Keusahawanan sosial Islam Konsep dan Ama

285
NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015
“Strengthening Scholarships Through Research”

SPKO-48
KEUSAHAWANAN SOSIAL ISLAM: KONSEP DAN AMALAN1
Mohd Adib Abd Muin
Calon PhD Keusahawanan Sosial di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Pensyarah di Pusat
Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), 06010 Sintok,
Kedah
mohdadib@uum.edu.my / mohdadib2015@gmail.com
Dr. Shuhairimi Abdullah
Pusat Pengajian Komunikasi & Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 01000, Kangar
Perlis
shuhairimi@unimap.edu.my
Prof. Madya. Dr. Azizan Bahari
Pusat Pengajian Komunikasi & Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 01000, Kangar
Perlis
azizanbahari@unimap.edu.my
ABSTRAK
Keusahawanan sosial Islam adalah salah satu cabang kepada aktiviti muamalat yang mana ianya menjadi

fardhu kifayah kepada sesebuah komuniti masyarakat. Menurut Imam al-Syatibi (t.t) fardu kifayah adalah
berupa suatu arahan daripada Allah s.w.t dan mendapat pahala sekiranya melakukannya dan
meninggalkannya adalah suatu dosa, tetapi memadai jika dilakukan oleh bilangan yang cukup dalam suatu
komuniti masyarakat (Suhaili Sarif & Ahmad Sufian Che Abdullah, 2005). Objektif kajian ini adalah untuk
mengenalpasti konsep dan amalan yang dipraktikkan dalam keusahawanan sosial Islam. Kaedah
penyelidikan yang digunakan adalah epistemologi Islam dan analisis kandungan berdasarkan kajian-kajian
lepas berdasarkan sumber wahyu utama iaitu al-Qur’an dan as-Sunnah. Hasil kajian menunjukkan bahawa
terdapat beberapa konsep dan amalan yang perlu diutamakan dalam mencapai matlamat keusahawanan
sosial Islam berdasarkan kerangka Islam (Akidah, Syariah, dan Akhlak). Antara konsep yang dikenalpasti
adalah konsep khalifah, konsep persaudaraan, konsep jihad ekonomi, konsep al-Falah, konsep kebajikan,
konsep keadilan dan keseimbangan, konsep peningkatan ekonomi ummah, konsep zakat, sedekah dan
wakaf, konsep membangun dan meningkatkan nilai sosial pemberi dan konsep menyuruh kepada kebaikan
dan mencegah kepada keburukan. Amalan yang dikenalpasti pula adalah amalan yang mendahulukan segala
urusan Allah s.w.t iaitu solat fardhu dan solat-solat sunat (solat dhuha dan tahjud), berpuasa, bersedekah,
berdoa dan bermunajat kepada Allah s.w.t dan sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t dan memberi makan
kepada golongan fakir dan miskin. Oleh itu, perbincangan mendalam secara ilmiah akan diketengahkan
dalam kajian ini.
Kata Kunci: Keusahawanan Sosial Islam, Muamalat, Konsep, Amalan
1


Kertas Kerja ini telah dibentangkan di Seminar Penyelidikan Kebangsaan (SPK2015) di Dewan Konvensyen Bangunan E-Learning, Kampus
Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tarikh 9 May 2015.

286
NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015
“Strengthening Scholarships Through Research”

1. PENGENALAN
Aktiviti keusahawanan sosial adalah salah satu cabang ekonomi yang boleh membasmi kadar kemiskinan dan
mampu meningkatkan taraf ekonomi sesebuah Negara (Saifuddin Abdullah, 2012). Mencari rezeki yang
halal dan bersih adalah tuntutan fardhu menurut pandangan Islam dan berusaha di dalam bidang perniagaan
keusahawanan dan membuat barang-barang keperluan asas utama orang-orang Islam adalah fardhu kifayah
(Mohamad Mustapha, 2002). Berdasarkan kepada keadaan ekonomi masa kini yang semakin meruncing dan
ditambah pula dengan kemerosotan ekonomi barat dan eropah menyebabkan aktiviti keusahawanan sosial
begitu penting di laksanakan terutamanya di negara-negara membangun seperti Malaysia (Saifuddin
Abdullah, 2009). Antara langkah awal yang disarankan oleh kerajaan Malaysia adalah kerjasama antara
institusi yang berpontensi tinggi dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta perlu mengamalkan konsep
keusahawanan sosial dengan dunia keusahawanan dalam bidang penyelidikan secara menyeluruh untuk
membantu usahawan membangunkan pelbagai produk dan perkhidmatan dengan harga yang rendah dan
berkualiti (Saifuddin Abdullah, 2009).

