azan dan iqamah hukum dan perlanksanaann

BAB 1
Pengenalan

Azan adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama Islam sebagai tanda untuk
menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh diseru supaya bergesa
berkumpul untuk mengerjakan solat fardu. Iqamat bermaksud sebutan tertentu untuk memberitahu para
jemaah untuk mula mengerjakan solat.

1.1 Takrif Azan
Azan dari segi Bahasa:

(‫ )ا ِْع َل ٌم‬iaitu pemberitahuan sesuatu samada waktu solat atau lainnya. Firman Allah dalam Surah AtTaubah Ayat 3 :

َ ‫وأ‬
‫اس‬
ٌِ ّ ‫سولِهِ إِلَىٌ الن‬
‫م‬
‫ن‬
ٌ
‫َا‬
‫ذ‬

ِ
ٌ
ُ ‫ن اللّهِ َو َر‬
َ
َ
“Dan inilah perisytiharaan dari Allah dan Rasulnya kepada manusia”

Azan dari Segi Syarak:

ٌِ‫صلَة‬
ٌٌ ْ‫صو‬
ْ ‫م‬
َ ْ‫م بِهِ َوق‬
ُ َ ‫ص يُعْل‬
َ ‫ذِك ْ ٌٌر‬
ّ ‫ت ال‬
ُ ‫خ‬
Iaitu ucapan khusus yang diketahui dengannya waktu-waktu solat yang difardhukan.

1


1.2 Takrif Iqamah
Iqamah dari segi Bahasa :
Mendirikan. Dinamakan Iqamah kerana didirikan sembahyang dengannnya.

1.3 Dalil Azan Dan Iqamah

1.

Firman Allah dalam Surah Al-Jumaah Ayat 9 :

َ ‫ياأ‬
ْ
ّ
َ
َ
‫ج‬
‫ال‬
ٌ
‫م‬

‫ٌٌٌو‬
‫ي‬
‫ن‬
‫م‬
ٌ
‫ة‬
‫لصٌٌٌل‬
‫ل‬
ٌ
‫ي‬
‫د‬
‫ٌٌٌو‬
‫ن‬
ٌ
‫ا‬
‫ذ‬
‫إ‬
ٌ
‫ا‬
‫ٌٌٌو‬

‫ن‬
‫م‬
‫َا‬
‫ء‬
‫ين‬
ٌ
‫ذ‬
‫ال‬
ٌ
‫ا‬
‫ه‬
‫ي‬
ِ
ِ‫معٌٌٌَة‬
ِ
ِ
ِ
ُ
ُ
ِ

ُ
َ
ّ
ُ
َ
َ َ
ْ
َ
َ
ِ
ِ ْ
‫م‬
ٌْ ُ ‫ن كُنْت‬
ٌْ ُ ‫ٌر لَك‬
ٌٌ ٌْ ‫م خَي‬
ٌْ ُ ‫اس ٌعَوْاٌ إِلَىٌ ذِك ٌٌْرِ اللّهِ وَذ َُرواٌ الْبَي ْ ٌعٌَ ذَلِك‬
ْ ِ‫م إ‬
ْ َ‫ف‬
)9(‫ن‬
َ ‫مو‬

ُ َ ‫تَعْل‬
Wahai orang yang beriman apabila diserukan (Azan) untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumaat
maka segerakanlahkamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjualbeli, yang
demikian adalah baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.

2.

Hadis Nabi :

2

َ َ ‫ث رضي اللّه ع َنه قَا‬
‫ل‬
ٌَ ‫سو‬
ٌِ ْ ‫ك ب‬
ٌِ ِ ‫مال‬
ُ ِ ‫حد‬
ُ ْ ‫ن ال‬
َ
ُ ‫ أتَيْنَاٌ َر‬: ‫ل‬

ُ ْ ُ
َ ‫يث‬
َ ِ َ ٌِ ِ‫حوَيْر‬
َ ٌ ‫ش ٌببة متقٌٌَاربو‬
‫منَا‬
َ ُ ٌ ََ َ ‫ن‬
َ ُِ
ْ َ ‫م َون‬
َ ‫ه ع َلَي ْ ٌهِ َو‬
ْ َ‫ن فَأق‬
َ ّ ‫س ٌل‬
ُ ّ ‫ص ٌلّىٌ الل‬
َ ِ‫اللّه‬
ُ ‫ح‬
‫م‬
ٌُ ‫سو‬
ٌَ ِ‫عشْ ر‬
ً َ ‫ين لَيْل‬
ِ ٌُ‫عنْدَه‬
ِ

َ ‫ة َوكَا‬
َ َ‫ه ع َلَيْهِ و‬
ُ ‫ن َر‬
َ ّ ‫سٌٌل‬
ُ ّ ‫صلّى الل‬
َ ِ‫ل اللّه‬
َ ‫اشٌتقْناٌ أَهلَناٌ فَسٌأ‬
َ ‫حيما رقي ًقاٌ فَظَن أ‬
َ
َ
ْ
ٌ‫ن ت َ َركْنَا‬
‫م‬
‫َن‬
‫ع‬
‫ا‬
‫ن‬
‫ل‬
‫د‬
‫ق‬

‫ا‬
‫ن‬
ْ
َ
َ
َ
َ
ِ
ّ
ِ َ ً ِ ‫َر‬
َ
َ
ْ
ْ
ّ
َ ‫ل ارجعٌٌواٌ إلَىٌ أَهليكُم فٌٌَأ‬
َ ‫من أَهلنا فَأ‬
َ
َ
‫م‬

ٌْ ِ‫مواٌ فِيه‬
‫ي‬
‫ق‬
ٌ
‫َا‬
‫ق‬
‫ف‬
‫ه‬
‫ا‬
‫ن‬
‫ر‬
‫ْب‬
‫خ‬
ِ
ْ
َِ ْ ْ ِ
ُ ِ ْ
ُ ِ
ْ
ُ َ َْ

