Sejarah dan Asal Usul Masjid Jamek Tanju

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat
ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja
khusus ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada
Dr. Ahmad Suhaimi Pensyarah Matapelajaran Seni Islam Perbandingan, di atas
kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya dan tidak lupa juga kepada
Puan Salwa selaku pembantu kepada Dr Ahmad Suhaimi di atas bantuan beliau
dalam menjayakan tugasan ini. Beliau juga banyak membantu saya
sepanjang proses pembentukan tugasan ini. Saya juga mengucapkan ribuan
terima kasih kepada rakan seperjuangan yang banyak membantu dan
memberikan komitmen dalam penghasilan tugasan ini secara bersama. Pelbagai
ilmu dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini.
Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah
dominannya peranan mahasiswa dan mahasiswi khususnya bakal pendidik di
muka bumi ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak
membantu dan memberikan sokongan moral untuk menjayakan tugasan yang
telah diberi.

SENARAI KANDUNGAN


BIL.

PERKARA

MUKA SURAT

Penghargaan
Senarai Kandungan
1.0

Pengenalan

1

2.0

Objektif Kajian

4


3.0

Kaedah Kajian

5

4.0

Batasan Kajian

6

5.0

Sejarah dan Asal Usul Masjid

6

6.0


Struktur Masjid

8

1)

Menara

8

2)

Kubah

9

3)

Bumbung


10

4)

Mihrab

11

5)

Mimbar

12

6)

Kolah

13


7)

Lapangan Terbuka

14

8)

Permaidani

15

9)

Kaligrafi

16

10)


Dewan Solat

18

7.0

Unsur-unsur Estetik dalam Masjid

19

8.0
9.0
10.0
11.0

Aktiviti Masjid
Kesimpulan
Rujukan
Lampiran


21
24
25
26

1.0

PENGENALAN

Masjid dapat diertikan sebagai tempat di mana saja untuk
bersembahyang bagi orang Muslim seperti sabda Nabi Muhammad
S.A.W: ‘’Di manapun engkau bersembahyang, tempat itulah masjid’’.
Kata masjid disebut sebanyak dua puluh lapan kali di dalam Al Quran
iaitu berasal dari kata sajada-sujud, yang bererti patuh, taat serta tunduk
penuh hormat dan takzim. Sujud dalam syariat iaitu berlutut, meletakkan
dahi, kedua tangan ke tanah adalah bentuk nyata dari arti kata tersebut di
atas. Oleh sebab itu bangunan telah dibuat khusus untuk solat dan disebut
masjid yang bererti: tempat untuk sujud.
Hakikat bagi sesebuah masjid adalah tempat untuk melakukan
segala aktiviti berkaitan dengan kepatuhan kpeada Allah semata. Oleh

kerana itu, masjid dapat diertikan lebih jauh, bukan hanya sekadar tempat
bersujud, pensucian, tempat solat dan bertayamum, namun juga ia sebagai
tempat untuk meaksanakan segala aktiviti kaum muslim yang berkaitan
dengan kepatuhan kepada Tuhan.
Masjid telah melalui serangkaian tahun-tahun terpanjang di sejarah
hinggalah pada zaman sekarang. Ianya bermula dari Perang Salib
sehingga Perang Teluk. Selama lebih dari 1000 tahun pula, arsitektur
Masjid perlahan-lahan mulai menyesuaikan bangunan masjid dengan
arsitektur moden.
Jauh sebelum Islam berkembang menjadi agama besar pada zaman
Nabi Muhammad SAW, telah lahir para nabi dan rasul yang
mendahuluinya.
Masjid Quba adalah masjid yang pertama kali dibangun oleh
Rasulullah SAW pada tanggal 8 Rabiul Awal 1 Hijriyah. Masjid Quba
1

terletak di luar kota madinah tepatnya sekitar 5 km di sebelah tenggara
kota Madinah. Namun begitu, Masjid Quba yang saat ini berbeza dengan
masjid quba pada saat zaman Rasulullah saw dulu, dimana saat ini yang
berdiri adalah masjid yang telah direnovasi dan diperluas pada masa

