Hubungan ekonomi antara Islam dan bukan

FACULTY OF APPLIED SOCIAL SCIENCES (FASS)

AMIRUL ASYRAF BIN NASARUDDIN

SEMESTER IV / 2014

AMSS 5403

TRANSAKSI DALAM SISTEM MUALAMAT DI MALAYSIA

NO. MATRIKULASI

:

NO. KAD PENGNEALAN

CGS00845425
:

901208-08-5647


NO. TELEFON

:

+6013-4367511

E-MEL

:

al_hafiz812@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

:

GREENHILL LEARNING CENTRE

1


1. Pendahuluan
Islam adalah agama yang cukup sinonim dengan damai, adil dan toleransi serta
berperikemanusiaan. Justeru, Islam sentiasa memberi penekanan kepada konsep hidup
bermasyarakat. Lantas, Islam memberikan ruang yang luas bagi setiap orang yang mengamalkan
toleransi dan menghargai kebebasan. Islam membentuk nilai-nilai toleransi untuk dijelmakan
melalui sistem muamalat sesama manusia. Sejak awal lagi, Islam mengamalkan sikap toleransi
terhadap orang bukan Islam yang tidak memusuhi penganut Islam. Dalam berurusan dengan
manusia, Allah s.w.t mengajar ummat manusia supaya sentiasa bersikap toleransi sama ada
ketika bersama kawan maupun lawan. Hubungan muslim dengan bukan muslim pada dasarnya
menyentuh bidang tugas pemerintah untuk mengatur cara terbaik untuk mengatur hubungan
tersebut. Ini kerana bukan muslim itu sendiri yang dikenali dengan konsep ahli al-dhimmah
mengandungi makna politik, antaranya untuk menjamin warganegara yang status agamanya
berlainan dengan status agama Negara (Islam) dimana jaminan ini hanya berlaku jika seseorang
itu mempunyai kuasa memerintah Negara atau disebut sebagai kuasa politik.
Selain politik, ekonomi adalah suatu aspek yang menuntut muamalah antara orang Islam
dan bukan Islam. Ekonomi menurut pandangan Islam ialah satu ilmu yang mengkaji tentang
kegiatan manusia selaras dengan tuntutan syariat Islam sama ada di peringkat perolehan,
penggunaan, atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan Negara dari segi
rohani dan jasmani bagi mendapat keredhaan Allah. (Jumali, 2010). Islam mengiktiraf pemilikan
harta secara individu tetapi pemilik harta mestilah memelihara agama, jiwa, akal, kehormatan

dan keselamatan harta serta melarang dari memperoleh harta dari sumber yang haram.
Pada dasarnya terdapat tiga sistem ekonomi yang diaplikasikan pada masa kini di seluruh
belahan dunia iaitu sistem ekonomi kapitalis, sistem ekonomi sosialis, dan sistem ekonomi
Islam. Dalam konteks ekonomi global, sistem ekonomi kapitalis telah mampu meningkatkan
kemakmuran rakyat di Negara yang mengaplikasikan sistem ekonomi tersebut. Sistem kapitalis
didukung oleh nilai-nilai kebebasan untuk memenuhi keperluan hidup. Kebebasan ini telah
menyebabkan berlakunya persaingan di antara sesama manusia untuk bertahan secara individu,
kebebasan ekonomi dan persaingan bebas. Hal ini telah menyebabkan berbagai masalah timbul
keranan kemakmuran tidak mampu tercapai dengan prinsip kebebasan ekonomi yang di

AMSS 5403

aplikasikan sehingga munculnya berbagai solusi bagi mengatasi masalah tersebut. Antara solusi
yang muncul adalah mengamalkan sistem ekonomi berteraskan Islam.
2. Prinsip Perhubungan Antara Orang Islam Dengan Orang Bukan Islam
Islam sebagai suatu agama yang sesuai dengan naluri manusia sememangnya mengakui
keperluan asas manusia iaitu pentingnya perhubungan sesama manusia. banyak ayat-ayat alQuran yang tentang kepentingan supaya manusia tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit
bersatu dalam kehidupan di dunia. Firman Allah di dalam surah al-Hujuraat, ayat 13;

