Menutup aurat antara tuntutan dan mengik
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 LATAR BELAKANG MASALAH
Situasi masyarakat yang kini kelihatan seolah-olah telah memalingkan diri daripada
norma kehidupan asal yang lebih besarkan agama kepada pemikiran sekular. Bahkan dilihat
mereka telah semakin jinak dengan perkembangan hidup masyarakat “luar” yang jelas tidak
mementingkan agama sebagai nilai kehidupan. Masyarakat luar yang dimaksudkan adalah
masyarakat Barat yang kini seakan-akan telah mengubah pemikiran dan cara hidup masyarakat
Islam khususnya di Malaysia pada ketika ini secara total.
Lantaran itu, banyak perkara yang perlu dilihat agar perkara-perkara luar tersebut tidak
memburukkan umat Islam. Jikalau yang jelas bercanggah, maka wajib diharamkan dan
dihapuskan, dan yang tidak ada dalil yang melarang atau menyuruhnya, maka perlu
dipertimbangkan kembali atau “Islamisasi dan imanisasi” dan sebagainya. Banyak perkara yang
berkaitan antaranya termasuklah hal aurat dan fesyen semasa.
Aurat itu adalah perkara yang perlu dijaga dan ditutupi oleh semua masyarakat Islam
dulu kini dan selamanya. Bertepatan dengan firman Allah SWT:
2
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan
mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;
dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,
atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri
mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki,
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam,
atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak
berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat
perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai
orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” 1
Namun tatkala pantas paksi bumi berputar, sepantas waktu itu berlalu, maka Barat mula
memperkenalkan sebuah terminologi yang dipanggil “fesyen”. Suatu impak kepada istilah yang
besar dalam dunia Islam itu sendiri. Lalu bermulalah zaman pemakaian yang pelik-pelik itu
boleh digelar fesyen atas alasan “sense of art” maka seni itu sendiri pincang.
1 Surah An-Nur ayat 31
3
Hal ini berlarutan ke tanah-tanah nusantara yang rata-rata penduduknya adalah terdiri
dari umat Islam. Maka umat Islam yang berada ditahap muslimin atau muslimat yang belum
ketahap mukminin atau mukminah dan muttaqie’en atau muttaqiat mula berpusu-pusu ke
gedung-gedung membeli belah demi mencari fesyen yang “sesuai” bagi mereka, demi
menampakkan “kecantikan” mereka. Yang teruknya apabila fesyen itu menjadikan mereka
terkabur hingga tinggalkan nilai agama dalam berpakaian.
Dentuman ideologi Barat ditambah dengan kejahilan pereka fesyen yang beragama Islam
sendiri hatta pengena fesyen yang Islam, maka hal ini menimbulkan kemafsadahan dan
kepincangan dalam dunia Islam itu sendiri. Dari kekeliruan fesyen maka timbul lah juga banyak
masalah yang lain yang akhirnya akan membawa kepada mafsadah yang lebih besar. Sebagai
contoh, pemakaian yang tidak mengikuti syarak yang sebenar akan lebih mudah menarik lelaki
untuk merogol wanita yang bepakaian tidak mengikut syarak.
Kelihatan juga umat Islam ketika ini perlu untuk mengetahui ilmu berkaitan maqasid
syariah dengan lebih extensif. Mereka sebahagian besarnya sudah makin jauh dengan agama
Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Penampakan masyarakat melayu khususnya
dalam perkara aurat perlu tahu terhadap hikmah syarak itu diturunkan dengan lebih mendalam.
Agar mereka merasa diri mereka terpelihara dan terjaga hanya kerana berbuat sesuatu mengikut
syarak dan menepati apa yang syarak gariskan.
Sesungguhnya datangnya syariah itu berpaksikan maqasid syariah, bukan sia-sia, bahkan
tiada satu pun yang datang dari Allah yang dipanggil syariah itu adalah sia-sia atau dalam erti
kata lain, syariah itu datang bukan memberatkan manusia atau membebankannya. Namun
4
dengan erti menjaga mereka dari kerosakan yang asasnya didorongi oleh nafsu manusia didunia
bahkan diakhirat kelak.
1.2 PENYATAAN MASALAH
1.2.1 Apakah yang dimaksudkan dengan tuntutan mentup aurat.
1.2.2 Apakah pandangan islam terhadap fesyen
1.2.3 Apakah yang dimaksudkan dengan dimensi maqasid syariah dalam berpakaian.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Dalam penyediaan latihan ilmiah ini, penulis ingin merungkaikan beberapa perkara yang akan
penulis tuliskan dibawah ini
1.3.1
Menjelaskan dengan mendalam terhadap apa yang dimaksudkan dengan tuntutan
menutup aurat.
1.3.2
Memberi gambaran yang jelas terhadap pandangan islam tentang fesyen.
1.3.3
Merungkaikan maksud yang ingin dinyatakan antara perkaiatan maqasid syariah
dalam berfesyen.
1.4 KEPENTINGAN KAJIAN
1.4.1 Kajian berkisarkan tentang tuntutan menutup aurat atau fesyen semasa ini
sebenarnya akan memberi gambaran yang kukuh kepada umat Islam yang kian
lemah ini terhadap suatu lanskap ilmu iaini maqasid syariah. Yang berperanan
didalam memberi garis pandu yang sebenar supaya masyarakat Islam tidak
tersilap faham terhadap Islam dan mengenakan pakaian yang mengikut tuntutan
1.4.2
syarak.
