TEORI NEGARA IDEAL MADINAH AL FADHILAH M
1
TEORI NEGARA IDEAL ( MADINAH AL-FADHILAH ) MENURUT AL-FARABI
1. PENDAHULUAN
Perbincangan mengenai konsep kenegaraan bukanlah suatu isu perbincangan
baru dalam bidang ilmu falsafah, Hal ini kerana, konsep ini telah ditimbulkan
oleh ahli falsafah Greek iaitu Plato dalam bukunya yang berjudul The Republic.
Konsep kenegaraan Al-Farabi ini didakwa diadaptasikan daripada idea Plato,
akan
tetapi
konsep
Madinah
Al-Fadilah
yang
dibawa
oleh
Al-Farabi
ini
merupakam satu asas atau doktrin dalam agama Islam. Oleh yang demikian,
tidak timbullah isu teori yang diperkenalkan oleh Al-Farabi berunsurkan falsafah
Greek. (Ahmad Sunawari Long, 2006, 165)
Para orientalis barat yang membuat dakwaan terhadap karya Al-Farabi ini
bertujuan untuk melahirkan keraguan terhadap keaslian pemikiran Al-Farabi.
Dakwaan ini bukanlah tertumpu kepada Al-Farabi sahaja malahan ia juga dirasai
oleh ahli falsafah Islam yang lain. Sejauh manakah dakwaan mereka ini dapat
kita kupas melalui keaslian
teori kenegaraan yang dibawa oleh Al-Farabi.
Keaslian yang terdapat di dalam teori Madinah Al-Fadilah dapat dilihat melalui
cetusan idea yang dikemukakan oleh Al-Farabi yang berlandaskan Islam dan
bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Idea Al-Farabi ini bermotifkan bahawa
agama dan falsafah adalah berlandaskan kepada kebenaran.
Oleh sebab yang demikian, Al-Farabi yang merupakan ahli falsafah Islam
menukilkan teori Al-Madinah Al-Fadilah untuk mengharmonikan antara agama
dan falsafah. Konsep kenegaraan yang terdapat dalam teori Al-Farabi ini banyak
mencontohi bentuk dan hakikat kepimpinan Rasullullah s.w.t sebagai seorang
Rasul dan khalifah yang agung dimuka bumi ini. Sikap kepimpinan Rasullullah
menjadi titik tolak kepada kecenderungan Al-Farabi dalam melahirkan pemikiran
mengenai
konsep
kenegaraan.
Pemikiran
Al-Farabi
ini
penting
dalam
menyelesaikan kemelut masyarakat bagi mencari teladan kepimpinan yang
ideal. (Idris Zakaria, 1986, 17)
2.BIOGRAFI AL-FARABI
2
Nama sebenar beliau ialah Abu Nasr Muhammad ibn Tarkham ibn Awzalagh alFarabi. Ahli falsafah ini dilahirkan dan dibesarkan di perkampungan Wasij,
wilayah Farab, Transoxiana, Turkestan. Al-Farabi dilahirkan pada tahun 257
hijrah bersamaan 890 masihi iaitu semasa pemerintahan khalifah al-Mu ctamid
dan meninggal dunia pada pemerintahan Abu al-Qasim al-Muti clillah iaitu pada
tahun 861 masihi bersamaan 339 hijrah di Damsyik. (Ahmad Sunawari Long,
2006, 214-215 )
Al-Farabi yang disifatkan oleh Ibnu Khallikan sebagai tokoh falsafah Islam
yang agung dan tiada sesiapa yang dapat menandinginya. Selain itu, al-Farabi
digelar dengan beberapa gelaran seperti Abu Nasr, Al-Mu callimu al-Thani ( guru
kedua ). Namun begitu gelaran yang paling masyhur ialah al-Farabi. ( Idris
Zakaria, 1986, 18 )
Pendidikan awal beliau diperolehi di Farab dan Bukhara dan ditempat
inilah beliau mula mendalami ilmu agama dan muzik. Kemudian beliau
melanjutkan pengajian di Baghdad dan di kota ilmu inilah beliau mendalami
bahasa Greek dibawah bimbingan penterjemah Abu Bish Matta Yunus. Manakala
ilmu falsafah mula diperolehi melalui bimbingan seorang guru Kristian bernama
Yuhanna b. Haylan di Harran iaitu tempat yang banyak mendedahkan beliau
kepada falsafah yang dibawa masuk dari Iskandariah.
