Alat dan keperluan asas melukis

Alat dan keperluan asas melukis
BY NOREYTA
 
  | PUBLISHED SUNDAY, 1 APRIL 2012

Untuk menjadi seorang pelukis yang baik kita mestilah mempunyai alat kelengkapan dan keperluan 
asas yang sesuai. Alat kelengkapan dan keperluan asas ini boleh didapati di pasaran dengan 
pelbagai jenarna, kualiti dan harga.
Bagi keperluan kita, bahan­bahan tersebut tidaklah semestinya yang berharga mahal. Apa yang 
lebih penting ia haruslah lengkap dan berguna. Patut juga diingatkan bahawa segala alat ini 
mestilah digunakan dengan cermat. Sesudah digunakan ia mesti pula dibersihkan serta disimpan 
dengan baik. Ini bukan saja akan memudahkan kita setiap kali hendak menggunakannya tetapi juga 
membantu kita menghasilkan karya yang baik.
Berikut disenaraikan beberapa keperluan yang perlu ada sebagai pelukis :
1. Sekotak warna air atau warna poster yang mengandungi sekurang­kurangnya 12 warna. 
Pastikan bahawa yang dibeli itu adalah baik mutunya. Setiap tiub warna mempunyai tanda 
didalamnya. Kenali dan biasakanlah diri dengan nama­nama itu. Gambarajah dibawah adalah 
contoh sekotak warna air yang dapat dibeli dikedai dan biasanya digunakan di sekolah­sekolah.

 
Warna­warna yang biasanya terdapat dalam sekotak warna air ialah : White, Black, Lemon yellow,

Chrome yellow, Yellow ochre, Burnt Sienna, Cobalt blue, Prussian blue, Emerald green, 
Yellow green, Carmine dan Vermilion. 

2. Berus. Gambarajah diatas menunjukkan beberapa jenis berus yang boleh digunakan. Sebagai 
permulaan, gunakan sekurang­kurangnya 4 batang iaitu :
Berus rata #6 ­ untuk mewarnakan kawasan yang tidak luas, misalnya awan, batang pokok dan 
buah­buahan.
Berus rata #12 ­ untuk mewarnakan kawasan yang luas seperti langit, air, bukit besar, padang, 
bangunan dan lain­lain latar belakang yang memerlukan catan yang cepat dan rata.
Berus tajam lembut #4 dan #8 ­ untuk mewarnakan benda­benda yang memerlukan kajian 
terperinci seperti rumput dekat, daun, ranting, paras muka dan rambut. Berus jenis ini juga berguna 
bagi kebanyakan lukisan alam semulajadi.
3. Tempat warna. Sediakan sebuah tempat warna yang sesuai untuk meletakkan atau 
mencampurkan warna.
4. Bekas air. Tin kosong, gelas, plastik dan lain­lain benda yang boleh menakung air sesuai diisikan
dengan air jernih. Adalah disyorkan supaya sebuah bekas air yang lain pula digunakan untuk 
mencuci berus.
5. Kertas lukisan. Terdapat banyak jenis kertas lukisan dalam pasaran. Pastikan kertas yang dibeli 
itu tebal dan sesuai untuk kegunaan warna air atau poster. Tidak cepat kembang atau pecah 
ataupun berbulu jika terkena air.

6. Kain. Sehelai kain bersih dan kering untuk mengelap dan membersihkan berus atau tempat yang 
terkena warna.
7. Kertas lapik. Suratkhabar atau lain­lain kertas yang lebih besar daripada kertas lukisan semasa 
mewarna. Kertas lapik ini juga boleh digunakan untuk mencuba dan memilih warna sebelum warna 
itu disapukan pada kertas lukisan.
8. Span. Sebagai pengganti berus untuk mewarnakan latar belakang yang luas. Span juga boleh 
digunakan sebagai bahan peresap air.

9. Pensil atau pen teknikal. Pensil perlu untuk membuat lakaran kasar atau sketsa. Kadang­
kadang pen teknikal digunakan. Pensil juga digunakan untuk lukisan hitam putih. Gred­gred pensil 
yang perlu ada ialah :
HB ­ untuk membuat lakaran kasar dan ton cerah semasa membuat lakaran.
2B ­ untuk ton sederhana.
4B ­ untuk ton gelap.
6B untuk bayang atau ton tergelap.

