Contoh proposal penyelidikan cara membua

SARJANA PENGURUSAN PERSEKITARAN

SKPS6004
METODOLOGI PENYELIDIKAN PENGURUSAN PERSEKITARAN

DADAH, KELUARGA DAN REMAJA: PERSPEKTIF DAN LANGKAH
MENGATASINYA DALAM KALANGAN KELUARGA IMIGRAN PULAU
GAYA, KOTA KINABALU, SABAH.

ABDILLA BIN KHAIROL
P72778

PENSYARAH
DR MIMI HANIDA ABDUL MUTALIB

1.0

Pendahuluan

Dadah merupakan masalah yang sudah lama wujud dalam masyarakat di dunia ini, sama
ada dari aspek perubatan mahupun penyalahgunaan. Namun dalam kajian ini, ianya ingin

menekankan tentang pengaruh dadah dalam keluarga dan juga remaja. Ramai penyelidik
yang melaksanakan kajian tentang kesan penggunaan dadah oleh remaja dan pengaruh
kepada keluarga. Jika boleh dikatakan bahawa permasalahan dadah ini adalah bersifat dua
hala, adakah ianya boleh lagi dikatakan bahawa dadah perosak masa depan anak bangsa?
Dalam komuniti di Pulau Gaya ini, penggunaan dadah khususnya syabu merupakan
norma hidup yang biasa. Penggunaan dadah ini boleh ditemui sama ada kedua-dua ibu
bapa atau salah seorangnya yang menggunakan dadah manakala anaknya pula tidak.
Begitu juga sebaliknya, hal yang sama berlaku dalam komuniti ini. Oleh yang demikian,
kajian ini melihat isu penggunaan dadah dalam keluarga dan remaja itu sendiri, serta
melihat perspektif komuniti tentang permasalahan ini. Selain itu, kajian ini juga akan
turut membincangkan tentang langkah untuk mengatasi permasalahan ini sebagai satu
sumbangan untuk memperbaiki komuniti di kawasan kajian.

1.1

Permasalahan Kajian.

Dalam melihat kepada isu dadah, ianya merupakan satu isu yang telah lama wujud dalam
kalangan masyarakat pada masa ini dan juga pada masa lalu. Penekanan yang diambil
kira kini semakin pudar dan menganggap bahawa masalah dadah ini merupakan masalah

yang biasa. Permasalahan dadah ini khususnya dalam imigran di Pulau Gaya ini
merupakan satu fenomena biasa. Ianya sudah menjadi sebagai satu perniagaan bah kan
darah daging dalam tradisi keluarga yang menjalankan aktiviti sedemikian. Akan tetapi,
bukan semua keluarga imigran ini yang menyukai akan masalah ini. Pelbagai langkah
yang telah diambil oleh keluarga ini, namun permasalahan ini tetap menjadi norma
kehidupan keluarga imigran ini. Oleh yang demikian, bagaimana pula tahap keseriusan
dadah dalam perpektif keluarga dan remaja dalam masyarakat imigran ini? Adakah ianya
menjadi satu isu utama yang ditekankan dalam diri remaja oleh keluarga itu sendiri?
Bagaimana pula tanggapan remaja terhadap dadah ini? Adakah ianya sebagai satu elemen
1

dalam mencari keseronokan sementara atau ianya menjadi satu kemestian untuk
mengambilnya?

Selain itu juga, seperti yang kita semua tahu bahawa keadaan persekitaran juga
mampu untuk mempengaruhi seseorang itu mengambil dadah. Ianya seperti pengaruh
rakan sebaya mahupun pengaruh komuniti bahkan dari keluarga itu sendiri. Persoalannya,
adakah persekitaran tempat tinggal yang mempengaruhi pengambilan dadah? Atau
adakah ianya adalah disebabkan permasalahan dalam keluarga tersebut? Atau ianya juga
mungkin dari pengaruh komuniti dan akses dadah yang mudah? Atau ianya mungkin

disebabkan keadaan Pulau Gaya yang sangat jarang sekali adanya campur tangan pihak
berkuasa dalam sebarang aktiviti yang berlaku di Pulau Gaya? Dan ianya juga boleh
dikatakan bahawa akses ke Pulau gaya yang terhad dan boleh dikatakan eksklusif, yang
menyebabkan aktiviti pengedaran dadah adalah seperti cendawan yang tumbuh setelah
hujan? Walau banyak persoalan yang timbul dalam perlaksanaan kajian ini, ianya hanya
sebagai persoalan yang perlu dijawab. Dalam melihat sama ada persoalan tersebut boleh
dijawab atau tidak, ianya menekankan kepada objektif kajian ini.

