Kepentingan fungsi generalisasi dan teor

Tajuk: Kepentingan fungsi generalisasi dan teori dalam menghasilkan penulisan
sejarah.
1.0 Pengenalan
Istilah generalisasi dalam sejarah merupakan sesuatu yang agak sukar untuk diterangkan. Malah
tidak kurang juga ia menimbulkan perdebatan tentang kewajaran penggunaan generalisasi dan
teori dalam sesuatu penulisan sejarah. Pengetahuan tentang sejarah boleh diperolehi melalui
pembacaan dan penemuan dalam bentuk fakta. Sekiranya fakta ini dilaporkan secara spesifik
tentang aktor pada satu masa dan tempat sahaja ia seolah-olah menjadi satu bentuk format
laporan polis terhadap seseorang individu. Beza laporan berbanding dengan generalisasi,
seseorang ahli sejarah memerlukan bukan sahaja fakta tetapi kefahaman yang menyeluruh
tentang keseluruhan sesuatu peristiwa dan tempat berlakunya sesuatu kejadian untuk
membolehkan sesuatu generalisasi boleh dilakukan melangkaui rekod sejarah yang sedia ada.
Justeru itu unsur generalisasi adalah sesuatu yang sangat diperlukan dalam menulis sejarah
malah dalam keadaan tertentu ia seolah-olah tidak dapat dielakkan misalnya memasukkan
pengalaman manusia dalan sesuatu penulisan.1 Sekiranya generalisasi tidak dilakukan kewujudan
sesuatu fakta seolah-olah berdiri kaku tanpa hujah sokongan.
Dalam bidang sains sosial generalisasi boleh digunakan untuk membina satu set hipotesis
bagi menjawab suatu persoalan. Ia bersifat dugaan atau jawapan sementara kepada persoalan.
E.H. Car melihat hubungan hipotesis dan dapatan kajian dalam ilmu sains sosial sangat
menghampiri aspek generalisasi dan fakta dalam ilmu sejarah. 2 Manakala konsep teori dalam
sejarah banyak digunakan secara tidak sedar dalam penulisan. Misalnya pada sebahagian besar

kata nama dan kata sifat bagi mengambarkan sesuatu peristiwa sejarah memiliki nilai teoritikal
sama ada untuk mengklasifikasi atau membuat generalisasi terhadap sesuatu peristiwa sejarah. 3
Umumnya pendekatan yang digunakan oleh ahli sejarah terbahagi kepada dua iaitu “ahli sejarah
deskriptif” dan yang kedua “ahli sejarah teori”.4 Walau bagaimanapun kebanyakan ahli sejarah
menggunakan generalisasi dan teori dan kadang-kadang tanpa menyedari bahawa mereka turut
1 G. G. Partington, Historical Generalisation, dlm. The History Teacher. Vol. 13, No. 3, May, 1980, p. 385
2 E. H. Carr, What is History?, Macmillan: Palgrave, 1961, p. 1xiii.
3 G.G. Partington, “Historical Generalisation,” dlm. The History Teacher, p. 385.
4 Louis Gottschalk, Generalisation in the Writing of History: A Report of the Committee on Historical
Analysis of the Social Science Research Council, Chicago: The University of Chicago Press, 1963, p. v.

menggunakan kedua-dua elemen dalam banyak aspek penulisan sejarah. 5 Louis Gottschalk6
membahagikan sejarawan ini kepada enam kumpulan umum iaitu ahli sejarah:
a) Menggunakan generalisasi apabila mereka dalam situasi kurang pasti dan cuba
mengelakkan unsur generalisasi dalam sesuatu yang mereka yakini tepat. Golongan ini
masih dianggap menekankan keunikan peristiwa sejarah dan mengutamakan perbezaan
berbanding persamaan.
b) Menggunakan generalisasi secara sedar tetapi cuba mengehadkan dan memberi fokus
kepada subjek kajian yang dikaji sahaja. Masih dianggap sejarawan aliran deskriptif
naratif.

c) Menggunakan generalisasi melangkaui subjek kajian dalam usaha untuk membuktikan
hubungan di antara peristiwa sebelum, semasa dan selepas, namun masih mengehadkan
interpretasi kepada peristiwa yang berkaitan sahaja. Golongan ini dianggap sejarawan
yang berkecenderungan untuk membuat interpretasi dan berusaha membina hipotesis atau
teori bagi membantu penjelasan peristiwa sejarah.
d) Menggunakan generalisasi melangkaui subjek kajian dan cuba membentuk satu analogi
yang sepadan dengan peristiwa kajian yang berlaku pada ruang dan masa yang berbeza,
sama ada ia berkaitan ataupun tidak. Golongan ini dikategorikan sebagai sejarawan yang
mengutamakan aspek perbandingan dalam peristiwa.
e) Menggunakan generalisasi melalui pola atau analogi dalam bentuk umum atau abstrak
dan cenderung untuk menolak implikasi, sekiranya mereka tidak menyatakan dengan
jelas sesuatu generalisasi idea-idea tersebut mungkin diekstrapolasi kepada peristiwa
masa hadapan. Golongan ini cenderung untuk melihat kesahan sebagai langkah kawalan
ataupun untuk membuat ramalan. Golongan ini turut dilabelkan sebagai

sejarawan

“nomothetic”.
f) Mengemukakan pendekatan falsafah bagi memahami secara kosmik tentang kehidupan
manusia masa lalu dan yang akan datang.

