UCAPTAMA PEMBANGUNAN MAMPAN KEJIRANAN HI

UCAPTAMA
“PEMBANGUNAN MAMPAN-KEJIRANAN HIJAU”

Oleh:

Y.Bhg. Dato’ Mohd. Fadzil Bin Haji Mohd. Khir
Ketua Pengarah
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt
kerana dengan berkat limpah kurniaNya dapat kita berhimpun pada pagi yang mulia ini di
Seminar sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2010 di bawah tema:
Pembangunan Mampan – Kejiranan Hijau.
Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekelian.
Izinkan saya memulakan Ucaptama saya dengan sedikit pengenalan mengenai konsep
pembangunan mampan.
PENGENALAN
Konsep pembangunan mampan buat pertama kalinya disebar secara meluas untuk

perhatian umum sekitar tahun 1970-an, diikuti oleh Laporan Bruntland pada tahun 1987
dan Deklarasi Rio pada 1992, yang mencadangkan strategi-strategi tindakan ke arah
mencapai pembangunan mampan. Ini merangkumi inisiatif-initiatif yang berkait langsung
dengan komuniti sejahtera, pembangunan hijau serta bandar dan kejiranan hijau atau
‘green neighbourhood, bagi menangani kemerosotan kualiti alam sekitar, perubahan iklim
dan kekangan karbon pada masa hadapan (a carbon constrained future).
PERUBAHAN IKLIM (CLIMATE CHANGE)
Kejadian kemerosotan alam sekitar telah diperakukan oleh Intergovernmental Panel on
Climate Change (IPCC), yang meramalkan bahawa menjelang tahun 2100 1.
suhu global secara purata akan meningkat di antara 1oC hingga 4oC;
2.
precipitation global akan meningkat lebih tinggi, terutamanya di kawasan
tanah tinggi semasa musim salji; dan
3.
paras air laut dijangka meningkat di antara 20-140cm (20-55 inci).
Fakta ini terbukti bila mana fenomena perubahan iklim global ini telah menyebabkan
fenomena cuaca yang melampau, termasuk suhu kedinginan dan kepanasan yang
‘extreme’, peningkatan frekuensi kejadian kemarau yang kritikal, banjir besar, ribut taufan,
dan juga tsunami.
Di Malaysia, pembebasan gas rumah hijau (GHG) telah meningkat sebanyak 55% pada

tahun 2000 berbanding dengan tahun 1994. Ini bermakna pembebasan CO2 per kapita
bagi Malaysia adalah sebanyak 7.1 ton per kapita lebih tinggi daripada purata
pembebasan CO2 bagi negara-negara di Asia Pasifik, iaitu sebanyak 2.6 ton per kapita.
Nilai ini adalah sangat tinggi dan harus dikurangkan sekiranya Malaysia ingin mencapai
sasaran yang ditetapkan oleh Kerajaan iaitu 40% pengurangan intensiti per kapita GDP
menjelang tahun 2020.

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, aktiviti pembangunan merupakan sektor
terbesar dalam penjanaan GHG. Oleh itu, inisiatif-initiatif menghijaukan bandar
memainkan peranan penting di dalam agenda pembangunan mampan dan perubahan
iklim.
AGENDA KEMAMPANAN BANDAR DAN KEJIRANAN HIJAU
Konsep pembangunan mampan telah dikembangkan kepada konsep ’pembangunan hijau’
dan ‘kejiranan hijau’. Kejiranan hijau merupakan initiatif yang akan memberi sumbangan
besar kepada pengurangan GHG di samping meningkatkan kualiti hidup sesuatu komuniti.
Kejiranan hijau juga turut memfokuskan kepada kecekapan tenaga (energy efficiency) dan
pengurangan pembebasan karbon dioksida dengan mempromosi gaya hidup yang ‘energy
efficient’.
Hadirin sekelian,
Fakta daripada UN-Habitat 2001, menjelaskan, menjelang tahun 2030, lebih 60 peratus