1. Mengenalpasti faktor sebenar yang mempengaruhi pergerakan dadah dalam
kalangan keluarga dan remaja.
2. Mengkaji permasalahan yang wujud dalam penginteraksian dan pengambilan
dadah dalam komuniti masyarakat ini.
3. Memberi cadangan yang bersesuaian tentang langkah yang boleh diambil dalam
mengatasi permasalahan di antara Keluarga, Remaja dan Dadah.

2

2.0

Bil.


A

Anggaran Perbelanjaan

Item

Jumlah
(RM)

50

100

5000

120

20


2400

Jumlah
Keseluruhan
(RM)

7400

Perbelanjaan Langsung
Alatan bantu temuramah yang
melibatkan alat perakam
digital (2 unit)
Majlis dan Program
Borang Soal Selidik (104
borang soal selidik)
Jumlah Perbelanjaan Langsung

C

Harga

(RM)

Perbelanjaan Kakitangan
Wang Saku dan Perbelanjaan
untuk penemuramah bahasa
asing: 50 Temuramah
Perbelanjaan dan wang saku
untuk
pentadbiran
dan
dapatan data (120 hari)
Jumlah Perbelanjaan Kakitangan

B

unit

2

300


600

1
104

1000
1.5

1000
156
1756

Perbelanjaan Perjalanan
Pengangkutan

D

Tiket Kapal Terbang (2
Orang)

Tambang bot (perjalanan
dalam
12
kali/
sekali
seminggu selama 3 bulan)

2

600

1200

2

72

144

Makan/Minum (Pagi, Petang

& Malam)(2 Orang/ 120 hari)
Tempat Tinggal (Satu Bilik/2
orang selama 120 hari)
Jumlah Perbelanjaan Perjalanan

120

40

4800

120

60

7200
13344

Jumlah Perbelanjaan (A+B+C)


22500
3

E

Kontinjensi (10%)

2250

F

Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan (D+E)

24750

3.0

Metodologi

Dalam pemilihan responden kajian ini akan dijalankan secara langsung dan juga melalui

agen iaitu orang tengah yang membolehkan capaian maklumat mudah diperolehi. Ianya
juga akan melibatkan teknik bola salji, yang mana selepas temu ramah dengan responden
yang pertama, nama mahupun responden yang seterusnya akan diperolehi melalui
pertanyaan kepada responden yang pertama, yakni responden yang boleh bekerjasama
dan boleh memberikan kerjasama dalam kajian ini.

Bagi responden yang melibatkan remaja, ianya akan dijalankan di SK Pulau Gaya
dan SMK Pulau Gaya, yang terletak di Pulau Gaya itu sendiri. Melalui capaian terhadap
responden yang melibatkan budak sekolah, ianya akan melalui Pengetua sekolah tersebut.
Pemberian borang soal selidik dan juga temu bual secara berkala akan dijalankan bagi
memastikan pemerolehan maklumat mudah untuk dicapai.

3.1

Kaedah Mendapatkan Maklumat

Soalan yang akan ditanya adalah berkaitan dengan latar belakang responden, keadaan
sosioekonomi responden dan juga kegiatan dadah yang berada dalam komuniti ini. namun
soalan ini melibatkan responden keluarga, yakni ketua keluarga tersebut. Bagi remaja
pula, ianya juga akan melihat latar belakang responden, pengetahuan tentang dadah serta
pemahaman terhadap aktiviti dadah yang berlaku dalam komuniti tersebut. Walaupun
ianya bersifat agak ofensif terhadap remaja tersebut, namun sifat keterbukaan bagi
komuniti ini boleh dikatakan agak terbuka, namun bukan kepada orang luar. Untuk
mendapatkan kepercayaan remaja, terlebih dahulu satu program harus dijalankan
sepertimana program anti-dadah yang pernah dijalankan di SMK Pulau Gaya pada suatu
masa dahulu. Melalui program ini, ianya akan mefokuskan kepada pelajar sekolah
4

tersebut. Melalui pendedahan dan pendekatan melalui program ini, ianya mampu untuk
membina ikatan kepercayaan diantara fasilitator dan juga pelajar. Melalui ikatan
kepercayaan tersebut, temuramah dan juga borang soal selidik akan diserahkan kepada
pelajar tersebut untuk mendapatkan maklumat.

