Panduan Pengajaran PJPK KSSR Semakan Tah

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Panduan Pengajaran
Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan
(Komponen Pendidikan Kesihatan)
Tahun 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Panduan Pengajaran
Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan
(Komponen Pendidikan Kesihatan)
Tahun 1

Terbitan


Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2016

Cetakan Pertama 2016
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua
bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis
daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

KANDUNGAN

RUKUN NEGARA

vii


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

viii

PENDAHULUAN

ix

1

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

1

2

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

2


3

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

6

4

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

8

5

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

9

6


KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

11

7

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

12

8

PENYALAHGUNAAN BAHAN

13

9

PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI


15

10

PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI

17

11

PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI

22

12

KEKELUARGAAN

23


13

KEKELUARGAAN

25

14

PERHUBUNGAN

26

15

PERHUBUNGAN

28

16


PERHUBUNGAN

32

17

PERHUBUNGAN

34

18

PENYAKIT

36

19

PENYAKIT


38

20

KESELAMATAN

41

21

KESELAMATAN

43

22

KESELAMATAN

46


23

PEMAKANAN

47

24

PEMAKANAN

49

25

PERTOLONGAN CEMAS

51

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia

mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan dengan lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dengan berbagai-bagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELURUHAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
vii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan
dan

kepatuhan

kepada

Tuhan.

Usaha

ini

adalah

bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan,

berketerampilan,

bertanggungjawab

dan

berakhlak

berkeupayaan

mulia,

mencapai

kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

viii

PENDAHULUAN
Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat
pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan,
meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid
dididik supaya sentiasa menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi,
sosial dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang
terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan
optimum.

Justeru itu, Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan (Komponen Pendidikan Kesihatan) Tahun 1 ini dibina untuk
membantu guru menterjemah kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran

(DSKP)

Pendidikan

Jasmani

dan

Pendidikan

Kesihatan

(Komponen Pendidikan Kesihatan) serta melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran. Panduan pengajaran ini adalah usaha Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dengan pelbagai pihak. Panduan pengajaran ini mengandungi 25 contoh
pengajaran yang diharap dapat dimanfaatkan oleh guru dan murid.
Kreativiti dan inovatif guru dalam mengubah suai serta menambah baik
contoh aktiviti yang disediakan dalam panduan pengajaran ini amat
digalakkan.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan idea, kepakaran,
masa serta tenaga dalam penghasilan panduan pengajaran ini.

ix

Kesihatan Diri dan Reproduktif

Standard Kandungan

:

1.1

Standard Pembelajaran

:

1.1.1

Bahan Bantu Belajar

:

Set puzzle
Set suku kata

Cadangan Aktiviti

:

1.

Nyanyian lagu ‘Head, Shoulder, Knee and Toe’.

2.

Puzzle
i.
Mencantumkan kad-kad sehingga menjadi anggota tubuh lelaki
dan perempuan yang sempurna.
ii.
Melabelkan bahagian anggota tubuh dengan menyusun suku
kata sehingga menjadi perkataan yang dikehendaki.

3.

Setiap kumpulan menceritakan hasil kerja masing-masing.

4.

Rumusan.

NOTA

Kepala
Badan
Organ genital
Anggota lain

: Rambut, mata, telinga, hidung, mulut,
bibir, dan gigi
: Payu dara, dada, bahu, dan punggung
: Zakar, dan faraj
: Tangan, paha, kaki, kuku, dan dubur

1

Kesihatan Diri dan
Reproduktif

Kesihatan Diri dan Reproduktif

Standard Kandungan

:

1.1

Standard Pembelajaran

:

1.1.2

Bahan Bantu Belajar

:

Lembaran Kerja 1
Lembaran Kerja 2
Lampiran 1

Cadangan Aktiviti

:

1.

Nyanyian lagu ‘Jaga Kebersihan’ mengikut melodi lagu ‘Anak Itik Tok
Wi’ (Lampiran 1).

2.

Bersoal jawab tentang kebersihan diri.
i.
Fizikal
ii.
Pakaian
iii.
Alatan keperluan diri

3.

Edarkan Lembaran Kerja 1 dan 2.

NOTA

Contoh soalan:
i. Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan diri?
ii. Apakah yang terjadi jika kuman menjadi kawan?
iii. Bolehkah sabun digantikan dengan bahan lain?