dari penduduk dunia (4.9 bilion daripada 8.1 bilion orang) akan mendiami kawasan
bandar . Dalam konteks Malaysia pula, 1menjelang 2020, 75% penduduk Malaysia
akan menghuni kawasan bandar dan ini akan menyebabkan kawasan bandar
menghadapi pelbagai masalah seperti masalah sosial, pencemaran alam sekitar,
penurunan kualiti hidup dan sebagainya. Oleh yang demikian, perancangan bandar dan
desa perlu melihat suatu pendekatan lain yang mampu memelihara persekitaran,
seterusnya dapat memberi kemudahan, keselesaan serta meningkatkan kualiti kehidupan
penduduk, terutamanya di kawasan bandar. Untuk itu, pembangunan hijau, atau green
growth merupakan pendekatan terbaik yang mampu memelihara kemampanan sesebuah
bandar untuk kita tinggal pada masa kini, seterusnya dapat kita wariskan untuk anak cucu
kita di masa hadapan.
Hadiri sekelian,
Selepas 53 tahun negara kita merdeka, kerajaan semakin matang dalam
memperkenalkan pendekatan-pendekatan pembangunan baru untuk kesejahteraan
rakyat. Sebagai salah sebuah negara membangun, Malaysia tidak terkecuali dalam
menghadapi isu dan cabaran berkenaan dengan tenaga dan alam sekitar. Justeru,
agenda pembangunan mampan dan kejiranan hijau merupakan antara agenda yang
dipandang serius oleh kerajaan yang akan saya huraikan satu persatu, seperti berikut:
PERTAMA:


RANCANGAN MALAYSIA KE SEPULUH (RMKE-10)

Bab 6, RMKe-10, kerajaan berhasrat untuk mewujudkan persekitaran ke arah
meningkatkan kualiti hidup rakyat yang lebih baik, berbanding tahun-tahun sebelumnya.
RMKe-10 ini telah mencadangkan supaya, bandar-bandar dan bandaraya dimajukan
menjadi kota yang terancang, produktif dan sesuai didiami setanding dengan kota utama
di negara lain. Di antara pendekatan yang digariskan di dalam RMKe-10 ini berkenaan
untuk menjadikan bandar yang ‘liveable’ dan berdaya maju adalah –
1.

1

setiap projek bandar yang dicadangkan perlu mewujudkan kesejahteraan, kualiti
hidup dan kesesuaian pembangunan berkenaan dengan kawasan sekitarnya;

Dasar Perbandaran Negara, 2006

2.

menggalakkan

pelaksanaan
pembangunan
bercampur
(mixed-use
development) untuk menggalak kediaman, aktiviti bekerja dan aktiviti riadah di
dalam kawasan yang sama serta boleh dihubungi antara satu sama lain di dalam
jarak berjalan kaki, supaya pengeluaran karbon dapat dikurangkan;

3.

mewujudkan jaringan pengangkutan yang mempunyai kebolehcapaian yang
tinggi dengan memberi tumpuan kepada penyediaan pengangkutan awam
sebagai tulang belakang utama serta disokong dengan jaringan laluan pejalan
kaki. (Pengangkutan awam juga berperanan penting untuk mengurangkan karbon
di dalam atmosfera);

4.

projek pembangunan yang hendak dilaksanakan perlu mengambil kira kos ke atas
alam sekitar (environmental cost) dan sosial terutamanya pembangunan yang

hendak dilaksanakan di kawasan tanah tinggi dan lereng bukit. Untuk itu,
perundingan dalam perancangan perlu mengambil kira pandangan masyarakat
dan komuniti perniagaan di sesebuah kawasan yang ingin dilaksanakan;

5.

melaksanakan inisiatif penjanaan tenaga daripada bahan buangan (waste-toenergy) supaya dapat mengalakkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui
dan mencapai tahap penggunaan tenaga yang lebih effisien;

6.

mewujudkan ruang awam yang menarik di samping memupuk aktiviti kesenian,
kebudayaan dan riadah bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk kosmopolitan;

7.

meningkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam perancangan
dan membuat keputusan; serta

8.


perancangan berasaskan komuniti dan kejiranan.

