Pengujian dan Penilaian Instrumen Kebaha (1)

anLKEMENTERTAN
I

Uil'*T.oi?5fAN

Kelestarian Insan Menjana Transformasi Pembangunan Negara
Isu, Cabaran Dan Masa Depan

KENEGARAAN
HUBUNGAN ETNIK
KOMUNITI
I ,,LrD
Tempat

Tarikh I

I

r

Dewan Tunku Mahkota Ismail, urHM, Batu pahat, fohor.

9 - 10 April 20L4
:

A'i"'r'r"

$r: xiii -il,;;;inr., ?'ri- r':*J

i

r:

,yo* ptnanz,:

il {Jn * ls

PROSIDING
PERSI DAN GAN ANTARABANGSA
KELESTARIAN INSAN

2014

" Kenegaraan

Hubungan Etnik

Komuniti"
JILID

1

9 - 10 APRIL 2014

FAKULTI SAINS, TEKNOLOGI DAN
PEMBANGUNAN INSAN

@ Penerbit UTHM

Cetakan PerIama2014

Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama

ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin
bertulis daripada Pejabat Penerbit, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu
Pahat, Johor. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.
Perpustakaan Negara

Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Persidangan Antarabangsa Kelestarian lnsan (2014 : Johor)
PROSIDING PERSIDANGAN ANTARABANGSA KELESTARIAN INSAN 2014:
"Kenegaraan Hubungan Etnik Komuniti", 9-10 APRIL 2O14. JILID 1.
rs BN 978-967 -0 468-7 5-4
1. Education, Higher-Malaysia-Congresses. 2. Malaysia-Politicsand
govern ment-Congresses. 3. M alaysia-Social cond itions-Congresses.
l. Judul
378-595

Diterbit dan dicetak oleh


:

Pejabat Penerbit
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor DarulTa'zim
Tel :07-453 7051 I 7454

Faks:07-4536145
Website. http://penerbit.uthm.edu.my
E-mel : pt@uthm.edu.my

KATA ALUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bersyukur kita ke hadrat llahi kerana dengan rahmatnya, prosiding ini dapat
diterbitkan. Banyak pihak telah bekerjasama di dalam menjayakan perkara ini, penyunting
dan ahli jawatankuasa prosiding. Prosiding ini merupakan prosiding yang pertama
dihasilkan oleh urusetia Persidangan Antarabangsa Kelestarian lnsan 2014, Fakulti Sains,
Teknologi dan Pembangunan lnsan (FSTP|) UTHM. Segala puji bagi Allah, persidangan ini

telah mendapat sambutan yang amat baik daripada para penyelidik dari IPTA, Politeknik
dan warga pendidikan seluruh Negara. Bebbrapa staf akademik yang mempunyai
kepakaran serta pengalaman yang luas di dalam bidang masing-masing telah menilai kertas
kerja-kertas kerja yang dimuatkan dalam prosiding ini.

Di kesempatan ini, kami, bagi pihak panel editor, ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada panel penilai abstrak dan kertas kerja. Mereka sentiasa bersedia
untuk berkongsi kepakaran, pengalaman serta ilmu di sepanjang proses menilai dan
membuat penambahbaikan kepada abstrak-abstrak serta kertas kerja-kertas kerja yang
diterima.

Dalam masa yang sama, kami juga ingin mengucapkan setinggi{inggi tahniah
kepada semua penyelidik yang telah menyumbangkan hasil kerja mereka dalam
prosiding ini. Para penyelidik ini telah berjaya menghasilkan kertas kerja-kertas kerja
bendasarkan bukan sahaja rujukan dari buku-buku, malahan daripada pengalaman
penyelidikan yang telah mereka lalui. la telah menjadikan kertas kerja yang dimuatkan
dalam prosiding ini mempunyai ilmu dan nilai pengetahuan yang tinggi.

Pada kesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan setinggitinggi tahniah dan
syabas kepada Jawatankuasa Penganjur Persidangan Antarabangsa Kelestarian lnsan

2A14 yang telah berjaya menganjurkan persidangan ini dengan jayanya. Mereka juga telah
memberikan sokongan dan kerjasama dalam membantu menerbitkan buku prosiding ini.
Sekiranya mereka tidak memberikan sebarang sokongan dan bantuan, proses untuk
menerbitkan buku prosiding yang memenuhi piawaian sebagai sebuah buku ilmiah akan
menjadi sangat sukar.

Panel Editor
Persidangan Antarabangsa Kelestarian lnsan 2014

JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM PERSIDANGAN ANTARABANGSA KELESTARIAN INSAN 2014
,
FAKULTI SAINS, TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN INSAN
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Profesor Dato'. Dr. Mohd Noh Dalimin
Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

PENAUNG

PENASIHAT


I

Dr. Mohamad Zaky Noh
Menjalankan Tugas Dekan
Tim. Dekan (Akademik & Antarabangsa), FSTP|

PENASIHAT II

Profesor Madya Dr. Azme Khamis
Mantan Dekan, FSTPi

PENGERUSI I
PENGERUSI II
TIMB- PENGERUSI I
TIMB. PENGERUSI II
SETIAUSAHA
PEN. SETIAUSAHA
BENDAHARI
PEN. BENDAHARI


Profesor Madya Dr. Khairul Azman Mohd Suhaimy
Dr. Al-Azmi Bakar (lSM)
Dr. Halimi M. Khalid
En. Zakaria Mat Yusoff (lSM)
Pn. Siti Hajar Bidin
Pn. Nurul Sabrina Zan
Pn. Rogayah Mamek
Dr. Nor Shamsidah Amir Hamzah

