ulasan buku Islam dan Politik Kenegeraan (1)

Tajuk Buku: Islam dan Politik Kenegeraan: Hak Rakyat dalam negara Islam.
Buku yang ditulis oleh Dr. Abd Karim Zaidan dan diterjemah kembali oleh Ustaz Haji Abdul
Ghani Samsudin ini merupakan salah satu kajian mengenai negara dan status individu(rakyat)
menurut syariat islam. Perbincangan yang dibincangkan dalam buku ini merangkumi tiga bab
utama iaitu:
 Penjelasan mengenai negara menurut syariat islam, statusnya, ciri-ciri khasnya, dan
tujuan-tujuan mendirikan negara
 Penjelasan mengenai undang-undang, statusnya, dan hak-hak individu dalam sesebuah
negara islam
 Huraian tentang hak-hak negara terhadap warganya
Diantara ketiga-tiga fokus perbincangan tersebut, saya telah memilih perbincangan mengenai
hak-hak negara terhadap warganya untuk diulas.
Penulisan buku dan analisa yang dilakukan oleh penulis dilihat agak baik dan memberi
kefahaman kepada pembaca untuk lebih memahami konsep dan perbincangan sebenar yang
telah diulas dalam buku ini kerana analisanya berdasarkan kepada nas-nas al-Quran, Hadith,
imbauan-imbauan sejarah dan ijtihad-ijtihad para fuqaha. Pelbagai hak dan keistimewaan
rakyat telah dibincangkan dalam buku ini.
Hak-hak umum ialah hak-hak yang mesti dinikmati oleh setiap individu sebagai
anggota masyarakat yang tidak semestinya wajib memperolehinya. Hak-hak umum ini
bertujuan untuk melindungi diri, kebebasan dan harta. Ahli undang-undang membahagikan
hak ini kepada dua iaitu persamaan dan kebebasan. Persamaan terbahagi kepada dua iaitu dari

segi undang-undang dan keadilan. Persamaan dalam syariat islam ialah melibatkan semua
peranan manusia yang sama dalam salasilah keturunan iaitu berasal daripada Nabi Adam A.S
dan yang membezakan darjat seseorang adalah bergantung kepada perbuatan seharian di atas
muka bumi yang melibatkan perkara-perkara kebaikan dan membawa pahala. Contohnya,
melakukan perbuatan “amar makruf nahi mungkar” sebagaimana yang disebutkan oleh Allah
S.W.T. Sesungguhnya Allah telah menciptakan semua manusia tanpa mengira bangsa, agama,
keturunan, budaya untuk saling bekerjasama dalam mengerjakan sesuatu perkara dalam
kehidupan sehari-harian. Allah S.W.T mahukan semanagat toleransi dan kerjasama tanpa
memilih sebarang kaum yang istimewa dan ianya membahagikan keadaan yang sama rata.
Dasar persamaan ini amat penting dalam mengatasi masalah-masalah perkauman ala jahiliah

1

yang berbangga dengan keturunan atau warna kulit. Seseorang dianggap yang terbaik di sisi
Allah S.W.T ialah mereka yang mempunyai sifat-sifat kebaikan dalam diri, budi pekerti yang
baik dan sifat takwa yang tertanam dalam hati yang suci.
Dari segi undang-undang, konsep persamaan dapat dilihat sebagai perkara yang amat
penting dalam semua umat islam dan bukan islam iaitu dari segi bangsa, warna kulit, pangkat
kekayaan, kaum kerabat atau kawan dan soal-soal akidah yang hanya untuk umat islam. Ini
dapat dilihat daripada hadis Rasulullah S.A.W yang menyatakan bahawa hukuman yang sama