ِ
َ ُ ‫ت الصلا َة ُ فَلْيؤَذّن لَك‬
‫م‬
ٌْ ُ ‫حدُك‬
ٌِ ‫ض َر‬
َ ‫مأ‬
ْ
ُ
َ ‫ح‬
َ ٌ‫م فَإِذَا‬
ْ
ْ ُ‫م ُروه‬
ُ َ‫م و‬
ْ ُ‫موه‬
ُ ّ ‫وَع َل‬
ّ
*‫م‬
ٌْ ُ ‫م أَكْب َ ُرك‬
ْ ُ ‫مك‬
ّ ُ ‫م لِيَؤ‬
ّ ُ‫ث‬
“Diriwayatkan daripada Malik bin al-Huwairis r.a katanya: Kami datang menemui Rasulullah s.a.w,
pada waktu itu kami masih sama-sama muda dan usia kami tidak banyak perbezaanya. Kami tinggal
bersama baginda selama dua puluh malam. Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemurah dan
lembut sekali. Baginda menyangkakan bahawa aku sedang berselisih paham dengan keluargaku
sehingga baginda bertanya kepadaku keadaan keluarga yang aku tinggalkan. Maka aku menceritakan
kepada baginda mengenai keluargaku. Kemudian baginda bersabda: Pulanglah kepada keluargamu
dan tinggallah bersama mereka. Ajarlah mereka dan perintahkanlah mereka apabila tiba waktu
sembahyang. Hendaklah salah seorang daripada kamu melaungkan azan dan hendaklah orang yang
paling tua dari kalangan kamu menjadi imam”

3. ( Terjemahan) Hadis Abu Daud dengan isnad Sahih daripada Abdullah Bin Zaid Bin Abdullah
bahawa ia berkata ketika Nabi menyuruh memukul (‫س‬
َ ْ‫ )ناقُو‬bagi menghimpunkan manusia untuk solat.
Tiba-tiba aku tertidur lalu bermimpi bahawa seorang membawa Naqus dan mengelilingiku maka aku
berkata : Wahai Tuan hamba, kamu menjual naqus itukah. Maka jawabnya dengan pertanyaan : Apa
kamu mahu buat dengan Naqus ini. Maka kataku: Aku akan memanggil manusia untuk solat

3

dengannya. Lalu katanya : Mari aku tunjukkan kamu yang lebih baik dari ini. Maka kataku :
Tunjukkanlah. Maka kata orang itu : Katakanlah ‫اكبر‬

‫ا‬

Hingga akhir kalimah Azan. Maka dia

berundur ke belakang dan berkata : Apabila nak mendirikan Sembahyang maka katakanlah : ‫اكبر‬

‫ا‬

hingga akhir kalimah Iqamah. Maka apabila pagi aku datang kepada Rasulullah dan menceritakan
mimpiku lalu Nabi bersabda :

َ ‫ا ّنها ر ُْؤيا ح ُّق انْ َشاءاُ ُقم مع بلَل فَأ‬
َ
ْ
‫ه‬
ٌُ ّ ‫ت فَاِن‬
ٌَ ْ ‫ما َرأَي‬
‫ه‬
‫ي‬
‫َل‬
‫ع‬
‫ق‬
ٌ
‫ل‬
ِ َ َ
َ ِ
َ ِ ْ
ٍ ِ َ َ ْ ُ َ
ِ
َ‫أ‬
َ
‫صوْتًا‬
‫ك‬
ٌ
‫ن‬
‫م‬
ٌ
‫ى‬
‫د‬
‫ن‬
ْ
ِ
ْ
َ
َ

Bahawasanya ia mimpi yang benar In Sya Allah. Maka berdirilah engkau bersama Bilal dan ajarkanlah
apa yang engkau dapati dari mimpi itu. Sesungguhnya dia lebih nyaring suaranya daripadamu.

Maka segeralah aku mengajarkannya maka Azanlah Bilal dengannya lalu didengari oleh Umar AlKhattab maka Umar mendapatkan Nabi lalu berkata : Wahai Rasulullah, Demi tuhan yang menyuruhkan
tuan hamba dengan sebenarnya , sesungguhnya aku telah melihat dalam mimpiku seperti yang dilihat
oleh Abdullah Bin Zaid itu. Maka Sabda Rasulullah S.A.W. : Bagi Allah segala pujian.

1.4 Peringatan
Timbul persoalan adakah Sabit Azan dan Iqamah melalui mimpi sedangkan Hukum Syarak hanya sabit
dengan wahyu.
Sebenarnya pensyariatan keduanya bukan disandarkan kepada mimpi tetapi sebenarnya telah muafaqah
keduanya dengan wahyu yang turun kepada nabi kerana diriwayatkan oleh Abu Daud dan Lainnya
bahawa Nabi S.A.W bersabda ia kepada Umar mengenai mimpi Umar itu dengan sabdanya:

) ‫ك ِب َها ْا َلوحْ ُي‬
َُ ‫( َس َب َق‬

iaitu telah mendahului engkau oleh wahyu maka sabit keduanya dengan wahyu

bukan dengan mimpi.
Juga riwayat

‫ي‬
ُْ ‫از‬
ِ ّ‫ اَ ْل َبر‬bahawa nabi diperlihatkan dengan Azan pada malam Mikraj di atas tujuh petala

langit dan mendahulukan akan dia oleh Jibril menjadi Imam sembahyang maka mengikutinya oleh
4

segala isi langit dan disertai oleh Nabi Adam dan Nabi Nuh dan Allah menyempurnakan kemuliaannya
atas segala isi langit dan bumi.

5

BAB 2
SEJARAH
2.1 Pengenalan
Azan mula diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun pertama Hijrah. Dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar RA. “Pada mulanya ketika orangorang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang.
Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari
Nabi S.A.W telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu
masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah.

Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan. Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan
bendera sebagai tanda waktu solat, ada yang mencadangkan ditiup serunai ataupun trompet; dan ada
yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng. Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh
Rasulullah S.A.W (kerana meniup serunai atau trompet dan memukul loceng adalah cara pemanggilan
sembahyang bagi masyarakat Yahudi dan Nasrani (Kristian). Umar bin al-Khattab mencadangkan
diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul ini telah diterima oleh Rasulullah S.A.W tetapi
baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”.

Pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk
memberitahu solat dengan mengumandangkanlah Allahu Akbar. (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)”.
Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah S.A.W dan baginda bersabda: “Mimpimu
itu mimpi yang benar”. Nabi S.A.W memerintahkan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan tersebut.
Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar datang kepada Rasulullah S.A.W dan menceritakan
bahawa beliau juga bermimpi seperti Abdullah bin Zaid.

Al-Bazzar meriwayatkan bahawa: “Rasulullah S.A.W pada malam Israk telah diperlihatkan
dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya,

6

lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s. Maka
Allah SWT menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.