AHLI JAWATANKUASA
AJK Penilai Kertas
Kerja

Dr. Shah Rul Anuar Nordin (Ketua Penilai Kertas Kerja)
Dr. Elizabeth M. Anthony (Penolong Ketua Penilai Kertas

Kerja)
Dr.Zulida Abdul Kadir(Bahasa & Kornunikasi)
Dr. Eta Wahab (Pengurusan)

Pn- Hajah Sarebah Warman (Pendidikan)
Dr. Ahmad Sharifuddin Mustapha (Pengajian lslam)
Tn. Hj Shamsaadal Soleh Hj. Saad (Sains Sosial)
Dr. Md Akbal Abdullah (Sains Sosial)

AJK Protokol &
Jemputan

Pn. Robijah Kamarulzaman (Ketua)
Pn. Hairunnisa lbrahim
Pn. Nurul'Ain Othman
Pn. Junainah Tarmidi
En. Khairol Anuar Kamri
En. Shafry Salim (Pej. Naib Canselor)
En- Zulkifli Hashim (JPNIN)
Dr. A. Bakar Sarpon (llM)
En. Desa Mat Rabi(lSM)

AJK Promosi &
Hebahan


Cik Najah Ramlan (Ketua)
Pn. Eriyati Juhari
Pn. Junaidah Azlan
Pn- Norhafizam Mohamed Yusof
Pn. Harliana Halim
Pn. Mastikawani Maslan (Pej Naib Canselor)
Pn, Nurul Hidayah Abd. Khalid (lSM)

VI

AJK Perasmian
Cenderamata &
Fembentangan

En.Zainal Abidin Sayadi (Ketua)
Dr. Mikdar Rusdi
Pn. Noryani NeniAhmad Jamatn
En. Muhammad Yusry Che Dah (lSM)


AJK Urusetia &
Pendaftaran

Dr. Siti Noor Asyikin Mohd Razali (Ketua)
Dr. Khairunesa lsa
Dr. Hatijah Basri
Pn. Hjh. Shakila Ahmad
Pn. Affah Mohd Apandi
En. Nor Maarof ldris (lSM)

AJK Prosiding &
Buku Program

Pn. Nurizah Md. Ngadiran (Ketua)
Pn. Noor Shahariah Saleh
Pn. Siti Fatimah Murtaza
Pn. Nurhafiza Hamzah (Pej. Penerbit)

AJK Teknikal,
Feralatan &

En. KamarulAffendi Hamdan (Ketua)
En. Mohd Asrul Nizam Mustari
En. Mohd Saifulkamal Zainory
En. Tajul Asmawee Abdullah
En. Muhammad Ghazalli lbrahim
En. Abdul Razak Mahmod

togistik

En. Khairi Mohd
En. Mohd Sharizal Mohd Said
En. Mohd Hafidz Mohd Aman
En. Zulkarnain Abdul Rahim

Ajk Jamuan

Pn. Hani Suraya Aziz (Ketua)
Pn. Saemah Arifin
Pn. HartiniAbdul Halim (lSM)

Jurukamera

En. Mohd Yusof Mohd Nor
En. Mohd Marhafidz Marjort

AJK Penajaan

En. Azizi Basar (Ketua)
Pn- Nurul Huda AbdulAziz
En. Che Ayob Othman (lSM)

AJK Khas

Pn. Nor Suhailah Mohamad (Ketua)
Dr. Habibah @ Hal'tjah Awang
Pn. Hiyama Junko @ Noor Siti Junko Hiyama Abdullah

Fegawai Pengiring

Dr. Ahmad Sharifuddin Mustapha
Tn. Hj. ShamsaadalSholeh Hj. Saad
En. Mohammad Talha Mohamed ldris
En. Azizt Basar
Pn. Hiyama Junko @ Noor Siti Junko Hiyama Abdullah
Pn. Robijah Kamarulzaman
Dr. Halimi M. Khalid

vii

lSI KANDUNGAN
1. JATI DIRI KEBANGSAAN : KAJIAN AWAL TERHADAP PELAJAR RPKJ
UN IVERS ITI MALAYA
Abd. Wahid Jaisi, (Faezah Kassim2)

2. KOSMOLOGT MELAYU-ISLAM: SUATU PENGAMATAN SEJARAH
SOSIOPOL!TIK MELAYU
Ahamad Jama' (Amin Bin Yangr )

10

30

3. PARTIDOMINAN DALAM POLITIK MALAYSIA
(Zaheruddin bin o,thman PhD2, Solahuddin bin lsmaill, Mohd Sobri bin
Don@Wahab PhD')

4. PELAKSANAAN PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM: KAJIAN KES
KOMUNITI ISLAM BAN NUA, HATYAI, THAILAND

41

Dr. Mohd Shukri Hanapi
5. PENGUJIAN DAN PENILAIAN INSTRUMEN KEBAHAGIAAN SUBJEKTIF
oKU-F (IKSOKU-F) DALAM KALANGAN ORANG KURANG UPAYA-FIZIKAL (OKU-F)
Ferlis Bin Bullare @ Baharil,( Murnizam Halik2 & Rosnah lsmail3)

6. PEMBANGUNAN KOMUNITI MAMPAN DI BANDAR MELALUI PROGRAM
AGENDA 21
Zainal Md zanl, (Kamarudin Ngah2

&

76

Azlizan Talib3)

7. APLIKASI PENDEKATAN APPRECTATIVE INQUIRY (AI) DALAM PENYELIDIKAN
PEMBANGUNAN KOMUNITI MELALUI SEKTOR PERTANIAN LESTARI
Mohamad Amin Mohamed Sharifulizr-' , lNob.ya Ahmad3, Asnarukhadi

