Pembentukan Istilah dan Kata Pinjaman

Pembentukan Istilah dan Kata Pinjaman

PERISTILAHAN merupakan usaha mencipta atau menggubal kata baru,
terutamanya untuk menyampaikan ilmu pengetahuan khusus dalam sesuatu
bidang ilmu atau profesional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang
tepat bagi konteks penggunaan bidangnya, dan dengan itu dapat diberi
definisi yang khusus. Istilah boleh dibentuk melalui proses pinjam
terjemah atau melalui istilah pinjaman.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam usaha memartabatkan bahasa
kebangsaan sejak lebih setengah abad yang lalu telah mencipta kira-kira
sejuta istilah dalam pelbagai bidang. Dalam melaksanakan kerja penyusunan
istilah, DBP dengan kerjasama pakar bidang dalam Jawatankuasa Istilah
tertentu telah bersidang dan meneliti setiap butiran dalam senarai bahasa
sumber iaitu, bahasa Inggeris sebelum membincangkannya dan seterusnya
memberikan padanan bahasa sasaran, iaitu bahasa Melayu berdasarkan
langkah-langkah proses pembentukan istilah yang telah ditetapkan dalam
Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu dan Pedoman Umum Ejaan
Bahasa Melayu. Mereka mengabstrakkan konsep daripada bahasa sumber,
biasanya bahasa Inggeris. Apa yang terbentang di hadapan mereka merupakan
entiti yang bermakna kepada mereka. Tugas mereka adalah untuk mengambil
konsep daripada entiti tersebut dan menempatkannya dalam leksikon asli

bahasa Melayu melalui proses pinjam terjemah atau menggunakan istilah
kata pinjaman.
Konsep pinjam terjemah (konsepnya yang dipinjam daripada bahasa lain),
kemudiannya disesuaikan dan diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran.
Sebagai contoh, frasa kapal terbang atau pesawat terbang adalah frasa
pinjam terjemah daripada bahasa Belanda, vliegtuig, manakala frasa kapal
udara adalah pinjam terjemah daripada kata bahasa Inggeris, air-plane.
Begitu juga dengan kata dalam bahasa Inggeris, skyscraper menjadi
ungratte-ciel dalam bahasa Perancis. Kini, terdapat sebahagian penutur
bahasa Sepanyol menyebut perros calientes (secara literal bermaksud "dog
hot") atau hot dogs dalam bahasa Inggeris bagi menamakan sejenis makanan.
Kata bahasa Inggeris honeymoon menjadi lune de miel dengan maksud moon of
honey dalam bahasa Perancis dan "bulan madu" dalam bahasa Melayu.
Antara kaedah dalam proses pinjam terjemah ialah terjemahan langsung.
Kaedah ini dilaksanakan apabila wujud kesepadanan istilah bagi kedua-dua
bahasa sasaran dan bahasa sumber. Contohnya, akar (bahasa sasaran)
merupakan terjemahan daripada root (bahasa sumber), alang (bahasa
sasaran) diterjemahkan daripada beam (bahasa sumber) dan cacing (bahasa
sasaran) merupakan terjemahan daripada worm (bahasa sumber). Kata padanan
dalam bahasa sasaran menunjukkan bahawa sudah wujud kata dalam

perbendaharaan kata bahasa Melayu dan juga dalam pengetahuan ahli
peristilahan. Dalam proses pemadanan ini, makna yang dibawa oleh padanan
bahasa sasaran adalah sama dengan makna dalam bahasa sumber.
Melalui proses pinjam terjemah ini ada kalanya juga penggabungan dua
kata dapat mencari padanannya yang setara apabila diterjemahkan seperti
"pasangan" yang diterjemahkan daripada viability (daya hidup) dan "gila

babi" daripada epilepsy. Ada kalanya kesepadanan terjemahan antara
kedua-dua bahasa tersebut tidak dapat dicari, seperti terjemahan
"denyutan nadi" daripada pulse. Hal ini demikian kerana asas terjemahan
dalam istilah adalah ketepatan makna bukan makna harafiah. Selain itu,
berlaku juga penciptaan kata baru yang tidak pernah ada dalam bahasa
Melayu bagi mendukung konsep baru sama ada dalam bentuk satu perkataan,
frasa atau gandaan separa seperti terjemahan "tanih" daripada soil, biak
baka daripada breed dan "cecair" daripada liquid.
Ada kalanya proses pinjam terjemah juga tidak mudah, terutamanya dalam
bidang yang lebih khusus dan teknikal. Bahasa Melayu masih kurang efisien
untuk mendukung konsep yang saintifik yang timbul bersama-sama dengan
kemajuan negara dalam bidang sains, teknologi dan ikhtisas. Kaedah yang
sesuai adalah melalui peminjaman dan kaedah ini dilaksanakan dalam

pembentukan istilah dalam banyak bahasa di dunia.
Kaedah peminjaman ini banyak diterapkan oleh penggubal istilah bahasa
Melayu dalam bidang yang khusus. Ada bentuk pinjaman yang tidak
diasimilasikan, iaitu tidak disesuaikan secara ortografi (sistem
ejaannya). Oleh itu, istilah pinjaman ini sama dari segi bentuk mahupun
maknanya dalam bahasa asal, seperti istilah "lamina", "orbit" dan
"organ". Istilah pinjaman yang diasimilasikan separa dengan cara
penyesuaian dari segi ortografi bahasa Melayu, seperti terjemahan
"analisis" daripada analysis dan "cip" (elektronik) daripada chip. Bentuk
ini berbeza dengan istilah pinjaman yang diasimilasikan sepenuhnya,
seperti rizab (reserve) dan resit (receipt). Bentuk lain yang wujud ialah
kata dasar yang merupakan kata pinjaman dan berimbuhan bahasa Melayu,
seperti "kadar kemortalan" (mortality rate) dan "meneutralkan"
(neutralise). Frasa "pelarut akues" (bahasa sasaran) yang diterjemahkan
daripada aqueous solvent (bahasa sumber) ialah bentuk istilah yang unsur
penerangnya ialah kata pinjaman.
Peminjaman berlaku bukan kerana penggubal istilah bersikap merendahkan
martabat bahasa Melayu tetapi sesungguhnya masih banyak makna kata dalam
bahasa Melayu yang tidak sejajar dengan makna konsep dalam bahasa
Inggeris, dan ada kalanya istilah bahasa Melayu harus digandingkan dengan

istilah pinjaman untuk membentuk istilah tersebut. Hasil daripada
penyediaan istilah ini telah membawa perubahan dalam leksikon bahasa
Melayu.
Bahasa Melayu seperti bahasa yang lain juga mempunyai kosa kata dalam
bahasanya dan memerlukan kata yang dipinjam daripada bahasa lain untuk
melangsungkan komunikasi.

Monday, October 25, 2010

PEMBINAAN DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu
1.0 Pendahuluan
1.1

Pengenalan

Menurut Abdullah Hassan ( 2005:14 ), keperluan manusia untuk berkomunikasi
menyebabkan terbitnya bahasa yang banyak dalam dunia ini malah setiap bangsa mempuanyi
satu atau lebih bahasa yang mempuanyi sejarahnya yang tersendiri dan berdasarkan kajian beliau
terdapat empat belas golongan besar bahasa ( Indo-Eropah, Semit-Hemit, Ural, Altaik, SinoTibet, Austronesia, Irian, Bantu, Dravidia, Khoisan, Niger-Kongo, Makro-Sudan, Amerika Utara

dan Amerika Latin ) yang digunakan dalam dunia ini. walaupun begitu, penulisan ini tidak
mengkaji kesemua golongan bahasa tersebut tetapi hanya mengfokuskan kepada pembinaan dan
perkembangan Bahasa Melayu yang diklasifikasikan oleh beliau sebagai golongan bahasa
keenam dalam dunia iaitu dalam kelompok bahasa Austronesia yang secara terperinci akan
dibincangakan dalam penulisan ini.

