Pengawalan dan Pencegahan Pengaruh Hally (1)

PENGAWALAN DAN PENCEGAHAN PENGARUH HALLYU OLEH IBUBAPA
TERHADAP ANAK-ANAK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Adiba Munira Mohamad Amin, Fazuriyati Mohd Hamidin,
Muhammad Firdaus Sujaini, Md Rozalafri Johori
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ABSTRAK
Evolusi media membolehkan maklumat disebar dengan cepat sehingga
mempengaruhi sosiobudaya masyarakat dunia.Kesan ini dapat dilihat dalam
pelbagai

aspek

terutamamelalui

hiburan.Jika

dahuluhiburan

dari


Hollywoodmenjadi ikutan masyarakat dunia, namun kini masyarakatdunia mula
cenderung untuk mencari hiburan yang lebih segar mengikut arus semasa.
Kecenderungan inilah yang direbut media Korea dengan mengetengahkan
program televisyen dan fenomena K-Pop atau lebih dikenali sebagai Hallyu
untuk menjadi hiburan pilihan masyarakat dunia. Dalamkonteks Malaysia,
ternyata pengaruh Hallyu yang diketengahkan oleh media Korea sangat
menonjol

sehingga

berjaya

menyerap

masuk

ke

dalam


institusi

kekeluargaan.Penyerapan Hallyu yang sebenarnya bertopengkan gaya hidup
bebas dan Hedonismemengiktiraf pelencongan-pelencongan akhlak dari garis
pandangan Islam. Kertas kerja ini ingin melihat pengaruh Hallyu di terhadap
anak-anak muslim dan membincangkan solusi menurut Al-Quran dan as-Sunnah
yang boleh diaplikasikan oleh ibubapa dalam pendidikan keluarga Islam sejati
untuk membendung pengaruh-pengaruh negatif media.

Kata Kunci: Hallyu, Komunikasi Keluarga, Hedonisme

Hallyu Dan Pengaruhnya
Korea merupakan sebuah negara homogeneus yang memfokuskan kepada
pembentukan jati diri, pengukuhan bahasa serta budaya kebangsaan sehingga
lahirlah satu budaya yang dinamai Hallyu(Nor Hashimah Jalaluddin & Zaharani
Ahmad, 2010). Hallyu atau Korean Wave (Gelombang Korea) adalah istilah yang
diberikan untuk menyebarkan budaya pop Korea (K-Pop dan drama) secara
global di peringkat antarabangsa.Kejayaan utama Hallyu adalah apabila drama
bersiri Winter Sonata (2002) diterima dengan baik di Jepun, Cina, Taiwan dan

negara ASEAN.Sejak itu istilah Hallyu muncul.Kesannya, sejak awal 2002
dengan

kejayaan

drama

bersiri Winter

sonata

(2002),

Hallyu

telah

mempengaruhi penduduk Asia hingga serata dunia terutama dalam kalangan
anak-anak untuk meniru artis-artis Korea yang menjadi kegilaan mereka.
Selain fesyen dan drama, muzik juga mendapat tempat di hati anak-anak. Muzik

Korea jelas menggambarkan imej comel, muda, maskulin atau seksi dengan
sangat berjaya memikat hati mereka seperti Rain, Se7en, Wonder Girls, Girls
Generation, Super Junior, Beast (hmetro, 2011) dan ramai lagi telah berjaya
menempa nama di peringkat antarabangsa. Kejayaan muzik pop Korea (K-Pop)
menduduki tangga di bawah 100 di Amerika Syarikat membuktikan muzik
mereka diterima oleh masyarakat seantero dunia(Nor Hashimah Jalaluddin &
Zaharani Ahmad, 2010). Malah, muzik pop mereka menular ke negara Eropah
seperti Perancis pada tahun 2011 apabila kumpulan pop muzik mereka seperti
Super Junior dan Girls Generation mula mendapat tempat di hati penonton di

Eropah. Persembahan mereka mendapat sambutan yang menggalakkan dari
peminat di Perancis (hmetro, 2011).
Antara elemen yang mempengaruhi anak-anak yang menyumbang kepada
kejayaan Hallyu adalah tarikan pada selebriti-selebriti Korea.Para selebriti
inimempunyai
bergaya.Fesyen

tubuh

badan


berpakaian

langsing,

wajah

jelita

atau

tampan

dan

juga menjadi ikutan anak-anak, sedangkan

pemakaian tersebut hanyabersesuaian dengan budaya dan suasana empat
musim di Korea.Malah elemen yang mempengaruhi anak-anak yang menjadi
kebimbangan ibubapa adalah pengaruh nilai budaya, kehidupan sosial dan nilai