2

Kesihatan Diri dan Reproduktif
Lampiran 1

Jaga Kebersihan
Ayuh kawan-kawan jaga kebersihan,
Jaga kebersihan, jaga keterampilan,
Mesti guna sabun bila kita mandi,
Kawan pasti suka bila kita wangi,
Mesti berus gigi dua kali sehari,
Bila gigi putih senyuman berseri,
Ingat basuh tangan sebelum makan,
Bila tangan kotor kuman jadi kawan,
Bila berpakaian mesti nampak segak,
Biar nampak cantik dan bertambah kacak,
Oleh itu rakan ingatlah semua
Kebersihan itu amalan mulia.

3

Kesihatan Diri dan Reproduktif
Lembaran Kerja 1

Pilih dan warnakan gambar yang menunjukkan amalan menjaga
kebersihan diri.

4

Kesihatan Diri dan Reproduktif
Lembaran Kerja 2

Mencari Perkataan Tersembunyi
Baca ayat di bawah. Kemudian warnakan perkataan yang betul.

c

v

g

u

h

k

l

w c

i

t

a

n

g

a

n

a

a

r

f

v

b

h

j

m k

a

s

w

t

h

n

j

u

i

g

t

m a

n

d

i

q

a

s

s

d

f

r

t

g

h

n

r

r

r

t

w

y

q w p

e

n

d

e

k

q

h

s

i

f

v

f

e

y

r

h

d

s

o

i

f

a

s

y

s

h

a

h

e

g

g

f

k

g

t

y

d

h

a

g

s

g

g

d

p

e

y

g

j

e

d

s

i

h

u

t

y

b

b

l

i

t

d

o

d

f

v

k

r

f

t

u

r

i

u

g

o

v

l

g

r

e

i

t

r

i

x

f

t

y

j

k

o

g

f

l

c

j

i

d

s

i

a

d

u

d

g

t

u

a

l

a

h

r

e

c

j

t

d

y

h

e

e

y

f

f

h

f

p

h

l

r

l

s

y

a

m p

u

w

l

p

d

t

c

y

i

1.

Kita mesti _____________ dengan menggunakan sabun.

2.

Gosok _________ sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3.

Cuci _____________________ sebelum dan selepas makan.

4.

Kuku sentiasa dipotong ______________ dan bersih.

5.

Cuci rambut dengan menggunakan ____________________.

6.

Gunakan ___________ yang bersih selepas mandi.

5

Kesihatan Diri dan Reproduktif

Standard Kandungan

:

1.1

Standard Pembelajaran

:

1.1.3 dan 1.1.4

Bahan Bantu Belajar

:

Gambar

Cadangan Aktiviti

:

1.

Bahagikan murid kepada enam kumpulan untuk ‘Permainan Boom’.

2.

Setiap kumpulan diberikan nama
i.
Mandi
ii.
Cuci Tangan
iii.
Lap Badan
iv.
Sikat Rambut
v.
Gosok Gigi
vi.
Potong Kuku

3.

Setiap murid di dalam kumpulan akan menentukan satu gaya yang
perlu dilakukan berdasarkan nama kumpulan yang diberi dan
melakukan aksi tersebut apabila nama kumpulan mereka disebut.

4.

Berdasarkan gambar di Lampiran 1, setiap murid akan menunjukkan
kad traffic light untuk menentukan sama ada gambar yang
dipamerkan
i.
Bersih
(Kad Hijau)
ii.
Tidak Bersih (Kad Merah)

NOTA

Permainan ‘Boom’
1. Ahli kumpulan akan menyebut:
Mandi boom! Mandi boom! Mandi boom...Gosok Gigi boom!
2. Kumpulan yang dibom akan melakukan gaya kumpulan
yang telah dibincang sebelum permainan bermula.
3. Kreativiti lakuan bergantung kepada ahli dalam setiap
kumpulan.

6

Kesihatan Diri dan Reproduktif

Lampiran 1

7

Kesihatan Diri dan Reproduktif

Standard Kandungan

:

2.1

Standard Pembelajaran

:

2.1.1

Bahan Bantu Belajar

:

4 buah kotak
Kad warna hijau, kuning dan merah
(4 Set)
Kad nama bahagian tubuh badan

Cadangan Aktiviti

:

1.

Aktiviti ‘Identification Card’
i.
Murid membentuk satu bulatan berlapis.
ii.
Seorang murid dipilih sebagai model (berdiri di tengah-tengah
bulatan) dan memegang gambar-gambar situasi pelbagai
sentuhan yang diterbalikkan.
iii.
4 buah kotak yang mengandungi kad warna hijau, kuning dan
merah bersedia untuk diedarkan.
iv.
Kotak-kotak tersebut bergerak serentak apabila lagu dimainkan.
v.
Pemegang kotak berdiri apabila lagu dihentikan.