Kerajaan Arab Saudi. Renovasi dan perluasan masjid quba telah
menghabiskan perbelanjaan sebesar 90 juta riyal dengan daya tampung
hingga 20 ribu jamaah. Renovasi telah dilakukan pada tahun 1986.
Salah satu peninggalan sejarah kehidupan makhluk paling mulia
Rasulullah Muhammad SAW yang masih dan akan terus disaksikan oleh
dunia adalah Masjid yang beliau bangun di kota madinah yang kita kenal
dengan nama Masjid Nabawi. Dari sejarah Masjid Nabawi yang telah
didirikan oleh Nabi Muhammad SAW, dapat dijabarkan fungsi dan
peranannya pada masa itu. Tembok di keempat sisi masjid ini terbuat dari
batu bata dan tanah, sedangkan atapnya dari daun kurma dengan tiangtiang penopangnya dari batang kurma. Sebahagian atapnya dibiarkan
terbuka begitu saja. Selama sembilan tahun pertama, masjid ini tanpa
cahaya di malam hari. Hanya di waktu Isya, diadakan sedikit cahaya
dengan membakar jerami.
Kemudian melekat pada salah satu sisi masjid, dibangun kediaman
Nabi saw. Kediaman Nabi ini tidak seberapa besar dan tidak lebih mewah
dari keadaan masjidnya. Selain itu ada pula bahagian yang digunakan
sebagai tempat fakir miskin yang tidak memiliki rumah.
Nabi Muhammad SAW telah membangunkan Masjid Nabawi pada
bulan Rabiul Awal di awal-awal hijrahnya ke Madinah. Pada saat itu
panjang masjid adalah 70 hasta dan lebarnya 60 hasta atau panjangnya 35

meter dan lebar 30 meter. Pada ketika itu Masjid Nabawi sangat
sederhana, sulit untuk membayangkan keadaannya apabila melihat
bangunannya yang megah saat ini.
2

Tercatat tidak kurang dari sepuluh peranan dan fungsi Masjid
Nabawi iaitu sebagai tempat ibadah, perbincangan berbagai masalah
termasuk ekonomi, sosial, budaya, pendidikan, santunan sosial, latihan
militer dan persiapan peralatannya, menawan tahanan dan juga pusat
penerangan atau pembelaan agama.
Al Quran menyebutkan fungsi masjid antara lain dalam firmanNya:
Bertasbihlah

kepada

Allah

di

masjid-masjid


yang

telah

diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut-sebut nama-Nya di
dalamnya pada waktu pagi dan petang, orang-orang yang tidak
dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli, atau
aktiviti apapun dari mengingat Allah, dan (dari) mendirikan solat,
membayarkan zakat, mereka takut pada suatu hari yang (di hari
itu) hati dan penglihatan menjadi guncang (QS An-Nur [24]: 3637).

Wilayah Arab tempat di mana Islam mulai berkembang, merupakan
padang pasir gersang di bahagian barat daya Asia. Namun demikian Arab
menurut sejarah kuno merupakan wilayah strategik, ketika benua
Australia dan Amerika belum dikenal orang ia merupakan simpul
pertemuan tiga benua iaitu Asia, Eropah dan Afrika. Kehidupan di Arab
menjelang lahirnya Islam dikenal sebagai zaman jahiliah atau zaman
kebodohan. Penduduk Arab pada ketika itu tidak mempunyai system
pemerintahan yang dapat mengendalikan nilai-nilai moral, tidak berbeza
dengan masyarakat primitif.
Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabi’ul Awal 571
Masihi di Mekah dan wafat di Madinah pada 632 Masihi. Mulai akhir
abad VII, Islam berkembang ke arah Timur Mediterania Asia Tengah.
3

Dalam akhir abad VII, Islam mulai berkembang ke wilayah barat
Mediterania dan Asia Tengah. Sejak itu, dengan tetap mendasarkan pada
hokum Islam, kaum muslim mulai membangun berbagai sarana ibadah
dengan berbagai gaya, berbeza satu tempat dengan tempat yang lain.
Abad-abad berikut Islam telah menyebar ke Sepanyol, Afrika sebelah
utara Sahara dan Maroko, ke Timur mulai dari Cina hingga Asia
Tenggara. Perkembangan Islam meluas melalui Sepanyol hingga Asia
tersebut membuat seni bina kemudahan ibadah Islam pada umumnya dan
masjid khusunya semakin banyak.

2.0

OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat beberapa objektif yang ditekankan dalam menghasilkan tugasan
ini. Berikut adalah objektif kajian :
i.
ii.
iii.
iv.

