Profile demografi stres kerja dan efikas

Perkaitan Profile Demografi Dengan Faktor Stres Kerja Guru Dan Efikasi Guru Dalam Kalangan
Guru-Guru Sekolah Menengah di Sabah
Dewi Isma Madzlan¹, Mohd.Khairuddin @ Jerry Abdullah², Khalid Johari³ dan Mohd Mahadzir Rahimi
B.Mohd Nawi
Sekolah Pendididikan dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah
[email protected]
[email protected]
[email protected]
[email protected]
ABSTRAK
Kajian korelasi ini bertujuan untuk menentukan hubungan faktor demografi guru iaitu kelayakan
akademik, kelayakan ikhtisas, dan bidang pengajaran dengan faktor stres kerja guru serta pengaruhnya
ke atas tahap efikasi guru. Kajian mengambil seramai 88 orang guru dari tiga buah sekolah menengah
sebagai responden dalam kajian ini. Penentuan sampel adalah berdasarkan kepada reka bentuk
persampelan bertujuan. Penyelidikan kuantitatif ini menggunakan instrumen soal selidik ‘Teacher Stress
Inventory’ (TSI) oleh Boyle et al. (1995) pengubahsuaian oleh Mokhtar (1998) dan Mazlan (2002) dan
‘Teachers’ Sense of Efficacy Scale’ (TSES) yang dibangunkan oleh Tschannen-Moran dan Woolfolk Hoy
(2001) dalam proses pengumpulan data dan hasilnya diproses menggunakan kaedah perisian ‘Statistical
Package of The Social Science’ (SPSS). Instrumen TSI mempunyai lima dimensi iaitu salah laku pelajar,
beban kerja, kekangan masa dan sumber, hubungan interpersonal dan penghargaan dengan nilai alpha .
90. Manakala TSES instrumen mempunyai tiga dimensi iaitu penglibatan pelajar, strategi pengajaran

dan pengurusan kelas dengan nilai alpha .90. Menerusi analisis korelasi Pearson mendapati bahawa
tidak ada hubungan yang signifikan antara kelayakan akademik dengan min faktor stres kerja guru pada
aras .134, manakala kelayakan akademik dengan min efikasi guru mempunyai hubungan yang signifikan
yang rendah pada aras -.228*. Faktor ikhtisas guru dan min faktor stres kerja guru tidak mempunyai
hubungan yang signifikan pada aras -.123, manakala kelayakan ikhtisas dengan min efikasi guru
mempunyai hubungan yang tidak signifikan pada aras -039, manakala bidang pengajaran tidak
mempunyai hubungan yang signifikan dengan min faktor stres kerja guru pada aras .037, bidang
pengajaran dengan efikasi guru mempunyai hubungan yang tidak signifikan pada aras .154. Implikasi
hasil dapatan turut dibincangkan.

Katakunci: kelayakan akademik, kelayakan ikhtisas, bidang pengajaran, faktor stres kerja, efikasi guru

A Demoghraphic Profile: The Relationship with Teachers’ Work Stress and Teachers’ Efficacy Among
Secondary School Teachers in Sabah.
Dewi Isma Madzlan¹, Mohd.Khairuddin @ Jerry Abdullah², Khalid Johari³ and Mohd Mahadzir Rahimi
B.Mohd Nawi
School of Education &Social Development, Universiti Malaysia Sabah
[email protected]
[email protected]
[email protected]

[email protected]
ABSTRACK
This correlational study aimed to determine the relationship between teachers demographic (gender,
academic qualifications, teaching qualification and teaching experience) and teachers’ work stress
factors and its influence on the level of teachers’ efficacy. The pilot study recruited 88 teachers from three
secondary schools. Sampling techniques is based on purposive sampling design. This quantitative
research using two questionnaires of ' Teacher Stress Inventory ' ( TSI ) by Boyle et al . ( 1995 ) modified
by Mokhtar (1998 ) and Mazlan (2002 ) and ' Teachers ' Sense of efficacy Scale ' ( TSES ) developed by
Tschannen - Moran and Woolfolk Hoy (2001 ). There are five main dimensions of TSI instruments which
are student misbehavior, workload, time and resource constraints, interpersonal relations and lacking of
appreciation. The alpha value of TSI instruments was .90 whilst the TSES instrument has threedimensional of student engagement, teaching strategy and classroom management with alpha value .90.
Pearson correlation analysis found that there was no significant relationship between academic
qualifications with work stress factors at level of .134, academic qualifications had a low significant
relationship with teachers efficacy at level of -.228*. Meanwhile, the teacher’s professional qualifications
showed no significant correlation with work stress factors at level of -039. The teachers teaching field
were statistically found no significant correlation with work stress factors at level of .37 and with teacher
efficacy at .154. The implications of the findings are also disclosed.
Keywords: academic qualifications, teacher’s professional qualifications, teachers teaching field, work
stress factors, teacher efficacy


Pengenalan
Tugas seorang guru adalah jelas mencabar dan sangat kompleks. Ia memerlukan kebolehan untuk
melakukan beberapa tugasan dan memenuhi pelbagai permintaan yang nyata bukan sekadar mempunyai
pengetahuan luas dalam mata pelajaran yang diajar. Guru perlu membuat keputusan bijak dan berperanan
sebagai bukan sahaja menjadi tenaga pengajar malah sebagai penjaga kepada pelajar selama jam
persekolahan. Seorang guru didefinisikan sebagai ‘a professional whose major responsibilities include
teaching and learning and motivation of the learners in public and private educational institutions to
learn through various methods’ (Pitiyanuwat, 2000). Guru memainkan peranan yang besar dalam

mendidik seawal peringkat pra-sekolah, sekolah rendah sehingga ke peringkat sekolah menengah. Guru
juga dilihat sebagai penuntut program pembangunan profesional yang sering berusaha untuk
memantapkan kemahiran, pengetahuan dan amalan (Nuttiya, 2009). Guru perlu

