PKE Jurnal dan Refleksi atas

Kritikan Jurnal
Tajuk

: Pengetahuan Pengurusan Berat Badan di Kalangan Wanita
Bekerja di Kuala Lumpur

Kawasan kajian : Kuala Lumpur, Malaysia
Penulis

: Norimah A. Karim & Mohd Ismail Noor

1.0 Tajuk
Tajuk yang diberikan ialah Pengetahuan Pengurusan Berat Badan di Kalangan
Wanita Bekerja di Kuala Lumpur. Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji tentang masalah
kesedaran mengenai imej tubuh sedang meningkat dan ramai wanita cuba melangsingkan
tubuh badan melalui pelbagai kaedah. Artikel ini melaporkan tahap pengetahuan mengenai
pengurusan berat badan di kalangan wanita bekerja yang berumur 30 – 45 tahun di Kuala
Lumpur. Responden merangkumi 131 guru sekolah dan 122 kakitangan awam. Kajian ini
juga menunjukkan keperluan untuk pendidikan pemakanan berkaitan dengan imej tubuh dan
pengurusan berat badan yang berkesan.


2.0 Isu / Persoalan
Persoalan yang ditimbulkan oleh jurnal ini adalah mengenai pengambilan makanan
yang tinggi lemak dan tinggi kadar kalori semakin meningkat manakala gaya hidup semakin
kurang menyakinkan. Adakah isu pertama yang ingin difokuskan ini berkait rapat dengan
jumlah jam bekerja di pejabat yang terlalu berlebihan sehingga seseorang wanita bekerjaya
tidak mampu menguruskan masa untuk mengambil berat tentang pengetahuan penjagaan
berat badan mereka. Perkembangan masalah lebihan berat badan dan obesiti di kalangan
wanita biasanya berlaku di peringkat pertengahan usia dewasa (Ball et al. 2002). Adakah
masalah ini berkait rapat dengan kadar pertumbuhan anatomical dan fisiologikal manusia di
mana pertumbuhan tinggi/berat meningkat mengikut gaya hidup seseorang individu
tersebut. Ada juga sesetengah individu mengambil jalan mudah dengan mempercayai
produk-produk yang diiklankan di media tanpa sebarang usul periksa. Adakah mereka ini
terlalu kurang masa untuk membaca semua maklumat penting mengenai pakej yang ada
dalam produk tersebut atau adakah mereka sekadar percaya bahawa semua kajian yang

1

membuktikan keberkesanan produk telah cukup untuk meyakinkan mereka bahawa produk
tersebut selamat untuk digunakan.


3.0 Tujuan Dan Objektif
Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji masalah pengetahuan pengurusan
berat badan wanita berkerja di Kuala Lumpur berkaitan dengan umur seseorang itu. Selain
itu juga tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengatasi dan mencegah obesiti yang
berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang telah dinyatakan. Selain itu juga, kajian ini
juga megetahui tentang faktor-faktor seseorang individu itu mengalami masalah obesiti iaitu
yang dikaitkan di sini ialah pada umur 30 tahun hingga 45 tahun. Di samping ia juga dapat
memberi kesedaran kepada kaum wanita kepentingan menjaga kesihatan diri mereka jika
tidak mahu terkena penyakit kronik seperti sakit jantung dan diabetes.

4.0 Instrument Dan Kaedah Analisis Data
Instrument yang digunakan dalam jurnal ialah data telah dikutip melalui pertanyaan
( question ) dan assessment of body mass index setiap subjek yang dikaji. Sampel yang
digunakan ialah perempuan yang berumur antara 30 hingga 45 tahun. Kriteria sampel yang
dikaji ialah pertamanya kriteria bidang profession, jumlah jam bekerja, tidak hamil dan
mengandung dalam tempoh satu tahun. Seramai 253 orang wanita yang terdiri daripada 131
orang guru sekolah dan 122 orang kakitangan awam yang berumur 30 hingga 45 tahun
mengambil bahagian dalam kajian ini secara sukarela. Responden dimaklumkan tujuan
kajian serta kesemua kaedah pengukuran yang terlibat dan dikehendaki menandatangan
borang persetujuan sebelum kajian dijalankan. Cra menganalisi pengetahuan mengenai