1.2

Objektif

Adalah agak sukar untuk memperjelaskan secara terperinci keseluruhan sejarah dalam
pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu kerana keterbatasan dalam mendapatkan sumber,
walaupun begitu penulisan ini akan cuba mengupas kembali segala perancangan yang digariskan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka amnya dalam usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu
dalam aspek pembinaan dan perkembangan. Aspek pembinaan yang akan ditekankan dalam
penulisan ini membicarakan pembinaan atau perancangan korpus bahasa dari segi istilah, kosa
kata, laras bahasa, ejaan, sebutan dan tatabahasa tanpa menafikan akan wujudkan pinjaman
bahasa asing mengikut keperluan dalam Bahasa Melayu yang sangat diperlukan dalam semua
bidang. Bagi aspek perkembangan, adalah menjadi suatu yang sinonim dalam penulisan untuk
membicarakan kronologi perkembangan mengikut zaman peralihan status bahasa, tetapi

penulisan ini akan membicarakan perkembangan Bahasa Melayu mengikut tahun, iaitu tahun
1950 hingga 1960, 1970 hingga 1980 dan 11990 hingga 2000 atas rasional, adalah menjadi
keperluan untuk mengupas isu-isu yang berkaitan dengan perkembangan Bahasa Melayu bagi
menilai sejauhmana usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk menjadikan Bahasa
Melayu setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia yang mampu menjadi pengerak kepada
pembangunan negara dalam semua bidang.

1.3

Kaedah

Kaedah yang digunakan dalam kajian penulisan ini adalah menggunakan kaedah kajian
perpustakaan berdasarkan sumber buku yang didapati secara langsung mahupun tidak langsung
dengan menggunakan laman web.

1.4

Batasan

Segala sesuatu kajian memiliki batasnya tersendiri, maka dalam kajian penulisan ini

adalah tidak dinafikan wujudnya batasan dalam mendapatkan sumber yang tepat dalam kuantiti
yang banyak dalam tempoh masa yang terhad. Dalam aspek penelitian kajian penulisan pula,
kajian adalah terbatas kepada aspek pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu semata-mata,
ini bermakna kajian penulisan ini tidak akan membincangkan perkara-perkara yang tidak
berkaitan dengan pembinaan dan pengembangan Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kajian
mengenai Bahasa Melayu ini turut menyentuh perkaitan perkembangannya berdasarkan
perubahan dunia semasa yang sukar sekali mengetepikan akan isu-isu yang menyumbang kepada
perkembangannya yang dimaninkan oleh pihak-pihak yang berkaitan. Batasan kajian penulisan
juga berhadapan dengan kesukaran mendapatkan data terbaru kerana tidak dapat menjalankan
kajian lapangan bagi meneliti kebenaran isu-isu tersebut.

1.5

Definisi Konsep

Konsep yang harus difahami dalam kajian penulisan ini adalah berkisar kepada kehendak
tajuk kajian, iaitu pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu. Menurut Awang Sariyan ( 2002
), pembinaan bahasa merujuk kepada usaha melengkapkan bahasa daripada sudut korpus
bahasanya atau dikenali juga sebagai perancangan korpus bahasa yang menyentuh aspek kosa
kata, istilah, tatabahasa, ejaan, sebutan dan laras bahasa yang telah berjaya dilakukan secara

terancang selepas penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 Jun 1956 yang pada awalnya
menjalankan fungsi sebagai jabatan kerajaan yang telah bertukar taraf kemudiannya menjadi
badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Pembinaan bahasa selepas lulusnya Akta
DBP 1959.
Perkembangan bahasa Melayu pula menurut Yahya Othman, Roselan Baki dan Naffi Mat
( 2009: 39 ), dapat diklasifikasikan mengikut tahap dari Bahasa Melayu Purba ( 2500 masihi ),
Bahasa Melayu kuno ( abad ke-7 masihi ), Bahasa Melayu Klasik ( abad ke-12 masihi ), Bahasa
Melayu Peralihan dan Bahasa Melayu Baharu ( abad ke-19 ). Manakala menurut Abdul Rashid
Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 26 ), perkembangan Bahasa Melayu dapat dirungkai
berdasarkan perkembanagan zaman, iaitu purba, kuno dan klasik tetapi adalah lebih mudah
difahami sekiranya berfokuskan tahun perkembangannya bagi meneliti isu-isu yang dibangkitkan
sepanjang perkembangan bahasa tersebut, iaitu tahun 1950 hingga 1960, 1970 hingga 1980 dan
1990 hingga 2000 bersesuaian dengan perkembagan ilmu semasa selepas Jawatankuasa Pelajaran
Razak ( 1956 ) menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem
pendidikan negara ini yang turut disokong oleh Awang Sariyan ( 2002 ).

2.0 Sejarah ringkas Bahasa Melayu

Sehingga ke hari ini banyak sejarawan yang merumuskan akan hal asal usul Bahasa
Melayu sebagai suatu yang masih kabur yang masih memerlukan kajian lanjut dan mendalam,

maka penulisan ini secara tidak langsung akan membincangkan secara ringkas berkaitan sejarah
Bahasa Melayu dari aspek konsep etimologi ( perkataan ) dan bangsa, salasilah dan hipotesis
tempat asal Bahasa Melayu.

2.1

Konsep etimologi dan bangsa

Dari aspek etimologi atau perkataan, ‘Melayu’ menurut Zuber Usman dalam Abdul Rashid
Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: ), berasal daripada perkataan ‘Himalaya’ yang telah
disingkatkan kepada ‘Malaya’ yang kemudiannya menjadi ‘Melayu’. Selain itu, terdapat juga
pengkaji yang mengutarakan bahawa ‘Melayu’ berasal daripada perkataan ‘Malaiyur-pura’ yang
terpahat pada prasasti Bukit Gombak 1 di Sumatera Barat yang akhirnya menimbulkan perkataan
malaiyur = malaiyu = malayu = melayu. Menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain
( 2006: ), perkataan ‘Melayu’ berasal daripada perkataan Jawa Kuno dan Baru, iaitu ‘Mlaya’ dan
‘Mlayu’ yang membawa maksud lari. Tambahan beliau lagi, perkataan ‘ Melayu’ turut merujuk
kepada kerajaan, iaitu berasal daripada perkataan ‘Malayu’ yang merujuk kepada sebuah
kerajaan yang berpusat di Muara Jambi pada abad ke-7 ( 644 M ) yang mendapat nama sempena
nama sebatang sungai, iaitu ‘Sungai Malayu’ yang sangat deras arusnya selaju orang berlari yang
disifatkan mempuanyi pengertian yang sama dalam Bahasa Jawa.