membangunkan

profesionalisme dalam kerjaya dan penglibatan dengan pelajar untuk bersaing dalam perubahan
pendidikan yang pesat.
Kajian Lepas
Perguruan adalah profesion yang unik yang sentiasa mengalami reformasi dalam tempoh dua
puluh tahun terdahulu dan kepelbagaian tuntutan semasa memerlukan individu guru sentiasa relevan

dengan perkembangan pendidikan (Jennifer, 2011) yang mencetus satu keadaan yang memberi tekanan
kerja kepada guru-guru. Kombinasi tekanan kerja yang dialami guru seperti jumlah pelajar yang ramai
dalam bilik darjah, tekanan prosedur pengujian, penyediaan kertas kerja, kebimbangan ibu bapa, dan
kerenah pelajar telah meletakkan guru pada stres kerja yang tinggi (Crute, 2004) yang mengarah kepada
gangguan kelancaran penyampaian perkhidmatan, keletihan, aduan somatic, kebimbangan, kemurungan,
dan penyalahgunaan alatan (Wilkerson dan Bellini, 2006). Tangungjawab guru yang semakin bertambah
dari masa ke semasa mewujudkan stres kerja yang menyumbang kepada penurunan kualiti guru sekaligus
menjejaskan efikasi guru tersebut (John et al., 2005). Stres kerja yang dialami guru seringkali
dihubungkan dengan pengenalan kepada komponen baru kurikulum yang menyumbang kepada efikasi
kendiri guru yang negatif dalam pengajaran (Bandura, 1997). Maka, seawal tahun 1970-an penyelidikpenyelidik barat telah mengambil kira faktor efikasi guru iaitu kepercayaan guru terhadap keupayaan
mereka dalam mempengaruhi pencapaian pelajar sebagai faktor penting untuk meningkatkan kualiti guru
(Ashton, 1984; Berman, McLaughlin, Bass, Pauly, dan Zellman, 1977; Goddard, Hoy dan Hoy, 2000;
Ramey-Gassert dan Shroyer, 1992; Ross, 1998; Scharmann dan Hampton, 1995).
Relatifnya, sekolah – sekolah di Malaysia mempunyai banyak persamaan dari segi kemudahan
infrastrukturnya. Namun, realitinya yang wujud, keputusan-keputusan peperiksaan awam kerajaan adalah
berbeza-beza antara sekolah mahupun negeri. Perbezaan pencapaian akademik yang rendah adalah nyata
antara negeri-negeri di Malaysia khususnya Sabah, Kelantan dan Melaka (Bank Dunia, 2012 dalam Nur
aziz,t.t ). Statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, keputusan PMR dan SPM
khususnya di negeri Sabah bagi tahun-tahun 2009, 2010, 2011 dan 2012 masih ditahap yang kurang
memberangsangkan. Secara purata negeri Sabah masih berada pada di tiga kedudukan terbawah

berdasarkan Gred Purata Negeri (GPN) berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.
Pencapaian peperiksaan awam yang dicapai di negeri Sabah walau pada dasarnya
memperlihatkan peningkatan yang agak signifikan namun masih wujud jurang yang memisahkan antara

pencapaian antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Kajian ini menyandarkan kepada faktor guru
sebagai pemangkin kepada peningkatan pencapaian akademik pelajar-pelajar. Jurang yang seharusnya
tidak wujud antara negeri-negeri dalam Malaysia kerana agihan belanjawan perkapita yang sama rata dan
kemudahan prasarana yang mencukupi serta keperluan-keperluan lain yang memungkinkan wujudnya
perbezaan pencapaian. Pelaksanaan pelan pembangunan pendidikan jangka panjang yang berlanjutan
daripada pengenalan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)(2006-2010) sehinggalah kepada
pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025) membawa dasar penyatarataan dari segi
pembangunan akademik mahupun infrastruktur. Namun, jurang yang wujud dalam keputusan peperiksaan
awam mengutara persoalan apakah faktor yang menyumbang kepada berlakunya fenomena tersebut.
Pelbagai faktor yang menjadi sandaran kepada pencapaian rendah pelajar dalam peperiksaan
awam. Kajian ini melihat kepada faktor guru sebagai sumber utama dan melihat bagaimana persekitaran
kerja guru yang berpotensi mempengaruhi. Kajian-kajian lepas mendapati guru mempunyai pengaruh
yang signifikan ke atas pencapaian pelajar berbanding faktor-faktor lain di sekolah dan ianya berbeza
pada segi kesannya (Kane, Rockoff, dan Staiger, 2006; Nye, Konstantopolous, dan Hedges, 2004; U.S.
Department of Education, 2010). Faktor guru mendominasi ke arah pencapaian cemerlang pelajar. Kajiankajian terdahulu menunjukkkan bahawa efikasi guru merupakan salah satu faktor yang mempunyai
perkaitan yang kuat dengan pencapaian pelajar (Hill, Phelps dan Friedland, 2007; Henson, 2001; Holley,