2.2 Waktu-Waktu Disunatkan Azan
1.

Diazankan di telinga manusia dan binatang yang jahat.

1.

Diazankan di telinga orang yang dirasuk dan orang yang sangat marah.

1.

Diazankan ketika kebakaran.

1.

Diazankan ketika nak berperang.

1.

Diazankan ketika nak bermusafir.

1.

Diazankan bagi menolak kejahatan jin.

2.

Diazankan di telinga bayi.

2.3 Hukum Azan Dan Iqamah

1.

Yang Asalnya Sunat Kifayah Azan bagi sesebuah jemaah iaitu berhasil pahala dengan dibuat oleh
sebahagiannya. Sunat Ain Azan bagi setiap individu.

1.

Sunat Azan dan Iqamah bagi Solat Fardhu 5 waktu dan tidak disunatkan malahan makruh bagi Solat
Nazar, Solat Jenazah dan Solat-Solat Sunat lain walaupun disunatkan berjemaah.

1.

Disunatkan Iqamah bagi Solat Fardhu secara mutlak samada tunai atau qada’, jamak atau tamam,
lelaki, perempuan atau khunsa, seorang atau ramai.

1.

Disunatkan Azan pada lelaki sahaja walaupun kanak-kanak, bersendirian atau berjemaah dan
mendengar azan orang lain.

7

1.

Tidak disunatkan Azan bagi perempuan secara mutlak samada seorang atau berjemaah, nyaring atau
perlahan.

1.

Jika Azan perempuan dengan perlahan bagi dirinya atau jemaah perempuan maka harus hukumnya
dan tidak makruh. Ia dianggap sebagai Zikrullah. Jika Azan perempuan dengan nyaring tanpa kehadiran
lelaki ajnabi maka makruh hukumnya. Jika ada lelaki ajnabi maka haram kerana ditakuti fitnah.

1.

Hukum Khunsa sama seperti perempuan.

1.

Bagi Solat Qada’ beberapa waktu secara berturut-turut maka disunatkan Azan bagi solat pertama
sahaja. Bagi solat seterusnya hanya disunatkan Iqamah. Jika Solat Qada’ bercerai-cerai dan panjang
masa ceraian mengikut adat maka disunatkan azan pada setiap waktu.

1.

Jika Solat Jamak Ta’khir Zohor dan Asar atau Maghrib dan Isyak maka disunatkan Azan bagi solat
pertama sahaja samada empunya waktu atau tidak.

1.

Jika Jamak Taqdim maka sunat azan bagi solat pertama samada empunya waktu atau bukan kecuali
jika masuk waktu kedua sebelum mengerjakan solat pertama maka sunat azan pada solat kedua kerana
hilang ikutan(tabaiah).

1.

Jika Solat Qada’ dan Solat Tunai berturut-turut maka sunat Azan bagi solat pertama sahaja samada
dimulai dengan Tunai atau Qada’ kecuali jika dimulai dengan Qada’ dan selepas selesai qada’ maka
masuk waktu Solat Tunai maka sunat azan bagi waktu tunai .

1.

Sunat menyaringkan suara setinggi mungkin semasa Azan walaupun bersendirian kecuali jika berada
di tempat seumpama masjid yang telah didirikan jemaah.

1.

Memadai Iqamah bagi yang bersendirian bahawa memperdengarkan untuk dirinya sahaja.

1.

ّ ‫ )ال‬bagi solat yang dituntut berjemaah seperti sunat 2 hari raya, sunat
Sunat diucapkan ( ُ‫جا ِم َعة‬
َ ُ‫صلَة‬
gerhana, sunat mintak hujan dan terawikh tapi tidak solat jenazah dan solat nazar.

8

‫‪) tetapi‬الصلة رحلكمم ا( ‪) atau‬لهلوا الل الصلة( ‪) atau‬الصلة الصلة( ‪Memadai dikatakan‬‬
‫‪) lebih afdal .‬الصلة جامعة(‬

‫‪9‬‬

‫‪2.‬‬

BAB 3

Kalimah Azan Dan Iqamah

3.1 Kalimat Azan
Sebutan

Bahasa Arab

Terjemahan

4x

‫ا اكبر‬

Allah Maha Besar

2x

‫ااشهد اان ل الله ال ا‬

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah

2x

‫ااشهد اان محلدا رسول ا‬

Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah

2x

‫حح لهل الصلة‬

Marilah menunaikan solat

2x

‫حح لهل الفلحا‬

Marilah merebut kemenangan

2x

‫الصلة خير من النوم‬

Solat itu lebih baik dari tidur*

2x

‫ا اكبر‬

Allah Maha Besar

1x

‫ل الله ال ا‬

Tiada Tuhan selain Allah

* Barisan "Sembahyang itu lebih baik dari tidur"hanya digunakan untuk solat Subuh (fajr).

10

3.2 Kalimah Iqamah

Sebutan

Bahasa Arab

Terjemahan

2x

‫ا اكبر‬

Allah Maha Besar

1x

‫ااشهد اان ل الله ال ا‬

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah

1x

‫ااشهد اان محلدا رسول ا‬

Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah

1x

‫حح لهل الصلة‬

Marilah menunaikan solat

1x

‫حح لهل الفلحا‬

Marilah merebut kemenangan

2x

‫قدم قاممت الصلة‬

Berdiri untuk sembahyang

2x

‫ا اكبر‬

Allah Maha Besar

1x

‫ل الله ال ا‬

Tiada Tuhan selain Allah

11

3.3 Doa selepas Azan

Setelah selesai azan, doa berikut adalah sunat dibaca oleh muazzin dan penganut Muslim lain yang
mendengar azan:

‫الهشهم رب لذه الدلوة التامة والصلة القائلة‬
WahaiAllah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan,

‫آت محلداًم الوسيهة و الفضيهة‬
Datangkanlah Nabi Muhammad (kepadaku) sebagai penghubung (kepada Allah) dan keutamaan
(bagiku),

‫وابعثله مقاما ً محلوداًم الذي ولدتله‬
Serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya.

3.4 Adab Dan Tertib Azan Dan Iqamat

1.

Semua kalimah Azan diucapkan 2x kecuali Takbir permulaan iaitu sebanyak 4x dan kalimah tauhid
akhir sekali sahaja.

1.

Jumlah keseluruhan kalimah Azan adalah 19 kalimah termasuk Tarji’ dan 15 kalimah tanpa Tarji’.