Kajian ini juga mampu menjadi sebagai salah satu hujah yang kuat untuk menepis
fitnah-fitnah yang dilontarkan oleh golongan Barat yang mengatakan Islam itu
5
sempit. Juga mengetepikan pandangan yang mengatakan membuka aurat itu suatu
1.4.3
langkah ketamadunan.
Pentingnya kajian ini ia mungkin menjadi titik tolak kepada mereka yang kurang
didikan agama agar mampu menyarung pakaian yang mematuhi arahan syarak
1.4.4
walaupun dengan cara berfesyen yang betul.
Mengelakkan berlakunya kekeliruan didalam memahami maqasid syariah
khususnya didalam lapangan aurat kerana kesilapan menakrifkan konsep
1.4.5
maslahah dan mafsadah.
Memberi suatu “guidline” kepada mereka yang ingin menceburi bidang perekaan
fesyen.
1.5 TAJUK KAJIAN
Menutup Aurat: Antara Tuntutan Dan Mengikut Fesyen Dalam Dimensi Maqasid Syariah.
1.6 PENGERTIAN TAJUK
Mereka yang menutup aurat kerana fesyen menurut maqasid syariah, apakah resolusinya. Atau
lebih khusus boleh dikatakan orang Islam yang menutup auratnya kerana fesyen yang ada kini
sama ada yang sebelumnya tidak menutup aurat ataupun yang sudah menutup auratnya, menurut
maqasid syariah, apakah hukum dan penjelasannya. Bolehkah fesyen menjadi suatu aspek utama
didalam menutup aurat sama ada sebagai suatu proses untuk menarik masyarakat untuk terus
menutup aurat ataupun sekadar tarikan untuk menutup aurat.
Namun begitu penulis akan menerangkan juga pengertian tajuk perkata iaini dengan
memberi dan menghuraikan maksud secara khusus kepada beberapa perkataan penting didalam
tajuk ini. Perkataan yang akan dihuraikan adalah “menutup”, “aurat”, “tuntutan”, “fesyen”,
“dimensi”, dan “maqasid syariah”.
6
1.6.1
menutup.
Menutup adalah boleh diertikan juga sebagai menudung dalam konteks ini. 2 Namun berlawanan
dengan istilah membalut atau tidak boleh disama ertikan dengan membalut walau secara
zahirnya membalut itu juga sebagian dari perbuatan menutup.
1.6.2
aurat
menurut kamus bahasa melayu, perkataan aurat diertikan dengan bahagian badan yang tidak
boleh didedahkan mengikut hukum islam3
1.6.3
tuntutan
secara bahasa tuntutan juga bermaksud desakan dan dakwaan. Ia juga bermaksud, meminta
dengan mendesak supaya dilakukan atau ditunaikan sesuatu.4
1.6.4
fesyen
Fesyen menurut kamus bahasa melayu mempunyai beberapa maksud, antaranya, ia adalah
potongan pakaian dalam adat istiadat dan lain-lain yang bersifat sementara dan akan berubah;
cara (baru); gaya (baru).5
1.6.5
dimensi
dimensi disini membawa makna sebagai konteks atau suatu rangka atau acuan didalam membuat
sesuatu.
2 Arbak Othman, Kamus Bahasa Melayu, m.s. 591
3 Ibid, m.s.22
4 Ibid, m.s. 590
5 Ibid, m.s. 139
7
1.6.6
maqasid syariah
maqasid syariah datangnya dari dua perkataan yang berbeza, iaitu:-maqasid dan;
-syariah.
Didalam menghuraikan makna maqasid syariah, penulis akan menghuraikan makna secara satu
persatu dan juga makna apabila dua perkataan itu digabungkan.
a) Maqasid
Kalimah “maqasid” adalah kata jamak atau kata ganda bagi perkataan “maqsad” dengan huruf
shad berbaris atas yang merupakan masdar mimi 6 yang berasal dari kalimah asal “qasada” dalam
bahasa arab yang bermaksud tujuan, kehemdak, matlamat atau objektif, adil dan tidak melampau.
b) Syariah
Kalimah “syariah” pula adalah suatu kalimah yang berasal dari kalimah “syara’a” “yashro’u”
“syar’an”7 yang mempunyai beberapa maksud antaranya adalah, mengambil air dengan mulut,
mula melakukan sesuatu, dekat dengan jalan, meninggikan sesuatu, menetapkan dan
menjelaskan sesuatu.8 Namun makna yang paling jelas dalam konteks ini adalah menetapkan
dan menjelaskan sesuatu, sebagaimana firman Allah SWT:
6 Wan Mohd Nasir (2011), Maqasid Syariah Cabaran Dan Penyelesaian Dalam Merialisasikannya, Telaga Biru
Pulication, m.s. 4
7 ibid
8 Sila rujuk: al-mu’jam alwasith, m.s. 479
8
yang bermaksud: “Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama
Yang ia tetapkan hukumNya - apa Yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan Yang
telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad), dan juga Yang telah Kami
perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian
ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". berat bagi
orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) Yang Engkau seru mereka kepadaNya.
