KRISIS EKONOMI DUNIA Punca Dan Kesannya

KRISIS EKONOMI DUNIA
Punca Dan Kesannya

PARTI SOSIALIS MALAYSIA

Diterbit oleh: Parti Sosialis Malaysia
140A Jalan Sultan Ahmad Samad, Brickfields,
50470 Kuala Lumpur, Malaysia

Isi Kandungan
A.

PENGELUARAN KOMODITI DI BAWAH
SISTEM KAPITALIS

1.

Peranan Permintaan Dalam Pengeluaran
Komoditi
i. Permintaan pasaran untuk sesuatu produk
ii. Permintaan aggregate


2.

Pertumbuhan Dan Pengecutan Adalah Ciri-Ciri Utama
Ekonomi Kapitalis

B. PRESKRIPSI KEYNES UNTUK MENGHADAPI KRISIS
EKONOMI

C.

PERUBAHAN BESAR DI DUNIA KAPITALIS

1.

Taktik-taktik Outsourcing/penyumberanl uar dan Offshoring/luar pesisir
i. Kesan penyumberan luar terhadap permintaan
agregat

2.


Tax Haven

3.

Penyalahgunaan Transfer Pricing

4.

Rombakan/dismantling Negara Kebajikan

2

5.

Hutang Kerajaan Yang Tinggi – Kaedah Keynes
Tersekat

6.


Quantitative Easing

7.

Kelembapan Ekonomi di China

D. KESAN TERHADAP RAKYAT MALAYSIA

E. APAKAH JALAN KELUAR?

1.

Tingkatkan Gaji Pekerja

2.

Wujudkan Gaji Sosial

3


A.

PENGELUARAN KOMODITI DI BAWAH
SISTEM KAPITALIS

Semua barangan yang dihasilkan oleh tenaga
manusia (human labour) untuk tujuan menukar dengan
barangan lain atau wang dipanggil komoditi.
Sekiranya sesuatu barang dibuat untuk kegunaan
sendiri sahaja, ia bukan satu komoditi.
Komoditi adalah sesuatu barangan yang dihasilkan
dengan tenaga manusia, yang ‘pertamanya memenuhi
kehendak manusia, dan keduanya, boleh ditukar
dengan barangan lain.’
Di bawah sistem kapitalis, pengeluaran bermaksud
pengeluaran komoditi sahaja, iaitu pengeluaran barangan
untuk dijual bagi mendapatkan keuntungan, dan bukan
untuk memenuhi keperluan sendiri (use value).
Pengeluaran komoditi menghasilkan nilai pertukaran
(exchange value) yang digunakan untuk membeli barang

keperluan.
Sistem pengeluaran komoditi secara besar-besaran hanya
wujud di bumi dalam 250 tahun yang lalu iaitu dengan
mulanya sistem kapitalis. Sebelum itu, hampir semua
pengeluaran adalah untuk kegunaan sendiri. Manusia
membuat sesuatu barang untuk pakai sendiri, bukan untuk
menukar atau menjual. Dalam sistem pengeluaran
sebelum kapitalisme, hanya sebahagian kecil masyarakat
(tuan tanah/orang atasan/raja) mengumpulkan barangan
4

berlebihan ataupun surplus untuk ditukar untuk barang
mewah seperti barang kemas dan minyak wangi.
1.

Peranan Permintaan Dalam Pengeluaran
Komoditi

i. Permintaan pasaran untuk sesuatu produk
Permintaan pasaran adalah permintaan untuk sesuatu

produk atau perkhidmatan tertentu pada sesuatu harga
tertentu. Ia bergantung pada kos mengeluarkan produk
tersebut, pendapatan isi rumah, jumlah pengguna untuk
produk itu, dan adanya barang pengganti yang lebih
murah. Pendapatan keluarga adalah satu penggerak
utama permintaan pasaran – sekiranya gaji turun,
permintaan pasaran sesuatu produk akan turun.
Sesuatu komoditi hanya akan dikeluarkan sekiranya ada
permintaan pasaran, iaitu sekiranya dapat dijual;
pengeluaran akan dikurangkan atau dihentikan sekiranya
permintaan pasaran menurun.
ii. Permintaan aggregate
Permintaan aggregate adalah jumlah keseluruhannya
permintaan semua barangan dan perkhidmatan dalam
sesebuah negara. Permintaan aggregate (AD)
ditentukan oleh:
-

Permintaan isi rumah (households) (C)
Perbelanjaan perniagaan (bahan mentah,

minyak, barangan intermediate) (I)
Perbelanjaan kerajaan (G), dan
5

- Komoditi yang diekspot (E)
- DI TOLAK BARANGAN IMPOT (IMP)
AD = C + I + G + E - Imp

Faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan agregat
(AD) adalah:
Permintaan
isi ruma
(C)

Pendapatan isi rumah – kadar
employment, gaji, cukai, pencen,
hutang isi rumah, simpanan wang

Perbelanjaan
perniagaan

(I)

kadar faedah, jangkaan perniagaan
terhadap permintaan untuk produk
mereka pada masa depan

Perbelanjaan
kerajaan
(G)

Cukai, pendapatan kerajaan, hutang
kerajaan

Ekspot
(E)

Permintaan luar negara, mata wang

Impot
(Imp)


Permintaan dalam negara, kos
barangan tempatan, mata wang, kadar
cukai impot

Permintaan aggregate akan terjejas sekiranya permintaan
oleh mana-mana satu dari empat pihak – isir umah,
perniagaan, kerajaan, eksport bersih - berkurang. Kapitalis
akan kurangkan pengeluaran dalam sektor berkenaan,
mengakibatkan perbelanjaannya menurun. Keadaan ini
6

boleh menyebabkan lingkaran ke bawah, seperti dalam
contoh berikut:
Pengurangan pengeluaran di kilang XY akan
mengakibatkan pengecutan gaji pekerja kilang XY melalui
kehilangan overtime dan pemberhentian kerja dan ini akan
kurangkan kuasa beli isi rumah. Akibatnya permintaan
pengguna akan kecut. Pada takat yang sama, perniagaan
yang membekalkan barangan untuk kilang XY itu juga akan

mengalami kurangan dalam tempahan dan pendapatan
pekerjanya juga akan berkurangan. Jika ini berlaku dalam
beberapa kilang, ekonomi akan mengalami lingkaran ke
bawah/downward spiral.
Lingkaran ke Bawah: Contoh 1
Pengeluaran kilang XY turun
sebab permintaan turun. Kilang
XY kurangkan overtime.
Pendapatan
pekerja XY
turun

Pembelian barang
mentah oleh
kilang XY turun

Kedai-kedai, kilang
–kilang dan
pembekal bahan
mentah kurangkan

pekerja.

Pembelian barang
pengguna turun

KEGAWATAN
7

Contoh 2: Krisis minyak 1970an
harga minyak naik

pengguna kurangkan belanja
atas barangan bukan penting
seperti makan di restoran

kos pengangkutan naik
kos heating naik (negara
barat)

penggunaan barangan
bukan penting/essential
menurun

permintaan aggregate turun

KEGAWATAN

2. Pertumbuhan Dan Pengecutan Adalah Ciri-Ciri
Utama Ekonomi Kapitalis
Proses pertumbuhan dan pengecutan ekonomi (boom
and bust) yang berlaku berulang kali adalah ciri-ciri
utama kitaran perniagaan (business cycle) sistem
kapitalisme . Semasa pertumbuhan ekonomi, ada
peningkatan dalam indicator seperti peluang
pekerjaan, pengeluaran, jualan dan pendapatan
peribadi, dan dividen kepada pelabur adalah tinggi.
Semasa pengecutan ekonomi, indikator-indikator
tersebut akan menurun, kehilangan kerja berlaku dan
pelabur kehilangan wang pelaburan.

8

Kitaran pertumbuhan dan pengecutan berlaku akibat
ketamakan kapitalis. Dalam sistem kapitalis tidak ada
pengimbangan antara kapasiti pengeluaran dan
permintaan pengguna. Kapasiti pengeluaran sesuatu
ekonomi adalah jumlah maxima barangan dan
perkhidmatan yang boleh dikeluarkan oleh kapitalis.
Permintaan dipengaruhi oleh gaji pekerja. Kapitalis
sentiasa memerah upah pekerja untuk dapatkan untung
yang lebih besar. Tetapi, akibat gaji rendah, permintaan
untuk barangan dan perkhidmatan tidak sepadan dengan
kapasiti pengeluaran.
Cara kapitalis mengatasi masalah ini adalah dengan
mencari pasaran baru – seperti negara lain, tetapi ini ada
hadnya.
B. PRESKRIPSI KEYNES UNTUK MENGHADAPI
KRISIS EKONOMI
John Maynard Keynes, 1883 – 1946 ahli
ekonomi Inggeris, semasa Great Depression
(1930an)
Mencabar ide bahawa pasaran bebas
akan secara automatic mengimbangkan
diri dan menjamin pertumbuhan
ekonomi dan pekerjaan untuk semua.
Sebaliknya Keynes berpendapat satu
ekonomi kapitalis boleh berada dalam
situasi kegawatan sehingga dipacu oleh
permintaan baru, mungkin daripada
luar sistem itu.
9