2.

Model menunjukkan gambar situasi pelbagai sentuhan.

3.

Pemegang kotak akan mengeluarkan kad warna yang bersesuaian
dan jelaskan sebab kad warna itu dipilih.

Tidak
Selamat

Tidak
Selesa

8

Selamat

Kesihatan Diri dan Reproduktif

Standard Kandungan

:

2.1

Standard Pembelajaran

:

2.1.2

Bahan Bantu Belajar

:

Kad peranan
Kad soalan

Cadangan Aktiviti

:

1.

Aktiviti ‘Boleh Saya Sentuh’
i.
Seorang murid dipilih untuk memegang kad peranan.
ii.
Murid yang memegang kad peranan akan bertanya kepada
murid-murid lain di dalam kelas, “Boleh saya sentuh?”
iii.
Murid-murid lain akan menjawab soalan tersebut dengan
jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’.

2.

Sekiranya jawapan ‘Ya’
i.
Murid yang memegang kad peranan akan memilih satu kad
soalan yang disediakan.
ii.
Soalan seterusnya akan dikemukakan berdasarkan kad soalan,
“Boleh saya sentuh tangan?”
iii.
Murid-murid lain akan menjawab ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
iv.
Guru akan bertanya, “Mengapa ya?” atau “Mengapa tidak?”.

3.

Sekiranya jawapan ‘Tidak’, giliran murid yang memegang kad
peranan akan tamat dan digantikan dengan murid lain.

4.

Setelah semua kad peranan telah dijawab, permainan akan dikira
tamat.

5.

Perbincangan dan rumusan.

NOTA

Permainan ini boleh dimainkan dalam kumpulan kecil atau
mengikut kesesuaian.
9

Kesihatan Diri dan Reproduktif

Lampiran 1
Contoh Kad Peranan

Ibu

Ayah

Guru

Kawan

Doktor

Pakcik

Contoh Kad Soalan

Boleh saya sentuh
tangan?

Boleh saya sentuh
bahu?

Boleh saya sentuh
punggung?

Boleh saya sentuh
dada?

Boleh saya sentuh
kaki?

Boleh saya sentuh
organ genital?

10

Kesihatan Diri dan Reproduktif

Standard Kandungan

:

2.1

Standard Pembelajaran

:

2.1.3 dan 2.1.4

Bahan Bantu Belajar

:

Klip video

Cadangan Aktiviti

:

1.

Tayangan klip video yang mempunyai kaitan dengan kes penculikan.
i.
Bersoal jawab berkaitan kisah yang ditunjukkan dalam klip
video.
ii.
Melakonkan dan menilai situasi yang memerlukan kemahiran
berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat dan sentuhan
tidak selesa.

2.

Perbincangan dan rumusan.

Murid menunjuk cara kemahiran berkata TIDAK kepada
sentuhan tidak selamat dan sentuhan tidak selesa dengan
kreativiti sendiri.

NOTA
.

11

Kesihatan Diri dan Reproduktif

Standard Kandungan

:

3.1

Standard Pembelajaran

:

3.1.1 dan 3.1.2

Bahan Bantu Belajar

:

Botol ubat
Sarung ubat
Label preskripsi doktor

Cadangan Aktiviti

:

1.

Bercerita tentang pengalaman demam atau sakit dan pengambilan
ubat.

2.

Bersoal jawab tentang ubat, kepentingan ubat dan kepentingan
mematuhi preskripsi doktor.

3.

Perbincangan tentang kotak atau botol yang mengandungi label
preskripsi doktor.

NOTA
Contoh maklumat pada label preskripsi doktor:
 Nama pesakit
 Sukatan yang perlu diambil
 Kekerapan pengambilan ubat
 Tarikh luput
12

Penyalahgunaan Bahan

Standard Kandungan

:

3.1

Standard Pembelajaran

:

3.1.3, 3.1.4 dan 3.1.5

Bahan Bantu Belajar

:

Risalah

Cadangan Aktiviti

:

1.

Permainan ‘Siapa Cepat Dia Menang’
i.
Beberapa murid akan dipilih sebagai ketua dan diberi kad
gambar yang berlainan.
ii.
Ketua akan disusun mengikut kedudukan seperti di Lampiran 1.
iii.
Murid yang lain akan berada di tengah-tengah ruang dan
dibekalkan dengan kad pernyataan.