Dari aspek konsep perkataan ‘Melayu’ berdasarkan bangsa adalah merujuk kepada teori
awal perpindahan golongan manusia yang diberi nama Austronesia dari daerah Yunan ke wilayah
Asia Tenggara, iaitu Melayu Proto ( 2500 M ) dan Melayu Deutro ( 1500 M ) menurut Nik
Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 3 ). Menurut
Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 11 ) pula, penggunaan perkataan
‘Melayu’ pada abad ke-17 merujuk kepada istilah yang lebih luas yang merangkumi suku bangsa
serumpun di Nusantara merujuk kepada istilah UNESCO ( 1972 ).
“......Melayu itu merupakan satu keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga bahasa
yang sama, bentuk fizikal tubuh badan yang hampir sama,berkulit sawo matang, rambut lurus
dan tinggi yang sederhana dan penduduk asli di satu kawasan yang sangat besar, iaitu suku
bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar yang
merupakan satu stock bangsa yang sejak beberapa lama dahulu dikenali sebagai MalayoPolynesia ( Melayu-Polinesia ) atau Austronesia....”

Merujuk kepada Perlembagaan Malaysia sendiri menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat
Juhari Moain ( 2006: 8 ), Perkara 160 seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957 mengariskan ‘Melayu’ sebagai seseorang yang berbahasa melayu,
berkebudayaan melayu dan beragama Islam.

2.2


Salasilah Bahasa Melayu

Kajian salasilah Bahasa Melayu akan merujuk kepada asal usul atau keturunan Bahasa
Melayu itu sendiri yang mana menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan
Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 3-4 ), berasal dari rumpun bahasa Austronesia yang tergolong
dalam satu keluarga bahasa besar bahasa Austris ( Austroasia, Tibet-Cina dan Austronesia –
Nusantara, Polinesia, Melanesia dan Mikronesia ) dalam cabang Nusantara, iaitu jumlah bahasa
yang paling banyak merangkumi 16 golongan kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Hal ini turut
diutarakan oleh Kamal Shukri Abdullah Sani ( 2007: 2 ), bahawa Bahasa Melayu merupakan
bahasa yang berasal dari rumpun bahasa Austronesia ( Nusantara Barat dan Timur, Melanesia
dan Polinesia ) dalam kelompok Nusantara Barat ( Malagasi, Acheh, Melayu, Jawa,Sunda,
Dayak, Tagalog, Sibu, Bisaya dan lain-lain ) yang digunakan di sebelah timur gugusan pulaupulau Melayu dan Nusantara sejak abad pertama masihi menurut Abdullah Hassan ( 2005:23).
Hal ini turut diutarakan oleh James T.Collins ( 2005 ), iaitu kewujudan akan Bahasa Melayu
sebagai salah satu komponen daripada 1000 bahasa yang terpenting dalam rumpun bahasa
Austronesia yang terbentuk di Taiwan yang kemudiannya tersebar dibahagian selatan, timur dan
barat melalui Filipina yang turut mempunyai perhubungan dengan bahasa-bahasa Polinesia
menurut William Marsden ( 1754-1836 M ) dalam Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari
Moain ( 2006: 1 ) yang banyak mengkaji bahasa di Asia Tenggara dalam karya penulisannya,
seperti A Dictionary of the Malayan Language dan A Grammar of the Malayan Language ( 1812
) dan sehingga sekarang dikenali sebagai Bahasa Melayu-Polinesia oleh Wilhelm Von Humboldt
( 1767-1835 ) dalam Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 2 ) berdasarkan
perincian hubungan antara bahasa-bahasa di Asia Tenggara yang serumpun dalam
karyanya Uber die Kawisprache auf der Insel Java ( 1836 ) yang turut disokong oleh Abdullah
Hassan ( 2005: 23 ) berdasarkan jadual yang telah diambil dari Crowely ( 1987 ) dalam James
T.Collins ( 2005: 3 ). Walaupun begitu, terdapat juga pengkaji barat, seperti John Crawfurd
dalam Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 2 ) yang tidak mempersetujui
perkaitan yang wujud antara Bahasa Melayu dengan Polinesia kerana tidak sekeluarga.
2.3

Hipotesis tempat asal Bahasa Melayu

Menurut Northefer ( 1996 ) dalam James T.Collins ( 2005 ), kesepekatan ahli-ahli
arkeologi menyatakan bahawa Bahasa Melayu di kepulauan gugusan Melayu bermula di
Kalimantan sebelum tersebar di bahagian barat menyeberangi Laut China Selatan pada 100
masihi dahulu melalui Pulau Tambela dan Riau sebelum ke Sumatera dan ke selatan Benua Asia
atau kini dikenali sebagai Semenanjung Malaysia. Pada masa yang sama juga tidak dinafikan
berlaku penyebaran Bahasa Melayu di bahagian utara, selatan dan timur sehingga ke barat Pulau
Luzon yang kini dikenali sebagai Teluk Manila dan seterusnya di bahagian timur kepulauan
Maluku ( Indonesia ).
Kewujudan penggunaan Bahasa Melayu turut dibuktikan oleh Bede dalam James
T.Collins ( 2005 ), pada abad ke-8 dalamCaedmon’s Hymn to the Creator yang menyatakan akan
wujudkan tulisan teks tertua Bahasa Melayu bertarikh 682 masihi di atas batu di Sumatera yang
mengadaptasi ortografi india berdasarkan palawa yang dikenali sebagai teks Bahasa Melayu
Kuno.

3.0 Pembinaan Bahasa Melayu
Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), pembinaan bahasa merujuk kepada usaha melengkapkan
bahasa daripada sudut korpus bahasanya atau dikenali juga sebagai perancangan korpus bahasa
yang menyentuh aspek kosa kata, istilah, tatabahasa, ejaan, sebutan dan laras bahasa yang telah
berjaya dilakukan secara terancang selepas penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 Jun
1956 yang pada awalnya menjalankan fungsi sebagai jabatan kerajaan yang telah bertukar taraf
kemudiannya menjadi badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Pembinaan bahasa
selepas lulusnya Akta DBP 1959.

