intervensi dan perkembangan belajar dan

Isi Kandungan
Bil

Perkara

Halaman

1

Abstrak

2

2

Pengenalan

3

3


Latar Belakang Masalah

4

4

Pernyataan Masalah

5

5

Objektif Kajia

6

6

Kepentingan Kajian


7

7

Skop dan Batasan Kajian

8

8

Perbincangan

9

Cadangan

13

10


Penutup

14

11

Bibiliografi

15

12

Lampiran

9 - 12

16 - 33

1.1 Abstrak
1


Penulisan jurnal ilmiah merupakan salah satu cara yang amat berkesan dalam sesi
pembelajaran yang memerlukan para pelajar menguasai sesuatu mata pelajaran yang dipelajari
serta struktur yang menyokong kekurangan yang dalam strategi belajar .Di dalam penyelidikan
yang dilakukan kepada pelajar sekolah menengah seramai 70 orang , dapat dianalisis kesan
daripada dua perkara berdasarkan arahan ialah memaklumkan dorongan dan contoh
pembelajaran jurnal sepanjang permintaan tersebut .
Galakan yang bermaklumat merupakan latar belakang yang mendorong strategi dan sapat
dipertingkatkan melalui latihan dan sesi pemindahan maklumat oleh tenaga pengajar . Modul
pengajaran berdasarkan penulisan jurnal ini boleh diaplikasikan kepada para pelajar sebagai
strategi utama untuk mememupuk para pelajar untuk lebih mudah digunakan sepanjang sesi
pembelajaran dan pengajaran ( P&P ) .

2

1.2 Pengenalan
Penulisan merupakan wadah yang selalu digunakan oleh sesiapa yang bergelar pelajar
ataupun tenaga pengajar . Para pelajar kerap menggunakan kaedah penulisan untuk
mempersembahkan tugas penulisan yang memerlukan mereka menulis nota , karangan ,
peperiksaan awam , pembelajaran jurnal , rumusan daripada laporan kajian saintifik atau

sebagainya .
Dalam kes ini , cikgu mengajar pelajar berdasarkan perkara yang tersirat dan hanya
berdasarkan andaian dan mereka juga berpendapat bahawa daripada penulisan minat belajar
di dalam kalangan pelajar akan meningkat dan mempercepatkan proses pembelajaran dan
pengajaran ( P & P ) . Daripada penulisan juga pelbagai cara pembelajaran akan muncul seperti
peta minda dan sebagainya . Walaubagaimanapun , ianya tidak boleh digunakan sepenuhnya .
Penyelidikan tentang kemahiran menulis ini saling berhubung – kait dan bukannya
sumbangan yang automatik . Tambahan pula , kesan daripada pembelajaran daripada
penulisan memberi kesan yang positif berdasarkan aspek strategi kognitif dan metakognitif
yang dapat menyokong tugasan yang diberikan . Hal ini penting untuk memastikan pelajar lebih
produktif dalam mempelajari terutamanya pelajar sekolah menengah .
Selain itu , sepanjang sesi pembelajaran berlangsung pelajar seharusnya sentiasa
mengamalkan atau mempraktikkan kerja penulisan supaya dapat mempertingkatkan kemahiran
serta dapat menyerlahkan atau menguatkan ingatan semasa belajar . Banyak cara untuk
meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar . Hal ini amat bertepatan dengan
keperluan masa kini yang memerlukan para pelajar yang berkemahiran tinggi terutamanya
dalam bidang penulisan ilmiah .

1.3 Latar Belakang Masalah
3


Berdasarkan kajian yang dilakukan ,pelbagai masalah yang dikesan melalui proses
pembelajaran melalui penulisan ilmiah . Hal ini kerana penulisan ilmiah seperti ini bukan sahaja
penting semasa belajar sahaja tetapi ianya juga boleh menjadi pengukur kepada tahap
kemahiran sesetiap pelajar. Menurut Fitzgerald & Shanahan , 2000 ; Hidi &Buscolo ,2006 )
proses penulisan ilmiah ini sukar difahami oleh pelajar . Selain itu , pembelajaran dan
pengajaran berdasarkan penulisan ilmiah ini amat sukar di ajar kepada mereka ( Huot , 2002 ) .
Hal ini penting untuk pelajar meneroka arahan yang diberikan dengan lebih baik .
Masalah yang timbul sepanjang sesi ini memerlukan perhatian yang serius untuk
memastikan setiap perjalanan pendidikan yang berlanggsung akan mencapai kualiti yang
terbaik untuk memastikan kelancaran pencapaian akademik . Dalam sektor pendidikan , wujud
kepercayaan yang kuat untuk menyumbang bahan penulisan ilmiah kepada pembelajaran .