88

Abu Samah3 dan Marof ReCzuana)
8. PENGARUH MODAL SOSIAL KE ATAS PENCAPAAN PENDIDIKAN:
KELESTARIAN INSAN DALAM PEMBANGUNAN

Noraniza Binti Yusoff
9" PEMUPUKAN NILA!JATI DIRIDALAM SASTERA MELAYU
Norazimah bt Zakaria (PhD)

TRADISI

112

10. IT.ITEGRITI KEPEMIMPINAN POLITIK MELAYU DI JOHOR
Dr. Kassim Thukimanl, (PM Dr. Rosman Md. Yusoff)

124

11" AKTA ORANG KURANG UPAYA 2OO8: PERKEMBANGAN HAK ORANG

KURANG UPAYA DI MALAYSIA
Hirwan Jasbir Bin Jaafarl, (Dr. Harlida Bt. AbdulWahab2& Dr. Nurli Bt.
12. SEJARAH SEBAGAI ELEMEN PENYATUAN UMMAH
tshak Saat1, (Sharifah Rogayah Bt Syed ldrus2)

Yaacob3)

160
17O

13. LIVING IN THE GRAY: MALAY MUSLIM WOMEN,S EXPERIENCES OF MISSING
MARITAL

TRANSITION

186

JAMAYAH SAlLll,( SURENA SABIL'z)

X

14. TERAP! SENI DAN MUZIK DI 'SEKOLAH DALAM HOSPITAL''

196

Jessica Ong Hai Liawl lMohd Ridhuan Tee Abdullah2
Mohd Yahyi Mohamed Ariffin3Sharil Nizam Sha'ri4)
15. TAHAP PENERTMAAN MASYARAKAT TERHADAP LATIHAN KEMAHIRAN:

PENDEKATAN PEMBANGUNAN KOMUNITI

206

KHADIJAH ALAVII DAN RAHIM MD. SAIL2
16" PASIR MAS DALAM ZAMAN KEGEMILANGAN DAN KEJATUHAN UMNO :
PILIHANRAYA 1982,1986 DAN 1990.
Ahmad lzahan lbrahimr,( Profesor Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman2)

220

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian I nsan 20 I 4 ( INSAN2O I 4)
Batu Pahat,Johor,9 l0 APril 2014

PELAKSANAAN PEMBANGUNAN BERTERASKAN TSLAM: KAJIAN KES
KOMUNITI TSLAM BAN NUA, HATYAI, THAILAND
Dr. N{ohd Shukri Hanapi
Pensyarah

(Jniversiti Sains Malaysia
hs

hukeri@y ahoo. com

; hshukri@usm. my

ABSTRAK
Komuniti Islam Ban Nua merupakan sebuah komuniti Islam yang berada di tengah-tengah kehidupan
masyarakat bukan Islarn (Buddha) di Hatyai, Thailand.'Meskipun mereka sebuah kelompok kecil dan
berada dalam situasi yang sedemikian, mereka mampu melaksanakan pembangunan berteraskan Islam
(pBD. Dalam perkataan lain, mereka mampu bangunkan sebuah komuniti Islam yang lengkap dengan
pelbagai prasarana seperti sebuah masjid yang bukan sahaja sebagai tempat solat, tetapi juga
an""gtupi dengan klinik, perpustakaan, dewan persidangan, koperasi dan Baitul Zakat. Selain itu,
to-.*iti Islarn ini juga mempunyai sekolah yang menggunakan sistem pendidikan Islam. Mereka
bukan sahaja berusaha bangunkan aspek fizikal, malah juga berusaha bangunkan aspek spiritual.,-Aspek fizlkal dibangunkan melalui ibadah umum seperti bekerja, menuntut ilmu, menggerakkan
ekonomi komuniti, berniaga, dan perkhidmatan homestay, manakala aspek spiritual pula dibangunkan
melalui ibadah khusus seperti solat, puasa, Baitul Zakat, membaca al-Qur'an, zikir, dan bersedekahpersoalannya, apakah tasawur yang mencorakkan pembangunan mereka? Bagaimanakah tasawur
pembangunan mereka itu terbentuk? Untuk menjawab kedua-dua persoalan ini, kertas kerja ini
mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal pasti tasawur yang mencorakkan pembangunan komuniti
Islam Ban Nua; dan kedua, menganalisis tasawur pembangunan komuniti Islam Ban Nua itu- Sebagai
hasilnya, kajian kualitatif ini mendapati pembangunan komuniti Islam Ban Nua, IIatyai, Thailand
dicorakkan oleh tasawur Islam. Ia mempunyai tiga elemen utama iaitu ibadah, imarah dan khalifah.
Berasaskan tasawur inilah pembangunan komuniti Islam Ban Nua, Hatyai Thailand dilaksanakan'

Kata kunci: Pembangunan berteraskan Islam, komuniti Islam

PENDAHULUAN
Ban Nua merupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak di Utara Hatyai, Thailand.
Majoriti penduduknya iaitu sebanyak 95o/o adalah beragama Islam. Kebanyakan daripada
mereka ialah nelayan, petani dan peniaga (Wafdi Auni Mohamed, 2012:.4). Di sekeliling
mereka pula terdapat majoriti penganut a1ama Buddha, malah mereka berada di bawah
pemerintahan orang bukan Islam.
Meskipun begitu, di bawah kepimpinan Tabrani Lateh (Wisoot Lateh), iaitu sejak tahun 1997
mereka berusaha melaksanakan, memperkasakan dan melestarikan pembangunan daripada
akar-umbi (grassroots). Secara lebih jelas lagi, komuniti Islam Ban Nua ini telah berjaya
membangunkan perkampungan *"."ku secara berdikari dari bawah ke atas (bottom-up)13,
bermula dari peringkat akar-umbi- Kini perkampungan mereka telah memiliki sebuah masjid,
Pendekatan 'dari bawah ke atas' adalah usaha yang dilakukan oleh masyarakat di peringkat akar-umbi yang
memiliki kesedaran dari dalam diri sendiri untuk mewujudkan sistem Islam. Pendekatanrini mempunyai kesan
13

yang lebih jitu dan mendalam kerana bermula dari dalam diri seseorang serta digelakkan oleh jiwa yang tulus
untuk mengamalkan sistem Islam yang sebenar dan bersepadu (Muhammad Syukri Salleh, 1999)
47