pengurusan berat badan dinilai menggunakan borang soalselidik 10-item yang diadaptasi
daripada Weight Management Knowledge Inventory (Thombs et al. 1998) yang telah
divalidasikan. Responden diminta untuk menjawab satu senarai dengan 10 soalan jenis
pilihan beraneka, di mana hanya satu jawapan perlu dipilih. Jawapan yang betul akan
diberikan 1 markah manakala jawapan yang salah ataupun “tidak tahu” diberi 0 markah
Data kegemukan pula dinilai berdasarkan body mass index seseorang individu
terbabit dengan mengambil berat (kg) dan tinggi (m) seseorang individu yang dikaji. Data
dikutip dengan membahagikan berat badan dan tinggi badan sampel. Jadi berdasarkan
instrument dan kaedah kajian yang dijalankan, instrument yang digunakan amat sesuai
dengan kajian yang ingin dijalankan. Kaedah kajian ini juga menggunakan kaedah formula
2

body mass index(BMI) yang mana ia amat sesuai untuk mengukur tahap tubuh badan
samaada seseorang itu mempunyai tubuh badan yang ideal ataupun mengalami masalah
obesiti. Oleh itu, bahan yang digunakan untuk pertanyaan (questioning) dan mengumpulkan
maklumat berat dan ketinggian merupakan teknik yang terbaik yang boleh digunakan untuk
mengumpul maklumat dan data mengenai sampel yang hendak dikaji.

5.0 Hasil Dapatan
Hasil dapatan yang diperolehi oleh pengkaji direkodkan Daripada sejumlah 253

responden, 122 (48%) adalah dalam golongan lebihan berat badan dan 131 (52%)
mempunyai berat badan normal. Taburan jenis pekerjaan dalam kumpulan berat badan
adalah seragam, di mana kumpulan berat badan normal terdiri daripada 53% guru sekolah
dan 47% kakitangan awam, manakala golongan lebihan berat badan pula terdiri daripada
50% guru sekolah dan 50% kakitangan awam. Tahap pendidikan responden adalah pada
tahap sekolah menengah (48%) dan tahap pengajian tinggi (52%). Dalam Jadual 2, taburan
responden mengikut kategori pekerjaan menunjukkan pembahagian yang serupa iaitu 131
guru sekolah (52%) dan 122 kakitangan awam (48%). Perbezaan yang signifikan dalam
tahap pendidikan (χ2 = 76.178; p < 0.001) dan min pendapatan (p < 0.001) wujud di antara
kedua-dua kumpulan responden. Didapati majoriti guru sekolah (79%) mencapai tahap
pendidikan institut pengajian tinggi, dan sebaliknya kebanyakan responden kakitangan
awam (76%) mencapai tahap pendidikan sekolah menengah sahaja. Min pendapatan
responden guru (RM2069 ± 626) juga lebih tinggi daripada responden kakitangan awam
(RM1553 ± 745).
Oleh itu berdasarkan hasil dapatan yang telah dijalankan jelaslah di sini bahawa
terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada masalah obesiti ini. Antaranya ialah
pengeathuan terhadapa pengurusan pola pemakanan yang tidak baik menjadi faktor yang
paling utama di sini. Namun, sebenarnya masalah kekurangan pengetahuan yang betul
tentang melakukan aktiviti senaman dan riadah juga turut menyumbang kepada masalah
obesiti ini. Jadi hasil dapatan kajian yang dilakukan adalah tidak menyeluruh dan hanya

menyentuh beberapa aspek sahaja. Selain itu juga faktor persekitran juga boleh
menyumbang kepada masalah obesiti dikalangan wanita berkerjaya di Kuala Lumpur ini.
Sebagai contoh jika kawasan terbabit selalu mengadakan aktiviti yang sihat seperti
berjogging, bermain sukan bersama, gotong-royong dan sebagainya

sudah tentulah

penduduk di kawasan sana akan mempunyai badan yang sihat. Namun jika persekitaran
penduduk setempat menjalankan aktiviti yang kurang sihat, maka individu tersebut juga
akan terpengaruh dengannya.
3