Keynes mengenalkan beberapa konsep ekonomi untuk
mengelakan daripada krisis ekonomi. Antaranya adalah
konsep peranan kerajaan dalam mewujudkan
permintaan baru yang cukup besar untuk memacu
ekonomi negara. Ini digelar konsep perbelanjaan
kaunter-cyclic.
Menurut Keynes, semasa keadaan ekonomi sihat dan
bertumbuh, adalah penting bagi sesebuah kerajaan
untuk mengadakan bajet surplus. Kerajaan harus
berjimat, dan mengurangkan perbelanjaan, menyimpan
wang, dan mengumpulkan dana.
Sebaliknya, semasa ekonomi lembab, atau berada
dalam krisis, perkara yang bertentangan harus dibuat
iaitu adakan budget deficit. Kerajaan harus membuat
‘pump priming’ iaitu mengambil langkah-langkah yang
akan mewujudkan permintaan dan merangsangkan
ekonomi. Langkah-langkah tersebut termasuk
meningkatkan perbelanjaan kerajaan dalam pembinaan
jalan, ampangan, sekolah, hospital dan sebaginya
supaya permintaan agregat yang mencukupi dijana
untuk menyelamatkan ekonomi.
Langkah-langkah ini memperbanyakan wang dan
perbelanjaan dalam ekonomi. Contohnya apabila kadar
faedah turun, keinginan untuk menyimpan wang dalam
bank turun dan ada lebih keinginan untuk belanja wang
atau melabur. Tindakan kerajaan baru-baru ini untuk
kurangkan caruman pekerja kepada KWSP adalah
bertujuan untuk meningkatkan perbelanjaan isi rumah.

10

Peluang pekerjaan wujud;
pendapatan & perbelanjaan
isi rumah meningkat.
Jualan kedai-kedai
Kerajaan belanja
wang untuk bina
dewan di beberapa
taman perumahan.

Pengeluaran
ditingkatkan.
Permintaan untuk bahan
binaan/buatan/mentah wujud.

Pengembangan dan pengecutan adalah sebahagian
daripada kapitalisme, dan kaedah perbelanjaan counter
cyclic telah digunakan oleh banyak negara untuk
memulihkan ekonomi yang dilanda kemelesetan.
Walaubagaimana pun sejak 1990an dunia kapitalis telah
mengalami perubahan besar, dan kaedah Keynes tidak
lagi dapat digunakan untuk mengatasi kemelesetan.

C. PERUBAHAN BESAR DI DUNIA KAPITALIS
Dunia kapitalis mengalami perubahan besar selepas
kejatuhan sistem komunis di USSR pada tahun 1990 dan
pengamalan kapitalisme oleh China dan Vietnam. Sejak
1970an negara-negara komunis China dan Vietnam telah
mulakan transisi ke kapitalisme dan menjelang tahun
1990an telah menganuti sistem pasaran bebas. Ini telah
mencetuskan beberapa perkembangan di seluruh dunia,
terutamanya di negara-negara kapitalis utama.
11

1. Taktik-taktik Outsourcing/penyumberan luar
dan Offshoring/luar pesisir
Outsourcing adalah amalan di mana sesebuah syarikat
memindah/mengkontrak sebahagian daripada proses
pengeluaran ke syarikat lain di dalam atau luar negara
untuk mengurangkan kos.
Offshoring adalah amalan di mana sebuah syarikat
membuka kilang di negara lain, dan memindah
sebahagian produksinya ke negara itu. Ia juga merujuk
kepada syarikat yang mengkontrak sebahagian
pengeluaran kepada syarikat lain di negara lain.
Sebahagian besar sektor pembuatan di Amerika
Syarikat dan Eropah telah berpindah ke negara-negara
pasca Komunis, China, Vietnam dan Eropah Timur
sebab kos produksi mereka yang jauh lebih murah. Kos
produksi di Amerika Syarikat dan Eropah lebih tinggi
disebabkan gaji pekerja yang tinggi .
Barangan yang dikeluarkan dengan kos yang rendah
oleh anak syarikat kilang-kilang AS dan Eropah di China,
Eropah Timur dan Vietnam menghasilkan keuntungan
yang lebih di AS dan Eropah. Disamping itu, barangan
ini dapat dijual dengan harga yang lebih rendah
daripada barangan sama yang dikeluarkan di AS dan
Eropah. Persaingan seperti ini ‘undercut’ dan merugikan
pengeluar-pengeluar di AS dan Eropah, dan lamakelamaan, syarikat-syarikat ini terpaksa memilih untuk
‘outsource’ produksi ataupun menjadi bankrap.
12