Keusahawanan sosial kini menjadi fenomena baru dalam sesebuah Negara bagi mengurangkan segala
masalah sosial dan membasmi kadar kemiskinan masyarakat (Zietlow, 2002; Zahra et al. 2008; Mohd Adib et
al., 2013; Mohd Adib et al., 2014). Menurut pandangan dari tokoh usahawan korporat yang terkenal
Muhammad Ali Hashim (2013), menyatakan bahawa di Malaysia sudah tiba masanya golongan para
usahawan pada masa kini menjalankan amalan konsep jihad perniagaan melalui aktiviti keusahawanan sosial
dan keusahawanan perniagaan. Usahawan adalah antara individu dan golongan yang seringkali di
bincangkan dalam al-Quran terutamanya dalam konteks perniagaan. Usahawan berjaya adalah usahawan
yang telah melakukan aktiviti keusahawanan dalam sesuatu perniagaan dan telah berjaya mendapatkan
keuntungan hasil dari aktiviti tersebut (Mohd Adib, Shuhairimi, Muhammad Fakhirin, 2014).
Seperti yang kita semua tahu agama Islam itu adalah agama samawi yang lengkap dan sempurna untuk
seluruh Muslim kerana ianya meliputi segala aspek kehidupan dunia dan akhirat. Allah s.w.t. berfirman yang
bermaksud:
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan
nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka,
sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia
tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Maidah, 5: 3)
Kesempurnaan agama Islam bukan hanya setakat merangkumi aspek ukhrawi, malah tatacara penghidupan
yang terbaik juga telah digariskan oleh Allah s.w.t. Al-Qur’an dan as-Sunnah merupakan sumber rujukan
utama dan panduan yang lengkap untuk manusia menjalani kehidupan yang terbaik. Di samping itu juga,

manusia dibekalkan dengan akal fikiran untuk digunakan bagi mencapai tujuan hidup serta mendekatkan lagi
dengan Pencipta mereka.
Latar belakang kajian ini berdasarkan kepada analisis konsep dan amalan yang dilaksanakan oleh golongan
usahawan dalam aktiviti keusahawanan sosial Islam berdasarkan kajian-kajian lepas dan juga pembuktian
melalui sumber wahyu al-Qur’an dan as-Sunnah. Berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud :-

287
NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015
“Strengthening Scholarships Through Research”

“Barang siapa meminjami Allah s.w.t dngan pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya ke
jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda
yang banyak, dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah kamu
dikembalikan.” (Surah Al-Baqarah, 2: 245)
Berdasarkan maksud ayat di atas dapat kita lihat bahawa menginfakkan harta di jalan Allah s.w.t adalah
antara amalan yang diredhai dan diberkati oleh Allah s.w.t.. Semakin banyak harta yang dikeluarkan untuk
Allah s.w.t maka semakin banyak juga rezeki yang bakal diterima. Menurut firman Allah s.w.t yang
bermaksud:
“Kamu sekali-kali tidak akan sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu
menafkahkan sebahagian daripada harta yang kamu cintai, dan apa saja yang kamu

nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Surah Ali-Imran, 3:92)
Penjelasan daripada ayat di atas jelas menunjukkan bahawa dengan menafkahkan sebahagian daripada harta
yang kita ada ke jalan Allah s.w.t akan menjadikan amalan kebajikan kita semakin sempurna. Kita juga
hendaklah mengutamakan saudara yang terdekat dahulu dan juga orang-orang fakir miskin dan orang yang
bermusafir seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan berikanlah kepada kaum kerabat yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan
orang yang dalam perjalanan; dan janganlah kamu membelanjakan (hartamu) secara boros.
Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah
sangat ingkar kepada Tuhannya. Dan jika kamu berpaling kepada mereka untuk memperolehi
rahmat daripada Tuhanmu yang kamu harapkan, maka katakanlah kepada mereka dengan
ucapan yang lemah lembut. Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada
lehermu dan janganlah terlalu menghulurkannya kerana itu kamu menjadi tercela dan
menyesal. Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan
menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Melihat akan hambahambaNya.” (Surah Al-Isra’, 17: 26-30)
2. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk melihat aktiviti keusahawanan sosial Islam secara menyeluruh
berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah. Selain itu juga objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:
i. Untuk mengenalpasti konsep keusahawanan sosial Islam
ii. Untuk melihat amalan-amalan yang perlu ada bagi seseorang individu yang bergelar usahawan dalam
melaksanakan aktiviti keusahawanan sosial Islam.

3. KAEDAH PENYELIDIKAN
Kajian ini dilaksanakan berdasarkan metodologi epestimologi Islam dan analisis kandungan. Kajian ini juga
berasaskan teori untuk mengenalpasti model-model dan teori-teori sedia ada berdasarkan kajian lepas.
Pendekatan perbandingan analisis digunapakai untuk melihat konsep dan amalan dalam keusahawanan sosial
Islam. Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1, kajian ini melalui dua fasa.