tetap diberikan kepada semua kaum sama ada kaum itu adalah kaum yang kuat (Bangsawan)
dan kaum yang lemah (Hamba) jika dibuktikan mereka salah. Nabi Muhammad S.A.W juga
tidak berkompromi untuk menjatuhkan hukuman ke atas saudara maranya atau isterinya
(Fatimah) jika beliau telibat dalam melakukan sesuatu kesalahan. Kepentingan konsep
persamaan dalam undang-undang ialah rakyat merasa terjamin terutamanya bagi golongan
yang lemah.
Jika adanya persamaan dalam undang-undang ini golongan kaya tidak dapat menindas
golongan yang lemah dengan mudah dan sesuka hati. Ini kerana hak-hak mereka terpelihara
sebagaimana yang termaktub dalam sesuatu undang-undang. Seseorang yang membuat
kesalahan tidak kira ianya golongan yang kuat atau lemah harus dikenakan hukuman yang
setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya. Dengan adanya konsep undang-undang ini,
maka negara akan berada dalam keadaan yang aman damai dan tidak runtuh dan rakyat akan
sentiasa taat dan hormat kepada negara mereka. Namun begitu, jika sesuatu hak itu dicabuli
atau tidak adil maka rakyat akan merasakan bahawa diri mereka telah dianiayai oleh negara
mereka sendiri. Kesannya, ketaatan rakyat kepada negara tiada dan mereka tidak peduli
bahawa negara mereka utuh atau roboh asalkan hak-hak mereka terpelihara dan terjamin. Jika
tidak dibendung, rakyat akan terus menzalimi negara mereka sendiri dan sesebuah negara
akan terus berada dalam keadaan yang terancam, roboh dan runtuh. Ini dapat dilihat bahawa
sesebuah negara itu akan runtuh dan musnah tidak mengira kaum muslim ataupun kafir jika
konsep persamaan dalam undang-undang tidak berlaku dalam hak-hak rakyat. Ini dapat dilihat

dalam hukuman yang diterima oleh anak Amru Ibn Al-Ash (Gabenor Mesir) daripada Umar
Ibn Al-Khattab akibat menampar seorang Qibti yang hanya mengalahkan beliau dalam
sesuatu perlumbaaan. Darjat atau pangkat seseorang tidak boleh sesuka hati menghukum
kaum yang lemah jika kaum yang lemah itu tidak melakukan kesalahan dan jangan sekali-kali
menindas kaum hamba padahal mereka juga lahir dapripada rahim ibu mereka yang

2

dikurniakan oleh Allah S.W.T. Oleh itu, jelaslah bahawa semua umat adalah sama di sisi
Allah S.W.T tanpa mengira pangkat dan kekuasaan.
Dari segi keadilan pula, konsep persamaan dapat dilihat sama dari segi kaedah
pembuktian, pelaksanaan undang-undang, tatacara dalam membuat dakwaan ataupun
penggugatan dan keadilan di antara dua pihak yang bergaduh dalam menerima hukuman.
Dalm konsep persamaan bidang kehakiman, seseorang hakim mestilah bersikap adil dan jujur
dalam mengenakan sesutu hukuman ke atas kedua-dua pihak yang bergaduh. Hakim itu
mestilah bersikap sama rata tanpa bersikap berat sebelah terhadap mana-mana pihak yang
bergaduh. Allah S.W.T telah berfirman bahawa umat islam seharusnya memperjuangkan diri
kerana Allah S.W.T, kedua ibu bapanya dan kaum keluarganya dan jangan terlalu bertidak
mengikut hawa nafsu yang boleh menyebabkan seseorang itu bersikap tidak adil dalam
menetapkan sesuatu perkara.

Konsep kebebasan pula terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu kebebasan peribadi,
hak memiliki, hak keistimewaan tempat tinggal, kebebasan beragama dan beribadah, hak
memberi pendapat, hak belajar dan hak untuk mendapatkan perlindungan dari negara. Konsep
kebebasan ini meliputi kebebasan manusia untuk mendapatkan pelbagai hak dalam
kehidupannya sebagai insan dalam masyarakat.
Kebebasan peribadi menyatakan bahawa seseorang itu bebas untuk bergerak kemana
sahaja tanpa ada sekatan daripada orang lain temasuklah dalam negeri dan luar negeri.
Seseorang itu sentiasa dilindungi oleh undang-undang dan orang lain tidak boleh menceroboh
dan mengganggu kebebasan peribadi setiap manusia serta tidak boleh ditangkap, diseksa atau
dikurung sesuka hati melainkan undang-undang yang berkuasa untuk membuat seseorang itu
diperlakukan sedekimian. Pencerobohan keatas peribadi seseorang dianggap sesuatu
perbuatan yang zalim dan dikeji

serta diharamkan oleh Allah S.W.T. Hukuman yang

dikenakan ke atas seseorang individu yang bersalah mesti bersandarkan bukti dan bukan
menghukum seseorang yang tidak jelas kesalahan yang telah mereka buat. Negara islam telah
mejamin hak seseorang individu agar berhak untuk berhijrah ke merata tempat dalam mencari
rezeki, mencari ilmu dalam meneruskan kehidupan seharian di atas muka bumi Allah S.W.T
ini dan ianya telah disuruh oleh Allah S.W.T kerana di hari kiamat nanti tempat inilah jua

mereka akan kembali. Sesebuah negara harus menjaga dan melindungi diri seseorang
daripada pencerobahan nyawa, diri atau nama baik, kemanusiaannya dari penghinaan dan
perlakuan yang tidak wajar.