2.

Apabila arahan mula diberikan, murid di tengah-tengah ruang akan
bergerak dan memadankan kad pernyataan dengan gambar yang
dipegang oleh ketua di sekeliling.

3.

Ketua kumpulan akan mengangkat kad hijau menunjukkan
kumpulannya telah lengkap.

NOTA
Ketua yang mendapat ahli paling cepat dan tepat
dikira sebagai pemenang.

13

Penyalahgunaan Bahan
Lampiran 1
Kad gambar dan pernyataan ‘Siapa Cepat Dia Menang’.

14

Pengurusan Mental dan Emosi

Standard Kandungan

:

4.1

Standard Pembelajaran

:

4.1.1 dan 4.1.2

Bahan Bantu Belajar

:

Gambar

Cadangan Aktiviti

:

1.

Secara berkumpulan murid berbincang untuk memilih ekspresi muka
bagi kumpulan masing-masing.

2.

Permainan ekspresi muka yang menunjukkan perasaan mengikut
arahan guru secara spontan.

3.

Bersoal jawab.
Contoh soalan:
i.
Apakah yang menyebabkan seseorang itu berasa sedih?
ii.
Bagaimanakah anda menunjukkan ekspresi sedih selain
daripada menangis?
iii.
Apakah yang menyebabkan seseorang itu berasa gembira?
iv.
Bagaimanakan anda menunjukkan ekspresi gembira selain
daripada tersenyum dan ketawa?

4.

Edarkan Lembaran Kerja 1 dan jelaskan mengapa anda memilih gambar
tersebut.

5.

Rumusan.

15

Pengurusan Mental dan Emosi
Lembaran Kerja 1
Tandakan () pada ruang yang menunjukkan emosi bersesuaian dengan
gambar.
Bil.

Gambar

Emosi
Gembira

1.

2.

3.

4.

16

Malu

Sedih

Takut

Marah

Pengurusan Mental dan Emosi

Standard Kandungan

:

4.1

Standard Pembelajaran

:

4.1.3

Bahan Bantu Belajar

:

Kad gambar
Kotak misteri

Cadangan Aktiviti

:

1.

Bersoal jawab dengan murid tentang keperluan dan kehendak.

2.

Murid mengambil kad gambar (Lampiran 1) daripada kotak misteri.

3.

Murid melekatkan gambar mengikut kumpulan kehendak dan
keperluan.

4.

Perbincangan murid dalam kumpulan tentang gambar-gambar yang
telah diklasifikasikan.

5.

Edarkan Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2.

17

Pengurusan Mental dan Emosi
Lampiran 1
Kad Gambar

18

Pengurusan Mental dan Emosi
Lampiran 2
Gunting dan tampal gambar mengikut kumpulan kehendak dan keperluan
dalam lembaran kerja yang diberikan.

19

Pengurusan Mental dan Emosi

Lembaran Kerja 1
Tampalkan gambar mengikut kumpulan kehendak.

KEHENDAK

20

Pengurusan Mental dan Emosi
Lembaran Kerja 2
Lembaran Kerja 2
Tampalkan gambar mengikut kumpulan keperluan.

KEPERLUAN

21

Pengurusan Mental dan Emosi

Standard Kandungan

:

4.1

Standard Pembelajaran

:

4.1.4

Bahan Bantu Belajar

:

Kad situasi

Cadangan Aktiviti

:

1.

Murid melakukan cara meminta keperluan dan kehendak dalam
kumpulan.

2.

Setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang. Murid memainkan
peranan sebagai ‘anak’, ‘ibu’ dan ‘bapa’.

3.

Murid akan melakonkan watak yang diberi iaitu watak anak yang
akan menyuarakan keperluan dan kehendak diri kepada ibu dan
bapa.

4.

Guru menetapkan pilihan keperluan dan kehendak setiap kumpulan
supaya tidak berlaku pertindihan pilihan yang sama antara kumpulan.
Contoh:
i.
Hendak membeli buku
ii.
Hendak permainan video

5.

Perbincangan dan rumusan.

22

Kekeluargaan

Standard Kandungan

:

5.1

Standard Pembelajaran

:

5.1.1 dan 5.1.2

Bahan Bantu Belajar

:

Poster
Gambar

Cadangan Aktiviti

:

1.

Bahagikan murid kepada 5 kumpulan.
i.
Kumpulan ayah
ii.
Kumpulan ibu
iii.
Kumpulan adik
iv.
Kumpulan kakak
v.
Kumpulan abang

2.