Generalisasi haruslah memiliki ketekalan, hujah, atau hukum yang berlaku untuk masalah
tertentu secara konsisten. Sifat tekal dan stabil boleh membantu dalam pembinaan satu teori yang
5 C. Lorenz, History and Theory, dlm Woolf, D. y A. Schneider, pnyt. The Oxford History of Historical
Writing, Vol. 5. Oxford: Oxford University Press, 2011, p.14.
6 L. Gottschalk, Categories of Historiographical Generalisation, dlm. Generalisation in the Writing of
History: A Report of the Committee on Historical Analysis of the Social Science Research Council, Chicago: The
University of Chicago Press, 1963, p. 113-114.

boleh digunakan untuk untuk menganalisis peristiwa sosial. Kadang-kadang sifat tekal sesuatu
peristiwa boleh membawa teori bagi membantu membuat sesuatu penjelasan ke atas suatu
peristiwa. Walau bagaimanapun ramai ahli sejarah yang sangsi dengan penggunaan generalisasi
dan teori dalam ilmu sejarah.7 Kebimbangan itu disebabkan timbul persoalan sama ada wujud
bukti yang mencukupi untuk sesuatu generalisasi dilakukan.
Fenomena hujah dan hukum tidak dibatasi oleh ruang dan waktu. Walau bagaimanapun
kebanyakan peristiwa sejarah tidak memiliki sifat ketekalan yang sama sekurang-kurang ruang
dan waktu adalah berbeza. Ia hanya memiliki persamaan yang seringkali diistilah sebagai pola
perlakuan manusia yang dipengaruhi oleh unsur politik, sosial, ekonomi, agama, nilai dan
budaya yang selalunya unik dan berbeza di antara satu sama lain. Kebelakangan ini sesetengah
ahli sejarah cuba untuk menjelaskan fenomena dalam masyarakat dengan menggunakan sains
sosial yang agak longgar dan diubahsuaikan. Dilihat dalam sisi yang lain sejarawan cuba

menganalisis peristiwa sejarah dan cuba membina analisis berdasarkan generalisasi dan teori
sains sosial. Alasan yang mudah diberikan ialah walaupun sesuatu peristiwa berbeza ruang dan
masa tetapi elemen-elemen proses berlakunya peristiwa dilihat memiliki pola, kecenderungan
dan struktur yang memiliki persamaan di antara satu sama lain. Misalnya, pola atau
kecenderungan boleh dilihat pada pelbagai gerakan penentangan menentang pejajah di Asia
tetapi setiap peristiwa boleh diklasifikasikan mengikut kecenderungan sesuatu pemberontakan
yang akhirnya digeneralisasikan sebagai gerakan sosial, gerakan agama, gerakan penentangan
orang Melayu, pemberontakan petani dll.
Sebelum sesuatu generalisasi boleh dilakukan persoalan timbul tentang sumber sejarah.
Perbahasan tentang sumber berlaku dalam aliran critical philosophy of history dan aliran
spekulatif. Bagi kelompok aliran sejarah kritis mereka berpegang kepada analisis terperinci dan
huraian lengkap daripada idea logik pemikiran sejarah yang datangnya dari fakta atau idea dan
bukannya bermula daripada unsur spekulasi dan teori. Justeru itu dalam meneliti sesuatu fakta
sejarawan

sangat menekankan kualiti sumber sejarah.8 Malah R.G. Collingwood sendiri

menyarankan agar sejarawan mengelak daripada menggunakan pendekatan generalisasi dalam
7 R. J. Shafer, A Guide to Historical Method, Edisi ke-2, Ontario: The Dorsey Press, 1980, p.189.
8 Lihat analogi Car, E.H. tentang peranan sumber dan sejarawan. Car, E.H, Apakah Sejarah, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, p. 5.