2008; Peske dan Haycock, 2006; Rimm-Kaufman dan Sawyer, 2004).
Kajian-kajian lepas mengenai kepentingan efikasi dan perkaitannya dengan ciri-ciri personal atau
demografi adalah kurang diberi tumpuan. Kajian tempatan yang dijalankan oleh Rahmah et al. (2006)
melihat perkaitan antara jantina, kaum dan jenis latihan mengajar dengan efikasi guru ke atas 328 orang
guru novis di Sarawak mendapati faktor latihan guru menyumbang varians terbesar berbanding faktor
jantina dan kaum ke atas efikasi guru-guru novis. Dapatan penyelidik juga mendapati min efikasi guru
keluaran universiti adalah lebih tinggi berbanding min efikasi guru-guru lepasan maktab. Dapatan ini
selaras dengan dapatan Tschannen-Moran et al. (1998) dan Tasan (2001). Dapatan juga menunjukkan
faktor jantina menunjukkan aras hubungan signifikan yang rendah terhadap efikasi guru meskipun guru
novis lelaki didapati mempunyai efikasi tinggi berbanding guru novis perempuan. Kajian Giallo dan
Little (2003) ke atas 54 orang guru novis yang melihat perkaitan antara pembolehubah latihan guru,
pengalaman mengajar dan efikasi guru mendapati wujud perkaitan antara ketiga-tiga pembolehubah.
Namun tuntutan semasa memerlukan guru sentiasa memenuhi kerelevansian dengan situasi
semasa menyumbang tekanan kepada guru (Lortie,1986; Pierce dan Molloy, 1990; Sutton, 1984).
Keadaan ini menjadikan profesion guru sebagai salah satu pekerjaan yang mempunyai tahap stres yang

tinggi sejak lebih dari dua puluh tahun berlalu (Cox dan Brockley, 1984; Johnson, Berg dan Donaldson,
2005; Nerell dan Wahlund, 1981; Shirley dan Kathy, 2002; Kyriacou, 1989). Apabila guru
dipertanggungjawabkan dengan pencapaian merit individu pelajar dan pelbagai program bagi peningkatan
akademik pelajar, disusuli lagi dengan tuntutan semasa dalam profesion yang menjadikan tugas guru

sebagai salah satu pekerjaan yang mengalami stres yang tinggi (Jennifer, 2011). Tugas pengajaran bagi
guru-guru khususnya di sekolah menengah memberi tekanan apabila seringkali dibebani dengan tugasan
harian yang berfokus, keterasingan dari rakan-rakan serta peluang yang terhad untuk refleksi kendiri
(Fullan, 2001). Sveinsdottir, Gunarsdottir dan Fridriksdottir (2007) melaporkan bahawa persekitaran
pekerjaan guru adalah pencetus utama kepada stres.
Efficiency of Teacher Utilization (Ministry of Education, 1996) melaporkan secara purata guruguru meluangkan masa sebanyak 17-21 jam seminggu dalam pengajaran, 5-8 jam untuk melakukan kerjakerja sokongan pengajaran, 2-4 jam untuk tugasan pentadbiran dan tugas-tugas lain (Nuttiya, 2009).
Manakala kajian National Education Commision (ONEC) Thailand pada tahun 1999, terhadap beban
kerja ke atas guru-guru di Thailand mendedahkan purata beban kerja guru adalah pada tahap 28.7 jam
seminggu. Jumlah purata masa yang diluangkan dalam pengajaran adalah 13.2 jam, 6 jam untuk
penyediaan rancangan pengajaran, 5.4 jam untuk aktiviti sokongan pengajaran dan 4.1 jam seminggu ke
atas tugasan pentadbiran dan lain-lain. Kewujudan tekanan-tekanan dalam pekerjaan guru menjejaskan
kualiti pengajaran guru di dalam kelas.
Kajian lepas banyak memberi penekanan terhadap stres yang dihadapi oleh guru khususnya
dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Punca dan penyumbang kepada stres kerja guru
adalah berbeza bagi setiap individu guru dan cara menangani pengalaman stres juga adalah berbeza.
Kajian-kajian mengenai faktor-faktor pencetus stres guru mula mendapat perhatian para penyelidik
seperti sasaran kerja yang tinggi dalam organisasi, masalah kawalan disiplin , bebanan kerja, perhubungan
antara guru, staf dan pengurus, pengurusan sumber serta tekanan kerana memenuhi kehendak jabatan
(Cooper dan Kelly, 1993). Guru-guru sering mengalami kelesuan intelek dan emosi apabila mereka perlu
berurusan dengan salah laku pelajar dan kurangnya sokongan daripada pihak pentadbir dan rakan-rakan

sekerja (Chang dan Davis, 2009). Tekanan masa dalam pengajaran adalah punca kepada stres guru yang
memberi impak terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah (Pierce dan Molloy, 1990).
Tahap stres yang tidak terkawal berkemungkinan memberi kesan yang memudaratkan kepada guru-guru
dan memberi kesan terhadap pengajaran, kehidupan peribadi dan juga yang kesan yang paling dikhuatiri
ialah kesan terhadap pelajar (Jennifer, 2011).

Teori dan Model Sandaran Kajian
Teori Sosial Kognitif
Teori yang dijadikan sandaran dalam kajian ini ialah teori kognitif sosial yang dikemukakan oleh Bandura
(1986, 1997). Konstruk utama dalam teori ini ialah tiap individu merupakan agen yang menghasilkan
pengalaman dan membentuk peristiwa. Fungsi selaku agen tersebut berlangsung menerusi interaksi
dinamik yang saling mempengaruhi antara faktor personal (kognitif, pengaruh dan perubahan biologi),
tingkah laku dan persekitaran. Bandura (1997) menyebut interaksi ketiga-tiganya sebagai ‘reciprocal
determinism’.
Teori Kognitif Sosial mengandaikan tingkahlaku, persekitaran dan faktor personal saling
berinteraksi dan berfungsi sebagai penentu kepada ketiga-tiga faktor yang berhubungan (Rajah 1) secara
tekal. Kekuatan pengaruh ketiga-tiga faktor ini adalah bergantung kepada aktiviti yang dilakukan,
individu itu sendiri, serta persekitaran (Bandura, 1986 dalam Capa, 2005). Interaksi dua hala yang berlaku
antara tingkahlaku dan faktor personal dan individu itu percaya serta menjangkakan matlamat yang akan
dicapai, maka ianya telah mencorakkan tingkahlaku ke arah pencapaian matlamat dan hasil daripada

tingkahlaku itu tadi juga akan mempengaruhi karektor personal sebagai imbalannya (Bandura, 1986; 1989
dalam Capa, 2005).
Interaksi personal dengan persekitaran dalam reciprocal determinism melibatkan interaksi dua
hala iaitu antara karektor personal dan faktor persekitaran. Penekanan bukan hanya kepada apa yang
dijangkakan, kepercayaan, malah kemampuan kognitif turut dibangunkan serta diubahsuai mengikut
persekitaran, dan ianya juga turut memberi pengaruh terhadap persekitarannya. Akhirnya, interaksi yang
wujud antara tingkahlaku dan persekitaran mencadangkan bahawa individu itu adalah bertindak sebagai
pengeluar dan produk daripada persekitaran mereka (Bandura, 1986; 1989 dalam Capa, 2005).