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (lNSAN20l 4)
Batu Pahat, Johor, 9 - l0 April 2014

sekolah, kgperasi, Baitul Zakat, klinik, perpustakaan, perkhidmatan homestay. pemiagaan
hartanah, dan sebagainya. Ramai juga daripada ahli komunitinya bekerja sepenuh masa
dengan organisasi-organisasi perkampungan tersebut (Temu bual Tabrani Lateh, 9 November
2OL3).

Berasaskan kejayaan pembangunan yang dikecapi oleh komuniti Islarn Ban Nua ini, maka
sudah pasti ia dicorakkan oleh sesuatu tasawur- Persoalannya, apakah tasawur yang
mencorakkan pembangunan mereka? Bagaimanakah tasawur pembangunan mereka ifu
terbentuk? Untuk menjawab kedua-dua persoalan ini, kertas keq'a ini mempunyai dua objektif
utama. Pertama, mengenal pasti tasawur yang mencorakkan pembangunan komuniti Islam
Ban Nua; dan kedua, menganalisis tasawur pembangunan komuniti Islam Ban Nua ifu.

Untuk mencapai kedua-dua objektif ini, kajian kualitatif ini melibatkan kedua-dua jenis data
iaitu data primer dan sekunder. Data primer diperoleh melalui ucapan yang disampaikan oleh
Tabrani Lateh (Imam Masjid Ban Nua dan Ketua Komuniti Islam Ban Nua) dan temu bual
tidak berstrukur dengan beliau. Manakala data sekunder pula diperoleh melalui kajian
perpustakaan. Kesemua data ini dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Secara
umumnya, hasil penganalisian ini dibahagikan kepada empat bahagian utama. Pertama,
membincangkan latar belakang pembangunan komuniti Islam Ban Nua; kedua,
membincangkan justifikasi pemilihan komuniti Islam Ban Nua sebagai kes kajian; ketiga,
membincangkan tasawur pembangunan komuniti Islam Ban Nua; dan keempat, analisis dan
perbineangan.

LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN KOMUNITI ISLAM BAN NUA
Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa Ban Nua merupakan sebuah
perkampungan komuniti Muslim. Ia mula diterokai dan dibangunkan oleh Ismail Lateh"
Beliau merupakan imam pertama Kampung Ban Nua. Dengan pegangan agarrra yang kuat,
beliau berusaha berdakwah untuk membetulkan'amalan keagamaan dalam komuniti Islam
Ean Nua (Temu bual Tabrani Lateh, 9 November 2013)Pada masa itu, pengetahuan agama Islam dalam kalangan komuniti Islam Ban Nua tidak
mendalam. Mereka hanya memberi komitmen terhadap pelaksanaan solat sahaja tanpa
berusaha memahami ibadah-ibadah khusus yang lain. Komuniti Islam Ban Nua juga
dikatakan mengamalkan ibadah secara individu seperti menunaikan solat secara bersendirian
di rumah masing-masing. Oleh itu, antara usaha dakwah Imam Ismail Lateh yang utama
adalah membina sebuah masjid untuk tujuan beribadah dan sebagai tempat musyawarah
ponduduk Ban Nua. Menurut Wafdi Auni Mohamed (2012:74), Imam Ismail Lateh
menumpukan dakwahnya kepada pembinaan kefahaman asas Islam iaitu Rukun Iman dan
Rukun Islam. Selain aspek akidah, solat berjemaah sangat ditekankan kepada semua komuniti
islam Ban Nua. Walaupun terpaksa mengambil masa yang lama untuk menjelaskan
kepentingan solat berjemaah itu, kefahaman tentang kepentingan solat berjemaah akhirnya
diterima oleh komuniti Islam Ban Nua dan mereka menjadikannya sebagai amalan utama.
Setelah berjaya memberi kefahaman tentang solat kepada komuniti lslam Ban Nua, beliau
menumpukan pula usaha dak..vahnya untuk menyampaikan kefahaman tentang kewajipan
ibadah zakat. Ketika itu, kebanyakan komuniti Islam Ban Nua tidak memahami bahawa
membayar zakat merupakan kewajipan yang dituntut ke atas individu Muslim. Meskipun ada
yang memahaminya, namun mereka hanya mengeluarkan zakat dengan mengagihkannya
47

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN20l4)
Batu Pahat, Johor, 9 - I0 April 2014

kepada saudara mara terdekat, bukan kepada golongan asnaf yang berhak menerimanya- Di
sinilah Iniam Ismail Lateh berusaha mengubah pemikiran dan kefahaman komuniti Islam Ban
Nua agar ia selari dengan syariat Islam. Beliau berusaha memberi kesedaran kepada komuniti
Islarn Ban Nua tentang kewajipan mengeluarkan zakat dan kaedah pengagihan yang betul.
Walaupun Berjaya mendidik komuniti Islam Ban Nua dengan kefahaman yang betul, namun
sebahagian besar daripada rrrereka enggan menerimanya kerana menganggap perkara yang
disampaikan oleh Imam Ismail Lateh itu suatu perkara baharu yang cuba menggugat amalan
tradisi komuniti Islam Ban Nua selama ini (Wafdi Auni Mohamed,2012:74).