menerangkan prinsip,9 tetapi harus menekankan proses minda dan pemikiran pelaku sejarah.
Jelasnya idea pelaku sejarah lebih dipentingkan berbanding hanya mencari persamaan atau
perbezaan pola yang membentuk generalisasi. Alasan oleh R.G. Collingwood bahawa peristiwa
masa lalu hanya jelas pada luaran sahaja tetapi tidak pada proses dalamannya. 10 Namun
sebahagian besar ahli sejarah masa kini menggunakan generalisasi selepas meneliti kewujudan
fakta-fakta. Penggunaan generalisasi telah membuka ruang dan masa dalam pendekatan sejarah
untuk mampu mencari titik persamaan dan perbezaan.
Generalisasi merupakan proses menghubungkan beberapa fakta yang berbeza yang
berlaku pada tempoh masa yang tidak sama. Pada asasnya generalisasi merupakan penghubung
atau penyambung di antara fakta-fakta. Tujuan ahli sejarah berbuat demikian sebagai usaha
untuk mendapatkan penjelasan tentang motif sesuatu tindakan, sebab sesuatu peristiwa dan
impak daripada sesuatu kejadian. Melalui proses ini generalisasi dapat digunakan untuk
seseorang sejarawan memahami dapatan material mereka dan membantu untuk menjelaskan
pemahaman tentang sesuatu fakta kepada khalayak pembaca melalui historiografi. Generalisasi
akan membawa kepada proses analisis dan interpretasi terhadap sesuatu peristiwa. Ringkasnya
generalisasi akan berlaku apabila kita cuba untuk memahami fakta, ataupun mengaitkan antara
data-data, objek, peristiwa, rekod masa lalu dan menyampaikan mereka kepada orang lain
melalui konsep. Generalisasi melalui konsep akan menjadi generalisasi yang bersifat lebih

komprehensif sifatnya.
Umumnya generalisasi akan berlaku apabila kita melaksanakan dua aspek yang paling
asas iaitu mengklasifikasikan fakta, data ataupun fenomena. Manakala proses yang kedua adalah
cuba membanding dan membezakan di antara fakta. Tujuannya untuk mendapatkan persamaan
atau perbezaan. Hasil daripada itu akan dapat membantu seseorang sejarawan memperoleh satu
kesimpulan tentang fakta atau data yang dianalisis. Aras sesuatu generalisasi boleh dilihat
bersifat rendah (mudah), sederhana ataupun tinggi (kompleks).

9 Leslie Armour. Speculative versus Critical Philosophy of History, dlm. The Philosophy of History: AreExamination, pnyt. William Sweet, England: Ashgate Pub. Ltd, 2004, p. 144.
10 Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah sejarah: Perspektif Barat dan Timur, Kuala Lumpur:
Utusan Publications, 2000, p. 109.

Generalisasi

aras

mengklasifikasikan ataupun

rendah


berlaku

apabila

seseorang

pengkaji

cuba

melabel,

membuat periodisasi ke atas fakta atau peristiwa. Manakala

generalisasi aras sederhana berlaku apabila kita cuba menjelaskan sesuatu peristiwa dengan
mengaitkan beberapa elemen subjek yang berbeza dalam sesuatu penelitian sejarah. Misalnya
kajian ke atas realiti sosial masyarakat di Malaysia tetapi masih menggunakan ruang, masa dan
masyarakat yang sama. Generalisasi aras tinggi berlaku apabila seseorang pengkaji cuba secara
sistematik melihat ruang-ruang kemungkinan yang lebih besar, hubungan yang signifikan atau
sesuatu yang memainkan peranan utama yang mengikat sesebuah masyarakat. Melalui analisis

yang terbuka pengkaji akan cenderung untuk melihat secara menyeluruh sama ada terdapat
pengaruh ekonomi, politik, sosial dan ekonomi berdasarkan periodisasi terhadap kajian beliau.
Biasanya ulasan pengkaji cenderung untuk mengaitkan keseluruhan masyarakat atau komuniti
walaupun tema yang dikaji sangat kecil.
Generalisasi dalam sejarah boleh dilakukan melalui melalui pelbagai cara misalnya
melalui kajian-kajian lepas, teori sejarah, amalan masyarakat, budaya dan politik (melalui
generalisasi oleh Marx, Weber dan Sigmund Freud) ataupun melalui kutipan data dan interpretasi
yang sangat berhati-hati. Walaupun terdapat bantahan terhadap penggunaan generalisasi dan teori
dalam sesuatu kajian sejarah tetapi didapati agak sukar untuk memulakan suatu kajian tanpa
penggunaan aspek generalisasi disebabkan pengetahuan masa lepas yang terlalu terhad. 11 Ia
seolah-olah bertindak menjadi suatu titik mula dalam sesuatu penulisan sejarah. Sekurangkurangnya pada satu tahap penulisan seseorang pengkaji pasti akan menggunakan generalisasi
untuk memahami fakta atau bahan kajian yang cuba dijelaskan. Generalisasi boleh berubah
seiring dengan proses penulisan.
2.0 Tujuan Generalisasi dan Teori
Tujuan penggunaan generalisasi dan teori dalam ilmu sejarah disebabkan dua elemen:

11 W. O. Aydelotte, Notes on the Problem of Historical Generalisation, dlm Louis Gottschalk,
Generalisation in the Writing of History: A Report of the Committee on Historical Analysis of the Social Science
Research Council, Chicago: The University of Chicago Press, 1963, p. 156.