288
NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015
“Strengthening Scholarships Through Research”

Fasa pertama adalah mengenalpasti konsep keusahawanan sosial Islam. Fasa kedua adalah melihat amalanamalan yang perlu ada bagi individu usahawan yang melaksanakan aktiviti keusahawanan sosial Islam.
Fasa
Fasa
1

Aktiviti

Output

Sorotan Karya:

Untuk mengenalpasti
konsep keusahawanan
sosial Islam

Objektif 1 tercapai

Fasa
2

Sorotan Karya:
Melihat amalan-amalan yang
perlu ada bagi individu
usahawan yang
melaksanakan aktiviti
keusahawanan sosial Islam

1.
2.
3.
4.

5.
6.

Konsep Khalifah,
Konsep Persaudaraan,
Konsep Jihad Ekonomi,
Konsep Keadilan dan Keseimbangan,
Konsep Memenuhi Keperluan Sosial Masyarakat
Konsep Membangun dan Meningkatkan Nilai
Sosial Pemberi,
7. Konsepal-Falah,
8. Konsep Menyuruh kepada Kebaikan dan Mencegah
kepada Keburukan,
9. Konsep Kebajikan dan Jaminan Sosial
10. Konsep Peningkatan Ekonomi Ummah,
11. Konsep Zakat, Sedekah dan Wakaf,

1.

2.

3.
4.
5.
6.

Amalan yang mendahulukan segala urusan
Allah s.w.t iaitu solat fardhu dan solat-solat
sunat (solat dhuha dan tahjud),
Berpuasa,
Bersedekah,
Berdoa dan Bermunajat kepada Allah s.w.t
Sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t
Memberi makan kepada golongan fakir dan
miskin.

Objektif 2 tercapai

Fasa 1: Fasa Penyelidikan Konsep dan Amalan Keusahawanan Sosial Islam
Selepas itu analisis dan pembentukan konsep dan amalan keusahawanan sosial Islam terhasil.


4. KONSEP KEUSAHAWANAN SOSIAL ISLAM
4.1 Konsep Khalifah
Manusia dijadikan di atas muka bumi ini sebagai khalifah untuk mentadbir, memimpin, dan memakmurkan
alam ini. Tugas khalifah adalah satu tugas amanah yang berat untuk dipikul. Namun demikian, usahawan
sosial berjaya yang mempunyai konsep khalifah dalam diri akan dapat melaksanakan tugas dengan sebaikbaiknya. Tugas ini juga adalah salah satu tugas untuk memakmurkan dunia dan ia juga sebagai landasan
untuk memenuhi tanggungjawab tersebut. Firman-firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

289
NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015
“Strengthening Scholarships Through Research”

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau
hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya
dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan
menyucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak
kamu ketahui.” (Surah Al-Baqarah, 2:30)
“Dan kepada kaum Thamud (kami utus) saudara mereka, Soleh. Soleh berkata: Wahai
kaumku! Sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah
menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya, kerana itu

mohonlah ampunanNya, kemudia bertaubatlah kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku amat
dekat
(rahmatNya)
lagi
memperkenankan
(doa
hambaNya”.
(Surah Hud, 11: 61)
Seiringan dengan tugas sebagai khalifah, setiap golongan usahawan sosial berjaya akan menggalas amanah
yang besar iaitu dengan memastikan setiap pemberian Allah s.w.t. itu dimanfaatkan dengan sebaiknya kepada
seluruh masyarakat. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan rasul
(Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang
diamanahkan ke atasmu, sedang kamu mengetahui.” (Surah Al-Anfal, 8: 27)
Hadis riwayat Abdullah bin Mas’ud r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Untuk setiap orang yang berkhianat akan diberikan sebuah panji pada hari kiamat yang
bertuliskan, “Inilah pengkhianatan si fulan.‟” (Hadis riwayat Muslim, 3268)
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunungganang; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak
akan melaksanakannya (berat), lalu manusia pun memikul amanah itu. Sesungguhnya
manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh.” (Surah Al-Ahzab, 33: 72)
Sesungguhnya peranan khalifah itu sangat besar dalam menjaga amanah yang diberikan. Konsep khalifah ini
juga berkait rapat dengan konsep amanah dalam pemilikan harta daripada perspektif Islam iaitu pemilikan
sebenar yang mutlak hanyalah milik Allah s.w.t. manakala khalifah hanya bertindak sebagai wakil atau
pemegang amanah sahaja.
4.2 Konsep Persaudaraan
Konsep persaudaraan adalah konsep hubungan manusia dengan manusia (hablu min nas) iaitu konsep
keusahawanan sosial Islam yang memanisfestasikan perhubungan sesama insan dan menjadi satu sistem
muamalah yang penting (Muhamad Dahlan Ibrahim, 2002).

