ekonomi sara diri kepada kapitalis

NURFARAIAN MAHADZIR
AEE130048

Soalan:Bincangkan keadaan yang telah menyebabkan perubahan
ekonomi Negeri-Negeri Melayu daripada sara diri kepada kapitalis
PENDAHULUAN
Sejak dahulu lagi, Tanah Melayu telah dikenali oleh pedagang dari India sebagai
“Suvarnabhumi” yang bermaksud “bumi emas.” Ini kerana, hasil bumi Tanah Melayu kaya
dengan pelbagai sumber galian seperti emas dan perak.Kedudukan Tanah Melayu yang strategik
dari segi geografi juga menjadi daya penarik dan tumpuan kepada kegiatan perdagangan. Ini
membuktikan, bahawa sejak dahulu lagi masyarakat Melayu telah terlibat secara aktif dalam
kegiatan ekonomi.

Pembangunan ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan kuasa penjajah adalah
bergantung kepada sektor pertanian dan perikanan. Masyarakat melayu tidak mempunyai
masalah dalam mencari nafkah kerana adanya tanah-tanah yanag subur dan laut yang banyak
dengan sumber protein. Selain itu, sumber-sumber hutan juga senang diperoleh seperti buahbuahan,

kayu-kayuan,

rotan


dan

sebagainya.

Pekerjaan

penduduk

Tanah

Melayu

kebanyakkannya adalah petani, pemungut hasil hutan dan terlibat dalam mengeluarkan hasilhasil bumi. Dengan kata yang lain, masyarakat pada ketika itu telah mempunyai aktiviti ekonomi
yang dikenali sebagai ekonomi tradisional.

Ekonomi tradisional merujuk kepada kegiatan

ekonomi yang hanya cukup untuk memenuhi keperluan diri sendiri dan menyara keluarga.


Kegiatan ekonomi jenis ini juga dikenali sebagai ekonomi sara diri serta merupakan kegiatan
asas dan kegiatan utama bagi masyarakat pada masa itu.

Tiada pengkhususan dalam pekerjaan dalam ekonomi sara diri, masyarakat boleh
melakukan pelbagai pekerjaan pada masa yang sama seperti petani, nelayan, penternak dan
pembuat sampan. Tiada pembahagian kerja kecuali berdasarkan jantina dan umur .Pekerjaan
juga melibatkan semua anggota keluarga termasuk kanak-kanak dan orang-orang tua. Kanakkanak biasanya akan melakukan kerja-kerja yang lebih ringan seperti menjemur ikan,
menganyam tikar, dan memungut rotan.Peralatan tradisional digunakan untuk mengerjakan suatu
pekerjaan. Misalnya, bubu, tangguk, lukah, serkap dan jala khusus digunakan bagi menangkap
ikan. Mereka juga tidak menghasilkan sesuatu keperluan untuk orang lain, hanya apabila adanya
lebihan, barulah ada aktiviti penjualan secara sistem barter . Kesan daripada perkembangan
ekonomi telah menghapuskan sistem barter dan digantikan dengan sistem mata wang.Pengenalan
sistem sukatan barangan bertujuan untuk memudahkan sistem perdagangan.Selain itu, Kegiatan
Ekonomi

Berkait Rapat Dengan Kawasan Penempatan. Mereka Tertumpu di kawasan

berhampiran dengan laut, pinggir sungai atau kawasan pedalaman. Jika kawasan penempatan
berhampian


laut,

maka

kegiatan

utama

masyarakat

cenderung

kepada

aktiviti

perikanan. Pertanian pula, lebih dekat dengan masyarakat yang tinggal di pedalaman kerana
kekayaan hasil bumi seperti rotan, buluh, damar, kabung, mengkuang, pinang dan akar-akar
kayu.Selain itu, mereka mengamalkan Amalan Bergotong-royong.Amalan gotong-royong
seperti berderau menjadi satu daripada ciri asas dalam kehidupan masyarakat tempatan. Berderau

adalah amalan yang dilakukan bersama atau secara berkumpulan bagi memudahkan serta
mempercepatkan penyiapan sesuatu pekerjaan yang dilakukan di samping mengeratkan

hubungan antara anggota masyarakat. Amalan seumpama ini biasanya dilakukan untuk kegiatan
pertanian seperti menanam dan menuai padi sawah. Biasanya Tiada Lebihan Hasil Dalam
ekonomi tradisional, tiada hasil yang berlebihan diperoleh melalui pengeluaran kerana mereka
tidak berupaya mengeluarkannya.