2.1 Saintifik-Sejarah cuba disamakan seperti ilmu sains yang mampu untuk membuat suatu
ramalan yang tepat tentang sesuatu peristiwa. Di sini sejarah dilihat cuba untuk melihat kepada
faktor ‘kemungkinan’. Misalnya proses membina sebuah bangunan yang memerlukan pengiraan
kos dibuat bagi mendapatkan nilai atau harga yang perlu disediakan bagi penyediaan simen, batu,
pasir, besi, dan lain-lain lagi. Pengiraan kos dilihat akan dapat menyediakan dengan tepat kos
penyediaan sesebuah bangunan. Walau bagaimanapun dalam bidang sains sosial dan sejarah,
ramalan ini hanya wujud sebagai aspek kemungkinan sahaja. Biasanya suatu kesimpulan dibuat
berdasarkan kepada ketekalan dapatan kajian. Malah dalam banyak situasi penggunaan
generalisasi dalam bidang sejarah sangat menyerupai penggunaan teori dalam bidang-bidang lain
khususnya sains sosial.
Kadang-kadang penggunaan generalisasi di dalam sejarah mampu mengawal penggunaan
berlebihan teori-teori khususnya teori bidang sains sosial. Walau bagaimanapun generalisasi itu
sendiri bukanlah teori misalnya penjelasan teori perjuangan kelas oleh Karl Marx apabila di
generalisasikan melalui pengetahuan sejarah tidak semuanya andaian teori ini benar bahawa
pengelutan dan pergaduhan manusia semata-mata disebabkan kerana material (harta benda)
tetapi juga disebabkan oleh unsur-unsur yang pelbagai.
2.2 Simplification (memudahkan) ataupun di dalam teori dipanggil sebagai model. Fenomena
realiti ditukar kepada bentuk peta atau carta yang mudah difahami. Unsur yang memudahkan
sesuatu huraian dilakukan oleh sejarawan dalam membuat analisis agar unsur naratif mudah
diterima akal.12 Dengan lain perkataan membuat suatu rumusan dengan bahasa yang mudah di

atas sesuatu persitiwa yang dicerap. Misalnya peristiwa 13 Mei merupakan tragedi pergaduhan
antara kaum di Semenenanjung Malaysia. Melalui proses simplifikasi maka ia dapat memandu
seseorang ahli sejarah dalam membuat kutipan data, kritikan terhadap sumber, interpretasi, dan
penulisan sejarah dengan mengecilkan skop, aktor yang terlibat, jangka masa dan lokasi.
3.0 Jenis-jenis Generalisasi Sejarah
12 Peter Burke, Sejarah dan Teori Sosial, terj. Mestika Zed dan Zulfami, Indonesia: Yayasan Pustaka Obor,
2011, p.40. Croce menggunakan istilah logik pada setiap fakta sejarah yang membezakan sejarah daripada bidang
ilmu yang lain. Sila lihat R.G. Collingwood, Idea Sejarah, terj. Mohd Yusuf Ibrahim, Kuala Lumpur: DBP, 1985, p.
240.

Disebabkan keyakinan ahli sejarah kepada setiap peristiwa adalah unik dan tidak sama maka
generalisasi hanya membantu dalam proses membuat analisis yang boleh diklasifikasikan kepada
beberapa bahagian.
a) Generalisasi Konsep-ini merupakan generalisasi yang paling banyak digunakan bagi
menerangkan fakta. Biasanya konsep-konsep yang digunakan datangnya dari bidang sains
sosial misalnya istilah-istilah demonstrasi, reformasi, revolusi, rampasan kuasa, mogok,
liberalisme, kapitalisme, sosialisme, komunisme, kolonialisme, nasionalisme, rasuah dan
lain-lain lagi. Istilah-istilah ini dalam teori dikenali sebagai model. Dalam teori ekonomi
wujud istilah merchantilisme dan kapitalisme yang masing-masing memiliki model dan
kefahaman tersendiri.

b) Generalisasi Tematik iaitu penulisan sejarah melalui kategori tema. Contohnya novel “Shit”
merupakan novel politik dalam bahasa yang tinggi. Lukisan-lukisan oleh Zunar menggarap
tema politik dalam bentuk lukisan. Buku “Pagar Makan Padi” merupakan buku ekonomi
tentang analisis pelaksanaan DEB.
c) Generalisasi ruang dan masa. Generalisasi ruang bermaksud memilih skop tempat yang
khusus dalam membuat generalisasi. Tempat boleh jadi kampung, bandar, negeri atau
negara. Sejarah mestilah memiliki lokasi. Manakala Generalisasi masa (period) merupakan
generalisasi tentang berlakunya sesuatu peristiwa sejarah misalnya zaman Khulafa alRasyidin, Zaman Kegawatan, Zaman Gelap (di eropah pada abad ke-14), zaman Jahiliah, era
pemberontakan komunis, zaman reformasi, zaman IT, era DEB dan lain-lain.
d) Generalisasi Sosial iaitu melabelkan sekumpulan ahli dalam masyarakat sebagai berdasarkan
sikap, budaya dan pelakuan misalnya dalam kalangan orang Melayu yang tidak seiring
dengan zaman di anggap Melayu kampung, orang bandar, petani tradisional, petani moden,
golongan nasionalis kiri, nasionalis kanan dll.
e) Generalisasi sebab dan akibat (Causality)-Generalisasi yang dibuat ke atas sesuatu peristiwa
yang berulang-ulang yang memiliki sebab dan akibat dapat membantu penjelasan aktiviti
manusia.13 Misalnya kepercayaan kepada bila berlakunya kilat ia akan disertai dengan bunyi
guruh. Unsur generalisasi berlaku walaupun sekadar menggunakan unsur sebab dan akibat
yang sangat mudah.14 Biasanya rumusan dalam peristiwa selalunya berdasarkan hukum
sebab dan akibat yang sama. Disebabkan hubungan yang begitu rapat di antara sebab dan
13 R. J. Shafer, A Guide to Historical Method, Edisi ke-3, Ontario: The Dorsey Press, 1980, p.190.
14 Ibid., p. 24.