3

Seseorang muslim itu seharusnya bersyukur di atas segala ketentuan yang telah
ditetapkan oleh Allah S.W.T ke atas mereka sebagai umat islam dan sesungguhnya martabat
mereka sebagai umat islam dianggap berada dalam kedudukan yang tertinggi dan termulia di
sisi Allah S.W.T. Allah S.W.T amat mementingkan harga diri dan maruah umat islam yang
harus di jaga dengan sebaik mungkin agar tidak dihina oleh kaum kafir. Orang islam
seharusnya berani mempertahankan hak kebebasan peribadi seperti melindungi kehormatan
dan kemuliaan daripada ditindas oleh negara sendiri dan anasir-anasir luar. Hal ini kerana,
Allah S.W.T itu maha berkuasa di atas sesuatu kejadian dan manusia hanya perlu takut
kepada Allah S.W.T sahaja berbanding manusia biasa yang berada di atas muka bumi ini yang
tidak dapat menandingi kekuasaan Allah S.W.T. Oleh itu, seseorang individu itu harus berani
untuk melindungi kehormatan individu daripada ditindas oleh orang jahat sehingga seseorang
individu itu dapat hidup sebagaimana yang dituntut oleh akidahnya. Selain daripada itu,
kebebasan peribadi bagi orang bukan islam juga sama seperti orang-orang islam. Hak dan
tanggungjawab orang bukan islam adalah sama dengan orang islam malahan dalam hadis

Rasulullah S.A.W ada menyebut bahawa orang bukan islam mendapat perlindungan yang
banyak dari syariat dan negara islam. Orang bukan islam juga lahir daripada Allah S.W.T
Cuma yang membezakannya adalah amalannya sahaja maka orang bukan islam juga harus
dilindungi keselamatannya dan orang islam haram untuk menyakitinya seperi mengumpat,
menjatuhkan nama baik, serta menganiayai mereka. Sesungguhnya jika umat islam
melakukan perbuatan ini maka adalah sama dengan mensia-siakan tanggungan Allah S.W.T.
Kebebasan beragama dan beribadah penting dalam hak rakyat dalam negara islam.
Islam tidak memaksa seseorang itu untuk menukar akidahnya untuk memeluk agama islam
walaupun islam mengajak mereka ke arah ini. Namun, seseorang itu berhak untuk menganuti
agama masing-masing megikut bangsa dan kaum masing-masing dan umat islam hanya
bertanggungjawab untuk menyeru orang bukan islam untuk memeluk agama islam dengan
cara yang bijaksana, nasihat yang baik dan berdebat dengan cara yang baik bukannya dengan
sifat paksaan dan ini amat dilarang oleh Allh S.W.T. Orang islam harus menghormati agama
bukan islam dan orang bukan islam harus menghormati agama orang islam. Allah amat
melarang orang islam dalam mengganggu akidah dan ibadah orang bukan islam kerana
masing-masing telah diberi kebebasan dalam beragama dan beribadah mengikut agama
masing-masing, ini dapat dilihat dengan penduduk Malaysia yang berbilang bangsa dan
agama yang terdiri daripada pelbagai kaum.

4


Oleh itu, masyarakat Malaysia harus menjaga tempat-tempat beribadah dengan sebaik
mungkin daripada dicerobohi dan menjaga kesucian dan kemuliaan agama masing-masing.
Konsep murtad tidak ada hubungannya dengan seseorang itu bebas dalam beragama. Ini
adalah kerana, murtad adalah perbuatan yang paling dihina dan haram di sisi Allah S.W.T.
Apabila umat islam itu murtad maka secara tidak langsung dia telah melanggar hukum-hukum
islam dan akidah yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Seseorang itu akan berdosa besar
dan segala amalannya semasa menganut agama islam akan ditarik oleh Allah S.W.T dan
diibaratkan seperti kehidupan orang-orang kafir. Oleh itu, umat islam tidak seharusnya
memandang ringan terhadap isu murtad ini kerana ianya akan menjejaskan kedudukan agama
islam dan kedudukan sesebuah negara itu sendiri.
Seterusnya ialah hak keistimewaan tempat tinggal. Setiap manusia memerlukan tempat
tinggal untuk berlindung daripada hujan dan panas dan berlindung daripada perkara-perkara
yang boleh membahayakan diri. Tempat tinggal merupakan salah satu daripada keperluan
asas seseorang untuk meneruskan kehidupan seharian. Tanpa adanya tempat tinggal, manusia
akan hidup terumbang-ambing seperti pelarian dan keselamatan manusia akan terjejas dan
tidak terjamin. Setiap individu harus melindungi dan menjaga temapat tinggal masing-masing
daripada dicerobohi oleh orang-orang luar untuk masuk ke rumah tanpa ada izin. Manusia
seharusnya menikmati tempat tinggal ini dengan sebaik mungkin kerana rumah merupakan
tempat untuk menyimpan segala rahsia peribadi dan penginapan utama keluarga daripada