290
NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015
“Strengthening Scholarships Through Research”

Usahawan sosial berjaya seharusnya mempunyai amalan yang baik dalam persaudaraan untuk meningkatkan
lagi jaringan perhubungan di antara satu sama lain. Selain itu, usahawan sosial berjaya hendaklah mempunyai
rasa tanggungjawab, kasih-mengasihani dan amalan tolong menolong sesama insan dalam menjalankan
aktiviti keusahawanan sosial (Adnan Alias & Muhammad Dahlan Ibrahim 2002; Shuhairimi Abdullah,
2011).
Dengan semangat dan nilai amalan toleransi yang baik, usahawan sosial berjaya Muslim akan dapat
menyempurnakan tugas amanah dan tanggungjawab sebagai hamba Allah yang sejati. Dengan amalan yang
ada dalam diri ini akan dapat mengikis sifat tercela (mazmumah) seperti tamak, kedekut, tidak bertimbang
rasa, eksploitasi, dan lain-lain sifat terkeji. Konsep persaudaraan ini akan dapat meningkatkan keharmonian
dalam kehidupan bermasyarakat sekiranya amalan ini di nikmati dan dihayati sepenuhnya. Dari Anas dari
Nabi Muhammad s.a.w, beliau bersabda yang bermaksud:
“Tidaklah sempurna keimanan seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai
saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.”2 (Hadis Riwayat Al-Bukhari, No
13)
4.3 Konsep Jihad Ekonomi
Jihad merupakan sebahagian daripada syariah Islam. Menurut kamus bahasa Arab, perkataan jihad berasal
daripada perkataan al-Jahd yang membawa maksud keberatan dan kesusahan, dan al-Juhd memberi makna
kekuatan dan usaha. Manakala perkataan al-Jihad bermaksud mengerahkan kekuatan dan kemampuan baik
dalam bentuk kata-kata mahupun perbuatan kerana Allah s.w.t. Dalam Islam jihad ialah perjuangan yang
bersungguh-sungguh untuk menegakkan perkara-perkara yang diperintahkan oleh Allah s.w.t dan
menjauhkan perkara-perkara yang dilarang sekalipun dengan mengorbankan hak-hak kepentingan sendiri.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah s.w.t dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah
yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu
menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu
Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (AlQur ‟an) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran
perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan
kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang,
dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu.
Maka (Allah s.w.t yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaikbaik Pemberi pertolongan. (Surah Al-Hajj, 22: 78)
Konsep jihad ini adalah asas kekuatan yang perlu ada bagi seseorang individu Muslim dalam mendekatkan
diri kepada Allah s.w.t.. Firman Allah s.w.t. dalam al-Qur’an yang bermaksud:

2

Abu Abdullah Muhammad bin Ismail Al-Bukhari (2010) Sahih Al-Bukhari. Bab Iman. Jil. 1, h: 86.

291
NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015
“Strengthening Scholarships Through Research”

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah s.w.t dan janganlah kamu mencampakkan
dirimu sendiri ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah s.w.t.
menyukai orang yang berbuat baik.” (Surah Al-Baqarah, 2: 195)
Dari Hudzaifah, ayat: “Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah s.w.t., dan janganlah kamu
menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan .” Hudzaifah mengatakan bahawa ayat ini turun mengenai
nafkah/ infaq.3 Sesungguhnya usahawan sosial berjaya hendaklah menyemai konsep jihad di dalam hati dan
jiwa agar lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.. Hal ini dapat memberikan nilai yang baik kepada
usahawan sosial berjaya dalam melaksanakan aktiviti keusahawanan sosial Islam. Dalam Shahihnya, alBukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Dzar, dia berkata maksudnya,
“Aku berkata, „Wahai Rasulullah! Perbuatan apakah yang paling utama?‟ Rasulullah s.a.w.
menjawab, „Iman kepada Allah s.w.t. dan berjihad di jalanNya .’ (Hadis Riwayat Riyadhus
Shalihin, No 471).