akibat biasanya pengkaji akan membuat kesilapan tanpa berjaya mengesan bawa generalisasi
yang dilakukan itu tidak tepat disebabkan amalan kebiasaan. Misalnya kereta buatan
tempatan yang mengalami kemalangan biasanya kesimpulan yang dibuat kualiti kereta
kurang baik tetapi apabila kereta yang mahal terlibat dengan kemalangan maka huraian yang
dibuat melihat kepada faktor jalan raya, faktor individu ataupun penyelenggaraan yang tidak
mengikut spesifikasi. Kita dapati sekiranya penyelidik kurang berhati-hati maka generalisasi
palsu akan mengambil alih kebenaran atau faktor sebenar sesuatu kejadian. Dalam teori
behavioursime, mereka percaya bahawa sebab dan akibat boleh dibina dalam tingkah laku
manusia. Pengkaji harus berhati-hati dengan premis “penyebab” yang sama boleh
menghasilkan kesan yang sama ataupun berbeza. Contoh lain, orang dalam bidang undangundang percaya jenayah boleh dikurangkan dengan meningkatkan tahap hukuman. Walau
bagaimanapun kegagalan melihat punca sebenar sesuatu kesalahan dilakukan akan
menyebabkan aktor yang terlibat disamakan dengan jenayah tanpa melihat pilihan-pilihan
lain dalam memberikan jalan penyelesaian.
f) Generalisasi Budaya atau dipanggil model budaya yang dibina berdasarkan rumusan adat
dan kebiasaan. Sebahagian orang percaya orang Melayu pemalas, masyarakat Cina rajin,
orang India ramai terlibat dengan jenayah. Masyarakat luar bandar adalah pengundi tegar
sesebuah parti politik. Generalisasi yang dibuat dengan mengambil sebahagian besar
keputusan politik di Malaysia yang menunjukkan pola tersebut tanpa mengambil kira faktorfaktor lain. Dalam budaya pentadbiran akan muncul model-model dan istilah yang
melambangkan budaya misalnya efisyen ataupun tidak, keadilan, korupsi dll.15
4.0 Perbezaan Generalisasi Ilmu
Sejarah sebagai satu disiplin ilmu seharusnya memiliki cara membuat kesimpulan umum ataupun
dipanggil generalisasi. Perbezaan ini boleh dijelaskan melalui istilah “nomothetic” dan
“idiographic”.16 Disiplin bukan sejarah lebih banyak menggunakan “nomothetic” apabila cuba
membuat generalisasi berdasarkan peraturan yang umum yang biasanya dapat diterima oleh
khalayak pembaca. Akan tetapi bidang sejarah dilihat lebih banyak memilih penjelasan bersifat
15 P. Burke, Sejarah dan Teori Sosial, terj. Mestika Zed dan Zulfami, Indonesia: Yayasan Pustaka Obor,
2011, p.45.
16 R. L. Lyman dan M. J. O'Brien, Nomothetic Science and Idiographic History in Twentienth-Century
Americanist Anthropoly, dalam Journal of the History of the Behavioral Sciences, Vol. 40. 1. 2004, p. 77.