diancam pelbagai musibah yang tidak diingini. Menceroboh rumah seseorang adalah dilarang
oleh Allah S.W.T kerana perbuatan ini mengganggu hak peribadi seseorang dalam menjalani
kehidupan berumahtangga. Allah S.W.T melarang setiap orang masuk menceroboh tempat
tinggal orang muslim yang lain tanpa izin. Seseorang itu tidak boleh masuk ke dalam rumah
seseorang jika tidak mendapat keizinan daripada tuan rumah. Jika masuk juga ini boleh di
anggap sebagai menceroboh dan pecah masuk rumah orang. Perbuatan ini boleh dianggap
suatu kesalahan dan boleh disabitkan hukuman di sisi undang-undang.
Seterusnya ialah kebebasan individu dalam bekerja. Islam telah menggalakkan
seseorang untuk bekerja bagi menampung kehidupan sehari-harian selagi ianya halal dan sah
disisi agama. Islam amat menyeru umatnya agar berusaha sekeras-kerasnya untuk mencari
rezeki bukan mengambil jalan mudah dengan meminta simpati, pertolongan daripada orang
lain tanpa berusaha dan bekerja keras untuk mencari sesuap nasi. Perbuatan menegmis adalah
dilihat sebagai perbuatan yang dipandang hina oleh Allah S.W.T. Ini adalah kerana seseorang
itu tidak berusaha untuk bekerja secara halal dan tidak nampak hasil jerih payahnya dalam
5

mendapatkan rezeki. Seseorang itu bebas untuk bekerja asalkan pekerjaan itu adalah halal dan
sah di sisi islam. Contohnya, bidang pertanian, perusahaan, perdagangan dengan syarat ianya
tidak bercanggah dengan ajaran islam seperti ri’ba. Amalan riba adalah di haramkan sama
sekali dan jika seseorang itu melakukannya akan berdosa besar.

Aspek moral sesuatu pekerjaaan juga amat penting agar ianya tidak dicegah oleh
negara islam dan sesuatu pekerjaan yang diusahakan itu mestilah tidak merugikan orang lain.
Usaha yang dilakukan dalam pekerjaan dalam menjalani kehidupana seharian akan menjadi
hak mutlak yang sepenuhnya jika seseorang itu mengusahakan sesuatu pekerjaan dengan betul
dan ikhlas. Sesengguhnya mereka ini akan mendapat balasan yang mulia oleh Allah S.W.T
dalam menjaga anak-anak dan isteri mereka sendiri. Negara boleh melarang pegawainya
untuk berniaga jika ada alasan yang munasabah dan kukuh walhal sepatutnya syarat negara
yang tidak boleh melarang sesiapa pun dari menjalankan kerja-kerja yang harus. Mogok
secara jelasnya tidak boleh dilakukan ke atas majikan kerana ianya tidak dapat diterima dalam
negara islam. Namun begitu, jika ada seseorang pekerja yang tidak berpuas hati dengan
majikannya iaitu dari segi gaji, tidak adil, berat sebelah dan sebagainya dia boleh berterus
terang dan berbincang dengan majikannya tentang ketidakpuasan yang terpendam itu. Setiap
majikan harus menunjukkan sikap yang baik terhadap pekerjanya kerana tanpa pekerja
majikan itu tidak boleh bergerak secara sendirian. Ini kerana, pekerja sememangnya ada hak
dan bebas dalam memilih pekerjaan yang disukainya sesuai dengan kelayakan yang telah
mereka dapat dan mereka juga bebas untuk meninggalkan sesuatu pekerjaan yang mereka
tidak suka serta meletak jawatan mengikut kemahuan mereka dengan syarat ianya tidak
memberikan kesan yang negatif kepada kepentingan umum. Pihak majikan seharusnya tidak
pilih kasih dan berat sebelah dalam memberikan gaji kepada pekerja-pekerjanya. Gaji yang
diberi kepada pekerja adalah mesti sama banyak dan adil dan ini amat penting dalam menjaga