KEDUA: DASAR TEKNOLOGI HIJAU NEGARA (NGTP), 2009
Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada Julai 2009, telah melancarkan Dasar Teknologi
Hijau Negara yang bermatlamat untuk memastikan pelaksanaan pembangunan mampan
dan memulihara alam sekitar melalui aplikasi tekologi hijau dalam agenda pembangunan
negara. Dasar ini digubal atas kesedaran bahawa aplikasi teknologi hijau dilihat sebagai
salah satu penyelesaian yang digunakan oleh banyak negara untuk menangani isu tenaga
dan alam sekitar secara serentak. Dasar Teknologi Hijau ini telah menggariskan empat
(4) Tonggak utama iaitu:





Pertama adalah tenaga, iaitu untuk mengelakkan kebergantungan tenaga dan
mempromosikan kecekapan tenaga;
Kedua adalah alam sekitar, iaitu memulihara dan meminimumkan kesan kepada
alam sekitar;

Ketiga adalah ekonomi yang bertujuan untuk meningkatkan pembangunan
ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan
Yang terakhir, sosial bagi meningkatkan kualiti hidup untuk semua.

Dasar Teknologi Hijau ini juga turut memberi tumpuan kepada 4 sektor utama iaitu Sektor
Tenaga, Bangunan, Air dan Pengurusan Sisa serta Sektor Pengangkutan.

KETIGA: DASAR PERUBAHAN IKLIM, 2009
Dasar Perubahan Iklim yang dikeluarkan oleh Kementerian sumber Asli dan Alam Sekitar,
2009 telah dirangka untuk memastikan pembangunan yang berdaya tahan terhadap
perubahan iklim bagi memenuhi aspirasi negara dalam menerajui kelestarian. Ini
termasuklah mengarusperdanakan perubahan iklim, mengintegrasikan respons adaptasi
dan mitigasi secara seimbang, dan meningkatkan keupayaan institusi dan pelaksanaan
melalui penyelarasan tindakan-tindakan dasar yang bersepadu.
DASAR-DASAR YANG BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN PERBANDARAN
DAN KEJIRANAN HIJAU DI MALAYSIA
Berdasarkan Rancangan-Rancangan Malaysia dan dasar-dasar nasional yang lain,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia melalui Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia telah menterjemahkan dasar-dasar berkenaan
melalui Dasar Perbandaran Negara (DPN) dan Rancangan Fizikal Negara (RFN).

DASAR PERBANDARAN NEGARA (DPN)
Bagi menyokong perancangan dan pembangunan kejiranan hijau, Dasar Perbandaran
Negara (DPN) yang telah diluluskan oleh Kabinet pada 8 Ogos 2006, bermatlamat untuk
mewujudkan bandar berwawasan dan komuniti dengan kehidupan sejahtera menerusi
pembangunan mampan. Di antara dasar-dasar yang berkaitan dengan tema sambutan
kita pada hari ini adalah:
i.
ii.
iii.

iv.

v.
vi.

vii.
viii.

ix.


penekanan terhadap perancangan guna tanah yang optimum dan
seimbang;
memperkasakan program pembangunan semula kawasan-kawasan
brownfield dan memperkenalkan penjanaan semula bandar;
penyediaan kawasan lapang dan rekreasi berdasarkan kepada keperluan
penduduk dengan mengambilkira pembangunan bersepadu kawasan hijau
dalam pusat-pusat bandar untuk mengurangkan pengeluaran karbon;
sistem pengangkutan awam yang bersepadu, cekap dan mesra pengguna
dengan mengambilkira kenderaan mesra alam, laluan basikal, dan pejalan kaki
untuk rangkaian perhubungan yang baik bagi mengurangkan tahap pencemaran
udara;
sistem pengurusan sisa pepejal dan toksik yang sistematik dan bersepadu;
perumahan yang mencukupi dan rumah mampu milik dengan mengambil
kira keperluan pelbagai kumpulan masyarakat termasuk warga emas dan
golongan kurang upaya;
pemeliharaan alam sekitar dan mempertingkatkan kualiti hidup;
menggalakkan pembangunan yang mengurangkan impak kepada urban heat
islands dan memastikan pembangunan bandar mengambilkira pengurangan
kesan pencemaran kepada udara, bunyi dan air; dan
penggunaan teknologi inovatif dalam perancangan bandar, pembangunan dan

pengurusan perkhidmatan bandar untuk mengurangkan pengeluaran bahan
sisa, menggalakkan pembinaan bangunan hijau (green building) dan
menggalakkan penggunaan tenaga yang efisien dan ‘renewable energy’.