“idiographic” apabila menekankan bahawa setiap peristiwa adalah unik dan khusus dan sukar
untuk digeneralisasikan. Generalisasi “nomothetic” lebih cenderung menghilangkan sifat
individualistik sesuatu penjelasan kepada yang lebih bersifat umum. Namun generalisasi sejarah
yang unik turut memberi manfaat kepada bidang lain khususnya bidang sains apabila keunikan
dalam sesuatu peristiwa turut dipertimbangkan dalam memberi sesuatu penjelasan dalam suatu
fenomena.17 Justeru perkembangan selepas tahun 1990 seolah-olah seolah-olah “nomothetic”
atau “idiographic” kadang-kadang saling memerlukan di antara satu sama lain.
5.0 Penggunaan Teori dalam Penulisan Sejarah
Sejarawan yang menulis sejarah dengan menggunakan topik perbincangan berdasarkan konsep
perbandingan, generalisasi, pengkelasan, dan interpretasi merupakan ahli sejarah yang berpegang
kepada penggunaan teori dalam menulis sejarah.18 Hanya sebahagian kecil sahaja penulis sejarah
menggunakan teori dalam penulisan sejarah berbanding dengan mereka yang mencurigai
penggunaan teori ataupun model.19 Walaupun terdapat penulis sejarah menggunakan teori namun
didapati hanya aliran Marx yang banyak menggunakan pendekatan teori dalam perbahasan
sejarah. Berbanding disiplin ilmu lain yang harus menggunakan teori dalam setiap penulisan.
Maka tidak hairanlah jika dikatakan titik pemisah di antara pendekatan sejarah dan bidangbidang lain ialah teori itu sendiri. Dalam disiplin sejarah teori seringkali dianggap sebagai orang
asing yang sering menimbulkan persoalan pada masa yang tidak sesuai. Malah persoalan teori
kadang-kadang mencabar maruah ilmu sejarah yang dipertahankan telah memiliki disiplin
tersendiri (iaitu idea-idea logik dan epistemologi20).
Kurangnya penggunaan teori ini menjadi medan perdebatan di antara tokoh sosiologi dan
sejarah. Bagi ahli sosiologi, bidang sejarah hanya di anggap sebagai pengutip data bagi ahli
sosiologi. Malah lebih teruk bidang sejarah dianggap melakukan analisis data tanpa kaedah dan

17 Ibid., p. 93.
18 Louis Gottschalk, Generalisation in the Writing of History, 1963, p. v.
19 Peter Burke, Sejarah dan Teori Sosial, terj. Mestika Zed dan Zulfami, Indonesia: Yayasan Pustaka Obor,
2011, p. 1.
20 Mark, T. Gilderhus, History and Historians: A Historiographical Introduction, USA: Prentice Hall,
2000, p. 50.

teori.21 Aliran sosiologi lupa bahawa sejarawan lebih banyak melihat kepada keunikan sesuatu
peristiwa berbanding hanya melihat kepada pola sesuatu peristiwa dan membuat generalisasi.
Secara umumnya penggunaan teori dalam sejarah muncul akibat timbulnya dari
permasalahan penjelasan sejarah melalui tiga aspek yang penting.22
1. Kesukaran untuk memahami setiap dimensi pengalaman manusia yang saling
berhubungan dalam satu masa yang tertentu. Ahli sejarah hanya menjelaskan masa lalu
dan membina masa semula (reconstruct) untuk menceritakan peristiwa tersebut untuk
difahami. Walaupun ahli sejarah juga bergantung dengan dokumen tetapi mereka juga
perlu melihat cara berfikir pencatat dokumen tersebut agar penjelasan yang dibuat
menjadi fakta yang diyakini.
2. Fenomena perubahan sejarah mempengaruhi tingkahlaku manusia. Tingkahlaku manusia
adalah bersifat induvidualistik dan unik dan banyak dipengaruhi oleh faktor yang
berbeza-beza. Situasi dan faktor yang unik banyak menelan masa ahli sejarah untuk
menjelaskan kewujudan berlakunya aspek perubahan dalam sejarah. Malah kalau dapat
dibuktikan berlaku perubahan cara membuat tafsiran tidak memiliki kesepakatan di
antara ahli-ahli sejarah.
3. Kewujudan bukti yang tidak pernah lengkap dan jelas untuk meletakkan tafsiran sebab-

musabab tanpa sebarang keraguan. Ini adalah benar walaupun peristiwa telah
didokumenkan dengan baik. Contohnya dalam Perang Dunia Pertama, sumber telahpun
menyediakan bukti, motif pihak yang terbabit, berlakunya diplomasi, wujud ruang untuk
rakyat menyuarakan pendapat, berlakunya perlumbaan senjata, dan maklumat kekuatan
ekonomi setiap pihak yang terlibat. Akan tetapi bukti ini tidak boleh menjelaskan kepada
kita apakah kepentingan semua faktor yang berbeza-beza ini dan interaksi antara faktor
yang berperanan dalam perang dunia yang pertama.
Bagi pemegang teori linguistik beraliran post modenisme kelemahan penulisan sejarah itu
terletak pada tiga faktor yang penting:23
21 Peter Burke, Sejarah dan Teori Sosial, terj. Mestika Zed dan Zulfami, Indonesia: Yayasan Pustaka Obor,
2011, p.4, 11.
22 J. Tosh, The Persuit of History: Aims, methods and new directions in the study of modern history. Ed.
ke-4. Great Britain: Pearson Education Limited, 2006, p. 184-186.
23 C. B. McCullagh, The Truth History, New York: Routledge, 1998, p. 290.