Al-Farabi merupakan ahli falsafah Islam kedua yang menulis falsafah
secara sistematik. Beliau dikategorikan sebagai neoplatonis kerana cuba
mengabungkan falsafah Platonisme dan Aristotelisme dengan teologi. Al-farabi
bukan sahaja membentangkan ideanya sendiri dalam bidang falsafah malahan
beliau juga banyak menulis komentar tentang fzik Aristotle, meteorologi dan
logic, oleh sebab yang demikian, al-Farabi dikenali sebagai al-Mu callim al- Thani
setelah Aristotle diaggap sebagai al-Mu callim al-Awwal. (Ahmad Sunawari Long,
2008, 215 )
Al-Farabi merupakan seorang tokoh yang sangat gigih dan tekun dalam
menghasilkan buku-buku ilmiah samaada komentar terhadap karya-karya Yunani
atau buku-bukunya sendiri. Beliau mula mengarang buku sewaktu beliau berada
di Harran ketika usianya dalam lingkungan 40-an. Antara karya beliau yang
terkenal ialah Fusus al-Hikam yang menjadi buku teks falsafah di dunia Islam
dan kitab al-Ihsa al- cUlum yang membahaskan tentang prinsip-prinsip asas
3
dalam sains. Selain itu, buku Ara c Ahl al-Madinah al-Fadhilah merupakan sebuah
karya beliau yang memberi sumbangan besar dalam bidang sosiologi dan sains
politik.
Beliau pernah dilantik menjadi seorang kadi di negerinya namun, jawatan
yang
disandangnya
mendalam
untuk
tidak
bertahan
menimba
ilmu
lama
kerana
pengetahuan,
minatnya
justeru
itu
yang
beliau
begitu
terus
menumpukan perhatian terhadap ilmu pengetahuan. Faktor yang mendorong
penglibatan beliau dalam bidang falsafah ialah apabila beliau telah menerima
buku falsafah yang ditulis oleh Aristotle daripada seseorang dan dengan itu telah
membuatkan beliau terus meminati untuk mempelajari ilmu falsafah ini dengan
lebih
mendalam.
Beliau
juga
merupakan
salah
seorang
tokoh
yang
menterjemahkan karya-karya Yunani dalam bahasa arab. Sumbangan al-Farabi
yang terpenting dalam dunia falsafah terletak pada kealimannya tentang
falsafah Plato dan Aristotle. ( M. Saeed Sheikh, 1962, 58-60 )
Teknik penulisan dalam keseluruhan karya beliau dapat dilihat secara
umumnya adalah halus, berseni, dan amat mudah difahami. Dalam karya beliau
juga, banyak dilampirkan dengan contoh agar sesuatu itu dapat difahami dengan
jelas. Kebanyakkan teknik penulisan al-Farabi dipengaruhi oleh gaya penulisan
guru-guru beliau seperti Abu Bish Matta bin Yunus ketika guru ini mengajar
beliau. Hasil penulisan beliau tersebar ke timur dalam abad ke-4 dan 5 Hijrah
dan karya beliau juga tersebar ke barat apabila terdapat beberapa orang
Sepanyol yang menjadi pelajar kepada beliau. ( Idris Zakaria, 1986, 36 )
Oleh yang demikian, dapat kita simpulkan bahawa al-Farabi merupakan
seorang ahli falsafah Islam yang begitu banyak memberikan sumbangan kepada
dunia falsafah Islam. Kegigihan dan ketekunan beliau dalam menuntut ilmu
menjadikan diri beliau sebagai seorang yang alim dan arif dalam pelbagai
bidang. Sumbangan beliau masih kekal sehingga sekarang dan kematian beliau
merupakan satu kehilangan yang amat besar dalam dunia falsafah Islam.
3. KONSEP KENEGARAAN MENURUT AL-FARABI
Al-Farabi telah menghasilkan sebuah karya yang berjudul al-Madinah al-Fadhilah
ataupun dikenali sebagai teori Negara Ideal yang mana merupakan sebuah karya
4
beliau yang banyak memberi impak dalam bidang falsafah politik Islam.
Walaupun Al-Farabi bukanlah dikalangan tokoh ahli politik ataupun memegang
sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan tetapi melalui pemerhatian dan
pengalaman hidup dalam kalangan masyarakat yang kucar-kacir membuatkan
beliau terdorong dalam menukilkan pemikiran tentang sebuah negara yang
ideal. Teori kenegaraan yang dibawa dibahaskan oleh al-Farabi ini merangkumi
masalah-masalah politik dan akhlak. Pembahagian konsep yang terdapat dalam
teori kenegaraan al-Farabi meliputi beberapa bahagian iaitu:( Al-Musawi, 95-97 )
1.1Sosiologi
Perbincangan teori kenegaraan ini meliputi aspek sosiologi dimana menurut
al-Farabi unsur ini amat penting dalam membentuk sesebuah negara yang
ideal dan menggelar masyarakat sebagai ummat. Hal ini kerana, masyarakat
merupakan aset utama dalam pembentukan sesebuah negara seperti
pentingnya
aliran
darah
dalam
tubuh
manusia.