3.2

Kaedah Perlaksanaan Capaian Data

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui pemerhatian subjek dan juga
melalui kaedah temubual serta penyerahan borang soal selidik. Namun begitu, kaedah
yang digunakan hanya dilaksanakan mengikut keadaan, jenis responden dan juga lokasi
kajian. Hal ini kerana, kaedah yang berlainan akan dijalankan memandangkan dua jenis
responden tetap yang akan dikaji iaitu keluarga dan juga remaja akan dicapai melalui dua
lokasi yang berbeza.

3.3

Limitasi Kajian

Limitasi terhadap sesuatu kajian merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan, begitu
juga dengan kajian ini. kajian ini mempunyai beberapa sekatan yang mana kawasan
kajian dan isu yang dikaji merupakan sesuatu yang agak sensitif untuk disentuh dalam
kalangan komuniti ini. namun begitu, dengan pendekatan yang terancang dan efisien
mampu untuk menjayakan kajian ini. berbalik kepada limitasi kajian ini, terdapat
beberapa sekatan yang boleh memperlahankan kajian ini yang mana ianya
diklasifikasikan sebagai geografi, kerangka masa, jenis responden, keselamatan
penyelidik dan jenis pendekatan yang digunakan. Dengan mengenalpasti sekatan ini,
ianya bukan sahaja mampu untuk membentuk kerangka kerja yang efisien tetapi, ianya
juga mampu untuk menyiapkan kajian ini mengikut masa yang ditetapkan.

Sekatan yang pertama adalah dari aspek geografi, yakni lokasi dan keadaan
kawasan kajian. Kawasan kajian iaitu Pulau Gaya yang terletak dalam anggaran jarak
1km dari Bandaraya Kota Kinabalu yang terletak betul-betul dihadapan Bandaraya Kota
5

Kinabalu itu sendiri. Kawasan Pulau Gaya yang mempunyai beberapa perkampungan
yang dikenali sebagai Pondoh, Pasir Putih, Luk Malum dan juga perkampungan Labban
yang dipisahkan di beberapa kawasan dan kawasan perkampungan yang paling hadapan
sekali adalah Pondoh. Manakala kawasan sekolah pula terletak di kawasan perkampungan
Labban. Namun begitu, disebabkan Pulau Gaya itu agak besar, terdapat beberapa resort
yang berada di kawasan tersebut iaitu Gayana Resort dan juga Bunga Raya Spa and
Resort. Yang mana ianya terletak dibahagian belakang pulau tersebut. Tambahan pula,
pulau tersebut boleh dikatakan bahawa di bawah pembangunan CYL iaitu syarikat
antarabangsa yang mana ianya ingin membangunkan pelancongan di Pulau Gaya tersebut.

Disebabkan keadaan kawasan kajian yang agak jauh dan sekiranya ianya ingin
melaksanakan kajian dengan merangkumi 4 perkampungan ini, ianya akan mengambil
masa yang agak lama kerana ketersampaian ke kawasan ini agak lama yang mana ianya
terpaksa meredah hutan belantara untuk ke perkampungan tersebut. Namun begitu, ianya
juga boleh dicapai dengan menaiki bot yang mana ianya hanya mengambil masa 15 minit
sebagai kerangka masa untuk sampai ke empat-empat perkampungan tersebut. Tambahan
pula, ianya adalah sebuah pulau yang mana sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, ianya
hanya akan mempunyai akses menggunakan bot sebagai penghubung antara Pulau Gaya
dan Bandaraya Kota Kinabalu. Selain itu, keadaan cuaca juga menjadi sekatan utama
kerana ianya boleh mempengaruhi ketinggian ombak dan gelora ombak tersebut.