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA (RFN)

Matlamat Rancangan Fizikal Negara (RFN) adalah untuk pembentukan satu rangka
spatial negara yang efisien, saksama dan mampan untuk memandu pembangunan
keseluruhan negara ke arah mencapai tahap negara maju dan berpendapatan tinggi
menjelang tahun 2020. Untuk itu, dasar-dasar meyokong pelaksanaan konsep kejiranan
hijau adalahi.
pemeliharaan sumber-sumber semulajadi, biodiversiti serta alam sekitar
melalui pemeliharaan Kawasan Sensitif Aalam Sekitar, Central Forest Spine dan
kawasan sumber air. Aspek mitigasi dan adaptasi terhadap kesan perubahan iklim
dalam rangka kerja perancangan guna tanah juga turut ditekankan di dalam RFN
Ke-2 ini;
ii.
penggunaan ‘renewable energy’ seperti tenaga solar, angin, ombak dan biojisim
telah diwujudkan untuk menampung penggunaan sumber tenaga tradisional
meningkatkan
konsep
berorientasikan
pembangunan
‘transit-oriented
development’ (TOD) bagi memastikan pengunaan pengangkutan awam
diutamakan dan disokong oleh jaringan laluan pejalan kaki;serta
iii.
semua kawasan kediaman bandar akan dilengkapi dengan satu rangkaian
bersepadu bagi pelupusan buangan pepejal selari dengan Pelan Induk Sisa
Pepejal Negara.
Saya tidak bercadang untuk memberikan huraian yang lebih lanjut berkenaan RFN ini,
kerana En. Kamalruddin bin Shamsuddin, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) akan
membentangkan kertas kerja berhubung dengan RFN ke-2 yang telah dilancarkan
sebentar tadi.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN DAN PEKELILING-PEKELING KEMENTERIAN
Hadirin yang dihormati sekelian, tambahan kepada Rancangan Fizikal Negara dan Dasar
Perbandaran Negara terdapat beberapa insiatif untuk menggalakkan pelaksanaan
kejiranan hijau. Antaranya adalaha)
b)
c)

Garis Panduan Perancangan Tanah Lapang dan Rekreasi;
Garis Panduan Perancangan Taman Atas Bumbung; dan
Pekeliling dari Ketua Setiausaha Negara dan Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan mengenai Sistem Penuaian Air Hujan, Tahun 1999
(SPAH).
Saya juga ingin maklumkan di sini bahawa pada tahun 1998 Jemaah Menteri telah
mengarahkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menggalakkan
penggunaan air penuaian air hujan. Berikutan itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan telah mengeluarkan satu pekeliling pada tahun 1999 mengarahkan pihak
berkuasa tempatan melaksanakan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) di dalam
bangunan-bangunannya.
Hadirin yang saya hormati sekelian,
CIRI-CIRI BANDAR HIJAU DAN KEJIRANAN HIJAU
Melalui kajian yang dijalakan oleh JPBD, bandar dan kejiranan hijau boleh ditakrifkan
sebagai suatu kawasan kejiranan yang dirancang secara bersepadu dengan
memberi keutamaan terhadap perlindungan, penggunaan dan kitaran semula
sumber semulajadi, di samping meningkatkan kesihatan awam, keselamatan dan
kebajikan umum penduduk bandar. Ciri utama bandar dan kejiranan hijau adalah,
kejiranan berkenaan mempunyai tahap pelepasan karbon yang minimum, bebas bahan