Dalam
perbincangan
pembahagian ini al-Farabi cuba membina sebuah negara terbaik yang mana
ummatnya sentiasa hidup dalam keadaan politik yang aman dan harmoni
serta penuh dengan kesefahaman. Keadaan ini hanya dapat dicapai melalui
pengkelasan masyarakat yang sempurna dan teratur. Oleh kerana itu, alFarabi telah membuat pengkelasan masyarakat yang terdiri daripada
masyarakat sempurna ( al-kamilah ) dan tidak sempurna (qhoiru kamilah ).
Al-Farabi meletakkan masyarakat sempurna terdiri daripada tiga peringkat
yang berlainan dari sudut saiz masyarakat yang mendiami sesebuah negara.
Pembahagian masyarakat mengikut sudut ini terdiri daripada tiga peringkat
iaitu:
1.1.1 Kamilah
c
Uzma iaitu merujuk kepada masyarakat yang besar iaitu
masyarakat dunia yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa,
keturunan, peradaban, dan bahasa akan tetapi ummat ini memiliki sifat
yang
sempurna
seperti
sikap
tolong-menolong,
bersatu-padu,
bersefahaman, dan banyak lagi. Masyarakat ini hidup dalam keadaan
yang aman dan harmoni.
1.1.2 Kamilah Wusto
merujuk kepada masyarakat atau ummat dalam
sesebuah negara sahaja.
1.1.3 Kamilah
Sughra
yang
merujuk
kepada
mendiami sebuah wilayah atau bandar.
masyarakat
kecil
yang
5
Masyarakat tidak sempurna menurut al-Farabi ialah sebuah masyarakat yang
belum mencapai taraf hidup yang sempurna dan belum berupaya memenuhi
keperluan hidup kerana masyarakat ini tidak mempunyai kesefahaman bersama
dalam
membentuk
sebuah
masyarakat
yang
sempurna.
Al-Farabi
membahagikan masyarakat yang tidak sempurna ini iaitu kepada:
Masyarakat desa ( al-Qariah ) yang terdiri daripada keluarga-keluarga yang
tinggal di suatu kawasan yang masing-masing menjalankan kegiatan ekonomi
untuk keperluan diri dan keluarga sahaja. Kebanyakkan mereka melakukan
aktiviti ekonomi yang sama seperti pertanian, dan perladangan tetapi mereka
juga bekerjasama dalam melakukan kerja yang berat. Namun begitu mereka
tidak dapat lagi dikategorikan sebagai masyarakat sempurna kerana belum
mencapai tahap yang wujud dalam masyarakat sempurna.
Masyarakat tempatan khusus merujuk kepada satu kumpulan manusia yang
tinggal di suatu tempat tetapi mereka bukan berasal daripada tempat
tersebut. Masyarakat ini tinggal di suatu kawasan tertentu kerana adanya
kepentingan dalam memenuhi keperluan hidup.
Masyarakat tempatan umum pula merujuk kepada sekumpulan manusia yang
berada di suatu tempat tertentu
Keluarga yang merupakan salah satu kategori dalam masyarakat tidak
sempurna merujuk kepada unit yang kecil yang terdiri sekurang-kurangnya
seorang suami dan isteri. Unit yang dimaksudkan ini akan bertambah
sekiranya pasangan ini dikurniakan anak-anak. Kelahiran anak-anak ini pula
akan terus membentuk keluarga yang lain setelah mereka berkahwin kelak.
( Al-Musawi, 101-126 )
2. CIRI-CIRI NEGARA TERBAIK
Negara
terbaik
menurut
al-Farabi
dalam
teori
kenegaraannya
ialah
kesempurnaan sesebuah negara hanya dapat dicapai sekiranya masyarakat
hidup dan bekerja hanya untuk negara. Bagi al-Farabi kerjasama dalam
sesebuah masyarakat ialah bekerja bersama-sama untuk mencapai matlamat
kebahagian yang dapat merealisasikan impian setiap insan yang inginkan
6
kebahagian dan kesejahteraan. Kesempurnaan yang dimaksudksn oleh al-Farabi
bukanlah terletak pada keluasan sesebuah negara tetapi sebaliknaya terletak
pada sikap yang ditonjolkan oleh masyarakat itu. ( Richard Walzer, 1962, 208209 )
2.1Struktur pentadbiran negara terbaik
Negara
terbaik
pentadbiran
adalah
yang
sebuah
tersusun
negara
dan
yang
mempunyai
sistematik.