6.0 Kepentingan
Pertamanya ialah kajian ini dapat membantu mengenalpasti punca masalah
berlakunya obesiti di kalangan wanita bekerjaya di Kuala Lumpur akibat kurangnya
pengetahuan terhadap pengurusan berat badan. Antara masalah yang dikenalpasti ialah
masalah pengetahuan pola pemakanan seharian yang tidak baik, faktor bidang
professionalisme, tekanan di kawasan kerja dan faktor umur yang semakin meningkat.
Keduanya ialah kajian ini juga dapat membolehkan maklumat yang tepat melalui
teknik – teknik yang sesuai untuk mendapatkan maklumat berkenaan masalah ini. Maklumat

ini tidak boleh dilakukan dengan hanya pembacaan sahaja tetapi mestilah dilakukan dengan
penglibatan individu yang tinggal di tempat itu sendiri. Jadi maklumat yang diperolehi adalah
tepat dan koheran.
Ketiganya ialah kajian ini juga dapat mengenalpasti bahawa budaya kerja seseorang
itu memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan diri. Hal ini kerana jika
budaya kerja seseorang wanita berkerja itu hanya untuk bekerja 24 jam tanpa henti maka
sekaligus budaya tersebut akan melahirkan seorang wanita yang kurang sihat dan
mengalami masalah obesiti akibat tekanan kerja tersebut.
Kajian ini juga memainkan peranan yang penting dalam memberi kesedaran kepada
penduduk setempat khasnya wanita Kuala Lumpur yang berkerja tentang pentingnya
menjaga kesihatan diri mereka. Hal ini kerana penjagaan kesihatan dan pemakanan dapat
mengelakkan diri mereka menjadi obesiti seterusnya dapat mengelakkan diri mereka
terkena penyakit yang kronik.

4

7.0 Hubungkait Bahan Bacaan Dengan Isu/ Pernyataan Masalah

Berhubung kajian jurnal yang telah dilakukan, saya telah mencari pelbagai
bahan


bacaan

dari

pelbgai

sumber untuk

meningkatkan

kefahaman

dan

pengetahuan saya berkaitan dengan masalah obesiti dikalangan wanita. Sasaran
saya ialah untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan spesifik berkaitan dengan
bilakah wanita mula mengalami obesiti. Penyataan penulis di dalam jurnal ini
mengatakan bahawa, wanita mula mengalami proses obesiti apabila umur mereka
mencecah 30 tahun berikutan kurangnya pengetahuan pengurusan berat badan

yang ideal dan proses itu berlaku sehingga umur mereka 45 tahun. Pada pendapat
saya, kenyataan ini kurang tepat kerana ada kenyataan lain dari sebuah jurnal iaitu
Childhood obesity, prevalence dan prevention

yang menyatakan bahawa

masalah obesiti mula terjadi pada peringkat kanak-kanak lagi. Obesiti bukan satu
masalah yang datang mengikut perkiraan umur manusia, tetapi ia berlaku
disebabkan beberapa faktor yang di sebabkan oleh individu itu sendiri. Perkara ini
telah dinyatakan oleh penulis di dalam jurnalnya iaitu this study revealed that
social economic, genetic and carbohydrate consumption contribute to the
development of overweight. bermaksud bahawa punca lebihan berat badan
adalah disebabkan oleh pengaruh pengambilan pemakanan yang tidak seimbang,
faktor genetik dan sosial ekonomi.
Melalui pembacaan saya, terdapat beberapa faktor yang boleh dikaitkan
dengan

masalah obesiti dikalangan wanita iaitu wanita bersalin. Wanita yang

melalui proses melahirkan anak mempunyai potensi untuk mengalami kegemukan

dan pertambahan kelahiran juga akan menyebabkan berat badan semakin
bertambah. Perkara ini tidak dapat dielak oleh kaum wanita kerana tugas untuk
melahirkan zuriat adalah dibawah tanggungjawab wanita. Oleh yang demikian,
kaedah yang terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menjaga pemakanan
seperti melaksanakan diet yang seimbang dan melakukan aktiviti riadah selepas
bersalin. Kenyataan ini saya petik dari sebuah artikel iaitu 16.8 juta rakyat Malaysia
mengelami obesiti. Selain itu, terdapat satu kenyataan di dalam akhbar Kosmo yang
menyokong penerangan yang telah saya kemukan ini iaitu kerataan akhbar tahun
lalu yang bertajuk menangani obesiti ibu hamil, 22 mac 2013. Di dalam keratan
akhbar ini, ia menyatakan bahawa pentingnya ibu-ibu yang sedang hamil untuk
menjaga berat badan mereka ia boleh memberikan komplikasi yang tidak baik
5