1.

Semua kalimah Iqamah sekali sahaja kecuali Takbir awal dan akhir dan kalimah
( ‫ ) قد قا مت الصلة‬iaitu 2x.

1.

Jumlah keseluruhan kalimah Iqamah adalah sebanyak 11 kalimah.
12

3.5 Syarat Azan Dan Iqamah
1.

Masuk Waktu



Tidak sah dan tidak harus sebelum masuk waktu kecuali waktu Subuh.



Harus Azan sebelum masuk waktu Subuh selepas ½ malam. Hikmahnya kerana ketika fajar ramai
orang berjunub maka sempat bersedia.



Tiada harus Iqamah sebelum masuk waktu.



Waktu Iqamah bagi yang solat sendiri ialah ketika hendak mula solat dan bagi jemaah ialah setelah
mendapat keizinan imam walaupun dengan isyarat.



Sunat 2 orang azan dalam satu qaryah iaitu seorang sebelum fajar (terafdhal pada waktu sahur) dan
seorang selepas fajar supaya dapat dibezakan. Sabda Nabi S.A.W :

ّ
‫ه‬
ٌَ ‫ض‬
ُ ِ‫حد‬
ِ ‫م َر َر‬
َ
ُ ‫َن َر‬
ُ ّ ‫صلّى الل‬
َ ُ‫ه عَنْه‬
ُ ّ ‫ي الل‬
َ ُ‫ن ع‬
َ ِ‫ول اللّه‬
ِ ‫س‬
ْ ‫ ع‬: ‫ما‬
ِ ْ ‫يث عَبْدِ اللهِ ب‬
َ ّ ‫عَلَيه وسل‬
َ ‫ه قَا‬
‫معُوا‬
ٌٍ ْ ‫ن بِلَي‬
َ ٌ‫ل فَكُلُوا َواشْ َربُوا‬
ُ ّ ‫ن بِلَل ً يُؤَذ‬
ّ ِ‫ل إ‬
ْ َ ‫حتّىٌ ت‬
َ ‫س‬
ُ ّ ‫م أن‬
َ َ َ ِ ْ
ُ ‫تأْذين اب‬
ّ ‫نأ‬
َ ‫م‬
ٍ ‫مكْتُوم‬
ِ ْ َ ِ َ
“Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Apabila
Bilal memperdengarkan azan pada malam hari, makan dan minumlah sehingga kamu mendengar
azan yang akan diperdengarkan oleh Ibnu Ummi Maktum “

2.

Tertib Semua Kalimahnya – Tidak sah tertinggal walaupun terlupa.

3.

Muwalat (Berturut-turut)

4.

Seorang Muazzin – Tak sah 2 orang walaupun sama suara.

5.

Menggunakan Bahasa Arab jika ada yang tahu Bahasa Arab.

6.

Didengari oleh jemaah walaupun seorang jika kerana solat jemaah.

13

7.

Diperlahankan untuk didengari sendiri jika solat bersendirian kerana ketika itu menjadi zikir. Sunat
suara Iqamah kurang nyaring daripada Azan.

8.

Tiada ‘Sorif’ yang memaling dari niat asal iaitu memberitahu. Contohnya seperti niat mengajar
orang yang mendengar.

9.

Muazzin seorang Islam dan Mumaiyiz – Menjadi Islam orang kafir dengan ucapan syahadahnya
maka mesti diulangi kerana awal azannya masih dalam kafir. Jika murtad ketika Azan maka terbatal
azannya walaupun singkat tempoh murtadnya

10.

Muazzin seorang lelaki walaupun kanak-kanak jika bagi jemaah lelaki. Sah Azan perempuan dan
khunsa bagi jemaah perempuan.

14

BAB 4
Sunat-Sunat Azan
4.1 Sunat-Sunat Azan
1.

Mengatakan kalimah Azan Dan Iqamah dengan segera tanpa menyaringkan suara.

1.

Mengucapkan kalimah Azan dengan tartil kerana Azan bagi segala yang ghaib dan iqamah bagi yang
hadir.

1.

Sunat dihimpunkan 2 takbir pada bang dengan satu nafas dan dimatikan ra’ pertama dan saktah. Jika
tak dimatikan maka yang utama dibariskan hadapan. Dikatakan baris atas iaitu dipindahkan baris alif
( ‫ )ا‬kepada Ra’ ( ‫) اكبر‬. Lafaz-lafaz lain sunat dibaca senafas.

1.

Disunatkan tarji’ iaitu menyebut 2 kalimah syahadah 2x dengan perlahan kira-kira didengar oleh
orang yang hampir sebelum menyebutnya dengan nyaring.

1.

Sunat Taswib ( ‫ ) تثويب‬pada 2 bang subuh tunai atau qada’ iaitu

( ‫ )الصلة خير من النوم‬2x selepas

( ‫) حيعهتين‬. Makruh pada waktu lain.
1.

Sunat berdiri ketika melafazkan Azan dan Iqamah. Sabda Rasul

‫ين‬
ِ ‫ن‬
َ ‫مو‬
ْ ‫م‬
ُ ِ ‫سل‬
ُ ْ ‫ال‬
َ ‫ح‬
َ
ٌ ‫حٌ د‬
َ ‫يُن ٌٌَادِيٌ بِهَ ٌاٌ أ‬

ّ
َ ‫ما قَا‬
‫ن‬
ٌَ ‫ض‬
ُ ِ‫حد‬
ِ ‫م َر َر‬
َ ‫ كَا‬: ‫ل‬
َ
َ ُ‫ه عَنْه‬
ُ ّ ‫ي الل‬
َ ُ‫ن ع‬
ِ ْ ‫يث عَبْدِ اللهِ ب‬
‫س‬
ٌِ َ‫الص ٌلَو‬
‫ن‬
َ ٌ َ ‫مدِين‬
ِ َ ‫جت‬
َ ‫حيّن ٌٌُو‬
َ َ ‫ن فَيَت‬
َ ‫معٌٌُو‬
ْ َ‫ة ي‬
َ ْ ‫موا ال‬
ُ ِ‫قَ ٌد‬
َ ْ ‫ات وَلَي‬
ّ