Ekoran daripada itu, Imam Ismail Lateh mendapat tentangan hebat daipada penduduk
kampung. Antara tentangan yang diterimanya seperti tidak lagi datang solat secara berjemaah
di masjid, memulaukan kelas pengajiannya, dan melemparkan pelbagai tohmahan. Dengan
tentangan yang dihadapi itu, akhirnya beliau gagal mengubah pandangan komuniti Islam Ban
Nua tentang ibadah zakat sehinggalah tugas dakwah tersebut diambil alih oleh cucunya iaitu
Tabrani@Wisoot Lateh yang merupakan generasi ketiga 'Bin Lateh'. Tabrani Lateh ini
merupakan seorang lulusan ljazah Sarjana Muda (B.A Hons) dari Universiti Al-Azhar,
Kaherah, Mesir. Kemudian beliau melanjutkan pengajian di peringkat ljazah Sarjana (M.A)
di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan seterusnya mendapatljazah Doktor
Falsafah (Ph.D) dari Universiti Thaksin, Thailand. Kini beliau dilantik menjadi Imam Besar
Masjid Ban Nua. Di samping itu, dengan ketinggian ilmu beliau juga diberi dua
tanggungjawab lain. Pertama, sebagai Ketua Bahagian Akademik dan Hal Ehwal Luar
Negeri, Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla; dan kedua, sebagai Pengarah, Pejabat
Syeikhul Islam (Mufti) dan Pusat Penyelarasan Hal Ehwal Agama Islam Wilayah Selatan
Thailand (Temu bual Tabrani Lateh, 9 November 2013).
Usaha yang menyeluruh telah dilakukan oleh Imam Tabrani Lateh untuk membangunkan
komuniti Islam Ban Nua ini. Pembangunan komuniti Islam Ban Nua mula digerakkan pada
tahun 1997 sebaik sahaja beliau menamatkan pengajianljazah Sarjana di UIAM. Pendekatan
pemtrangunan yang diguna pakai beliau ialah pendekatan bawair ke atas (bottom up
approach) (Wafcli Auni Mohamed, 2012;74). Melalui pendekatan ini, rancangan
pembangunan komuniti Islam Ban Nua berjaya dilaksanakan kerana ia bermula daripada
akar-umbi sebelum berkembang dan membangun.
Usaha yang dilakukan oleh Imam Tabrani Lateh ini memberi kesan yang positif dalam
pembangunan komuniti Islam Ban Nua. Beliau berjaya merubah pemikiran dan kefahaman
komuniti Islam Ban Nua tentang agama Islam; ibadah solat dan zakat dljadikan sebagai asas
pcmbangunan; membina sekolah yang menggunakan sistem pendidikan Islam; masjid
menjadi pusat bagi segala aktiviti kemasyarakatan, dan menubuhkan koperasi masjid yang
berfungsi sebagai institusi kewangan Islam. Berhubung kepentingan penubuhan koperasi
Masjid Ban Nua ini, Imam Tabrani Lateh menyatakan:
"Idea untuk menubuhkan koperasi Masjid Ban Nua ini tercetus sewakfu saya masih menuntut
di universiti lagi. Saya sedar bahawa Islam tidak sempurna sekiranya ekonomi masyarakat
lemah yang menyebabkan masyarakat akan bergantung kepada sistem ekonorni seperti
kapitalisme, komunisme dan sistem-sistem ekonomi lain yang bertentangan dengan sistem
ekonomi Islam. Oleh itu, sewaktu saya mula dilantik menjadi Imam Masjid Barr Nua, saya
menyampaikan ceramah untuk mernberi kesedaran kepada masyarakat bahawa perlunya
hidup secara berjemaah dalam pengurusan harta benda, bukan sahaja berjemaah dalam ibadah
solat. Hal ini kerana berjemaah boleh menguatkan masyarakat. Kalau berj'emaah dalam solat
sahaja, tetapi tidak beke4'asama dalam harla benda, maka sudah tentu masyarakat akan
43

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 ( INSAN20l4)
Baru Pahat, Johor, 9 l0 April 2014

-

mudah terlib.at dengan kegiatan ekonomi berasaskan riba. Kegiatan ekonomi berasaskan riba
akan merosakkan masyarakat. Maka dengan itu pada tahun 2004, saya mengasaskan koperasi
Masjid Ban Nua yang menjalankan operasi kewangan secara Islam" (Temu bual Tabrani
Lateh, 9 November 2013).

Justifikasi Pemilihan Komuniti Islam Ban Nua

Komuniti Islam Ban Nua, Hatyai, Thailand dipilih sebagai kes kajian kerana mereka
merupakan komuniti minoriti yang berada di tengah-tengah kelompok masyarakat Buddha.
Bukan setakat itu, malah mereka berada di bawah pemerintahan kerajaan bukan Islam.
Meskipun begitu, mereka telah cuba membangunkan perkampungan mereka berasaskan
pengetahuan tempatan dan kedinamikan kepercayaal agama mereka sendiri. Bermula dengan
merealisasikan ayat al-Qur'an yang memerintahkan supaya bersolat dan membayar zakat (al-

Baqarah, 2:43), komuniti Islam Ban Nua ini telah melaksanakan pelbagai pembangunan
seperti masjid, sekolah, koperasi, Baitul Zakat, klinik, perpustakaan, perkhidmatan homestay,
perniagaan hartanah, dan sebagainya secara Islam (Tabrani Lateh, 2012 & 2Ol3)-

