Isu Etika dan Perundingan dalam Kaunseli

_________________________________________
KOD ETIKA
KAUNSELOR
_________________________________________
PERSATUAN KAUNSELING
MALAYSIA
(PERKAMA)

Cetakan 1994

KANDUNGAN

1. MUKADIMAH
2. SKOP KAUNSELING
3. KOD TATALAKU
- Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Klien
- Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan Profesional
- Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat
- Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Organisasi dan Majikan

4. PERKHIDMATAN PERSENDIRIAN

- Pengiklanan
- Pengurusan
- Bayaran

5. PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN
- Etika Penyelidikan
- Persetujuan Subjek
- Penerbitan

6. LATIHAN
7. PENGUKURAN DAN PENILAIAN

MUKADIMAH
1. Kod Etika ini bertujuan menyediakan garis panduan kepada kaunselor dan juga menjadi
asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada
standard perlakuan kaunselor. Kod Etika ini menggariskan standard perlakuan kaunselor
dalam menjalin perhubungan profesional dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan,
individu dan profesion lain serta masyarakat keseluruhannya. la juga merangkumi etika
perlakuan yang standard mengenai tatalaku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti
sebagai seorang kaunselor.

2. Kod Etika ini berasaskan kepada nilai-nilai utama perkhidmatan kaunseling dan memberi
penekanan kepada harga diri, digniti, dan keunikan semua individu termasuk hak-hak dan
peluang-peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada profesion kaunseling itu sendiri yang
mengutamakan nilai-nilai murni
3. Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, kaunselor hendaklah menunaikan
tanggungjawab etika dengan memberi pertimbangan berasaskan kepada semua prinsip yang
terkandung dalam Kod Etika.
4. Kod Etika ini tidak menggariskan semua peraturan mengenai perlakuan kaunselor dalam
menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam melaksanakan tanggungjawab.
5. Kod Etika ini tidak seharusnya digunakan sebagai instrumen untuk menyekat peluang dan
kebebasan kaunselor dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Ia juga tidak harus digunakan
untuk mengenakan tindakan disiplin kepada kaunselor tanpa diberi hak perlindungan dan
keadilan yang maksimum. Kod Etika ini berperanan sebagai panduan kepada Majlis
Kaunseling Kebangsaan untuk membuat keputusan dalam menangani isu-isu yang berkaitan
dengan etika.

SKOP KAUNSELING

1. Perkhidmatan Kaunseling ialah perkhidmatan yang memberi peluang kepada klien untuk
berkembang kearah kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna. Ia merangkumi usahakerja

dengan individu atau kumpulan. Objektif perhubungan kaunseling berbeza mengikut klien.
2. Skop perkhidmatan kaunseling meliputi isu-isu perkembangan (developmental), analisa dan
penyelesaian masalah, membuat keputusan, menangani krisis, mengembangkan kefahaman
kendiri, meningkatkan ketahanan emosi semasa menghadapi konflik dalaman atau
memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan dan interaksi dengan individu lain.
3. Kaunselor berperanan sebagai pemudahcara kepada klien dalam menangani isu dan masalah
yang dihadapi dengan menghormati martabat diri, nilai dan keupayaannya.

KOD TATALAKU
1.

Kaunselor hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara standard dan identiti sebagai
seorang kaunselor dan intergriti profesion kaunseling.

2.

Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan
dan kemahiran dalam bidang profesionnya.

3.


Kaunselor hendaklah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur
selaras dengan profesion kaunseling.

4.

Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh penyelia profesional
melalui penyeliaan lazim (regular supervision) dan sokongan perundingan (consultative
support).

A
.
1.

Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Klien
Kaunselor bertanggungjawab mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu
atau klien korporat (organisasi).

2.


Kaunselor hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang
diperolehi semasa kaunseling melainkan jikalau maklumat itu akan membahayakan klien
atau orang-orang dipersekitarannya.

3.

Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosiobudaya klien.

4. Semasa perhubungan kaunseling, kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan fisikal
dan psikologi klien, dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada
dalam aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya atau dalam apa bentuk sekalipun.
5. Kaunselor hendaklah membimbing klien kearah pembentukan sikap bertanggungjawab
terhadap tingkahlakunya. Kaunselor juga perlu menghormati keputusan atau penentuan
kendiri yang dibuat oleh klien.

