Pelayar dan Kapal Kapal Buatan Melayu

Pelayar dan Kapal-Kapal Buatan Melayu.
Oleh: Benign Nor Hafeez
1- Empayar-empayar bangsa Melayu purba sememangnya terkenal sebagai empayar
maritim yang hebat. Kerajaan-kerajaan seperti Srivijaya dan Melaka, sekadar menyebut
beberapa nama, adalah kerajaan-kerajaan Maritim, kerajaan-kerajaan yang bergantung
kepada aktiviti-aktiviti laut daripada sekecil-kecil nelayan biasa kepada pedagangpedagang yang menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa melalui jalan laut.

2- Sebelum kedatangan orang-orang Eropah yang kononnya membawa kemodenan lagi,
orang-orang melayu sememangnya sudah lama terkenal sebagai pelayar-pelayar yang
hebat dan bangsa yang amat mahir dengan ilmu pelayaran dan pembuatan kapal-kapal
besar. Lanun-lanun melayu adalah diantara lanun-lanun yang amat ditakuti pada suatu
masa
dahulu.

Replika Kapal yang digunakan oleh Lanun dari Kepulauan Melayu
3- Maka tidak hairan lah pelayar Portugis yang terkenal, Ferdinand Magellan
menggunakan khidmat orang melayu untuk membantunya didalam misi-misi
pelayarannya merentas lautan mencari kepulauan rempah. Anda mungkin tidak kenal
siapa itu Henry The Black ataupun Enrique tetapi anda pasti pernah mendengar nama
Panglima Awang atau Panglima Hitam bukan?
4- Lynda Shaffer didalam bukunya Maritime Southeast Asia to 1500 yang diterbitkan

pada tahun 1996 telah membuat kajian terperinci mengenai pelaut-pelaut Melayu yang
sedari awal kurun pertama telah pun mahir dengan pelayaran-pelayaran jarak jauh.
Pelayar-pelayar melayu lah yang bertanggung jawab menyebarkan pasu-pasu tanah liat
tradisi Sa-Huynh Kalanay dan gendang Dongsan bertebaran keseluruh Asia Tenggara.

5- Memetik Lynda Shaffer yang disebut sebagai berkata pelayar-pelayar Melayu
merupakan pelayar-pelayar yang mempunyai ilmu laut yang tinggi, berlayar merentasi
lautan beribu-ribu batu tanpa bantuan kompas atau carta-carta bertulis. Pelayar-pelayar
melayu menggunakan angin, bintang, warna air laut, rupa bentuk gelombang laut untuk
mengetahui lokasi. Mereka boleh tahu kedudukan sebuah pulau walaupun mereka masih
berjarak 30 batu dari pantainya hanya dengan melihat tabiat burung-burung tertentu,
haiwan dan tumbuhan laut dan juga rupa bentuk gelombang pada permukaan laut.
6- Malah pelayar-pelayar China telah mengetahui tentang orang-orang melayu dari
seawal kurun ke 3. Shaffer seterusnya dipetik sebagai berkata:
The Chinese also knew these islanders as builders and as the crews of ocean going
vessels engaged in long distance over seas trade. The Chinese in fact appear to have
learned much from these sailors. The Malays independently invented a sail, made from
woven mats reinforced with bamboo, at least several hundreds years B.C.E and by the
time of the Han Dynasty (206 CE to 221 CE) the Chinese were using such sails.
7- Gaspar Correia. pencatit berbangsa Portugis telah mencatitkan seperti berikut sewatu

armada perang Portugis bertembung dengan sebuah kapal melayu dari Aceh menjelaskan
bahawa sisi kapal tersebut sangatlah tinggi sehingga tiada siapa yang berani untuk cuba
memanjatnya dari mana-mana kapal Portugis. Kapal tersebut seolah tidak tercalar dengan
serangan Portugis kerana kapal tersebut mempunyai 4 lapis perisai dan meriam Portugis
yang paling besar pun hanya mampu menembusi dua lapisan sahaja
8- Keadaan ini telah memaksa Gabenor pada waktu itu menghantar kapal perang
terbesarnya iaitu Flor De La Mar. Walaupun demikian, kapal perang Aceh tersebut masih
mampu menahan serangan selama 2 hari dua malam dan hanya tewas apabila pihak
Portugis berjaya memusnahkan sirip kemudinya. Correia telah dipetik sebagai
mengatakan seperti berikut:
Her sides were so high that no one dared board her from any of the Portuguese
ships;naos,caravellas and gales and she remained unscathed by the Portuguese fire
because she had four layers of sheathing and the largest Portuguese artillery could only
penetrate two. At length the governor sent out his own nao the Flor de la Mar. Inspite of
this the jong managed to fend of the Portuguese attacks for two days and two nights and
only succumbed when the Portuguese succeeded in removing her rudders which she
carried outside as on the barges of Ribatejo.
9- Didalam buku The Golden Chersonese And The Way Thither yang ditulis oleh Isabella
L Bird yang mengembara ke Timur Jauh pada tahun 1879 ada mengatakan selepas
daripada kejatuhan Kota Melaka ke tangan Portugis, empayar melayu Aceh telah cuba