Mengenalpasti struktur-struktur binaan Masjid Jamek Tanjong Malim
Menghuraikan kesenian yang terdapat di setiap sudut masjid
Menyatakan fungsi setiap binaan yang terdapat pada masjid
Menyenaraikan cadangan bagi mengekalkan tradisi melayu dan
keislaman di dalam binaan masjid

4

3.0

KAEDAH KAJIAN
Dalam menjalankan tugasan ini pengkaji telah menggunakan
beberapa kaedah kajian iaitu :
3.1 Pemerhatian
Di

dalam

kaedah

pemerhatian,

pengkaji

telah

membuat

pemerhatian di bahagian seluruh masjid iaitu dari segi seni bina masjid,
bahan yang digunakan untuk mendirikan masjid tersebut, konsep yang
diadaptasikan pada masjid, dekorasi dan susunan Al-Quran, dan
sebagainya. Banyak yang dapat diperolehi dengan pemerhatian kerana
setiap struktur kaedah ini memerlukan kita untuk berada dengan lebih
dekat ke tempat kajian.
3.2 Temu Bual
Kaedah temubual adalah sangat penting di mana pengkaji menemu
bual responden yang tahu akan latar belakang masjid tersebut. Hal ini
akan membantu pengkaji dalam menyelesaikan tugasan yang telah
diberikan. Dalam kaedah temu bual ini, pengkaji telah menemu bual
seorang peniaga yang berniaga di kawasan masjid tersebut. Sila rujuk
soalan temu bual yang disertakan di bahagian lampiran.
3.3 Perpustakaan
Untuk melengkapkan lagi tugasan ini, pengkaji juga telah membuat
beberapa rujukan di Perpustakaan Tuanku Bainun. Selain itu, pengkaji
juga telah melayari laman web yang berkaitan dengan tajuk yang telah
diberikan. Pengkaji juga telah merujuk majalah atau buku mengenai
Masjid Jamek Tanjong Malim semasa membuat lawatan di kawasan
masjid tersebut.

5

4.0

BATASAN KAJIAN
Batasan kajian pengkaji adalah memfokuskan keseluruhannya
kepada Masjid Jamek Tanjung Malim. Pengkaji meletakkan skop dan
batasan kajian kepada struktur dan binaan masjid secara khususnya.
Dalam kajian ini, pengkaji membataskan bahan kajian hanya dengan
melakukan analisis dan pemerhatian pada konsep dan unsur estetik yang
terdapat pada ruangan masjid.

5.0

SEJARAH DAN ASAL USUL MASJID
Merupakan pusat ibadah bagi mereka yang beragama Islam. Dibina
sejak tahun 1900, masjid ini merupakan salah satu masjid tertua di daerah
Tanjung Malim. Terletak di jalan utama menghala ke Ipoh dan Kuala
Lumpur, masjid ini menjadi tumpuan utama untuk menunaikan ibadah.
Masjid ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti kedaikedai kecil, tadika Islam dan bilik-bilik sewaan. Masjid ini juga
merupakan masjid tertua yang terdapat di daerah Tanjong Malim. Ia mula
dibina pada 1926 dan diubahsuai pada tahun 1932 serta sering dikunjungi
oleh pelancong dalam dan luar negara yang hendak ke Utara atau Selatan
Malaysia. Keunikan struktur bangunan ini adalah merupakan salah satu
daripada daya tarikan utama mengapa masjid ini sering dikunjungi
disamping tujuan utama mereka untuk menunaikan solat lima waktu.
Masjid

ini

telahpun

menerima

pelbagai

perubahan

dan

pengubahsuaian dari semasa ke semasa demi memenuhi keperluan dan
memperbaiki infrastuktur masjid ini. Kini,antara program yang
dianjurkan oleh pihak masjid ialah ceramah-ceramah agama, kursuskursus sembelihan dan perkahwinan. Selain itu, kelas-kelas agama dan
6

tazkirah turut diadakan terutamanya selepas solat Subuh dan Maghrib.
Kemudahan pengangkutan awam seperti stesen bas dan stesen kereta api
yang berdekatan juga menyebabkan masjid ini menjadi kawasan tumpuan
kepada masyarakat setempat dan luar. Tambahan lain, tumpuan masjid ini
sentiasa meningkat dan padat dengan adanya institusi pengajian iaitu
Universiti

Pendidikan

Sultan

Idris

menjadikan

masjid

tempat

berkumpulnya para pensyarah dan mahasiswa untuk melaksanakan
aktiviti keagamaan, kebajikan dan pendidikan.

5.1

LOKASI MASJID
Masjid Tanjong Malim terletak di daerah jajahan Batang Padang,

namun dari segi urus tadbir adalah di bawah seliaan Majlis Daerah
Tanjong Malim yang terletak di Behrang 2020. Berdekatan dengan
kawasan tumpuan di mana Masjid ini betul-betul bersebelahan dengan
Pekan Tanjong Malim.