Kerangka masa merupakan permasalahan yang kedua, yang mana masa yang
diambil untuk ulang-alik antara Bandaraya Kota Kinabalu dengan Pulau Gaya mengambil
masa setengah jam. Selain itu, untuk merangkumi keempat-empat pulau tersebut, ianya
akan mengambil masa yang agak lama, yang mana ianya mengambil masa sebulan atau
lebih. Sekiranya penyelidik tinggal di resort Gayana, ianya juga akan mengambil masa
yang agak lama dari aspek perjalanan sama ada menaiki bot atau berjalan kaki meredah
hutan. Disebabkan pembiayaan yang disalurkan ini adalah terhad yakni mempunyai
jumlah yang ditetapkan, maka masa yang diambil haruslah tidak menjadi faktor yang
menyebabkan dana ini tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan kajian ini.
6

sekatan dari aspek masa juga menjadi faktor utama dalam menyiapkan kajian ini. hal ini
kerana, semakin cepat kajian ini disiapkan di lapangan, ianya adalah semakin baik.

Yang ketiga adalah berupa jenis responden yang mana melibatkan sifat
keterbukaan dan juga bahasa yang digunakan. Sifat keterbukaan lebih kepada maklumat
yang diperolehi ketika melakukan temubual. Responden yang terlibat boleh memberikan
maklumat yang diinginkan namun ianya akan terhad kerana dengan kebocoran maklumat
tersebut, ianya boleh menyebabkan keselamatan responden juga tergugat. Walaupun
ianya bukan disebabkan oleh penyelidik, ianya disebabkan oleh penduduk di kawasan
atau lebih tepat lagi khabar angin yang mudah tersebar dalam komuniti itu. Selain itu,
sekatan asas yang utama adalah bahasa. Bahasa utama yang digunakan oleh penduduk di
kawasan kajian adalah bahasa Bajau dan juga bahasa Suluk, walaupun bahasa kebangsaan
Malaysia boleh ditutur oleh penduduk di sana, tetapi penggunaan kosa kata yang terhad
mengehadkan penyampaian maklumat dengan baik. Oleh yang demikian, pengantara
yang boleh berbahasa melayu dan juga berbahasa Suluk dan Bajau diperlukan bagi
memastikan maklumat yang diinginkan diperolehi dengan mudah.

Aspek keselamatan merupakan sekatan keempat yang boleh membantutkan kajian
ini. kawasan penempatan di Pulau Gaya, khususnya di perkampungan Pondoh dan
Labban mempunyai jaringan jalan yang mempunyai saiz yang agak kecil namun ada
jugak jambatan kayu yang boleh dilalui. Selain itu, siratan jalan juga adalah tidak
tersusun dan boleh menyebabkan seseorang yang tidak biasa dengan jalan tersebut akan
mudah sesat. Berbanding kepada perkampungan Pasir Putih, ianya mempunyai jaringan
jalan yang agak tersusun seperti perkampungan di Semporna. Akses keluar masuk dari
kawasan tersebut agak mudah untuk dilalui. Aspek keselamatan yang seterusnya adalah
berkisar dengan sindiket pengedaran dadah, hal ini juga boleh menyebabkan keselamatan
penyelidik tergugat kerana dengan adanya senjata berbahaya seperti parang dan juga
pistol sebagai senjata utama yang dimiliki oleh sindiket di kawasan tersebut. Seperti yang
pernah dinyatakan sebelum ini, kawasan pulau ini dikelilingi oleh air laut dan akses ke
bandar adalah terhad selain dari menggunakan bot.
7

Sekatan dalam kajian yang terakhir adalah berkaitan dengan pendekatan yang
digunakan dalam mendapatkan maklumat. Dapatan maklumat dari borang soal selidik
adalah sesuatu yang mudah kerana ianya diedarkan kepada pelajar sekolah itu sendiri.
Situasi yang agak sukar apabila cuba untuk mendekati responden yakni komuniti di
perkampungan tersebut. Hal ini kerana, walaupun cuba untuk menemubual responden
ianya akan terhad yang juga boleh disebabkan oleh posisi seseorang itu. Dalam keadaan
untuk menemubual, wartawan dan juga guru sekolah merupakan dua anggota yang sudah
menjadi kebiasaan di perkampungan tersebut. Sebagai seorang penyelidik, diri harus
diperkenalkan sebagai seorang guru dan juga harus menyatakan kajian dalam ayat yang
ringkas dan tidak menyinggung mana-mana pihak serta kajian yang dilaksanakan harus
dinyatakan dengan sejelasnya untuk mengelakkan sebarang salah faham yang boleh
membawa kepada satu situasi yang kurang diingini.