Mereka berdua juga meriwayatkan dari sahabat Anas r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Berangkat pagi atau petang untuk berjihad di jalan Allah s.w.t adalah lebih baik daripada
dunia dan seisinya .” (Hadis Riwayat Riyadhus Shalihin, No 471).
Terdapat banyak jenis konsep jihad dalam Islam antaranya jihad nafsu, jihad peperangan, jihad harta benda,
jihad menentang golongan munafik, jihad menentang golongan yang memusuhi Islam, jihad menentang
hasutan Iblis dan syaitan dan lain-lain, akan tetapi dalam perbincangan kajian ini akan meletakkan konsep
jihad ekonomi sebagai perbincangan utama. Jihad ekonomi adalah jihad daripada sudut material/ kebendaan
dan spiritual. Jihad ekonomi tidak terhad kepada kemajuan ekonomi semata malahan merangkumi aspek
perniagaan, sosial, dan pendidikan (Muhammad Ali Hashim, 2013). Jihad ekonomi juga menghalang
sesuatu dasar ekonomi yang berkonsepkan kapitalisme, sosialisme, dan komunisme yang boleh
menghancurkan ekonomi sesebuah Negara. Antara tujuan konsep jihad ekonomi dilaksanakan adalah untuk:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Mencari keredhaan Allah s.w.t di dunia dan akhirat.
Mempertahankan maruah diri, kehormatan, dan harta benda daripada tindakan sewenang-wenang
musuh.
Memberantas kezaliman yang ditujukan kepada umat Islam.
Membantu orang-orang yang lemah (kaum dhu‟afa).
Mewujudkan keadilan dan kebenaran.
Menghapuskan dasar-dasar ekonomi yang berkonsepkan kapitalisme, sosialisme, dan komunisme.
Merapatkan jurang orang kaya dan orang miskin.

4.4 Konsep Keadilan dan Keseimbangan
Konsep keadilan dan keseimbangan ini adalah penting bagi usahawan sosial berjaya melaksanakan aktiviti
keusahawanan sosial Islam. Firman Allah s.w.t yang bemaksud:
3

Sila lihat: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail Al-Bukhari (2010) Hadis Sahih Al-Bukhari, Kitab Tafsir, Bab: Dan
belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah s.w.t., dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.. (QS.
2:195). Jil.4, h:98-99.

292
NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015
“Strengthening Scholarships Through Research”

“Wahai orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan
(kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi yang adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu
terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana
(adil) itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah s.w.t, sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Surah
Al-Ma‟idah, 5: 8)
Firman-Nya lagi yang bermaksud:
“…agar harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu.
Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu,
maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras
hukumanNya.” (Surah Al-Hasyr, 59:7)
Makna adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jika berlaku sebaliknya iaitu tidak meletakkan
sesuatu pada tempatnya maka akan berlakunya Zalim. Keadilan ini harus dititik-beratkan oleh usahawan
sosial berjaya kerana adil itu wajib dilaksanakan pada setiap peringkat dalam berekonomi dan melaksanakan
aktiviti keusahawanan. Apabila seseorang usahawan itu menjalankan kegiatan keusahawanan di samping
mendapat keuntungan, mereka juga mampu untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat seperti
menawarkan keperluan yang banyak, harga yang berpatutan, kualiti terjamin serta mengeluarkan zakat. Hal
ini akan lebih menyumbangkan agihan kekayaan dalam masyarakat. Hadis riwayat Abu Hurairah r.a., dia
berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Setiap ruas tulang manusia wajib bersedekah setiap hari, dimana matahari terbit.”
Selanjutnya beliau bersabda, “Berlaku adil antara dua orang adalah sedekah, membantu
seseorang (yang kesulitan menaikkan barang) pada haiwan tungganganya atau
mengangkatkan barang-barangnya adalah sedekah.” Rasulullah s.a.w. juga bersabda,
“perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang dikerahkan menuju solat adalah
sedekah dan menyingkirkan duri dari jalan adalah sedekah.”
(Hadis
Sahih Riwayat Muslim, 1677)
4.5 Konsep Memenuhi Keperluan Sosial Masyarakat
Antara objektif keusahawanan sosial Islam adalah untuk memenuhi keperluan sosial masyarakat seperti
memenuhi keperluan asas iaitu keperluan makananan, pakaian, dan tempat tinggal.
Selain itu menyediakan kemudahan umum dengan membaik pulih tandas awam, membina masjid atau surau,
memberi makanan kepada gelandangan, menaiktaraf perhentian menunggu teksi dan bas dan sebagainya.
4.6 Konsep Membangun dan Meningkatkan Nilai Sosial Pemberi
Konsep membangun dan meningkatkan nilai sosial pemberi ini merujuk kepada personaliti dan amalan
usahawan sosial berjaya yang sentiasa aktif dalam melaksanakan aktiviti sosial. Dengan menjalankan aktiviti