7

6.0

STRUKTUR MASJID

6.1 MENARA

Hampir setiap masjid di seluruh dunia ini memiliki menara di salah
satu bahagian bangunannya. Biasanya menara berdiri di bahagian kanan
atau kiri masjid. Menara masjid Jamek ini berada pada kedudukan kiri
masjid. Kehadiran menara yang berdiri kukuh dan menjulang ke langit
akan dapat menunjukkan kemegahan dan keindahan sebuah masjid.
Menara pada masjid hanya rendah sahaja dan tidak terlalu tinggi.
Menara juga dibina bertujuan untuk menyampaikan laungan azan.
Selalunya menara dibina pada aras tinggi agar laungan azan dapat
didengar. Tetapi, menara ini tidak berfungsi sebagai tempat laungan azan
dan ia hanya sebagai hiasan kosong sahaja. Hal ini kerana pembesar suara
telah dipasang pada pada setiap penjuru pada bumbung masjid yang jenis
bumbung bertangkup.

8

6.2 KUBAH

Kubah merupakan lambang kebesaran islam iaitu megah dan indah.
Pesona itulah yang terpancar dari sebuah bangunan masjid berkubah.
Kubah merupakan elemen yang dapat menghadirkan ruang positif yang
besar pada suatu bangunan. Ruang positif yang dihadirkan oleh kubah
pada bangunan masjid membuat orang yang berada di dalamnya akan
merasa selesa. Selain menghadirkan kesan megah, keberadaan kubah juga
dapat membuat orang yang beribadah di masjid merasa kecil di hadapan
kebesaran Tuhan yang menciptakannya.
Lebih dari itu, kubah juga memiliki fungsi sebagai penanda arah
kiblat dari bahagian luar dan menerangi bahagian dalaman masjid. Secara
umum, kubah berbentuk seperti separuh bola atau seperti kerucut yang
permukaannya melengkung keluar dikenal sebagai 'kubah piring', hal ini
disebabkan oleh puncak yang rendah dan dasar yang besar.
Selain itu, ada pula 'kubah bawang', di mana kubah ini hampir
menyerupai bentuk bawang. Kubah biasanya akan diletakkan pada tempat
tertinggi di atas bangunan, berfungsi sebagai atap. Ada pula yang

9

ditempatkan di atas rangka bangunan petak dengan menggunakan singgah
kubah.
Kubah pada masjid Jamek Tanjong Malim adalah berbentuk ‘kubah
bawang’ dan berwarna kuning keemasan. Kubah ini adalah jenis kubah
bertangkup kerana bergabung dengan bumbung di mana setiap penjuru
bumbung diletakkan pembesar suara untuk laungan azan.

6.3 BUMBUNG

Bumbung masjid ini adalah diperbuat daripada Metal Deck atau
bumbung logam. Bumbung ini mempunyai kepelbagaian kegunaannya
seperti atap bumbung, pagar dan dinding. Ia telah direka penggunaannya
samada ditempat yang rata mahu pun tempat yang melengkung dan boleh
digunakan pada hampir semua jenis bangunan. Ia juga boleh digunakan
secara menegak ataupun melintang.
Kelihatan bumbung masjid ini masih dalam keadaan yang baik
dan tidak berkarat dan berkulat. Hal ini kerana bumbung tersebut
berfungsi sebagai

penebat. Ini bermakna ia tidak menyebabkan

pertumbuhan kulat dan tahan daripada serangan serangga mahupun
burung. Ia tidak mengeluarkan bahan-bahan toksik mahupun gas. Ia juga
kalis terhadap pelbagai bahan kimia dan minyak.

10

6.4 MIHRAB

Mihrab adalah sebuah ceruk di dinding sebuah Masjid yang
menunjukkan Kiblat, iaitu arah Kaabah dimana orang Islam harus
menghadapnya sewaktu bersolat. Dinding itu digelar dinding kiblat.
Mihrab memberikan tanggapan sebuah pintu atau jalan ke Makkah. Ia
berbeza dalam saiz tetapi biasanya dihias penuh. Mihrab pertama wujud
pada era pemerintahan khalifah Umayyad al-Walid I (705–715).
Mihrab sering kali disalah anggap sebagai Mimbar. Namun pada
hakikatnya Mimbar merupakan tempat untuk khatib menyampaikan
khutbahnya. Mihrab Masjid Jamek Tanjong Malim kelihatan begitu
kemas kerana dengan penggunaan warna putih setelah ia dibaik pulih dan
dicat baru pada tahun 2015.