Masyarakat tempatan ketika itu dikatakan tidak mempunyai insentif untuk
menghasilkan lebihan penawaran kerana didorong oleh beberapa faktor, iaitu masalah tenaga
buruh yang terbatas menyebabkan mereka terpaksa bergantung hanya kepada tenaga keluarga
sebagai unit asas buruh untuk mengusahakan tanah dan sawah, Tiada ternakan yang boleh
melakukan kerja-kerja pembajakan yang berat. Lembu hanya mula digunakan dalam kerja-kerja
membajak pada suku akhir abad ke-19, iaitu apabila kereta lembu diperkenalkan., Petani
terpaksa menanggung beban kerja kerah yang dituntut oleh golongan pemerintah. Jika mereka
diminta untuk melakukan kerja-kerja kerah, kerja mereka sendiri tidak dapat disiapkan dan
Petani di sesetengah negeri dikehendaki menyerahkan 1/10 daripada hasil mereka kepada
golongan pembesar sebagai tanggungjawab tradisi. Jika pengeluaran yang dihasilkan itu
bertambah, sumbangan kepada golongan pemerintah akan ditambah.


Namun setelah pengenalan dasar pecah perintah di Tanah Melayu, pembahagian
kawasan penempatan dan sektor pekerjaan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan
ekonomi antara kaum.Sejak abad ke-15, corak ekonomi masyarakat peribumi memasuki era
komersial. Ini disebabkan golongan pemerintah seperti sultan dan pembesar sudah lama bergiat
dalam perdagangan dengan India, Siam, Pegu, China, Tanah Arab, dan kerajaan serantau.Bukti
hubungan dagang dalam kalangan masyarakat peribumi dengan rangkaian perdagangan

antarabangsa membuktikan ekonomi Tanah melayu, Sabah dan Serawak bersifat terbuka dan
tidak sepenuhnya berciri tradisional.

Sistem residen yang diperkenalkan di negeri-negeri Melayu menjelang akhir abad 19
bukan sahaja menandakan bermulanya perubahan dari segi politik, tetapi juga melibatkan bidang
ekonomi. Keamanan yang berjaya dipulihkan telah melahirkan satu suasana yang membolehkan
kegiatan

ekonomi

Tanah

Melayu


berkembang

pesat

seterusnya

menjadi

ekonomi

kapitalis.Ekonomi kapitalis bermaksud hasil pengeluaran digunakan untuk memenuhi keperluan
sendiri sahaja. Lebihan pengeluaran akan ditukar dengan barang-barang keperluan lain.
Mengamalkan ekonomi sara diri disebabkan beberapa faktor iaitu Alat-alat tradisional digunakan
seperti parang, cangkul, tenggala, Saiz tanah kecil dan tenaga buruh tidak mahir

Pada peringkat awal, kegiatan ekonomi bercorak komersial diusahakan melalui tanaman
ladang untuk tujuan dagangan. Kegiatan ini mula diberi perhatian secara besar-besaran setelah
perlombongan bijih timah dan perusahaan getah mendapat tempat dan berkembang pesat
menjelang pertengahan abad ke-19. Hasil yang dikeluarkan itu akan dieksport dan dijual kepada

pedagang bagi mendapatkan keuntungan.Kegiatan menternak, memburu binatang, mengumpul
hasil hutan, dan menanam padi yang dianggap sara diri sebenarnya menjurus ke arah ekonomi
komersial. Kegiatan ekonomi komersial lebih tertumpu kepada kegiatan perdagangan dan
perlombongan. Kegiatan ekonomi komersial dimonopoli oleh golongan pemerintah iaitu raja dan
pembesar.

