Kapitalisme negara dan Neo Feudalisme

Pendahuluan
Minggu-minggu yang sudah, penulis sempat pulang ke kampung. Ketika di kampung, ibu penulis
sempat menceritakan perihal kemalangan yang berlaku dihadapan gerai makan di satu simpang.
Menurut tuan kedai, kereta yang keluar dari simpang itu yang bersalah kerana, tidak melihat ke kiri
dan ke kanan ketika keluar. Kata ibu, yang salah adalah tuan kedai makan. Kedudukan gerai makan
yang menghalang pandangan kenderaan menjadi punca kemalangan disitu.
Penulis berfikir sejenak, mungkin inilah nilai kapitalisme yang meresap ke dalam pemikiran
masyarakat kita sekarang. Pemilik gerai tadi, sedikit tidak mengambil kira rungutan-rungutan orang
disitu. Dia hanya tahu untung. Keselamatan dan nyawa manusia tidak lagi dihiraukan.
Sistem Feudal
Begitulah juga nilai di dalam sistem feudal. Tidak menghiraukan kebajikan, keselamatan dan nyawa
orang lain (orang bawahan), apa yang penting adalah kesenangan dan keuntungan hidup mereka.
Sebelum sistem ekonomi kapitalis muncul di eropah, sistem feudal lah yang awal bertapak disana.
Kegiatan utama dalam masyarakat feudal lazimnya berasaskan pertanian, di mana tanah merupakan
faktor ekonomi terpenting [ CITATION Sye04 \l 1033 ].
Perkara yang terpenting dalam sistem feudal ialah susun lapis masyarakat. Daripada aras tertinggi
iaitu golongan raja dan bangsawan sehinggalah kepada rakyat biasa dan hamba. Kedudukan sistem
ekonomi seperti ini mampu dikekalkan dengan kuasa pemerintahan. Dalam sistem feudal, golongan
istana dan bangsawan memain peranan penting bagi memastikan sistem ini terus kekal samada
dengan penguatkuasaan undang-undang dan ugutan-ugutan tahyul 1.
Kapitalisme

Kapitalisme muncul selepas berlaku nya Era Renainssance di Barat. Pemikiran logik (sekularisme)
mengambil tempat pemikiran masyarakat barat. Kuasa raja samada dihadkan seperti di England atau
dibuang terus seperti di Perancis telah mengubah sistem sistem ekonomi feudal kepada sistem
ekonomi baru pada masa itu iaitu kapitalisme.
Hal yang sama juga berlaku di Tanah Melayu ketika zaman penjajahan. Pihak penjajah telah
mengehadkan kuasa raja hanya dalam sektor agama yang sangat terhad. Soal pengurusan khazanah
Negara pada masa itu, semuanya diuruskan oleh penjajah. Hegemoni ini diteruskan oleh anak didik
mereka yang disemai di zaman penjajahan tumbuh di zaman Merdeka dan dan terus dipupuk
sehingga sekarang.
Sistem ekonomi kapitalisme terdapat beberapa persamaan dengan sistem feudal yang lalu antaranya:
a. Kekayaan negara dinikmati oleh golongan tertentu yang minoriti.
b. Urus tadbir ekonomi negara ditentukan oleh golongan pemerintah.
c. Golongan bawahan yang sentiasa ditindas.
Kuasa Politik
1 Ugutan tahyul adalah istilah yang direka penulis berkaitan cerita-cerita tahyul yang direka oleh orang-orang
istana bagi menakutkan orang bawahan daripada bangun menentang kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh
pihak mereka. Contonya ialah tulah.

Berdasarkan senarai persamaan tersebut, panulis menyimpulkan terdapat hubungkait yang saling
memerlukan diantara Kuasa Politik dan Kapitalis. Kuasa politik yang dimiliki pemerintah akan

menentukan dasar-dasar ekonomi Negara. Pemerintah yang mengamalkan kapitalisme akan
mengstrukturkan dasar-dasar ekonomi yang menyebelahi golongan pemodal (kapitalis). Antara dasar
yang menyebelahi golongan pemodal di Malaysia adalah dasar LDP (Liberalisasi, Diregulasi dan
penswataan) yang diperkenalkan pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir. Penswastaan lebuhraya
sebagai contoh, ia membuka seluas-luasnya kepada pihak syarikat mengambil keutungan daripada
rakyat dengan menentukan tarif tol mengikut sesuka hati mereka tanpa menghiraukan beban yang
ditanggung rakyat.
Kuasa politik juga menentukan pihak-pihak tertentu yang layak seperti sahabat atau kaum kerabat
yang tedekat bagi menerima projek-projek daripada kerajaan tanpa membuka tander-tander tersebut
kepada umum. Selain itu, kita juga boleh melihat dari aspek belanjawan Negara yang dibentangkan
dalam Bajet Negara. Negara yang berasaskan kapitalisme akan mengagihkan belanjawan Negara lebih
besar kepada projek-projek mega yang dipegang oleh syarikat tertentu berbanding agihan yang
diberikan kepada rakyat.
Kesimpulan
Kesimpulannya, jika di Malaysia, politik dan ekonomi menjadi dua entiti penting saling memerlukan
dalam mengukuhkan penguasaan golongan tertentu terhadap kekayaan Negara. Hal ini berbeza di
Negara-negara maju seperti England dan Japan. Walaupun mereka turut mengamalkan dasar
kapitalisme namun, ia lebih diaplikasikan di dalam dasar luar Negara. Dasar dalam Negara mereka
lebih menjurus kepada sosialisme yang menjaga kebajikan rakyat. Menurut Syed Husin Ali, Malaysia
sebenarnya masih lagi mengamalkan sistem feudal ataupun dipanggil neo-feudal.

Wallahu ta’ala a’lam