11

Mihrab ini adalah dibuat daripada batu bata. Ia dihiasi dengan
ukiran petak-petak pada dinding dan kelihatan menarik perhatian kerana
tiga tingkap pada belakang mimbar itu memainkan peranan untuk
memberi ruang kepada cahaya matahari masuk ke dalam masjid.
6.5 MIMBAR

Mimbar atau minbar adalah platform di dalam masjid di mana
Imam akan berdiri untuk memberi khutbah atau ceramah sebagai contoh
khutbah Jumaat, khutbah Aidil Fitri dan Aidil Adha. Mimbar yang tinggi
membolehkan imam melihat jemaah yang ramai. Penggunaan mimbar
sudah lama digunakan sejak zaman Rasulullah. Mimbar masjid sangat
terkenal dengan kaligrafi yang indah. Penggunaan mimbar masjid tidak
hanya di gunakan untuk berkhutbah namun juga boleh digunakan untuk
aktiviti-aktiviti yang tertentu seperti pengajian agama.
Dari fungsi lain mimbar juga dapat menambahkan lagi keindahan
masjid. Mimbar pada Masjid Jamek ini dapat dilihat diukir dengan ukiran
flora dan kelihatan seperti motif ciri masyarakat Melayu. Mimbar ini juga
diperbuat daripada bahan yang berkualiti. Hasil yang terbaik dapat
memberikan keselesaan bagi khatib-khatib yang akan berdiri di dalam
12

mimbar dan meraka akan dapat menyampaikan ceramah dengan lancar
tanpa terhalang oleh apapun.

6.6 KOLAH

Kolah adalah berfungsi sebagai tempat untuk mengambi wudhuk.
Kolah ada berbagai jenis kerana ianya tidak terhad kepada saiz yang
besar dan ada juga kolah yang berada pada atas paip tempat mengambil
wudhu. Selalunya kolah dapat memuatkan seberapa ramai orang yang
mengambil wudhu berbanding dengan menggunakan paip. Hal ini dapat
memudahkan orang ramai untuk mengambil wudhu dengan cepat.
Kolah yang dibina di Masjid Jamek Tanjong Malim ini berada
dekat dengan tandas lelaki dan berdekatan dengan tempat lapangan
terbuka masjid. Kolah ini selalunya kerap digunakan pada hari Jumaat
dan perayaan Aidil Fithri dan Aidil Adha serta program yang melibatkan
orang ramai untuk datang ke masjid. Kolah ini dibuat dengan saiz skala
yang besar dan diperbuat daripada simen dan mozek.
13

6.7 LAPANGAN TERBUKA

Lapangan terbuka adalah ruang tempat untuk solat selain
digunakan untuk berehat atau sebagainya. Lapangan terbuka yang ada
pada Masjid Jamek adalah luas sekali dan menurut responden ia boleh
memuatkan hampir 200 lebih orang yang datang untuk solat pada hari
Jumaat.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di masjd seperti ceramah,
pengajian agama dan sebagainya selalunya melibatkan ruangan di
lapangan terbuka ini. Pengajian seperti mengaji juga dilakukan di
lapangan terbuka bersama dengan kanak-kanak yang berusia 8 hingga 10t
tahun.
Lapangan terbuka ini juga menjadi tempat istirahat kepada kanakkanak sekolah agama yang baru habis sekolah untuk menunggu ibu bapa
mereka. Selain itu, ia menjadi tempat istirahat kepada orang yang
bermusafir. Lapangan ini juga turut menyediakan beberapa kemudahan
seperti cermin, minyak wangi, bahan bacaan seperti Al-Quran dan Yassin,
air masak, televisyen, dan tabung derma.

14

6.8 PERMAIDANI

Permaidani bukan hanya sebagai penutup lantai, sekaligus ia
memberikan warna tersendiri di ruangan. Bahan permaidani yang lembut
dapat menciptakan keayamaan pada suasana masjid.
Permaidani yang digunakan pada luar masjid dan dalam masjid
adalah berbeza. Ruangan solat lelaki dan wanita menggunakan
permaidani warna biru muda. Manakala permaidani di luar atau lapangan
terbuka adalah warna biru gelap.

15

Setiap masjid selalunya menggunakan permaidani seperti yang di
atas. Ia nampak lebih sesuai pada keadaan dan suasan masjid dan tidak
berlaku kontra pada warna masjid.
Permaidani ini juga adalah lembut dan tidak terlalu keras atau
kasar. Ia amat selesa terasa pada kaki dan dahi jika waktu sujud.