struktur
Al-Farabi
telah
mengumpamakan struktur pentadbiran negara yang terbaik seperti
struktur anggota badan yang baik dan sempurna.Perumpamaan ini telah
menjelaskan betapa pentingnya
struktur pentadbiran negara terbaik
dalam melahirkan negara yang ideal. Struktur pentadbiran negara terbaik
ialah
satu
aliran
masyarakat
yang
kesempurnaan
kerjasama
yang
harmoni
dalam
dalam
setiap
terjadi
diantara
pentadbiran
tugasan
atau
pemimpin
bagi
dan
memastikan
tanggungjawab
yang
dilaksanakan oleh rakyat dan pemerintah. Perkara ini mempunyai
persamaan
dengan
tubuh
badan
manusia
dimana
setiap
anggota
mempunyai fungsi atau tugas tertentu serta saling bergantung diantara
satu sama lain. Dalam sebuah negara memerlukan seorang insan yang
sempurna bagi mengetuai semua lapisan masyarakat atau ummah.
Melalui struktur pentadbiran ini dapat dilihat bahawa kesempurnaan
sesebuah negara terletak di tangan pemimpin dan masyarakatnya. (Idris
Zakaria, 1986, 85-87 )
5 MATLAMAT NEGARA IDEAL
Setiap sesuatu perkara yang dilakukan oleh manusia semestinya mempunyai
tujuan tertentu. Hal ini sama seperti yang dilakukan oleh al-Farabi dalam
memperkenalkan teori Negara Ideal beliau juga mempunyai tujuan dan objektif
yang tertentu. Al-Farabi telah menegaskan bahawa setiap masyarakat atau
7
ummah harus mempunyai ideologi yang tetap dan jelas bagi mencapai tujuan
dan matlamatnya. Seorang sarjana yang bernama cAbbas Mahmud mengatakan
bahawa
al-Farabi meletakkan matlamat teori Negara Ideal yang dibawanya
dapat memberi kebahagiaan yang abadi kepada masyarakat. Kebahagian
merupakan tunggak utama al-Farabi dalam teori negara ideal yang dibawanya
kerana menurut beliau kebahagian dan kesempurnaan menjadi impian semua
manusia di dunia ini. Al-Farabi
menekankan bahawa objektif utama manusia
hidup adalah mengecapi kebahagiaan. Oleh yang demikian, bagi mencapai
matlamat tersebut konsep kenegaraan terbaik merupakan satu cara bagi
mencapai kebahagiaan. Dalam usaha untuk mencapai kebahagiaan dalam
konsep teori Negara Ideal al-Farabi telah menggariskan beberapa usaha bagi
menjayakannya. Majid Fakhry, 1997, 42-45 )
5.1 Al-Farabi menolak sikap individualistik dimana menurut beliau sesuatu yang
ingin dilakukan dalam mencapai kebahagian dalam sesebuah negara haruslah
dijalankan secara kerjasama. Hal ini kerana, dengan bekerjasama kebahagian
akan dapat dirasai bersama-sama. Menurut beliau juga, kebahagian boleh
dicapai melalui niat yang suci dan beramal dengan cirri-ciri keislaman yang
mulia.
5.2 Saranan supaya tidak terpengaruh dengan unsur-unsur kebendaan dibawa
oleh al-Farabi agar masyarakat tidak mengutamakan kebendaan mengatasi
keperluan hidup yang lain. Al-Farabi berpendapat bahawa selagi manusia tidak
membersihkan jiwa mereka dari perkara-perkara lahirriyah yang tidak kekal
maka kebahagiaan yang dikecapi tidak akan dapat bertahan lama. ( M.Saeed
Syeikh, 1962, 58-63 )
6. UMMAH NEGARA TERBAIK
8
Al-Farabi berpendapat usaha untuk menjadikan seesebuah negara itu bertaraf
ideal bergantung kepada sikap, ideologi, sifat, dan amalan masyarakat itu
sendiri. Justeru itu, ummah dalam negara tersebut haruslah mempunyai sifatsifat terpuji agar dapat membentuk masyarakat yang bertamadun. Ummah yang
terbaik dan mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang dapat memberi
manfaat kepada negara dan dengan itu, semua kepentingan negara dapat
diperolehi dengan sempurna. Dalam hal ini, al-Farabi amat mementingkan
pengkhukhususan pekerjaan kerana pada pandangan beliau kecenderungan
seseorang individu dalam sesuatu bidang perlu dipertimbangkan supaya cita-cita
setiap rakyat dapat tercapai.