Kesimpulannya, sekatan yang dikenalpasti bukanlah menjadi penyebab kepada
kajian ini untuk tidak dilaksanakan. Akan tetapi, sekatan yang dikenalpasti ini haruslah
menjadi panduan dalam melaksanakan kajian supaya kajian yang dijalankan ini dapat
disiapkan dengan jayanya.

3.4

Kesimpulan Kajian Yang Ingin Dicapai

Kajian ini diharap untuk dapat melihat faktor sebenar yang membolehkan pergerakan
dadah dalam kalangan keluarga dan remaja sangat mudah didapati. Kesimpulan yang
ingin dicapai juga adalah berdasarkan kepada faktor keadaan dan lokasi, yang mana
disebabkan dua faktor ini juga yang menyebabkan dadah mudah untuk diedarkan.
Tambahan pula, melalui kajian ini juga, ianya diharap untuk dapat mengkaji
permasalahan yang wujud dalam penginteraksian dan pengambilan dadah dalam komuniti
ini. Sama ada komuniti ini menerima atau menolak atau redah dengan aktiviti dadah yang
dijalankan dalam komuniti ini. Melalui perlaksanaan kajian ini juga, ianya diharap dapat
mewujudkan cadangan yang bersesuaian yang membolehkan komuniti ini mampu untuk
8

membanteras pengedaran dadah, sekaligus membersihkan nama mereka sebagai komuniti
yang kurang baik dalam strata sosial di Bandaraya Kota Kinabalu.

Kajian yang dijalankan ini juga mempunyai kelebihan dan kekurangan yang
tersendiri. Kelebihan yang pertama adalah ianya dapat memahami tentang faktor
perluasan dalam pengedaran dadah. Sama ada aktiviti ini merupakan bisnes keluarga atau
mungkin terdapat sebab yang lain, yang boleh dikaitkan dengan faktor sosioekonomi
komuniti di kawasan itu. Yang keduanya, ianya dapat membantu komuniti tersebut dalam
membina kehidupan yang baru, khususnya yang tidak melibatkan sebarang aktiviti haram
dan seumpamanya. Yang ketiga adalah dengan kajian ini, ianya dapat membantu
masyarakat setempat khususnya di Bandaraya Kota Kinabalu untuk tidak memberikan
pandangan yang negatif terhadap komuniti ini, kerana pada asasnya walaupun mereka
adalah imigran tetapi mereka berpindah kerana ketidaktenteraman pergolakan politik di
tanah air mereka sendiri.

Namun begitu, tidak dinafikan juga bahawa kajian ini turut membawa kekurangan
antaranya adalah sifat antagonis mula menular dalam masyarakat. Walaupun dengan
mengenalpasti faktor yang sebenar, ianya sangat membimbangkan bahawa penemuan
maklumat dalam kajian ini mungkin akan memberikan tanggapan yang negatif terhadap
komuniti ini, sekali gus menutup kepercayaan dalam membenarkan mana-mana pihak
luar untuk menjalankan sebarang aktiviti di Pulau Gaya. Keduanya, kajian ini juga boleh
dikatakan bahawa tidak akan member sebarang impak perubahan dalam komuniti tersebut
kea rah yang lebih baik. Ianya mungkin kerana imigran secara umumnya adalah bersifat
defensif dan sebarang perubahan yang mendadak mungkin tidak akan mudah diterima
pakai. Selain itu, kesan dari kekurangan yang pertama juga akan menyebabkan konflik
tempatan yang boleh mengakibatkna pergolakan dalam komuniti itu tercetus, sekali gus
boleh menyebabkan sebarang jalinan politik kerajaan Sabah terputus dari komuniti
tersebut.

9