kekeluargaan yang terkandung dalam drama Korea yang bertentangan dengan
Islam.Menurut Nor Hashimah Jalaluddin & Zaharani Ahmad, (2010) mesej yang
sarat dengan nilai kekeluargaan Korea turut membuka minda masyarakat Asia
Timur mengenai budaya popular Korea sehinggakan makanan (hansik), pakaian
(hanbok), bahasa (hangul) turut mendapat tempat dihati peminat.
Pengaruh drama, fesyen dan muzik Hallyu sedikit sebanyak menjadi ikutan
menerusi medium yang menarik perhatian anak-anak untuk diteladani. Namun,
persoalannya kini adakah pengaruh Hallyu sahaja yang menjadi penyumbang
pada kebejatan sosial anak-anak yang kian terpesong dari landasan agama dan
budaya sendiri? Ternyata wujud faktor lain yang menyokong pengaruh Hallyu
untuk terus menular dalam kehidupan anak-anak muslim.Menurut kajian
Samsudin (2005) menunjukkan bahawa 100% remaja Malaysia menonton
televisyen, 59% remaja menyaksikan televisyen satelit dan 91% remaja pula
mempunyai komputer peribadi dan melayari internet. Ini menunjukkan bahawa

anak-anak tanpa pengawasan ibubapa akan mendedahkan diri dengan Hallyu
secara terus-menerus tanpa kawalan. Medium komunikasi massa yang
merupakan bahan perantaraan ini boleh memberi kesan terhadap anak-anak
yang mana merujuk kepada perubahan perilaku dan pemikiran seseorang
setelah menerima maklumat daripada media massa yang digunakannya dari segi

emosi dan pemikiran.Akhirnya anak-anak akan terpengaruh dengan cara hidup
dan pergaulan bebas, sikap mementingkan kecantikan dan diri sendiri dalam
mengejar gaya hidup terkini serta adab tutur kata yang kurang sopan dan
mengaibkan satu sama lain.
Menurut (Gerbner, 2000), medium ini sangat mempengaruhi cara hidup manusia.
Beliau berpendapat, mereka yang mendedahkan diri kepada suatu medium
komunikasi melebihi 4 jam sehariakan dipengaruhi dari segi idea dan gambaran
realitinya oleh maklumat yang diperolehi. Kesannya terhadap pendedahan
kepada maklumat yang sama ini dianggap sebagai kesan penanaman
(cultivation theory, 1973) iaitu akan mempengaruhi pembentukan nilai, peranan
dan “world view” mereka.Ini menunjukkan elemen hiburan yang dibawa oleh
Hallyu bukan hanya merupakan suatu produk ekonomi bagi Korea, tetapi juga
merupakan wahana pembentukan nilai dan sosial acuan Korea.Ini kerana
menerusi hiburan yang dibawa oleh Hallyu dengan mudah mendekati dan
mempengaruhi masyarakat terutamanya anak-anak remaja.
Pendapat ini sangat terserlah dalam strategi Hallyu, demi menakluki dunia.
Hiburan telah dianggap sebagai sebahagian daripada sistem sosial dan dari itu,

ia telah membantu Korea mengekspot bukan sahaja muzik bahkan bahasa dan
budaya mereka sekali (Nor Hashimah Jalaluddin & Zaharani Ahmad, 2010).

Situasi ini, jelas sekali memerlukan ibubapa memainkan peranan dalam
mengawal pengaruh Hallyu terhadap anak-anak.Oleh itu, dapat melihat betapa
pentingnya ilmu keibubapaan yang perlu diterapkan dalam institusi kekeluargaan
masa kini demi mengawal dan menghalang pengaruh negatif Hallyu meracuni
pemikiran dan sikap anak-anak umat Islam.

Ibubapa Sebagai Pemegang Amanah
Anak adalah amanah yang Allah s.w.t tentukan kepada setiap ibubapa supaya
mereka menjaga dan memelihara mereka dengan baik mengikut landasan
Islam.Ibubapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan halatuju hidup
anak-anak mereka bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat sewaktu
berhadapan dengan Allah s.w.t. Ibubapa perlu bersungguh-sungguh menjaga
amanah ini dengan melaksanakan didikan agama.
Imam Ghazali mengingatkan, anak-anak merupakan amanah bagi kedua orang
tuanya.Hatinya yang suci masih bersih tanpa ukiran dan gambar. Mereka sedia
diukir dan cenderung kepada apa sahaja yang mempengaruhinya. Jika mereka
dibiasakan dan diajar kepada kebaikan, maka tumbuhlah menjadi anak yang
baik(Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid, 2010). Ini jelas dinukilkan dalam

sabda Rasullah s.a.w: “Setiap anak dilahirkan di atas fitrahnya. Kedua orang

tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani”.
Menjadi amanah dan tanggungjawab ibubapa untuk mendidik anak-anak supaya
mempunyai akidah dan jati diri yang kukuh. Ini kerana, antara faktor yang menyokong
kepada penyerapan pengaruh Hallyu dalam kalangan anak-anak adalah (1) kurangnya
pengetahuan, pegangan asas dan kebergantungan pada agama, (2) pengabaian ibu bapa
terhadap anak-anak yang kian menginjak usia, (3) pengaruh rakan sebaya yang turut
meminati Hallyu, (4) kebebasan tanpa kawalan kepada anak-anak dalam mencari hiburan,
(5) perkembangan teknologi media baru dalam menyebar budaya Hallyu dan (6) peranan
masyarakat yang longgar dalam membentuk persekitaran mesra jasmani, rohani dan
minda.