Setiap kumpulan diberi satu kad berwarna yang berlabel ‘ayah’, ‘ibu’,
‘adik’, ‘kakak’ dan ‘abang’.

3.

Semua murid menyanyikan lagu ‘Sayang Semuanya’ (Lampiran 1).

4.

Semasa menyanyikan lagu, apabila watak ‘ibu’ disebut salah seorang
murid yang memegang label ‘ibu’ dalam kumpulan itu tampil ke
depan dan diikuti oleh murid yang memegang kad warna yang sama
dengan label ‘ayah’, ‘adik’, ‘kakak’ dan ‘abang’.

5.

Setelah semua murid berada dalam ‘keluarga’ masing-masing, setiap
keluarga menceritakan peranan dan keistimewaan diri serta ahli
keluarga.

23

Kekeluargaan

Lampiran 1

Sayang Semuanya
Satu-satu saya sayang ibu
Dua-dua juga sayang bapa
Tiga-tiga sayang adik kakak
Satu dua tiga sayang semuanya

Satu-satu saya sayang ibu
Dua-dua juga sayang bapa
Tiga-tiga sayang adik kakak
Satu dua tiga sayang semuanya

24

Kekeluargaan

Lembaran Kerja 1
Padankan peranan ahli keluarga.

Mengurus kerja rumah

Ketua keluarga
Bapa
Membantu bapa

Mengasuh anak
Ibu
Membantu ibu menjaga
rumah

Mengawasi keluarga

Abang

Membantu ibu membuat
kerja rumah

Kakak
25

Kekeluargaan

Standard Kandungan

:

5.1

Standard Pembelajaran

:

5.1.3 dan 5.1.4

Bahan Bantu Belajar

:

Poster
Gambar

Cadangan Aktiviti

:

1.

Aktiviti main peranan berdasarkan gambar.

2.

Murid berada dalam kumpulan kecil (mengikut kesesuaian).

3.

Setiap kumpulan diberi gambar yang berlainan dan diminta membuat
perbincangan.

4.

Setiap kumpulan melakonkan situasi berdasarkan gambar
(Lampiran 1) yang diberi.

5.

Soal jawab.
Contoh soalan:
Bagaimanakah cara menghormati diri, ahli keluarga dan penjaga?
i.
Memberi salam
ii.
Bersalaman
iii.
Membongkokkan badan semasa melintasi di hadapan orang
yang lebih tua
iv.
Menghulurkan bantuan.

26

Kekeluargaan

Lampiran 1

27

Perhubungan

Standard Kandungan

:

6.1

Standard Pembelajaran

:

6.1.1 dan 6.1.2

Bahan Bantu Belajar

:

CD Lagu
Radio

Cadangan Aktiviti

:

1.

Edarkan lirik lagu “Keluarga Bahagia” (Lampiran1) dan menyanyi
bersama-sama.

2.

Murid bercerita tentang kepentingan hubungan berkekalan dalam
kalangan ahli keluarga berpandukan kad perkataan (Lampiran 2 atau
gambar lain yang sesuai).

3.

Edarkan Lembaran Kerja 1.

4.

Gunting perkataan pada Lampiran 2 dan tampalkan pada Lembaran
Kerja 1.

28

Perhubungan
Lampiran 1

Keluarga Bahagia
Kasih pada ibu,
Taat pada bapa,
Hormat pada guru,
Keluarga bahagia.
Ibu dan bapa,
Serta keluarga,
Bimbinglah kami,
Dengan penuh kasih sayang.

Korus:
Masa tidak menunggu kita,
Oleh itu janganlah leka,
Jangan menderhaka,
Pada orang tua.
(ulang korus)

29

Perhubungan

Lampiran 2

Bapa

Ibu

Abang

Kakak

Adik

30

Perhubungan

Lembaran Kerja 2

Tampal perkataan yang sesuai (Lampiran 2) pada ruangan yang disediakan.

31

Perhubungan

Standard Kandungan

:

6.1

Standard Pembelajaran

:

6.1.3

Bahan Bantu Belajar

:

CD Lagu
Radio

Cadangan Aktiviti

:

1.

Menyanyikan lagu “Trek Tok Tok” mengikut melodi lagu “Trek Tek Tek”.
(Lampiran 1)

2.

Bincangkan etiket perhubungan antara diri dengan ibu, bapa,
penjaga, ahli keluarga, rakan sebaya dan orang lain.

3.

Rumusan.