1.4 Pernyataan Masalah
4

Dalam kajian ini , didapati masalah yang akan timbul sepanjang pembelajaran berdasarkan
penulisan ilmiah . Berdasarkan permasalahan yang wujud , telah dapat mengenal pasti bahawa
terdapat banyak masalah yang muncul semasa merealisasikannya ialah tenaga pengajarnya
sendiri tidak menjadi contoh dalam bidang penulisan ini selain itu ketiadaan garis panduan yang

khusus dan sesuai sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran ( P & P ) seterusnya
kekanggan masa untuk memastikan proses ini berjalan seperti yang dirancang .Selain itu
tanggapan guru yang masih menggunakan kaedah P & P yang bercorak tradisional disamping
cara mengajar yang masih menggunakan kaedah lama dan ketiadaan strategi yang sesuai
untuk proses pembelajaran penulisan ilmiah ini .

1.5 Objektif Kajian

5

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan yang timbul dengan
cara pembelajaran menggunakan kaedah penulisan ilmiah dalam kalangan pelajar sekolah
menengah . Kaedah ini amat penting kepada mereka agar menjadi latihan yang efektik untuk
menghadapi kaedah pembelajaran di universiti .
Selain daripada itu , melalui kaedah pembelajaran menggunakan penulisan ilmiah ini para
pelajar akan lebih cenderung untuk membaca . Secara tidak langsung ianya akan meningkat
minat pelajar untuk menerokai ilmu untuk memastikan mereka mendapat apa yang mereka cari
sepanjang sesi pembelajaran .
Penerokaan ilmu akan bermula daripada penulisan ilmiah dari penulis – penulis terdahulu
ianya akan menjadi batu loncatan kepada para pelajar untuk mencontohi karya – karya yang

akan membantu mereka dalam menyelesaikan permasalahan yang muncul semasa proses
pembelajaran di langsungkan .

1.6 Kepentingan Kajian

6

Kajian ini penting untuk memberi

pendedahan kepada pelajar untuk mendalami ilmu

penulisan ilmiah ini . Selain itu kepentingan daripada kajian yang dilakukan untuk
penambahbaikkan teknik pembelajaran ini.
Pendedahan kepada pelajar untuk mendalami ilmu ini penting untuk memberikan
pengalaman awal untuk penulisan ilmiah ini .Pelajar harus diberi bayangan kerja apabila berada
diperingkat yang lebih tinggi . Hal ini amat bertepatan dan perlu dilaksanakan segera untuk
memastikan pelajar tidak terkejut dengan tugasan yang akan pensyarah berikan . Hal ini kerana
, walaupun pelajar sudah diterima masuk ke penempatan pendidikan seperti university , kolej
dan lain – lain masih tidak menguasai dengan baik teknik untuk penulisan ilmiah . Hal ini amat
membimbangkan kerana keperluan kerja kini memerlukan pekerja yang mempunyai pelbagai

kelebihan untuk meningkatkan prestasi kerja atau sesebuah organisasi .
Bagi penambahbaikkan teknik atau proses pembelajaran pula lebih kepada guru untuk
memikirkan cara yang terbaik untuk menyelesaikan permasalahan ini . Zaman sekarang
memerlukan guru yang proaktif dan agresif untuk memastikanmatlamat pendidikan tercapai
dengan jayanya . Guru hendaklah selalu melakukan penambahbaikan ilmu dalam penulisan
ilmiah walaupun guru itu hanya mengajar dia sekolah menengah .

1.7 Skop dan Batasan Kajian

7

Kajian ini dilakukan dalam kalangan pelajar sekolah menengah kerana isu ini amat
berpotensi kepada mereka . Hal ini kerana dari tahap ini mereka masih buntu dengan cara
penulisan yang baik . Bermula disekolahlah pembelajaran atau ilmu harus diketengahkan di beri
pandangan yang serius untuk memastikan semua berjalan dengan lebih lancer . Selain tu ,
daripada pelajar di peringkat ini lah harus di beri penekanan khusus mengenai cara penulisan
ilmiah ini .
Melalui cara ini diharapkan para guru dapat mempraktikkan setiap ilmu penulisan ilmiah
yang ada untuk membantu anak murid mereka dalam meningkatkan minat serta pemahaman
yang tinggi bagi memastikan kelancaran pembelajaran mereka apabila di universiti amat

berguna . Selain itu mereka juga dapat mengunakan kemahiran yang ada apabila mereka
sudah memasuki alam profesion yang mereka ceburi .

1.8 Perbicangan

8

Seperti yang kita tahu , penulisan ilmiah merupakan teknik pembelajaran yang amat
membantu para pelajar bermula dari peringkat awal lagi . Dari bermulanya perjalanan
seseorang individu itu mengenali dunia pembelajaran , penulisan la media utama yang
mengetengahkan kemahiran yang mereka miliki . Banyak juga yang tidak sedar bahawa
persepsi atau tanggapan dan pemikiran kita tentang dunia dipengaruhi dan dibentuk melalui
bahasa dan penulisan ilmiah itu sendiri .
I.