Rajah 1: Konseptual Model Teori Sosial Kognitif
Sumber: Pajares (2002)
Model Stres Kerja Guru oleh Boyle, Borg & Falzon
Model stres Kyriacou dan Sutcliffe (1978), menyenarai beberapa faktor penyumbang kepada stres
yang telah disenarai pendekkan oleh model yang diaspirasikan oleh Borg, Riding dan Falzon(1991).
Model Boyle et.al. (1995) pula menyenaraikan aspek-aspek seperti beban tugas, penghargaan profesional,
kekangan masa dan sumber, salah laku pelajar dan perhubungan interpersonal sebagai penyumbang
primer kepada stres dalam kalangan guru.
Penghargaan
profesional


Beban tugas

Stres
Perhubungan
interpersonal

Kekangan masa dan
sumber
Salah laku pelajar

Rajah 2: Model Stres Guru
Sumber: Boyle, Borg, Falzon dan Baglioni (1995)

Hipotesis Kajian
Ho1

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kelayakan akademik dengan faktor stres kerja
guru

Ho2


Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kelayakan ikhtisas dengan faktor stres kerja guru

Ho3

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara bidang pengajaran dengan faktor stres kerja guru

Ho4

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kelayakan akademik dengan efikasi guru.

Ho5

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kelayakan ikhtisas dengan efikasi guru.

Ho6

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara bidang pengajaran antara dengan efikasi guru.

Ho7

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor stres kerja guru dengan efikasi guru

Metodologi Kajian
Rekabentuk Kajian
Pendekatan kajian yang menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif yang sinonim dikaitkan
dengan data numerikal dan ketepatan iaitu data yang dikutip akan dianalisis dengan ujian statistik.
Responden yang dipilih menerusi sekolah maka reka bentuk persampelan yang digunakan ialah
persampelan bertujuan (purposive sampling). Dalam pendekatan kuantitatif ini, masalah kajian
dinyatakan dalam bentuk hipotesis dan variabel-variabel dalam satu fenomena akan dioperasionalkan
dahulu sebelum diukur. Bagi penilaian kuantitatif, strategi asas soal selidik, menganalisis maklumatmaklumat data numerikal yang sedia ada dan melakukan eksperimen statistik. Data-data yang digunakan
dalam penilaian ini ialah data dari sumber primer iaitu hasil soal selidik ke atas responden.
Sampel Kajian
Sampel kajian terdiri daripada 88 orang guru sekolah menengah dari tiga buah sekolah menengah
harian biasa dengan pengecualian ke atas Guru Sandaran Tidak Terlatih ataupun guru ganti yang tidak
memperoleh sebarang latihan keguruan di mana hal ini akan memberikan kesan ke atas konstruk stres
kerja mahupun efikasi guru.
Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan dua jenis soal selidik bagi mengutip data responden, iaitu instrumen
kajian yang terlibat ialah ‘Teachers’ Sense of Efficacy Scale’ (TSES) yang dibangunkan oleh TshannenMoran dan Woolfolk Hoy (2001) dan ‘Teacher Stress Inventory’ (TSI) oleh Boyle et al. (1995)

pengubahsuaian oleh Mokhtar (1998) dan Mazlan (2002). Bagi kegunaan tempatan, kesemua soal selidik
telah mematuhi garis panduan dan mengikuti proses yang disarankan oleh International Test Commision’s
(ITC) bagi mengurangkan ralat yang berpunca daripada ketidakjituan pengukuran. Bahagian demografi
guru bertujuan mengutip maklumat responden seperti jantina, pengalaman mengajar, bidang pengajaran,
kelayakan akademik dan kelayakan ikhtisas.
Dapatan Kajian
Profile Responden
Jadual 1 memaparkan taburan sampel kajian. Daripada 88 orang guru yang terlibat dalam kajian,
jumlah guru perempuan adalah mengatasi jumlah guru lelaki iaitu 68.5% berbanding 30.3% jumlah guru
lelaki. Data pengalaman mengajar guru menunjukkan majoriti responden berada pada tahap melebihi 15
tahun pengalaman mengajar iaitu seramai 31 orang (34.8%). Jumlah kedua teramai ialah responden
dengan pengalaman mengajar yang berada pada kitaran 12-15 tahun pengalaman iaitu berjumlah 30 orang
dengan 33.7%. Kelayakan akademik menunjukkan jumlah yang terbesar responden dengan memperoleh
Sarjana Muda iaitu seramai 80 orang iaitu mencapai 89.9%, manakal seramai 4 orang responden memiliki
kelayakan akademik peringkat Sarjana dan jumlah yang sama bagi kelayakan di tahap Diploma iaitu
masing-masing mencapai 4.5%. Data kelayakan ikhtisas yang dikutip memperlihatkan jumlah 37 orang
responden yang memiliki Sarjana Muda Pendidikan (BEd) iaitu bilangan yang teramai dengan peratusan
41.6%, manakala Diploma Pendidikan Malaysia (DPM) mencatat jumlah 26 orang (29.2%), Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) seramai 14 orang (15.7%), Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
(DPLI)seramai 9 orang (10.1%) dan 1 orang (1.1%) responden yang memiliki kelayakan ikhtisas Kursus
Perguruan Lepasan Diploma (KPLD).
Jadual 1 : Taburan Responden
Latar Belakang Responden
Jantina