32

Perhubungan

Lampiran 1

Trek Tok Tok
Bila masuk ke bilik ibu,
Trek Tok Tok...
Ketuk pintu terlebih dahulu,
Trek Tok Tok...
Jangan terus masuk melulu,
Minta izin daripada ibu,
Trek Tok Tok...
Abang saya ada basikal
Trek Tok Tok...
Mohon izin sebelum guna
Trek Tok Tok...
Kalau kita sentiasa berakal
Baru jadi insan berguna
Trek Tok Tok...
Jika kita pergi bermain
Trek Tok Tok...
Main bersama-sama rakan
Trek Tok Tok...
Jaga adab dalam pergaulan
Agar tidak sesal kemudian
Trek Tok Tok...
Ikut ayah ke pasar malam
Trek Tok Tok...
Pegang tangan jangan lepaskan
Trek Tok Tok...
Jangan ikut orang sembarangan
Nanti hilang tidak ketahuan
Trek Tok Tok...
33

Perhubungan

Standard Kandungan

:

6.1

Standard Pembelajaran

:

6.1.4

Bahan Bantu Belajar

:

Klip video

Cadangan Aktiviti

:

1.

Tayangan klip video “Ajar Anak Anda Menjerit” atau bersesuaian
dengan topik situasi yang memerlukan kemahiran berkata TIDAK
kepada sentuhan tidak Selamat dan sentuhan tidak selesa.

2.

Membuat sumbang saran berdasarkan situasi
i.
individu yang tidak dikenali
ii.
individu yang dikenali
iii.
sentuhan Selamat
iv.
sentuhan tidak Selamat
v.
sentuhan tidak selesa

3.

Melaporkan sentuhan yang tidak selemat dan sentuhan yang tidak
selesa kepada ibu, bapa, penjaga atau individu yang dipercayai.

NOTA
 Hanya ibu dan doktor sahaja yang boleh menyentuh organ
genital untuk tujuan kebersihan, kesihatan dan keselamatan.
 Apabila melakukan pemeriksaan doktor, seseorang itu perlu
ditemani ibu atau jururawat yang bertugas.
 Penerangan topik ini juga hendaklah mengambil kira aspek
sosiobudaya setempat.
34

Perhubungan

Lembaran Kerja 1
Tandakan (

bagi situasi yang memerlukan kemahiran berkata TIDAK.

35

Penyakit

Standard Kandungan

:

7.1

Standard Pembelajaran

:

7.1.1 dan 7.1.2

Bahan Bantu Belajar

:

Stiker

Cadangan Aktiviti
1.
2.
3.

4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.

:

Bersoal jawab tentang keadaan kesihatan murid.
Permainan ‘Antikuman’ (permainan seperti ‘Belatuk dan Belalang’).
Murid berada dalam 2 kumpulan
i.
Merah (stiker penyakit batuk)
ii.
Hijau (stiker penyakit selesema)
Murid yang dipilih akan memberi arahan dengan mengangkat kad
traffic light merah atau hijau.
Apabila kad merah diangkat, kumpulan hijau akan berlari dan
sebaliknya.
Murid yang mengejar akan cuba melekatkan stikernya pada pihak
lawan.
Murid yang berjaya melekatkan stiker pada rakan lain dikira sihat dan
akan keluar daripada permainan.
Di akhir permainan, murid yang mendapat stiker yang banyak
dianggap telah dijangkiti kuman.
Pemain yang mendapat paling banyak stiker akan melakonkan aksi
orang yang dijangkiti selesema dan batuk.
Perbincangan tentang maksud ‘kuman’ dan contoh cara kuman
merebak melalui air, udara, sentuhan, dan jarum suntikan.
Rumusan.

NOTA
 Sediakan kad-kad perkataan bagi menerangkan maksud
kuman.
 Murid menyusun kad-kad menjadi ayat. (Lampiran 1)
i. Organisma halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
ii. Kuman menyebabkan pelbagai penyakit
36

Penyakit

Lampiran 1

a)

Kuman adalah organisma halus yang tidak dapat dilihat
dengan mata kasar.

b)

Kuman hanya dapat dilihat dengan menggunakan
mikroskop.

c)

Kuman adalah organisma yang berbahaya.

d)

Jika kita dijangkiti kuman, kita akan jatuh sakit.

37

Penyakit

Standard Kandungan

:

7.1

Standard Pembelajaran

:

7.1.3, 7.1.4 dan 7.1.5

Bahan Bantu Belajar

:

Jigsaw puzzle
Kad imbasan

Cadangan Aktiviti

1.