Al-Farabi berpendapat ummah negara terbaik mempunyai nilai-nilai akhlak
yang terpuji serta beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada agama .
( Rev. Robert Hammond, 1947, 50 )
7. NEGARA JAHIL ( MADINAH AL-JAHILLIYAH )
Negara yang tidak ideal menurut al-Farabi merupakan sebuah negara yang
mana ummatnya mengamalkan sifat yang bertentangan dengan akhlak Negara
Ideal. Menurut al-Farabi terdapat empat kategori negara yang tidak ideal iaitu:
7.1 Negara jahil yang bercirikan ummat yang tidak mengetahui tentang hakikat
kebahagian
dan
berfkir
untuk
mencapainya
biarpun
kebahagiaan
itu
diterangkan kepada mereka namun mereka tetap gagal untuk memahami
maksud kebahagiaan yang dimaksudkan. Ummat seperti ini hidup hanya
bermotifkan untuk mencukupi apa yang ada tanpa mahu berusaha kepada yang
lebih baik. Kategori negara ini terbahagi kepada lima jenis iaitu Negara
Dharurah, negara Kapitalis, Feudal, Imperialis, dan al-Narki.
Menurut al-Farabi Negara Dharurah ialah negara yang rakyatnya hanya inginkan
kepada keperluan asas. Negara Kapitalis pula merujuk pada sikap rakyat yang
inginkan kebendaan sahaja tanpa mempedulikan tentang insan. Negara Feudal
pula bermaksud kepada rakyat yang mengiginkan kepada keagungan sematamata. Negara Imperialis membawa kepada negara bercorak penindasan dan
kekejaman. Seterusnya negara al-Narki yang mahukan kebebasan tanpa terikat
pada sebarang peraturan.
9
Selain itu, negara Jahil juga merujuk kepada negara Fasiq dimana
penduduknya
sama
seperti
negara
ideal
tetapi
amalan
hidup
mereka
bertentangan dengan hakikat sebenar negara ideal kerana mereka mengetahui
tentang
kebahagiaan
mengaplikasikan
semua
dan
itu
kewujudan
dalam
tuhan
kehidupan.
namun
Dalam
mereka
pada
itu,
tidak
negara
menyeleweng juga termasuk dalam negara jahil dimana pemikiran dan tindakan
rakyat negara ini sama dengan agama ideal tetapi pada akhirnya semua itu
berubah
dan
berlawanan
dengan
negara
ideal
yang
sebenar-benarnya.
Seterusnya negara jahil merujuk pada jenis negara sesat dimana pada awalnya
rakyat mengetahui dan memahami erti kebahagian tetapi pengetahuan tersebut
tidak memberi kesan pada amalan mereka. ( Rev. Robert Hammond, 1947, 5153 )
8. PERBEZAAN MASYARAKAT IDEAL DENGAN MASYARAKAT TIDAK
IDEAL
Masyarakat ideal merupakan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai mulia
tanpa mementingkan hawa nafsu kerana memahami konsep kenegaraan yang
sebenar. Dalam masyarakat ideal juga tidak akan wujud sebarang penindasan
dan kezaliman kerana masyarakatnya sering tolong-menolong untuk mencapai
matlamat yang sebenar. Hubungan interaksi antara manusia yang lain tidak
terputus sehingga kematian. ( Rev. Robert Hammond, 1947, 50-51 )
Manakala negara tidak ideal cenderung kepada nilai-nilai buruk dengan
melakukan
amalan-amalan
yang
bertentangan
denagan
agama
malah
melahirkan masyarakat yang berjiwa rosak. Dalam masyarakat tidak wujud
konsep keadilan kerana mereka suka dengan kehidupan yang bebas tanpa
menghiraukan baik dan buruk sesuatu perkara demik mencapai matlamat hawa
nafsu. Masyarakat ini percaya bahawa tidak wujud hubungan antara dunia dan
akhirat. ( Rev.Robert Hammond, 1947, 53 )
10
9. KONSEP KETUA NEGARA TERBAIK
Manusia yang hidup bermasyarakat memerlukan kepada pemimpin bagi
mencapai
kehendak
dan
tujuan
dalam
mengharmonikan
kehidupan
bermasyarakat. Perpaduan dan keharmonian dalam sesebuah masyarakat tidak
akan tercapai tanpa seorang pemimpin yang mempunyai sifat-sifat kepimpinan
terbaik. Terdapat pelbagai istilah yang digunakan sebagai gelaran kepada
pemimpin iaitu diantaranya khalifah, imam, dan amirul mukminin. Pemimpin
merupakan penyambung dan penganti tugas Rosul s.a.w dalam menyebarkan
agama Islam. Pemimpin adalah orang yang penting dalam urusan sosial dan
kenegaraan, beliau merupakan orang yang berkuasa dan bertanggungjawab
terhadap pimpinannya samaada dalam masyarakat berkelompok besar atau
kecil kerana seorang ketua dapat menjamin kebahagiaan ummah. Ketua negara
