Kepentingan Sejarah kepada Manusia dan N

Kepentingan Sejarah kepada Manusia dan Negara

Ulasan Kritis
Sejarah adalah satu peristiwa yang mana ia berkait rapat dengan manusia. Sejarah berlaku
dalam tempoh masa tertentu dan menyebabkan manusia merasakan bahawa sejarah menjadi
penting kerana ia berkaitan dalam proses kehidupan manusia. Ini bererti sejarah memainkan
peranan dalam proses kehidupan manusia itu. Kesedaran ini timbul apabila manusia
menghasilkan karya – karya persejarahan diri mereka. Ini dapat mengambarkan bahawa sejarah
wujud dalam masyarakat untuk tempoh masa tertentu dan fungsinya kepada masyarakat.
Manusia sentiasa mengingati peristiwa ataupun sejarah yang lalu kerana ia amat berguna kepada
mereka sebagai panduan ataupun pengalaman untuk menghadapi cabaran yang akan datang. Bagi
manusia apabila umur semakin meningkat maka banyak pengalaman atau sejarah yang telah
mereka hadapi. Bagi manusia yang perihatin mereka akan mencatatnya supaya dapat mengingati
pengetahuan masa lalu. Manusia akan berasa bangga dengan pengalaman hidupnya yang terdiri
daripada pelbagai peristiwa pahit manis maka timbullah perasaaan seorang insan yang
mempunyai harga diri. Dari perasaan ini akan timbul minat mereka untuk mengkaji pengalaman
masa lalu sebagai kenangan dalam hidupnya dan orang –orang di sekelilingnya. Seseorang insan
itu akan mengenali dirinya berdasarkan pengalaman. Seseorang insan yang mempunyai
pengalaman pahit, manis akan menjadikan sebagai teladan atau kenangan dalam hidupnya.
Seorang manusia memerlukan masa dahulu untuk mendapatkan kepuasan yang mendalam bagi
emosi dan perasaannya. Kita dapat melihat bahawa sejarah adalah satu proses yang bersambung

dari satu peristiwa ke satu peristiwa yang lain.Walaupun ia satu teori tetapi apabila dibuat
pemerhatian dan penyelidikan pasti ada kebenarannya. Contohnya seorang guru, dia telah belajar
dengan gigih untuk menjadi seorang guru yang baik. Ilmu yang dapat pada masa lalu digunakan
untuk mengajar anak murid. Kemudian dia belajar kemahiran – kemahiran tertentu untuk
meningkatkan prestasinya supaya dihormati oleh orang – orang dalam bidang yang sama.
Pengalaman yang ada member manafaat kepada anak muridnya. Oleh yang demikian, Manusia
memerlukan pengalaman atau sejarah yang lalu untuk dijadikan asas atau tapak dalam menjalani
kehidupan yang penuh cabaran. Seperti kata Arthur Marwick “… masyarakat manusia

memerlukan sejarah, masyarakat yang canggih ini memerlukan banyak sejarah, sentiasa
membuat pengadilan – pengadilan sejarah…”
Sejarah pada masa lalu merupakan sumber abstrak dan nyata bagi manusia untuk
menjalani kehidupan yang lebih berkeyakinan. Ia dikatakan abstrak kerana mustahil bagi kita
menghidupkan kembali dari segi jasadnya kerana peristiwa yang berlaku. Sejarah merupakan
sumber abstrak kerana sesetengah peristiwa kita gagal untuk memahami walaupun kita
memerlukan peristiwa itu. Sejarah sebagai sumber yang nyata kerana kita dapat kukuh dan nyata
pada masa kini, dan masa kini adalah bayangan bagi masa yang akan datang. Kehidupan adalah
suatu proses evalusi; dari kecil menjelang dewasa dan seterusnya tua. Oleh itu setiap insan
mempunyai sejarah tersendiri. Walaupun seseorang manusia itu hilang ingatan tetapi sekurang –
kurangnya masih ada secebis ingatan masa lalu yang tersimpan di dalam memorinya. Begitu juga