Perdagangan dilakukan secara jual beli dan secara eksport. Pemodal terdiri daripada raja
dan pembesar dan memonopoli kegiatan perdagangan. Rakyat menjalankan kegiatan
perdagangan secara berjaja di pasar atau di luar kawasan. Mereka menjual barang seperti
rempah-ratus, sayur-sayuran, hasil kraf tangan dan sebagainya.Lokasi perdagangan di pelabuhan
yang berhampiran dengan muara sungai. Pelabuhan menjadi pusat pengumpulan dan pengedaran
barang. Contohnya, pelabuhan Kedah, Klang dan Singapura. Selain itu,Catatan Munsyi Abdullah
mengatakan bahawa terdapat orang Jakun yang mengutip hasil hutan seperti damar, rotan, kayu
wangi untuk diperdagangkan dengan orang melayu di Pahang pada tahun 1838. Pada tahun
1844, Bendahara Ali melantik seorang ketua orang Asli sebagai wakil di penempatan orang Asli
di Pahang untuk mengawal kegiatan pemungutan hasil hutan.Di Johor, Temenggung Ibrahim
memonopoli kawasan getah perca dengan bantuan orang melayu dan orang Asli, beliau Berjaya
membawa bahan ini ke pelabuhan dan dieksport ke luar negara. Seterusnya, masyarakat peribumi
mengusahakan penanaman padi secara tradisional tetapi telah menjurus ke arah tahap komersial
apabila padi dieksport ke negeri lain. Padi dieksport ke negara jiran terutama dari kawasan yang

subur. Kedah dan Kalantan menjadi pembekal padi utama. Kedah membekalkan padi ke Pulau
Pinang manakala Kelantan pula ke Singapura.Begitu juga Selangor, Perak dan Terengganu. Pada
abad ke-19, Selangor menjadi pengeluar padi dan tidak perlu mengimportnya lagi.

FAKTOR PERUBAHAN.
1) Revolusi perindustrian
Revolusi perindustrian ialah proses perubahan ekonomi yang mudah kepada satu
ekonomi yang sangat kompleks yang melibatkan proses tranformasi ekonomi. Ianya melibatkan
perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan yang melibatkan penghasilan barangan

daripada menggunakan tenaga manusia kepada penggunaan mesin. Keadaan ini membuatkan
sektor perkilangan mula mengambil alih proses pengeluaran sesuatu barang yang dahulunya
dilakukan oleh tenaga manusia. Ini menunjukkan berlakunya perubahan sektor pertanian kepada
sektor perindustrian dalam memacu ekonomi negara. Revolusi Perindustrian telah berlaku di

Eropah kesan daripada Renaisans1. Masyarakat telah mula berdagang di Eropah kesan
daripada perkembangan teknologi di Eropah menyebabkan keperluan terhadap bahan
mentah meningkat. Hal ini menyebabkan masyarakat Eropah telah keluar dari negara
mereka dan belayar ke Asia termasuk Tanah Melayu. Aktiviti ini telah menyebabkan
masyarakat di Tanah Melayu terlibat dalam proses permodenan setelah ekonomi di Tanah

Melayu

di

campur

tangan

oleh

orang

barat.

Perkembangan

di

peringkat


antarabangsa seperti keperluan utk bahan mentah oleh negara perindustrian di Barat,
penggunaan kapal wap yg dpt mempercepat perjalanan dan pembukaan Terusan Suez
memendekkan jarak perjalanan pelayaran mempengaruhi corak ekonomi Tanah Melayu
seterusnya menggantikan ekonomi tradisional masyarakat melayu kepada yang
moden. Kedudukan Tanah Melayu yang kaya dgn sumber bahan mentah mendorong
kuasa Barat untuk menguasainya. British berpeluang utk meluas dan mengukuhkan
pengaruh di Tanah Melayu. Hasil hutan juga mendapat pasaran yang baik di China.

2) Kesediaan golongan pemerintah dan masyarakat untuk menerima ekonomi Kapitalis.
Pada zaman dahulu, sistem ekonomi menggunakan sister barter iaitu pertukaran
barang untuk berjual beli. Kaedah ini dilihat tidak wajar atau tidak logik untuk ekonomi

1 Renaisans

merupakan gerakan intelektual yang membawa maksud yang penting kepada
sejarah Eropah kerana ia membawa kesan yang ketara atau jelas terhadap perubahan sikap
manusia. Renaisans bermula di Itali

moden. Oleh itu, pemerintah yang bijak telah memperkenalkan sistem wang sebagai alat
untuk berjual beli.Antara barang berharga yang diterima sebagai wang dalam urusan jual