Institusi Kekeluargaan Masa Kini
Sejak dua dekad yang lalu, keluarga di Malaysia telah mengalami perubahan
dan peralihan kesan pembangunan industri dan urbanisasi yang pesat. Struktur
keluarga dan nila-nilai kekeluargaan turut mengalami perubahan ketara akibat
perubahan dalam gaya hidup keluarga. Gaya hidup keluarga masa kini amat
berbeza dengan gaya hidup keluarga Islam. Kesannya, pelbagai permasalahan
timbul dalam institusi kekeluargaan dengan corak pendidikan yang menyimpang
daripada jalan hidup keluarga Islam.


Mutakhir ini, keterbatasan masa antara ibubapa dengan anak-anak menjadikan
proses mendidik mereka semakin mencabar. Pelbagai konflik dan salah faham
timbul menyebabkan terbentuknya jurang antara perhubungan ibubapa dengan
anak-anak. Anak-anak didedahkan dengan corak pendidikan secara tidak
langsung melalui ledakan teknologi masa kini antaranya ialah media massa. Ia
memberikan pengaruh yang cukup kuat. Anak-anak menonton televisyen dan
melayari internet berjam-jam lamanya melebihi masa yang diluangkan dengan
ibubapa. Tambahan pula, anak-anak lebih terpengaruh dengan apa yang
disajikan di kaca televisyen yang membenarkan andaian teori penanaman
(1973).

Antara

perkara

yang

membimbangkan

bahawa


kini,

pelbagai

permasalahan sosial ditonjolkan dalam media massa seumpama ia merupakan
budaya hidup masyarakat seperti pasangan bercinta(couple), merempit,
gangsterisme dan keruntuhan institusi keluarga. Anak-anak pula sekadar
menerima sahaja apa yang dipertonton. Malah, mereka mula-mula terikut
dengan budaya tersebut (Ahmad Sarji Abdul Hamid, 2007).
Media massa di pasaran masa kini yang memaparkan berita dan gambar
selebriti-selebriti Korea yang bertentangan dengan norma-norma kehidupan
masyarakat Malaysia khususnya bagi umat Islam. Malah, setiap hari anak-anak
disogokkan bahan-bahan ringan dalam media yang berkaitan dengan Hallyu
yang boleh mendedahkan kepada pemikiran dan perlakuan negatif.Sebagai
langkah pengawalan dan pencegahan, ibubapa seharusnya membina corak
pendidikan dan pengawalan yang boleh membina corak pemikiran dan perlakuan
akhlah Islam yang mantap.

Ledakan kemunculan media baru menambahkan lagi kesan negatif terhadap
komunikasi ibubapa dengan anak-anak.Anak-anak lebih gemar meluahkan rasa
dengan kawan-kawan melalui medium ini.Kesannya, komunikasi dalam keluarga
menjadi semakin sepi.Walaupun semua ahli keluarga berada dalam ruang yang
sama, mereka berkomunikasi tetapi sepi. Ini kerana, keluarga ini berkomunikasi
melalui medium (gadget) dengan orang yang berada di luar daripada ruang
tersebut.Situasi ini, menjadikan masa berharga sepatutnya berbual dengan ahli
keluarga dihabiskan dengan bersembang di laman sosial.
Cabaran ini seharusnya memerlukan ibubapa menggunakan pendekatan yang
kreatif dalam berkomunikasi dengan anak-anak.Salah satu corak komunikasi
yang boleh diterapkan adalah dengan menunaikan solat secara berjemaah,
riadah, melancong dan makan bersama.Ini sudah tentu dapat mengurangkan
anak-anak menghabiskan masa bersendirian.Ibubapa dan anak-anak perlu
luangkan masa bersama-sama dan eratkan kembali hubungan dalam keluarga
melalui pendekatan komunikasi secara kreatif dan berkesan yang telah diajar
oleh Rasulullah s.a.w dalam sunnahnya.
Memang diakui, tanggungjawab untuk memelihara dan mendidik anak sehingga
dewasa agar mereka menjadi manusia berguna kepada keluarga, agama dan
masyarakat

merupakan

satu

tanggungjawab

yang

berat

untuk

setiap

ibubapa.Oleh sebab itu, cabaran keibubapaan yang utama ialah kesukaran untuk
melaksanakan tanggungjawab mendidik anak-anak.