6. KaunseIor hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan
kemahiran serta kecekapan profesionalismenya.
7. Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi
berasaskan ras, jantina, agama, status, ideologi, kecacatan fisikal, mental atau diskriminasi
dalam apa-apa bentuk sekali pun.

8. Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi

perkhidmatan kaunseling.
9. Kaunselor hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya diperingkat awal sesi
kaunseling mengenai batasan umur kerahsiaan.
10. Apa-apa persetujuan di antara kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan boleh di semak
semula dan diubah dengan persetujuan bersama.
11. Dalam kes di mana jelas terbukti bahawa klien, mengikut pertimbangan kaunselor
menunjukkan dengan jelas, diri klien atau orang Iain berada dalarn keadaan bahaya,
kaunselor hendaklah menggunakan budi bicaranya mengambil tindakan wajar untuk
menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat.
12. Kaunselor tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada saudara mara, kawan
karib, ataupun kepada mereka yang mempunyai hubungan intim dengannya atau
mempunyai hubungan dengan pihak pentadbiran yang berunsurkan penilaian terhadap
prestasinya.
13. Kaunselor tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau
ingin menukar kepada kaunselor yang lain.
14. Kaunselor hendaklah memastikan bahawa klien yang diberi khidmat kaunseling tidak
menjalani kaunseling dengan kaunselor yang lain pada masa yang sama.
15. Sekiranya mengikut pertimbangan kaunselor, klien memerlukan perkhidmatan luar daripada

bidang kepakarannya, kaunselor perlu merujuk klien kepada pihak berkenaan.
16. Kaunselor hendaklah menyediakan tempat yang selesa dan private untuk sesi kaunseling.
Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang lain melainkan dengan kebenarannya, ini
termasuk juga sesi kaunseling yang dirakam atau dipita videokan.

B. Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan Profesional
1. Kaunselor hendaklah saling berusaha untuk meningkat tahap kecekapan professionalisme
masing-masing.
2. Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan
professionalnya.
3. Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan

perlakuan rakan kaunselor yang tidak beretika.
4. Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu serta membela rakan
kaunselor yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.

C
.
1.


Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat
Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsur sosiobudaya masyarakat di mana
dia berkhidmat.

2.

Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya
berlandaskan undang-undang tersebut.

D
.

Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan Majikan
Terdapat kaunselor yang berkhidmat dengan organisasi kerajaan atau bukan kerajaan.

Peranan kaunselor dalam organisasi haruslah mempermudahkan pencapaian matlamat organisasi
dengan mematuhi prinsip berikut:1.

Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan
organisasi tempat dia berkhidmat.


2.

Kaunselor hendaklah berusaha mengikut polisi dan prosedur, serta meningkatkan kecekapan
dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.

3. Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah diskriminasi dalam organisasi dan dalam
pelaksanaan polisi amalan pekerjaan.
4. Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.
5. Kaunselor hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya.
6. Kaunselor hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan kerja dengan
penyelia dan stafnya mengenai khidmat kaunseling khususnya kerahsiaan, perbezaan di
antara fakta umum atau peribadi, beban kerja dan akauntibiliti.
7. Kaunselor hendaklah memberitahu kepada majikan tentang keadaan yang boleh

menyebabkan konflik yang merosakkan atau menyekat keberkesanan perkhidmatannya.
8. Kaunselor hendaklah membenarkan dirinya dinilai secara profesional dari masa ke masa.
9. Kaunselor hendaklah bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk
diri dan stafnya.


PERKHIDMATAN PERSENDIRIAN
A. Pengiklanan
1. Kaunselor hendaklah mengiklankan perkhidmatannya secara profesional mengenai:
a) Kelulusan tertinggi yang berkaitan,
b) Status perakuan pengamal,
c) Jenis perkhidmatan,
d) Penerangan mengenai perkhidmatan,
e) Sijil pendaftaran (practising certificate)
Maklumat yang diberikan mestilah benar, lengkap, tepat dan tidak mengelirukan.
2. Kaunselor yang berkhidmat dengan mana-mana organisasi tidak dibenarkan menggunakan
nama organisasi tersebut dalam iklan.
3. Kaunselor tidak boleh menggunakan keahlian dalam sesuatu pertubuhan sebagai perakuan
untuk praktisnya.