i. Kesan penyumberan luar terhadap permintaan agregat
Sebelum ini, semasa Perang Dingin (1947 – 1991), pekerja
di AS dan Eropah menikmati banyak hak dan faedah
pekerjaan berbanding dengan pekerja di negara-negara lain.
Antaranya adalah gaji yang tinggi, kesatuan kerja yang kuat,
masa kerja yang lebih singkat, safety net yang kuat, dan
jaminan kerja. Dengan faedah-faedah ini, kaum pekerja di
negara-negara maju tergolong dalam kelas menengah yang
membuat penyumbangan besar terhadap permintaan
agregat dunia.
Tetapi semua hak dan faedah terhakis atau hilang selepas
produksi negara mereka di sumberluarkan ke negara lain
seperti China. Dalam 25 tahun sejak 1990, kelas menengah
di AS dan Eropah semakin lama semakin terhimpit – gaji
turun, waktu kerja dipanjangkan, kesatuan kerja dilemahkan,
dan jaringan keselamatan sosial dilemahkan. Kesemua ini
mengurangkan kuasa beli sebahagian besar isi rumah AS
dan Eropah, dan seterusnya menjejaskan permintaan
agregat global.
2. Tax Haven
Tax haven adalah sebuah negara di mana cukai yang
dikenakan terhadap keuntungan perniagaan adalah amat
rendah atau langsung tidak ada. Ia juga merujuk kepada
negara-negara di mana ada sistem kerahsiaan kewangan
yang boleh digunakan oleh korporat dan individu asing
untuk mengelak dari membayar cukai seperti cukai korporat
dan cukai pendapatan atas wang simpanan mereka di tax
haven. Contoh tax haven – Switzerland, Singapore,
Cayman Islands, Panama dll.
13

Syarikat-syarikat dan individu-individu asing menggunakan
tax haven untuk merahsiakan simpanan besar dalam
akaun bank mereka di tax haven supaya mengelakan
pembayaran cukai seperti cukai pendapatan di negara asal
mereka.
3. Penyalahgunaan Transfer Pricing
Selain itu, syarikat-syarikat juga menggunakan tax haven
untuk menyembunyikan untung mereka dengan memain
dengan harga barang keluaran. Ini dilakukan supaya
mengelak dari membayar cukai, seperti berikut:







Syarikat A, di AS offshorekan pengeluaran ke
subsidiarinya Syarikat B, di China di mana produknya,
telefon bimbit, dikeluarkan dengan mengeksploitasi
pekerja Cina, pada kos yang amat rendah iaitu
RM100.
Telefon bimbit ini akan dijual untuk harga RM1000 di
AS. Maka syarikat A perlu membayar cukai korporat
atas keuntungan RM900 kepada kerajaan AS.
Jika syarikat A mengelak dari cukai AS dengan
membeli telefon bimbit itu dengan harga RM900,
(ertinya cukai adalah terhadap RM100 sahaja di AS)
subsudiarinya di Cina kena bayar cukia ke negara
Cina atas untung RM800.
Syarikat A tidak ingin membayar cukai korporat
sebanyak yang dikenakan oleh kerajaan AS ataupun
Cina. Maka ia menubuh satu lagi subsidiari Syarikat
C di Cayman Islands.
14





Syarikat C, Cayman membeli telefon bimbit yang
dihasilkan di Syarikat B, China untuk RM100, dan
menjualnya ke Syarikat A, AS pada harga RM900.
Syarikat C Cayman mendapat untung bersih
RM800 sebab tidak perlu membayar cukai di
Cayman.
Syarikat A, AS menjual telefon bimbit pada harga
retail RM1000, dan menjelaskan cukai corporat
atas untung RM100 itu. Untung sebenar Syarikat A
adalah RM900, tetapi cukai hanya dibayar untuk
RM100.

Syarikat B China, Syarikat C Cayman dan Syarikat A AS
mempunyai pemilik yang sama. Mereka
menyalahgunakan kaedah ‘transfer pricing’ supaya
mengurangkan bayaran cukai di AS dan juga di China.
Dengan cara ini, Syarikat A mengurangkan kosnya, dan
dapat mengumpul banyak modal (accumulation).
Syarikat-syarikat yang terletak di AS tidak dapat
bersaing dengan syarikat-syarikat seperti Syarikat A dan
lama kelamaan terpaksa menutup kedai. Ini
mengakibatkan pengangguran yang memburukkan
kuasa beli dan seterusnya permintaan agregat.
Pendapatan kerajaan terjejas oleh taktik pengelakan
cukai melalui tax haven dan transfer mispricing.