Cabaran Keibubapaan Kini
Mendidik anak-anak pada era ini adalah satu cabaran yang besar para ibubapa.
Kesuntukan masa untuk mendidik anak-anak dengan nilai-nilai Islam yang
sepatutnya menyebabkan anak-anak lebih terdedah kepada pelbagai pengaruh
luar yang lebih dominan seperti Hallyu. Kadang-kadang pengaruh Gelombang
Korea ini juga wujud di rumah mereka sendiri melalui rancangan-rancangan
televisyen yang ditonton bersama, lagu-lagu K-pop di radio mahupun bahanbahan yang diperoleh di internet yang disogok dengan budaya Hallyu yang
sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam.
Kesannya, anak-anak mulai berkiblatkan budaya hedonisme dan meterialisme
yang bertentangan dengan ajaran Islam. Anak-anak semakin hilang rasa malu
dalam diri mereka dengan melakukan perkara-perkara terlarang. Kadang-kala,
terdapat juga anak-anak yang diberi didikan sempurna tetapi tetap melakukan
kesalahan yang tidak sepatutnya. Kejadian seperti ini perlulah dianggap sebagai
dugaan dalam hidup oleh ibubapa(Ahmad Sarji Abdul Hamid, 2007). Firman
Allah s.w.t. yang bermaksud ”Sesungguhnya, harta benda kamu dan anak-anak
kamu itu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah jualah pahala yang besar”
(Surah at-Taghaabun: 15).

Institusi Keibubapaan Menurut Kaca Mata Islam
Apabila berbicara tentang keibubapaan, ia melibatkan sebuah institusi yang
terdiri daripada individu-individu yang berperanan memenuhi keperluan anakanak untuk menjadi insan yang bertakwa kepada Allah s.w.t. Dalam Islam,
institusi keibubapaan sememangnya satu institusi yang penting dan ia sudah
tentu memerlukan penelitian yang cukup meluas dari pelbagai pihak. Kedua-dua
ibubapa

bertanggungjawab

membesarkan

anak

sehingga

dewasa

dan

mendidiknya menjadi khalifah di bumi Allah s.w.t. Tanggungjawab pendidikan
anak-anak memerlukan ibubapa mengambil peranan yang aktif. Antara
tanggungjawab mereka menurut Islam ialah (1) pendidikan keimanan, (2)
pendidikan moral, (3) pendidikan jasmani, (4) pendidikan mental, (5) pendidikan
rohani, (6) pendidikan sosial dan (7) pendidikan seks.
Kemahiran keibubapaan perlu berasaskan Al-Quran dan Hadis yang memberi
garis panduan umum berhubung dengan kemahiran keibubapaan dalam
pendidikan anak-anak. Ibu bapa adalah pemimpin dalam rumahtangga. Sebagai
pemimpin dalam rumahtangga, mereka perlu mengetahui dan menguasai
kemahiran tertentu. Antara panduan kemahiran keibubapaan yang digariskan
oleh Islam ialah:
i. Ibubapa hendaklah berlaku adil, menjaga kebajikan dan suka memaafkan ahli
keluarganya. (Surah Al-Nahl:90)

ii. Bersikap lemah lembut dan memberi pertolongan dan bimbingan. Kalau
kekerasan digunakan, maka orang akan menjauhkan diri daripada kita. (Surah
Ali-Imran:159)
iii. Ibubapa jangan menjadi kecewa dengan tingkahlaku anaknya dan anak pula
jangan

menjadi

sengsara

kerana

perbuatan

ibu

bapanya.

(Surah

Al-

Baqarah:233)
iv. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seorang mukmin yang paling sempurna imannya
ialah mereka yang berakhlak mulia dan berlemah lembut dengan ahli
keluarganya. (Riwayat Al-Tirmizi dan Al-Hakim)

Ibubapa yang menginginkan anak-anak mereka memiliki akhlak yang baik
seharusnya bertakwa kepada Allah s.w.t. Ibubapa tidak akan sesekali
menggunakan cara yang berlawanan dengan perintah Allah s.w.t. dalam
mendidik anak-anak. Hal sedemikian, ibubapa akan dapat menghalang anakanak daripada terpengaruh dari gejala hedonisme dan meterialisme yang dibawa
oleh Hallyu. Ini sekaligus dapat menyelamatkan mereka daripada tergolong
dalam kalangan orang yang tidak berpegang agama dan memiliki sifat
mazmumah.
Ibubapa juga harus memiliki keyakinan sewaktu mendidik anak-anak. Sebagai
ibubapa, jangan sesekali berputus asa dalam memberi nasihat, tunjuk ajar dan
menyuruh anak-anak mereka melakukan kebaikan.Ibubapa yang berakhlak