a) Mereka beranggapan penggunaan sumber berasaskan dokumen ataupun lisan tidak
terlepas dari niat, tujuan atau motivasi pencatat dokumen atau pemberi maklumat
lisan. Malah motivasi ataupun niat pencatat yang dicerminkan melalui catatan
dokumen bukanlah suatu yang realiti kerana bagi mereka ia hanya suatu gambaran
oleh pencatat yang turut membawa nilai budaya mereka ke dalam catatan tersebut.
Justeru itu catatan atau sumber hanyalah suatu bentuk permainan bahasa (language
game) yang bukan mencerminkan realiti peristiwa.
b) Pengaruh budaya dalam penulisan sejarah. Sejarawan dianggap sering dipengaruhi
oleh konsep-konsep tertentu dalam membuat interpretasi disebabkan pengaruh
budaya ke atas setiap individu. Justeru itu kita dapati bahawa penjelasan mengenai
suatu peristiwa, biografi atau fenomena sosial adalah berbeza di antara ahli-ahli
sejarah disebabkan wujudnya perbezaan budaya. Justeru itu mereka beranggapan
penulisan sejarah kurang nilai kebenaran tetapi lebih banyak banyak mencerminkan
unsur relativisme budaya.
c) Penggunaan bahasa yang dianggap hanya menjelaskan nilai konsep dan bukannya
suatu realiti. Justeru penjelasan keseluruhan sesuatu peristiwa bergantung kepada
istilah dan khalayak pembaca dalam bahasa tersebut.
Bagi McCullagh, pendekatan post modernisme tidak tepat disebabkan mereka tidak
mendalami bagaimana ahli sejarah yang turut memiliki kaedah dalam menilai sesuatu teks
sejarah atau dokumen sebagai sumber penulisan. Malah pendekatan yang digunakan ahli sejarah
membuat naratif melalui inferensi berasaskan sumber dokumen boleh dipercayai disebabkan
tindakan dan perilaku manusia pada masa lepas pada asasnya juga berlaku pada masa sekarang.
Walaupun peristiwa tersebut unik tetapi niat atau motivasi perilaku manusia adalah universal.
Penggunaan teori yang mencerminkan sifat sebenar sejarah harus memenuhi tiga fungsi yang
saling berkaitan iaitu:24
1. Mengesahkan sesuatu cara yang betul atau amalan praktikal yang baik untuk seseorang
sejarawan dari sudut epistemologi ataupun perkaedahan.

24 C. Lorenz, History and Theory, p. 15.

2. Menunjukkan cara yang lebih khusus dalam cara kerja seseorang ahli sejarah. Cara kerja
akan menjadi lebih saintifik dengan penggunaan struktur dan model dengan tidak
meninggalkan aspek ruang dan masa.
3. Membentuk satu panduan khusus dalam melakukan kajian sejarah yang juga akan
melibatkan apakah yang harus dimasukkan dan apakah yang perlu diasingkan daripada
analisis sejarah.
Kebanyakan ahli sejarah melihat teori hanya sebagai jalan bagi menimbulkan persoalan
demi persoalan dan tidak menggunakan teori untuk mencari jalan penyelesaian. Ahli sejarah juga
sangat bimbang dengan penggunaan teori atau model akan menyebabkan seseorang penulis lupa
akan perubahan yang berlaku akibat pertukaran waktu disebabkan penggunaan teori atau model
yang tidak menitik beratkan konsep ruang dan masa. Pendekatan teori turut dilihat terlalu umum
dan abstrak dan kurang berjaya mengambarkan keunikan sesuatu individu dan peristiwa. Francis
Bacon mencadangkan agar ahli sejarah wajar menggunakan teori manakala sains sosial turut
menggunakan kaedah sejarah yang dianggap saling lengkap melengkapi sesuai dengan keperluan
masa lepas dan masa kini.
Kekurangan utama penggunaan teori menurut Hunter ialah tidak wujud persetujuan
bersama apakah jenis objek dan keselarasan dari sudut penggunaan istilah (bahasa) dalam
sesuatu teori.25 Bagi Chris Lorenz kedua-dua perkara ini bukanlah isu yang melemahkan
penggunaan teori tetapi penggunaan teori dalam sejarah boleh membantu kepentingan ciri-ciri
pengetahuan pada masa lepas, bagaimana ilmu ini dicapai, (melalui metodologi) apakah yang
boleh diiktiraf sebagai suatu ‘kualiti’ ataupun ‘kemajuan’ dalam ilmu sejarah, apakah yang
dikatakan masa lepas, dan persoalan penggunaan isu masa lalu dari aspek etika, undang-undang
dan politik.26
6.0. Kelebihan Penggunaan Generalisasi dan Teori
Penggunaan generalisasi dan teori dalam ilmu sejarah dapat membantu Sejarawan dalam
membuat satu rumusan ataupun interpretasi tentang masa lepas dengan ketepatan yang tinggi.
Malah Louis Gotchalk sendiri menyarankan agar ahli sejarah tidak takut untuk memperluaskan
25 I. Hunter, The History of Theory, dlm. Critical Inquiry, 33, 2006, p. 78
26 C. Lorenz, History and Theory, p. 14.