4. Kaunselor tidak boleh mengiklankan affiliasinya dengan sesuatu organisasi sehinggakan
memberikan

gambaran palsu bahawa organisasi

itu menaja


atau mengesahkan

perkhidmatannya.
B
.

Pengurusan

1. Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan mengenai perkhidmatan
persendirian di tempat perkhidmatannya.
2. Kaunselor tidak boleh menggunakan affiliasinya dengan sesuatu organisasi yang
dianggotainya untuk mendapatkan klien bagi perkhidmatan persendirian.
3. Kaunselor yang menjalankan perkhidmatan persendirian tidak boleh mengambil pekerja
yang tidak berkelayakan dan tidak berdaftar untuk menjalankan khidmat kaunseling.

C
.

Bayaran

1. Jika bayaran dikenakan, Kaunselor hendaklah memastikan bahawa bayaran itu berpatutan
dan seimbang dengan perkhidmatan yang diberi. Kemampuan klien hendaklah diambil kira.
2. Kaunselor hendaklah memberitahu terlebih dahulu kadar bayaran yang dikenakan.
3. Kaunselor tidak dibenarkan menerima sebarang bayaran atas urusan merujuk klien kepada
ahli profesional yang lain.

PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN
Penyelidikan dan penerbitan adalah perlu untuk perkembangan profesional, peningkatan
dan penyebaran pengetahuan. Kaunselor hendaklah menjalankan penyelidikan dengan
menghormati dan memberi perhatian kepada martabat dan kebajikan manusia yang menjadi
subjek penyelidikan dan mematuhi peraturan, undang-undang dan standard profesional yang
mengawal pengendalian penyelidikan.
A
.
1.

Etika Penyelidikan
Kaunselor mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi etika penyelidikan dengan menjaga
kesejahteraan serta kebajikan subjek sepanjang kajian dijalankan dan hendaklah membuat
pengawasan yang sewajarnya untuk mengelakkan berlakunya kecacatan psikologi, fizikal
atau sosial kepada subjek. Kaunselor hendaklah bertanggungjawab untuk menentukan
bahawa amalan etika juga dipatuhi oleh pembantu penyelidik serta mereka yang terlibat
dalam penyelidikan.

B
.
1.

Persetujuan Subjek
Penyertaan dalam penyelidikan adalah secara sukarela. Penyertaan bukan sukarela hanyalah

wajar jika teIah terbukti bahawa penyertaan tidak membawa kemudharatan kepada subjek
dan benar-benar diperlukan bagi kajian tersebut.
2.

Dalam kajian yang menggunakan klien sebagai subjek samaada secara langsung atau tidak,
setiap klien mestilah dimaklumkan dengan jelasnya mengenai tujuan, kaedah kajian,
kemungkinan faedah dan kesan buruk kajian itu jika ada dan sebarang ketidak-selesaan dan
kesukaran yang mungkin akan dirasai oleh klien. Klien perlu dimaklumkan tentang haknya
untuk menolak dan menarik diri pada bila-bila masa; dan penarikan dirinya tidak akan
memberi sebarang kesan terhadap perkhidmatan yang diterimanya. Persetujuan ini
bermaklum adalah lebih baik dibuat secara bertulis.

3.

Dalam menjalankan sesuatu kajian, kemungkinan penyelidik perlu menggunakan teknik
terselindung (withholding information) atau penipuan (providing misinformation). Sebelum
menjalankan kajian tersebut, penyelidik hendaklah menentukan bahawa:

i) penggunaan teknik itu wajar dan sesuai dengan budaya, nilai saintifik, pendidikan atau
terapan,
ii) tidak terdapat prosedur alternatif yang lebih wajar dan,
iii) subjek diberi penjelasan yang cukup dengan secepat mungkin.
4.

Semasa menjalankan penyelidikan, jika subjek kajian terdiri daripada kanak-kanak atau
mereka yang mempunyai kecacatan yang menghadkan kefahaman dan/atau komunikasi,
penyelidik hendaklah mengambil prosedur langkah-langkah keselamatan yang khusus dan
rapi.

5.

Sentiasa menjalankan penyelidikan, maklumat peribadi subjek hendaklah dirahsiakan
kecuali dengan persetujuan subjek. Jika terdapat sekiranya ada kemungkinan orang lain
boleh memperolehi maklumat itu, kemungkinan ini bersama dengan perancangan untuk
mengawal kerahsiaan perlu diterangkan kepada subjek sebagai sebahagian daripada

prosedur memperolehi persetujuan bermaklum.