nama baik syarikat dan hubungan di antara pekerja dan majikan. Seterusnya, jika adanya
konsep ini maka negara tidak akan berhadapan dengan sebarang masalah yang boleh
menggugat ekonomi negara dan dilanda krisis ekonomi yang teruk.
Selain itu, kebebasan dalam hak memiliki juga memainkan peranan yang penting
dalam hak rakyat beragama islam. Islam mengiktiraf dan menghormati kebebasan milik dan
hak individu untuk memiliki sesuatu dan mengharamkan sebarang pencabulan terhadapnya.
Islam menganggap pencabulan yang berlaku itu sebagai satu kesalahan yang dikenakan
hukuman berat. Pengiktirafan yang diberikan tidak dapat diragui kerana ia merupakan satu
kaedah hidup dan kaedah ekonomi dalam islam dan ianya tidak akan bercanggah kecuali
6

dalam keadaan darurat. Buktinya, islam memberikan pengikitirafan dan penghormatan hak
milik individu iaitu menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan penentuan
bahagian waris daripada harta si mati. Walaupun islam mengiktiraf hak milik individu ini dan
bebas untuk melakukan sesuatu ke atas miliknya terdapat juga batas-batas yang mengelakkan
masyarakat daripada penganiayaan dan kezaliman. Batas-batas itu ditentukan dengan prinsipprinsip tertentu iaitu dalam konsep milik, menentukan cara halal untuk memiliki sesuatu,
menentukan cara pengembangan harta dan cara penggunaanya.
Di antara prinsip-prinsip pemilikan ialah individu hanyalah merupakan wakil
masyarakat dalam memiliki harta kerana semua itu adalah milik Allah S.W.T dan manusia
hanyalah wakil Allah S.W.T dan seluruh kegiatan manusia ke atas harta mestilah mengikut

kebenaran pemilik yang asal. Prinsip seterusnya ialah penggunaan harta bergantung kepada
keahlian pemilik dan islam tidak membenarkan penimbunan harta kepada sekumpulan
tertentu dalam masyarakat. Cara-cara untuk mendapatkan harta yang halal dan sah pula ialah
dengan berburu untuk mendapatkan sesuatu, mengusahakan tanah kosong yang tidak
diusahakan dan tidak dimiliki oleh seseorang, usaha-usaha tambanhan untuk mengeluarkan
hasil bumi seperti melombong, memproses bahan-bahan mentah yang boleh memberi manfaat
kepada pengguna, bentuk-bentuk perniagaan, mengambil upah daripada kerja-kerja yang
diusahakan, harta rampasan yang terhasil daripada peperangan, tanah pemberian kerajaan,
pemberian

zakat dan pelbagai

bentuk dan perkhidmatan

yang bertujuan untuk

mengembangkan cara hidup manusia. Setiap individu bebas untuk mengembangkan hartanya
selagi ianya berlandaskan syarak dan tidak haram. Contohnya melakukan bentuk perniagaan
asalkan tidak menipu, mencuri, merampas, berjudi, menggunakan pengaruh, rasuah, riba dan
sebagainya. Terdapat beberapa batas yang harus dipatuhi oleh pemilik dalam membelanjakan
harta miliknya dan ianya telah ditetapkan oleh islam. Antaranya ialah jangan boros dan jangan
kedekut, jangan membazir dan jangan membuat perkara yang haram. Islam juga telah
menetapkan beberapa kewajipan sosial seperti membiayai keluarga dan zakat. Sekiranya
kedua-dua ini tidak dapat menampung keperluan golongan fakir miskin maka keperluan itu
bolehlah di ambil daripada milik individu tersebut.
Kebebasan bersuara dan berfikir penting dalam kehidupan seharian orang islam.
Kerajaan tidak boleh menyekatnya dan individu juga tidak boleh bertolak ansur dalam
mendapatkannya. Ini dinyatakan dalam konsep amar makruf nahi mungkar iaitu menyuruh
berbuat baik dan mencegah dari membuat kemungkaran yang memerlukan kepada kebebasan
berfikir termasuk peranan kaum lelaki dan perempuan. Sudah menjadi kewajipan bagi
7