       


 


     
     
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di
antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

Dari ayat ini, dapat kita fahami bahawa umat Islam di tuntut untuk saling kenal
mengenal. Beberapa prinsip atau atau asas yang menjadi pegangan umat Islam dalam
perhubungan sesama manusia antaranya adalah;
a) Persamaan Hak Sesama Manusia.
Islam mengiktiraf bahawa manusia adalah sama dari sudut kemanusiaan dan hak-hak
serta kewajipan bernegara. Islam tidak membeza-bezakan antara agama, bagsan mahupun warna
kulit. Bahkan Islam secara jelas memerangi fikrah membeza-bezakan warna kulit dan bangsa.

Nabi s.a.w. telah bersabda yang bermaksud “Tidak ada keutamaan bagi orang arab ke atas orang
ajam (selain arab) dan tidak ada keutamaan bagi orang berkulit hitam dengan orang arab
melainkan taqwa” (HR Ahmad)
Syeikh Muhammad Abu Zahrah berkata; prinsip pertama yang menyusun perhubungan
antarabangsa dalam Islam adala ‘ta’aruf’ iaitu berkenal-kenalan dan berbaik-baik sesama
manusia. perkenalan tersebut tidak akan terjadi kecuali antara dua pihak yang sama tarafnya. Jika
tarafnya tidak sama, ia tidak disebut ta’aruf, tetapi disebut tahakkum iaitu satu pihak menguasai
3

satu pihak yang lain. Oleh sebab itu, Islam mementingkan persamaan sesama manusia agar boleh
saling berkenal-kenalan dan berbaik-baik sesama insan. (JAIS, 2014).
b) Perdamaian
Perdamaian Islam diutuskan oleh Allah S.W.T sebagai pedoman kepada makhluk
keseluruhannya. Atas asas keadilan, ia secara jelas menentang penganiayaan dan kezaliman
sesama insan. Islam menjadikan pendamaian sebagai suatu prinsip yang penting dalam
kehidupan manusia dan menyeru manusia kepada pendamaian sama ada di dunia mahupun
akhirat. Allah S.W.T telah berfirman di dalam surah al-Maaidah, ayat 14;

    
     

    
    
     
Dan di antara orang-orang Yang berkata:" Bahawa Kami ini orang-orang Nasrani", Kami juga
telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan)
sebahagian dari apa Yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan
permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari kiamat; dan Allah akan
memberitahu mereka Dengan apa Yang telah mereka kerjakan.

Pendamaian sebagai syiar Islam juga telah dijelaskan dalam hadis Nabi saw yang
menjadikan ucapan salam (tanda pendamaian) sebagai kata pembuka bicara dalam perhubungan
sesama manusia. Bahkan ucapan tersebut hendaklah disebut selalu kerana ia merupakan jalan
seseorang yang mahu ke syurga. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Tidak akan masuk
syurga sehingga kamu beriman, dan tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang.
Mahukah aku tunjukkan kamu satu perbuatan yang sekiranya kamu membuatnya akan
menimbulkan rasa kasih sayang antara kamu? Sebarkanlah salam antara kamu. (HR Muslim).
c) Keadilan
Di dalam al-Quran, Allah telah menyatakan secara jelas bahawa asas hukum Islam dalam
soal perhubungan sesama manusia adalah keadilan. Allah berfirman di dalam surah surah anNahl, ayat 90;


 


  







AMSS 5403

 


  

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi
bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan

Yang keji dan mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan
laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.
Syeikh Muhammad Abu Zuhrah berkata bahawa setiap agama mempunyai cirri yang
tertentu, maka antara ciri Islam adalah keadilan. Keadilan merupakan ukuran yang benar dalam
mengatur perhubungan hidup manusia ketika damai mahupun ketika perang. Dalam keadaan
damai, keadilan menjadi tunggak dalam kehidupan dan ketika perang, keadilan menjadi teras
dalam melakukan keputusan.
d) Menghormati Perjanjian
Menghormati dan mematuhi perjanjian yang dibuat merupakan suatu yang suci dalam
Islam. Firman Allah di dalam surah an-Nahl, ayat 91;

     
     
       
  
Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu
berjanji; dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu
menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai
Penjamin kebaikan kamu; Sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa Yang kamu
lakukan.