buangan, mempunyai sistem pengangkutan yang efisien dengan kemudahan
pengangkutan awam yang tersedia luas, mesra pejalan kaki dan menggalakkan
penggunaan basikal, mempromosikan kawasan hijau dan taman sebagai ‘fokus
pernafasan bandar’ serta kualiti udara yang bersih dan melaksanakan inisiatif yang
‘energy efficient’.
Oleh itu, kawasan kejiranan merupakan satu modul asas dalam memajukan bandarbandar hijau di dalam inisiatif-inisiatif mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau (Green
House Gases) serta mencapai matlamat-matlamat kesejahteraan komuniti yang lain.
ELEMEN KEJIRANAN HIJAU
Para hadiran sekalian,
Bagi memberi penarafan bahawa sesuatu kejiranan yang dirancang itu merupakan
kejiranan hijau, sesebuah kejiranan perlu mempunyai elemen-elemen berikut, iaitu:
i)
membina ”green building” untuk menggalakkan kemampanan dalam reka
bentuk alam binaan.


Green building Indeks (GBI) telah dirangka oleh Pertubuhan Arkitek
Malaysia (PAM) dan The Assosiation of Consulting Engineers Malaysia
(ACEM) yang bertujuan untuk memberi penarafan kepada bangunanbangunan yang dibina secara mampan. Ciri-ciri bangunan yang diiktiraf
sebagai green building adalah berdasarkan kepada kriteria berikut iaitu o

bangunan yang mempunyai kecekapan tenaga yang tinggi (energy
efficient) – dapat dilakukan melalui penggunaan tenaga solar atau
penggunaan tenaga yang boleh diperbaharaui (renewable energy),
home office connectivity dan bangunan perlulah mempunyai sistem
penyelenggaraan yang mampan (sustainable maintenance);

o

indoor environmental quality – melihat kepada kualiti udara,
pencahayaan, visual dan keselesaan akustik (acoustic comfort) di
dalam bangunan berkenaan. Untuk itu pendekatan ‘green roof’ juga
boleh digunakan bagi
menggalakkan penutupan bumbung
bangunan dengan elemen semulajadi seperti rumput atau
tumbuhan hijau;

o

sustainable site planning and management yang mana antara
lain melihat kepada sistem pengurusan air larian (stormwater
management);

o

sumber penggunaan material - melihat kepada jenis material yang
digunakan, di mana menggalakkan penggunaan bahan-bahan kitar
semula dan bagaimana pembinaan melaksanakan construction
waste management;

o

penggunaan air yang efisien – menggalakkan penggunaan
rainwater harvesting, penggunaan semula air (water recyling) dalam
sistem bangunan serta water efficient in landscaping and water
efficient fittings ; dan yang terakhir adalah

o

aspek inovasi bangunan dalam reka bentuk serta inisiatif
environmental design yang digunakan di dalam mereka bentuk

bangunan (sebagai contoh bangunan Malaysia Green Technology
(Green Tech Malaysia) di Putrajaya.
ii)

Kejiranan Hijau (green neighbourhood)