Allah memilih serta melorongkan sesiapa Yang dikehendakiNya untuk menerima ugama Tauhid
itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamanya itu sesiapa Yang rujuk kembali kepadanya
(dengan taat).”9
c) Maqasid syariah
Setelah digabungkan keduanya tebitlah satu istilah khusus, terdapat banyak takrif yang
dikemukakan oleh ulama’ dalam kitab mereka, antaranya:
Ibn Asyur menerangkan Maqasid Syariah sebagai: pengertian-pengertian dan hikmat
yang ditonjolkan oleh syara’ Allah SWT dalam semua suasana tasyri’ atau kebanyakannya
dimana tidak hanya didapati didalam bahagian tertentu hukum syariah sahaja.10
9 Surah asy-syura, ayat 13
10 Muhammad Al-Tahir Ibn Asyur, Maqasid Syariah Islamiyyah, Tunis m.s. 51
9
Allal al-Ffasi mengatakan Maqasid Syariah ialah: matlamat, tujuan dan rahsia-rahsia
yang ditentukan oleh syari’ Allah SWT didalam setiap peraturannya (syriahNya)11
Dr. Al-Durani menyebut takrif maqasid dsebagai: nilai-nilai mulia yang agung yang
terkandung disebalik (didalam) lafaz-lafaz dan nas-nas yang merupakan sasaran dan matlamat
kepada tasyri’ samada berbentuk kulli atau juz’i.12
As-Syatibi menulis, sesungguhnya Syari’ah itu bertujuan mewujudkan kemaslahatan
manusia di dunia dan diakhirat.13
1.7 SKOP KAJIAN
Kajian ini adalah kajian yang memfokuskan hanya hal aurat dan fesyen sahaja daripada
banyak hal-hal agama lain yang boleh dikaji. Walaubagaimanapun kajian ini juga akan
menumpukan kepada suatu input yang boleh dikeluarkan melalui suatu skop ilmu yang khusus
iaitu dalam kerangka ilmu maqasid syariah, sedangkan perbahasan ilmu itu banyak. Dengan kata
lain, perbincangan berkaitan fesyen dan aurat dibicarakan dalam skop maqasid syariah sahaja,
tidak akan pergi ke skop perbincangan yang lain sebagai contoh aurat didalam Islam yang mana
perbincangannya akan ke peringkat yang lebih luas.
Kajian ini hanya berlegar-legar didalam lingkungan ilmu maqasid syariah sahaja.
Sedangkan kita boleh juga membincangkan aurat dalam aspek yang lain. Namun kajian ini
khusus menjurus kepada maqasid syariah.
Oleh kerana itu, penulis akan membataskan kajian ini kepada beberapa aspek yang
dirasakan perlu.
11 Allal al-Fasi (1963), Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah wamakarimuha, rabat, m.s. 3
12 Dr. fathi al-Durani,(1987), khasa’is al-Tasyri’ al-Islami fi al-Siasah wa al-Hukum, Beirut, m.s. 194
13 Lihat: Drs. Totok Jumantoro, kamus Ilmu Ushul Fikih, Jakarta m.s 196
10
1.7.1
1.7.2
Kajian ini akan menumpukan khusus terhadap aurat dan fesyen sahaja.
Kajian ini akan melihat kepada aurat dan fesyen dalam perbincangan ilmu
1.7.3
maqasid syariah.
Akibat ketandusan ilmu yanga ada pada penulis, tidak semua perbincangan
didalam perbahasan ilmu maqasid syariah akan dihubungkaitkan. Cukup sekadar
asimilasi antara aurat dan fesyen dengan beberapa tajuk didalam maqasid syariah.
1.8 HIPOTESIS
Fesyen pada umumnya lebih memberi maslahah (maslahah yang lebih besar) dizaman kini
berbanding mafsadah (mafsadah yang lebih kecil dari maslahah).
1.9 SOROTAN PERPUSTAKAAN
Sorotan perpustakaan dalah suatu perkara yanga amat penting untuk diteliti. Hal ini kerana
sorotan perpustakaan dapat mengelakkan sesuatu kajian itu dari diulangi semula dan tidak
membawa faedah yang besar kepada orang lain atau masyarakat umum. Namun begitu, dengan
mengetahui hasil kajian terdahulu seseorang penulis itu sebenarnya mampu mengelakkan
daripada membincangkan hal yang sama dalam penulisan yang akan dikajinya, malah dengan
melihat penulisan terdahulu, ia dapat membuka peluang kepada penulis untuk mencari ruangruang kosong yang masih belum diterokai dan perlukan kepada penambahan idea yang lebih
mantap.
Sepertimana dengan kajian ini, penulis telah membuat suatu sorotan berkaiatan dengan
tajuk ini, apa yang penulis dapati adalah ramai yang menulis hal-hal berkaitan maqasid syariah,
namun tidak banyak yang mengaitkan maqasid syariah itu dengan hal aurat dan fesyen atau lebih
luas lagi dengan hal semasa.
11
Di kesempatan inilah penulis akan membuat suatu kajian yang tidak lagi dibuat oleh
pengkaji-pengkaji lain.
1.10
METODOLOGI KAJIAN
Metode kajian adalah salah satu instrumen penyediaan latihan ilmiah yanga amat penting. Hal ini
adalah kerana melaluinya sesuatu kajian itu akan dinilai berkualtiti atau tidak berdasarkan
metode yang digunakan itu tepat dan bersesuaian dengan objektif dan tujuannya atau tidak.
Selain itu ia juga merupakan suatu cara kerja untuk memahami objek yang sedang dikaji.
Dengan kata lain, metode merupakan suatu prosedur atau cara mengetahui sesuatu yang
mempunyai langkah sistematik.
Didalam pengkajian ini, penulis menggunakan beberapa metode kajian yang dikira sesuai
oleh penulis dalam memastikan kajian yang dilakukan adalah menyeluruh dan tepat. Antaranya:
1.7.4
metode pengumpulan data
Metode pengumpulan data ialah usaha-usaha yang dilakukan dengan cara pengumpulan data dan
pentafsiran terhadap data-data yang terkumpul. Penulis menggunakan beberapa metode kajian
untuk memperoleh maklumat yang tepat bagi penulisan kertas kajian ini.