Sejarah telah membuktikan di dalam peristiwa perjanjian aqabah mahupun perjanjian
hudaibiyyah antara Rasulullah s.a.w. dengan orang bukan Islam telah dipenuhi dan dituruti
sepenuhnya oleh baginda. Berbeza dengan pihak yahudi yang tidak mengotakan apa yang telah
mereka janjikan. Hasilnya, kemenangan berada di pihak Rasulullah dengan bertambah ramai
manusia yang memeluk agama Islam. Peristiwa ini menunjukkan bahawa tujuan kita melakukan
perjanjian bukan semata-mata untuk menguasai orang auatu masyarakat lain, tetapi ia turut
dibuat untuk mencapai kedamaian, dan menamatkan persengketaan, salah satu caranya adalah
melalui kejujuran dengan melaksanakan perjanjian.
e) Tolong Menolong
5

Syeikh Muhammad Abu Zuhrah berkata; “Antara ciri telah berlakunya at-Ta’aruf antara
masyarakat yang berlainan bangsa ialah wujudnya prinsip tolong menolong sesama manusia.
Sesungguhnya tolong menolong adalah tanda zahir adanya ikatan jiwa antara masyarakat samada
kecil ataupun besarnya sesebuah masyarakat. Allah SWT telah berfirman di dalam surah alMaaaidah, ayat 2;

      






      
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan
janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan
bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi
sesiapa Yang melanggar perintahNya).

Ayat di atas jelas telah menggambarkan kepada umat Islam bahawa saling tolong
menolong dalam mencari kebaikan adalah sesuatu yang dituntut. Nabi saw telah melaksanakan
prinsip tolong menolong dalam urusan kemasyarakatan seperti dalam urusan bernegara. Ketika
sampai di madinah, baginda telah mengadakan perjanjian dengan kaum yahudi untuk berbaikbaik dan saling tolong menolong dalam perkara kebajikan serta menjaga akhlak masyarakat
daripada kejelekan. Malahan dalam perjanjian dengan kabilah-kabilah arab dari Negara lain,
Rasululllah sentiasa menyokong perjanjian untuk mencegah dalam perkara keburukan dan
kemusnahan. Demikianlah beberapa prinsip perhubungan antara orang Islam dan orang bukan
Islam yang dapat dikemukakan. (JAIS, 2014).
3. Kaedah Fiqh Yang Menjadi Teras Dalam Perhubungan Antara Orang Islam Dengan Orang
Bukan Islam.
Dalam hukum Islam, terdapat beberapa kaedah fiqh yang dapat diguna pakai dan menjadi

asas dalam perhubungan antara orang islam dan orang bukan Islam. Antara kaedah-kaedah
tersebut adalah;
a) Sesuatu perkara itu ditentukan berdasarkan niat (Al-‘umur bi maqasidiha)
Berdasarkan kaedah ini, setiap perbuatan atau perkataan yang dilakukan oleh seseorang
mukallaf akan dikira melalui niatnya atau tujuannya. Niat sangat penting dalam menentukan
kualiti atau makna perbuatan seseorang sama ada seseorag itu melakukan perbuatan dengan niat
ibadah atau sebaliknya. (Afendi Awang, 2011). Dengan ini, jika seseorang Islam itu

AMSS 5403

bermuamalah dengan seseorang yang bukan Islam dengan niat yang membawa kepada kebaikan,
maka ianya dibenarkan pada sisi syara’.
b) Kesulitan melahirkan kemudahan (Al-masyaqqah tajlibu taysir)
Para ulama’ mendefinisikan kesulitan di sini sebagai kesukaran yang terlepas daripada
tanggungjawab dari segi syarak dan kesukaran tersebut boleh membawa kesusahan dan
kemudaratan kepada manusia. Syeikh Muhammad Uthman Syibir menjelaskan bahawa kaedah
ini merupakan gambaran penting tentang kesederhanaan dalam Islam, juga gambaran di mana
tanggungjawab dan bebanan adalah sesuai dengan kemampuan manusia. Sumber kepada kaedah
ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 185;

       
   
     
Ertinya: Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu
menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan
Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan
supaya kamu bersyukur.