Tenaga Pengajar yang Tidak Mewujudkan Contoh yang Terbaik

Tenaga pengajar yang mahir amat diperlukan untuk mengajar anak murid cara – cara yang
betul untuk menghasilkan penulisan ilmiah yang berkualiti disamping memberikan tunjuk ajar
yang amat berkualiti tinggi bagi memastikan setiap yang diajar pelajar dapat mempergunakan

ilmu itu sebaik mungkin sama ada ketika belajar mahupun sudah bekerja . Hal ini kerana
mereka (guru) itu sendiri tidak mempunyai ilmu yang mantap untuk mendidik pelajarnya .
Mereka tidak dididik dari awal cara menulis bahan ilmiah dengan betul oleh guru mereka
semasa mereka belajar . Ketiadaan kepakaran ini merumitkan lagi keadaan dimana setiap
pelajar harus didedahkan dengan cara menulis bahan ilmiah yang baik .
Para pelajar mempunyai ingatan yang kuat untuk mengingat apa yang diajar oleh tenaga
pengajar . Justeru itu setiap guru harus peka dengan kelebihan yang mereka ada untuk
mengajar ilmu penulisan ilmiah ini dengan berkesan . Pelajar dapat memproses maklumat
dengan cepat dan mudah ini juga memudahkan tenaga pengajar .

II.

Ketiadaan Garis Panduan yang Khusus / Strategi
9

Masalah ini merupakan masalah yang amat kritikal jika tidak ditangini segera . Walau sibuk
dengan aktiviti akademik yang lain para pelajar harus diajar dengan baik untuk cara penulisan
ilmiah (Brown et al. 1983 ; Winne , 2005 ) . Walaupun penulisan berilmiah ini merupakan
perkara yang harus dilakukan oleh pelajar universiti atau kolej tetapi ianya juga mesti dilatih
sejak sekolah menengah lagi untuk memastikan ianya akan memudahkan pelajar semasa ke
universiti nanti . Perancangan pengajaran dan pembelajaran mengenai penulisan ilmiah ini
memerlukan garis panduan yang khusus dan memberikan kebaikan kepada semua pihak kelak.
Para pelajar berhak untuk mempelajari apa yang patut dipelajari oleh mereka . Ini merupakan
sebahagian daripada proses akademik mereka . Melalui penulisan ilmiah ini juga para pelajar
dapat mengaplikasikan proses kognitif dan metakognitif . Kebiasaannya para pelajar tidak
menunjukkan tahap konitif mereka dalam ilmu penulisan ilmiah ini .
Pengalaman guru juga penting untuk memastikan ilmu yang disampaikan mengikut
spesifikasi yang ditetapkan ( Coker & Lewis , 2008 ) . Guru harus selalu melakukan
penyelidikan untuk mengajar ilmu tersebut ( Graham & Perin ,2007 ; Kiuhara ) . Guru juga mesti
bersetuju untuk menaik taraf sedikit demi sedikit pengetahuan mereka dalam penulisan ilmiah
ini .

III.

Kekangan Masa

10

Masa yang akan diambil untuk menyelesaikan isu pembelajaran penulisan ilmiah ini akan
mengambil masa yang amat panjang . Hal ini kerana , pihak yang bertanggungjawab masih
mencari alternatif yang sesuai untuk memastikan proses ini dapat menerima baik cara
pembelajaran yang berkesan ini . Untuk memastikan proses ini berjaya ianya akan mengambil
masa yang lama untuk memastikan keberkesanannya. Ianya memerlukan pelbagai pandangan
daripada pelbagai pihak ( Graham & Perin , 2007 ) . Proses penulisan ilmiah ini memegang
falsafah di mana setiap penulisan harus disemak oleh orang yang berpengetahuan sebelum
melakukan tindakan – tindakan yang seterusnya . Hal ini amat rumit , kerana pelajar – pelajar
masih menggunakan cara lama dalam penulisan ilmiah mereka .
Selain itu , kekurangan masa guru menyemak hasil penulisan ilmiah pelajar juga merupakan
hal yang amat membimbangkan . Kini guru dibebani dengan kerja – kerja yang ternyata bukan
daripada bidang mereka telah menyebabkan perhatian guru kepada anak murid supaya
memperbetulkan kesalahan yang mungkin terdapat dalam penulisan mereka juga merupakan
masalah yang harus dipandang oleh semua pihak terutama pihak Kementerian Pendidikan dan
pihak yang berwajib mestilah memandang serius masalah ini untuk mengekang masalah ini
berlanjutan .

11

IV.