:

Bersoal jawab tentang cara kuman merebak.
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Air
Udara
Makanan yang terdedah
Sentuhan
Jarum suntikan

2.

Edarkan jigsaw puzzle (Lampiran 1) kepada setiap kumpulan.

3.

Berdasarkan gambar jigsaw puzzle, murid menceritakan tentang cara
mengelak kuman merebak.

4.

Padankan kad imbasan (Lampiran 2) yang mengandungi kesan
kepentingan mencegah kuman pada papan tulis.

5.

Rumusan.

38

Penyakit

Lampiran 1

39

Penyakit

Lampiran 2

40

Keselamatan

Standard Kandungan

:

8.1

Standard Pembelajaran

:

8.1.1

Bahan Bantu Belajar

:

Klip video
Kad situasi

Cadangan Aktiviti

:

1.

Tayangan klip video atau tunjuk kad situasi berkaitan keselamatan diri.

2.

Perbincangan tentang situasi selamat dan situasi tidak selamat
berdasarkan tayangan klip video atau kad situasi yang ditunjukkan.

3.

Pembentangan hasil dapatan dalam bentuk peta minda.

4.

Perbincangan dan rumusan.

NOTA



Borang kaji selidik akan dibawa pulang oleh setiap murid
untuk dilengkapkan di rumah dengan bantuan ibu bapa.
Perbincangan dalam kumpulan selepas dapatan kaji selidik
dikumpulkan.
41

Keselamatan

Lampiran 1
Contoh Kad Situasi

Orang yang tidak dikenali
memperkenalkan diri sebagai
rakan ibu atau bapa.
Orang itu ingin menghantar anda
pulang ke rumah dengan alasan
berlaku kemalangan di rumah.

Guru membimbing murid supaya bertanya soalan seperti:
i.

Siapakah nama ibu saya?

ii.

Siapakah nama ayah saya?

iii.

Berapakah nombor telefon ibu atau ayah saya?

42

Keselamatan

Standard Kandungan

:

8.1

Standard Pembelajaran

:

8.1.2

Bahan Bantu Belajar

:

Borang Kaji Selidik

Cadangan Aktiviti

1.

A.

:

Mengisi borang kaji selidik.

Nama

:

______________________________

Kelas

:

______________________________

Arahan

:

Tandakan (√) pada ruangan yang disediakan.

Situasi Di Rumah
Selamat

1.

Orang yang tidak dikenali mengetuk
pintu rumah.

2.

Juru jual mempromosi barang jualan
ke rumah anda.

3.

Rakan mengajak anda keluar tanpa
pengetahuan ibu bapa.

4.

Orang yang dikenali ingin memasuki
rumah tanpa kehadiran ibu bapa.
43

Tidak Selamat

Keselamatan

B.

Situasi Di Sekolah

1.

Orang yang tidak dikenali ingin
menghantar anda balik ke rumah.

2.

Orang yang dikenali selain keluarga
asas di rumah ingin menghantar
anda balik ke rumah.

3.

Rakan mengajak anda pergi ke suatu
tempat terpencil untuk berbincang.

4.

Murid lain mengajak anda keluar
kelas tanpa pengetahuan guru.

C.

Situasi Di Taman Permainan

1.

Orang yang tidak dikenali
menghampiri tempat anda bermain.

2.

Orang yang tidak dikenali
menawarkan makanan semasa
bermain.

3.

Orang yang dikenali cuba untuk
mengajak anda pergi ke tempat lain.

4.

Orang yang dikenali menawarkan
makanan kesukaan anda.

44

Selamat

Tidak Selamat

Selamat

Tidak Selamat

Keselamatan

D.

Situasi Di Tempat Awam
Selamat

1.

Orang yang tidak dikenali cuba
menarik anda ke tempat lain.

2.

Orang yang dikenali memaksa anda
untuk mengikutnya tanpa
pengetahuan ibu bapa.

3.

Orang yang dikenali memaksa anda
keluar dari kenderaan tanpa
pengetahuan ibu bapa.

4.

Anda berkeliaran jauh dari ibu bapa
semasa membeli-belah.

Arahan

:

Tidak Selamat

Tandakan (√) atau (X) pada ruangan yang disediakan.