3.1

Pembinaan Istilah Bahasa Melayu

Umumnya istilah merupakan perkataan yang mempunyai makna khas mengikut bidang
ilmu pengetahan tertentu yang menerangkan makna, konsep proses, keadaan atau sifat khusus
bagi sesuatu ilmu menurut Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad ( 2009: 2 ). Menurut Awang
Sariyan ( 2002 ) pula, pembinaan istilah Bahasa Melayu merupakan suatu usaha dalam
menggubal istilah bagi mengisi peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, rasmi dan
ilmu di negara ini yang telah bermula sejak 1957 yang melibatkan dua bidang terawal iaitu
Istilah Kerajaan dan Istilah Ilmu Sains dan teknik yang sehingga kini mencatatkan jumlah
hampir mencecah 1 juta istilah yang terhasil meliputi ratusan bidang ilmu dan profesional yang
telah dibukukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebanyak 199 judul melibatkan semua
peringkat. Kenyataan ini turut disokong oleh Abdullah Hassan ( 1987: 85 ), iaitu perancangan
korpus bahasa dalam aspek istilah telah bermula sejak 1957 melalui penubuhan Jawatankuasa
Istilah yang pertama berdasarkan dua peringkat iaitu sebelum 1975 ( dengan
penerbitan Pedoman Pembentukan istilah bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ) dan
selepas 1975 ( kerjasama Majlis bahasa Indonesia-Malaysia ( MBIM ) yang
menghasilkan Pedoman Umum Pembentukan istilah ( PUPI )yang telah diisytiharkan
penggunaannya oleh Menteri Pendidikan Malaysia dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan
Repblik Indonesia pada 30 Ogos 1975).
Walaupun begitu, beliau tidak menafikan akan ketidaksempurnaan yang berlaku semasa
pembinaan awal istilah dalam bahasa Melayu iaitu melibatkan tempoh masa antara tahun 1957
hingga 1960 yang merupakan titik zaman awal pembentukan istilah namun tidak kukuh kerana
tiada sebarang pedoman yang boleh dijadikan rujukan sehinggalah Dewan Bahasa dan Pustaka
menubuhkan dua Jawatankuasa Istilah bagi menyokong pembinaan istilah iaitu, Jawatankuasa
Istilah Kerajaan dan Perjawatan dan Jawatankuasa Istilah Sains Am yang secara tidak langsung
mengubah panduan dan falsafah pembinaan istilah tahap awal yang mengongkong proses
pembinaan istilah, walapun terdapat juga istilah yang bertahan sehingga sekarang
misalnyastesen, kimia dan sains. Manakala istilah yang tidak dapat mendukng konsep asal telah
dipinda seperti ilmu jiwa, kajirumpun bangsa, ilmu hisab dan kajibentuk bumi kepadapsikologi,
ethnologi, matematik dan geomorfologi.
Zaman selepas 1975 pula memperlihatkan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam
pembentukan istilah yang melibatkan bidang-bidang profesional sebanyak 71,887 istilah
sehingga 1975 berikutan kejayaan membentuk Pedoman Membentuk Istilah-istilah Baru
DBP ( mula digunakan sejak 1959 ), Dasar, Cara dan Pedoman Membentuk istilah Baharu

Bahasa Melayu DBP ( selepas 1970 ) dan Pedoman Pembentukan Istilah Universiti
Malaya ( 1971 ) serta dengan tertubuhnya Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu ( JKTBM ) sejak
Disember 1972 yang pada awalnya hanyalah mewakili Malaysia dalam usaha kerjasama dengan
Indonesia bagi menyusun Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi kemudiannya telah diperluaskan lagi
fungsinya yang mencakupi aspek peristilahan dan dianggap oleh kerajaan sebagai badan tertinggi
dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu yang menjadi dasar pembentukan istilah oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Walaupun begitu, pembinaan istilah dalam Bahasa Melayu tidak menafikan akan
wujudnya pinjaman daripada bahasa asing melalui dua cara penggubalan, iaitu pinjaman dan
pinjam terjemah menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan ( 2000: 255 ). Hal ini turut disokong
oleh Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood ( 2004:
301-304 ), iaitu pembinaan istilah pinjaman yang dilakukan dalam dua bentuk, iaitu pengambilan
dengan penyesuaian ejaan, misalnya geography-geografi, biology-biologi, mathematicsmatematik, isogamy-isogami dan sebagainya. Manakala, pengambilan tanpa perubahan ejaan
pula, seperti magnet-magnet, linear-linear, hilum-hilum, import-import, audit-audit dan
sebagainya.Manakala pembinaan istilah pinjam terjemah pula dilakukan melalui lima cara, iaitu
terjemah langsung ( resistance = rintangan, dose = sukatan, soluble = lart ), penciptaan kata
baharu ( subsidence = antamman, allot = umpuk, arrears = tunggakan ), perluasan makna
( salur = salir, hakis = kikis, gelap = legap ), penggabungan dua kata umum ( missile = peluru
berpandu, indicator lamp = lampu penunjuk, right angle = sudut tepat ) dan pembentukan kata
ganda separa (radius = jejari, liquid = cecair, capillary = rerambut ), tetapi kesemua proses ini
terikat kepada had peminjaman, iaitu pinjaman istilah dilakukan sekiranya bahasa asing
mempunyai istilah tersebut dan haruslah sesuai dengan sistem bunyi Bahasa Melayu menurut
Ainon Mohd dan Abdullah Hassan ( 2000: 265 ).
Menurut Rogayah Osman dalam artikelnya mengenai Perancangan Bahan Ejaan dan
Sebutan, Peristilahan dan Perkamusan dalam Bahasa Melayu di Malaysia, kewujudan banyak
Jawatankuasa Istilah ( JKI ) yang mencakupi banyak bidang dengan konsep dan pemahaman
ilmu yang tersendiri menghasilkan bermacam-macam istilah sehingga satu istilah mendukung
pelbagai konsep dan pengertian, menyedari permasalahan ini dua jawatankuasa penyelarasan
dibentuk iaitu, Jawatankuasa Istilah Sains Tulen dan Jawatankuasa Istilah Sains Sosial dan
Kemanusiaan. Disamping itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melakukan kembali kerja-kerja
dalam menyemak istilah sebelum 1975 terutamanya sebelum 1960 untuk diserahkan kepada
Jawatankuasa Penyemak Istilah sebagai tambahan kerja-kerja dalam penciptaan istilah,
pengklasifikasian bidang yang sebelumnya tidak begitu tepat dan kurang menyeluruh agar dapat
membincangkan aspek-aspek pemasyarakatan istilah dalam disiplin bidang masing-masing agar
dapat diutarakan kepada sidang MBIM sekitar akhir 80-an dan awal 90-an.
Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia ( MBIM ) menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat
Juhari Moain ( 2006: 36 ), sangat berperanan dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu yang
mendokong tiga fungsi utama, iaitu bertindak sebagai badan bersama yang mengadakan
pertemuan demi pertemuan untuk memikirkan, menalaah dan membincangkan hal-hal bersama
berhubungan dengan soalan bahasa kedua-dua negara, menampung dan menyalurkan bahanbahan tentang bahasa dari kedua-dua belah pihak untuk kegunaan dan kajian bersama serta
menyerahkan bahan-bahan bahasa yang menyentuh kepentingan kebangsaan negara masingmasing kepada Menteri Pendidikan untuk dipertimbangkan dan diputuskan. Atas ketelusan

dalam memainkan perana ini, MBIM berjaya menghasilkan Pedoman Umum Pembentukan
Istilah ( PUPI ), Pedoman Penyusnan Kamus Istilah dan Pedoman Tranliterasi Huruf Arab
kepada Huruf Rumi disamping membincangkan pedoman khusus pembentukan istilah kimia,
biologi, fizik, matematik dan perubatan. Malah sepanjang hasil persidangan MBIM ke-7 hingga
ke-23 MBIM turut berjaya menghasilkan Daftar Istilah MBIM ( A-J )dan ( K-Z ) yang
diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1976.