6.9 KALIGRAFI

Kaligrafi menjadi elemen yang dianggap oleh masyarakat sebagai
satu hiasan yang harus atau mesti ada di dalam sesebuah masjid. Kaligrafi
adalah seni menulis huruf bahagian dari seni, jadi terkait langsung dengan
keindahan, dan kesenangan, yang juga ‘’disenangi oleh Allah’’-, telah
dikutip dari tulisan Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin.
Khat kaligrafi yang terdapat di dalam masjid ini adalah sangat
indah dan tulisan tersebut kebanyakannya menggunakan kaligrafi khufi
iaitu seni ukiran dari Uzbekistan dengan tukangnya didatangkan dari
negara tersebut.

16

Kaligrafi yang ada pada dinding masjid adalah kaligrafi jenis Kufi.
Kaligrafi atau yang biasa disebut Khat Kufi ini adalah kaligrafi Arab
tertua dan merupakan sumber seluruh kaligrafi arab. Selain itu khat atau
kaligrafi kufi pernah menjadi satu-satunya tulisan yang di gunakan untuk
menyalin Al-Quran. Banyak ayat Al-Quran yang menggunakan kufi di
dinding-dinding istana, masjid juga pada batu nisan- yang ada di kuburan.

17

Kaligrafi yang ada pada papan tanda masjid dan papan jadual solat yang
pernah digunakan ketika dahulu menunjukkan bahawa penggunaan
kaligrafi berkembang pada ketika itu.
Papan tanda yang berwarna hitam itu adalah tentang pembinaan
masjid tersebut yang telah dibina pada tahun 1932. Dan kedua-dua papan
adalah menggunakan kaligrafi farisi. Kaligrafi Farisi adalah jenis
kaligrafi yang sangat indah dan bernilai seni sangat tinggi.

6.10 DEWAN SOLAT

Dewan Solat Lelaki

18

Dewan Solat Wanita

Ruang untuk solat atau yang disebut Liwan, biasanya bersaiz segi
empat. Hal ini sesuai dengan tuntunan dalam solat bahwa setiap jemaah
menghadap kearah kiblat dengan pandangan yang sama dan satu sama
lain berdiri rapat. Solat berjamaah dipimpin oleh seorang imam, yang
berada dtengah pada posisi paling ddepan. Dalam Islam secara tegas
dipisahkan antara jemaah laki-laki dan wanita. Dengan demikian, sejak
awal masuk, bersuci (wudhu) sampai pada waktu solat sebaiknya
pemisahan itu telah dilakukan.
Dewan solat lelaki mempunyai keluasan yang mampu memuatkan
hampir 500 orang di dalamnya. Dewan solat ini dilengkapi dengan
beberapa kemudahan seperti penghawa dingin dan Al-Quran yang
diletakkan pada tiang masjid. Dekorasi yang terdapat pada ruangan
dewan solat ini tidak terlalu banyak setelah ianya diubahsuai dan
diperbaharui. Lihat sahaja pada dinding-dinding tiang juga tidak
menampakkan ukiran atau corak yang berat.
19

Ruang solat untuk wanita selalunya lebih kecil dan mampu
memuatkan dalam 200 orang sahaja. Hal ini kerana keutamaan golongan
wanita untuk menunaikan solat di masjid adalah kurang berbanding
lelaki. Dewan solat wanita juga disediakan dengan beberapa kemudahan
yang sama seperti di dewan solat lelaki.

7.0 UNSUR-UNSUR ESTETIK DALAM MASJID
Seni dalam islam lebih menonjolkan nilai suci (sakral) yang boleh
dilihat nilai estetiknya. Nilai estetik islam sendiri lebih menonjolkan satu
kesatuan bentuk yang berulang-ulang sehingga tercipta sesuatu yang
harmonis dan seimbang. Keteraturan itu menggambarkan seni sebagai
penhantar jiwa manusia ke tuhan, ke Allah. Dalam hadist Rasulullah
menyebutkan Allah itu Indah dan menyukai keindahan. Dari sini dapat
disimpulkan bahawa estetika juga ada dan berpengaruh penting dalam
islam dan seni.
Pandangan estetika menurut Al-Ghazali Keindahan merupakan landasan
dari seni. Berdasarkan pernyataan itu, Al Ghazali membahagi keindahan
menjadi beberapa tingkat iaitu, keindahan inerawi dan natsani (sensual)
yang disebut juga keindahan lahir, keindahan imajinatif dan emotif,
keindahan aqliyah atau rasional, keindahan ruhaniah atau irfani, dan yang
terakhir yaitu keindahan ilahiyah atau transendental. Al Ghazali atau Abu
Hamid Muhammad Alghazali Altusi adalah seorang tokoh ulama yang luas
ilmu pengetahuannya dan merupakan seorang pemikir besar dalam sejarah
falsafah islam dan dunia. Kitab Ihya Ulumuddin merupakan karyanya yang
terkenal yang memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan
pemikiran manusia dalam semua masalah.