Sekiranya situasi tidak selamat berlaku pada diri saya, saya akan...
Memberitahu ibu bapa

Memberitahu guru

Memberitahu rakan baik

Mengikut orang yang tidak
dikenali

Bertegur sapa dengan orang
yang tidak dikenali

Lari ke arah ibu bapa

Menangis

Menjerit meminta tolong

Mengambil makanan yang
diberikan

Menggigit tangan orang yang
cuba mengganggu

45

Keselamatan

Standard Kandungan

:

8.1

Standard Pembelajaran

:

8.1.3 dan 8.1.4

Bahan Bantu Belajar

:

Kad perkataan
Gambar

Cadangan Aktiviti

:

1.

Murid diberi kad perkataan ‘buli’, ‘pembuli’ dan ‘mangsa buli’.

2.

Perbincangan dalam kumpulan berkaitan maksud ‘buli’, ‘pembuli’
dan ‘mangsa buli’.

3.

Murid memberi respons dengan mengangkat kad ‘pembuli’ atau
‘mangsa buli’ berdasarkan gambar yang ditunjukkan (Lampiran 1).

4.

Perbincangan berkaitan kesan perbuatan buli.

5.

Murid main peranan dalam kumpulan bertiga untuk berkata ‘TIDAK’
kepada pembuli.

46

Pemakanan

Standard Kandungan

:

9.1

Standard Pembelajaran

:

9.1.1 dan 9.1.2

Bahan Bantu Belajar

:

Replika makanan
Bekas kosong

Cadangan Aktiviti

:

1.

Bahagikan murid mengikut kumpulan kecil.

2.

Setiap kumpulan diberi bekas kosong.

3.

Murid mengambil satu jenis makanan atau replika makanan secara
bergilir dan memasukkan ke dalam bekas (Lampiran 1).

4.

Perbincangan berkaitan kepentingan pengambilan makanan yang
berkhasiat.

5.

Rumusan.

47

Pemakanan

Lampiran 1

Replika Makanan

Bekas

Bekas

Bekas

48

Bekas

Pemakanan

Standard Kandungan

:

9.1

Standard Pembelajaran

:

9.1.3

Bahan Bantu Belajar

:

Borang Kaji Selidik

Cadangan Aktiviti

:

1.

Borang kaji selidik diberi kepada setiap murid dalam kumpulan bertiga
(Lampiran 1).

2.

Melawat kantin sekolah.
i.
Meninjau situasi di kantin.
ii.
Meninjau makanan yang dihidang.
iii.
Meninjau kebersihan kantin dan pekerja.

3.

Perbincangan dalam kumpulan selepas lawatan.

4.

Pembentangan hasil dapatan dalam bentuk peta minda.

5.

Perbincangan.

49

Pemakanan

Lampiran 1
Borang Kaji Selidik
Nama Ahli Kumpulan

:

1. __________________________________
2. __________________________________
3. __________________________________
Arahan

:

Tandakan (√) pada ruangan yang disediakan.
Bertutup

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Kuih
Mi
Nasi lemak
Bihun
Air minuman
Buah-buahan

Tidak bersih
1.
2.
3.

Terbuka

Bersih

Sangat bersih

Kebersihan kantin
Pakaian pekerja kantin
Bekas menyimpan
makanan

Pada pendapat saya, makanan dan minuman perlu ditutup kerana ________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

50

Pertolongan Cemas

Standard Kandungan

:

10.1

Standard Pembelajaran

:

10.1.1, 10.1.2 dan 10.1.3

Bahan Bantu Belajar

:

CD
Pemain CD

Cadangan Aktiviti

:

1.

Guru bunyikan siren ambulans, polis dan bomba.

2.

Bersoal jawab apabila kita akan hubungi ambulans, polis dan bomba.
Edarkan Lembaran Kerja 1.

3.

Berikan kad situasi kecemasan.

4.

Bincangkan tindakan yang akan diambil oleh murid dalam situasi yang
ditunjukkan (Lampiran 1).

5.

Murid melakonkan situasi dengan bimbingan guru.

6.

Rumusan.

51

Pertolongan Cemas
Lampiran 1

Selimut terbakar disebabkan lingkaran ubat
nyamuk.
Lakonkan tindakan anda.

Kaki terseliuh kerana tergelincir.
Lakonkan tindakan anda.

Kaki luka dan berdarah.
Lakonkan tindakan anda.

Terpisah daripada ibu bapa semasa
membeli-belah.
Lakonkan tindakan anda.

52

Pertolongan Cemas

Lembaran Kerja 1
Siapakah yang perlu kita minta bantuan apabila berlaku kecemasan.
Bulatkan jawapan yang betul.

53

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8, BLOK E 9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
TEL: 03-88842000

FAKS: 03-88889917

http://www.moe.gov.my/bpk