sejarah dengan manusia. Ia akan sentiasa memerlukan masa lalu atau sejarah kerana ianya adalah
pengalaman dirinya sendiri. Bagi orang yang hilang ingatan ibarat bayi walaupun tubuh
badannya dewasa. Ini kerana minda dan psikologinya kosong. Ia memerlukan sejarah dan
pengalaman lalu untuk mengingati kembali.
Begitu juga hubungan sejarah dengan manusia. Ia amat memerlukan sejarah masa lalu
kerana itu merupakan pengalaman masa lalu. Dia akan meneruskan hidup dengan panduan dari
sejarah masa lalu. Dia akan dikenali sebagai manusia bersejarah kerana hidup dengan
pengalamannya. Dia akan menyedari betapa penting pengalamannya untuk menjadi landasan
bagi merangka kehidupan bagi masa akan datang agar kehidupan lebih cemerlang dan bahagia.
Orang yang kuat beragama terutama agama – agama semawi mempunyai konsep bahawa
kehidupan manusia di alam fana ini merupakan satu proses permulaan dan penghabisan. Kita
tidak pasti bilakah permulaan ataupun kelahiran manusia walaupun ramai ulama dan sejarawan
Islam membuat pengiraan mengenai permulaan manusia malah tentang hari penghabisan atau
akhirat. Bagaimanapun permulaan dan pengakhiran bagi manusia dan seluruh alam semesta
adalah sesuatu yang tidak pasti. Menurut agama - agama tersebut, dunia ini sedang bergerak
menuju hari akhir dan kematian sesorang manusia itu adalah satu proses yang memenuhi
pergerakkan tersebut. Lazimnya manusia semasa hidup akan berusaha untuk mencapai
kehidupan yang cemerlang mungkin disebabkan masa dulu dia telah mengalami kesusahan
dalam kehidupannya.


Hakikat ini dapat dilihat dari segi kesedaran manusia tentang pengalaman, kewarasan,
kekuatan azam dan cita – citanya. Dia menyedari kenyataan hidupnya dan berusaha untuk
mengatasinya. Walaupun pada dasarnya kehidupan seseorang tidak semestinya berjaya. Masih
ada lagi manusia yang mengalami kegagalan dalam kehidupan sehingga ada yang meragut
nyawa sendiri. Sudah pasti sejarah atau pengalaman lalu amat penting untuk menjelaskan
keadaan yang berlaku. Kita perlu memahami bahawa wujud masa lalu dan masa kini.
Sejarah boleh kita lihat dari sudut psikologi dan falsafah serta kehendak emosi yang
mendalam sehingga E.H Carr mengatakan orang – orang berkefahaman sekular atau manusia
moden , bahawa sejarah mengambil alih fungsi agama dalam kehidupan mereka. Kehidupan ini
tidak dapat diterima oleh mereka yang kuat imannya. Walaupun mereka menerina bahawa
sejarah itu memang mempunyai sesuatu fungsi keagamaan. Sejarah mempunyai peranannya
sendiri samada secara langsung atau tidak langsung dalam menhadapi cabaran serta krisis yang
timbul. Terdapat juga cerdik pandai, antaranya R.G Collingwood yang merasakan bahawa
sejarah itu sebagai ilmu, ataupaun pengkajian terhadap sejarah. Walaupun itu pandangan
sejarawan tersebut tetapi ini tidak bererti sejarah itu tidak berguna ataupun omong – omong
kosong seperti yang disuarakan oleh seorang usahawan Amerika Syarikat yang terkenal pada
tahun 1927 iaitu Henry Ford. Barangkali satu sebab besar sejarahawan tidak mahu menonjolkan
kegunaan sejarah kerana mereka sedar sejarah itu boleh disalahgunakan serta boleh menimbul
bahaya samaada dari segi politik atau masyarakat. Bagi mereka tanpa penonjolan pun sejarah
telah diselewengkan untuk mencapai matlamat golongan tertentu. Penyelewengan terhadap