beli ialah logam berharga daripada emas, perak, tembaga atau timah yang berbentuk
ketul, keping atau dibentuk seperti binatang.Misalnya tampang buaya (berbentuk buaya
kecil), bapa ayam (bentuk ayam jantan), jongkong tampang (bentuk empat segi) dan
syiling yang mempunyai nama pemerintah. Kesediaan pihak pemerintah ini sekali gus
memudahkan urusan jual beli.
Pemerintah Johor iaitu Temenggung Ibrahim telah memperkenalkan sistem
Kangcu pada tahun 1833 dan memajukan perdagangan lada hitam dan gambir. Beliau
mengawal dan mengawasi penanaman lada hitam dan gambir melalui sistem
kangcu.Melalui sistem ini, orang cina diberikan surat kebenaran yang dikenali sebagai
surat sungai untuk menetap dan mengusahakan tanaman lada hitam dan gambir di tebing
sungai. Setiap Kangkar diketuai oleh seorang Kangcu yang memerintah dan memungut
cukai.Penanaman lada hitam dan gambir dilakukan secara komersial dan membawa
kepada peningkatan eksport dan mendapat sambutan yang baik di pasaran Singapura dan
Eropah.
Golongan pembesar juga terlibat dalam kegiatan ekonomi komersial secara tidak
langsung. Mereka hanya menjadi pemodal dengan melantik wakil-wakil tertentu untuk
menjalankan dan menguruskan perniagaan mereka. Wakil-wakil ini yang dikenali sebagai
kiwi terdiri daripada orang yang mahir dalam mengendalikan urusan perniagaan.
Sultan Ahmad iaitu pemerintah Pahang mulai mengundang kemasukan modal luar
sehinggalah pada tahun 1883, Pahang dikenali sebagai Pahang Boom. Kesediaan

pemerintah-pemerintah merupakan antara elemen yang membantu perubahan ekonomi di
tanah melayu.
3) Keperluan pekerja mahir
Masyarakat tempatan tempatan tidak dapat menjadi sandaran kerana terikat dengan
sistem kerah. Hal ini disebabkan mereka masih mengamalkan pertanian dan membayar cukai
kepada pemerintah. Namun, dalam masa yang sama , buruh-buruh diperlukan bagi
mengusahakan ladang dan lombong. Oleh yang demikian, buruh india dibawa masuk kerana
mahir dalam menguruskan perladangan manakala buruh dari china dibawa masuk kerana
mahir dalam perlombongan.Hal ini telah menyebabkan perkembangan sistem perlombongan
dan perkembangan perusahaan getah berlaku.
Selain itu, kepentingan industri getah di negeri kelantan adalah begitu cemerlang dan
banyak mendatangkan hasil, R.J .Farrer telah mencadangkan kepada Pesuruhjaya Tinggi agar
permohonan persatuan penanam-penanam kelantan dipertimbangkan untuk menambah tempoh
pekerjaan di Tanah Melayu. Farrer telah menyatakan bahawa pengurangan hasil sebanyak 400
tan getah akibat kekurangan tenaga buruh adalah bermakna kekurangan hasil negeri juga. Dalam
tahun 1915, masalah kekurangan buruh telah dapat diselesaikan dengan kemasukkan buruh
daripada Singapura. Jelas membuktikan bahawa kemasukan pekerja mahir atau buruh amat
penting dalam ekonomi moden.
4) Peranan usahawan
Penglibatan saudagar-saudagar china yang memberi pinjaman kepada pembesar melayu
untuk menguruskan kegiatan perlombongan telah memajukan sektor pelombongan dan
perdagangan seterusnya menukarkan ekonomi tradisional kepada moden. Pada suku akhir abad
ke19, pemodal asing telah menmbusi ekonomi melayu. Saudagar Cina telah membantu

memberikan modal membolehkan teknologi digunakan untuk menguruskan pekerjaan yang
sukar digunakan dengan tenaga manusia. . Selain adanya modal tempatan yang dilaburkan oleh
golongan pemerintah yang terlibat secara tidak langsung dalam kegiatan ekonomi, pihak British
juga membawa masuk pelaburan asing untuk dilaburkan ke dalam beberapa sektor penting
seperti perlombongan dan perladangan bagi tujuan eksport.Ini membawa kepada pembukaan
lebih banyak lombong bijih timah dan ladang getah yang diusahakan para pemodal asing.
Antara usahawan yang memberi kesan dalam perubahan ekonomi di semenanjung tanah
melayu ialah keluarga Velge. John henry ialah anggota keluarga yang tertua dilahirkan pada
19\12\1796 dan menjadi pelayar serta mengendalikan kapalnya sendiri.di menetap di Melaka
dan menjadi salah seorang penduduk yang disegani sehingga meninggal dunia pada tahun 1891.
Selain itu, Frank Swettenham menyatahan bahawa semenjak campur tangan British
sehingga 1894, iaitu selama 20 tahun campur tangan, British telah melakukan pencapaian yang
sangat besar di tanah melayu.