َ ٌ ِ ‫مٌٌا فِي ذَل‬
ُ‫ل ن ٌٌَاق‬
َ ٌ ْ ‫مث‬
َ ‫ك فَ َقٌٌا‬
‫وس‬
ٌِ
ِ ّ ‫ض ٌهُم ِ ات‬
ِ ‫وس ٌا‬
ُ ْ‫ل بَع‬
ً ُ‫خٌ ذ ُوا نَاق‬
ً ْ‫مٌٌوا يَو‬
ُ ّ ‫فَتَكَل‬
َ ‫ن الْيَهٌٌُودِ فَ َقٌٌا‬
َ ْ ‫مث‬
َ ‫ارى َوقَا‬
‫ن‬
ٌَ ‫ٌر أَوَل َ تَبْعَث ٌٌُو‬
ِ ‫م قَ ْرنًا‬
ُ ْ‫ل بَع‬
َ ُ‫ل ع‬
ْ ُ ‫ضه‬
َ ّ ‫الن‬
ُ ٌ‫م‬
ِ ‫ٌر‬
ْ ٌَ‫ل ق‬
َ ‫ص‬
15

ُ َ ‫م ي ٌٌَا بِل‬
ُ ‫سو‬
َ ‫صلَةِ قَا‬
‫م‬
ُ ‫َر‬
َ ‫ه عَلَي ْ ٌهِ َو‬
ُ ‫ل َر‬
ْ ُ‫ل ق‬
َ ّ ‫س ٌل‬
ُ ّ ‫صلّى الل‬
َ ِ‫ل اللّه‬
ّ ‫جل َ يُنَادِي بِال‬
* ِ‫صلَة‬
ّ ‫فَنَادِ بِال‬
“Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Ketika orang-orang Islam sampai di
Madinah, mereka berkumpul lalu memperkatakan tentang waktu sembahyang. Tiada seorang pun yang
menyeru kepadanya. Semasa mereka berbincang tentang perkara tersebut, sebahagian daripada mereka
berkata: Bunyikanlah loceng sebagaimana loceng orang Nasrani. Manakala sebahagian lagi berkata:
Bunyikanlah trompet seperti trompet orang Yahudi. Kemudian Umar berkata: Mengapa kamu tidak
menyuruh seseorang agar menyerukan sembahyang Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Bilal!
Bangunlah dan serukan untuk sembahyang .
1.

Disunatkan Azan pada tempat tinggi dan tak disunatkan pada Iqamah kecuali dikehendaki
dengannya kerana kebesaran masjid.

1.

Sunat meletak 2 telunjuk kepada 2 lubang telinga ketika Azan dan Iqamah kerana Bilal melakukan
demikian di depan nabi. Jika sakit satu tangan maka cukup dengan sebelah tangan. Jika sakit telunjuk
maka diganti dengan jari lain.

1.

Disunatkan mengadap kiblat.

1.

Sunat berpaling sekali ke kanan ketika mengucap ( ‫ ) حح لهل الصلة‬2x pada Azan dan sekali pada
Iqamah. Sunat berpaling ke kiri ketika mengucap ( ‫ ) حح لهل الفلحا‬seperti di atas.

1.

Jangan berpaling dada dan mengubah 2 kaki.

1.

Tiada Berpaling pada yang lain kerana yang lain itu ( ‫ ) ذكر ا‬dan ( ‫ ) حيعهتين‬itu ( ‫ ) خطاب‬kepada
manusia seperti salam dalam solat.

1.

Sunat Muazzin seorang yang adil kerana amanah menjaga waktu.

16

1.

Sunat Muazzin seorang yang nyaring suaranya kerana nabi menyuruh Abdullah Bin Zaid mengajar
Bilal kerana suaranya yang nyaring.

1.

Sunat Muazzin seorang yang baik suaranya kerana lebih berkesan.

2.

Sunat yang mendengar Azan menjawab Azan walaupun dalam keadaan berjunub atau haid.

1.

Sunat orang yang bang pada malam yang hujan atau ribut kuat atau sangat gelap mengucapkan
( ‫ ) ال صهوا فح رحالكم‬atau dan ( ‫ ) ال صهوا فح بيوتكم‬selepas ( ‫ )حح لهل الصلة‬dan dijawab dengan
( ‫) ل حول ول قوة ال باه العهح العظيم‬.

1.

Sunat berhenti membaca Al-Quran atau zikir atau doa dan sebagainya bagi menjawab azan.

1.

Makruh menjawab azan atau Iqamah bagi orang sedang solat atau jimak atau qadha hajat dan sunat
menjawab selepas selesai.

1.

Bila azan beberapa orang dengan tertib maka sunat menjawab semuanya walaupun selepas selesai
solat. Menjawab azan pertama lebih dituntut kecuali 2 azan subuh dan 2 azan Jumaat maka sama sahaja
kedua-duanya.

1.

Jika mendengar sebahagian kalimah azan maka sunat juga menjawab yang tak didengar.

1.

Sunat menjawab Tarji’ walaupun tak didengar.

1.

Sunat orang yang azan dan yang mendengar azan membaca doa.

1.

Sunat berdoa antara bang dan Iqamah kerana sangat mustajab.

1.

Makruh orang yang azan dan yang lain keluar dari tempat jemaah selepas azan dan sebelum solat
kecuali uzur.

17

1.

Sunat melewatkan solat sekadar memberi peluang orang berhimpun selepas azan kecuali maghrib
kerana singkat waktu.

1.

Makruh azan dan Iqamat oleh orang fasiq, kanak-kanak dan orang buta .

1.

Sunat melewatkan solat sekadar memberi peluang orang berhimpun selepas azan kecuali maghrib
kerana singkat waktu.

1.

Makruh ( ‫ ) تلطيط‬dan ( ‫ ) تغنح‬iaitu melanjut-lanjut dan melagu-lagu jika tidak berubah makna tetapi
haram jika mengubah makna.

1.

Suci Muazzin dalam keadaan suci dari najis dan hadas tetapi sah jika tiada wudhuk .

1.

Tersangat makruh Azan jika junub dan iqamah dalam keadaan junub lebih-lebih lagi makruh.