Di dalam proses menyiapkan kajian ini, penulis mengunjungi beberapa buah perpustakaan untuk
mendapatkan data, maklumat serta lain-lain dokumen seperti majalah, keratan akhbar, jurnal,
kertas kerja dan lain-lain yang bersangkutan dengan tajuk ini. Antaranya :
a) Perpustakaan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri.
12
b) Perpustakaan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Nilam Puri.
c) Perpustakaan Awam Kelantan.
1.7.5
Metode dokumentasi
Metode dokumentasi merupakan satu cara mengumpulkan data dengan melakukan penelitian
terhadap dokumen-dokumen yang ada hubungan dengan bidang yang dikaji. Di dalam kajian ini,
pengkaji menjadikan dokumen-dokumen seperti buku-buku yang berkaitan, kajian-kajian lepas
dan sebagainya sebagai bahan dokumentasi.
Penulis merasakan metode ini relevan untuk diguna pakai dalam kajian ini kerana ianya berguna
untuk mendapatkan maklumat khusus berkenaan pengenalan latar belakang kajian, dan juga
permasalahan kajian yang hendak dikaji sama ada dari segi perkembangan dan sebagainya.
Sebenarnya penggunaan metode Dokumentasi seperti buku-buku dan bahan –bahan kajian
terdahulu banyak membantu penulis dalam mendapatkan data maklumat bagi melengkapkan
bahagian bab dua dan bab tiga.
13
BAB 2
KONSEP BERPAKAIAN DAN FESYEN DALAM ISLAM
2.1 PENDAHULUAN
Berpakaian itu satu perkara yang asas bagi setiap manusia, namun, Islam datang dengan
memberi garis panduan kepada manusia keseluruhannya untuk memberi kemaslahatan kepada
manusia di dunia mahupun di akhirat secara lambat atau secara cepat. Islam itu datang sebagai
rahmat kepada seluruh alam. Allah SWT befirman:
Sesungguhnya Al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan Yang cukup bagi orangorang Yang (cita-citanya) mengerjakan Ibadat (kepada Allah Dengan berilmu). Dan
tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat
bagi sekalian alam.14
Perkataan “Rahmat” didalam ayat ini juga merupakan hikmah kepada Islam itu sendiri, yang
merupakan maqasid kepada syarak yang menjadi rahmat atau hikmah kepada manusia.
Pensyariatan kepada manusia Muslim supaya menutup aurat juga adalah suatu kemaslahatan
yang besar didunia dan diakhirat.
Larangan-larangan terhadap menutup aurat boleh didapati didalam banyak dalil-dalil quran
dan hadith. Namun ulama ada juga yang berselisih faham mengenainya berkaitan dengan
anggota-anggota aurat, sejauh mana perlu tutup, rukhsahnya, pengeculian dan lain-lain lagi.
14 Surah Al-anbia’ ayat 106-107
14
Didalam bab ini penulis akan menerangkan berkaitan dengan aurat, fesyen, dan perkaitan
antara keduaya.
2.2 AURAT
Didalam berbicara perihal aurat dan fesyen, maka perlu untuk diketahui beberapa hal terhadap
aurat itu sendiri dahulu. Hal ini adalah kerana didalam membincangkan tentang fesyen maka ia
berkait dengan pakaian secara langsung dan apabila bercerita perihal pakaian dalam Islam, maka
aurat adalah perkara pertama yang perlu dititik beratkan didalam membincangkan isu ini.
Penulis akan menjelaskan sedikit sebanyak hal berkaitan dengan aurat yang perlu
diketahui dalam membincangkan tajuk latihan ilmiah ini, antaranya penulis akan menerangkan
tentang takrif atau definisi, kedua adalah pensabitan aurat dalam Islam, seterusnya yang ketiga
adalah anggota-angota yang dianggap aurat atuapun batasan-batasan aurat menurut pandangan
ulama yang masyhur.
2.2.1
Takrif aurat
Definisi atau takrif aurat boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu dari segi bahasa dan dari
segi istiah fiqh atau istilah syarak.
i.
Bahasa
Dari sudut bahasa aurat bermaksud kebaikan. Perkataan aurat diambil dari perkataan arab iaitu
aurah dan maksudnya didalam bahasa melayu adalah kebaikan.15
ii.
Istilah
15 Hj. Abdul Rahman, 13 Aurat Wanita, m/s 25
15
Definisi secara istilah banyak dinyatakan oleh ulama’-ulama’. Namun disini hanya mengambil
beberapa sahaja dari istilah-istilah itu. pertama Bahagian tubuh badan seseorang yang wajib
ditutup atau dilindungi daripada pandangan.16 kedua Sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT
untuk diperlihatkan kepada orang lain yang tidak dihalalkan oleh Allah SWT
2.2.2
Pensabitan hukum menutup aurat didalam Islam
Apabila berkaitan dengan pemakaian maka Islam datang memberi panduan kepada manusia
untuk memakai apa dan bagaimana dan memberi pembatasan kepada manusia didalam
berpakaian. Justeru, terdapat banyak dalil-dalil dari Al-Quran, Hadith mahupun ijma’ ulama
mengenai hukum menutup aurat.
Penulis akan memaparkan satu persatu antara dalil-dalil dari Al-Quran, Al-Hadith dan
Ijma’ para Ulama mengenai hukum menutup aurat.
i.