Jumlah (N= 88)

Peratus

Lelaki

27

30.3

Perempuan
Pengalaman Mengajar

61

68.5

Kurang dari 3 tahun

2

2.2

4-7 tahun

16

18.0

8-11 tahun

9

10.1

12-15 tahun

30

33.7

Lebih dari 15 tahun

31

34.8

Kelayakan Akademik
Sarjana

4

4.5

Sarjana Muda

80

89.9

Diploma

4

4.5

Deskriptif statistik bagi kelayakan akademik, kelayakan ikhtisas, bidang pengajaran, min faktor stres
kerja dan min efikasi guru dapat ditunjukkan dalam Jadual 2 di bawah.
Jadual 2: Skor Min Kelayakan Akademik, Kelayakan Ikhtisas, Bidang Pengajaran, Min Stres dan
Min Efikasi Guru.

Kelayakan
Akademik
Kelayakan
Ikhtisas
Bidang
Pengajaran
Min Stres
Min
Efikasi
Guru

N
88

Min
3.0000

Sisihan Piawai
.30324

87

2.5977

1.71491

87

2.7241

1.26390

88
88

3.3222
7.3741

.74895
1.01182

Berdasarkan jadual di atas, secara keseluruhannya faktor demografi responden iaitu kelayakan
akademik, kelayakan ikhtisas, bidang pengajaran, faktor sttres guru dan efikasi guru adalah positif. Min
efikasi guru mencatat skor yang tertinggi pada aras 7.3741. Manakala skor min kelayakan ikhtisas
mencatat skor yang terendah pada aras 2.5977.

Jadual 3: Korelasi antara Kelayakan Akademik, Kelayakan Ikhtisas, Bidang
Pengajaran dengan Faktor Stres Kerja Guru dan Efikasi Guru

Kelayakan
Akademik
Kelayakan
Ikhtisas

Akademik

Ikhtisas

Pearson Correlation
N

Faktor Stres
Kerja Guru

Bidang
Pengajaran

Efikasi

Kerja Guru

Guru

.245

-.241

.134

-.228*

.022

.024

.214

.033

88

87

87

88

88

*

1

-.123

.180

.039

.261

.096

.720

1

Pearson Correlation

.245

Sig. (2-tailed)

.022

*

Faktor Stres

*

Sig. (2-tailed)

87

87

86

87

87

*

-.123

1

.037

.154

.024

.261

.733

.156

87

86

87

87

87

Pearson Correlation

.134

.180

.037

1

.416**

Sig. (2-tailed)

.214

.096

.733

88

87

87

88

88

**

1

Pearson Correlation

Pengajaran

Guru

Kelayakan

N

Bidang

Efikasi

Kelayakan

Sig. (2-tailed)
N

N
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N

-.241

.000

*

.039

.154

.033

.720

.156

.000

88

87

87

88

-.228

.416

88

Signifikan pada aras p ˂.05 (2 tailed)

Hipotesis Nul
Ho1
Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kelayakan akademik dengan faktor stres
kerja guru
Berdasarkan jadual 3 di atas, dapatan korelasi menunjukkan kelayakan akademik mempunyai
hubungan yang tidak signifikan dengan faktor stres kerja guru pada aras .134 pada aras signifikan p ˂0.5.
Ini menunjukkan bahawa kelayakan akademik tidak memberi kesan terhadap faktor stres guru, maka
hipotesis ini diterima.
Ho2
Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kelayakan ikhtisas dengan faktor stres
kerja guru
Dapatan korelasi menunjukkan tidak ada hubungan antara kelayakan ikhtisas dengan faktor stres
kerja pada aras .180. Ini menunjukkan tidak terdapat hubungan antara kedua-dua pembolehubah dan
hipotesis ini diterima.

Ho3
Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara bidang pengajaran dengan faktor stres
kerja guru
Hasil dapatan korelasi (Jadual 3) bagi bidang pengajaran dengan faktor stres kerja pada aras .037,
nilai p˂0.5. Dapatan ini menunjukkan tidak terdapat hubungan antara bidang pengajaran dengan faktor
stres kerja yang membawa kepada hipotesis ini diterima.
Ho4
guru.

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kelayakan akademik dengan efikasi
Dapatan korelasi bagi kelayakan akademik dengan efikasi guru adalah pada tahap kesignifikan

yang lemah -228* iaitu pada nilai signifikan p˂0.5. Dapatan ini memperlihatkan kelayakan akademik
memberi pengaruh kepada efikasi guru iaitu semakin tinggi kelayakan akademik maka semakin rendah
efikasi guru. Hipotesis nul ditolak.
Ho5

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kelayakan ikhtisas dengan efikasi guru.
Dapatan korelasi bagi kelayakan ikhtisas dengan efikasi guru adalah tidak signifikan pada aras .

039 dengan nilai p˂0.5. Nilaian dapatan ini juga mendapati hubungan yang tidak signifikan antara kedua
pembolehubah maka hipotesis nul ini juga ditolak.
Ho6

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara bidang pengajaran dengan efikasi guru.
Dapatan kajian korelasi bagi bidang pengajaran dengan efikasi guru adalah pada aras .154 dengan

nilai p˂0.5. Dapatan ini menunjukkan tidak terdapat hubungan antara bidang pengajaran dengan efikasi
guru dan hipotesis nul juga ditolak.
Ho7
guru