18

BAB 5
MASALAH LAIN

5.1 Adakah Disunatkan Azan Dan Iqamah Bagi Sembahyang Qadha’ Dan
Sembahyang Jama‘.

Azan kerana sembahyang disyariatkan hanya untuk sembahyang fardhu Jumaat dan sembahyangsembahyang fardhu lima waktu sahaja. Azan tidak disyariatkan pada sembahyang-sembahyang sunat
sama ada yang disunatkan berjemaah seperti sembahyang 'Idilfithri, 'Idiladhha, sembahyang gerhana
matahari atau bulan, sembahyang meminta hujan dan sembahyang tarawih, ataupun yang tidak
disunatkan pada sembahyang itu berjemaah seperti sembahyang dhuha dan sebagainya. Selain daripada
itu azan juga tidak disunatkan bagi sembahyang nazar dan jenazah. Hukum azan kerana hendak
sembahyang fardhu adalah sunat, sunat 'ainbagi sembahyang bersendirian dan sunat kifayah bagi
sembahyang jemaah.

Pada dasarnya azan merupakan pemberitahuan masuk waktu sembahyang fardhu. Oleh kerana itu
azan hanya akan dilaungkan setelah masuknya waktu sembahyang. Namun berlaku juga azan
sembahyang yang dilaungkan di luar daripada waktu asal sembahyang yang diwajibkan seperti azan bagi
sembahyang qadha' dan sembahyang jama', walaupun pada dasarnya disyariatkan azan itu sebaik sahaja
masuknya waktu sembahyang kecuali bagi azan subuh.

Imam asy-Syafi'e Rahimahullah Ta'ala di dalam kitab al-Buwaithi ada menyebutkan bahawa
pensyariatan azan sebagai pemberitahuan masuknya waktu sembahyang itu gugur dengan adanya
perbuatan sembahyang. Ini bererti pensyariatan azan itu adalah kerana sembahyang, bukan kerana waktu
dan pendapat ini adalah yang muktamad.

19

Berdasarkan kenyataan tersebut maka azan bagi sembahyang qadha' itu adalah kerana
sembahyang yang hendak didirikan dan ianya tidak terhalang disebabkan waktunya yang telah luput.

5.2 Azan Bagi Sembahyang Qadha'

Disunatkan azan bagi sembahyang qadha' adalah pendapat yang ashah di sisi para ulama. Sunat azan dan
iqamah bagi sembahyang qadha' kerana kefardhuan sembahyang itu dengan beberapa ketetapan seperti
berikut :-

i. Qadha' tidak lebih dari satu sembahyang fardhu Menurut pendapat ashah, disunatkan azan
sebagaimana juga disunatkan iqamah bagi sembahyang qadha'.
ii. Qadha' lebih dari satu sembahyang Fardhu

* Bagi qadha' sembahyang fardhu yang luput beberapa waktu yang dilakukan secara berturut- turut,
adalah disunatkan azan pada sembahyang yang pertama sahaja sebagaimana pendapat ashah jumhur
sahabat dan tidak perlu azan pada sembahyang-sembahyang seterusnya tanpa khilaf (percanggahan
pendapat). Namun disunatkan iqamah bagi setiap sembahyang qadha' yang dilakukan secara berturutturut tanpa khilaf.

* Disunatkan azan dan iqamah pada setiap sembahyang bagi sembahyang-sembahyang qadha' yang
dilakukan secara berasingan iaitu tidak berturut-turut atau terdapat jarak waktu sekurang-kurangnya dua
rakaat sembahyang di antara sembahyang-sembahyang yang hendak dilakukan itu.

* Disunatkan azan hanya pada permulaan sembahyang dan iqamah bagi setiap sembahyang qadha' dan
tunai yang dilakukan secara berturut-turut tidak kira sama ada dimulakan dengan sembahyang qadha'
atau sebaliknya asalkan azan itu dilaungkan setelah masuknya waktu sembahyang tunai tersebut.

20

Akan tetapi jika dimulakan dengan sembahyang qadha' dan azan itu dilaungkan sebelum lagi masuk
waktu sembahyang tunai, maka sunat baginya azan sekali lagi untuk sembahyang tunai tersebut kerana
kefardhuan waktunya tanpa khilaf.
Dalil bagi disyariatkan azan pada sembahyang yang luput dan iqamah pada setiap sembahyang yang
didirikan ialah hadits daripada 'Abdullah bin Mas'ud Radhiallahu 'anhuma katanya:

Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang Musyrik telah melalai-lalaikan Nabi Shallallahu 'alaihi
wasallam daripada mendirikan empat sembahyang fardhu di hari peperangan khandaq. Maka Baginda
memerintahkan Bilal untuk azan, lalu dia pun azan. Kemudian iqamah lalu mendirikan sembahyang
Zuhur, kemudian iqamah lagi lalu mendirikan sembahyang Asar, kemudian iqamah lagi lalu mendirikan
sembahyang Maghrib, kemudian iqamah lagi lalu mendirikan sembahyang 'Isya'."
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Selain bagi sembahyang qadha', azan juga disunatkan bagi sembahyang jama', sama ada jama' taqdim
mahupun jama' ta'khir.

5.3 Azan Bagi Sembahyang Jama'

Bagi sembahyang jama' (dua sembahyang fardhu yang dihimpunkan), jika dihimpunkan secara taqdim
(sembahyang Asar yang dilakukan di dalam waktu sembahyang Zuhur atau sembahyang 'Isya' yang
dilakukan di dalam waktu sembahyang Maghrib) maka disunatkan azan tanpa khilaf bagi sembahyang
yang pertama dan iqamah bagi setiap keduanya.

Jika dua sembahyang fardhu itu pula dihimpunkan secara ta'khir (sembahyang Zuhur dilakukan dalam
waktu sembahyang Asar atau sembahyang Maghrib dilakukan dalam waktu sembahyang 'Isya') maka
hukumnya adalah seperti sembahyang-sembahyang yang luput disebabkan luputnya waktu sembahyang
yang pertama yang diikuti dengan waktu sembahyang yang kedua, iaitu disunatkan azan dan iqamah

21

pada sembahyang yang pertama sama ada yang empunya waktu ataupun bukan, kemudian disunatkan
iqamah sahaja pada sembahyang yang kedua.

Perbuatan ini adalah bersandarkan kepada hadits daripada Jabir bin 'Abdullah:

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah bertolak (dari 'Arafah) sehingga sampai ke
Muzdalifah. Lalu di tempat itu, Baginda menjama' sembahyang Maghrib dan 'Isya' dengan sekali azan
dan dua kali iqamah, dan tidak didirikan sembahyang apapun antara keduanya."