maka anak-anak akan menjadi orang-orang yang berakhlak dan begitulah
sebaliknya. Sesungguhnya berdoa setelah berusaha dengan bersungguhsungguh dalam mendidik anak-anak dan meyakini Allah s.w.t. adalah tempat
bergantung. Jadi, sebagai ibubapa yang berusaha memperbaiki akhlak anakanak seharusnya bertawakal kepada Allah s.w.t. kerana hanya Allah s.w.t. jualah
yang menentukan sifat-sifat yang baik terbit di dalam hati mereka (Saedah Siraj,
2003).
Prinsip mendidik anak-anak menurut Islam tertakluk kepada peraturan ataupun
syariat Allah s.w.t.Kefahaman dalam mendidik anak-anak mengenai rukun Islam
dan rukun iman serta hukum-hukum syariat amat penting dalam membina
sahsiah diri yang mantap.Antara perkara yang perlu ditanam dalam diri mereka
ialah kalimat “La ilaha illa Allah”.Ia merupakan asas-asas akidah serta prinsip
tauhid dan iman. Sebagai umat Islam, berilah pengenalan kepada hukum-hukum
halal dan haram dari masa ke semasa sejak kecil lagi supaya anak-anak celik
mata dan minda melihat segala larangan Allah s.w.t memberi manfaat yang
besar dalam kehidupan mereka seharian.
Tambahan pula, ibubapa perlu membina keyakinan dalam diri anak-anak
mengenai corak hidup berlandaskan Islam melalui rukun-rukun Islam yang telah
ditetapkan.Antara penekanan yang perlu diberikan ialah amalan ibadat.Ia
perlulah dipupuk seawal usia tujuh tahun lagi mengenai solat, puasa, zakat, haji
dan sebagainya supaya dapat mereka membiasakan dan melaksanakan dalam
kehidupan seharian.

Selain itu juga, ibubapa seharusnya memupuk rasa kasih sayang dalam diri
anak-anak khususnya dalam mencontohi junjungan besar Rasullah s.a.w serta
keluarganya dan mendapatkan manfaat daripada kitab suci al-Quran melalui
sirah-sirah baginda s.a.w dan juga mukjizat al-Quran. Sebagai ibubapa, mereka
sepatutnya menjadi role model kepada anak-anak dalam menghadapi cabarancabaran masa kini dengan menunjukkan jalan-jalan keimanan kepada anak-anak
dan menyemai dalam diri anak-anak perasaan khusyuk, takwa dan kehambaan
kepada Allah s.w.t. (Abdullah Nasih Ulwan, 1998).
Mengambil kira aspek-aspek rohani dan fizikal yang boleh dibuktikan secara
empirical (Saedah Siraj, 2003), Islam berkehendakkan kepada perkara yang
baik.Perkara yang perlu diberi perhatian pada diri anak-anak adalah badan yang
sihat dan kuat, berilmu pengetahuan yang luas sama ada ilmu-ilmu sunnatullah
mahupun syariatullah serta bercita-cita tinggi. Cita-cita seorang anak-anak
muslim perlu diasuh dengan ilmu yang banyak, kasih sayang yang melimpah
ruah, kekuasaan yang tinggi, akhlak yang mulia dan badan yang kuat dan sihat
dan mencapai hidup yang bahagia zahir dan batin di dunia dan akhirat. Selain itu
juga, Islam menyeru ibubapa mengajar akhlak yang baik dan mulia yang harus
dimiliki dan diamalkan seperti disarankan para ulama iaitu jujur, sabar, syukur,
rajin, tawakal, ingatkan mati, merendahkan diri kepada Allah s.w.t dan berbuat
baik semasa manusia.
Di samping itu, Islam juga melarang umatNya melakukan perkara dan perbuatan
yang buruk seperti khianat, iri hati, sombong, takabbur, mengumpat dan
sebagainya.Terapkan sikap taat kepada peraturan Allah s.w.t yang mana

mentaati aturan Allah s.w.t. dan RasulNya di dalam segala aspek kehidupan.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, taatlah
kamu kepada Allah dan kepada Rasul-Nya.” (Surah al-Anfal: 20).
Walau bagaimanapun ibubapa haruslah melihat tanggungjawab mendidik anakanak dihubungkan dengan meraih keberkatan Allah dan balasan di Syurga
nanti.Sebagai pendidik, ibubapa perlu mentarbiah anak-anak dengan nilai-nilai
ketuhanan sejak mereka masih kecil lagi. Antara contoh nilai yang baik ialah
seorang bapa yang membawa anak-anaknya ke masjid sebenarnya sedang
dalam proses mendidik anak-anaknya seperti menyemai kecintaan kepada
masjid, mempraktikkan solat berjemaah, memperdengarkan azan, iqamah serta
bacaan ayat-ayat suci al-Quran ketika solat berjemaah dan paling penting
mengalami dan menghayati suasana solat berjemaah dan suasana masjid.Ini
dapat merapatkan hubungan antara bapa dengan anak.Selain mengurang dan
mengawal waktu anak-anak mendedahkan diri dengan hiburan daripada
gelombang Korea.
Jika dikaitkan dengan aspek komunikasi, ia merangkumi dua corak komunikasi.
Ibubapa yang sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak menggunakan
„komunikasi keduniaan‟ melahirkan tindakan halatuju keduniaan sematamata.Anak-anak

hanya

memikirkan

mengejar

meterialistik

kemewahan,

keseronokan, kebebasan tanpa memikirkan kesannya.Anak-anak akan semakin
lama semakin hanyut dengan dunia mereka sendiri kerana tiada penerapan jati
diri yang sebenarnya dalam diri mereka.