Al-Quran
1. Surah Al- Nur ayat 31
16 ibid
16
dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan
mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya;
dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan

mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki,
atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam,
atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak
berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat
perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang
tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai
orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
2. Surah Al- Ahzab ayat 59
17
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan
Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka
keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baikbaik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.
3. Surah Al-Ahzab ayat 33
dan hendaklah kamu tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti
Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta
berilah zakat; dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan
kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang
mencemarkan diri kamu - Wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersihbersihnya (dari Segala perkara Yang keji).
4. Surah Al-A’raf ayat 31
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu
ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan
pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang Yang melampaui
batas.
18
ii.
Al-Hadith
Dari aisyah RA bahawa Asma’ Binti Abu Bakar pernah menghadap Rasulullah denagan
berpakaian agak tipis, lalu Rasulullah berpaling dan berdabda “ wahai Asma’! orang
perempuan apabila meningkat umur haid (umur baligh), tidak boleh lagi terlibat kecuali
ini dan ini”. (lalu Rasulullah SAW pun menunjukkan pada muka dan kedua tapak tangan
baginda.)
Dari Ibnu Umar R.A berkata, sabda Rasulullah SAW: “barang siapa menyerupai
sesuatu kaum, maka dia itu dari golongan mereka”.
Orng lelaki tidak boleh melihat aurat orang lelaki lain dan orang perempuan tidak boleh
memandang aurat orang perempuan lain, dan orang lelaki tidak boleh tidur bersama-sama
orang lelaki lain dalam satu pakaian dan orang perempuan tidak boleh tidur bersama
orang perempuan lain dalam satu pakaian.
iii.
Ijma’ Ulama’
Para ulama’ telah bersepakat menyatakan bahawa rambut perempuan itu adalaha perhiasa yang
wajib ditutup dan tidak boleh dibuka dihadapan lelaki ajnabi. Persepakatan ini telah didasari
dengan firman Allah SWT. Allah SWt befirman:
19

Hukum yang diambil dalam ayat ini mengandungi dua perkara
20
Pertama: dalam ayat ini Allah SWT melarang perempuan mukmin memperlihatkan perhiasan
mereka kecuali yang zahir sahaja, dan tidak seorang pun dari ulama’ khalaf dan salaf yang
menyatakan bahawa rambut wanita termasuk dalam “ma zoharo minha”. Inilah pendapat semua
ulama’.
Kedua: dalam ayat ini Allah SWT memerintahkan orang mukmin supaya mereka menutup kain
tudung ke dada mereka. perkataan “Al-Juyub” bermakna tempat-tempat yang terbuka pada
pakaian, iaitu dada. Dan kata “Al-Khimar” sebagaimana dikatakan para ahli tafsir adalah jamak
dari kata “Al-Khimru” iaitu sesuatu yang dipergunakan perempuan untuk menutup kepalanya.
(Yusuf Al-Qaradhawi, 1996, hlm 67-69)
2.2.3
Anggota yang dianggap aurat menurut pandangan ulama
Ulama’ banyak berbeza pandangan mengenai sejauh mana anggota badan yang perlu ditutup.
Namun bersepakat terhadap kewajipan menutupnya. Walaubagaimanapun dikesempatan yang
sedikit cuma ini, penulis hanya akan menzahirkan beberapa sahaja pandangan ulama iaini
pandangan-pandangan mazahibul arba’ah atau mazhab yang empat iaitu, mazhab Syafie,
mazhab Hanafi, mazhab Hanbali, mazhab Maliki.
i.
Mazhab Syafi’e:
Asy-Syirazi, salah seorang ulama Syafi’iyyah, pengarang kitab al-Muhadzab mengatakan
bahawa adapun wanita merdeka, seluruh tubuhnya adalah aurat, kecuali wajah dan telapak
tangan.
21
Imam nawawi pula berkata, sehingga pergelangan tapak tangan berdasarkan firman Allah
SWT: “dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir
daripadanya…”
Sementara Ibnu Abbas pula berkata bahawa itu termasukalah wajahnya dan kedua telapak
tangannya.
Disamping itu, Rasulullah SAW melarang wanita yang sedang Ihram mengenakan sarung
tangan dan purdah. Seandainya wajah dan telapak tangan itu aurat, nescaya baginda tidak
melarang sedemikian. Selain itu juga, kerana dorongan keperluan untuk menampakkan wajah
pada waktu jual beli, serta perlu menampakkan tangan untuk mengambil dan memberikan
sesuatu. Oleh kerana itu, wajah dan tapak tangan tidak dianggap aurat.
Imam Nawawi menambahkan dalam syarahnya terhadap Muhadzab, iaitu al-Majmuk
bahawa antara ulama Syafi’iyyah, ada yang menceritakan atau mengemukakan pendapat ahawa
telapak kaki bukanlah aurat.
ii.
Mazhab Hanafi:
Dalam kitab al-Ikhtiyar, salah satu kitab mazhab Hanafi, disebutkan bahawa tidak boleh melihat
wanita lain kecuali wajah dan telapak tangannya. Jika tidak dikhuatiri menimbulkan syahwat.
Diriwayatkan dari Abu Hanifah bahawa bbeliau menambahkan dengan kaki, kerana yang
demikian itu ada darirat yang mengambil dan memberi, serta tujuan untuk mengenali wajahnya
ketika urusan bermuamalah dengan orang lain, untuk menegakkan kehidupan dan keperluannya,
kerana tidak adanya orang yang melaksanakan sebab-sebab kehidupannya.