individu muslim agar mengajak manusia melakukan kebaikan dan mencegah daripada
melakukan perkara-perkara yang dilarang. Kedua-dua ini terlaksana sepenuhnya jika manusia
mempunyai kebebasan untuk memberi nasihat, membuat penjelasan, menganalisa, mengkritik
dan membuat penilaian. Seseorang harus bangkit dan berani dalam mencegah kemungkaran
kerana perbuatan ini dibenci oleh Allah S.W.T.
Umat islam harus menggunakan pelbagai cara untuk mencegah perkara ini daripada
terus berlaku agar tidak merosakkan pemikiran umat islam. Ini dapat dicegah dengan sebaikbaik cara termasuklah dengan menggunakan anggota paincaindera termasuklah peranan hati
yang boleh disifatkan sebagai selemah-lemahnya iman. Kebebasan berfikir dan bersuara amat
penting dalam mengekalkan institusi sesebuah negara daripada runtuh. Contohnya seperti
prinsip “Syura” yang sangat memerlukan individu untuk berfikir. Prinsip ini tidak akan dapat
hidup dengan subur dan berfungsi dalam kehidupan masyartkat dan negara tanpa kebebasan
berfikir dan menberikan pendapat. Dalam sejarah islam, Syura merupakan satu prinsip yang
amat penting dan berlaku dengan luasnya baik dalam masa hidup Rasululullah S.A.W atau di
zaman Abu Bakar, Umar, Othman dan di Zaman Tabiin. Adalah menjadi perbuatan yang siasia sekiranya sebuah negara mengisytiharkan prinsip Syura sedangkan ianya menghalang
kebebasan berfikir dan merampasnya daripada rakyat. Di sini betapa pentingnya peranan
rakyat dalam bersuara tentang kepuasan dan tidak kepuasan hati dalam pembinaan sesebuah
kerajaan. Amatlah rugi bagi seeorang yang tidak menggunakan hak yang diberikan ini dalam
menjalani kehidupan seharian kerana negara pada zaman moden ini sudak berlaku banyak
perubahan dan rakyat sudah cerdik dan pandai dalam menilai sesuatu perkara.
Jika rakyat tidak berani bersuara malah hanya menurut sahaja kata orang maka negara
akan berada dalam keadaan yang mundur dan tidak berkembang. Rakyat seharusnya berani
dalam mengutarakan pendapat tentang ketidakpuasan hati dalam pentadbiran demi
menegakkan kebenaran dan keadilan. Jika rakyat tidak berani bersuara maka secara tidak
langsung dia berjinak-jinak untuk melakukan kezaliman. Umat islam seharusnya mempunyai
kekuatan hati, keberanian dan tidak takut kepada tindakan pemerintah iaitu dengan
memantapkan akidah tauhid dalam dirinya sama juga dengan menghayati erti dan jiwa tauhid
dengan sepenuhnya. Ini harus ada dalam jiwa seseorang islam kerana hanya allah sahaja yang
berkuasa di atas segala-galanya. Tidak ada makhluk lain yang boleh menandingi kekuasaan
Allah S.W.T. Oleh itu, amat penting bagi umat islam untuk mendekatkan diri kepada Allah
S.W.T dalam melakukan sesuatu perkara dan membuat sesuatu perkara adalah berniat kerana
Allah S.W.T. Dengan adanya jiwa yang mendalam terhadap Allah S.W.T maka umat islam
8

tidak ragu-ragu dan teragak-agak untuk melakukan seseutau perkara. Ini amat penting
kerjasama daripada semua pihak bukan melibatkan individu sahaja.
Namun begitu seseorang islam yang ingin bersuara juga harus mematuhi batas-batas
yang telah ditetapkan oleh Allh S.W.T. Seseorang tidak boleh bersuara dengan sewenangwenangnya kerana kebebasan ini bukan bersifat mutlak. Salah satu daripada batasan tersebut
ialah harus dimulakan dengan niat yang baik dan tulus. Ini adalah kerana, setiap perkara yang
hendak dilakukan haruslah dimulai dengan niat terutamanya niat kepada Allah S.W.T agar
mendapat keredhaan dan keberkatan di sisinya. Jika kita hendak memulakan perkara-perkara
kebaikan sememangnya kita hendak menunjukkan contoh yang terbaik jika tidak orang lain
tidak akan mentaati kita. Seterusnya ialah kebebasan bersuara ini bukan untuk mengaibkan
mana-mana pihak dan bukan bertujuan untuk berbangga diri dan bukan untuk mendapatkan
ganjaran yang lumayan sebaiknya ianya dilakukan ikhlas kerana Allah S.W.T dan untuk
kebaikan bersama-sama dalam menikmati faedah yang diberikan. Selain itu, seseorang harus
menjaga prinsip dan akidah agama islam kerana ianya amat penting dalam menyokong
seseorang dalam bersuara. Jika salah bersuara ianya akan mengundang pelbagai perspektif
yang negatif dan akan dihina oleh orang islam dan orang bukan islam. Agama islam tidak
boleh dipandang remeh dan di ambil mudah kerana ianya sudah termaktub dalam
Perlembagaan Malaysia. Seseorang itu juga akan murtad jika salah bercakap mengenai agama
islam dan sememangnya dia wajib dihukum. Sesungguhnya sesuatu hukuman itu tidak dapat
menandingi seseorang yang bebas bersuara kerana ianya sudah terdapat dalam undangundang negara.
Akhir sekali ialah, seseorang hendaklah meghormati kaedah-kaedah akhlak
islamiyyah. Islam amat menekankan bercakap tentang perkara-perkara kebaikan bukan
bercakap tentang perkara-perkara keburukan. Contohnya, mengumpat dan memfitnah
seseorang adalah lebih besar daripada membunuh. Oleh itu, amat penting seseorang itu
menggunakan paincaindera yang diberikan oleh Allah S.W.T dengan sebaiknya bukan
bertujuan untuk menyinggung perasaan seseorang. Kebebasan bersuara amat diperlukan untuk
menjamin keselamatan dan keamanan sesebuah negara. Rakyat berhak untuk menyuarakan
pendapat terhadap tindakan pemerintah dan urusan negara. Mereka berhak untuk memilih
yang mana satu yang terbaik untuk kehidupan dan keturunan mereka nanti. Negara tidak
boleh menghukum atau mengambil tindakan yang keras jika seseorang individu itu tidak
melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Negara juga tidak harus menghalang,
menindas dan memerangi orang yang berbeza pendapat dengannya selagi ianya tidak
9