293
NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015
“Strengthening Scholarships Through Research”

sosial ini usahawan sosial berjaya dapat meningkatkan nilai-nilai murni dalam diri dan boleh mendekatkan
diri kepada Allah s.w.t. selain daripada itu dapat membangunkan ekonomi masyarakat dan negara umumnya.
4.7 Konsep Al-Falah
Melalui konsep al-Falah ini usahawan sosial berjaya telah menjalankan sebahagian daripada tugas dan
tangungjawab sebagai manusia atau Khalifah di atas muka bumi ini dengan membantu masyarakat melalui
aktiviti sosial. Konsep al-Falah yang dimaksudkan adalah kejayaan mendapatkan keredhaan dan keberkatan
Allah s.w.t. dalam setiap perkara yang dibuat di dunia dan di akhirat. Kejayaan yang dimaksudkan adalah
kejayaan dalam mengaplikasikan matlamat dan objektif syariah dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti sosial
yang dilaksanakan oleh golongan usahawan sosial berjaya dalam membasmi kadar kemiskinan dan
kekurangan masyarakat yang memerlukan di Malaysia.
4.8 Konsep Menyuruh Kepada Kebaikan dan Mencegah Kepada Keburukan (Amar Makruf wa Nahi
Munkar)
Konsep mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada keburukan ini adalah konsep yang perlu ada bagi
setiap Muslim terutamanya golongan usahawan sosial berjaya. Hal ini kerana konsep ini dapat meningkatkan
lagi tahap kepuasan sosial dalam kalangan usahawan itu sendiri kerana aktiviti sosial yang dijalankan adalah
berdasarkan perkara tuntutan agama dan mendatangkan kebaikan (maslahah). Dengan sedemikian itu, usaha
yang dijalankan oleh usahawan sosial berjaya ini mendapat contoh dan tauladan kepada masyarakat dan
agama.
4.9 Konsep Jaminan Sosial
Konsep jaminan sosial ini adalah selaras dengan kehendak al-Maqasid al-Syariah yang bersandarkan kepada
al-Qur’an dan al-Hadis dalam menjaga agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta. Konsep jaminan sosial
yang dimaksudkan adalah usaha yang dilaksanakan oleh golongan usahawan sosial berjaya dalam membantu
mengurangkan kadar kemiskinan masyarakat, meningkatkan tahap keselamatan, menyediakan kemudahan
dalam pendidikan, perubatan dan sebagainya. Peranan yang dilakukan oleh usahawan sosial berjaya ini dapat
memberi jaminan sosial kepada masyarakat dan negara.
4.10 Konsep Peningkatan Ekonomi Ummah
Konsep peningkatan ekonomi ummah ini terlaksana jika usahawan sosial berjaya itu benar-benar melakukan
aktiviti keusahawanan sosial Islam secara menyeluruh yang mana hasil aktiviti sosial tersebut dapat
membantu masyarakat dan meningkatkan taraf ekonomi sesebuah tempat. Konsep peningkatan ekonomi
ummah ini perlu diterapkan dalam setiap diri individu yang bergelar usahawan sosial berjaya kerana ia
memberi impak positif dalam menyalurkan hasil keuntungan, pendapatan, dan perolehan kepada masyarakat
setempat melalui misi-misi sosial. Secara tidak lansung ekonomi Negara juga akan meningkat dan gejala
sosial yang buruk juga dapat di atasi.

294
NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015
“Strengthening Scholarships Through Research”

4.11 Konsep Zakat dan Wakaf
Konsep zakat adalah satu proses pengagihan harta kepada golongan-golongan tertentu yang layak menerima
zakat dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Manakala wakaf adalah proses melepaskan
hak pemilikan kepada masyarakat dari sudut zat dan manfaat. Konsep ini sebenarnya bukan sekadar
memindahkan harta sikaya kepada simiskin malah ia membawa pengertian yang sangat besar daripada itu.
Proses zakat dan wakaf ini bertujuan untuk merapatkan jurang sosio-ekonomi masyarakat dan menghapuskan
sifat-sifat permusuhan, hasad dengki, tamak dan ketidakpuasan hati segolongan masyarakat. Perbuatan
mengagih kekayaan seperti ini dapat meningkatkan semangat kemasyarakatan dan keharmonian sesebuah
Negara dan konsep ini merupakan tanda kesyukuran dan pengabdian diri terghadap Allah s.w.t. (Adnan Alias
& Mohamed Dahlan Ibrahim, 2002). Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur,
Kami pasti akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu),
maka sesungguhnya azabku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, 14: 7)
Usahawan sosial berjaya yang melaksanakan konsep zakat dan wakaf dalam menyuburkan ekonomi
masyarakat akan mendapat balasan nikmat yang bertambah daripada Allah s.w.t.. Hal ini kerana dengan
konsep zakat dan wakaf dapat memberi sumbangan secara lansung kepada masyarakat dan menepati dengan
matlamat dan visi sosial untuk membantu masyarakat mengurangkan beban dan tekanan ekonomi. Konsep
zakat dan wakaf ini juga dapat menjadikan hati golongan usahawan sosial berjaya bersih dari sifat tamak
kepada harta dan terlalu sayang dan cintakan harta benda selari dengan konsep Tazkiyyah (pembersihan hati).
Manfaat yang diterima oleh usahawan sosial berjaya menerusi proses zakat dan wakaf bukanlah setakat
pembersihan harta yang mereka miliki malah kelangsungan manfaat hingga ke akhirat. Firman Allah s.w.t
yang bermaksud:
“Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan belanjakanlah (segala kekayaan yang
diperolehi pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang
dijadikan untuk kamu menguasainya; Maka orang-orang beriman yang membelanjakan
(sebahagian hartanya pada jalan Allah) adalah mereka akan beroleh pahala yang besar.”
(Surah Al-hadid, 57: 7)
Selain daripada pengeluaran zakat dan wakaf, usahawan sosial berjaya juga dianjurkan untuk
memperbanyakkan sedekah dan lain-lain amal jariah. Perbuatan ini amat digalakkan dalam Islam malah ia
akan menambahkan keberkatan rezeki bagi yang melaksanakannya. Di samping itu ia juga dapat
mengeratkan silaturrahim sesama manusia.
5. AMALAN-AMALAN USAHAWAN DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL ISLAM
Antara amalan-amalan yang perlu ada bagi individu usahawan sosial adalah seperti berikut:
i.
Amalan yang mendahulukan segala urusan Allah s.w.t iaitu solat fardhu dan solat-solat sunat (solat
dhuha dan tahjud),
ii.
Berpuasa,
iii. Bersedekah,
iv.
Berdoa dan Bermunajat kepada Allah s.w.t
v.
Sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t
vi.
Memberi makan kepada golongan fakir dan miskin.