3.2

Pembinaan Kosa Kata Bahasa Melayu

Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), usaha dalam pembinaan kosa kata atau perbendaharaan
kata dalam Bahasa Melayu sebenarnya telah dilakukan oleh para sarjana asing sejak beberapa
abad silam dalam bentuk daftar kata dan kamus, misalnya Daftar Kata Melayu-Cina ( abad ke15 ), Kamus Melayu-Itali oleh Antonio Pigafetta pada suku pertama abad ke-16, kamus MelayuInggeris oleh Thomas Bowry pada awal abad ke-18, A Dictonary of The Malay Language oleh
Marsden pada tahun 1821 dan beberapa buah kamus lain oleh R.J.Wilkinson ( 1901,1908 dan
1932 ), W.G.Shellabear ( 1902, dan 1916 ) dan R.O.Winstedt ( 1913 ). Usaha ini kemudiannya
telah diteruskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka secara terancang yang bermula pada 1964 yang
akhirnya telah berjaya menerbitkan Kamus Dewan pada 1970, iaitu sebuah kamus ekabahasa
yang berwibawa sebagai rujukan kamus yang entrinya berjumlah kira-kira 30,000 patah yang
kemudiannya telah diterbitkan dalam edisi baharu pada tahn 1984 dan 1989 ( masing-masing
dengan tambahan 900 entri dan 2,000 entri ), edisi ketiganya pula pada tahun 1994 ( dengan
tambahan 6,000 entri ) dan edisi keempat pada tahn 2003 ( dengan tambahan 5,000 entri ).
Bagi tujuan keperluan pelajar sekolah pula, Dewan Bahasa dan Pustaka turut memainkan
peranannya dengan menyusun dan menerbitkan Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar pada
tahun 1975 bagi pelajar sekolah menengah danKamus Rendah Dewan Bergambar pada tahun
1989 bagi keperluan pelajar sekolah rendah disamping turut menerbitkan edisi baharu pada tahun
2002 iaitu, Kamus KBSR Dewan danKamus Umum Bahasa Melayu Dewan ( memuatkan 67,000
entri ) pada tahun 2007. Malah bagi memastikan pembinaan kosa kata dalam bahasa Melayu
lebih berkesan, Dewan Bahasa dan Pustaka turut mengadakan kerjasa dengan pihak swasta
dengan menerbitkan kamus elektronik, Kamus Telapak BESTA DBP-1 ( 1998 ) dan Kamus Pena
Quicktionary ( 2000).
Seperti dalam pembinaan istilah Bahasa Melayu, pembinaan kosa kata Bahasa Melayu
turut meminjam kosa kata asing, dan menurut Yahya Othman ( 2005: ), Bahasa Melayu
meminjam 677 kosa kata Bahasa Sanskrit merangkumi 11 bidang.
Malah menurut James T.Collins ( 2005: 18 ), sejak kerajaan kesultanan Melayu Melaka
lagi, Bahasa Melayu telah menggunakan kosa kata pinjaman seperti yang direkodkan oleh Yang
Lin pada tahun 1560 yang diklasifikasikan sebagai kosakata Bahasa Melayu-Cina sebanyak 500
kata untuk keperluan perdagangan disamping kosakata pinjaman dari Bahasa Sanskrit, Tamil,
Arab dan Persia.
( Rajah 6: Daftar beberapa kosakata Bahasa Melayu-Cina dari Dinasti Ming yang dipetik
dari Edwards dan Blagden ( 1930-1932 ) dalam James T.Collins, 2005: 19 )

3.3

Pembinaan Laras Bahasa Melayu

Menurut Nik Safiah Karim ( 2003: 155-156 ), laras bahasa dalam Bahasa Melayu
merupakan perbezaan cara yang digunakan dalam penulisan walaupun menggunakan bahasa
yang sama dalam situasi yang berbeza atau lebih ringkasnya dikenali sebagai kelainan berbahasa
yang dipengaruhi oleh suasana yang hanya dikenali melalui perkataan-perkataan yang digunakan
berdasarkan cara pengungkapan mengikut situasi tertentu yang wujud berdasarkan perkara yang
ingin diperkatakan serta kolokasi, iaitu kehadiran penggunaan perkataan dan ungkapan tertentu
yang jelas meletakkannya dalam sesuatu laras.
Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), pembinaan laras bahasa ini dilaksanakan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka melalui penerbitan karya ilmu dalam pelbagai bidang untuk pelbagai
peringkat yang telah menghasikan hampir 10,000 judul buku dan berdasarkan koleksi
Perpustakaan Negara Malaysia ( 1966 hingga 2001 ), sejumlah 105,898 judul direkodkan sebagai
buku yang berdaftar di bawah Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1964 dan Akta Penyerahan Bahan
Perpustakaan 1966 yang turut merangkumi buku dalam bahasa lain dan hanya 60,474 judul
dalam Bahasa Melayu.
kewujudan perbezaan laras bahasa menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj.
Musa dan Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 36 - 40 ), disebabkan oleh ciri-ciri keperihalan
( situasi luaran dan persekitaran – cara penyampaian, perhubungan sosial dan peribadi, bahan
yang diperkatakan dan fungsi sosial perlakuan bahasa ) sesuatu peristiwa bahasa dan linguistik
( bunyi, perkataan – khusus, kolokasi dan pinjaman – dan ayat ) yang terbahagi kepada sebelas
laras berdasarkan bidang ilmu, iaitu biasa, perniagaan atau iklan, sains, media, rencana, undangundang, agama, sukan, sastera, ekonomi dan akademik.
Laras bahasa biasa adalah laras yang tiak melibatkan sebarang bidang ilmu atau konteks
yang khusus kerana ianya digunakan dalam perbualan harian yang tidak melibatkan istilah
khusus tetapi menggunakan struktur ayat yang mudah, ringkas dan padat. tambahan lagi, ianya
tidak banyak menggunakan kata pinjaman serta menggunakan kosa kata dan tatabahasa yang
mudah difahami yang boleh wujud dalam keadaan formal dan tidak formal ( menggunakan
bahasa basahan ).
Laras bahasa perniagaan atau iklan pula adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat
dengan berkesan yang berbentuk pemberitahuan fakta yang ringkas dan terperinci yang bersifat
imaginatif dan kreatif menggunakan retorik pujukan dan bahasa pengaruhan untuk memujuk dan
mempengaruhi pengguna dengan mengabaikan kepentingan tatabahasa.
Laras bahasa sains pula dihubngkan dengan laras bahasa ilmiah yang bersifat formal dan
tidak menggunakan bahasa basahan kerana bersifat intelektual, saintifik, formal dan objektif
dalam mempersembahkan maklumat yang berdasarkan kajian dan fakta yang banyak
menggunkan kata nama dan ragam ayat pasif serta istilah pinjaman daripada Bahasa Inggeris.
Laras bahasa media massa menggunakan bahasa yang mudah, gaya tulisan yang jelas dan
ketepatan isi tulisan dengan mengabaikan kepentingan tatabahasa dalam melaporkan sesuatu
peristiwa yang berlaku tanpa istilah teknikal dan khusus dalam mempersembahkan judul dan
teks.