sesuatu kebenaran sejarah adalah suatu perbuatan keji dan pengecut. Sejarah bukanlah semata –
mata menyedar, menerang serta mengajar tetapi ia adalah sesuatu yang bergerak dan membiak
bersama pengalaman, perkembangan dan pergerakan keseluruhan manusia itu.
Melalui kitaran sejarah kita boleh lihat kegunaannya bagi sesebuah Negara . Hakikatnya
sesebuah Negara memerlukan sejarah atau himpunan pengalaman masa lalu untuk melaksana,
melengkap serta melancarkan lagi pelbagai kegiatannya. Seperti yang pernah dipercayai oleh
Herodotus, sesebuah Negara atau peradaban sentisa mengalami proses kitaran, bahawa sejarah
suatu yang berulang – ulang. Sesebuah Negara dianggap mempunyai titik kelahiran, kemudian
berkembang sehingga kemuncak kejayaan atau keagungannya dan akhirnya mengalami
keruntuhan. Perkembangan politik Negara tersebut merupakan gejala yang menyebabkan mereka

mengambil pandangan serta merasakan bahawa dari semasa ke semasa terdapat peristiwa –
peristiwa yang berlaku berulang-ulang iaitu bagi mereka mempunyai cirri – ciri yang serupa
antara satu sama lain. Oleh itu mereka merasakan kemungkinan ada pengajaran yang dapat
diambil dari peristiwa itu. Sejarah bagaikan memberi pertunjuk kepada mereka lalu salah
seorang sejarahwan terkenal, Totu Dionysius menganggap sejarah sebagai “ Falsafah yang
member pengajaran melalui contoh – contoh”. Proses kitaran ini menunjukkan bahawa hidup
sesebuah Negara itu akan sentisa beredar di dalam sesuatu pusingan yang tidak berhenti iaitu ia
bermula, berkembang maju dan runtuh serta bermula semula. Ini boleh dikatakan bahawa sejarah
itu yang berulang.

Pandangan sejarah sebagai suatu kitaran juga dipercayai oleh masyarakat cina pada
zaman kemaharajaan. Konsep mereka berlandaskan falsafah kewangsaan. Mereka menganggap
kitaran sejarah adalah sesuatu yang berlegar di system politik kewangsaan. Oleh sebab itu setiap
orang cina sangat sensitive terhadap perjalanan kerajaannya.
Bukti sejarah berulang boleh kita lihat melalui melalui pergerakkan sesebuah Negara
yang berlaku disepanjang sejarah kewujudannya. Contoh yang boleh dikemukakan ialah tentang
sejarah Islam yang telah dimulakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Semasa hidup baginda gigih
berdakwah untuk mengembangkan Islam sehingga akhirnya baginda berjaya mengislamkan
seluruh Tanah Arab seterusnya Islam berkembang ke benua Asia. Perkembangan Islam telah
wujudnya pusat –pusat tamadun dengan ilmu yang berkembang pesat sehingga memcapai
kegemilangan. Sampai pada saatnya tamadun – tamun yang terkenal seperti Empayar
Uthmaniyah mengalami proses keruntuhannya.Ini disebabkan para cerdik pandai berebut – rebut
untuk mendapatkan kuasa pemerintahan. Mungkin sejarah keagungan Islam akan bangkit
semula.