Oleh sebab itu, pemantapan diri dari segi ilmu duniawi dan ukhrowi dalam diri
setiap ibubapa perlu seimbang dalam memainkan peranan penting dalam
melayari

kehidupan

berkeluarga.Ia

merupakan

medium

penting

dalam

pembangunan nilai-nilai islamiah dalam diri anak-anak. Penekanan sebegini
yang telah diterapkan oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna dalam kehidupan
keluarga beliau.Hasan Al-Banna di mata anak-anaknya adalah orang tua yang
telah memberikan cinta tulusnya kepada mereka semua. Segala apa yang
dilakukan beliau hanya untuk kebaikan mereka sama ada di dunia mahupun di
akhirat. Ini menjadikan mereka mudah diatur dan menurut apa yang diperintah
olehnya. Di antara kebiasaan Imam Hasan Al-Banna rahimahullah adalah
berlandaskan pembinaan melalui kaedah secara tidak langsung iaitu kaedah
menyampaikan tanpa meminta. Ini banyak dilakukan pada bulan Ramadan.
Beliau akan memanggil anak-anaknya untuk memperdengarkan bacaan ayatayat al-Quran yang dibacakannya. Mereka memegang mushaf masing-masing
dengan menyemak bacaan ayah mereka. Oleh sebab itu, mereka secara tidak
langsung dapat memperbaiki cara bacaan mereka. Ini adalah cara mendidik
yang paling indah dirasakan oleh anak-anak dengan belajar melalui contoh
secara tidak langsung daripada ibubapa mereka (M. Lili Nur Aulia, 2008).
Namun begitu, jika ibubapa menyedari peranan mereka dan bagaimanakah
mempraktikkan nilai „komunikasi ketuhanan‟ dalam diri anak-anak, generasi
Islam akan lahir sebagaimana Islam suatu ketika dulu. Komunikasi ketuhanan
menjadi kayu ukur kepada mereka mengharungi ranjau kehidupan yang penuh

berliku.Matlamat utama anak-anak sudah tentulah mendapat keredaan Allah
s.w.t.

Peranan Al-Quran Sebagai Sumber Utama Dalam Mendidik Anak-Anak
Al-Quran merupakan sebuah kitab yang mengandungi begitu banyak hikmah dan
pengajaran.Setiap hikmah tersebut disampaikan kepada kita melalui pelbagai
teknik seperti perumpamaan, kisah pengajaran, dialog, hukum-hakam dan
sebagainya (Mohammad Ashraff Ayob, 2010). Hal ini dapat dibuktikan menerusi
firman Allah s.w.t dalam ayat 50, surah Al-Anbiya yang bermaksud: “Inilah
peringatan (al-Quran) yang telah Kami turunkan yang diberkati, apakah kamu
mengingkarinya”.
Justeru jelas bahawa Al-Quran merupakan sumber terbaik dan utama dalam
mendidik

anak-anak

dari

aspek

pembinaan

akidah,

ibadah,

akhlak,

kemasyarakatan, perasaan, jasmani, keilmuan dan pemikiran, kesihatan dan
juga tarbiyah jinsiyah (pembinaan dorongan syahwat).
Ternyata methodologi yang dapat diambil menurut al-Quran ini adalah dengan
menyoroti sirah para anbiya dan orang-orang beriman seperti kisah keluarga
Nabi Nuh, keluarga Nabi Ibrahim, kisah keluarga Imran, Habil ibn Adam a.s, Nabi
Yusuf ibn Yaakub a.s, Nabi Musa ibn Imran a.s, Nabi Yahya ibn Zakaria a.s,
Maryam binti Imran a.s, Nabi Isa ibn Maryam a.s, Rasullah s.a.w dan sebagainya
(Saedah Siraj, 2003).Kaedah dan pengajaran daripada sirah ini dapat diambil