15

Inilah cerita 1% terkaya di dunia yang mendapatkan
kekayaan mereka dengan menipu.
Taktik-taktik seperti outsourcing mengakibatkan
ketidaksamaan yang teruk dalam masyarakat. Menurut
laporan Oxfam, yang diterbitkan pada Januari 2016,
pada tahun 2015, 62 orang terkaya memiliki lebih
banyak kekayaan berbanding dengan 50% termiskin di
dunia. Jurang ini semakin melebar.
Pada 2010, 358 orang terkaya memiliki lebih daripada
50% yang termiskin, dan pada 2014, 80 terkaya
memiliki lebih daripada 50% yang termiskin, dan angka
ini jatuh lagi dalam satu tahun ke hanya 62 individu
yang memiliki lebih daripada 50% yang termiskin.
Di Amerika Syarikat pula, 0.1% terkaya memiliki lebih
kekayaan daripada 90% rakyat bawahan.

4. Rombakan/dismantling Negara Kebajikan
Selepas Perang Dunia kedua, negara kebajikan
ditubuhkan di beberapa negara di barat oleh parti-parti
sosial democrat, contohnya Sweden, United Kingdom,
German Barat dll. Tujuannya untuk mengagihkan
kekayaan negara secara lebih adil supaya kaum
pekerja dapat hidup dengan lebih selesa; dan tidak
16

tertarik kepada sistem sosialis. Pekerja di negara
kebajikan disediakan banyak faedah – gaji yang baik,
pencen usia tua sejagat, liputan kesihatan sejagat,
pendidikan percuma, perumahan bersabsidi, pampasan
pembuangan kerja, dll.
Selepas 1990 (kejatuhan USSR dan German Timur),
banyak syarikat di negara-negara barat telah
menyumberluar dan offshorekan perniagaan mereka
untuk menikmati lebih keuntungan. Outsourcing dan
offshoring menyebabkan kehilangan kerja di negara
asal syarikat.
Akibat kadar pengangguran yang tinggi, dana negara
kebajikan menghadapi banyak tekanan untuk memberi
perlindungan sosial kepada warga miskinnya yang
semakin meningkat. Tetapi pendapatan negara telah
berkurang disebabkan taktik-taktik transfer ‘mispricing’
dan tax haven kaum korporat untuk mengelak dari
pembayaran cukai.
Dalam keadaan terdesak ini, negara-negara kebajikan
terpaksa meminjam wang daripada 1% terkaya di dunia
untuk meneruskan dengan program-program kebajikan
rakyat. Oleh itu kadar keberhutangan kerajaan-kerajaan
negara maju telah meningkat ke lebih daripada 50%
GDP mereka.

17

Kadar hutang kerajaan ke GDP (2015)
Negara
Amerika Syarikat

Jumlah hutang kerajaan
berbanding GDP Nasional (%)
104.17*

Japan
United Kingdom
Germany
France
Canada
Spain

229.20
88.60
71.60
95.70
86.50
100.70

*Untuk tahun
2015, hutang
kerajaan AS adalah
USD18.20 trillion,
manakala GDPnya
adalah USD17.93
trillion.

Greece
179.00
Malaysia
54.5
Sumber: www.tradingeconomics.com/country-list/governmentdebt-to-gdp

Bila kadar keberhutangan sesuatu negara naik, para
pemiutang (1% terkaya) mengenakan faedah yang lebih
tinggi atas pinjaman kepada negara tersebut. Pakar
ekonomi menilaikan ‘creditworthiness’ sesuatu negara
berasaskan kesihatan badget mereka. Yang sihat sekali
diberi markah “AAA” dan faedah yang dibayar untuk
bon negara seperti itu adalah 1.5% setahun.
Tetapi negara seperti Greece dengan hutang besar
tidak dapat meminjam dana daripada 1% terkaya
kerana kedudukannya adalah di bawah “BBB.”
Kedudukan di bawah “BBB” diberi status ‘junk’ yang
bermakna risiko lalai/default yang tinggi. Sejurus
sebelum masuk “junk” status kadar faedah untuk
Greece telah meningkat ke 15% setahun!
18

