Walau bagaimanapun perlu diingatkan
bahawa ibu bapa, rakan sebaya, jiran, media
massa dan budaya lebih kuat pengaruhnya
terhadap pelajar.

• Inilah cabaran-cabaran yang perlu dihadapi guru dalam
membuat pertimbangan tindakan terhadap pelajar
yang ”devian” dan delikuensi.
• Di sekolah, murid diajar nilai-nilai yang baik tetapi di
luar sekolah, media massa menonjolkan nilai-nilai yang
tidak baik seperti mengiklankan rokok.
• Di sekolah pelajar dididik menutup aurat tetapi di kaca
televisyen dan dalam majalah, pelajar didedahkan
kepada pakaian yang menjolok mata.
• Pelajar juga didedahkan kepada adegan dan filem ganas
dan lain-lain nilai yang bertentangan dengan misi
sekolah yang hendak membentuk pelajar menjadi insan
yang seimbang.

• Berikut adalah contoh bagi kualiti diri, bagi
mengurangkan kekecewaan anda di sekolah:

RUMUSAN

• “Demi masa. Sesungguhnya manusia berada
dalam kerugian.