Kesimpulan
Sejarah mempunyai kaitan dengan sesebuah Negara. Sejarah boleh dikatakan sebagai
suatu kitaran atau pergerakkan yang terus menerus menuju ke matlamat terakhirnya dan
perkaitanya dengan sesebuah Negara sangat rapat. Boleh dikatakan bahawa sejarah memain
peranan penting dalam jatuh bangunnya sesebuah Negara. Begitu juga insan tanpa sejarah

kehidupannya menjadi gelap. Sejarah boleh dikatakan sebagai panduan hidup seseorang insan
agar dapat meneruskan kehidupannya.
Sejarah boleh dijadikan sumber rujukan yang sangat berguna kepada insan mahupun
sesebuah Negara. Oleh itu kehidupan insan dan Negara terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
masa lalu, masa kini dan masa depan. Ketiga – tiga bahagian ini umpama rantai yang gelung –
gelungnya bertaut antara satu sama lain. Putusnya rantai tersebut bermakna musnahlah
kehidupan seseorang itu dan musnahnya sesebuah Negara.
Jika penghuni sesebuah Negara ingin melakukan revolusi untuk menghapuskan system
pentadbiran. Walaupun berjaya tetapi tidak berjaya sepenuhnya kerana masa lalu tidak dapat
dihapus dalam masa singkat. Tiada jaminan pengalaman manusia akan terhampus. Kesedaran
akan wujud dan wujud kembali, dikalangan masyarakat tentang perlunya meneruskan benih –
benih masa lalu yang dirasa penting khususnya mengenai perkara yang berkaitan dengan agama
dan adat resam.
Ini menjelaskan sejarah tidak boleh dihapuskan sama sekali seperti kata perpatah ‘ carik
carik bulu ayam akhirnya bercantum kembali’ dan ‘mencincang air, ia tidak akan putus’. Ini
dapat menjelaskan bahawa sejarah amat penting kepada insane dan juga Negara. Tanpa sejarah
belum tentu kehidupan seseorang manusia dan Negara akan mengalami perubahan.
Sudah pasti sejarah sangat penting kepada manusia dan Negara. Sejarah masa lalu dan
ilmu pengetahuan tentang masa lalu boleh dijadikan teladan mahupun sempadan demi
kesejahteraan insan itu sendiri, masyarakatnya dan juga negaranya.


Pendahuluan
Kita akan meneliti kepentingan sejarah kepada manusia dan Negara. Disini kita akan
mengetahui takrif dan pengertian sejarah yang mempunyai hubungan yang rapat dengan manusia
dan segala kegiatan hidupannya pada masa lalu.
Disini kita akan dapati manusia akan tertarik pada masa lalu bagi mencapai kejayaan
pada masa akan datang. Pengalaman yang di dapati boleh jadi pedoman untuk meneruskan
kehidupan pada masa hadapan.
Sejarah merupakan sumber abstrak dan nyata dalam kehidupan manusia. Sumber abstrak
kerna pengalam masa lalu tidak akan kembali dan nyata pula kerana kita dapat mengambarkan
kembali pengalaman tersebut walaupun tidak sepenuhnya.
Sejarah juga dapat kita memahami dari sudut psikologi dan falsafah. Dari sudut ini
sejarah diperlukan bagi memenuhi tuntutan dan kehendak emosi yang mendalam. Sejarah bukan
saja falsafah yang memberi pengajaran memahami masa lalu.
Sejarah mempunyai kepentingan dalam kehidupan Negara. Sejarah akan menjadi
panduan kepada jatuh bangunnya sesebuah Negara. Pemilihan pemimpin adalah perkiraan yang
akan lkita rujuk melalui sejarah seseorang yang akan menjadi pemimpin. Pemimpin perlu dipilih
dari kalangan masyarakat kerana beliau dapat memahami kesusahan rakyat. Jika pemilihan
dibuat sebaliknya sudah pasti beliau tidak dapat merasa kesusahan rakyat.
Begitu banyaknya kepentingan sejarah. Sejarah sangat bernilaibagi seseorang insan,

masyarakat, institusi mahupun Negara. Semua ini tidak dapat megelak dari terkait dengan
sejarah. Begitu juga bidang ilmu lain yang juga merujuk kepada sejarah.