kepada ibu dan bayi yang dikandung seperti diabetis dan hipertensi. Tindakkan yang
diambil oleh mereka ialah dengan menyertai program yang mengambil segala aktiviti
mereka seperti dari segi pemakanan, riadah dan lain-lain lagi.
Saya juga turut mendapati bahawa terhadap hubungkait yang sangat jelas
berkaitan dengan kenyataan penulis yang menyatakan perempuan akan mengalami
masalah obesiti pada umur 30 hingga 45 tahun. Pada peringkat umur ini, wanita
akan mula melalui proses rumah tangga dan secara tidak langsung akan mengalami

kehamilan. Ini akan menyebabkan wanita akan mula mengalami berat badan yang
berlebihan atau obesiti. Disebabkan faktor ini, penulis menetap umur 30 sehingga 45
merupakan tempoh untuk wanita mengalami perubahan berat badan yang
mendadak berikutan pada zaman sekarang, perkahwinan pada usia lewat 20-an
telah menjadi seperti satu trend kepada wanita berkerja. Di dalam keratan akhbar ini
juga, ia menyatakan bahawa obesiti akan meningkatkan risiko diabetis, hipertensi,
penyakit jantung, strok, dan kancer. Kenyataan ini bertepatan dengan maklumat
yang saya perolehi dari sumber bacaan yang lain. Kesimpulannya, jurnal ini
mempunyai kualiti untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum
kerana ia mempunyai maklumat yang tepat dan mempunyai kaitan yang jelas
dengan sumber bacaan yang lain.

6

8.0 Cadangan Penambaikan

8.1 Pelan Tindakan
Bil

Perkara


Strategi

Tindakan

Catatan

1.

Masa

Tempoh masa
kajian di
panjangkan

Penulis
memanjangkan
tempoh kajian
dengan lebih lama
untuk memastika
keputusan kajian
yang diperolehi
lebih tepat dan
koheran.

Masa yang
lebih panjang
dapat
membuat
pemerhatian
yang lebih
teliti

2.

Jumlah
responden

Bilangan sampel
kajian
diperbanyakan

Menggunakan
lebih banyak
sampel atau
responden bagi
menimbul
kepelbagaian
maklumat yang
diperolehi

Sampel yang
lebih banyak
dapat
menghasilkan
keputusan
yang lebih
tepat

3.

Kepelbagaian
status
kerjaya

Melibatkan
pelbagai status
kerjaya

Kajian perlu
dilakukan dengan
mengambil kira
status kerjaya
seperti wanita
berkerjaya sebagai
guru,
arkitek,jurutera,do
ctor, dan
sebagainya.

Perlu
mengambil
kira status
kerjaya kerana
ia
mempengaruh
i gaya hidup
seseorang

4.

Instrumen dan
kaedah kajian

Menggunakan
kaedah
pemerhatian

Kaedah
pemerhatian perlu
digunakan untuk
mendapat
keputusan yang
lebih tepat
berkaitan dengan
aktiviti seharian
yang dijalankan
oleh sampel

Kaedah
pertanyaan
sahaja tidak
mencukupi
untuk
mendapat
maklumat
yang tepat.

7

8.2 Jadual
Contoh Borang Peribadi Responden
Bil.

Nama

Umur

Jantina

Status

1.

Contoh Borang Instrumen : Kaedah Pemerhatian
Bil.

Nama

No K/P

Jantina

umur

Aktiviti
seharian

catatan

1.

Contoh Pembahagian Masa/Aktiviti Responden
Bil.

Nama

Aktiviti

1.