juga menjadi tonggak kekuatan sesebuah negara dan pada ketua juga rakyat
menaruh harapan untuk mendapat kebahagiaan. ( Idris Zakaria, 1986, 123 )
Seorang ketua negara diaggap sebagai seorang yang sempurna kerana
beliau telah mencapai tahap kesempurnaan dari segi mental dan fzikal serta
moral sehigga membuatkan beliau layak dilantik menjadi ketua yang memikul
semua amanah rakyat terhadapnya. Al-Farabi memperkenalkan konsep ketua
negara secara mutlak tanpa mengharapkan pertolongan orang lain kerana
pemimpin haruslah mempunyai pengetahuan dalam menjalankan tugas. Hal ini
bukan bermaksud pemimpin itu tidak menghiraukan pandangan orang yang
dipimpinnya tetapi merujuk pada kredibiditi seseorang ketua itu. Al-Farabi
menggariskan beberapa syarat-syarat yang melayakkan seseorang itu diangkat
menjadi seorang pemimpin iaitu bersikap adil dalam semua tindakan yang
diambil. Pemimpin juga harus mempunyai ketinggian ilmu agama sehigga boleh
berijtihad dalm sesuatu perkara yang menimbulkan keraguan. Tubuh badan
yang sempurna dan sihat serta sempurna pancaindera juga penting dalam
pelantikan seseorang pemimpin agar dapat menjalankan tugas dengan lancar.
Pemimpin
juga
harus
berani
dalam
memerangi
musuh
untuk
menjaga
keselamatan rakyat dan memelihara keagungan Islam daripada diceroboh. (Idris
Zakaria, 1986, 124 )
Melalui garis panduan yang diletakkan oleh al-Farabi dalam memilih
seseorang pemimpin menurut teori kenegaraan yang dibawa beliau merupakan
11
satu cara yang amat berkesan dalam memupuk kebahagiaan dalam sesebuah
negara yang dibentuk.
10. PENILAIAN TEORI KENEGARAAN AL-FARABI
Konsep kenegaraan yang diperkenalkan oleh al-Farabi merupakan satu konsep
yang sangat menyeluruh dalam membina sesebuah negara yang ideal. Hal ini
kerana, konsep ini disusun dengan meliputi semua aspek bagi memperolehi
kebahagiaan kepada semua pihak tanpa mengira pada kepentingan peribadi dan
hawa nafsu.
Susunan yang terdapat dalam teori negara ideal al-Farabi ini yang terdiri
daripada aspek sosiologi, pengkelasan jenis negara serta ciri-ciri dan syarat
seorang pemimpin yang dijelaskan secara teratur oleh beliau dalam kitab alMadinah al-Fadhilah membawa kepada keamanan negara. Matlamat asal yang
ingin dicapai dalam teori kenegaraan beliau ialah ingin menjamin ke kepada
manusia pendapat tidak bertentangan dengan pendapat Plato dan Aristotle
kerana matlamat utama falsafah ialah mencapai kebahagian. Oleh yang
demikian, beliau menyatakan setiap manusia di dunia ini berkeinginan kepada
kebahagiaan
melainkan
manusia
yang
abnormal
sahaja
yang
tidak
menginginkannya. Oleh sebab itu, masalah utama yang dibincangkan secara
terperinci dalam kitabnya ini bagaimana mencapai kebahagiaan dalam konteks
menolak perkara mazmumah dalam masyarakat dengan menanamkan sikap
mahmudah. Hal ini kerana, kebahagiaan tidak boleh dicapai dengan adanya sifat
mazmumah disebabkan kebahagiaan itu merupakan satu kemuliaan yang hanya
dapat dijelmakan dalam suasana yang harmoni. ( Al-Musari, 1972, 99-101 )
Aspek ini, merupakan tunggak utama dalam karyanya diulang dalam bukunya alMadinah al-Fadilah malah diulang berkali-kali dalam tulisan beliau supaya dapat
difahami secara jelas oleh ummah dan melaksanakannya dalam kehidupan agar
cita-cita beliau dapat direalisasikan. Nukilan al-Farabi dalam teori kenegaraan
beliau
ini
menyentuh
tentang
aspek
ketua
negara
yang
ideal
dengan
menggariskan beberapa faktor dalam melantik seorang pemimpin dengan
menjurus kepada sifat yang sempurna.Garis panduan ini, diletakkan oleh alFarabi kerana jatuh bangunnya sesebuah negara itu bergantung kepada
pemimpin. Ciri- cirri ketua negara yang diletakkan oleh al-Farabi telah
menimbulkan kontroversi oleh para orientalis dengan mengatakan bahawa alFarabi dipengaruhi oleh pemikiran Plato. (Al-Musari, 1972, 102 )
12
Ciri-ciri yang digariskan oleh al-Farabi adalah mencontohi sifat-sifat kepimpinan
Rasullullah. Maka jelaslah bahawa cirri-ciri ketua negara yang digariskan oleh alFarabi berbeza dengan teori Plato.