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor stres kerja guru dengan efikasi
Dapatan kajian korelasi antara faktor stres dengan efikasi guru menunjukkan terdapat korelasi

positif yang sederhana pada aras .416** pada tahap p ˂.05. Dapatan menunjukkan faktor stres kerja
memberi kesan terhadap efikasi guru. Hipotesis nul bagi kajian korelasi ini adalah diterima.
Perbincangan
Kelayakan Akademik Dengan Faktor Stres Kerja Guru
Dapatan kajian dari hipotesis 1 iaitu korelasi antara kelayakan akademik dengan faktor stres
kerja. Dapatan korelasi menunjukkan kelayakan akademik mempunyai hubungan yang tidak signifikan
dengan faktor stres kerja. Oleh yang demikian, hipotesis ini diterima. Dapatan ini selari dengan dapatan
kajian terdahulu oleh Zakiah (2003) yang mendapati tiada perbezaan aras stres kerja yang dihadapi oleh
guru mengikut kelayakan akademik tertinggi. Namun, dapatan kajian terdahulu oleh Kyriacou dan

Sutcliffe (1978) mengatakan bahawa guru yang berkelulusan ijazah berasa kurang tertekan berbanding
dengan rakan sekerja lain yang tidak memiliki kelayakan yang sama.
Kelayakan Ikhtisas Dengan Faktor Stres Kerja Guru
Dapatan kajian dari hipotesis kajian 2, menunjukkan tidak ada hubungan antara kelayakan
ikhtisas dengan faktor stres kerja guru. Hipotesis kajian ini juga diterima. Dapatan ini sejajar dengan
dapatan kajian oleh Giollo dan Little (2003) yang mendapati wujud perkaitan yang positif antara latihan
guru dengan efikasi guru.
Bidang Pengajaran Dengan Faktor Stres Kerja Guru
Hasil dapatan korelasi bagi bidang pengajaran dengan faktor stres kerja menunjukkan tidak
terdapat hubungan antara bidang pengajaran dengan faktor stres kerja guru. Hipotesis kajian 3 ini
diterima. R dan Dapatan kajian ini namun berbeza dengan dapatan penyelidik terdahulu yang mendapati
mengajar kelas yang dliluar bidang pengajaran dan kepakaran adalah dikenalpasti sebagai punca stres
kerja guru (Borg, 1990; Borg dan Riding, 1991; Borg et al., 1991; Byrme, 1991, 1994; O’Connor dan
Clarke, 1990).
Kelayakan Akademik Dengan Efikasi Guru
Korelasi bagi kelayakan akademik dengan efikasi guru adalah pada tahap kesignifikan yang
lemah

Dapatan ini memperlihatkan kelayakan akademik memberi pengaruh kepada efikasi guru iaitu

semakin tinggi kelayakan akademik maka semakin rendah efikasi guru. Hipotesis nul ditolak. Dapatan ini
namun bertentangan dengan dapatan Campbell (1996), Cantrell et al., (2003), Hoy dan Woolfolk (1993),
Mainstry dan Parker (2010) yang mendapati guru-guru yang memiliki ijazah atau melanjutkan pelajaran
ke peringkat yang lebih tinggi, tahap efikasi mereka akan turut meningkat.
Kelayakan Ikhtisas Dengan Efikasi Guru
Dapatan korelasi bagi kelayakan ikhtisas dengan efikasi guru mendapati hubungan yang tidak
signifikan. Dapatan ini berbeza dengan dapatan kajian terdahulu oleh Khalid et al.(2009) dan Maistry dan
Parker (2010). Perbezaan dapatan kajian adalah berkait rapat dengan saiz sampel. Kajian ini hanya
mensasarkan kepada 88 orang responden.
Bidang Pengajaran Dengan Efikasi Guru
Kajian korelasi bagi bidang pengajaran dengan efikasi guru menunjukkan tidak terdapat
hubungan antara keduanya dan hipotesis nul juga ditolak. Efikasi guru-guru yang mengajar mata

pelajaran Sains Sosial adalah berbeza dengan guru-guru yang mengajar bidang Sains Tulen. Dapatan
kajian ini bertentangan dengan dapatan kajian oleh Kuntze (2006) dan Wilson dan Tan (2004).
Faktor Stres Kerja Guru Dengan Efikasi Guru
Kajian korelasi antara faktor stres dengan efikasi guru menunjukkan terdapat korelasi positif
yang sederhana . Dapatan menunjukkan faktor stres kerja memberi kesan terhadap efikasi guru. Hipotesis
nul adalah diterima. Ini menunjukkan bahawa pembolehubah faktor stres kerja berupaya memberi kesan
terhadap penurunan tahap efikasi guru. Dapatan ini sejajar dengan dapatan oleh Pierce dan Molloy
(1990) yang menyatakan tekanan masa dalam pengajaran adalah punca kepada stres guru yang memberi
impak terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Implikasi Kajian
Hasil dapatan membawa kepada beberapa implikasi berkaitan pengesahan teori dan isu-isu yang
timbul berkaitan dengan permasalahan stres kerja dan efikasi guru serta mengambil kira kesannya
terhadap penyelidikan. Menerusi perbincangan dapatan, beberapa cadangan diajukan berhubung dengan
kepentingan meneroka dengan lebih mendalam isu stres pekerjaan guru serta konstruk efikasi guru
dengan menghubungkaitkannya dengan faktor-faktor demografi sebagai pembolehubah antecedent.
Dalam mengujikan hipotesis kajian, didapati hanya satu daripada tiga profile demografi
responden iaitu kelayakan akademik yang mempunyai hubungan pada aras yang lemah dengan
pembolehubah efikasi guru. Manakala dapatan kajian antara ketiga-tiga profile demografi menunjukkan
tidak terdapat hubungan yang signifikan dengan pembolehubah faktor stres kerja guru.
Secara keseluruhan, dapatan kajian mengesahkan teori ‘reciprocal determinism’ yang dikemukan
oleh Bandura (1997) yang menerangkan bahawa interaksi antara persekitaran dengan unsur personal
(kognitif dan perubahan fisiologi) menghasilkan tindakan atau tingkah laku tertentu untuk
menyesuaikannya dengan peristiwa-peristiwa yang dialami. Kontek ini yang akan membentuk efikasi
kendiri.
Rumusan
Berdasarkan dapatan-dapatan yang diperolehi daripada kajian ini, beberapa rumusan dan
kesimpulan telah dibuat. Faktor saiz sampel yang kecil (n=88) memberi impak yang signifikan kepada
pengujian hipotesis dan dapatan kajian. Kajian ini memerlukan kupasan yang meluas dengan saiz sampel
yang lebih besar agar dapatan dapat di generalisasikan sesuai dengan konsep ‘reciprocal determinism’
yang dikemukakan oleh Bandura (1997).