Contoh aplikasi kaedah ini, apabila seseorang dalam kesusahan, maka diharuskan
baginya melakukan hal-hal yang tidak dibenarkan sebelumnya. Dalam ibadah misalnya, orang
yang sakit dibenarkan bertayammum bagi menggantikan wudhuk. Jika dalam muamalah, orang
Islam dibenarkan untuk berurusan dengan orang bukan Islam jika di tempat itu tidak ada orang
Islam yang melakukan urusan muamalah tersebut. Contohnya seperti jual beli rumah.
Kebanyakan orang menguasai urusan jual beli rumah adalah orang bukan Islam. Maka dalam
keadaan ini, dibolehkan bermuamalah dengan orang yang bukan Islam.
c) Tidak ada kemudaratan dan tidak pula dimudaratkan (La dharar wa la dhirar)
Kaedah ini telah digunakan oleh fuqaha dalam menentukan hukum-hukum bagi masalahmasalah yang baru ketika berlakunya sesuatu keadaan yang disebut sebagai kemudaratan.
Berdasarkan kaedah ini, wajib dihilangkan kemudaratan ke atas seseuatu perkara apabila ianya
timbul. (Afendi Awang, 2011). Allah telah berfirman di dalam surah al-Baqarah, ayat 233;

      
  
7

Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga
menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya.
Aplikasi kaedah ini berdasarkan pendapat sheikh az-Zuhaily dapat ditemui dalam
pelbagai cabang fiqh. Misalnya prinsip yang mengharuskan pembatalan kontrak kerana
kecacatan padanya, gentian barang yang hilang, pengharusan tegahan menguruskan sesuatu
urusan daripada orang yang lemah fikiran dan beberapa contoh yang lain. (Afendi Awang, 2011).
d) Keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan keraguan (Al-yaqin La Yazul bi shak)
Makna al-yakin dari segi bahasa ialah pengetahuan tanpa keraguan. Dari sudut istilah
pula, al-yakin adalh kepercayaan yang kukuh bersesuaian dengan hakikat yang nyata. Manakala
keraguan bermaksud keraguan antara dua perkara yang bertentangan tanpa ada kepastian salah
satu daripada keduanya mana yang lebih kukuh. (Zhou Zhou, 2005). Kaedah ini amat penting
kerana ia mengandungi kebaikan yang menyeluruh kepada Syariah Islamiyyah. Kaedah ini
bertujuan membuang keburukan dengan wujudnya keyakinan dan meluptkan keraguan seperti
was-was. Aplikasinya berlaku dalam perlbagai cabang fiqh. Dalam hadis, Rasulullah s.a.w. telah
bersabda yang bermaksud;
“Apabila seseorang daripada kamu merasai sesuatu di dalam perutnya, maka timbul
keraguan di dalam dirinya, sama ada sesuatu telah keluar atau belum daripadanya. Maka
hendaklah dia tidak meninggalkan masjid (untuk tujuan berwudhuk), sehingga dia telah yakin
bahawa wuduknya telah terbatal”
Kata Wahbah az-Zuhaily, jika sesuatu perkara itu telah dibuktikan keyakinannya, maka
luputlah keraguan ke atasnya dan keraguan tidak boleh mempengaruhi keyakinan kerana
keyakinan lebih kuat daripada keraguan dan sangkaan (Afendi Awang, 2011). Oleh itu, jika
seseorang Islam itu melakukan muamalah dengan seseorang yang bukan Islam, dia haruslah
yakin bahawa aktiviti tersebut adalah bertujuan untuk mencapai maslahah dan keyakinan itu
tidak boleh dihilangkan dengan keraguan-keraguan yang timbul.
e) Adat sebagai asas pertimbangan (Al-‘adatu muhakkamah)
Kaedah ini secara ringkasnya bermaksud adat diterima sebagai hukum. Kaedah ini
digunakan oleh fuqaha secara meluas pada masalah yang berkaitan dengan muamalat dan
penghakiman di samping bidang-bidang yang lain. Dalam skop muamalah misalnya, kaedah ini
penting kerana urusan perniagaan itu sangat luas dan berubah-ubah mengikut perubahan masa