295
NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015
“Strengthening Scholarships Through Research”

6. PENUTUP
Secara kesimpulan, konsep dan amalan keusahwanan sosial Islam ini sangat penting dan perlu dipraktikkan
oleh golongan usahawan sosial terutamanya yang beragama Islam kerana dengan pelaksanaan konsep dan
amalan ini dapat mencari keredhaan dan keberkatan Allah s.w.t di dunia dan akhirat. Memandangkan tajuk
kajian dalam keusahawanan sosial Islam ini adalah sangat terhad dan ianya penting dalam meningkatkan
ekonomi Negara maka di sarankan agar pelbagai pihak mengambil bahagian dan inisiatif dalam
meningkatkan pengetahuan diri untuk membantu bersama-sama membasmi pelbagai masalah sosial melalui
aktiviti keusahawanan sosial berpandukan ajaran Islam. Selain dijadikan bahan bacaan tambahan dalam
koleksi pengajian dan penyelidikan berdasarkan perspektif Islam, disertakan juga cadangan agar kajian yang
dilakukan ini diteruskan lagi kepada generasi penyelidik yang akan datang supaya kajian ini diperluaskan dan
ilmu pengetahuan tentang keusahawanan sosial Islam ini diperbanyakkan lagi di masa depan serta mendapat
manfaat daripada kertas kerja yang dihasilkan.
7. PENGHARGAAN
Penyelidik ingin mengucapkan terima kasih kepada Universiti Malaysia Perlis (http://www.unimap.edu.my)
atas bantuan biasiswa pelajaran yang diberikan juga terima kasih kepada Kementerian Pengajian Malaysia
(http://www.moe.gov.my).
8. RUJUKAN
Ab. Aziz Yusof. (2010). Pengenalan kepada usahawan dan keusahawanan. Kuala Lumpur: Scholar Mind
Publishing.
Abdullah, M.A. and A. Hoetoro, (2011). Social Entrepreneurship as an Instrument to Empowering Small
and Medium Enterprises: An Islamic Perspective. International Journal of Management and
Business Research, 1(1):35-46
Adnan Alias & Mohamed Dahlan Ibrahim, (2002). Keusahawahanan Islam. Petaling Jaya: Prentice Hall.
Almarri, J., Meewella, J. & Mainela, T. (2012). Social entrepreneurship and Islamic philanthropy.
International conference on Excellence in Business. Shariah United Arab Emirates.
Global Entrepreneurship Monitor. (2009). Report on social entreprenurship 2009. United Kingdom: London
Business School.
Habibollah. S., Hamed. A., & Davoud. N. (2010). Waqf as a Social Entrepreneurship Model in Islam.
International Journal of Business and Management. Vol. 5, No. 7; July 2010.
Ibn Kathir, Abu Al-Fida’, Imad Ad-Din Ismail Ibn Umar bin Kathir Al-Qurashi Al-Busrawi. (2011). Tafsir
Ibn Kathir 10-Vol. Saudi Arabia: Dar-us-Salam.
Jiao, H. (2011). A conceptual model for social entrepreneurship directed toward social impact on society.
Social Enterprise Journal, 7(2), 130–149. doi:10.1108/17508611111156600
Johnson, S. (2000), “Literature review on social entrepreneurship”, available at:
www.bus.ualberta.ca/ccse/Publications/Publications/Lit._Review_SE_November_2000.rtf (accessed
February 20, 2011).
Mohamad Mustapha. (2002). Keusahawanan Islam. Petaling Jaya: Prentice Hall. Hlm: 1-8.
Mohd Adib Abd Muin, Shuhairimi Abdullah, Muhammad Fakhirin Che Majid, (2014). Pengurusan
Keusahawanan Sosial Islam: Model amalan usahawan berjaya dalam amalan nilai-nilai murni.
Prosiding: Seminar Penyelidikan Kebangsaan 2014