22
Beliau berkata, sebagai dasarnya adalah firman Allah SWT: “dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya”.
Para sahabat pada umumnya berpendapat bahawa hal yang dimaksudkan ayat tersebut
ialah celak dan cincin, iaitu tempatnya (bahagian tubuh yang menempatkan celak dan cincin).
Hal ini sepertimana telah dijelaskan bahawa celak, cincin, dan macam-macam perhiasan itu
adaah halal dilihat oleh kerabat mahupun orang lain. Maka yang dimaksudkan di sini ialah
tempat perhiasan itu.
Beliau berkata, adapun kaki, maka diriwayatkan bahawa ia bukanlah aurat secara mutlak,
kerana bahagian kaki ini diperlukan untuk berjalan. Selain itu, kemungkinan menimbulkan
syahwat apabila melihat muka dan tangan itu lebih besar, maka halalnya melihat kaki adalah
lebbih utama. Dalam satu riwayat disebutkan kaki itu adalah aurat untuk dipandang bukan ketika
solat.
iii.
Mazhab Hanbali:
Dalam mazhab Hanbali kita dapati Ibnu Qudamah mengatakan dalam kitabnya al-Mughni seagai
berikut: tiada mazhab yang berselisih pandangan tentang bolehnya wanita membuka wajahnya
ketika solat dan dia tidak oleh membuka selain wajah dan telapak tanganya.
Manakala mengenai telapak tangan ini, ada dua riwayat. Para ahli ilmu berbeza pendapat,
tetapi kebanyakan mereka sepakat bahawa boleh melakukan solat dengan wajah terbuka. Mereka
juga sepakat ahawa setiap dari kaum wanita yang merdeka itu perlu mengenakan tutup
23
kepalannya jika melakukan solat dan jika dia melakukan solat dalam keadaan seluruh kepalanya
terbuka, maka dia wajib mengulangi solat itu.
Imam Abu Hanifah berkata bahawa kaki itu bukan aurat, kerana kedua kaki itu biasa
nampak. Kerana itu, ia adalah sama seperti wajah.
Imam Malik, al-Auzaie dan Imam Syafie berkata bahawa seluruh tubuh wanita itu aurat
kecuali muka dan tangannya, dan selain itu wajib ditutup sewaktu mengerjakan solat. Ini adalah
kerana alam menafsirkan maksud ayat, janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali
apa yang biasa nampak daripadanya. Selain itu, kerana Rasulullah SAW melarang wanita
berihram memakai sarung tangan dan purdah. Andai kata wajah dan tangan itu aurat, nescaya
baginda tidak akan melarang menutupnya.
Selain itu, kerana diperlukan membuka wajah dalam urusan jual beli, begitu juga kedua
tangan untuk mengambil, memegang dan memberikan sesuatu.
Sebahagian pendapat pula mengatakan bahawa waita itu seluruhnya adalah aurat, kerana
diriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa wanita itu aurat. Ini menurut hadith yang
diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata bahawa ia hadith hassan lahi sahih. Tetapi
Baginda Nabi memberi peringatan untuk membuka wajah dan tangan, kerana jika ditutup, maka
itu akan menimbulkan kesulitan.
Dibolehkan juga melihat wajah wanita pada waktu urusan meminang kerana wajah itu
merupakan pusat kecantikan. Ini adalah pendapat Abu Bakar al-Harith bin Hisyam, di mana
beliau berkata bahawa wanita itu adalah keseluruhannya adalah aurat hingga kukunya.
Demikianlah keterangan dalam kitab al-Mughni.
24
iv.
Mazhab Maliki:
Dalam satu penjelasan ringkas menrusi karya daripada ad-Dardir yang berjudul Aqrabul Masalik
ila Masalik, disebutkan bahawa aurat wanita wanita merdeka terhadap lelaki asing, iaini yang
bukan mahramnya, adalah keseluruhan tubuhnya selain wajah dan telapak tangan.
As-Shawi telah mengulas pendapat tersebut, dengan berkata bahawa, maksudnya adalah
boleh melihat baik di bahagian luar mahupun bahagian dalam (tangan itu), tanpa maksud
berlazat-lazat, dan merasainya. Jika ermaksud untuk berlazat-lazat, hukumnya adalah haram.
Beliau berkata, “apakah pada waktu itu wajib menutup wajah dan kedua tangannya?” itulah
pendapat ibnu Marzuq yang mengatakan bahawa ini merupakan pandangan mazhab Maliki yang
masyhur. Atau apakah wanita tidak menutup wajah dan tangannya, sebaliknya hanya lelaki yang
perlu menundukkan pandangannya? Ini adalah pendaat yang dinukilkan oleh al-Mawaq daripada
Iyadh.
Manakala Zurruq pula telah mengulas didalam syarah al-Waghlisiyyah berhubung
perbezaan antara wanita cantik dengan yang tidak cantik. Menurutnya, bagi wanita yang cantik,
mereka wajib menutup aurat, manakala yang tidak cantik, ia hanyalah pilihan.
2.3 FESYEN
Antara perkara asas yang perlu diketahui didalam mengupas tajuk latihan ilmiah ini, maka fesyen
adalah satu perkara yang perlu di selami terlebih dahulu. Apakah itu fesyen, dari mana asal usul
perkataan ini, skopnya, dan kehujahannya.
25
Fesyen itu memiliki maksud yang umum, tidak tertumpun hanya pada pakaian, ia adalah
pendahuluan kepada trend. Walaubagaimanapun, maksud fesyen didalam latihan ini adalah
fesyen yang berkaitan dengan pakaian.