Untuk mengelak daripada diberi markah yang rendah,
banyak negara barat mengurangkan faedah-faedah
jaringan keselamatan sosial secara berperingkat dan
mengambil langkah-langkah penjimatan (austerity
measures). Contohnya langkah-langkah penjimatan:
umur pencen ditingkatkan menyebabkan pekerja bekerja
sehingga lebih tua, kesatuan kerja dilemahkan, kos
perubatan kena dikongsi bersama pesakit, dan
pendidikan dikenakan bayaran.
Akibat langkah-langkah penjimatan ini, kelas pekerja di
negara-negara barat mula rasa tertekan dan
menderita. Antara yang teruk sekali ditekan adalah
golongan anak muda – dibebani dengan hutang
pendidikan, susah dapat pekerjaan dan jika dapat kerja
pun termanya kurang baik, menghadapi kos perumahan
yang tinggi. Situasi sebegini adalah jauh lebih teruk untuk
pemuda immigrant dari Timur Tengah ke Eropah.
Jenerasi kedua rasa amat tertekan dan ini merupakan
salah satu daripada sebab mereka terbuka kepada
pandangan extremis – terroris.
Keadaan ini juga melahirkan kumpulan-kumpulan
progresif seperti Syriza di Greece, dan Podemos di
Sepanyol, dan yang menjadikan individu-individu seperti
Jeremy Corbin dan Bernie Sanders popular di England
dan di Amerika Syarikat.
Pada tahun 2014, GDP dunia adalah sebanyak
USD77trillion. Daripada USD77 trillion, bahafian negaranegara AS, Eropah Barat dan Jepun berjumlah
USD40 trillion. Ini menunjukkan bahawa penggunapengguna terbesar di dunia ialah masyarakat kelas
menengah di Eropah dan AS.
19

Tetapi taktik-taktik kapitalis untuk meningkatkan lagi
keuntungan mereka menyebabkan pendapatan
golongan pengguna terbesar di dunia menyusut. Maka
bila pendapatan golongan ini menurun, ia menjejaskan
permintaan
terbesar di dunia menyusut. Maka bila pendapatan
golongan ini menurun, ia menjejaskan permintaan
agregat dunia. Ia menarik permintaan agregat ke
bawah, dan menyumbang kepada kemelesetan
ekonomi secara global.
5. Hutang Kerajaan Yang Tinggi – Kaedah Keynes
Tersekat
Menurut Keynes, semasa ekonomi lembab, kerajaan
harus membuat perbelanjaan untuk mendorong
permintaan. Tetapi dalam keadaan kemelesetan
sekarang, kaedah Keynes tidak dapat di pakai lagi
sebab kerajaan-kerajaan berkurangan wang untuk
membuat perbelanjaan.
Pendapatan kerajaan terjejas apabila kutipan cukai
turun akibat dari pengelakan cukai oleh warga korporat
mereka. Oleh itu kerajaan tidak mencukupi wang
untuk perbelanjaan, dan terpaksa meminjam, dan
dengan itu, mengalami hutang kerajaan (sovereign
debt) yang tinggi.

20

Satu cara kerajaan membiayai projek kerajaan adalah
dengan meminjam wang dengan mengeluarkan bon
kerajaan kepada peminjam dalam negara (rakyat,
bank, korporat) atau dari luar negara. Hutang
kerajaan (sovereign debt) adalah jumlah hutang yang
sesebuah negara kena bayar kepada pemegang bon
kerajaan.
Tahap hutang sesebuah kerajaan boleh dilihat dalam
peratusan hutang kerajaan kepada KDNK. Peratusan
yang rendah menunjukkan ekonomi yang
mengeluarkan dan menjual barangan dan
perkhidmatan yang cukup untuk membayar hutang
kerajaan tanpa menanggung hutang lagi.

Maka banyak kerajaan banyak berhutang dan tidak
ada duit untuk ‘pump prime.’ Ini mengakibatkan
keadaan kemelesetan berpanjangan (prolonged)
sebab kerajaan-kerajaan tidak dapat menggunakan
kaedah tradisi pump priming untuk merangsangkan
ekonomi.
6. Quantitative Easing
Dalam keadaan ini, kebanyakan kerajaan
menggunakan satu lagi kaedah yang dipanggil
Quantitative Easing (QE).