Menurut Tabrani Lateh (2012 & 2013), Masjid Ban Nua dijadikan sebagai pusat
pembangunan yang menyelunrh dan menjalankan pelbagai aktiviti berbentuk fizikal dan
spiritual. Menurut beliau lagi, masjid merupakan tunjang kepada penubuhan koperasi yang
berfungsi menguruskan dan melaksanakan sistem muamalat secara Islam sehingga
tertubuhnya koperasi masjid yang dijadikan sebagai institusi kewangan dan perbankan Islam.
Meskipun kajian ini tidak memfokuskan institusi masjid, namun ia turut dibincang kerana
pembangunan komuniti Islam Ban Nua menjadikan masjid sebagai pusat bagi menjalankan
iktiuiti-uttiviti kemasyarakatan dan ekonomi. Dalam erti kata lain, masjid sebagai institusi
terpenting bagi komuniti Islam Ban Nua yang berkepadatan sebanyak 372 buah rumah.
Dengan berpusatkan institusi masjidlah mereka sama-sama membangunkan Kampung Ban
Nua.

Oleh sebab menariknya usaha pembangunan komuniti Islam Ban Nua ini, maka ia mendapat
pengiktirafan daripada Kerajaan Thailand. Pengiktirafan Kerajaan Thailand ini sebenamya
lebih tertumpu kepada aspek pembangunan sosio ekonomi Ban Nua (Wafdi Auni Mohamed,
2Ol2:4). Selain itu, Ban Nua telah diiktiraf sebagai kampung contoh dan menjadi tempat
mjukan perkampungan lain dalam membangunkan sesebuah kampung dan komuniti,
terutamanya perkampungan dan komuniti Islam dari daerah Hat Yai sendiri, dan dari
beberapa daerah lain di Selatan Thailand seperti Pattani, Yala, dan Naratiwat. Sebenarrya
perkampungan Ban Nua bukan sahaja menarik minat komuniti Islam, bahkan komuniti
Buddha juga sering berkunjung ke Ban Nua ini- Selain menjadi tumpuan masyarakat dalam
Negara (Thailand), perkampungan Ban Nua juga sering dikunjungi oleh ahli-ahli akademik
seperti para pensyarah dan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia (USM), para pensyarah dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),
dan Raja Manggala Universiti of Technology Srivijaya; pelajar universiti seperti Pelajar
Ijazah Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam (MISDEVI7, 12 & 13) dan Pelajar Pusat
Bahasa Antarabangsa (CIL), UniMAP; dan juga agensi-agensi institusi pembangunan Islam
dari luar Negara Thailand terutamanya dari Malaysia, seperti Majlis Agama Islam dan Adat
Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) (Temu bual Tabrani Lateh, 9 November 2013).

44

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (NSAN2Ol4)
Bahr Pahat, Johor, 9 - l0 April 2014

Komuniti Ban Nua Sebagai Social ,I ag Isdev
Oleh sebab menariknya usaha pembangunan daripada akar-umbi yang dilakukan oleh
komuniti Islam Ban Nua ini, Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjadikan komuniti Islam Ban Nua ini sebagai
social lab-nya (makmal sosial). Bermula sejak tahun 2011, Pelajar Sarjana Pengurusan
Pembangunan Islam (PPD, ISDEV dan beberapa orang pensyarah penyelaras telah
menganjurkan lawatan ilmiah ke perkampungan Ban Nua ini. Kebiasaannya,lawatan ISDEV
ini turut juga melibatkan pelajar-pelajar dari Universiti Walailak, Nakhorn Si Thammarat dan
beberapa orang pensyarah dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei
(KUPU SB).
Selain bagi memenuhi keperluan kursus Slws0s-Epistemologi dan Tasawur Islam, Iawatan
ISDEV ini juga bertujuan memperkasakan pembangunan, khususnya dalam aspek kesihatan,
kebersihan, penggunaan komputer, kebudayaan, dan bahasa (khususnya bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris bagi pelajar-pelajar sekolah komunitit Ban Nua). Lanjutan daripada itu, dua
orang pelajar Sarjana ISDEV masing-masing telah membuat kajian berkaitan pengumsan
agihan zakat (Wafdi Auni Mohamed, 2012) dan mekanisme operasi koperasi Ban Nua ini
(Mohd Hanif Hazahai, 2012). Mereka telah menghasilkan dua buah disertasi sarjana
berasaskan kajian ini.

Tasawur Pembangunan Komuniti Islam Ban Nua

& 2013), komuniti Islam Ban Nua cuba melaksanakan
pembangunar yang bermula dari akar-umbi. Secara lebih jelas lagi, komuniti Islam Ban Nua
dibangunkan berasaskan tiga elemen utama, iaitu:

Menurut Tabrani Lateh (2012

Pertama, elemen rbadah. Ia berdasarkan firrrran Allah S\tr/T yaig ber-maksud:

Dcn (ingatldh) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan tujuan mereka menvembah
dan

be

ribadah kepada-Ku (al-Zanyat,

5I

:

56).