memaksa orang lain untuk menerima pandangannya dengan kekerasan atau ancaman. Negara
seharusnya mengambil inisitaif yang lembut dan halus iaitu dengan menasihatkan orang
berkenaan dan menjelaskan akan kesilapan pendapatnya. Negara harus menjelaskan tentang
kebenaran dan kesalahan yang sesuai dengan kembali berpegang kepada jalan yang benar dan
mengikut jamaah.
Hak untuk belajar juga amat penting dalam rakyat agama islam kerana islam amat
menuntut umatnya mencari ilmu hingga ke hujung dunia dengan kata pepatah tuntutlah ilmu
sampai ke negara Cina. Ilmu sangat berkait rapat dengan amal seseorang. Jika seseorang tidak
berilmu maka dia tidak dapat berfikir sepenuhnya dan diibaratkan seperti mempunyai akal
yang kosong tanpa ilmu pengetahuan. Amal yang diterima oleh Allah S.W.T adalah amal
yang ihklas kerana Allah S.W.T dan berlandaskan syarak. Ilmu terbahagi kepada dua iaitu
ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Ilmu fardhu ain ini bermaksud pekerjaan yang wajib
dilakukan oleh setiap individu islam dalam cukup syarat-syaratnya seperti sembahyang lima
waktu manakala ilmu fardhu kifayah pula kefardhuan yang wajib dikerjakan oleh seseorang
atau satu kumpulan yang mewakili masyarakat islam, sebuah negara islam, negeri ataupun
negara seperti ilmu perusahaan, ilmu-ilmu teknikal, pentadbiran, dan sebagainya. Dengan itu,
dapat ditegaskan bahawa fardhu kifayah mempunyai ruang lingkup yang luas yang
melibatkan seluruh aspek kehidupan seperti soal-soal ekonomi, politik dan perundangan,
ketenteraan dan sebagainya. Peranan negara dalam membantu rakyat untuk mempelajari ilmu
pengetahuan adalah amat penting agar negara dapat berkembang pesat dan maju. Contohnya,
memperbanyakkan institusi-institusi pendidikan, penbinaan sekolah yang terancang,
melahirkan guru yang bertauliah dan sebagainya. Ilmu adalah sangat penting termasuklah
ilmu yang disuruh oleh Allah S.W.T dan ilmu yang dilakukan di dunia ini bagi menjamim
seseorang itu memperolehi kehidupan yang lengkap dan selamat di sisi Allah S.W.T.
Akhir sekali ialah hak umat islam dalam mendapatkan perlindungan daripada negara.
Hak ini bermaksud setiap individu rakyat dapat menikmati jaminan sosial dari negara apabila
ianya ditimpa kesusahan seperti miskin dan hidup melarat. Di sini betapa pentingnya negara
islam yang memegang prinsip bekerjasama dan tolong-menolong rakyat yang berada dalam
kesusahan hidup berkaitan dengan perkara-perkara kebaikan. Peranan golongan yang kaya
juga amat penting untuk saling membantu golongan ynag lemah ini supaya beban mereka
akan menjadi lebih ringan dalam menampung keperluan untuk hidup. Negara amat
bertanggungjawab dalam membela nasib rakyatnya yang susah dan fakir miskin. Pemimpin
negara juga bertanggungjawab dalam membantu golongan yang lemah ini dan harus bersikap
10