20

Nilai estetik yang terdapat pada Masjid Jamek Tanjung Malim
adalah kelihatan pada kubahnya yang bergabung dengan bumbung
bertangkup serta kubah-kubah kecil yang ada pada setiap penjuru kubah
tersebut. Ia kelihatan agak unik dan cantik melalui pemerhatian pengkaji.
Kubah merupakan tingkatan tertinggi dalam seni bina Islam.
Nilai estetik juga jelas kelihatan pada ukiran yang terdapat pada
mimbar masjid. Ukiran yang digunakan sangat kemas dan teratur
menyebabkan nilai estetik wujud dan memberikan satu pandangan yang
menarik. Pemprosesan yang teliti dengan lenggokan unsur flora
menghidupkan lagi corak yang dibuat. Jalinan sentuh jelas kelihatan
dengan menggunakan teknik tebuk tembus atau arch. Ukiran yang dibuat
pada mimbar ini lebih ke arah motif flora. Selain itu, pengukir juga
selitkan unsur geometri dalam ukiran mimbar ini. Jadi ia menonjolkan nilai
estetik yang jelas dan tinggi.
Seterusnya, nilai estetik juga dapat dilihat dari dekorasi dan corak
yang ada pada tingkap masjid yang diserasikan dengan corak petak-petak
pada bahagian dinding. Ia kelihatan menarik lagi apabila tulisan kaligrafi
kufi yang ada pada atas tingkap menampakkan lagi keindahan pada masjid.

8.0 AKTIVITI MASJID
Masjid adalah sebagai suatu bangunan tempat untuk melakukan
ibadah solat secara berjamaah atau sendiri-sendiri, serta kegiatan lain
yang berhubungan dengan Islam. Selain masjid, ia juga dikenali dengan
istilah seperti mushalla, langgar atau surau. Mushalla atau langgar
biasanya digunakan untuk solat wajib (fardu) sebanyak lima kali sehari
semalam, serta untuk pendidikan dan pengajaran masalah-masalah
keagamaan.
21

Masjid juga adalah tempat untuk berdiskusi, mengaji dan lain-lain
yang tujuan utamanya mengarah pada kebaikan. Sesuai dengan hadits,
dikatakannya: “dimana kamu bersembahyang, disitulah masjidmu”
Aktiviti yang dijalankan di masjid Jamek Tanjong Malim adalah seperti
pengajian hafazan, mengaji, gotong-royong, kelas tajwid, ceramahceramah perdana, kuliah maghrib dan subuh, dan pengajian kitab.
Aktiviti kuliah sentiasa berjalan pada setiap minggu mengikut
jadual tugasan yang telah dibuat oleh imam masjid. Setiap kuliah pula
dibimbing oleh ustaz yang berbeza-beza mengikut tajuk kuliah yang
disampaikan.
Aktiviti perniagaan juga turut dijalankan di masjid tersebut seperti
perniagaan gunting rambut, kedai jahit, kedai elektrik dan kedai fotostat.
Perkhidmatan yang disediakan ini merupakan hasil kerjasama dengan
penduduk tempatan yang sudah lama bekerja di sana. Perkhidmatan
tersebut juga menjadi salah satu tarikan kepada orang ramai untuk datang
ke masjid untuk mendapatkan khidmat mereka.

Kedai Jahit Noor
Di perkarangan masjid terdapat dereten kedai-kedai kecil yang
menyediakan beberapa jenis perkhidmatan. Kedai hujung sekali paling ke

22

dalam adalah sebuah kedai jahit yang menawarkan perkhidmatan
menjahit pelbagai jenis baju.

Kedai Gunting Rambut
Kedai gunting rambut terletak paling ke hadapan bersebelahan dengan
wakaf istirahat.

Kedai Fotostat

23

Di kedai ini perkhidmatan yang disediakan adalah fotostet, cetakan,
binding, fax dan penyediaan kad jemputan atau kad perniagaan.
Perkhidmatan kedai ini selalunya di datangi oleh pelajar dari UPSI.