Laras bahasa rencana pula adalah bersifat umum, hal ini kerana adalah untuk keperluan
menyampaikan kepelbagaian idea tentang sesuatu isu dengan gaya bahasa yang mudah difahami
kerana terus menjurus kepada tajuk rencana yang bersifat laporan.
Laras bahasa undang-undang biasanya mengandungi prinsip undang-undang berbentuk
akta yang terbahagi kepada bahagian dan seksyen serta banyak menggunakan istilah pinjaman
daripada Bahasa Inggeris. Interpretasi menentukan makna kosa kata yang digunakan tanpa
mengambil kira struktur ayat dalam penyampaian tetapi menekankan kepersisan dan kejelasan
yang bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat dalam binaan ayat yang panjang.
Laras bahasa agama tidak lari dari membincangkan isu agama yang banyak
menggunakan kata pinjaman Bahasa Arab dalam pembentukan struktur ayat yang menekankan
petikan al-quran dan hadis.
Laras bahasa sukan pula bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan dengan kegiatan
sukan dalam bentuk bahasa yang ringkas dan bersahaja tetapi jelas berikutan pemilihan kosa kata
yang senang difahami.
Laras bahasa saster atau kreatif adalah bentuk bahasa yang terhasil daripada cetusan
imaginasi dan pengalaman penulis yang bersifat imaginatif dan figuratif ( penyimpangan makna
aripada bahasa biasa ) serta mementingkan pemilihan diksi yang berkesan dengan menggunakan
bahasa tersirat, istilah-istilah khusus berkaitan sastera, perlambangan, kiasan, imejan,
personafikasi, metafora dan sebagainya yang mementingkan penyusunan dan pengulangan kata
atau ayat, bernada puitis dan komunikatif.
Laras bahasa ekonomi pula merupakan laras berbentuk ilmiah yang menggunakan istilahistilah terknikal, tidak mementingkan struktur ayat, bersifat formal serta mementingkan susunan
maklumat yang jelas dan eksplisit dalam bentuk data dan statistik.
Laras bahasa akademik adalah bersifat formal dan objektif yang menunjukkan
kematangan dan keintelektual, iaitu berkeupayaan menyamapaikan buah fikiran dan hujah
dengan tepat dan berkesan menggunakan istilah yang bersifat khusus dan sukar difahami kerana
menekankan kesempurnaan bahasa dalam pemaparan, perbincangan dan penghuraian yang turut
melibatkan sudut pandang orang ketiga, penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk serta turut
memuatkan nota kaki, bibliografi, indeks dan sebagainya dalam penulisan.

3.4

Pembinaan Ejaan Bahasa Melayu

Tradisi tulisan seperti tulisan Kawi, Batak, Lampung, dan Rencong telah menjadi sistem
tulisan orang Melayu sebelum kedatangan Islam yang telah membawa bersama tulisan Jawi
daripada Tanah Arab. Sistem tulisan yang digunakan oleh orang Melayu sebelum Jawi banyak
menggunakan lambing suku kata dan ambang baris untuk menunjukkan perbezaan-perbezaan
bunyi. Namun penggunaan tulisan Jawi tidak bertahan lama setelah pihak Barat memperkenalkan
sistem tulisan Rumi di Tanah Melayu pada zaman penjajahan. Tulisan Jawi adalah berdasarkan
huruf Arab alif-ba-ta manakala tulisan Rumi adalah berdasarkan huruf Roman a-b-c. sistem ejaan

Rumi mula diperkenalkan oleh pihak Barat di Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-19.
Sistem ejaan tersebut telah digunakan dalam urusan rasmi dalam kerajaan Barat di Tanah Melayu
pada masa tersebut. Antara sistem ejaan yang telah digunakan oleh Barat ialah Ejaan Rumi
Negeri-negeri Selat (1878), Ejaan Rumi Maxweel (1882), dan Ejaan Rumi Sweettenham (1881).
Perkembangan sistem ejaan bahasa Melayu pada masa penjajahan sangat penting kerana
sistemejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sisitem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi
mereka yang tidak dapat memehaminya terutamanya pihak Barat yang kurang pengetahuan
dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi lebih penting apabila dijadikan bahasa pengantar
di sekolah-sekolah rendah. Oleh yang demikian, satu sistem Rumi yang seragam diperlukan
untuk menggantikan sistem ejaan Jawi. Satu pertubuhan iaitu Pakatan Belajar-Mengajar Bahasa
yang telah ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor memainkan peranan yang sangat panting dalam
menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di sekolah dan dalam kalangan masyarakat setempat.
Pembinaan sistem tulisan Rumi untuk bahasa Melayu telah melalui beberapa peringkat
oleh banyak pihak. Contohnya, pihak Barat banyak melakukan kajian dalam membentuk sistem
tulisan tersebut. Antara tokoh yang berasal dari Barat yang pernah melakukan kajian dalam
mengembangkan sistem tulisan bahasa Melayu ialah William Marsden yang telah menulis buku
yang berjudul A Grammar Of The Malayan Language pada tahun 1912. Dalam bukunya terdapat
pendapat yang mengatakan bahawa bunyi ch, d, ng, p, g, dan ny merupakan huruf-huruf yang
telah ditambah oleh orang Melayu daripada huruf bahasa Arab ( Rogayah Binti Osman, hlm 3).
Selepas William Marsden, R.J Wilkinson yang merupakan nazir sekolah–sekolah bagi Jabatan
Pelajaran Negeri-negeri Bersekutu telah menjadi pengerusi bagi Jawatankuasa Ejaan untuk
mengkaji dan membentuk sebuah sistem ejaan Rumi yang baru. Sistem ejaan yang telah berjaya
dihasilkan telah dipanggil Ejaan Wilkinson.
Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, satu sistem ejaan telah
diperkenalkan iaitu “Ejaan Fajar Asia” yang selaras bagi tiga buah negara iaitu Tanah Melayu,
Singapura dan Indonesia yang pada masa itu berada dalam pentadbiran tentera Jepun. Majalah
Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura telah menggunakan sistem ejaan tersebut dalam
penerbitan majalah mereka. Huruf yang digunakan dalam sistem ini hampir sama dengan Sistem
Ejaan Wilikinson dan sistem Ejaan Rumi Za’Ba. Menurut Asmah Haji Omar (1993), sistem ejaan
ini menggunakan enam huruf vokal iaitu a, e taling, e pepet, i, o dan u. Manakala bagi huruf
konsonan pula adalah sama dengan Sistem Ejaan Rumi Za’Ba.
Rajah 7: Huruf-huruf konsonan yang digunakan dalam Sistem Ejaan Fajar Asia.
Za’Ba telah memulakan satu lagi sistem ejaan baru yang mana merupakan satu perubahan
yang telah beliau lakukan. Ejaan tersebut dihasilkan berdasarkan daripada Sistem Tulisan
Wilkinsin dan gabungan beberapa adjad bahasa Arab. Za’Ba pada masa itu bertugas di Maktab
Perguruan Sultan Idris selepas Perang Dunia Ke-2. Sistem baru tersebut telah dikenali sebagai
Sistem Ejaan Sekolah yang telah diggunakan sebelum digantikan oleh ejaan baru yang telah
diistiharkan pada tahun 1972. Sistem baru ini dihasilkan daripada pengamatan sahaja dan
mempunyai banyak kelemahan. Apabila terdapat kelemahan tersebt, maka penggunaan bahasa
Melayu pada masa tersebut telah terganggu.
Menurut Rogayah Binti Osman (hlm 4), satu persidangan antara kerajaan Malaysia
dengan kerajaan Indonesia telah dijalankan untuk membincangkan satu sistem ejaan yang sama