5) Perkembangan teknologi
Sebelum perkembangan teknologi moden ini berlaku, masyarakat hanya mengerjakan tanahtanah yang boleh diusahakan dengan tenaga manusia. kesukaran untuk mengusahakan tanah
keras telah diatasi oleh perusahaan-perusahaan barat dan pemodal-pemodal china yang
mempunyai alat yang moden menyebabkan permintaan terhadap timah meningkat.Selepas
teknologi moden terdapat di tanah melayu, setiap kawasan boleh dimanfaatkan seterusnya
menghasilkan lebihan hasil dan jumpaan-jumpaan bijih timah yang lebih banyak. Sebelum
campur tangan bangsa barat, pertambangan di pahang diusahakan secara sederhana oleh orang

melayu, china dan siam. Modal yang kecil kerana aktiviti sederhana yang diusahakan tidak
menarik minat pemodal china untuk melabur di pahang. Oleh itu hanya bahagian tanah yang
lembut sahaja yang diusahakan bersesuaian dengan teknologi yang ada pada sehingga tahun
1880an dan permulaan 1890an. Namun kesukaran untuk mengusahakan tanah keras telah diatasi
oleh perusahaan-perusahaan barat dan pemodal-pemodal china yang mempunyai alat yang
moden.Ia dibuktikan apabila permintaan terhadap timah yang menunjukkan grafik menaik dari
tahun 1874 hingga 1895.
Kemudahan bekalan air dan elektrik disediakan dgn sebahagian besarnya tertumpu dgn
kawasan yg hampir dengan perusahaan itu. Pembangunan infrastruktur ini terbatas kepada
kawasan yg terdapat kedua-dua komoditi berkenaan.Penggunaan kapal korek dan pam kelikir
telah digunakan bagi menggantikan teknik lama iaitu mendulang yang agak merugikan . Melalui
teknologi baru yang dibawa oleh Inggeris menjadikan hasil pengeluaran bijih timah yang
diperolehi lebih banyak dan cepat serta tidak perlu menggunakan tenaga buruh yang
ramai. Pembinaan jalan raya yang merentasi daerah pedalaman telah mewujudkan kawasan baru
serta mewujudkan pembukaan bndar-bandar baru. Perusahaan getah diperkenalkan bagi
menggantikan kopi. Teknik penorehan getah yang menggunakan teknologi yang lebih moden dan
canggih telah membawa kepesatan kepada pengeluaran hasil getah. Perkembangan ekonomi
diseimbangkan

oleh

kewujudan

sistem

pengangkutan

darat.Kemajuan

dalam

sistem

pengangkutan dan perhubungan seperti jalan raya dan landasan kereta api menggalakkan lagi
perkembangan ekonomi Tanah Melayu. Kemudahan tersebut dibina bagi memudahkan bahanbahan diangkut dgn mudah .
6) Pertambahan bilangan penduduk

.Menjelang pertengahan awal abad ke 19, lombong-lombong baharu telah ditemui dan
kemasukan pelombong cina juga semakin bertambah menyebabkan kegiatan perlombongan
semakin berkembang di antara negeri-negeri selat dan kawasan pedalaman. Kemasukan
pelombong-pelombong cina adalag diperlukan dan bekerja di lombong kepunyaan orangorang besar jajahan.Orang-orang tengah yang terlibat dalam pedagangan mendapat
keuntungan yang besar menyebabkan mereka berusaha untuk mengembangkan kegiatan
perlombongan. Hal ini telah menyebabkan sistem sedia ada dalam perlombngan telah
berubah. Contohnya, pedagang-pedagang negeri selat telah dibenarkan untuk melaburkan
modal secara langsung dalam pedagangan bijih timah. Selain itu, pedagang-pedagang negeri
selat telah dibenarkan untuk melaburkan modal secara langsung dalam pedagangan bijih
timah. Kegiatan ekonomi bercorak komersial dijalankan oleh semua lapisan dalam
masyarakat. Kegiatan ekonomi komersial bagi rakyat biasa dikenali sebagai berjaja dan
mereka biasanya berniaga di pasar. Pertambahan pelombong cina ini membolehkan
masyarakat melayu mula mendapatkan pendapatkan dengan menjual makanan utama kepada
pelombong sekali gus menjadi sumber pendapatan mereka. Selain itu, pelombong cina pula
memainkan peranan dalam menaikkan ekonomi perlombongan seterusnya membolehkan
ekonomi kapitalis terjadi.
Kesimpulan.
Kesimpulannya, ekonomi tradisional Melayu adalah lebih kepada kegiatan secara kecilkecilan, belum terdedah kepada aktiviti penjualan langsung. Masyarakat petani pada masa itu,
percaya sekiranya mereka mahu menambahkan harta dengan aktiviti ekonomi yang lebih besar,
ini bermakna mereka perlu menyerahkan kepada pembesar dalam bentuk cukai yang juga lebih
tinggi. Oleh sebab itu, pengumpulan kekayaan lebih tertumpu kepada golongan pemerintah dan
bukannya dalam kalangan petani itu sendiri. Tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan ekonomi