Fesyen yang ditujukan didalam tajuk ini adalah khusus fesyen kepada kaum wanita,
bukan kaum lelaki.
2.3.1
Definisi fesyen
Definisi fesyen menurut Colin McDowell, pengerusi Kumpulan Kostum di Britain menyatakan
bahawa, “fesyen adalah suatu berkembang pantas mengikut peredaran zaman, fesyen juga
mengikut keadaan sosial, politik, dan kebudayaan sesuatu tempat.
2.3.2
Fesyen barat dan fesyen Islam
Pada asalnya, fesyen itu sendiri adalah satu perkataan yang diambil dari perkataan inggeris iaitu
fashion, yang mana berkembangnya dari barat. Budaya berfesyen atau bergaya ini adalah salah
satu fitrah manusia namun dengan ada campur tangan barat maka ia makin dirosakkan dengan
idea-idea yang sudah tentu jauh dari nilai agama.
Maka pada perspektif Islam asalnya tiada dalil secara khusus yang mengharamkan fesyen
ini, bahkan didalam kaedah fiqh wujud satu kaedah “asal kepada sesuatu itu harus jika tiada dalil
yang mengharamkannya”. Fesyen itu suatu yang digemari manusia khususnya wanita, dan Islam
pada waktu yang sama tidak menyekat keperluan fitrah manusia secara mutlak, namun, sesuatu
yang fitrah dan baru seperti fesyen ini perlu dilihat kembali hukumnya melihat kepada keadaan
tertentu.
26
Walaubagaimanapun, fesyen barat adalah suatu yang haram bagi umat Islam untuk
turutinya; ianya jelas. Ini adalah kerana, fesyen-fesyen barat adalah fesyen yang tidak menurut
syarak dan menaikkan ghairah lelaki lalu ingin meraih pujian semata. Hilang sepenuhnya tujuan
pemakaian itu, iaitu menjaga maruah manusia.
Tambahan lagi apabila kebanyakan orang bukan Islam di barat amat menentang wanita
menutupi seluruh tubuh mereka, mereka beranggapan bahawasanya perbuatan seperti itu adalah
pebuatan yang kolot dan menutup hak asasi wanita itu sendiri. Sesetengah dari mereka hingga
mengatakan berbogel sebagai hak kebebasan manusia. Hal ini amat menyalahi apa yang dituntut
oleh Islam yang menjaga maslahah manusia.
Adapun fesyen itu tidaklah salah sepenuhnya, penggunaan terminologi fesyen itu boleh
juga digunapakai oleh umat Islam, hal ini kerana istilah “fesyen” dan “fesyen barat” itu berbeza.
Fesyen itu adalah suatu yang umum manakala fesyen barat itu merangkumi fesyen yang diperaga
oleh orang barat yang majoriti besarnya didominasi oleh golongan bukan Islam.
Bahkan apatah lagi kini sudah wujud istilah fesyen Islam, fesyen muslimah, fesyen
muslim, fesyen tudung, fesyen jubah, dan lain-lain. Hal ini berlaku akibat dari istilah fesyen itu
yang kadang-kadang memberi kekeliruan kepada umat Islam itu sendiri. Maka wujudlah orangorang Islam yang ingin mengharmonikan fesyen itu sebagai suatu kewujudan yang diterima oleh
Islam.
Hatta realiti di Malaysia sendiri pun, ramai bahkan sebahagian besar umat Islam di
Malaysia menggunakan fesyen sebagai medium perniagaan mereka. Mereka menggambil
langkah ini untuk menyara hidup mereka, namun bila berlaku persaingan didalam industri ini,
mulalah idea-idea baru demi meneruskan “hidup” didalam industri ini.
27
Idea-idea baru ini bahkan akan membawa kepada suatu keterdedahan kepada meniru
fesyen barat yang sudah tentu tidak diterima syarak. Apatah lagi jikalau fesyen ini dibuat oleh
orang Islam yang tidak mengerti Islam sepenuhnya dan mengambil Islam pada sebahagiansebahagian sahaja. Konsikuansi inilah yang ditakuti berlaku didalam masyarakat Islam. Maka
perbincangan ini akan dibincangkan didalam bab ke-4 kelak.
2.3.3
Kehujahan fesyen dalam Islam
Islam memberi suatu gambaran umum terhadap apa-apa isu yang baru didalam agama,
penggunaan kaedah “al-aslu fi asya’ ibahah” merupakan satu kaedah yang tepat menggambarkan
hal ini. Didalam urusan yang bukan ibadah, maka setiap sesuatu itu menurut mazhab syafie
adalah harus selagimana tiada dalil yang mengharamkannya.
Didalam dunia baru kini, muncul istilah fesyen didalam urusan manusia, apabila ia
berkaitan dengan urusan manusia maka secara tidak langsung ia juga berkaitan dengan urusan
didalam Islam itu sendiri, lalu bagaimanakah Islam mencari penyelesaian didalam setiap masalah
baru. Justeru fesyen adalah suatu yang tidak wujud dalil yang mengharamkannya secara jelas.
Walaubagaimanapun, bukanlah mudah-mudah sahaja untuk dikelaskan sesuatu itu cukup
dengan hanya satu kaedah sahaja. Apabila sesuatu itu tiada dalil yang jelas dan tetap, maka, ia
akan termasuk didalam sesuatu yang boleh dikhilafkan oleh para ulama. Para ulama boleh
menggunapakai mana-mana manhaj yang dikira sahih baginya.