untuk kedua-dua negara. Persidangan tersebut telah dimulakan sejak tahun 1959 hasil daripada
desakan Kongres Bahasa dan Persatuan Melayu. Namun usaha untuk menjalankan persidangan
dengan kerajaan Indonesia telah tergendala kerana tercetusnya konfrantasi. Persidangan keduadua negara tersebut telah menghasilkan satu sistem tulisan baru iaitu sistem Malindo. Asmah
Haji Omar (1993, hlm 154) mengatakan bahawa tulisan Malindo tidak pernah diterbitkan oleh
kedua-dua negara. Oleh yang demikian, bentuk dan sistem ejaannya tidak diketahui. Pada tahun
1966, satu persidangan ttelah dijalankan oleh negara Malaysia dan Indonesia untuk menyambung
semula perbincangan yang telah tergendala semasa konfrantasi. Dalam persidangan ttersebut
beberapa perkera telah dibincangkan seperti;
a) Soal bahasa dan jangka masa panjang.
b) Pertukaran antara bahan-bahan yang berkenaan dangan bahasa dan sastera.
c) Soal pemakaian istilah.
Pada September 1966, satu rombongan daripada Indonesia yang diketuai oleh Kolonel Wahju
Sukatjo telah membuat lawatan ke Dewan Bahasa Dan Pustaka dan telah membangkitkan
beberapa isu dan mereka juga telah membenangkan satu kertas kerja untuk membaiki sistem
tulisan Malindo yang mempunyai banyak kelemahan. Setelah kata sepakat dicapai, maka
kerajaan Malaysia dan Indonesia telah menggunakan satu lagi sistem tulisan baru iaitu Ejaan
Bersama Malaysia-Indonesia juga dikenali sebagai Ejaan Baharu. Walaupun persefahaman teah
dicapai pada tahun 1966, namun hanya pada tahun 1972 sahaja barulah perjanjian antara keduadua kerajaan telah ditandatangan yang mana perjajian tersebut telah ditandatagani oleh Menteri
Pelajaran masing-masing pada masa itu iaitu Y.B Encik Hussien Onn dan Bapak Mashuri.
Perjanjian tersebut telah ditandatagani pada 23 Mei 1972. Perbincangan tersebut telah memakan
masa yang lama untuk menghasilkan satu sistem tulisan sama bagi kedua-dua negara ini. Hanya
pada 16 Ogos 1972 barulah sistem baru ini diistiharkan secara serentak oleh kedua-dua negara
tersebut.
Ejaan Rumi Baharu ini adalah hasil daripada pemikiran yang matang dan berlandaskan
perancangan bahasa yang baik. Perancangan ini merupakan satu usaha kerajaan untuk
memperkenalkan bahasa Malaysia ke peringkat antarabangsa. Ejaan ini memperlihatkan prinsip
linguistik, ekonomi, kesederhanaan, kejelasan, dan fleksibiliti dan taraf standard yang tinggi jka
dibandingkan dengan sistem yang lama.
Abjad yang digunakan dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada huruf yang berikut.
Sebutan masing-masing huruf disertakan di sebelahnya. Abjad dan sebutan tersebut adalah hasil
daripada perbincangan yang telah dilaksanakan oleh negara Malaysia dan Indonesia yang telah
diistiharkan bersama.
Rajah 8: abjad yang digunakan dalam bahasa Melayu dan sebutannya.
Huruf Vokal
Huruf vokal dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada: a, e, i, o dan u. Huruf e
melambangkan dua bunyi, iaitu e pepet dan e taling.
Antara perubahan yang telah berlaku dalam sistem ejaan tersebut ialah perubahan
konsanan contohya gabungan dua perkataan digugurkan salah satu yang membawa maksud sama

seperti ch menjadi c dalam
perkataan chuba menjadi cuba.
Contoh
lain
adalah dh menjadi d dalam
perkataan mudharatmenjadi mudarat dan sh menjadi sy dalam
perkataan sharatmanjadi syarat. Pengunaan (‘) dan (’) yang melambangkan hamzah dan ain
digugurkan dan digantikan dengan huruf konsonan k contohnya:
a)

Ma’ana menjadi makna.

b)

Enche’ menjadi encik.

Terdapat juga perkataan yang dikekalkan seperti kh, ny,hg, dan ng dan masih diguna
pakai sehingga sekarang. Dewan Bahasa Dan Pustaka pula telah menerbitkan buku Pedoman
Umum Bahasa Malaysia pada tahun 1975 sebagai rujukan. Setiap negara telah menerbitkan
pedoman umum mengikut versi masing-masing sebagai panduan untuk rakyat di setiap negara.

3.5

Pembinaan Sebutan Bahasa Melayu

Perancangan sebutan telah melalui banyak peringkat dalam memastikan tidak terdapat
kesalahan dalam penyebutannya. Antara langkah-langkah yang telah dijalankan ialah:
(i) Mengadakan penyelidikan melalui beberapa bengkel dan seminar sejak awal
Rancangan Malaysia keempat (1981)
(ii) Kegiatan kajian tentang sistem fonologi bahasa Melayu dan dialek diadakan
sejak awal 1980-an. Beberapa bengkel diadakan sehingga tahun 1987.
(iii) Siri bengkel sebutan baku diadakan dalam tahun 1987 antara DBP dengan
Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Kementerian Pendidikan Malaysia, dan
pakar-pakar bahasa.
(iv) Perumusan tentang pedoman sebutan baku dibuat oleh sebuah Jawatankuasa
Teknikal antara DBP dengan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia dan PLM serta pakar-pakar bahasa pada tahun 1987.
Menurut Mohd Rasdi Bin Saamah (hlm 8), aspek sebutan tidaklah menjadi satu perkara
yang semestinya ada transkripsi fonetiknya memandangkan sebutan kata Melayu adalah onemik
berbanding dengan bahasa Inggeris. Maksudnya ialah terdapat sesetengah ejaan dalam bahasa
Melayu yang sama dengan bahasa Inggeris namun membawa erti yang berbeza. Contohnya
ialah airdalam bahasa Inggeris membawa maksud udara namun dalam bahasa Melayu pula
merupakan sejenis cecair yang dalam bahasa Inggeris disebut sebagai water.
Perancangan sebutan banyak ditulis dalam perkamusan yang menyusun sebutan-sebuta
yang tepat. Contohnya Kamus Dewan menurunkan transkripsi fonetiknya kepada kata masukan
yang ejaannya mengandungi huruf e taling sahaja. Sebutan yang mengandungi e pepet tidak
diberi transkripsi fonetik. Contohnya ialah:
a)

enak (enak) = sedap,nyaman (rasa dll)

b)

enteng (enteng) = ringan, mudah

c)

empat = bilangan tiga yang dicampur dengan satu

Manakala dalam Kamus Besar pula tidak memasukkan sebarang tanda transkripsi fonetiknya
bagi membezakan kedua-dua bentuk e seperti yang terdapat dalam Kamus Dewan. Contohnya
ialah :

3.6

a)

emak = ibu, mami, embok. Mak, indung, indu…

b)

elok = ranggi, gagah, tampan, anggun, gombang

Pembinaan Tatabahasa Melayu

Bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada lima bahagian besar yang mana setiap bahagian
mempunyai tugas masing-masing. Tatabahasa bahasa Melayu dapat dipelajari melalui lima
bahagian ini iaitu golongan kata, pengimbuhan, penggandaan, ayat, dan rampaian bahasa.
Bahasa Melayu mempunyai beberapa jenis perkataan yang terbahagi kepada lima bahagian yang
besar iaitu:
a) Nama
b) Perbuatan
c) Sifat
d) Sendi
e) Seruan
Kesemua ayat tersebut membawa erti yang berbeza dan penggunaan yang berbeza.
Kata Nama
Kata nama terbahagi lagi kepada dua bahagian besar iaitu Nama Betul dan Ganti Nama dan
Nama Terbitan. Kata Nama pula dibahagi lagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Kata Nama Am digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan
dan yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, benda dan lain-lain lagi. Dapat
disimpulkan bahawa Kata Nama Am digunakan untuk menyebut sesuatu secara am atau umum.
Contohnya:
a) Benda ; rumah, pencil, bunga, dan lain-lain.
b) Orang ; guru, murid, polis dan lain-lain.
c) Haiwan ; kucing, harimau, kerbau dan lain-lain.
d) Tempat ; bandar, desa, kampung dan lain-lain.
Kata Nama Am boleh ditulis dengan huruf besar jika berada pada awal ayat manakala boleh
ditulis dengan huruf kecil pada akhir ayat. Contohnya ;
a) Harimau itu mengaum dengan kuat.
b) Dia sedang member harimau itu makan.