11. PERBANDINGAN ANTARA KONSEP KENEGARAAN AL-FARABI DAN
PLATO
Dalam membicarakan teori kenegaraan al-Farabi tidak mengelak daripada
kontroversi yang mendakwa bahawa teori beliau diadaptasikan dari teori
negara ideal Plato. Disebabkan dakwaan ini dapat kita lihat teori
kenegaraan yang dibawa oleh kedua-dua ahli falsafah ini. Perbezaan yang
dapat dilihat dalam teori kedua-dua tokoh ini dari sudut sosiologi dimana
Plato struktur masyarakat kepada tiga peringkat pertama ahli falsafah,
kedua tentera dan rakyat pembahagian ini dilakukan oleh Plato dalam
membentuk sebuah negara yang ideal kerana menurut pandangan beliau
hanya ahli falsafah yang layak menjadi pemimpin kerana ketinggian dan
keagungan ilmu yang dimiliki oleh golongan ini.
Dalam pembahagian ini, terdapat beberapa peringkat dalam melahirkan
ahli falsafah yang benar-benar layak menjadi pemimpin. Diperingkat awal
semua rakyat diberi pendidikan yang sama. Pada tahap umur 16 tahun
mereka akan diajar
pendidikan muzik, puisi dan sajak. Pada peringkat
umur 16-18 mereka akan lebih diberi penekanan dalam subjek matematik
supaya dapat menajamkan minda. Pada umur 20 tahun mereka akan
memasuki peperiksaan pertama dimana mereka yang berjaya akan
meneruskan pengajian manakala yang gagal akan diserapkan dalam
bidang ketenteraan. ( Ahmad Sunawari Long, 2006, 176- 178 )
Peperiksaan yang kedua pula berlangsung ketika umur 30 tahun mereka
yang berjaya akan terus belajar dalam bidang yang lebih menjurus dalam
bidang falsafah manakala yang gagal akan dilantik menjadi pegawai tadbir
negara. Mereka yang berjaya akan terus melanjutkan pelajaran sehingga
mampu menjadi pemerintah tertinggi negara.
13
Hal ini berbeza dengan teori kenegaraan al-Farabi di mana secara
keseluruhan teori kenegaraan beliau berpandukan kepada ajaran Islam dan
digabungkan
kaedah
pemikiran
secara
rasional.
Perkara
ini
dapat
dibuktikan di mana al-Farabi memartabatkan darjat ketua negara daripada
seorang
ahli
falsafah
sebagaimana
yang
dikehendaki
dalam
teori
kenegaraan Plato kepada seorang pemimpin yang mencontohi cirri-ciri
kepimpinan Rasullullah.
Namun begitu tidak dinafkan teori Negara Ideal yang dibawa oleh
dua orang ahli falsafah terkemuka dunia ada persamaan antaranya ialah
ciri-ciri pemimpin yang berilmu tinggi bagi mentadbir sebuah negara
menggunakan keparan dalam menyelesaikan urusan pentadbiran negara.
Seterusnya al-Farabi meletakkan ketua negara sebagai contoh teladan
yang terbaik kepada rakyat bagi menjamin kebahagiaan. Selain itu, teknik
penyusunan dan struktur pentadbiran negara mengikut teori kedua-dua
tokoh ini membawa kearah pentadbiran yang sistematik dan kebahagiaan.