oleh ibubapa bagi mengawal perilaku disamping menerapkan akhlak-akhlak
yang mahmudah dalam diri anak-anak melalui percakapan dan perbuatan.
Ibubapa perlu melengkapkan diri dengan ilmu Al-Quran yang banyak memberi
panduan dalam mendidik anak-anak antaranya:
Larangan ibubapa terhadap anak-anak daripada berbuat syirik &perintah
menetapi tauhid
Larangan ini dapat dilihat pada firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat
132 yang bermaksud: “Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anakanaknya, demikian pula Yaakub. (Ibrahim berkata): “Hai anak-anakku!
Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu
mati kecuali dalam memeluk agama Islam.”
Ayat ini mengisahkan keadaan Nabi Ibrahim ketika sakit menghampiri wafat,
baginda telah memanggil putera-puteranya iaitu Nabi Ismail dan Nabi Ishak
untuk menyampaikan wasiatnya.Baginda berpesan dengan penuh berhikmah
tentang suruhan berbuat baik ketika menjalani kehidupan dan berpegang teguh
pada agama Allah s.w.t.
Kaedah yang sama digunakan seperti firman Allah s.w.t dalam surah Luqman,
ayat 13, maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya di
waktu ia memberi pelajaran kepadanya, “Wahai anakku, janganlah engkau
menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)”.Jelas di sini bahawa dalam
konteks pencegahan dan pengawalan pengaruh Hallyu terhadap anak-anak ini

sendiri, penerapan secara berhikmah tentang larangan syirik dan tauhid kepada
Allah sangat dititikberatkan dalam Islam.
Saranan anak-anak dididik mencintai Allah s.w.t. ini perlulah diajar seawal ketika
anak

mulai

berbicara

dengan

mengajarkan

kalimah

tauhid

beserta

terjemahannya supaya anak-anak memiliki gambaran dan keyakinan yang jelas
tentang kekuasaan dan keesaan Allah s.w.t. Ibubapa perlu menanamkan
keyakinan yang hakiki kepada anak-anak bahawa Allah s.w.t. adalah Pencipta
dan Pemelihara segala sesuatu. Anak-anak perlulah diberitahu bahawa apabila
mereka mengamalkan sesuatu yang baik, mereka akan disayangi Allah, mereka
akan memperoleh kebaikan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Insya Allah
dengan cara sedemikian, ketakwaan akan tertanam dalam diri anak-anak(Sheikh
Musa Ahmad Olga, 2012).
Bercakap dengan lemah lembut
Jelas bagaimana pendekatan gaya yang digunakan dalam menyampaikan
pesanan kepada anak-anak di dalam al-Quran. Terdapat enam kali perkataan
“‫ ”يَبُنَى‬atau “anakku” diulang dalam situasi yang berbeza-beza dengan
menggunakan uslub yang mengagumkan dalam konteks mendidik anak-anak
berdasarkan manhaj Allah s.w.t.
Penggunaan “‫ ”يَبُنَى‬adalah kata yang menggambarkan keelokan. Asal perkataan
tersebut ialah “‫ ”إبنى‬dari kata “

‫ ” إبن‬iaitu anak lelaki. Penggunaan kata tersebut

menunjukkan kasih sayang.Kata “‫ ”يَبُنَى‬juga adalah bentuk tashghir atau
perkecilan dari kata “‫ ”إبنى‬iaitu anakku. Bentuk ini antara lain digunakan untuk
menggambarkan kasih sayang kerana kasih sayang biasanya dicurahkan
kepada anak apalagi yang masih kecil. Perkecilan itu juga digunakan untuk
menggambarkan kemesraan.Di sini, penggunaan perkataan tersebut memberi
isyarat bahawa mendidik anak-anak hendaklah didasari dengan rasa kasih
sayang terhadap anak-anak sehingga mereka merasa dekat dan rapat dengan
ibu bapa(Sheikh Musa Ahmad Olga, 2012).
Nasihat yang baik
Teladan yang baik adalah faktor penting dalam proses pendidikan dan sebaikbaik teladan ialah Rasullah s.a.w. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah
al-Ahzab, ayat 21 yang bermaksud: “Sesungguhnya telah ada pada (diri)
Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap
(rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
Baginda s.a.w. juga telah menggunakan pendekatan nasihat sebagai teras
dalam mendidik anak-anak. Antara kaedah yang digunakan ialah tidak
memanjangkan nasihatnya, bersoal jawab, bercerita, menunjukkan teladan yang
baik, menyelitkan unsur-unsur jenaka, melalui pergerakan badan, selingan
nasihat dengan menimbulkan perasaan takut dan gerun, mengambil pengajaran
setiap apa berlaku dan sebagainya (Tengku Asmadi &Hilmi Isa, 2012). Kaedah
sebeginilah yang seharusnya dipraktikkan ibubapa dalam memberi nasihat

kepada anak-anak agar mereka tidak mudah berasa bosan dan jemu lalu
mencari alternatif lain seperti hedonisme pengaruh Hallyu(Mohd. Fadzilah
Kamsah & Muhammad Zakaria, 2005).
Diskusi ibubapa dengan anak-anak
Diskusi ibubapa dengan anak-anak perlulah dengan cara berhikmah dan penuh
kasih sayang. Antara tujuan berdiskusi dengan anak-anak ialah untuk mencari
atau