8

catatan

8.3 Ramalan dan Kajian Masa Depan

Berdasarkan plan tindakan yang telah saya sediakan untuk memperbaiki
jurnal yang telah dihasilkan oleh penulis, maka saya hanya mampu untuk membuat
ramalan dan kajian masa hadapn terhadap jurnal ini. Melalui kajian ini, saya yakin
jurnal ini akan dapat mengeluarkan satu keputusan yang lebih tepat dan koheran
setelah saya cuba melakukan penambahbaikan terhadap tempoh masa kajian. Saya
mencadang supaya tempoh masa kajian dipanjangkan adalah untuk memastikan
pemerhatian yang dibuat terhadap sampel lebih terperinci dari segi tingkah laku
seorang wanita berkerja secara mingguan. Seterusnya ialah,penambahbaikan yang
saya laksanakan ialah, saya mencadang supaya kajian ini dibuat melibatkan semua
status kerjaya. Ini adalah kerena untuk memastikan keputusan yang diperoleh
adalah seimbang. Sekiranya, kajian hanya tertumpu kepada wanita yang bekerja
sebagai seorang guru atau doctor sahaja sudah tentu hasil kajian menunjukkan
bahawa wanita mengalami obesiti pada umur yang tersebut.
Ramalan saya yang seterusnya ialah, jurnal ini mampu memberikan faktorfaktor yang spesifik terhadap masalah obesiti dikalangan wanita. Hal ini adalah
disebabkan, saya mencadangkan supaya instrumen penilian terhadap sampel di
tambah supaya mendapatkan hasil yang lebih jelas. Kami mencadangkan supaya
kaedah pemerhatian dilakukan terhadap sampel untuk masa tertentu untuk
mengenalpasti dan melihat aktiviti seharian yang dilakukan oleh sampel sehingga
mampu mempengaruhi kenaikan berat badan yang berlebihan. Pemerhatian yang
boleh dibuat ialah berkaitan dengan kadar kerja yang dilakukan oleh sampel. Adakah
kadar kerja yang dilakukan oleh sampel dapat membantu proses pembakaran lemak
di dalam tubuh badan. Adakah aktiviti senaman yang dilakukan oleh sampel mampu
membantu

membentuk

kekuatan

otot

sampel. Adakah

sampel

menganbil

permakanan yang seimbang seperti yang diberitahu dalam soal jawab. Kesemua
persoalan ini dapat dijawab melalui proses pemerhatian yang dilakukan.
Kesimpulannya, dengan penambahbaikan yang dilakukan, ia mempu meningkatkan
kualiti jurnal yang dihasilkan dan mampu menjadi rujukan yang bermanfaat kepada
semua lapisan masyarakat terutamanya kepada ahli akademik.

9

Refleksi
Ahmad As Siddique Bin Abdullah (920621-08-5759)
Satu kajian telah dibuat oleh sebuah akhbar yang menyatakan bahawa, 16.8
juta rakyat sedang mengalami masalah obesiti.Ini menunjukkan satu angka yang
sangat besar untuk membuat perbandingan dengan jumlah keseluruhan rakyat
Malaysia iaitu seramai 28 juta.Rentetan daripada isu ini, saya telah membuat satu
kritikan terhadap sebuah jurnal yang bertajuk Pengetahuan Pengurusan Berat
Badan di Kalangan Wanita Bekerja di Kuala Lumpur. Ini adalah bertujuan untuk
meningkatkan kefahaman saya dengan lebih mendalam berkaitan dengan masalah
obesiti dan melatih saya untuk melakukan kritikan ilmiah.
Setelah selesai melaksanakan tugasan ini, saya mendapati bahawa, terdapat
ruang-ruang kritikan yang dapat dilakukan terhadap sesuatu kritikan sama ada
kritikan berbentuk positif mahupun negatif. Bagi jurnal yang saya kaji ini, saya
mendapati tidak banyak kekurangan yang ada di dalam jurnal ini. Justeru itu, kritikan
yang saya lakukan lebih menjurus kepada kritikan positif yang berbaur sedikit unsur
kritikan negatif yang berbentuk penambahbaikan. Walaubagaimanapun, jurnal ini
mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Kekuatan yang saya dapat lihat ialah,
maklumat-maklumat yang disampaikan adalah tepat dan dapat dibuat rujukan ilmiah.
Justeru itu, penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap jurnal ini ialah
dari segi instrumen dan kedah yang digunakan untuk memperolehi dapatan kajian.
Bagi saya, instrumen yang digunakan kurang sesuai dan berkualiti untuk
memperolehi keputusan kajian yang tepat dan relevan. Pada pandangan saya,
kenyatakan ini kurang tepat kerana pada peringkat kanak-kanak lagi, kita sudah
terdedah kepada masalah obesiti.Ia sama sekali tidak mempunyai kaitan
dengantahap kerjaya seseorang untuk mempengaruhi kadar pengetahuan mereka
terhadap pengurusan berat badan Ini adalah kesan daripada ketidaksuaian
instrumen yang digunakan sehingga memperolehi suatu keputusan yang kurang
tepat. Dengan adanya penambabaikan yang dilakukan, ia akan menghasilkan
sesuatu kerja yang lebih berkualiti.

10