C
.

Penerbitan

1. Dengan menerbitkan hasil penyelidikan, kaunselor mempunyai tanggungjawab mematuhi
etika penerbitan dan undang-undang hakcipta.
2. Hasil kajian hendaklah dilaporkan dengan tepat dan lengkap.
3. Apabila memberikan maklumat kepada penyelidik lain yang memerlukan data asal,
kaunselor hendaklah melindungi identiti subjek kecuali dengan kebenaran khusus subjek
telah perolehi.

LATIHAN
1. Kaunselor hendaklah menerangkan kepada pelatih tentang keperluan dan kandungan
program latihan serta peluang pekerjaan yang ada sebelum pelatih mengikuti program
tersebut.
2. Kaunselor hendaklah mempunyai polisi yang jelas mengenai latihan praktikum dan peranan
pelatih serta pengajar.
3. Klien hendaklah diberitahu jika dia diberi khidmat kaunseling oleh pelatih dan juga
diberitahu implikasi ke atas batas kerahsiaan.
4. Kaunselor yang bertanggungjawab dalam bidang latihan mestilah mahir sebagai pengajar
dan pengamal.
5. Kaunselor hendaklah memberi maklumat yang benar tentang kelayakan, kecekapan latihan
dan pengalaman mereka.
6. Kaunselor mestilah tidak menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengajar atau penyelia
pelatih di luar bidang profesional atas kepentingan peribadi, perhubungan emosi atau
seksual.

PENGUKURAN DAN PENILAIAN
1. Kaunselor hendaklah dengan memberi penerangan yang Iengkap mengenai ujian supaya
keputusan ujian itu dapat diterima oleh klien dalam perspektif yang betul.
2. Kaunselor hendaklah berhati-hati dalam menggunakan ujian. Dia hendaklah menggunakan
ujian

dimana

dia

mempunyai

kelayakan

dan kemahiran

untuk

mentadbir

dan

menginterpretasi keputusan ujian itu. Tujuan dan kegunaan keputusan hendaklah diberitahu
kepada klien sebelum ujian diberi kecuali pengecualian hak yang eksplisit dipersetujui
terlebih dahulu.
3. Kauselor hendaklah memberi keterangan yang tepat apabila membuat kenyataan kepada
orang awam mengenai ujian dan pengujian.
4. Kaunselor hendaklah mengawasi supaya keputusan ujian tidak disalah erti atau
disalahgunakan.

GLOSSARY
1. Kod etika - Ethical code
- pertaining to concepts or construct that are believed to be universal and have found to exist
in all known cultures. (English H.B & English A.C 1970)
berhubung dengan konsep-konsep atau gagasan yang dianggap universal yang telah wujud
dalam semua budaya.
2. Kaunselor - Counselor
- a professionally trained person who does counseling. It may include other professionally
trained persons e.g. vocational guidance specialist, clergy, social workers, as well as
counseling psychologists. (English H.B & English A.C 1970)
seseorang profesional yang terlatih dalam bidang kaunseling. lanya boleh juga tergolong
dalam bidang Iain seperti mereka yang terlatih secara profesional dalam pekerja keagaman,
pekerja-pekerja sosial, pakar bimbingan kerjaya ataupun kaunselor psikologi.
3. Etika - Ethics
- the study of the ideal in human character and conduct. Distg.fr. morality the code of good
behavior accepted in a particular society (English H.B & English A.C 1970)
adalah kajian terhadap sikap dan tindak-tanduk manusia yang ideal dan ianya berlainan
dengan morality.
4. Perhubungan Profesional - Professional Relationship
- relating to the work that a person does for an occupation especially work that requires the
way in which two people or group of people behave towards each other and feel towards

each other. (English H.B & English A.C 1970)
- it is a private and confidential relationship in which clients have the right to verbalize
anything they wish without fear of negative consequences. (Blackham G. 1975:8)
berkaitan dengan pekerjaan seseorang terutamanya pekerjaan yang memerlukan interaksi
antara dua orang atau sekumpulan pekerja iaitu bagaimana mereka berhubung antara satu
sama lain
ianya adalah perhubungan yang sulit dan persendirian di mana kelayan mempunyai hak
untuk menyuarakan pendapatnya tanpa rasa takut ataupun memikirkan akibat negatif.