generalisasi27 agar dapat menjelaskan isu sejarah dengan lebih tepat. Namun Louis Gottchalk
turut mencadang ahli sejarah bersikap berhati-hati dalam membuat generalisasi. Generalisasi
haruslah berdasarkan fakta-fakta awal, benar dan dapat memberkan gambaran sebenar sesuatu
peristiwa masa lepas.
Kesimpulan
Walaupun terdapat ramai di kalangan sejarawan memandang rendah unsur generalisasi dan teori
dalam bidang sejarah, kewujudan unsur generalisasi atau teori itu sendiri bukanlah sesuatu yang
dianggap asing malah banyak digunakan oleh sejarawan. Malah kadang-kadang di luar sedar ahli
sejarah boleh menjadi sejarawan naratif deskriptif, sejarawan perbandingan ataupun sejarawan
interpretatif. Perlu diakui unsur sejarah adalah unik dan berbeza tetapi kewujudan persamaan
umum proses dapat membantu pembinaan analisis yang lebih bersifat saintifik. Menolak
penggunaan generalisasi dan teori seolah-olah sama seperti hanya menekankan kepentingan
keunikan dan menolak kepentingan proses sejarah. Akhirnya penolakan terhadap proses tidak
akan menjadikan sejarah sebagai satu bidang yang memberikan pengajaran dan teladan. Walau
bagaimanapun perlu diterima hanya dengan mempermudahkan generalisasi, teori atau model
bukan bermakna ia boleh menerangkan peristiwa masa lepas secara lengkap dan diyakini. 28
Gottchalk bersetuju perlunya ilmu sejarah memiliki sejarawan dalam pelbagai aliran genralisasi
bagi memenuhi semua kemungkinan yang wujud dalam ilmu sejarah.

Senarai Rujukan
Abdul Rahman Haji Abdullah. 2000. Wacana Falsafah sejarah: Perspektif Barat dan Timur.
Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Aydelotte, W. O. 1963. Notes on the Problem of Historical Generalisation. Dlm Louis
Gottschalk. 1963. Generalisation in the Writing of History: A Report of the Committee on
27 L. Gottchalk, Mengerti Sejarah: Pengantar Metode Sejarah, terj. Nugroho Notosusanto, Indonesia:
yayasan Penerbit Universitas Indonesia, 1975, p. 187.
28 P. Burke, History and Social Theory, Edisi ke-2, Cambridge: Polity Press, 2005, p.289.

Historical Analysis of the Social Science Research Council, Chicago: The University of
Chicago Press:145-177.
Armour, L. 2004. Speculative versus Critical Philosophy of History. Dlm. The Philosophy of
History: Are-Examination, pnyt. Sweet, W. England: Ashgate Pub. Ltd.
Burke, P. 2005. History and Social Theory. Ed. Ke-2. Cambridge: Polity Press.
Burke, P. 2011. Sejarah dan Teori Sosial. Terj. Mestika Zed dan Zulfami. Indonesia: Yayasan
Pustaka Obor.
Car, E.H. 1961. What is History? Macmillan: Palgrave.
Collingwood, R.G. 1985. Idea Sejarah. Terj. Mohd Yusuf Ibrahim. Kuala Lumpur: DBP.
Gilderhus, M.T. 2000. History and Historians: A Historiographical Introduction. USA: Prentice
Hall.
Gottschalk, L. 1963. Generalisation in the Writing of History: A Report of the Committee on
Historical Analysis of the Social Science Research Council. Chicago: The University of
Chicago Press.
Gottschalk, L. 1963. Categories of Historiographical Generalisation. Dlm. Generalisation in the
Writing of History: A Report of the Committee on Historical Analysis of the Social
Science Research Council. Chicago: The University of Chicago Press, hlm. 113-114.
Gottchalk, L. 1975. Mengerti Sejarah: Pengantar Metode Sejarah. Terj. Nugroho Notosusanto,
Indonesia: yayasan Penerbit Universitas Indonesia.
Hunter, I. 2006. The History of Theory. Critical Inquiry. 33, hlm. 78-112.
Lorenz, C. 2011. History and Theory. Dalam Woolf, D. y A. Schneider. Pnyt. The Oxford History
of Historical Writing. Vol. 5. Oxford: Oxford University Press: 13-35.
Lyman, R. L. dan O'Brien, M. J. 2004. Nomothetic Science and Idiographic History in
Twentienth-Century Americanist Anthropoly, dalam Journal of the History of the
Behavioral Sciences. Vol. 40. 1, hlm. 77–96.
McCullagh. C. B. 1998. The Truth History. New York: Routledge.
Partington, G.G. 1980. Historical Generalisation, dlm. The History Teacher. Vol. 13. No. 3.
Shafer, R. J. 1980. A Guide to Historical Method. Edisi ke-3. Ontario: The Dorsey Press.
Tosh, J. 2006. The Persuit of History: Aims, methods and new directions in the study of modern
history. Edisi ke-4. Great Britain: Pearson Education Limited.