Rujukan
Campbell, J. 1996. A comparison of teacher efficacy for pre and in-service teachers in Scotland and
America. Education. 117(1):2-11.
Cantrell, P., Young, S., dan Moore, A. 2003. Factors affecting science teaching efficacy of pre-service
elementary teachers. Journal of Science Teacher Education. 14(3): 177-192.
Hoy, W. K., dan Woolfolk, A. E. 1993. Teachers’ sense of efficacy and the organizational health of
schools. The Elementary School Journal 93 (4): 355-372.
Maistry, S.M. dan Parker, K. 2010. Teacher efficacy: An investigation of Economics teachers. Africa
Education Review, Vol. 7, (2), 45-53.
Ashton, P. T., dan Webb, R. B. 1986. Making a difference: Teachers’ sense of efficacy and student
achievement. White Plains, NY: Longman.
Ashton, P. 1984. Teaching efficacy. Journal of teacher education. (2): 41-54.
Bandura, A. 1986. Social foundation and thought and control. New Jersey: Prentice Hall.
Bandura, A. 1977. Self-efficacy: toward unifying theory of behavioural change. Psychological Review,
84, 191-215.
Bandura, A. 1989. Social cognitive theory. In R. Vasta (Ed.), Annals of Child Development (Vol.6, pp. 160). Greenwich, CT: JAI.
Berman, P., McLaughlin, N., Bass, G., Pauley, E., dan Zellman, G. 1977. Federal programs supporting
education change. Factors affecting implementation and continuation. Santa Monica, CA : The
RAND Corporation. (EDRS No. ED 140 432).
Borg, M. G. 1990. Occupational stress in British educational settings: A review. Educational Psychology,
10, 103-126.
Borg, M. G., dan Riding, R. J. 1991. Towards a model for the determinants of occupational stress among
schoolteachers. European Journal of Psychology of Education, 6, 355-373.
Borg, M.G., Riding, R.J., & Falzon, J.M. 1991. Stress in teaching: A study of occupational stress and its
determinants, job satisfaction and career commitment among primary schoolteachers.
Educational Psychology, 11 (1),59-75
Boyle, G. J., Borg, M. G., Falzon, J. M., dan Baglioni, A. J. 1995. A structural model of the dimensions of
teachers stress. British Journal of Educational Psychology, 65(1), 49-67.
Byrne, B. M. 1991. Burnout: Investigating the impact of background variables for elementary,
intermediate, secondary, and university educators. Teaching and Teacher Education: An
International Journal of Research, 7, 197-209.

Capa, Y. 2005. Factors influencing first-year teachers’ sense of efficacy. A Dissertation Presented in
Partial Fulfillment of the Requirements for the Degree of Doctor of Philosophy in the Graduate
School of The Ohio State University.
Chang, M.L., dan Davis, H.A. 2009. Understanding the role of teacher a with appraisals in shaping the
dynamics of their relationships with students: Deconstructing teachers’ judgements of disruptive
behavior/students. In P.A. Schuts & M. Zembylas (Eds.), Advances in teacher emotions research.
New York: Springer.
Cooper, C.L. dan Kelly, M. 1993. Occupational stress in head teachers: A national UK study
Cox, T., dan Brockley, T. 1984. The experience and effects of stress in teachers. British Educational
Research Journal, 10, 83-87.
Crute, S. 2004. Stressed out. NEA Today, 22(4), 34-45
Fullan, M. 2001. Leading in a culture change. San Francisco: Jossey-Bass.
Gaillo, R. dan Little, E. 2003. Classroom behavior problems: The relationship between preparedness,
classroom experiences, and self-efficacy in graduate and student teachers. Australian Journal of
Educational & Developmental Psychology. Vol.3:P21-34.
Goddard, R. D., Hoy, W. K., dan Woolfolk Hoy, A. W. 2000. Collective teacher efficacy: Its meaning,
measure, and effect on student achievement. American Education Research Journal, 37(2), 479507.
Hensen, R. K., 2001.April. Teacher self-efficacy: Substantive implications and measurement dilemmas. A
paper presented at annual meeting of the Educational Research Exchange, January 26, 2001,
Texas A&M University, College Station, Texas.
Hill, P., Phelps, S., dan Friedland, E. S. 2007. Pre-service educators’ perceptions of teaching in an urban
middle school setting: A lesson from the Amistad. Multicultural Educational, 33-37.
Holley, M. J., 2008. A teacher quality primer: For Michigan school officials, state policymakers, media
and residents. Mackinac Center for Public Policy.
Jennifer. L.T. 2011. An analysis of stress, burnout, and coping in a sample of secondary public school
teachers. ProQuest Dissertation and Theses (PQDT).
John, M., Paul, L. A., dan Bernice Beechey. 2005. Teaching self-efficacy, stress and coping in a major
curriculum reform. Journal of Educational Administration. Vol. 44 No. 1, 2006. Emerald Group
Publishing Limited. www.emeraldinsight.com/0957-8234.htm. Di akses pada 20 Oktober 2012.
Johnson, S. M., Berg, J. H., dan Donaldson, M. L. 2005. Who stays in teaching and why: A review of the
literature on teacher retention. Boston, MA: Harvard Graduate School of Education.
Kane, T.J., Rockoff, J. E., dan Staiger, D. O. 2006. What does certification tell us about teacher
effectiveness? Evidence from New York City (NBER Working Paper N0. 12155). Cambridge,
MA: National Bureau of Economic Research.