5. Kaunseling - Counseling
- relationship in which one person endeavors to help another to understand and to solve his
adjustment problem. The area of adjustment is often indicated educational counseling,
vocational counseling, social counseling, etc. (English H.B & English A.C 1970)
perhubungan di mana seseorang itu berikhtiar/berusaha untuk membantu orang Iain dalam
memahami dan menyelesaikan masalah penyesuaian. Selalunya penyesuaian dalam
menyelesaikan sesuatu masalah itu dapat dilihat melalui kaunseling pendidikan, kaunseling
vokasional, kaunseling sosial dan lain-lain.
6. Penghargaan kendiri - Self esteem
- the personal evaluation which an individual makes of her or himself, their sense of their own
worth, or capabilities. Excessively low self esteem is regarded as indicating a likehood of
psychological disturbance and is particularly characteristic of depression. There are several
simple questionnaires which have been developed for measuring self esteem as well as more
sophisticated tests such as the Q-sort. (Bhagi, M & Sharma S 1992) Volume 4
penilaian peribadi yang dibuat oleh seseorang individu terhadap diri sendiri iaitu tafsiran
terhadap keupayaan mereka. Harga diri yang rendah selalunya dikaitkan dengan latar
belakang psikologi yang sering terganggu iaitu satu ciri kemurungan. Harga diri boleh
diukur melalui beberapa kaedah soalselidik yang senang dan juga terkini seperti Q-sort.
7. Nilai-nilai - Values
- A concept accepted in philosophy, ethics, aesthetics and sociology, and characterising the
socio-historical significance for society and the personalised meaning for individuals of

certain realities. Values are an important factor in social regulation of individual behavior
and human interrelations. (Bhagi, M & Sharma S 1992) Volume 4
satu konsep yang diterima dalam ilmu falsafah, etika, estetik dan sosiologi di mana ia
memperlihatkan kesignifikanan 'sosiologi - historical' dalam masyarakat dan mempunyai
makna peribadi bagi seseorang individu dalam mentafsir sesuatu kenyataan.
8. Intervensi - Intervention
- an action by a therapist that tends to direct or influence the client's behavior during a
therapy session or in general (English H.B English A.C 1970)
satu tingkahlaku oleh seorang ahli terapi yang cenderung untuk mempengaruhi kelakuan
kliennya semasa sesi terapi atau di luar terapi.
9. Majlis Kaunseling Kebangsaan - National Counseling Council
- Majlis yang ditubuhkan atas arahan Jemaah Menteri, dipengerusikan oleh Menteri
Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.
10. Kelayan - Clien
- a person who comes for counseling or psychotherapy: a counselee. (English H.B & English
A.C 1970).
seseorang yang memerlukan kaunseling atau psikoterapi.
11. Perkembangan - Development
- the process of change over the lifespan; one aspect is physical development which is
strongly influenced by genetic tendencies. The other is psychological development which is
much more directly influenced by enviromental factors. (Bhagi, M & Sharma S. 1992)
Volume 1
proses perubahan dalam kehidupan seseorang; satu aspek adalah perkembangan fizikal
yang dipengaruhi kuat oleh genetik. Aspek yang lain adalah perkembangan psikologi di
mana ianya boIeh dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
12. Menangani krisis - Crisis Management
- a crisis is (a) a turning point marked by sharp improvement or sharp deterioration, (b) a
decision or event of great psychological significance for the individual (Chaplin, 1975).
Crisis management involves an ability to keep in control, attend to, or succeed in handling