Nama Khas pula digunakan untuk menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas dan huruf
pertamanya mestilah ditulis dengan huruf besar. Contohnya ;
a) Benda ; Proton Saga, Bangunan Berkembar Petronas,dan lain-lain.
b) Orang ; Tuan Ahmad, Mejar Hamzah, dan lain-lain.
c) Binatang ; Si Comel, Pak Belang, dan lain-lain.
d) Tempat ; Kota Kinabalu, Sepanggar, dan lain-lain.
Kata Nama Terbitan.
Kata Nama Terbitan terbentuk apabila kata nama am diberikan imbuhan awalan, akhiran ataupun
apitan.
a) Imbuhan awalan ; pe-, pem-, pen-, peng-,meng-, ke, dan lain-lain.
b) Imbuhan akhiran ; -ita, -man, -wati, -wan, dan lain-lain.
c) Imbuhan apitan ; per-…..-an, peng-….-an, ke-…-an, dan lain-lain.
Kata Ganti Nama.
Kata Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA iaitu merujuk kepada
seseorang. Seterusnya yang telah dibahagikan kepada lima bahagian iaitu ganti nama diri, ganti
nama umum, ganti nama pertanyaan, ganti nama petunjuk, ganti nama sendi.
a) Ganti Nama Diri pertama. Contohny ialah beta, patik, saya, kami, kita, dan lain-lain.
b) Ganti Nama Diri Kedua. Contohnya ialah kamu, anda, engkau, tuanku, dan lai-lain.
c) Ganti Nama Diri Ketiga. Contohnya ialah ia, dia, beliau,mereka dan lain-lain.
Kata Ganti Tanya
Kata Ganti Tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa,
bilangan dan hal dengan maksub bertanya. Biasanya kata ganti ini ditambah “kah” dan tanda soal
di setiap akhir ayatnya. Ianya juga digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya. Contohnya kata
tanya ialah apakah, siapakah, manakah, bilakah, bagaimanakah, kenapakah, mengapakah, dan
berapakah. Contoh ayatnya ialah:
a) Sudahkah awak menyiapkan kerja tadi?
b) Berapakah harga baju yang berwarna merah ini?
c) Siapakah pemilik rumah yang bercat merah itu?
d) Mengapakah awak tidak menghabiskan makanan itu?
e) Bila awak hendak menghantar surat ini ke pejabat pos?
Kata Ganti Umum / Tak Tentu

Kata ganti jenis ini terbentuk hasil daripada penggandaan kata ganti tanya seperti apa, siapa dan
mana. Kata ganti ini hanya digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja. Contoh
penggunaan ayat ini ialah ;
a) Jangan sesiapa yang berganjak daripada tempat duduk masing-masing.
b) Siapa-siapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh mengambil boring
pendaftaran di sini.
c) Ambilah mana-mana benda yang awak suka di sini.
Kata Ganti Nama Tunjuk.
Penggunaan kata ganti ini ialah untuk menunjukkan sesuatu tempat, orang, benda dan cara.
Contohnya ialah situ, sana, sini, begini, begitu dan banyak lagi. Contoh ayatnya ialah ;
a) Itu bagus.
b) Begini caranya.
c) Rupanya begitu.
d) Tingginya bangunan itu.
e) Cantiknya baju yang awak pakai ini.
Kata Hubung.
Kata hubung digunakan untuk menggabungkan ayat dengan ayat, perkataan dengan perkataan
dan rangkai kata dengan rangkai kata. Maksudnya disini ialah daripada dua ayat yang telah
dibina boleh menjadi satu setelah digabungkan dengan kata hubung. Kata hubung mempunyai
dua jenis iaitu bentuk akar dan terbitan.
Contoh kata hubung akar :
a) Dan
b) Hingga
c) Dengan
d) Jika
e) Kerana
f)

Serta

g) Supaya
h) Demi
i)

Kemudian

j)

Agar

k) Ketika
l)

Walhal
Contoh kata hubung terbitan ialah :

a) Semasa
b) Sementara
c) Sebaliknya
d) Itupun
e) Mudah-mudahan
f)

Meskipun

g) Setelah
h) Semoga
i)

Seketika

j)

Seandainya

k) padahal
Contoh ayat ialah :
a) Mimi dan Suzie menaiki bas pergi ke sekolah.
b) Restoran itu menghidangkan pelbagai jenis makanan yang lazat namun harganya sangat mahal.

Kata Kerja.
Kata kerja menunjukkan satu perbuatan yang sedang melakukan sesuatu perbuatan. Kata Kerja
Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif adalah bahagian yang terdapat dalam kata kerja. Kata kerja
transitif ialah satu perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang
terkena dengan perbuatan tersebut dipanggil penyambut ataupun objek. Kata kerja transitif juga
dikenali sebagai perbuatan melampau. Biasanya kata kkerja jenis ini menggunakan inbuhan
‘me-‘ seperti mendermakan, mengambil, menduduki dan sebagainya. Contoh ayat ialah :
a) Anjing itu mengongong sesuatu dalam mulutnya.
b) Abang sedang menaip sesuatu.
c) Lelaki itu sedang mencuci kereta kesayangannya.

d) Ayah saya telah mendermakan meja kepada jiran sebelah.
e) Emak akan membacakan saya cerita sebelum saya tidur setiap malam.
Kata kerja tak transitif pula berbeza dengan kata kerja transitif kerana ianya hanya mempunyai
pembuat dan tidak mempunyai penyambut. Perbuatan yang dilakukan adalah dilakukan ke atas
diri sendiri atau keatas pembuat itu sendiri. Contoh ayat ialah :
a) Kucing itu sedang tidur.
b) Angin bertiup dengan kuat sekali.
c) Saya telah menyiapkan kerja itu semalam.
d) Bapa sedang memandu kereta itu.
Kata Adjektif.
Perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu nama seperti hitam, banyak, kuat dan
banyak lagi. Kata Adjektif dapat dibahagikan kepada adjektif jati, adjektif bilangan atau pecahan,
adjektif tunjuk, dan adjektif pencerai.
1. Adjektif jati : menerangkan sifat atau rupa yang jati.
a) Bunga itu berwarna merah.
b) Pen itu sangat cantik.
c) Kereta yang cantik itu milik ayah saya.
d) Penyanyi itu sangat merdu suaranya.
2. Adjektif bilangan atau pecahan menunjukkan bilangan dan juga pecahan.
a) Saya memiliki dua batang pencil.
b) Ayah membelikan saya dua biji limau.
c) Satu per tiga biji guli itu ialah milik kawan saya.
d) Malik perlu mendapatkan lima lagi mata untuk menang.
3. Adjektif tunjuk menggunakan perkataan seperti bagaimana dan yang mana. Contohnya,
a) Jangan ulangi lagi perkara tersebut.
b) Yang mana satu yang betul caranya.
c) Begini caranya hendak mengendalikan alat ini.
d) Baju ini mahal harganya.
Kata Tanya.

Setiap Kata Tanya mempunyai kata atau perkataan yang