AMSS 5403

dan tempat. Menurut syeikh Uthman Syibir, kaedah I I merupakan kaedah yang berkembang
bersama perkembangan manusia dan adat-adat yang baik yang diterima pakai di kalangan
manusia yang terhasil melalui pelbagai urusan urusan muamalah yang berlaku di kalangan
sesama manusia. (Afendi Awang, 2011).
4. Pandangan Islam Mengenai Pemboikotan Barangan Yang Dikeluarkan Oleh Orang Bukan
Islam
Islam memandang pemboikotan barangan yang dikeluarkan oleh orang bukan Islam dari
dua sudut iaitu;
a) Dia mengetahui secara pasti bahawa barangan tersebut akan membantu orang kafir
memerangi orang Islam.
Dalam situasi ini, wajib baginya untuk memboikot barangan daripada orang kafir
tersebut. Ini kerana ia telah menjurus kepada membantu orang kafir dalam perkara dan
permusuhan yang ditegah syara’. Sebagaimana syara’ yang melarang menjual anggur kepada
mereka yang menggunakannya untuk membuat arak, menjual senjata pada zaman fitnah apabila
berlaku kekacauan sesama umat Islam dan member pinjaman kepada mereka yang akan
menggunakannya untuk perkara yang haram. Hukum ini khas kalau sekiranya dia mengetahui
secara pasti sama ada pengetahuannya secara lansung atau melalui berita orang yang
dipercayainya. (Idris Sulaiman, 2014)
b) Dia tidak mengetahui secara pasti sama ada hasil barangan yang dibeli itu akan menjurus
kepada menghancurkan Islam atau tidak.
Islam pada dasarnya membolehkan orang Islam berjual beli dengan orang kafir. Namun
perlu dilihat kepada maslahat (kenaikan) atau mudharat (keburukan) yang akan terhasil dari hasil
penjualan produk tersebut. Boikot hanya dibenarkan apabila keburukan lebih banyak dari
kebaikan. Adapun memboikot barangan orang kafir yang dijual oleh agen muslim atau barangan
kafir yang dikilangkan oleh orang muslim, ia jelas memudharatkan peniaga muslim tersebut.
Maka ia tidak dibolehkan.
Tidak dinafikan bahawa terdapat kemungkinan bahawa syarikat pengeluar induk iaitu di
pihak kafir akan terkesan mengalami sedikit sebanyak kerugian. Namun perlu diingat bahawa
kesan boikot tersebut sudah pasti akan dirasai oleh peniaga muslim berbanding pengeluar kafir

