FAEDAH MEMBACA BUKU untuk anak

FAEDAH MEMBACA BUKU

Membaca buku suatu amalan yang mulia. Faedah adalah kelebihan atau kebaikan yang
diperoleh apabila seseorang melakukan sesuatu perkara. Manakala membaca buku
bolehlah dikatakan suatu aktiviti yang melibatkan seseorang mengenal dan menyebut
perkataan-perkataan yang ditulis di atas kertas.
Seseorang yang membaca buku akan mendapat banyak faedahnya. Apabila membaca
buku, akan dapat meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan daya ingatan
seseorang. Ilmu yang diperoleh akan memudahkan seseorang menjawab soalansoalan apabila tiba peperiksaan nanti. Ini sudah tentu akan menjadikan seseorang itu
cemerlang dalam pelajaran.
Selain itu, membaca buku juga dapat meluaskan pengetahuan dalam pelbagai bidang.
Banyak buku yang boleh kita baca di pasaran atau perpustakaan. Antaranya buku
berkaitan pelajaran, ekonomi, politik dan isu-isu semasa. Dengan demikian, seseorang
yang membaca buku berkenaan tidak akan menjadi seperti “katak di bawah
tempurung”.
Orang yang rajin membaca buku akan dapat menggunakan masa senggangnya dengan
berfaedah. Apabila membaca buku, seseorang itu tidak akan mempunyai masa untuk
membuat sesuatu perkara yang tidak baik seperti melepak, ponteng sekolah atau
merokok. Dengan demikian, membaca dapat menggelakkan perkara-perkara yang tidak
diingini.
Di samping itu, membaca buku membolehkan seseorang membaiki mutu bacaannya.

Dia juga dapat memperkaya kosakata dan dapat membina ayat dengan lebih baik
semasa di kelas. Ini dapat dilakukan kerana semasa membaca buku seseorang akan
menemui berbagai-bagai kosakata baru. Keraguan seseorang terhadap sesuatu
perkara juga akan hilang kerana jawapannya dapat ditemui dalam buku yang
dibacanya.
Membaca buku merupakan suatu hobi yang amat menguntungkan. Oleh itu, marilah
kita semua menjadikan buku sebagai “teman istimewa” kita. Membaca jambatan ilmu.