Kejiranan hijau menggalakkan pembangunan bercampur (mixed
development) dan pembangunan padat (compact development) bagi
mengurangkan pergerakan, seterusnya mengurangkan pembebasan
karbon. Kepelbagaian jenis guna tanah menawarkan pelbagai jenis rumah
untuk semua golongan, institusi, kedai, pejabat, perniagaan, kemudahan
masyarakat dan rekreasi kepada penduduk bagi menjalankan pelbagai
aktiviti harian. Kepadatan tinggi di kawasan pusat bandar adalah
digalakkan
untuk
menyokong
penyediaan
kemudahan
awam,
pengangkutan awam, kemudahan transit serta menyokong kemudahan
infrastruktur yang lengkap dan baik;
Menjadikan kejiranan sebagai ”walkable streets” bagi menggalakkan
orang ramai berjalan kaki. Rangkaian laluan pejalan kaki perlu
diintegrasikan dengan sistem jalan raya dan kemudahan pengangkutan
sedia ada, agar connectivity di dalam kejiranan bersambung dengan
kejiranan lain sehingga pembangunan di peringkat wilayah. Ini dapat
memberi kemudahan kepada penduduk untuk mendapatkan kemudahan
dan perkhidmatan;
”Bicycle network” dan ”storage” disediakan bagi menggalakkan
penduduk berbasikal dengan selamat. Laluan yang disediakan perlu
diintegrasi dengan sistem jalan raya dan lain-lain kemudahan
perhubungan. Kemudahan tempat letak basikal yang selamat di kawasan
kejiranan terutamanya di pusat tumpuan masyarakat perlu disediakan
sebagai sokongan bagi menggalakkan penggunaan basikal ini;
Kemudahan sistem transit perlu disediakan secara berintegrasi dengan
kemudahan pengangkutan sediada ada. Ia perlu dibina secara meluas dan
dalam jarak yang berdekatan di antara satu sama lain bagi menggalakkan
dan menyokong penduduk menggunakan pengangkutan awam yang lebih
efisien;
Penyediaan ’rangkaian hijau’ melalui penanaman pokok-pokok di
sepanjang pinggir jalan dan penyediaan rangkaian kawasan hijau yang luas
seperti taman rekreasi dan ruang awam. Justeru, pemaju perlu
memperuntukkan lebih banyak penyediaan kawasan hijau samada secara
pocket garden atau kawasan lapang berpusat. Penyediaan lebih banyak
rangkaian hijau melalui penanaman tumbuh-tumbuhan merupakan salah
satu elemen penting dalam kejiranan hijau kerana tumbuh-tumbuhan
merupakan carbon sink yang dapat mengurangkan pembebasan karbon ke
atmosfera. Sebagai contoh, 1 hektar kawasan yang ditanam dengan
tumbuh-tumbuhan mampu menyerap 900kg CO2 yang dihasilkan dan pada
masa yang sama mengeluarkan sebanyak 600kg oksigen;
Penyediaan ”energy efficiency and green technology infrastructure”
untuk menggalakkan penggunaan sistem yang boleh menggunakan tenaga
secara berkesan. Untuk itu, sistem tenaga berpusat perlu dibina supaya



dapat dikongsi bersama oleh beberapa komuniti berhampiran. Penggunaan
renewable energy seperti tenaga solar, biomas penghasilan tenaga
daripada sampah (waste-to-energy) dan bahan terbuang amat digalakkan;
Menggalakkan pertanian makanan tempatan melalui community
farming. Penghasilan makanan tempatan bertujuan untuk menggalakkan
pengeluaran makanan yang berasaskan komuniti (community-based food
production) bagi menjamin kesegaran makanan, menggalakkan aktiviti
kebun yang menghasilkan pelbagai jenis tanaman, menyokong
pembangunan ekonomi tempatan dan menggalakkan kebun komuniti
(community garden). Ini adalah selari dengan Pekeliling Ketua Setiausaha
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bil. 5 Tahun 2008 –
Pelaksanan Program Bumi Hijau oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang
berkuatkuasa pada 1 Ogos 2008.

