Kekuatan dan Kelemahan Taksonomi Bloom V

Kekuatan dan Kelemahan Taksonomi Bloom Versi Baru.
Taksonomi Bloom versi baru mempunyai beberapa kekuatan. Ia
memperbaiki beberapa kelemahan dalam Taksonomi Bloom versi lama.
Antaranya ialah Taksonomi Bloom versi baru membezakan antara "tahutentang
sesuatu (knowing what), isi dari pemikirannya itu sendiri, dan "tahu tentang
bagaimana melakukannya"(knowing how), sebagaimana prosedur yang digunakan
dalam menyelesaikan masalah. Menurut taksonomi tersebut dimensi pengetahuan
adalah "tahu tentang sesuatu", yang memiliki empat kategori, iaitu: faktual,
konseptual, prosedural dan metakognitif.
Dri segi proses , dalam Taksonom Bloom versi baru, Dimensi Proses Kognitif yang
telah diperbaiki daripada TaksonomiBloom versi lama mempunyai enam proses iaitu
dari yang paling sederhana hingga yang paling rumit iaitu
1. Mengingat,
2. Memahami,
3. Menerapkan,
4. Menganalisis,
5. Mengevaluasi dan
6. Menciptakan
Sesuai dengan taksonomi ini, setiap tingkat dari pengetahuan dapat berhubungan
dengan setiap tingkatdari proses kognitif sehingga seorang pelajar dapat mengingat
pengetahuan yang bersifat faktual atau prosedural, memahami pengetahuan yang

bersifat konseptual atau metakognitif, atau menganalisis pengetahuanmetakognitif
atau faktual.
Kesimpulannya, jelas di sini bahawa Taksonomi Bloom versi baru wujud kerana
keinginan untuk memperbaiki beberapa kelemahan yang terdapat dalam
Taksonomi Bloom versi lama. Tiada kelemahan yang dapat dilihat dalam Taksonomi
Bloom versi baru ini untuk dikritik berbanding dengan Taksonomi Bloom versi lama
kerana kewujudannya juga adalah kerana ingin memperbaiki kelemahan dalam
Taksonomi Bloom versi lama. Taksonomi Bloom versi baru tersebut wujud sejajar
dengan transformasi yang berlaku dalam pendidikan abad ke-21 ini.