menjelaskan

kebenaran,

untuk

menggerakkan

minda

anak-anak,

menggerakkan kemahiran berfikir dalam kalangan anak-anak, untuk anak-anak
mendapatkan maklumat, mengeratkan hubungan ibubapa dengan anak-anak,
tonjolkan diri anak-anak dan melatih anak-anak cekap berhujah.
Antara contoh ayat al-Quran adalah firman Allah s.w.t dalam surah ash-Shafaat,
ayat 102 yang bermaksud: Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup)
berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku Sesungguhnya
Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa
pendapatmu!" dia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan
kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang
sabar".
Komunikasi dua hala antara ibubapa penting kerana masing-masing boleh
menyuarakan hasrat atau kehendak sendiri.Malah, anak-anak juga tidak segan
silu untuk meluahkan masalahnya.Namun begitu, adab-adab semasa berdiskusi
dengan anak-anak perlulah dititikberatkan supaya kedua-dua belah pihak dalam
berkomunikasi dengan baik.Antara adabnya ialah elakkan masing-masing

meninggikan suara, jangan keluar dari tajuk perbahasan, jangan sindir-menyindir
di antara kedua-dua belah pihak.Sebagai teladan kepada anak-anak, ibubapa
jangan sesekali jangan menunjuk jari ke muka, menunjukkan simbol pergaduhan
seperti genggaman penumbuk atau mengenakan tindakan fizikal atau deraan
seperti memukul, mencubit dan sebagainya.Apa yang paling penting ialah isi
perbincangan yang diketengahkan.

Kesimpulan
Pengaruh Hallyu menjadi satu keruncingan masalah sosial anak-anak masa kini
yang seharusnya ditangani dengan baik oleh ibubapa dengan mengambil inisiatif
mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Antara cara mendekatkan diri dengan Allah
s.w.t. ialah dengan memahami ayat-ayat yang diturunkanNya. Sesungguhnya alQuran diturunkan kepada manusia sebagai petunjuk dalam menghadapi cabaran
hidup di dunia ini.Apa yang paling menakjubkan di dalam al-Quran ialah ia
mengandungi pelbagai kisah masa lampau, masa kini dan juga masa hadapan
yang sangat realistik dengan kehidupan manusia supaya dapat dijadikan
pengingatan dan pengajaran kelak.
Ibubapa kini harus bijak mengambil pendekatan yang betul dengan menganalisis
methodologi al-Quran dalam mendidik anak-anak melalui kisah-kisah teladan di
dalamnya. Jika anak-anak mendapat pendidikan Al-Quran yang mantap daripada
ibubapa, maka walau sebesar mana gelombang pengaruh nilai atau budaya
melanda,

anak-anak

akan

tetap

dengan

nilai

dan

akhlak

Al-Quran.

Rujukan
Abdullah Nasih Ulwan. 1998. Pendidikan Anak-Anak Menurut Pandangan
Islam.Jil. 1. Kuala Lumpur. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Ahmad Sarji Abdul Hamid, sunt. Azrina Sobian. 2007. Cabaran Semasa Dalam
Membentuk Keluarga Islam Berkualiti. Kuala Lumpur. MPH Group
Publishing Sdn. Bhd.
Depan

Mata:
Gelombang
K-Pop
terus
melanda.
http://www.hmetro.com.my. [dipetik: 20 Jun 2011]

(2011).

Gerbner, G. (2000). Cultivation Analysis : an Overview.
M.Lili Nur Aulia. 2008. CINTA di Rumah Hasan Al-Banna. ALAM RAYA
ENTERPRISE. Pustaka Da‟watuna. Batu Caves, Selangor.
Mohammad Ashraff Ayob. 2010. Quranology Ilmu Di Sebalik Sebuah Kitab
Agung. Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Mustread Sdn. Bhd.
Mohd.Fadzilah Kamsah &Muhammad Zakaria. 2005. 21 Kaedah Mendidik Anak
Cemerlang. Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur. Telaga Biru Sdn.
Bhd.
Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid. Farid Abdul Aziz Qurusy, terj.Yusuf
Maulana, sunt. 2010. Propehetic Parenting; Cara Nabi s.a.w Mendidik
Anak.Yogyakarta.Pro-Media.
Nor Hashimah Jalaluddin & Zaharani Ahmad. (2010). Hallyu Di Malaysia : Kajian
Sosiobudaya. Jurnal Komunikasi, 27(2), 203–219.
Saedah Siraj. 2003. Pendididikan Anak-Anak. Selangor Darul Ehsan. Alam
Pintar Enterprise.
Samsuddin A. Rahim. (2005). Communication, Globalization and National
Agenda: Policies, Parables and Paradoxes for Youth Development in
Malaysia. Jurnal Komunikasi, Jilid 21: 17-27Sheikh Musa Ahmad
Olga. 2012. Pesona Didik Anak Cara Sunnah. Johor Bahru, Johor.
PUSTAKA AZHAR.
Tengku Asmadi, Hilmi Isa. 2012. Pikat Remaja dengan Kata-Kata.Batu Caves,
Selangor.PTS MILLENNIA SDN.BHD.