(Hadits riwayat an-Nasa'ie)

Demikian beberapa penjelasan mengenai azan bagi sembahyang qadha' dan jama'. Sebagai kesimpulan,
azan tetap disunatkan bagi sembahyang qadha' dan jama' dengan ketetapan tertentu iaitu:-

1) Sunat azan dan iqamah bagi sembahyang yang luput satu waktu.

2) Sunat azan pada sembahyang pertama dan sunat iqamah pada setiap sembahyang bagi sembahyang
jama' taqdim dan ta'khir serta sembahyang yang luput beberapa waktu yang dilakukan secara berturutturut.

3) Sunat azan dan iqamah pada setiap sembahyang bagi sembahyang-sembahyang qadha' yang dilakukan
secara berasingan (tidak berturut- turut).

4) Memadai azan pada sembahyang pertama dan iqamah pada setiap sembahyang bagi sembahyang
qadha' berserta sembahyang tunai yang dilakukan secara berturut-turut.

22

Akan tetapi disunatkan azan sekali lagi jika azan pada sembahyang qadha' yang dilakukan sebelum
masuk waktu sembahyang tunai walaupun dilakukan secara berturut-turut.
Jelasnya di sini tuntutan azan itu tidak gugur disebabkan luputnya waktu wajib sembahyang atau
disebabkan terkeluar dari waktu asal. Ini menunjukkan bahawa azan itu mempunyai kelebihan dan
kedudukan yang tinggi di dalam Islam. Oleh yang demikian, peliharalah kehormatannya dan kautlah
ganjaran pahala yang lebih dengan tidak meninggalkannya.

5.4 Hukum menjawab Azan
Imam Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut:

‫َوا ْلهَ ْم أَنّلهُ يُ ْستَ َحبّ إِ َجابَة ْال ُل َؤ ِذانم بِ ْالقَوْ ِل ِم ْثل قَوْ لله لِ ُكلِ َم ْن َس ِل َعلهُ ِم ْن ُمتَطَشهِر َو ُمحْ ِدث َو ُجنُب َو َحائِض َو َغيْرل ْم ِم ّل ْن َل‬
‫ أَوْ نَحْ ول َلا‬، ‫ أَوْ ِج َلاع أَ ْلهله‬، ‫ال َجابَة فَ ِل ْن أَ ْسبَاب ْال َل ْنع أَ ْان يَ ُكوان فِح ْال َخ َلء‬
ِ ْ ‫َمانِع لَلهُ ِم ْن‬

"Dan ketahuilah bahawasanya disunatkan menjawab seruan muazzin sepertimana laungannya bagi
setiap orang yang mendengarnya samaada yang berada dalam keadaan suci atau berhadath atau
berjunub atau seorang perempuan yang Haid dan selain mereka dari kalangan orang yang tidak
dilarang untuk menjawabnya. Adapun antara sebab larangan dari menjawab azan ialah jika berada di
dalam tandas atau ketika sedang berjimak dengan pasangannya atau seumpama dengannya.
Imam as-Son'ani dalam Subulas Salam menyebut :

ُ‫ َوا ْستَ َدلُوا { ِبأَنّله‬، ُ‫ َل يَ ِجب‬: ‫ال ْال ُج ْلشهُو ُر‬
َ َ‫ َوق‬، َ‫ َوأَ ْل ُل الظّا ِل ِر َوآخَ رُوان‬، ُ‫ال َجابَ ِة فَقَا َل بِ ِله ْال َحنَفِيّة‬
ِ ‫َوقَ ْمد اُ ْختُهِفَ فِح ُوجُو‬
ِْ ‫ب‬
ْ ِ‫ َلهَل ْالف‬: ‫ال‬
ّ ‫صهّل‬
. ‫ار } أَ ْخ َر َجلهُ ُم ْسهِ ٌم‬
َ َ‫ ق‬، ‫ فَهَ ّلا تَ َششهّ َد‬، ‫ط َر ِة‬
َ َ‫اُ َلهَ ْي ِله َو َسهّ َم َس ِل َع ُمؤَ ِذنًا فَهَ ّلا َكبّ َر ق‬
َ
ِ ّ‫ خَ َرجْ مت ِم ْن الن‬: ‫ال‬
ّ ‫صهّل‬
ْ ‫ فَهَوْ َكان‬: ‫قَالُوا‬
"‫ث‬
َ َ‫اُ َلهَ ْي ِله َو َسهّ َم َك َلا ق‬
َ ‫اجبَةً لَقَا َل‬
ِ ‫ فَهَ ّلا لَ ْم يَقُلْ َد ّل َلهَل أَ ّان ْالَ ْم َر فِح َح ِدي‬، ُ‫ال ْال ُل َؤ ِذان‬
ِ ‫ال َجابَةُ َو‬
ِ ْ ‫َمت‬
‫ب‬
ِ ‫أَبِح َس ِعي ٍد " لِ ِل ْستِحْ بَا‬

23

"Dan telah berbeza pendapat (di kalangan para ulama) tantang kewajipan menjawab azan. Jumhur
ulama' berpendapat tidak diwajibkan. Mereka berdalilkan dengan satu perbuatan Nabi saw suatu ketika
baginda mendengar tukang azan melaungkan takbir, baginda bersabda : "(kamu berada) atas Fitrah."
ketika baginda mendengar syahadah, baginda bersabda : "Kamu selamat daripada neraka."(Hadith
Riwayat Imam Muslim, Kitab Solat, hadis no. 575). Jumhur Ulama berkata : "Jika menjawab azan itu
wajib, sudah pasti Nabi saw akan menyahut azan tersebut sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin.
Maka apabila (terdapat perbuatan Nabi yang tidak menyahud azan seperti laungan muazzin) menjadi
tanda bahawasanya arahan (menjawab azanseperti hadith dari Abi Sa'id) menunjukkan kepada sunat
atau istihab.