Dalam usaha merealisasikan elemen ibadah dalam pembangunan komuniti Islam Ban Nua
ini, ibadah solat dan ibadah zakat dijadikan sebagai asas (al-Baqarah, 2:43). Melalui ibadah
solar, kecergasan dan kesihatan tubuh badan seseorang insan dapat dibenfuk sebagai hasil
daripada pergerakan jasmani yang teratur serta pengurusan masa yang baik. Manakala zlkirzikir dan doa-doanya amat baik untuk melatih jiwa serta melembutkan emosi. Hal ini
ditambah pula dengan bacaan dalam solat yang dapat membukakan minda dengan ilmu
pengetahuan yang tinggi. Melalui latihan-latihan tersebut, terbentuklah komuniti Islam Ban
Nua yang berdisiplin, tekun, sihat tubuh badan, lemah lembut perasaan, dan cerdas. Dengan
ini, komuniti Islam Ban Nua dengan mudah dapat merealisasikan Islam dalam aspek
koperasi, pendidikan, perniagaan, perkhidmatan homestay dan sebagainya. Jika ibadah solat
itu dapat membentuk komuniti Islam Ban Nua yang berdisiplin, tekun, sihat tubuh badan,
lemah-lembut perasaan, dan cerdas, maka ibadah zakatpula dapat mendidik komuniti Islam
Ban Nua supaya tidak terlalu mencintai harta sehingga mengabaikan nasib golongan yang
tidak bemasib baik. Justeru, komuniti Islam Ban Nua dilihat bekerja kuat demi untuk menjadi
pembayar zakat. Dalam perkataan lain, mereka seboleh-bolehnya mahu elakkan diri daripada
men"jadi penerima zakat. Melalui dana kutipan zakat, komuniti Islam Ban Nua dapat
menyediakan pelbagai prasarana dan kemudahan untuk ahli komunitinya.
45

Prosiding Persidangan Antarzbangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN20l4)
Batu Pahat, Johor,9- 10 April 2014

di sini bahawa ibadah dijadikan sebagai kerangka pembangunan komuniti Islam Ban
ibadah ini tidak men)/ebabkan ahli komuniti Islam Ban Nua terputus daripada
Sistem
Nua.
kehidupan. Hal ini kerana ahli komuniti yang dibangunkan kerohaniannya, mereka tidak
tinggal dalam dunia kerohanian semata-mata, tetapi mereka kembali ke dunia kebendaan
untuk menyucikan dan membersihkannya. Dengan perkataan lain, mereka tidak menjadikan
kejayaan, kesenangan dan kemewahan hidup di dunia sebagai matlamat akhir kehidupan.
Bagi mereka matlamat akhir kehidupan adalah untuk mendapatkan reda Allah SWT
(mardhatillah).

Jelas

Kedua, elemen khalifah. Ia berdasarkan f,trman Allah SWT yang bermaksud:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hilcrnah ketetapan Tuhan
itu dengan berkata): "Adaknh Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu
orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), pada hal
kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan menyucikanMu?" Tuhan berfirman:
"sesungguhnya Aku mengetahui perkara yang kamu tidak mengetahuinya" (al-Baqarah,
2:30).

Dalam merealisasikan elemen khalifah ini, setiap ahli komuniti Islam Ban Nua diberi
kefahaman tentang penugasan manusia sebagai khalifah yang merujuk kepada
tanggungjawab atau beban tugas masing-masing dalam mengurus, mentadbir dan
membangunkan muka bumi mengikut prinsip-prinsip Islam. Pertanggungjawaban ini
merangkumi tanggungjawab terhadap diri sendiri, masyarakat dan terhadap Allah SWT. Oleh
sebab itu, setiap perkara yang dilakukan oleh ahli komuniti Islam Ban Nua tidak boleh hanya
untuk kepentingan peribadi sahaja. Semua perkara yang dilakukan mestilah untuk
kebersamaan komuniti Islam Ban Nua. Misalnya, melalui perkhidmatan homestay, 30 hingga
40 peratus daripada bayaran sewanya disumbangkan kepada tabung Maslid Ban Nua untuk
kegunaan aktiviti kemasyarakatan. Selain itu, mereka juga secara bersama dapat bergotongroyong menyediakan makanan secara percuma khusus ketika menyambut ketibaan para
pengunjung yang datang ke Ban Nua.

Ketiga, elemen imarah yang berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

Dialah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu
memalcrnurkannya (Hud, I 1 :6 1 ).

Sebenarnya elemen imarah ini merupakan salah satu daripada fungsi manusia sebagai
khalifah. Dalam konteks pembangunan komuniti Islam Ban Nua, mereka dikehendaki
bersama-sama membangunkan Masjid Ban Nu4 koperasi, Baitul Zakat, sekolah, dan
perkhidmatan hom es tay .

Ketiga-tiga elemen inilah yang dijadikan sebagai tasawur atau falsafah yang mencorakkan
pembangunan komuniti Islam Ban Nua. Hal ini jelas membuktikan bahawa pembangunan
komuniti Islam Ban Nua merupakan pembangunan akar-umbi.

46

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian tnsan 2014 (INSAN20l4)
Batu Pahat, Johor, 9 - I 0 April 2014

ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Berdasarkan perbincangan sebeium ini didapati pernbangunan komuniti Islam Ban Nua
adalahberacuankan ti ga elemen berikut:

Ibadah

peletakan al-'ubudiyyah (lbadah) sebagai perkaedahan pembangunan komuniti Islam Ban
Nua ini adalah bersesuaian dengan janji manusia ketika di alam roh bahawa mereka adalah
sebagai hamba Allah SWT (al-A'raf,7;172 dan al-Hadid, 57:8). Malah Allah SWT sendiri
menlatakan bahawa manusia diciptakan semata-mata untuk memperhambakan diri kepadaNya (al-Zariyat, 51:56). Selain itu, terdapat banyak perintah supaya memperhambakan diri
kepada Allah SWT (al-Tawbah, 9:31 al-Z:umar, 39:11; al-Bayyinah, 98:5; al-Najm, 53:62;
dan al-Haj j, 22:77) dan larangan mensyirikkan-Nya (Ghafir, 40.66; al-Isra', 17:23; Ali
'Imran, 3'.64; dan al-Baqarah, 2:83) -