masyarakat peribumi lebih tertumpu kepada kegiatan ekonomi tradisional tetapi terdapat juga
kegiatan ekonomi komersial. Hal ini berlaku kerana sistem ekonomi masyarakat Melayu bersifat
terbuka. Masyarakat peribumi sebelum kedatangan British bukannya masyarakat pertanian
semata-mata. Terdapat bukti mereka terlibat dalam kegiatan ekonomi komersial melalui kegiatan
jual beli dan kegiatan pengeksportan tanaman dan hasil galian.
Perubahan sistem ekonomi di Tanah Melayu berlaku daripada 3 aspek iaitu politik,
ekonomi dan sosial. Dari aspek politik, Sultan dan pembesar tidak mempunyai kuasa ke atas
tanah jajahan dan juga adat Melayu. Ini kerana Inggeris telah menghapuskan beberapa amalan
dalam adat Melayu. Contohnya seperti menghapuskan sistem kerah dan serah oleh para
pembesar. Sistem hamba abdi juga dihapuskan dan rakyat boleh memiliki tanah bagi
menjalankan serta meningkatkan hasil pertanian tanpa menyerahkan sebahagian hasil mereka
kepada Sultan atau pembesar. Selain itu, sebelum pihak inggeris mengambil alih sepenuhnya
ekonomi, perselisihan sudah berlaku di antara pemerintah seperti yang terjadi di Pahang iaitu
perselisihan antara To` Kaya Lipis dan Penjom Company. Clifford menceritakan bahawa
Haughton dari Penjom Company yang mengancam To` Kaya Lipis dengan pistol dalam satu
pertengkaran.perselisihan yang berlaku antara kepala daerah dan penambang-penambang China
telah menyebabkan keadaan bertambah tegang.keadaan yang tidak aman ini seolah- olah
mengundang campur tangan kuasa luar untuk memerintah Pahang sehingalah campur tangan
tersebut benar-benar belaku kerana keadaan tidak dapat dikawal lagi. Selain itu, pihak inggeris
juga sebenarnya mengambil kesempatan untuk membolot kekayaan yang terdapat di Pahang
selain bimbang campur tangan kuasa lain di Pahang..
Dalam sistem ekonomi komersil juga , Inggeris telah menghapuskan amalan
pungutan cukai yang dilakukan oleh Sultan dan pembesar. Ianya terbukti apabila penyusunan
sistem kutipan cukai dilakukan oleh JWW Birch di mana pembesar dilarang untuk memungut

cukai dan segala sistem pungutan cukai perlu dipusatkan di bawah kelolaannya. Tindakan JWW
Birch telah menyebabkan pembesar kehilangan kuasa dan pendapatan yang mereka perolehi
daripada hasil cukai yang dipungut terjejas dan ini telah bercanggah dengan nilai-nilai tradisi dan
adat istiadat Melayu. Pada pertengahan April 1874, Birch telah membuat lawatan ke Bidor dan
Birch telah membakar rumah Raja Ngah dan Tengku Panglima Besar yang merupakan sepupu
Sultan Ismail kerana didapati telah mengutip cukai daripada pelombong di situ.

Sistem sosial kesan daripada perubahan ekonomi mengalami kesan yang sangat besar
seperti kewujudan masyarakat majmuk hasil daripada kemasukkan orang India dan Cina untuk
menguruskan ladang dan kawasan perlombongan. Selain itu, wujud juga semangat nasionalisma
dalam kalangan masyarakat kerana orang-orang Eropah mengganggu gugat praktik-praktik lama
oleh masyarakat.