5.5 Hukum bercakap-cakap ketika Azan
Para Fuqaha’ berselisih pendapat dalam menentukan hukum bercakap-cakap ketika azan samada ia
dibolehkan (tiada masalah) atau ianya adalah makruh.
1) Dibolehkan dan Tiada Masalah: Yang berpendapat bahawa ianya dibolehkan (tiada masalah) adalah
al-Hasan , al-Awzaie, al-Bukhari dan lain-lain.
2) Makruh tetapi dibolehkan jika untuk maslahah: Yang berpendapat bahawa ianya makruh adalah Ibn
Sirin, al-Sya’bi, Abu Hanifah, Malik, al-Thauri, Syafie. Namun demikian sebahagian mereka
mengecualikan dan berpendapat jika percakapan itu untuk maslahah maka ianya tidak makruh (iaitu
seperti menjawab salam, menjawab bersin, menyuruh kebaikan dan mencegah mungkar dan sebagainya)
sebagaimana kata Ishaq ‘’sekiranya untuk maslahah seperti menjawab salam dan menyuruh kepada
kebaikan maka ianya tidak makruh”.
3) Makruh ketika Iqamah dan tidak makruh ketika Azan: Dan ada juga fuqaha’ yang berpendapat
makruh bercakap-cakap ketika iqamah tetapi tidak makruh (dibolehkan berkata-kata) ketika azan, dan
pendapat ini masyhur pada Imam Ahmad. (lebih lanjut - rujuk Fathul Bari syarah Sahih Bukhari oleh
Ibn Rajab al-Hanbali, jilid 4, m/s 224, bab ‘’berkata-kata ketika azan’’)

24

Pendapat yang terpilih adalah pendapat yang pertama iaitu dibolehkan berkata-kata ketika azanselama
mana menjaga adab-adab ketika mendengar azan, kerana tiada dalil yang jelas dan kuat menyatakan
ianya tertegah.
Namun, yang penting dan perlu difahami adalah tiada fuqaha’ yang menyatakan haram berkata-kata
ketika azan dan tiada juga yang menyatakan bahawa lidah akan menjadi kelu ketika maut sekiranya tidak
diam ketika azan.

5.6 KESIMPULAN
Adab

mendengar azan adalah

dengan

menjawab azan dan

membaca

doa

serta

salawat

selepasazan sebagaimana yang telah diajarkan Nabi SAW dalam hadis-hadis sahih, dalilnya:

Dalil menjawab azan:

ّ ‫صهّل‬
ّ ‫ُول‬
‫اُ َلهَ ْي ِله َو َسهّ َم قَا َل إِ َذا َس ِل ْعتُ ْم النِدَا َء فَقُولُوا ِم ْث َل َما يَقُو ُل ْال ُلؤَ ِذ ُمان‬
ِ ‫ل َْن أَبِح َس ِعي ٍد ْال ُخ ْد ِر‬
َ ِ‫ا‬
َ ‫ي أَ ّان َرس‬

Maksudnya: dari Abi Said al-Khudri, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: apabila kamu
mendengar seruan azan, maka katakanlah (jawablah) ia dengan berkata seperti yang dikatakan muazzin
– hadis riwayat al-Bukhari, hadis no. 576, bab ‘’apa yang dikata apabila mendengar azan’’

Dalil berdoa dan salawat selepas azan:

ّ ‫صهّل‬
‫ال ِحينَ يَ ْس َل ُع النِدَا َء الهّشهُ ّم َربّ لَ ِذ ِه ال ّد ْل َو ِة التّا ّم ِة‬
َ َ‫اُ َلهَ ْي ِله َو َسهّ َم قَا َل َم ْن ق‬
َ ‫ا‬
َ ‫ا أَ ّان َرس‬
ِ ّ ‫ُول‬
ِ ّ ‫ل َْن َجابِ ِر ْب ِن َل ْب ِد‬
ْ ّ‫ضيهَةَ َوا ْب َع ْثلهُ َمقَا ًما َمحْ ُلودًا الّ ِذي َو َل ْدتَلهُ َحه‬
‫مت لَلهُ َافَا َلتِح يَوْ َم ْالقِيَا َم ِة‬
ِ َ‫ت ُم َح ّلدًا ْال َو ِسيهَةَ َو ْالف‬
ِ ‫َوالص َّل ِة ْالقَائِ َل ِة آ‬

25

Maksudnya: dari Jabir bin Abdillah sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “barangsiapa yang
berkata apabila mendengar seruan azan (akan doa)- allahumma rabba hazihi da’watittammati wassola
til qaimah aati Muhammadan wasilah wal fadhilah wa ba’ashu maqaman mahmudan al-lazi wa ‘adtahdiberikan syafaat olehku pada hari kiamat- hadis riwayat al-Bukhari, hadis no. 579, bab ‘’doa
ketika azan’’

ّ ‫صهّل‬
ّ ‫ل َْن َل ْب ِد‬
‫اُ َلهَ ْي ِله َو َسهّ َم يَقُو ُل إِ َذا َس ِل ْعتُ ْم ْال ُل َؤ ِذانَ فَقُولُوا ِم ْث َل َما يَقُو ُل ثُ ّم‬
َ ‫ح‬
ّ ِ‫اص أَنّلهُ َس ِل َع النّب‬
ِ ‫اِ ْب ِن َل ْل ِرو ْب ِن ْال َع‬
‫ح‬
َ
ّ َ‫صهُوا َله‬

Maksudnya: dari Abdullah bin Amru bin al-Ash, sesungguhnya mendengar Nabi SAW bersabda:
“apabila kamu mendengar azan maka katakanlah (jawablah) ia dengan berkata seperti yang
dikatakannya dan kemudian bersalawatlah padaku.” – hadis riwayat Muslim, hadis no. 577, bab
‘’dianjurkan menjawab azan seperti yang dikatakan muazzin dan kemudian bersalawat pada Nabi dan
memohon kepada Allah akan wasilah kepada Nabi”.

26

RUJUKAN
Al- Quran
Wahbah al-Zuhaili (1994), Fiqh al Islami wa Adilatuhu. Dar al-Fikr, Damsyik.
Mariah bt Hj Mansor, Hjh Kalsom bt Abdul Aziz, Mohd Fauzi b Md Yatim (2003). Pendidikan Islam
Tahun 4 Buku Teks Jilid 2. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sahih Bukhari, Muhammad ibn Ismail, www.al-islam.com.
al-Dimasyqi, Abi Abdillah Muhammad bin Abd.Rahman, Rahmat al-Ummah fi Ikhtilaf al-Aimmah.
al-Syafe’i, al-Imam Muhammad bin Idris, al-Umm.

rujukan internet :

http://albakaky.wordpress.com/2009/11/18/hukum-hakam-berkaitan-azan-dan-iqamah-2/
(Bahan Kuliah Subuh pagi Khamis, Masjid Jamik al-Solihin, Kanchong Darat )
http://www.mykhilafah.com/fikih/1797-tidak-solat-jumaat-kerana-bekerja
http://islam-qa.com

27