Guru Masih Menggunakan Kaedah Tradisioanal dalam Sesi Pengajaran
Guru masih terikut – ikut cara pembelajaran mereka dahulu amatlah merisaukan . Dalam

matapelajaran bahasa Inggeris selalunya memerlukan pemerhatian yang lebih daripada guru
matapelajaran supaya para pelajar dapat menambah ilmu penulisan ilmiah ( Coker & Lewis ,
2008 ) . Pada masa kini , guru harus bergerak seiring dengan peredaran masa untuk
memastikan pelajar tertarik untuk mendalami lagi penulisan ilmiah ini .
Jika guru tidak mengikuti dan empati dengan masa , pelajar akan merasa bosan dengan
sesi pembelajaran yang dilaksana . Cara pembelajaran harus di pandang serius agar segala
yang dirancang akan berjaya .

12

1.9 Cadangan
Cadangan saya untuk meningkatkan semangat pelajar untuk meminati penulisan ilmiah ini
ada la dengan melakukan penambahbaikan dalam proses pembelajaran . Ianya bermaksud
pihak yang berwajib harus memberi kelonggaran kepada para tenaga pengajar dan pelajar
mempelajari perkara baharu yang bertujuan memberikan mereka menguasai secara semula
jadi tanpa paksaan . Selain daripada itu , pihak kementerian juga harus memikirkan alternative
yang sesuai untuk menggurangkan beban guru yang terpaksa melakukan pelbagai kerja yang
mungkin tidak sepatutnya dilakukan oleh guru . Hal ini akan menyebabkan guru tiada masa
untuk meluangkan masa bersama dengan pelajar . Jika hal ini berlarutan berlaku pelajar akan
jauh ketinggalan untuk memperbaiki kemahiran penulisan mereka .
Selain itu , pihak yang berwajib haruslah menganjurkan kursus atau latihan untuk guru –
guru supaya mereka dapat melakukan penambahbaikan dengan cara pengajaran mereka .
Kursus ini perlu agar mereka dapat bergerak seiring dengan era kini dan sentiasa kraetif dalam
memastikan kelangsungan P & P di dalam kelas . Selain itu , pihak kementerian juga harus
memberikan garis panduan yang lengkap kepada guru untuk menambahkan pengetahuan
kepada guru agar maklumat yang disampaikan bertepatan dengan kehendak masa kini . Pelajar
harus diberikan pendidikan yang terbaru dan mengikut masa yang sesuai dengan peredaran
masa mereka . Seterusnya ialah menambah bilangan guru yang pakar dalam bidang penulisan
ilmiah ini . Ianya bertepatan untuk menampung penambahan bilingan pelajar yabf semakin hari
semakin meningkat . Jika penambahan ini berlaku para pelajar dapat belajar didalam keadaan
yang lebih efektif manakala guru juga dapat memberikan perhatian yang lebih untuk setiap
pelajarnya .

13

1.10

Penutup

Kesimpulannya , penghasilan penulisan ilmiah ini amat penting untuk memastikan
kelancaran kaedah pengajaran dan pembelaran pada masa depan disamping dapat membantu
meringankan beban yang akan ditanggung oleh guru dalam usaha memperkasakan para
pelajar untuk menguasai kemahiran penulisan ilmiah ini . Penulisan ilmiah ini dapat memberikan
gambaran bahawa para pelajar telah bersedia untuk menghadapi masa depan mereka apabila
melangkahkan kaki mereka ke institusi pendidikan samada awam mahupun swasta .Selain itu ,
ianya juga dapat meningkatkan kemahiran para pelajar untuk menghadapi cabaran sebagai
pelajar yang harus peka dan mempunya sikap proaktif dalam mencapai matlamat .

14

1.11

Bibiliografi

Syed Ismail bin Syed Mustapha dan Ahmad Subki bin Miskon (2010) , Kemahiran Belajar ,
Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia
Suppiah Nachiappan , Kamarulzaman Kamaruddin , Abd. Aziz . Abd . Shukor ,Ramlah Jantan ,
Roslinda Mustapha , Hazalilah Hamzah (2009,) , Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar
Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia
Md. Sidin Ahmad Ishak dan Mohd Salleh Rahamad (1998) , Strategi Bahasa Panduan Nahu
dan Retorik untuk Penulisan ,
Kuala Lumpur , Universiti Malaya
Maria Nichols ,(2009) ,Talking About Text ,
Huntington Beach , U. S. A
Instructional Support to Overcome Learning – Strategy Deficts , Learning and Instruction
(2010) 18 – 19 .Diperoleh di Perpustakaan Tuanku Bainun U.P.S.I pada 30. September . 2013
The Knowing / Doing Gap : Challengs of Effective Writing Instruction in High School .Diperoleh
pada 19.10.2013 daripada

http://scholarworks.wmich.edu/cgi/viewcontent.cgi?

article=1076&context=wte

15

1.12 Lampiran

16