crises.
krisis adalah (a) titik penentu yang disebabkan oleh kemajuan atau kemerosotan secara
mendadak, (b) satu keputusan psikologi yang signifikan pada individu. Pengurusan krisis
memerlukan keupayaan dalam mengawal, menghadapi atau menyelesaikan krisis.
13. Konsep kendiri - Self concept
- a person's view of himseIf the fullest description of himself of which a person is capable at
any given time. (English H.B & English A.C 1970)
pendapat seseorang itu terhadap diri sendiri; penjelasan selengkapnya mengenai seseorang
sekadar yang boleh bagi sesuatu ketika.
14. Ketabahan emosi - Emotional stability
- characteristic of having good emotional control and consistency or of not reacting
excessively to emotional situations. (English H.B & English A.C 1970)
sikap yang pandai mengawal emosi iaitu tidak cepat beremosi apabila berhadapan dengan
sesuatu situasi.
15. Fasilitator - Facilitator
- a professionally trained or lay group member who fulfills some or all of the functions of a
group leader, e.g. psychotherapist who Ieads a therapy group. (Bhagi, M & Sharma S.
1992) Volume 4
seseorang atau sekumpulan individu yang dilatih secara profesional yang berfungsi sebagai
ketua kumpulan seperti ahli terapi psikologi yang mengetuai satu kelompok terapi.
16. Kesejahteraan fizikal - Physical well being
- ideal state of enriched physical health and enhanced life. (Papilia & Olds)
keadaan fizikal yang sihat dan kehidupan yang ideal.
17. Kesejahteraan psikologi - Psychological well being
- ideal state of enriched psychological health and enhanced life.
kesejahteraan kehidupan serta keadaan psikologi yang ideal.
18 Bidang kepakaran - Expertise
- is a skill or knowledge that is acquired by training, study of practice, a formal world. e.g.

his professional expertise..

(English H.B & English a.C 1970)

pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui latihan, pembelajaran dan amalan.
Contoh kepakaran profesional.
19. Hubungan - Interpersonal
Merujuk kepada pertalian dengan orang lain. Biasanya digunakan untuk menghuraikan
pertalian erat dengan pihak yang lain.
20. Subjek penyelidikan - research subject
- you study it in detail by collecting and analysing facts and information in order to try to
gain new knowledge or new understanding. (English H.B & English A.C 1970)
mendapat dan menganalisa fakta dan maklumat secara terperinci dalam usaha untuk
menjumpai pengetahuan atau pemahaman yang baru
21. Pengawasan - Observing
Memerhatikan dan menyemak perasaan, pemikiran dan tingkahlaku anda dan orang lain.
Menyimpan data rekod tentang tingkahlaku.
22. Kecacatan psikologi, fizikal atau sosial - Handicapped (physical, social, psychological)
- having less than normal ability of having an anatomical or functional defect which makes it
difficult for one to compete with his peers (Chaplin 1975)
mempunyai keupayaan yang kurang normal atau kecacatan yang membuatkannya susah
untuk bersaing dengan orang lain.
23. Persetujuan bermaklum - Informed Consent
-

permission given to someone to do something by a person who has authority over them.

- agreement about something between two or more people or groups. (English H.B & English
A.C 1970)
keizinan yang diberikan kepada seseorang untuk melakukan sesuatu oleh sesorang individu
yang mempunyai kuasa.
persetujuan terhadap sesuatu di antara dua orang individu atau lebih.
24. a) Teknik terselindung - Disguised technique
- in testing it refers to tests in which the subject is unaware of the purpose of the test and the

ways in which responses will be interpreted. (Pervin 1980).
Dalam sesuatu ujian, subjek tidak mengetahui tujuan ujian diadakan dan juga cara
penilaiannya.
b) Penipuan - Cheating
- is used to describle someone who is considered to be dishonest or deceitdful, showing
disapproval. (English H.B & English A.C 1970).
digunakan untuk menerangkan seseorang yang dianggap sebagai tidak jujur atau penipu.
25. Kerahsiaan - Keeping trust
- berhubungkait dengan kepercayaan orang lain terhadap anda di mana anda tidak akan
mendedahkan sebarang maklumat peribadi mereka tanpa kebenaran.
26. Undang-undang hak cipta - Copyright laws
- refers to all copyright laws made in Malaysia.
merujuk kepada undang-undang hak cipta terpelihara Malaysia.
27. Tepat dan lengkap - Being concrete
- bersifat konkrit, jelas dan spesifik. Mengelakkan daripada generalisasi yang kurang jelas.
28. Latihan praktikum - Articleship; practicum; internship
- on the job activities conducted in partial fulfilment of academic or professional
qualifications.
aktiviti-aktiviti dalam pekerjaan dalam memenuhi sebahagian syarat akademik atau
kelayakan profesional.
29. Perhubungan emosi atau seksual - Emotional or sexual relationship
- sexual or emotional relationships between two or more individuals.
perhubungan seks atau emosi antara dua individu atau lebih.