Justeru itu, mereka tidak menetapkan sebarang perubahan kepada ketua
negara kerana tidak menyukai kepada perubahan. (Idris Zakaria, 1986,
113-115 )
Perbezaan dan persamaan teori kedua-dua tokoh ini dapat menunjukkan
bahawasanya teori al-Madinah al-Fadilah yang diperkenalkan oleh al-Farabi
bukanlah diadaptasi dari teori Plato semata-mata. Hal ini kerana dalam
mencari persamaan dalam pemikiran politik al-Farabi dan Plato adalah
agak sukar
ethik
disebabkan pemikiran Plato bertitik tolak kepada landasan
manakala
metafzik.
al-Farabi
menggunakan
konsep
ketuhanan
ataupun
14
12. PENUTUP
Teori kenegaraan yang diperkenalkan oleh al-Farabi merupakan suatu khazanah
Islam yang amat berharga. Kecerdikan al-Farabi tidak dapat di sangkal lagi
kerana beliau memang terkenal sebagai seorang pemikir Islam yang kaya
dengan ilmu pengetahuan. Walaupun al-Farabi bukanlah ahli politik yang
terkenal seperti Ibnu Sina tetapi beliau merupakan seorang pemikir yang alim
dalam ilmu pengetahuan sehingga huraian politiknya dalam kitab al-Madinah alFadilah menunjukkan kematangan dan kebijaksanaan beliau dalam pelbagai
bidang terutamanya pada zaman beliau sendiri.
Al-Farabi memulakan teori politiknya dengan penerangan mengenai
konsep manusia yang memerlukan hidup bermasyarakat dalam melahirkan
negara yang harmoni. Penghasilan teori kenegaraan oleh al-Farabi menunjukkan
betapa kesungguhan al-Farabi dalam menekankan aspek akhlak sebagai perkara
terpenting
dalam
membina
sebuah
masyarakat
yang
bertamadun.Dalam
falsafah politik al-Farabi yang berkonsepkan ketuhanan atau metafzik membawa
kebahagiaan
yang
lebih
bersifat
kerohanian
disamping
mencari
hakikat
kehidupan yang sebenar.
Secara ringkasnya, dapat disimpulkan cirri-ciri kenegaraan al-Farabi
diasas berdasarkan pemikiran beliau sendiri. Ciri-ciri tersebut ialah:
a. Falsafah
kenegaraan
al-Farabi
diasaskan
untuk
mencapai
kebahagian sejagat yang mana melaluinya membawa kepatuhan
kepada pemerintah secara kolektif.
b. Membina
Islamiah.
keharmonian
dan
kesefahaman
bercirikan
ukhwah
15
c. Al-Farabi menyamakan teori kenegaraan beliau dengan struktur
anggota
badan
dalam
menunjukkan
kerjasama
dan
ketanggungjawaban.
d. Matlamat teori beliau adalah untuk membimbing ummah kearah
mengenali Allah lebih daripada tuntutan dan kehendak hawa nafsu.
e. Negara akan menjadi sempurna dengan wujudnya ketua negara
yang berilmu dan berakhlak.
f. Negara
terbaik
adalah
negara yang
diperintah oleh seorang
pemerintah yang berfungsi sebagai tunggak keadilan kepada negara
dan rakyat yang bermatlamatkan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Justeru itu dapat kita simpulkan teori yang dikemukakan oleh al-Farabi
ini jelas matlamat dan fungsinya kepada umat manusia. Oleh yang
demikian
kita
sebagai
generasi
kini
dapat
menghargai
dan
mengaplikasikan teori kenegaraan al-Farabi ini dalam kehidupan masa
kini. ( Rev. Robert Hammond, 1947, 62-64 )
16
13. RUJUKAN
Ahmad Sunawari Long. 2006. Sejarah
Falsafah. ED. Ke-2. Bangi:
Universiti
Kebangsaan Malaysia
Ahmad Sunawari Long, Ismail Mohamad & Muhd. Nasir Omar. 2001. Falsafah
Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia
Idris Zakaria. 1986. Teori Kenegaraan Al-Farabi. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia
Majid Fakhry. 1997. A Short Introduction to Islamic Philosophy Theology and
Mysticism. England: One Publications
Musawi Musa. 1972. Minal Kindi Ila Ibnu Rushd. Beirut: Maktabah Al-Fikr al-Jamci
Netton I.R Netton. 1992. Al-Farabi and His School. New York: Routledge 11 New
Fetter Lane
R.R Hammond. 1947. The Philosophy Of al-Farabi And Its Infuence On Medievel
Thought.
New York: The Hobson Book Press
Richard Walzer. 1962. Greek Into Arabic Essays On Islamic Philosophy. London:
Lowe & Brydone
Sheikh Saeed. M. 1962. Islamic Philosophy. London: The Octagon Press
Yusoff Zaky Yacob.1970.
Fikiran-Fikiran Falsafah Dan Perkembangannya &
Sumbangan Islam Kepada Dunia. Malaysia: Syarikat Dian Sdn .Berhad
17