menawan kembali Kota Melaka dengan segerombolan kapal-kapal perang mencecah 500
buah yang mana 100 daripadanya adalah jauh lebih besar dari mana-mana kapal yang
pernah dibina di Eropah. Bird dipetik sebagai berkata:
of the remaining Moorish or Malay Kingdoms, Acheen, in Sumatra, was the most
powerful, so powerful indeed that its king was able to besiege the great stronghold of

malacca more than once with a fleet, according to the annalist of more than five hundred
sail, one hundred of which were of greater size than any then constructed in Europe and
the warriors and mariners that it bore amounted to sixty thousand commanded by the
King in person.
10- Saya seterusnya cuba membelek-belek beberapa forum-forum tempatan dan luar
negara yang ada membincangkan tentang kapal-kapal buatan Melayu ini. Didalam satu
surat bertarikh 28 November 1587, yang ditulis oleh Dom Paulo Lima de Pereira kepada
Raja Philip yang menguasai Portugal dan Sepanyol ada menyebut tentang beberapa
kapal perang milik Johor yang berjaya ditewaskan oleh Portugis ketika percubaan
Portugis untuk menawan Johor Lama dan Kota Batu. Diantara kapal-kapal tersebut,
terdapat sejenis kapal besar yang dipanggil Galleons.
No estreito, e nas estancias defronte da cidade se queimarão passante de mil
embarcações entre Juncos ballos, e somas, e muitos balões, queimarão mais dous
galeões,

oito
Gales,
e
algumas
fustas,
e
lancharas,
Terjemahan:
In the Strait and the anchorage before the city, more than 1,000 vessels were burnt,
among these junks, bâlos, sômas and many balões, two more galleons, eight galleys,
some foists and lancharas.
11- Galleons ini juga ada disebut didalam satu lagu sumber Portugis “Batalhas e
Combates Marinha Portuguesa: 1580-1603” yang dipetik sebagai menyebut:
nos esteiros a norte e a sul da cidade foram incendiados cerca de dois mil navios, entre
naus, gales, juncos, galeotas, fustas, lancharas, bantins, champanas e outros de menor
porte
!
O rei de Jor perdeu quatro mil soldados que lhe foram mortos em combate pelos
portugueses e outros três mil que lhe foram mortos durante a retirada pelos javos que
levava

consigo.
Terjemahan:
In the estuaries north and south of the city, about two thousand ships were burned,
among them naus, galleys, junks, galliot, foists, lancharas, bantins, champanas and other
lesser
crafts
!
The king of Jor lost four thousand soldiers who have been killed in combat by the
Portuguese and three thousand who have been killed during the withdrawal by ‘javos’ he
carried.
12- Galleons adalah kapal-kapal perang besar yang mempunyai tingkat-tingkat dan arasaras yang berlainan didalam badan kapal tersebut. Ini menyebabkan ia mempunyai
bentuk yang sangat besar dan sesuai untuk digunakan bagi membawa muatan, tentera dan
apa sahaja kenderaan perang seperti meriam didalam kuantiti yang banyak.

Rentasan sebuah Galleon
13- Pada sekitar tahun 1580an, hanya beberapa buah negara sahaja di Eropah yang
mempunyai kemampuan dan kepakaran untuk membina Galleons, seperti Turki,
Portugal, Sepanyol dan England. Belanda hanya mula membina Galleons pada sekitar
tahun 1590an atau 1600an. Perancis lansung tidak mempunyai armada laut sehinggalah
kurun ke 17. Galleon pertama mereka hanya dibeli pada 1620an daripada Belanda.

Hanya Aceh dan Johor sahaja negara bangsa bukan eropah yang menjadi pengeluar
Galleons
pada
sekitar
1580an
ke
1600an.
14- Setelah membuat sedikit rujukan-rujukan mengenai Galleon-Galleon melayu ini,
saya mendapati ianya adalah sejenis kapal perang besar yang dipanggil Kura-kura (coracora) yang kadang-kadang memerlukan sehingga 90 orang pendayung. Kapal Kura-Kura
ini banyak digunakan di Maluku. Pihak Belanda memanggilnya Kapal Perang Ambon.
Pada awal kurun ke 16, kapal Kura-Kura ini sangat digeruni oleh pelayar eropah setelah
lakarannya tersebar luas.

Kura-kura Melayu yang menggentarkan Eropah.
14- Menarik bukan? Apa yang lebih menarik, selepas saya membaca buku nukilan R.A
Fletcher yang bertajuk Warships & Their Stories yang diterbitkan pada tahun 2004, saya
mendapati satu penemuan yang agak menarik untuk diperdebatkan. Menurut Fletcher,
bangsa yang mula mula mencipta dan menggunakan sayap (outriggers) bagi kanu-kanu
atau sampan-sampan adalah orang - orang melayu. Menurut Fletcher lagi, ini
berdasarkan kajian dimana sahaja terdapatnya pengaruh bangsa melayu yang kuat, disitu


lah juga kanu-kanu bersayap ini akan dijumpai. memetik Fletcher yang menyebut seperti
berikut:
The Malays are supposed to have invented the outrigger and this conjecture is based on
the fact that wherever the Malay influence is traceable there some form of outrigger or
double canoe is to be found also.