Allah SWT, manusia mesti sentiasa mengabCikan diri atau lebih khusus lagi
ialah beribadah kepada-Nya. Beribadah kepada Allah SWT bererti memusatkan
penyembahan kepada Allah SWT semata-mata dengan menjalani dan mengatur segala aspek
t"hidrrpu.r di dunia ini, zahir dan batin, jasmani dan rohani, sesuai dengan kehendak syariat,
baik dalam kehidupan individu dengan Allah SWT sebagai hamba-Nya mahupun dalam
hubungan sesama manusia sebagai anggota masyarakat (Ibn Qayyim, t.t.:485, Ahmad MohdSalleh, 2OO4:14). Secara lebih jelas lagi, al-Qaradawiy (2006:37-38) menyatakan ibadah
Allah SWT dan mengikuti setiap perkara yang
merupakan setiap perkara yang disyariatkan
disampaikan oletr Rasulullah SAW. Ia meiiputi segala perintah dan larangan serta
merangkumi perkara yang dihalalkan dan yang diharamkan. Demikian inilah perkara yang
terkandung dalam unsur taat dan tunduk kepada Allah SWT. Lebih mudah daripada itu ialah
maksud ibadah yang dikemukakan oleh al-Raiihiy (1998:6) dan al-Asyqar (1999:260).
Menurut mereka, ibadah itu adalah semua perkara yang disukai dan diredhai oleh Allah
SWT. Tidak kira sama ada perkara itu berbentuk perkataan atau amalan dan zahit ata:u batinSebagai hamba

Oleh itu, jelaslah bahawa ibadah itu mempunyai skop yang luas (Ghazali Darusalam,
200'1,:293). la tidak hanya terhad kepada perkara-perkara ritual agama, tetapi juga
merangkumi setiap aspek kehidupan manusia pada setiap ketika, termasuk dalam
melaksanaku, p"-turrgunan berleraskan Islam (PBD. Pelaksanaan PBI pula tidak mungkin
menjadi ibadah kecuali mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan. Oleh sebab ibadah

mempunyai perkaedahan-perkaedahan tertentu, maka sekali gus ibadah jugalah yang rnenjadi
perkaedaharrkepada PBI seperti juga kepada segala perbuatan manusia di atas muka bumi ini
(Muhammad Syukri Salleh, 2003 :47).

Menurut Ghazali Darusalam (2001:293) dan Safaee Zakaia dan Mohd ZinDaud (2003:105106), ibadah itu terbahagi kepada dua jenis iaitu ibadah khusus dan ibadah umum.
pembahagian tersebut dibuat mengikut tujuan dan cara amalan itu diiakukan. Ibadah khusus
adalah semua amalan khusus yang disyariatkan oleh Allah SWT sama ada wajib atau sunat
seperti solat, puasa, zakat, haji, doa, zikir, membaca al-Qur'an, berdakwah dan berjihad.
Manakala ibadah umum pula adalah semua amalan kebaikan yang disyariatkan oleh Allah
SWT bagi menghubungkan manusia dalam sesebuah masyarakat demi kebaikan dan
keharmonian hidup bersama. Amalan kebaikan itu sama ada berbentuk fardu ain, fardu
kifayah atau sunat- Contoh ibadah umum daripada bentuk fardu ain adalah menuntut ilmu dan
47

Prosiding Penidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2O I 4)
Batu Pahat, Johor, 9 - l0 April 2014

bekerja mengari nafkah; daripada bentuk fardu kifayah adalah melaksanakan pembangunan,
menjalankan penyelidikan, berniaga dan mempertahankan negara; dan amalan-amalan
kebaikan daripada bentuk sunat pula ialah seperti ziarah-menziarahi, tolong-menolong,
bekegasama, sentiasa bertimbang rasa dan sebagatnya.

Hal ini nampak berbeza dengan Muhammad Syukri Salleh (2002:52 & 2OO3:48-50) yang
membahagikan ibadah kepada tiga bentuk iaitu ibadah asas, amalan-amalan utama (fada'il ala'mal) dan ibadah umum. Ibadah asas ialah ibadah-ibadah yang wajib dilaksanakan oleh
setiap manusia seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Amalan-amalan utama pula
ialah amalan-amalan yang tidak wajib dilaksanakan tetapi sangat digalakkan oleh Islam
seperti berzikir, membaca al-Qur'an dan bertasbih. Adapun ibadah umum ialah ibadah-ibadah
ya11g lebih bersifat fardu kifayah seperti munakahat, muamalat, politik, perubatan,
perundangan, pembangunan dan seb againya.
Sebenamya tidak ada pertentangan pun dalam pembahagian ibadah oleh Ghazali Darusalam
(2001), Safaee Zakat'ra dan Mohd ZinDatd (2003) dan Muhammad Syukri Salleh (2002 &.
2003) ini. Cuma Muhammad Syukri Salteh (2002 SL 2003) telah memperincikan bentukbentuk ibadah khusus dan umum yang dikemukakan oleh Ghazali Darusalam'(2001) dan
Safaee Zakaia dan Mohd Zin Datd (2003) dengan membahagikannya kepada tiga bentuk
yang lain iaitu ibadah asas, amalan-amalan utama dan ibadah umum. Ibadah asas dan amalanamalan utama yang dikemukakan oleh Muhammad Syukri Salleh (2002 & 2003) adalah
termasuk dalam ibadah khusus yang dikemukakan oleh Ghazali Darusalam (2001) dan Safaee
Zakaia dan Mohd Zir-Daud (2003), Di sini Muhammad Syukri Salleh (2002 & 2003) cuba
mengasingkan antara ibadah wajib dengan ibadah sunat yang disyariatkan oleh Allah SWT.
Ibadah wajib dimasukkan