21

Quantitative Easing adalah dasar monetary yang
digunakan oleh bank-bank pusat untuk
merangsangkan ekonomi semasa krisis ekonomi.
Bank pusat membeli bon kerajaan dan asset
kewangan dari bank dan institusi lain dengan wang
yang dicetaknya. Tindakan ini meningkatkan bekalan
wang keseluruhan dalam sistem kewangan, dan
menggalakan peminjaman wang kepada perniagaan
dan individu. Jangkaannya adalah tindakan ini akan
meningkatkan perbelanjaan dan menyumbang kepada
permintaan agregat.
Dasar QE meningkatkan bekalan wang di tangan para
korporat dan individu yang menjadi sebahagian
daripada 1% terkaya dengan anggapan bahawa mereka
akan menggunakan wang yang lebih untuk membuat
pelaburan. Dari segi teori, sebarang pelaburan akan
mewujudkan pekerjaan dan merangsangkan ekonomi.
Ini akan bantu mengatasi kemelesetan ekonomi.
Walaubagaimana pun pengalaman 5 – 10 tahun yang
lepas ini menunjukkan bahawa anggapan ini tidak
realistik. Ini adalah sebab 1% yang terkaya tidak
berapa minat untuk melabur dalam ekonomi nyata, iaitu
dengan membeli atau menjual barang dan
perkhidmatan kerana pulangan yang tidak menarik –
kerana ekonomi lembab dan permintaan aggregate
tidak mencukupi. Mereka lebih berminat belanja wang
untuk spekulasi di pasaran saham di seluruh dunia, di
pasaran futures (pasaran niaga hadapan), dan di
pasaran hartanah (property market - tanah dan
perumahan).
22

Aktiviti spekulasi seperti ini langsung tidak
merangsangkan ekonomi nyata; sebaliknya ia
memburukkan lagi keadaan dengan menyebabkan
harga hartanah melambung naik tanpa sebarang
peningkatan dalam nilai sebenar. Kerajaan terus
berhutang, dan ekonomi masih cenderung ke arah
kemelesetan. Dan rakyat di merata tempat
menghadapi kenaikan teruk dalam harga rumah.
7. Kelembapan Ekonomi di China
Bermula pada tahun 1990an, China memainkan
peranan penting dalam ekonomi global. AS dan
Eropah Barat membeli barangan buatan dan
perkhidmatan dari China, dan juga bergantung kepada
China untuk mengeksport barangan perindustrian
buatan mereka (Capital goods seperti jentera dan
teknologi baru).. Negara-negara membangun menjual
bahan mentah kepada China.
Pertumbuhan ekonomi di China kini sudah mula
perlahan. Antara sebabnya, China telah mencapai
kapasiti pengeluaran yang mencukupi untuk memenuhi
permintaan dunia. Selagi China membina kapasiti
perkilangan secara pesat, ia menyumbang secara
besar kepada permintaan aggregate global.
Tanpa pasaran baru, pengembangan kapasiti di China
terpaksa diperlahankan. Akibatnya permintaan untuk
input seperti bahan mentah untuk pembinaan kapasiti,
menyusut. Maka sumbangan permintaan China
kepada permintaan aggregate dunia menurun.
23

D. KESAN TERHADAP RAKYAT MALAYSIA
Malaysia merupakan trading partner China yang
terbesar di Asia Tenggara maka slowdown di China
menjejaskan ekonomi Malaysia. Permintaan untuk
komoditi utama/primary seperti minyak petroleum dan
kelapa sawit turun, mengakibatkan pengurangan
pengeluaran, atau penutupan kedai. Ramai pekerja
kehilangan kerja.
40% daripada jumlah pendapatan kerajaan adalah
daripada petroleum; maka pendapatan kerajaan turun
dengan teruk akibat harga komoditi yang turun. Maka
kerajaan berkurangan wang untuk membuat
perbelanjaan yang boleh merangsangkan ekonomi.
Keadaan ini sudah pun sangat teruk akibat
penyelewengan dan korupsi oleh elit politik.
Syarikat-syarikat pembuatan, minyak dan gas, dan lain
-lain lagi, membuang kerja atau mengurangkan
pengambilan pekerja. Pada 2014, seramai 10,000
pekerja dibuang; sejak September 2015 sehingga
akhir tahun 2015, 20,000 pekerja dari pelbagai sector
dibuang kerja. Kerajaan sendiri telah membekukan
pengambilan pekerja pada 2015, mengakibatkan
kehilangan 15,000 peluang pekerjaan dalam sektor
awam.
Tabung pemberhentian kerja boleh membantu pekerja
-pekerja yang hilang kerja dan secara tidak langsung
boleh membantu merangsangkan ekonomi, tetapi
kerajaan masih tidak wujudkan tabung tersebut.