Kedai Elektrik
Bersebelahan dengan kedai jahit, masjid ini juga mempunyai kedai
elektrik yang menyediakan jualan barangan elektrik. Kedai ini juga turut
menyediakan perkhidmatan plumbing dan wiring kepada pelanggan yang
mahu mencuba khidmat di kedai ini.
9.0 KESIMPULAN
Secara tuntasnya, masjid Jamek Tanjong Malim ini mempunyai identiti yang
tersendiri dan ciri-ciri keislaman dan simbolik-simbolik islamik masih
dikekalkan dan tidak dihapuskan. Hal ini kerana ia merupakan lambang
kebesaran agama Islam. Masjid ini juga menggunakan konsep yang moden
tetapi masih mengekalkan ciri-ciri tradisional.
Di sini, pengkaji mengemukakan beberapa cadangan bagi mengekalkan
tradisi melayu dan keislaman di dalam binaan masjid di mana setiap pengasas
sesebuah masjid itu perlu mengkaji serba sedikit mengenai tradisi keislaman
24

mahupun kemelayuan sebelum mengasaskan sesebuah masjid. Jika pengasas
mahukan suatu yang berlainan dari orang yang membina masjid yang lain,
pengasas tersebut tidak boleh lari dari tradisi keislaman dan kemelayuan. Hal ini
kerana ia berkait rapat dengan orang islam. Masjid merupakan rumah ibadat
bagi orang-orang Islam, oleh itu, seni binanya perlulah mengekalkan tradisi
keislaman dan hiasan-hiasan islamik perlulah diterapkan di dalam setiap binaan
sesebuah masjid. Sebagai contoh masjid yang telah dikaji oleh pengkaji iaitu
Masjid Jamek, walaupun masjid ini agak berlainan dengan masjid-masjid yang
lain, namun ianya masih mengekalkan tradisi keislaman dan juga kemelayuan.
Masjid ini juga adalah khazanah dan peninggalan yang tertua berada di
Malaysia jadi sebagai seorang rakyat biasa dan masyarakat yang prihatin,
seharusnyalah memberi satu impak positif dalam diri dan menjaga kesenian
masjid ini agar tidak pupus begitu sahaja dari pandangan dan pengetahuan
orang lain. Masjid ini juga merupakan salah satu masjid yang menjadi tempat
persinggahan oleh orang yang bermusafir dan datang dari jauh. Seni bina yang
ada pada masjid ini haruslah dikekalkan nilai estetikanya agar dapat menjadi
satu peringatan dan warisan kepada anak muda.

10.0 RUJUKAN

Abdul Halim, N. (1995). “Seni Bina Masjid di Dunia Melayu – Nusantara”.
Bangi: Penerbit UKM.
Abdul Baqir, Z. (1999). “Masjid-masjid Bersejarah di Indonesia”. Jakarta:
Gema

Insani Press

25

Ahmad Ilyas, I. (1998). “Sejarah Masjid, Ciri-Ciri Pembentukan dan
Pembinaan Masjid-Masjid Dunia, Malaysia dan Kuala Lumpur”. Petaling
Jaya: Puncak

Awal (M) Sdn Bhd.

Manja Mohd Ludin et.al (1995), “Aspek-Aspek Kesenian Islam”. Kuala
Lumpur:

Dewan Bahasa Pustaka.

Wilter, B., Thomas, S., and Bourquin, N. (2008). “Arabesque Graphic Design
from the Arab World and Persia”. Berlin: Die Gestalten Verlag.
Yasin Hamid, S. (1978). “ Kaligrafi Islam”. London: Thames and Hudson.
Temubual bersama peniaga yang berniaga di Masjid Jamek, Tanjong Malim,
Perak, Malaysia.
http://masjidtanjongmalim.wix.com/masjidtm#!kemudahan-masjid/c1rvy

11.0 LAMPIRAN

26

27

28

29

30

31

32

CONTOH SOALAN TEMUBUAL DI MASJID JAMEK ,
TANJONG MALIM, PERAK, MALAYSIA

BIOGRAFI RESPONDEN :

NAMA

: ABAS BIN DATO EMPAT BUYONG

UMUR

: 54 TAHUN

PEKERJAAN

: AHLI JAWATANKUASA MASJID

ASAL

: KUANTAN, PAHANG

1. Sudah berapa lamakah anda menetap di sini?
2. Sejauh manakah pengetahuan anda tentang sejarah pembinaan masjid
Alwi?
3. Pihak manakah yang selalu menyumbang kepada pembinaan masjid
Jamek?
4. Pada pendapat anda, apakah keistimewaan masjid Jamek berbanding
masjid-masjid lain yang anda pernah kunjungi sebelum ini?
5. Apa yang anda gemari tentang masjid Jamek? Jelaskan.
6. Bagaimanakah sistem pentadbiran Masjid Jamek yang anda tahu?
7. Apakah aktiviti-aktiviti yang sering kali diadakan di Masjid Jamek?
8. Pada pendapat anda, apakah peranan Masjid Jamek kepada masyarakat di
sekeliling?

33