10. Pemadam. Pemadam getah yang baik untuk memadam lukisan yang tersilap dilukis, untuk 
membuat ton cerah ataupun membuat kesan putih dalam lukisan pensil.
11. Set geometri. Untuk lukisan poster atau membuat gubahan bercorak grafik.


Penggunaan bahan dan media adalah penting dalam menghasilkan lukisan. Tetapi
ini tidak bermakna bahan dan media yang mahal sahaja mampu menghasilkan
lukisan yang bermutu dan menarik. Lukisan yang bermutu dan kreatif boleh
dihasilkan dengan menggunakan bahan yang biasa sahaja. Tidak dinafikan juga,
penggunaan bahan yan gmahal dan berkualiti merupakan satu rangsangan dalam
penghasilkan lukisan.
PENSEL
Pensel merupakan media serba boleh dalam bidang lukisan. Ia digunakan untuk
menghasilkan pelbagai nilai di atas banyak permukaan. Pensel digolongkan
mengikut nilai kekerasannya. Pensel 6H ( paling keras ) hingga H; kemudian HB;
seterusnya B, 1B hingga 8B (paling lembut). Pensel lembut seperti HB atau B
adalah sesuai untuk lukisan biasa. Jika pensel HB atau B digunakan secara tajam,
ia akan menghasilkan garisan yang tajam dan jika ditekan garisan yang terbentuk
akan lebih tinggi nilai kepekatannya. Pensel HB atau pensel yang lembut adalah
lebih senang untuk dikawal berbanding pensel yang keras. Garisan yang dihasilkan
oleh pensel lembut boleh dicomotkan dengan kaedah gosokan dengan tangan atau
pemadam. Jika terlalu banyak bahagian sesebuah lukisan itu dicomotkan, lukisan
itu akan kelihatan samar – samar.
ARANG
Arang merupakan bahan yang memberi kebebasan untuk menghasilkan lukisan

secara spontan. Arang yang pendek adalah lebih senang digunakan. Comotan
dengan tangan atau pemadam akan menghasilkan pelbagai jalinan dalam lukisan
menggunakan arang. Manakala kesalahan pula adalah senang untuk diperbaiki
kerana lukisan asal senang dipadamkan dengan menggunakan kain. Hasil lukisan
yang telah siap mestilah disemburkan dengan bahan pemati dan seterusnya
dilindungi dengan kertas tisu bagi mengelakkan comotan.
PEN DAKWAT
Pen dakwat adalah salah satu alat melukis yang senang untuk digunakan. Pen
seperti Rapidograph, Rotring dan Faber Castle mempunyai mata pen yang
pelbagai saiz. Dakwat kalis air akan menghasilkan kesan warna yang legap.
Dakwat biasa adalah kurang legap jika digunakan dan akan memberi beberapa
nilai warna jika digunakan secara terkawal. Air boleh dicampurkan kepada dakwat
jika warna yang lebih terang diperlukan.
PEN MATA BOLA
Pen mata bola sesuai digunakan untuk lakaran yang ringkas atau contengan, tetapi
sukar untuk menghasilkan lukisan yang pelbagai nilai warna dengan menggunakan
pen yang sama.
PEN FELT
Pen felt sesuai digunakan untuk lakaran atau contengan.


CONTE CRAYON
Conte crayon mempunyai kekerasan yang berbeza. Cara menggunakan conte
crayon adalah sama seperti menggunakan menggunakan arang.
KRAYON LILIN
Krayon lilin lembut tetapi sukar untuk dipadam setelah dilukis. Salah satu ciri
istimewa crayon lilin adalah gurisan boleh dibuat di atas lukisan untuk
menimbulkan kesan yang menarik.
PASTEL
Pastel adalah lebih lembut daripada krayon lilin dan mempunyai banyak warna.
BERUS
Berus telah lama digunakan oleh pelukis – pelukis Cina dan Jepun sebagai alatan
melukis mereka. Lazimnya, berus yang besar boleh menghasilkan garisan yang
nipis jika dikawal dengan betul. Berus yang kecil pula mampu menghasilkan
garisan yang tebal daripada garisan yang dihasilkan dengan mata pen yang lebar.