296
NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015
“Strengthening Scholarships Through Research”

Mohd Adib Abd Muin, Azizi Abu Bakar, Shuhairimi Abdullah, (2013). Model usahawan berjaya dalam
amalan nilai-nilai murni keusahawanan sosial Islam. Prosiding: International Conference on
Business Innovation, Entrepreneurship and Engineering 2013, pp. 386-399.
Mohd Adib Abd Muin, Azizi Abu Bakar, Shuhairimi Abdullah. (2014). Model usahawan berjaya dalam
amalan nilai-nilai murni keusahawanan sosial Islam. Journal of Human Development and
Communication. Vol. 3, (10), pp. 129-141.
Mohd. Fadzillah Kamsah & Muhammad Zakaria. (2008). Langkah bijak usahawan terbilang. Kuala
Lumpur: Telaga Biru.
Muhammad Ali Hashim. (2013). Khalifah ganti Superman. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors.
Murphy, P.J. & S.M. Coombes, (2009). “A Model of social entrepreneurial discovery”. Journal of Business
Ethics, 87: 325-336.
Nicholls, A. (Ed.) (2008), Social entrepreneurship: New models of sustainable social change, Oxford
University Press, Oxford.
Radin Siti Aishah & Zaidatol Akmaliah. (2013). “Keusahawanan sosial dari perspektif Islam”. In
Proceeding of the International Conference on Research in Ethics Education 2013. Istanbul Turki.
Robinson, J.A., Mair, J. and Hockerts, K., (Eds.) (2009). International perspectives of social
entrepreneurship. London: Palgrave.
Saifuddin Abdullah. (2012, 6 Ogos). “Keusahawanan sosial basmi kemiskinan”. Akhbar Sinar Harian.
Saifuddin Abdullah. (2009, 29 Julai). “Keusahawanan sosial dalam penyelidikan”. Akhbar Utusan
Malaysia.
Shaw, E. (2011). Toward A Theory of Entrepreneurship : The significance and meaning of performance and
the emotion management of entrepreneurs. A Thesis submitted for the Degree of Doctor of
Philosophy By Elizabeth Shaw Brunel School of Business and Management Brunel Unive . Brunel
University.
Shuhairimi Abdullah. (2013). The characteristics of successful entrepreneurs from Islamic Perspective.
Journal of Islamic Human Advanced Research, 3 (6, June 2013), pp. 322-345.
Shuhairimi Abdullah. (2011). Aplikasi nilai- nilai murni dalam kalangan usahawan ke arah pembangunan
usahawan muslim yang holistik. Kertas Kerja Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat
Kebangsaan.
Suhaimi Mhd Sarif, Abdullah Sarwar, and Yusof Ismail. (2013). Practice of social entrepreneurship among
the muslim entrepreneurs in Malaysia. Middle East Journal of Scientific Research. 14 (11): 14631470.
Teresa C.S & Patricia L.N. (2009). “Social entrepreneurship compared to government foreign aid
perceptions in an East African village”. Journal of Research in Marketing and Entrepreneurship.
Vol. 11 No. 1, pp. 49-65.
Weerawardena, J. and Mort, G.S. (2006), “Investigating social entrepreneurship: a multidimensional
model”, Journal of World Business, Vol. 41 No. 1, pp. 21-35.
Yazilmiwati Yaacob & Ilhaamie Abdul Ghani Azmi, (2012). Entrepreneurs' personality from Islamic
perspective: A study of successful muslim entrepreneurs in Malaysia. Doi: 10.7763/IPEDR. 2012.
V46. 16.
Zahra, S.A., Rawhouser, H.N., Bhawe, N., Neubaum, D.O. and Hayton, J.C. (2008), “Globalization of
social entrepreneurship opportunities”, Strategic Entrepreneurship Journal, Vol. 2 No. 2, pp. 11731.
Zietlow, J.T. (2002), “Releasing a new wave of social entrepreneurship”, Nonprofit Management and
Leadership, Vol. 13 No. 1, pp. 85-90.