INISIATIF-INISIATIF PERBANDARAN HIJAU
Semasa pengucapan bajet 2010, Y.A.B Perdana Menteri pada bulan Oktober 2009 telah
mengumumkan bahawa kerajaan akan menajdikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai
model bandar perintis teknologi hijau untuk menjadi contoh kepada bandar-bandar lain di
Malaysia. Selain daripada Putrajaya dan Cyberjaya, Wilayah Pembangunan Iskandar juga
turut dijadikan sebagai bandar pelopor bagi low carbon city, di mana penekakan diberikan
kepada energy efficient building, sustainable land use and transportation, and natural and
green environment. Saya tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut berhubung dengan
perkara ini kerana kita akan mendengar pembentangan kertas kerja berkenaan
pembangunan Putrajaya dan Pembangunan Wilayah Iskandar sebentar nanti. Walau
bagaimanapun, ingin saya tekankan di sini bahawa dasar-dasar yang digubal dan
dilaksanakan bagi ketiga-tiga bandar berkenaan akan diberi diberi pertimbangan dan
diselarikan di dalam dasar-dasar kerajaan di Peringkat Persekutuan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
PELAKSANAAN DAN MEREALISASIKAN PEMBANGUNAN MAMPAN-KEJIRANAN
HIJAU
Salah satu asas kejayaan ‘kejiranan hijau’ ialah komitmen yang tinggi daripada komuniti
itu sendiri untuk mencapai matlamat yang sama.
Pelaksanaan gaya hidup hijau (green lifestyle) yang menyeluruh seperti kitar semula,
pengurangan sisa buangan domestik, mewujudkan plot pertanian komuniti atau taman
komuniti, menyertai program pengkomposan atau eco-festival misalnya, merupakan
aktiviti-aktiviti kejiranan hijau yang memerlukan sinergi secara kolektif. Perubahan gaya
hidup didorong oleh perhubungan erat komuniti, seperti berjalan, berbasikal dan pelbagai
inisiatif berkaitan dengan penggunaan teknologi hijau. Kejiranan Hijau perlu diterajui oleh
komuniti itu sendiri. Kita belum sepenuhnya menggunakan ‘social media’ dan portal dalam
usaha-usaha melebar luas kejiranan hijau, dan setakat ini beberapa aktiviti hijau seperti
kitar semula telah dijalankan melalui Local Agenda 21 di bawah Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan.
Bagi mereka yang terlibat di dalam sektor pembinaan seperti perancang bandar, arkitek,
jurutera, pemaju dan pihak berkuasa negeri dan tempatan perlu menyambut baik inisiatifinisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan dengan melaksanakan pembangunan
yang lebih mesra alam. ‘Green consciousness’ juga harus ada setiap pihak yang terlibat

di dalam industri pembangunan dan pembinaan. Untuk itu, semua pihak, tidak kira
kerajaan, mahu pun di pihak swasta harus berganding bahu untuk sama-sama
memastikan bahawa segala dasar-dasar yang telah dirangka di pihak persekutuan
dilaksana di peringkat tempatan. Hanya melalui pendekatan 2 hala secara top-down and
bottom-up approach ini, dapat dipastikan segala yang diharapkan oleh kerajaan dan
rakyat untuk hidup dengan lebih berkualiti dapat direalisasikan.
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga harus sentiasa follow through segala
program-progarm dan aktiviti yang dilaksanakan dan melihat keberkesanannya. Hanya
melalui jalan ini sahaja, masyarakat Malaysia boleh menjadi setanding dengan
masyarakat di negara-negara maju.
Bagi JPBD, suka untuk saya maklumkan bahawa, JPBD sedang merangka draf Garis
Panduan Pembangunan Kejiranan Hijau yang berteraskan kepada prinsip-prinsip
kejiranan hijau yang telah saya bentangkan sebentar tadi. Apabila siap, garis panduan ini
akan dibawa ke Jemaah Menteri. Selepas itu, garis panduan ini akan dibawa ke
Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) untuk pemakaian di peringkat
negeri dan juga di peringkat pihak berkuasa tempatan. Selari dengan itu juga, sistem
penarafan kejiranan hijau akan dibuat bersekali dengan petunjuk bandar MURNInet
sediada ada yang telah diguna pakai oleh pihak berkuasa tempatan pada masa kini.
PENUTUP
Sebagai penutup, isu pemanasan global dan perubahan iklim dunia tidak boleh dianggap
ringan oleh kita semua, kerana ia memberi kesan terhadap kehidupan manusia dalam
pelbagai tahap dan keadaan. Justeru, komitmen terhadap reka bentuk kejiranan yang
menyokong ‘low carbon lifestyle’ memerlukan komitmen semua stakeholders dan juga
komuniti bagi menjayakan ‘green growth’ ini. Hanya melalui komitmen semua,
sepertimana pendekatan oleh negara-negara maju yang telah berjaya melaksanakan
bandar dan kejiranan hijau ini, pendekatan top-down dan bottom-up secara serentak
adalah sangat kritikal.
Akhir sekali saya berpendapat kejiranan hijau dan ‘green consciousness’ sebaik-baiknya
nya diterajui oleh komuniti itu sendiri dengan dinaungi oleh ‘kepimpinan hijau’ yang baik
(good green leadership).
Sekian dan dengan itu saya sudahi dengan ucapan Wabillahitaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
DRDR281010HPBS