24

E. APAKAH JALAN KELUAR?

Harus diakui bahawa jalan keluar dari keadaan
kemelesetan ekonomi yang berpanjangan ini adalah
dengan mengagihkan kekayaan yang dapat
mengimbangkan kapasiti dan permintaan. Ini akan
meningkatkan permintaan aggregate. Bagaimana?
1. Tingkatkan Gaji Pekerja
Tindakan ini akan melebihkan wang dalam tangan
rakyat dan kuasa beli mereka. Lebih wang dalam
tangan rakyat dapat merangsangkan ekonomi dengan
berkesan sebab kebanyakan wang ini akan dibelanja
atas pelbagai barang dan perkhidmatan berbanding
dengan wang dalam tangan 1%.
Tetapi langkah ini tidak akan berjaya sekiranya
dilaksanakan di satu negara sahaja. Sekiranya hanya
Malaysia menaikkan gaji, kos pengeluaran kita akan
naik dan menjejaskan kadar keuntungan untuk
pelabur. Akibatnya pelabur akan memindah keluar
pelaburan mereka dari Malaysia ke negara lain di
mana gaji pekerja lebih rendah. Tindakan seperti ini
hanya hanya boleh berjaya jika dilaksanakan secara
serantau.

25

ALBA – contoh perjanjian perniagaan alternative
serantau
ALBA ( Bolivarian Alliance for the Peoples of Our
America) adalah satu organisasi antara kerajaankerajaan Amerika Latin dan Carribean yang ditubuh
pada 2004 atas konsep saling kerjasama dan
solidarity. Tujuannya untuk memantapkan integrasi
ekonomi serantau berasaskan visi kebajikan social,
pertukaran barangan, dan bantu satu sama lain
dalam bidang ekonomi. ALBA ditubuh sebagai
alternatif kepada FTAA ( Free Trade Area of the
Americas) yang dikawal oleh AS. FTAA yang
berasaskan persaingan antara negara-negara maju
dan mundur, akan menguntungkan negara-negara
maju dan miskinkan lagi negara-negara membangun.
Pada mulanya, badan ini bertujuan untuk menukar
sumber perubatan dan pendidikan dengan minyak
antara Cuba dan Venezuela. Sebagai contoh,
Venezuela menghantar 96,000 barrels minyak setiap
hari ke Cuba pada harga yang sangat munasabah,
sebagai pertukaran untuk 20,000 staf perubatan dan
beribu-ribu tenaga pengajar. ALBA adalah satu
pakatan politik, ekonomi dan social, untuk
mempertahankan kebebasan, pemerintahan selfdetermination dan identity negara-negara ahli.

26

2. Wujudkan Gaji Sosial
Sekiranya gaji terpaksa disimpan di paras yang rendah
bagi mengelak pelabur lari ke negara lain, kerajaan
harus mewujudkan gaji sosial ia itu menyediakan
kemudahan asas seperti perumahan bersabsidi,
kesihatan
dan pendidikan percuma dan lain-lain lagi seperti
pengangkutan berkos rendah atau percuma.
Langkah ini dapat compensate untuk gaji yang rendah,
dan pada masa yang sama mewujudkan peluang
pekerjaan yang akan merangsangkan ekonomi.
iii. Pastikan kaum 1% membayar cukai yang patut
dibayar
- Haramkan pengelakan cukai melalui tax haven, dan
naikkan cukai bersama-sama dengan kerajaan2
serantau.
- Kenakan cukai Tobin. Cukai ini diwujudkan untuk
menghukum spekulasi jangkamasa pendek dalam
matawang supaya mengawal kestabilan matawang
sesuatu negara.
- Kenakan cukai atas kekayaan seperti Real Property
Gains Tax – atas keuntungan daripada jualan hartanah
seperti rumah. Tujuannya adalah untuk mengurangkan
spekulasi hartanah dan juga menambah pendapatan
kerajaan.
Langkah-langkah ini dapat menyumbang kepada
pengagihan kekayaan yang kini tertumpu di tangan
27

1%. Tetapi hampir semua kerajaan di dunia adalah
sebahagian 1% ini atau ada kaitan yang rapat dengan
mereka, maka mereka sendiri akan menghalang
langkah-langkah ini.
Hanya bila rakyat biasa di seluruh dunia dapat
menyuarakan tuntutan yang sama ia-itu pengagihan
kekayaan dunia secara yang lebih adil dan saksama,
baru kita akan dapat mengatasi masalah ini. Pihak
kanan menyedari hakikat ini dan sedang bercuba
sadaya upaya untuk memesongkan kefahaman rakyat
biasa dengan mewujudkan sentiment chauvinis, antimigran dan Islamophobia. Jika rakyat biasa dapat
dipecahbelahkan dan lawan sesama mereka, untung
pihak 1% adalah selamat.

Ditulis oleh:
Kumar Devaraj & Rani Rasiah
18 April 2016