adil terhadap golongan ini dan bukannya bersikap sambil lewa sahaja. Setiap individu itu
wajib menyempurnakan tanggungjawabnya dalam mencari rezeki untuk menyara kehidupan
seharian bukan hanya sekadar mengharapkan bantuan dan pembelaan daripada negara sahaja.
Seseorang itu seharusnya berdikari dalam bekerja dan mencari sendiri untuk menyara kos sara
hidup dalam sehari-harian. Mereka seharusnya berusaha dalam mencari rezeki walau dengan
cara apa sekalipun asalkan ianya halal dan sah dalam agama islam. Allah S.W.T melarang
umatnya daripada mengemis dan meminta simpati daripada orang lain tanpa berusaha terlebih
dahulu dan perbuatan ini adalah haram dan bukanlah perbuatan yang terpuji di sisi Allah
S.W.T.
Dalam menangani daripada berlakunya perbuatan seperti mengemis ini, negara
perlulah memainkan peranan dalam memudahkan rakyat untuk mencari rezeki. Contohnya,
menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan dalam menangani kes pengangguran kerana
rakyat sememangnya perlu bekerja dan bukan duduk goyang kaki di rumah sahaja. Negara
seharusnya memperbanyakkan projek-projek bagi memberi ruang kepada rakyat yang tidak
bekerja. Negara seharusnya memberi kredit atau pinjaman kepada individu-individu yang
memenuhi kriteria dan syarat untuk mereka berusaha dalam bekerja. Ini dapat memberi
peluang dan ruang kepada rakyat agar dapat menabur bakti kepada negara mereka sendiri dan
sekaligus dapat menghindarkan perbuatan meminta sedekah. Jika seseorang itu masih tidak
cukup dalam menampung kos sara hidupnya dengan berbekalkan pekerjaan sperti kais pagi
makan pagi dan kais petang makan petang maka menjadi tanggungjawab ahli keluarganya
yang kaya untuk membantu dirinya dalam memenuhi keperluan-keperluan asasinya. Ini
adalah amat penting agar tidak berlaku perkara yang lebih buruk tehadap diri individu
tersebut. Bagi seseorang yang tidak mampu dalam pelbagai segi seperti tidak ada seseorang
pun yang mahu menolongnya maka dia wajib untuk menerima zakat.
Zakat harus diberikan kepada orang-orang yang lebih berhak menerimanya bukan
sekadar memberi dengan begitu sahaja. Hal ini kerana, zakat merupakan suatu jaminan sosial
yang umum untuk para fakir miskin dan dilaksanakan sepenuhnya oleh negara. Negara
seharusnya bertanggungjawab dalam memastikan hak rakyat yang miskin mendapat
kehidupan yang sempurna dan terjamin. Negara seharusnya mengeluarkan peruntukan yang
layak bagi setiap fakir dari harta Baitul Mal jika semua perkara tidak dapat dikeluarkan bagi
membantu rakyat. Sekiranya negara pula tidak mampu adalah amat penting untuk masyarakat
yang mampu atau mempunyai kelebihan banyak harta dalam membantu rakyat yang susah ini.
Negara juga harus berlaku adil kepada orang bukan islam bukan hanya untuk orang islam
11

sahaja kerana meraka juga banyak yang terdiri dalam kalangan yang susah dan berhak untuk
mendapat bantuan daripada negara.
Sebagai kesimpulannya, jelas bagi kita bahawa pentingnya konsep persamaan dan
kebabasan ini yang sangat berkait rapat dengan hak-hak rakyat dalam negara islam. Tanpa
adanya ketiga-ketiga perkara ini sudah tentu manusia akan hidup dalam keadaan yang
terumbang-ambing dan tidak mempunyai arah tuju. Sememangnya islam telah memberikan
kepada manusia kebebasan yang diperlukan oleh manusia. Kebebasan yang dapat menjamin
kehormatan mereka sebagai manusia disamping menjamin kesejahteraan dan kebahahagiaan
hidup individu dan masyarakat.
Penulis berpendapat bahawa isu mengenai hak dan keistimewaan masyarakat ini perlu
sentiasa digembar-gemburkan dari semasa ke semasa agar masyarakat pada hari ini tidak
ditindas oleh pemerintah yang memerintah secara diktaktor dan gila kuasa. Hak keistimewaan
dan kebebasan rakyat perlu dikekalkan agar rakyat dapat hidup secara aman dan harmoni.
Semua ini perlu dilakukan dengan berpegang teguh kepada al-Quran dan sunnah Rasullullah
SAW dengan mengambil kira negara Islam Madinah sebagai contoh untuk membina satu
sistem kenegaraan yang utuh dan cemerlang.

12