Bukan sekadar itu, bahkan penetapan hukum perlulah melihat pada pelbagai aspek seperti
aspek realiti, keadaan, darurat, keperluan dakwah, dan sebagainya. Namun, didalam menetapkan
itu ilmu Maqasid Syariah memainkan peranan yang penting didalam menentukan aspek-aspek itu
28
supaya penentuan itu tidak lari dari maqasid syariah atau tujuan sebenar yang ingin dacapai
syarak.
Fesyen dalam islam hukumya adalah harus berpandukan kepada dalil-dalil yang tidak
mengharamkan perkara baru didalam hal muamalah. Namun ia boleh menjadi haram, harus,
makruh didalam beberapa keadaan yang tertentu. Didalam bab ke-4 akan dibincangkan secara
lebih terperinci mengenai hal ini.
29
BAB 3
MAQASID SYARIAH
3.1 PENDAHULUAN
Didalam merungkaikan dengan lebih dalam lagi terhadap tajuk latihan ilmiah ini iaitu “Menutup
Aurat: Antara Tuntutan Dan Mengikut Fesyen Dalam Dimensi Maqasid Syariah”. Perlu diketahui
beberapa perkara penting didalam ilmu maqasid itu sendiri sebelum masuk ke tajuk sebenar
perbincangan yang lebih rumit.
Didalam bab ini penulis akan membincangkan tentang maqasid syariah itu sendiri demi
memberi kefahaman umum didalam memahami tajuk ini. Hal ini adalah kerana maqasid syariah
itu menjadi rangka teori didalam membincangkan berkaitan aurat dan fesyen. Justeru memahami
maqasid syariah terlebih dahulu sebelum masuk ke peringkat lebih rumit adalah amat penting
demi memelihara kefahaman dan mencegah dai berlaku kesilap fahaman.
Penulis akan merungkai berkaitan definisi maqasid syariah, bidang pengkajiannya,
pensabitannya didalam al-Quran, hadith ijma’ dan qias, perbezaannya dengan usul fiqh, maqasid
ammah dan maqasid khassah, tingkatan maqasid ammah, maqasid daruruiy yang lima dan
maslahah dan mafsadah.
3.2 DEFINISI
Maqasid syariah secara bahasanya adalah “tujuan-tujuan syarak”. Namun pengertian secara
istilah memiliki banyak tafsiran oleh pelbagai ulama samada ulamak kontemporari ataupun
ulama silam, namun penulis hanya akan memberi beberapa definisi sahaja daripada ulamakulamak yang terkemuka dalam bidang ini samada yang terdahulu atau terkini.
30

dimana tidak hanya didapati didalam bahagian tertentu hukum syariah sahaja.17

yang ditentukan oleh syari’ Allah SWT didalam setiap peraturannya (syriahNya)18
Dr. Al-Durani menyebut takrif maqasi dsebagai: nilai-nilai mulia yang agung yang

kepada tasyri’ samada berbentuk kulli atau juz’i.19

manusia di dunia dan diakhirat.20
Dr. Raisuniyy menakrifkannya, “ maqasid syariah ialah tujuan (sebenar) yang ingin
dihasilkan bagi ketetapan hukum Syarak (dengan tujuan) untuk kemaslahatan manusia” 21.
Penulis mengira definisi dari Dr. Raisuni adalah definisi yang paling rajih.
Walaubagaimanapun, umumnya, maqasid itu bermaksud “jalbil masoleh wa dar’il
mafasid” yang bermaksud menarik segala kebaikan dan menolak segala kemungkarang.
17 Muhammad Al-Tahir Ibn Asyur, Maqasid Syariah Islamiyyah, Tunis m/s 51
18 Allal al-Fasi (1963), Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah wamakarimuha, rabat, m/s 3
19 Dr. fathi al-Durani,(1987), khasa’is al-Tasyri’ al-Islami fi al-Siasah wa al-Hukum, Beirut, m/s 194
20 Lihat: Drs. Totok Jumantoro, kamus Ilmu Ushul Fikih, Jakarta m/s 196
21 Al-Raisuni, Dr. Ahmad, Nazariatul Maqasid Inda al-Imam as-Syatibi
31
3.3 BIDANG PENGKAJIAN MAQASID SYARIAH
Didalam aspek pengkajian ilmu maqsid syariah, kita akan dapati bahawasanya ada terdapat dua
bidang kajian yang boleh dilaksanakan dalam ilmu ini. Pertama maqasid al-khitab, kedua
maqasid al-ahkam. Kedua-duanya akan dijelaskan dengan lebih lanjut dibawah ini.
3.3.1
Maqasid al-khitab
Maqasid al-Khitab ialah maksud yang tersirat di sebalik pengajaran nas atau ayat al-Quran dan
Hadith. Istilah ini kebiasaannya digunakan apabila nas syarak membawa dua pengertian. Zahir
makna nas bukan makna yang dikehendaki, dan makna kedua yang tersirat itulah yang
dikehendaki.
Sebagai contoh, firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 103:
ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau
membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); dan
doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka.
dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
Zahir makna ayat diatas mengatakan mengatakan ia memerintahkan Nabi Muhammad
SAW mengambil sebahagian harta para sahabat sebagai sedekah. Namun dalam tersirat, perintah
ditujukan bukan hanya pada Nabi Muhammad SAW sahaja bahkan ia merangkumi seluruh orang
beriman khususnya para pemimpin.
32
Manakala, maksud harta, sebahagian harta yang dipanggil nisab. Pengambilan harta
mestilah berdasarkan syarat-syarat tertentu dan bertujuan membahagikannya kepada