Khalid Johari, Zurida Ismail, Shuki Osman, dan Ahmad Tajuddin Othman. 2009. Kesan kelayakan guru
ke atas efikasi guru di kalangan guru-guru sekolah menengah. Kertas pembentangan yang
dibentangkan di International Conference on Education 2009 (ICE 2009) Brunei Darussalam.
University Brunei Darussalam pada 23-26 Mei 2009.
Kyriacou, C. 1989. The nature and prevalence of teacher stress. In Jennifer, L. M., Ralph, O. M. and
Dean L. M. 1991. The effect of teaching experience and grade level taught on teacher stress: A
lisriel analysis. Teaching and Teacher Education. 7, 57-62.
Kyriacou, C., Sutcliffe, J. 1978. A model of teacher stress. Educational Studies, 4(1), 1-6.
Lortie, D. 1986. Schoolteacher: a sociological study. Chicago, University of Chicago Press.
Mazlan Aris. 2002. Stres kerja di kalangan guru sekolah rendah. Satu kajian di sekolah rendah kawasan
Zon Tenggara, Kulai, Johor Darul Takzim. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti
Teknologi Malaysia.
Ministry of Education. 1996. Research of the efficiency of teacher utilization Bangkok:ONEC.
Mokhtar Ahmad. 1998. Tekanan kerja di kalangan guru sekolah menengah: Satu kajian di daerah Kulim,
Kedah. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Malaysia Sarawak.
Nerell, G., dan Wahlund, I. 1981. Stressors and strain in white collar workers. In L. Levi (Ed.), Society,
Stress and Disease. Volume 4, Working life. Oxford: Oxford University Press.
Nur Aziz, t.t . Retaining high-quality teachers in rural primary schools in Malaysia. Harvard Graduate
School of Education.
Nuttiya, T. 2009. Continuing professional development for teachers in Thailand. A thesis submitted in
partial fulfillment of the requirements for the degree of Doctors of Philosophy in Education.
University of Warwick, Institute of Education. Diakses pada 28.Nov.201.
Nye, B., Konstantopoulos, S., dan Hedges, L. V. 2004. How large are teacher effects? Educational
Evaluation & Policy Analysis, 26(3), 237-257.
Pajares,

F.
2002.
Overview
of
social
cognitive
http://www.emory.edu/education/mfp/eff.html.

theory

and

of

self-efficacy.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). 2006-2010. Kementerian Pelajaran Malaysia. Di akses
http://www.sazlie.com/index2.php?
option=com_docman&task=doc_view&gid=2&Itemid=99999999. pada12/3/2014
Pelan

Pembangunan
Pendidikan.
2013-2025.
Di
akses
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf

pada

12/3/2014

Peske, H. G., dan Haycock, K. 2006. Teaching inequality: How poor and minority students are
shortchanged on teacher quality. The Education Trust, Washington, D. C.

Pierce, M. B., dan Molloy, G. N. 1990. Pschological and biographical differences between secondary
school teachers experiencing high and low levels of burnout. British Journal of Educational
Psychology, 60, 37-51.
Pitiyanut, S. 2000. Policy recommendations on production and development of teachers. Bangkok:
ONEC.
Rahimah Murshidi, Mohd. Majid Konting, Habibah Elias dan Foo Say Fooi. 2006. Sense of efficacy
among beginning teachers in Sarawak. Teaching Education. Vol. 17(3):P265-267.
Ramey-Gassert, L., dan Shroyer, M. G. 1992. Enhancing science teaching self-efficacy in pre-service
elementary teachers. Journal of Elementary Science Education, 4, 26-34.
Rimm-Kaufman, S. E., dan Sawyer, B. E. 2004. Primary grade teachers’ self-efficacy beliefs, attitudes
toward teaching and discipline practice priorities in relation to the responsive classroom
approach. The Elementary School Journal, 104, 321-341.
Ross, J. A. 1998. The antecedents and consequences of teacher efficacy. In J. Brophy (Ed.), Advances in
research on teaching, vol.7 (pp.49-73). Greenwich: JAI.
Scharlach, T. D. 2008. These kids just aren’t motivated to read: The influence of pre-service teachers’
belief on their expectations, instructions, and evaluation of struggling readers. Literacy Research
and Institution, 47, 158-173.
Scharmann, L. S., dan Hampton, C. O. 1995. Cooperative learning and pre-service elementary teacher
science self-efficacy. Journal of Science Teacher Education, 6, 125-133.
Shirley, L., K., dan Kathy, M. H. 2002. Stress hormones: How do they measure up? Biological Research
for Nursing, 4, (2): 92-103.
Sveinsdottir, H., Gunarsdottir, H., & Fridriksdottir, H. 2007. Self-assessed occupational health and
working environment of female nurses, cabin crew and teachers. Scandinavian Journal of Caring
Science, 27, 262-273.
Tasan, A.P. 2001. Teacher efficacy and diversity.: Implications for teacher training. Paper presented at the
annual meeting of The American Educational Research Association, Seattle.
Tschannen-Moran, M., dan Hoy, A. W. 2001. Teacher efficacy capturing an elusive construct. Teaching
and Teacher Education. Vol.17:p83-805
Tschannen-Moran, M., Hoy, A. W. dan Hoy, W. K. 1998. Teacher efficacy: Its meaning and measure.
Review of Educational Research, 68, 202-248.
U.S. Department of Education. 2010. A blueprint of reform: The reauthorization of the Elementary and
Secondary Education Act. Washington, DC: Di akses pada 26 Januari, 2011
http://www2.ed.gov/policyelsec/leg/blueprint.pdf
Wilkerson, K., dan Bellini, J. 2006. Intrapersonal and organizational factors associated with burnout
among school counselors. Journal of Counseling & Development, 84, 440-450.