9

yang belum tahu samada mereka terjejas atau tidak. Dalam keadaan ini memboikot barangan
tersebut amatlah tidak wajar. (Idris Sulaiman, 204).
5. Kedudukan Barangan Yang Dikeluarkan Oleh Orang Bukan Islam Dari Sudut Maqasid
Syariah
Maqasid syariah bererti tujuan, natijah atau maksud yang dikehendaki oleh syara’ melalui
sumber dalilnya menerusi al-Quran dan as-Sunnah secara umum dan khusus, untuk menetapkan
kemaslahatan manusia (Abdul Basit Abdul Rahman, 2009). Dr Wahbah al-Zuhaili
mendefinisikan maqasid syariah sebagai nilai-nilai dan tujuan syara’ yang tersirat dalam segenap
atau sebahagian besar dari hukum-hukumnya. Nilai-nilai dan tujuan itu dipandang sebagai
maksud dan rahsia syariah yang ditetapkan oleh Allah dan rasul dalam setiap ketentuan hukum.
(Wahbah Al-Zuhaili, 1986).
Para ulama’ mengingatkan bahawa dalam menentukan hukum sesuatu perbuatan manusia
itu, ia hanya boleh ditentukan setelah melihat natijah atau hasil perbuatan tersebut samada ia
melahirkan kebaikan (maslahah) atau keburukan (mafsadah). Maka suatu perbuatan itu tidak
akan diizinkan walaupun ia mendatangkan maslahah tetapi berakhir dengan mafsadah. Jika hasil
akhirnya nanti membawa kepada maslahah tanpa membawa mafsadah, maka ia diperbolehkan.
Terdapat dua kaedah yang menjadi sandaran dalam menilai kebaikan dan keburukan sesuatu
perbuatan. Dua kaedah tersebut adalah;
a) Sekiranya sesuatu perbuatan menjurus kepada keburukan (mafsadah) dan tidak ada
kebaikan (maslahah) yang mendominasi perbuatan itu, maka ia terlarang.
b) Dalam menilai kebaikan (maslahah) atau keburukan (mafsadah) sesuatu perbuatan, cukup
dengan sangkaan kuat. Tidak perlu sampai tahap yakin.
Imam Izzuddin Abdul Salam menegaskan bahawa maqasid syariah merupakan penanda
aras dalam menilai sesuatu hukum. Menurut beliau lagi, hukum-hukum syara’ mempunyai tujuan
yang khusus dan maqasidnya yang tersendiri yang memfokuskan kepada menjaga kemaslahatan
manusia di dunia dan di akhirat. (Mohamad Ismail Mohd Yunus, 2011).
Dari pembahasan yang dimukakan oleh para ahli di atas, dapat difahami di sini bahawa
kedudukan barangan yang dikeluarkan oleh puak yahudi adalah tergantung kepada kemaslahatan

AMSS 5403

semasa. Jika ianya akan membawa kepada kebaikan (maslahah), maka ianya diharuskan.
Sebaliknya jika ia akan membawa kepada keburukan (mafsadah), maka ianya di haramkan.
6. Kesan Pemboikotan Barangan Yang Dikeluarkan Oleh Orang Bukan Islam
Bagi menilai kesan terhadap pemboikotan barangan yang dikeluarkan oleh orang bukan
Islam, kita dapat lihat dari sudut ekonomi kerana pemboikotan barangan sangat berkait rapat
dengan kejatuhan ekonomi. Sebagai contoh pemboikotan terhadap Israel, ia telah menggugat
pendapatan ekonomi negaranya apabila boikot dilakukan secara berterusan. Kegusaran terhadap
implikasi boikot ini terzahir dari perdana menterinya iaitu Benjamin Nentahayu yang
menyatakan bahawa kempen boikot ini dalah merupakan suatu ancaman kepada negaranya.
Menurut Washington post, jumlah nilaian eksport daripada Israel telah menurun 14% setelah
kebanyakan rangkaian pasaraya di Eropah telah memboikot barangan Israel. (http://tokilman.blogspot.com/2014/08/boikot-antara-realiti-dan-kontroversi).
Dengan itu, dapat disimpulkan disini bahawa kegiatan memboikot barangan yang
dikeluarkan oleh orang bukan Islam akan menyebabkan ekonomi mereke merosot dan seterusnya
mampu melemahkan ekonomi mereka. Dari sudut psikologinya menurut saya, ia mampu
melemahkan mereka dari terus menerus member ancaman dan tekanan kepada umat Islam.
namun dari sudut maslahahnya, bukan semua produk bukan Islam harus di boikot. Ini kerana
tindakan itu akan melemahkan umat Islam sendiri kerana Islam pada masa kini sudah
ketinggalan jauh dari sudut penguasaan ekonomi.
7. Cadangan Berkesan Dalam Menangani Isu Hubungan Ekonomi Antara Orang Islam Dengan
Orang Bukan Islam
Cadangan yang paling relevan dalam menangani isu ini adalah kembali pada apa yang
diajarkan oleh Islam mengenai perhubungan muamalah sesama manusia. Islam tidak pernah
sesekali meremehkan unsur ekonomi dan peranannya dalam memakmurkan bumi, memajukan
tamadun manusia. merealisasikan kehidupan yangbaik bagi manusia serta membantu mereka
dalam menunaikan kewajipan kepada Tuhan yang telah menciptakan dan menyempurnakan
manusia serta menjadikannya sebagai khalifah di muka bumi ini. Namun sentiasa ditegaskan
bahawa meskipun kehidupan ekonomi yang baik merupakan salah satu tujuan Islam yang
didambakan, ia bukanlah meruapakan matlamat terakhir. Sebaliknya ia hanyalah merupakan
suatu sarana untuk mencapai matlamat yang lebih besar. Inilah perbezaan utama antara ajaran
11

Islam dengan aliran-aliran materialisme sekular, samada sosialisme yang ekstrim dan kapitalisme
yang fanatik. (Mufti Labib, 1998).
Usaha aliran-aliran sekularisme itu bergantung pada manusia dalam menyediakan
keperluan hidupnya. Usaha ekonomi mereka tidak pernah melebihi had kepentingan duniawi.
Oleh sebab itu mereka menganggap bahawa kemewahan kebendaan ialah maltamat terkahir dan
ia merupakan suatu yang diidam-idamkan. Berbeza dengan tujuan ekonomi Islam, di sebalik
mengejar kebaikan dan keselesaan hidup ia juga menekankan aspek meningkatkan nilai diri
manusia dan mengangkat rohani mereka menuju Tuhan. Dengan demikian, usahanya untuk
mencari sepotong roti dan lauk pauk tidak akan mengganggu usahanya dalam mengenal Tuhan.
(Mufti Latib, 1998)
8. Kesimpulan
Prinsip-prinsip serta nilai-nilai yang telah diterangkan di atas adalah merupakan teras
ekonomi Islam dan semangat yang ditiupkan kepada seluruh undang-undang dan hukum Islam.
ia mrupakan fakta kebenaran yang mendapat tempat serta akar yang mendalam pada akal, hati,
pemikiran, perasaan, dan nurani seseorang. Kebenaran dalam teori-teori ini bukanlah hasil
pemikiran ahli falsafah, bukan ijtihad seorang pembaharu, bukan hukum seorang ahli fiqh dan
bukan pula khayalan dari seorang seniman atau penyair. Sebaliknya ia adalah petunjuk Tuhan
dan pesanan nabi yang diturunkan dalam kitab suci al-Quran dengan pengutusan rasul-Nya yang
mulia, demi menegakkan tonggak kehidupan, mendirikan neraca keadilan dan menghidupkan
suasana yang baik. Ia juga menerangi kehidupan manusia dengan cahaya petunjuk dan
menjelaskan kepada mereka cabaran-cabaran perjalanan hidup agar mereka tidak goyah dengan
tujuan kehidupannya, tidak bercerai berai jalannnya dan tidak menyeleweng dari jalan yang lurus
dengan mengikuti jalan-jalan orang yang jahil dan sesat.
 3241 Patah Perkataan

DAFTAR RUJUKAN

AMSS 5403

1. Mufti Labib, Arsil Ibrahim, (1998) “Peranan Nilai dan Akhlak dalam Ekonomi Islam”,
(Kuala Lumpur : ABIM)
2. Afendi Awang, (2011) “Kaedah Pengajian Syariah”, (Kuala Lumpur : Open University
Malaysia).
3. Mohamad Ismail Mohamad Yunus, (2011) “Maqasid Syariah), (Kuala Lumpur : Open
University Malaysia)
4. http://tok-ilman.blogspot.com/2014/08/boikot-antara-realiti-dan-kontroversi

13